PENAMPAKAN HARIMAU PUTIH, GUINEA PIG BERTULISAN CINA DI BADAN, JIN DALAM GHAIB DALAM BENTUK TAK JELAS RUPANYA, AURA BURUNG MERAK DAN AURA MERAH JAMBU SEPERTI BERKABUT SEPERTI AWAN DI SILING RUMAH SERTA SKEN SECARA GHAIB AURA JAM ROLEX & BREITLING SAMADA ASLI ATAU TIDAK

1. Panjang tajuk ini. Sila baca dulu untuk faham perbahasan ini. Di suatu malam. Secara JAGA DAN SEDAR. Aku melihat seperti tajuk di atas melainkan sken jam Breitling samada asli atau tidak berlaku di waktu siang.

2. Ia bukan bermimpi. Aku tak tahu kenapa aku melihat semua ini. Aku suka mengkaji jin, malaikat, permata dan besi.

3. Aku tak pernah berdoa pada Allah untuk membela atau memiliki khadam jin. Orang pertama yang mengajar aku bahawa aku memiliki khadam dari bangsa jin adalah abang sulung aku Syeikh Zulkifli Mohamad Razi al-Majzub.

4. Kita fokus kepada apa yang aku lihat secara nyata, sedar, jaga dan bukan bermimpi serta secara MELIHAT SECARA MATA ZAHIR DUA BIJI MILIK AKU.

5. Mula-mula pada malam itu di siling bilik tidur aku dilingkungi oleh aura seperti sayap burung merak. Lantas aku berfikir, adakah ini berasal dari cindai jubah peguam Mahkamah Tinggi berwafaq. Pertama kali aku beli robe Mahkamah Tinggi adalah dari kedai Chottimal di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Chottimal yang menjual robe Mahkamah Tinggi mempunyai lambang burung merak. Beberapa cindai Mahkamah Tinggi aku pernah hilang. 3 helai kalau tak silap aku termasuk yang aku pernah beli di Chottimal. Chottimal pun sudah tiada lagi sekarang. Cindai sekarang aku beli di Joshua Legal Arts Gallery. Kemudian aura berwarna seperti sayap burung merak itu berlalu pergi.

6. Datang pula awan berkabut memenuhi siling rumah seperti warna merah jambu. Lantas aku berfikir aura apa ini? Adakah aura permata di senjata aku? Bagaimana ia datang ke bilik tidur aku tanpa aku membawanya? Bila semua seperti tajuk di atas telah berlalu pergi aku mencari-cari senjata mana yang mempunyai batu permata seperti warna awan berkabut memenuhi syiling. Aku dapati warna yang sama yakni merah jambu itu adalah pada delima yang diletakkan di kaki salah satu wafaq naga Cina di pedang yang aku namakan 神圣的力量 kerana ia pedang berwafaq pendeta Cina pada hulu dan wafaq dua ekor naga Cina (Long (龍)(龙)) di sarung. Sarung dan hulu dari tulang ikan paus. Besinya aku tidak dapat mengenal pasti. Ada orang kata semuanya dari China. Penjualnya kata besi putih. Long (龍)(龙) atau naga Cina Putih?

7. Kemudian datang harimau putih di dinding rumah duduk secara tetap ala spiderman meringankan tubuh. Kemudian datang beberapa jin dalam keadaan ghaib yang samar-samar dan belum membuat penampakan wajah sebenar. Kemudian datang haiwan berbentuk guinea pig bertulisan Cina penuh di badan seperti gambar yang aku pernah pertontonkan di posting lepas. Gambar haiwan guinea pig ini terletak di pintu bilik kerja aku. Banyak lagi gambar-gambar lain yang ditampal oleh isteri aku bersamanya di pintu bilik kerja aku. Ia telah lama ditampal dipintu bilik sembahyang keluarga aku sebelum ia menjadi tempat kerja aku, bagi mengajar anak-anak aku yang masih kecil. Tapi mengapakah haiwan guinea pig bertulisan Cina penuh di badan juga yang muncul di siling rumah secara terbalik? Adakah ketika aku membuat kerja di dalam bilik ini aku merupa Cina? Boleh jadi.

