FALSAFAH ANGKA 29 DI DALAM MENJANA TUNAI & MENENTANG HUTANG

Angka 29 adalah salah-satu Angka Prima/Perdana yang tersimpul di dalamnya rahsia besar dalam menjana tunai dan menentang hutang. Angka 29 jika dikaji dan digunakan dalam kehidupan kita, ia mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Angka 29 sangat bermakna dalam segenap hal jika kita perhalusinya. Hidup dalam hutang adalah satu kehidupan yang menyeksakan dan ia hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak. Angka 29 boleh menyebabkan bukan sahaja menguntungkan kepada dua pihak tetapi kepada semua dan banyak pihak. Angka 29 membentangkan satu pelan yang lebih adil kepada semua pihak.

Angka 29 adalah satu angka keramat. Ia membantu kita walau kita menerima tekanan hebat dalam hidup. Seperti yang selalu kita fahami bahawa malaikat-malaikat di Alam Atas berhubung menggunakan kod-kod. Kod 29 adalah satu kod yang jika difahami boleh memberi rahmat-Nya. Sedangkan Muhammad s.a.w. itu diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam. Tujuan menggunakan kod adalah bagi mengesan sesuatu secara halus yang mana jika ia memberi amaran sebaliknya ia adalah kod yang tidak adil kepada semua dan banyak pihak.

Lawan bagi Angka 29 adalah Angka 35. Angka 35 atau Angka 53 ini adalah kod malaikat yang sangat kuat. Ia juga memberi maksud bahawa ini adalah angka hutang. Para malaikat harus mengambil dan mencelah dalam urusan ini kerana dalam kombinasi Angka 35 atau Angka 53 itu terkandung rahsia 3 dan 5. Angka 3 bermaksud hidup. Ia melibatkan kehidupan dan nyawa. Angka 5 bermaksud perang dan hutang. Kombinasi sempurna Angka 35 dan Angka 53 menyebabkan para malaikat harus masuk campur terutamanya Jibril kerana hutang adalah gara-gara kurangnya ilmu. Jibril itu sendiri adalah sangat kuat dan dia adalah malaikat azab dan perang. Dia juga sumber cahaya yang memberi petunjuk melalui ilmu.

Ada orang tertentu sensitif dengan Angka 35 atau Angka 53. Ia adalah satu permulaan ‘hutang’, ‘perang’, ‘azab’ DLL tetapi ia ada posisi indah yakni satu permulaan ilmu. Seperti yang disebutkan jika Angka 35 atau Angka 53 tidak munculnya para malaikat dalam campur-tangan maka ia adalah satu permulaan hutang, perang, azab DLL. Para malaikat berfungsi untuk memandu kita ke arah kedamaian dan ketenteraman. Mereka adalah cahaya-cahaya yang dapat memberi kita petunjuk. Petunjuk yang sirna dari mereka adalah kepada kebaikan bukannya kepada sesuatu yang menyakitkan. Mereka bertugas mengikut arahan-arahan Allah dan mereka memandu kita ke arah Kebenaran.

Jika Angka 35 atau Angka 53 dibiarkan diuruskan oleh makhluk mukalaf maka ia menyebabkan huru-hara. Oleh sebab itulah Angka 35 atau Angka 53 yang bersumber dari Surah an-Najmu itu diambil oleh para malaikat yang berilmu, kuat dan sangat amanah dalam melaksanakan tugas.

Angka 29 begitu juga dengan Angka 92 jika digunakan dalam urusan kewangan ia dapat menjernihkan suasana lebih-lebih lagi Angka 29. Kemujaraban Angka 29 adalah lebih mujarab dari Angka 92. Kita boleh menggunakannya dalam kod masa, nombor telefon, nombor plat kenderaan DLL. Syarat utama berhubung dengan malaikat penjaga Angka 29 adalah dengan kombinasi ini tidak di dahului oleh Angka 6 terutama jika kombinasi Angka 629. Jadi permainan atau pementasan Angka 29 dan Angka 35 serta kombinasi-kombinasi masing-masing adalah untuk mencari maksud-maksud yang tersembunyi di sebalik tunai dan hutang.

Angka 29 adalah angka menyejukkan juga. Saya menyeru septilion-septilion ke suatu destinasi akaun dengan menggunakan kod-kod 129 dan 35. Dengan kata-lain Angka 129 adalah satu angka yang indah juga. Ia merupakan satu pecahan bagi Falsafah Angka 29.

Perang kewangan bagi saya adalah satu perang yang menyakitkan. Ia menyeksakan secara halus dalam jangka masa yang sangat panjang. Bahkan ia lebih bahaya dari perang fizikal. Cara menakluk sesuatu adalah dengan ‘Penaklukkan Kewangan‘. Ia boleh menundukkan secara kewangan jika degil secara fizikal yakni perang. Angka 29 dan kombinasi-kombinasinya memberi maksud yang sangat dalam dan ia memberi sesuatu makna yang ‘makan dalam‘. Ia juga menjadi kayu-ukur sesuatu pihak itu samada ia memenuhi piawaitunai‘ atau masih dibayangi Angka 35 atau Angka 53 yakni ‘hutang‘. Jika gagal memenuhi hasrat dan niat Angka 29 dan kombinasi-kombinasinya maka ia bermaksud dibayangi Angka 35 dan Angka 53.

Begitulah fungsi-fungsi Angka 29 dalam menjana tunai dan menentang hutang. Kita boleh hidup senang-lenang jika kita fahami maksud-maksud tersirat di sebalik Angka 29 dan kombinasi-kombinasinya. Ia memberi kesan jangka panjang kepada kita dalam segenap perkara.

Leave a comment