Pasir Emas

BAB: TENGKU KUDIN

Tengku Kudin, orangnya kacak dan kemas pakaiannya. Dia selalu memilih pakaian yang mempunyai makna dan sesuai dengan suasana. Berkulit sawo-matang. Ketinggian Tengku Kudin adalah 188cm. Berdada lapang, berbadan tegap dan kental. Bercermin mata Bofuz yang dia beli di Tokyo selepas puas dipujuk oleh seorang gadis genit Jepun yang menuntut ilmu Bahasa Inggeris di sebuah Pusat Bahasa yang dikenalinya di Pertama Kompleks. Tengku Kudin menjadi guru Bahasa Inggerisnya di situ ketika belajar di UIAM.

Akemi sangat lembut bahasanya dan berbudi bahasa seperti gadis Melayu. Gadis desa ini berumur 18 tahun ketika dikenalinya di Pusat Bahasa itu. Merantau jauh dari Yamanashi Prefecture, Barat Tokyo. Kedua orang tuanya tukang besi. Namun abang-abang dan kakak-kakaknya berniaga besar di Tokyo. Akemi memilih untuk tinggal di desa sahaja. Ketika di Tokyo, Tengku Kudin diajak oleh kedua orang tua Akemi untuk tinggal di desa dari kesesakan kota. Ketika di desa Engtengsentok (マウンテンフット) Tengku Kudin telah belajar bahasa dan budaya desa Jepun. Di samping pertukangan besi Samurai. Tengku Kudin bawa balik dua bilah pedang Samurai. Satu panjang dan satu pendek.

Tengku Kudin suka melabur di dalam negara dan luar negara. Ketika di Tokyo, Tengku Kudin telah melabur dalam syarikat percetakan milik kakak Akemi. Dengan itu Tengku Kudin tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak dalam bidang percetakan bagi KUDIN & CO. Tengku Kudin amat tahu bidang guaman dan kehakiman serta industri-industri lain memerlukan percetakan yang banyak dan perniagaan ini akan berkekalan. Industri keadilan adalah sangat diperlukan untuk kemajuan.

Tengku Kudin pernah menuntut ilmu silat di Terengganu. Oleh itu dia terdedah dengan ilmu senjata. Katanya kedua bilah pedang Samurai yang diperolehi oleh orang tua Akemi pernah diguna oleh Musyashi Miyamoto. Seorang lagenda Samurai dalam Sejarah Jepun. Sempat juga Tengku Kudin belajar asas gerak Samurai di desa Engtengsentok. Dengan asasnya, Tengku Kudin telah mencipta gerak sendiri. Begitu sifat Tengku Kudin. Begitu juga dalam silat.

Tengku Kudin memiliki berbilion deposit tetap di dalam Maybank dan Hong Leong Bank. Hasil keuntungan KUDIN & CO. dikembangkannya dan digunakannya untuk perniagaan lain. Tengku Kudin suka berzakat dan bersedekah. Hatinya terguris jika melihat orang susah.

Tengku Abdul Alim adalah bapa saudara Sultan Terengganu. Puas kerabat-kerabat Istana Terengganu memujuk Tengku Abdul Alim untuk tinggal di Kuala Terengganu. Namun Tengku Abdul Alim memilih desa terpencil untuk membesar anak-anaknya.

Di KUDIN & CO., Tengku Kudin suka berfikir dan memahami secara sufi hasil kerjanya. Syeikh Abdul Karim mengajar Tengku Kudin bahawa wujud makhluk yang dipanggil khadam ayat. Tengku Kudin berfikir pula jika begitu, adakah hasil kerjanya berkhadam?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s