8. Setelah aku melihat harimau putih itu duduk secara pelik, aura merah jambu itu tiba-tiba melingkungi badan harimau putih seperti tali berkabut. Tapi harimau putih itu masih tetap berkedudukan begitu. Adakah aura merah jambu itu berasal dari pedang pendeta Cina aku? Dan aku telah bersatu dengan pedang aku?

9. Mereka masih ada dalam bilik tidur. Kemudian aku keluar dari bilik tidur. Selepas semua ini berlalu. Aku ambil pula jam ROLEX HULK SUBMARINER aku. Aku tak tahu mengapa aku suka jam ROLEX. Aku suka mengkaji ROLEX dan Rahsia Masa. Nabi bersabda dalam satu hadis qudsi tentang Rahsia Masa:

صحيح البخاري كِتَابُ التَّفْسِيرِ. سُورَةُ الْجَاثِيَةِ. بَابٌ : وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ. الْآيَةَ.
4826 (المجلد : 6 الصفحة : 133)
حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ ؛ يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي الْأَمْرُ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ “.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Berkata Rasulullah “Berkata Allah : Menyakiti-Ku Anak Adam, mencerca masa, Aku adalah masa, ditangan-Ku setiap perkara, Aku menukar malam dan siang.’ Sahih Bukhari.

10. Aku ada juga menulis tentang falsafah dan metafizik ROLEX. https://rohanrazi.org/2017/08/20/horologi-falsafah-metafizik-rolex/

11. InsyaAllah aku akan menulis dan membahaskan tentang RAHSIA MASA secara panjang lebar.

12. Walaupun dalam tulisan di atas aku tulis jangam pulas jarumnya kerana ia ibarat memulas telinga khadam tapi sekarang bila aku memakai ROLEX HULK SUBMARINER aku aku memperbetulkan jarum masanya.

13. Aku disaran untuk memburu jam-jam seperti gambar di bawah kerana pembuatnya berdoa dan bermentera dalam pembuatannya. Ada rahsia pada jam mereka. ROLEX HULK SUBMARINER yang aku sken pada malam itu mengeluarkan aura besi seperti crown dan sotong kurita. Ada tulisan Cina sekejap kemudian hilang sebelum keluar aura crown dan sotong kurita. Aku mengaku aku belinya di Chinatown dengan harga RM2300. Kamu ada beraninya ke memburu ROLEX hingga ke situ dengan harga murah? Ia mungkin asli. Ia mungkin palsu. Adakah aku membeli dalam wajah Cina yang kaya yang telah mengandakan wang?

14. Aku masih ingat di hari aku membeli itu. Pada awalnya penjual-penjual Cina mencari ROLEX mana yang mereka simpan untuk aku. Aku suruh buka ROLEX-ROLEX itu. Ada ROLEX HULK SUBMARINER yang boleh dibuka dengan belon lembut kecil penutup oyster perpetualnya. Aku tolak yang ini. Kemudian diambil yang disimpan untuk aku. Mereka cuba buka dengan belon lembut kecil penutupnya tapi tak berjaya. Kemudian mereka mengambil pembuka khas yang kuat dan khusus untuk membuka jam ROLEX. Aku pun ada kat rumah pembuka jam ROLEX. Baru boleh dibuka. Aku melihat keajaiban pada enjin dan permata-permata delimanya. Maka aku beli. Wanita Cina cantik menghampiri aku dan aku tak raba buah dadanya berbentuk seperti belon. Aku memakai jam ROLEX itu ketika itu. Sifat jam ROLEX begitu.

14. Aku sken pula BREITLING yang aku beli online di Shoppe. Aku dapati ada tembok China berwarna merah. Aku beli dengan harga RM500. Sekarang ikatannya rosak dan aku membuat kesimpulan bahawa jam BREITLING ini tak asli walau menyerupai yang asli. Maka aku membuat konklusi ia hanya JAM SERU. IsyaAllah aku akan dapat yang asli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s