PERMAINAN KUASA

Oleh: Mohamad Rohan Bin Mohamad Razi, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Bandar Baru Selayang, Fasa 2B, Selangor.

1. Politik itu ditakrifkan oleh saya sebagai ‘seni untuk mendapatkan kuasa dan seni untuk mempertahankan kuasa’. Dengan kuasa kita boleh mencapai beberapa tujuan dalam hidup dan akhirat. Untuk mendapat kuasa ia memerlukan seninya. Tanpa kuasa banyak perkara di dalam hidup kita tak tercapai. Tanpa makna jika kita telah memperolehi kuasa tetapi kita tidak dapat mempertahankannya. Setelah mendapat kuasa, kita perlu mempertahankannya. Saya berpisah dengan Kamus Dewan dalam permasalahan kuasa kerana saya membaca beberapa definisi kuasa dari pelbagai tamadun. Saya mempunyai takrifan sendiri dalam masalah kuasa. Banyak aspek hidup di Alam Melayu dahulu telah dicorak oleh pelbagai kaum samada penetap atau bekas-bekas penjajah. Kuasa mereka yang banyak memberi impak dalam Negara adalah kuasa yang diwarnai oleh Perlembagaan Persekutuan seperti DYMM Agong, Perdana Menteri, Jemaah Kabinet, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Begitu juga entiti-entiti dan individu-individu lainya yang memegang dan diamanahkan untuk menggalas sesuatu.

2. Permainan pula saya ambil dalam takrifan Kamus Dewan. Permainan ini sesuai dengan jiwa Malaysia kerana yang memainkan kuasa itu adalah rakyat dan mereka dalam Malaysia. Kekadang permainan kuasa di Malaysia diwarnai oleh anasir-anasir asing seperti kisah di sebalik ‘penyangak matawang.’ Mengikut Kamus Dewan permainan bermaksud ‘bertaruh’ dan ‘pementasan’. Ada banyak lagi takrifannya dalam Kamus Dewan bagi maksud permainan dan kata dasarnya ‘main’. Ia lebih secocok jika diganding dengan kuasa.

3. Sepertimana ditegaskan, untuk mendapat kuasa kita mempunyai seninya. Oleh itu corak kita untuk mendapat kuasa yang dipanggil seni itu merupakan suatu permainan. Jika permainan seni kita sumbang maka akibatnya kita tidak mendapat kuasa. Begitu juga jika kita telah mendapat kuasa tetapi gagal mempertaruhkan permainan seni yang handal maka akibatnya kita kehilangan kuasa.


4. UMNO ‘kelihatan’ telah diterima semula oleh rakyat Malaysia kalau tidak keseluruhannya maka dalam siri Perdana Menteri dari UMNO dan Pilihanraya Negeri Melaka yang menunjukkan UMNO-BN menang besar.

5. Dengan kata lain setelah UMNO kehilangan Putrajaya dalam PRU-14, UMNO mampu dan berjaya bangkit kembali. Tentulah corak permainan kuasa UMNO dalam mendapat kuasa telah kena pada tempatnya. Apa yang paling membimbangkan adalah seni UMNO untuk mempertahankan kuasa. Adakah kena pada corak permainannya? Ya, kita kekehilangan beberapa negeri. Tapi bau politik yang kita dapat hidu adalah rakyat telah mula menerima UMNO-BN kembali. Di sini kita mempunyai dua matlamat iaitu (pertama) kita mesti mempertahankan bahawa kuasa PM hendaklah di tangan UMNO juga samada sekarang atau akan datang (kedua) Melaka mesti dimenangi dalam PRU-15 dengan majoriti yang besar juga.

6. Jika kita gagal mempamerkan corak permainan kuasa dan ia sumbang dalam seninya maka kita sekali lagi akan kehilangan PM dari UMNO dan kita hilang juga orang-orang taruhan kita sepertimana PRU-14. Sanggupkah kita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s