KONSEP BENDA-BENDA DAN JALAN KE ALAM GHAIB

1. Sebagaimana saya telah bahaskan bahawa wujud Alam Ghaib atau Dimensi Ghaib serta benda-bendanya. Alam Ghaib itu samada Dimensi Langit (Udara), Dimensi Air dan Dimensi Daratan. Soalnya bagaimanakah hendak masuk ke Dimensi Ghaib.

2. Kita tidak boleh merayau ke dalam hutan untuk masuk ke Dimensi Ghaib Daratan. Kita tidak boleh menyelam untuk masuk ke Dimensi Ghaib Air. Kita tidak boleh terbang untuk ke Dimensi Ghaib Udara. Kita berjalan kaki sudah masuk ke Dimensi Ghaib Daratan, Dimensi Ghaib Air dan Dimensi Ghaib Udara. Rumah kita sendiri sudah pelik. Ia boleh berubah lokasinya samada darat, udara dan air. Dengan kata lain kita perlu sken kita berada di saat mana dan waktu.

3. Jika kita ingin makan di kedai Dimensi Ghaib kita perlu berjalan atau naik kenderaan jika jauh. Kita perlu kompas untuk pergi dan balik dengan selamat. Tapi tidak semesti suatu kedai itu berubah di mana-mana dimensi. Kadang-kadang ia hanya Dimensi Alam Zahir. Ini adalah kerja Allah. Kita perlu sken dan rasa dalam hati apa yang menjelma di luar samada Dimensi Daratan, Dimensi Udara dan Dimensi Air.

4. Makanan di kedai Alam Ghaib tetap makanan. Ayam tetap ayam kerana di Dimensi Ghaib telah menjelma kedai. Begitulah benda-benda yang lain. Makhluk-makhluk di situ seperti jin, bunian dan manusia serta para malaikat mentafsirkan begitu.

5. Di Dimensi Ghaib Daratan sesebuah kedai yang dekat dengan kita boleh jadi dalam hutan atas gunung yang tinggi. Begitulah dengan lain-lain dimensi. Sebagaimana yang saya kata ini adalah kerja-kerja Allah Yang Maha Kuasa.

6. Mata kita sendiri adalah pelik. Kita mempunyai 2 pasang mata. Satu pasang mata qarin jin kita. Satu pasang mata kita. Kita melihat dengan dua wajah. Satu wajah dengan mata qarin jin kita lihat lain. Satu wajah dengan mata kita sendiri melihat lain. Itulah Rahsia bagaimana kita boleh masuk ke jalan Dimensi Ghaib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s