BAB: PADA MENGUKUHKAN KEWUJUDAN MALAIKAT
Percaya kepada kewujudan malaikat merupakan rukun iman selepas percaya wujudnya Tuhan yakni Allah.
Para malaikat merupakan tentera Allah. Hanya Dia yang mengetahui tenteranya (وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ)(Dan tidaklah mengetahui tentera-Nya melainkan Dia)[al-Muddathir:31]. Bahkan bilangan mereka hanyalah Dia yang mengetahuinya. (وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا)(Dan tidaklah kami jadikan bilangan mereka melainkan suatu cobaan bagi orang kafir tetapi bagi menyakinkan orang yang diberi Kitab dan bagi menambahkan iman bagi orang beriman)[al-Muddathir:31]. Ada yang berujar bagi seorang Jeneral sudah tentu mengetahui tentera-tentera di bawahnya. Dengan kata lain Jibril mengetahui bala tentera malaikat di bawahnya.
Kita sebenarnya mempunyai kesamaran tentang penyamaran malaikat [al-An’am:9]. Kita hanya mempunyai ilmu al-yakin (علم اليقين)[at-Takathur:5] bahawa mereka wujud. Ini yang dikatakan bahawa kita menegakkan rukun iman yang kedua itu yakni beriman bahawa malaikat itu wujud.
Ada orang mencapai tahap ain al-yakin (عين اليقين)[at-Takathur:7] tentang kewujudan malaikat. Ini ditegaskan dalam sebuah hadis ini:
صحيح مسلم كِتَابٌ : الْبِرُّ وَالصِّلَةُ وَالْآدَابُ بَابٌ : فِي فَضْلِ الْحُبِّ فِي اللَّهِ
2567 ( 38 ) (المجلد : 8 الصفحة : 12)
حَدَّثَنِي عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، عَنْ ثَابِتٍ ، عَنْ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى، فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا، فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ : أَيْنَ تُرِيدُ ؟ قَالَ : أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ. قَالَ : هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا ؟ قَالَ : لَا، غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. قَالَ : فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ “.
2567
(… ) (المجلد : 8 الصفحة : 12)
قَالَ الشَّيْخُ أَبُو أَحْمَدَ : أَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ زَنْجُويَهِ الْقُشَيْرِيُّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ، نَحْوَهُ.
Sahih Muslim: Kitab Kebaikan, Silaturrahim Dan Adab
Bab: Kecintaan Pada Allah
2567 (38)(Jilid: 8 Mukasurat:12)
Menceritakan kepadaku Abdul A’la Bin Hamad, menceritakan kami Hamad Bin Salamah, Dari Tsabit, dari Abi Rafi’, dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w. “Sesungguhnya ada seorang lelaki yang menziarahi seorang kawannya di sebuah kampung yang lain, maka di pertengahan jalan diutuskan oleh Allah seorang malaikat kepadanya, apabila berjumpa keduanya, maka dia (malaikat itu) bertanya: Kamu hendak ke mana? Berkata: “Aku ingin melawat seorang rakan ku di kampung ini.” Malaikat itu bertanya:”Adakah bagi kamu apa-apa kepentingan dalam lawatan ini?” Lelaki itu berkata: “Tiada, melainkan aku sayang kepadanya kerana Allah.” Malaikat itu berkata:”Aku ini utusan Allah kepada kamu untuk memberitahu sesungguhnya Allah mengasihi mu sebagaimana kamu mengasihinya.”
Bagi pengkaji hadis mereka menemukan bahawa para malaikat itu berhubung dengan manusia. Hadis di atas menunjukkan bahawa tidak semesti seseorang malaikat itu diutuskan kepada nabi tetapi kepada orang awam juga. Para malaikat itu ramai. Mereka mempunyai fungsi yang berbeza. Ada yang bertugas menurunkan wahyu kepada nabi seperti Jibril.
Bahkan kita percaya para malaikat itu wujud kerana ada dalil al-Quran dan hadis-hadis. Dalil sebegini yang menyebabkan kita mencapai tahap ilmu al-yakin (علم اليقين) tentang kewujudan para malaikat. Inilah yang dikatakan beriman dengan kewujudan para malaikat.
Bahkan ada orang mencapai tahap haq al-yakin (حق اليقين)[al-Waqiah:95 & Haqqah:51]. Hadis No. 2567 Sahih Muslim di atas menunjukkan bahawa hamba Allah yang hendak menziarahi kawannya di kampung lain itu dipintas oleh seorang malaikat dan malaikat itu memperkenalkan diri bahawa dia adalah malaikat kepada hamba Allah itu.
Matan atau lafaz hadis di atas (فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ)(sesungguhnya aku utusan Allah kepada kamu) sama perkataannya dengan lafaz:
قَالَ إِنَّمَا أَنَا رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَامًا زَكِيًّا
Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”. [Maryam:19]
Ayat Maryam:19 ini menunjukkan malaikat tersebut memperkenalkan dirinya malaikat kepada Maryam. Sebagaimana kita ketahui tiada nabi diutuskan dari perempuan.
Oleh itu adalah tidak mustahil orang awam juga boleh berjumpa malaikat dalam keadaan malaikat itu memperkenalkan dirinya kepada seseorang.
Pada saya seseorang itu harus menguasai ilmu malaikat seperti dalam al-Quran dan hadis bagi membezakan orang yang dijumpainya itu adakah seorang malaikat yang sedang menyamar atau manusia biasa atau jin. Sebagaimana ditegaskan dalam ayat [al-An’am:9] bahawa kita mempunyai kesamaran tentang penyamaran malaikat.
Tujuan malaikat menyamar manusia adalah ketika itu mereka bertugas. Mereka boleh memberi syafaat atas dunia kepada seseorang selepas mendapat keizinan Allah terlebih dahulu.
وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِن بَعْدِ أَن يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَن يَشَاءُ وَيَرْضَىٰ
Padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya. [an-Najm: 26]
Diutuskan malaikat seperti mana hadis No. 2567 Sahih Muslim untuk memberitahu fadilat berkasih-sayang atas dasar Allah dan [Maryam:19] untuk memberitahu kepada Maryam tentang kelahiran Isa.
Perkara kewujudan malaikat ini boleh dicapai secara haq al-yakin kepada seseorang. Adalah tidak cukup untuk kita untuk ilmu al-yakin dan ain al-yakin kerana Ilmu Yakin Tiga Serangkai ini termaktub dalam al-Quran.