TARIK DUIT : RAHSIA KANTUNG WANG

1. Tajuk ini adalah salah satu siri sambungan ‘Tarik Duit’ yang lepas. Ramai orang berfikir dan berhasrat untuk menjadi kaya dan wang tidak putus-putus datang kepadanya. Tapi bagaimana?

2. Ada yang fobia tentang perkataan ‘tarik’, mereka kata seperti ‘tarik kereta’. Agak lucu mendengar ketakutan ini. Jika kita memahaminya salah satu cara duit datang kepada kita adalah dengan ‘tarikan’. Ia saya namakan ‘Tarik Duit Alam Ghaib’. Adalah haram kita menyusahkan orang lain, melainkan orang itu melakukan kezaliman pada kita, kita balasnya dengan setimpal. Agar mereka tidak menyusahkan kita dan orang lain lagi.

3. Salah satu cara untuk menarik duit adalah dengan menguasai ‘ilmu kantung wang’. Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘kantung’ bermaksud ‘kocek atau saku’. Apabila disebut ‘kantung wang’, maka kita telah memberi kubu atau rumah kepada wang kita.

4. Jadi, di luar sana betapa ramai orang ingin menarik wang kita. Jika kita tidak memahami cara untuk menyimpan duit dan pertahanan kepada wang kita maka dengan mudah wang kita ditarik. Ia seperti ‘sukan’ tarik menarik duit. Secara tidak mengikuti peraturan adalah kezaliman. Wang tanpa kubu atau rumah adalah mudah ‘untuk lari atau dilarikan.’ Contohnya wang yang diletak merata-rata. Ia seperti gelandangan. Sedangkan wang itu mempunyai ‘khadam malaikat’ yang menjaganya kalau tidak ‘khadam jin’ secara bersama.

5. Jadi khadam atau ‘jenglot’ atau bahasa lucunya ‘toyol’ di kalangan masyarakat Melayu boleh membuat seseorang menjadi kaya. ‘Anak-anak Agong’ itu memerlukan kubunya dan rumah samada untuk dia meramaikan kawan-kawannya dan melancong ke tempat yang sesuai dengan pelaburan yang menguntungkan dan dapat meramaikan kawannya.

6. Kantung wang itu tak semesti dompet. Ia boleh dalam bentuk aplikasi perbankan atas talian. Kita mempunyai risiko juga dengan aplikasi perbankan elektronik kerana ia boleh digodam dan kadang-kadang ia tak berfungsi. Jadi, kantung wang yang kebal itu penting untuk mempertahankan wang kita dan mengurangkan risiko ia dibelanjakan secara boros.

7. Salah satu cara untuk mengelak wang elektronik kita digodam adalah memiliki kantung RFID BLOCK. Jadi ia tak dapat digodam. Pakar dompet menciptakannya begitu. Kad-kad elektronik kita memerlukan dompet secanggih itu zaman sekarang sesuai dengan perkembangan teknologi elektronik.

8. Jadi dompet sakti kita, jika kita mempunyai wang lebih, jangan kedekut membeli satu lapis lagi kantungnya. Awas! Usaha menarik wang anda secara tidak sah. Amalan boros itu kerja syaitan. Kita harus berhemat dalam masalah duit . Jika kita memusuhi duit maka duit memusuhi kita, jika kita menyayangi duit maka duit menyayangi kita.

9. Oleh itu dengan duit mempunyai kubu dan rumahnya maka duit kita selamat, seolah-olah kita juga mempunyai rumah. Bila mereka aman, dengan izin Allah mereka boleh meramaikan kaum mereka. Duit sebenarnya boleh bercakap-cakap. Keberkatan akan diperolehi dengan kita memahami makna dan nilai makhluk yang bernama duit.

10. Jenama dan perlambangan pada kantung wang juga mempunyai maksud dan makna. Ada pelbagai lambang dan jenama kantung wang di luar sana. Contohnya ‘Kickers’, ia mempunyai kuasa untuk menghalau sesuatu yang tidak baik. Lambang lembu pula adalah ‘keuntungan’, ‘sumber makanan tak putus-putus’. Dompet Levi’s pula membantu dalam menentang ‘wang basah’.

11. Kita harus bermain dua jurus wang iaitu wang kering dan wang basah. Dompet Playboy berlambang kepala arnab contohnya membantu kita dalam memahami hal wang basah. Wang basah biasanya datang dengan jumlah yang besar tapi harus ingat ia basah. Wang kering walau sedikit tapi berkat. Dompet Camel juga cukup bersakti. Sifat haiwan yang disebut dalam al-Quran ini harus diteliti. Sanggup merentas padang pasir yang luas demi perniagaan. Jika anda ingin memiliki kuasa kuat dalam tarikan duit, saya cadangkan anda memiliki lebih dari satu kantung atau dompet.

12. Saya doakan semoga pembaca semua memahami sedalam-dalamnya Rahsia Kantung Wang dan anda sekalian beroleh rezeki yang tak terhingga. Kesusahan itu satu permulaan untuk ilmu yang berfaedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s