PELAN INDUK PENUBUHAN SEKOLAH & UNIVERSITI ALAM PINTAR

Sekolah dan Universiti Alam Pintar wajib ditubuhkan di Malaysia yang mana GPSnya mestilah di Bakkah. Apa itu Sekolah dan Universiti Alam Pintar? Sekolah dan Universiti Alam Pintar adalah sekolah dan universiti untuk melatih pelajar-pelajarnya bagi melawan sihir dan melatih serta mempraktikkan ilmu-ilmu hikmat.

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [al-Baqarah:102]

Adalah wajar sihir wajib dihapuskan terutama sihir-sihir purba yang masih wujud hingga kini serta menghapuskan dan mencegah sihir-sihir baharu.

Setiap pelajar harus diajar untuk menggunakan tongkat sakti yang dipanggil dalam Bahasa Inggeris ‘wand’. Tongkat sakti saya bernama ‘Si Takkan Patah’ atau ‘Si Sangat Sakti’. Pelajar harus dibekalkan tongkat sakti yang wajar harganya. Ia boleh dalam bentuk ‘ranting kayu’ dari kayu yang tahan lasak dan berkhasiat. Masing-masing ada kelebihannya, bergantung kepada jenis kayunya. Adapun ‘Si Takkan Patah’ saya adalah dijaga oleh Keluarga DiRaja Selangor.

Sekolah dan Universiti Alam Pintar harus mengajar ilmu-ilmu hikmat yang hanya bersandar kepada al-Quran dan hadis. Di dalam kedua-keduanya mengandungi ilmu-ilmu hikmat yang sangat luas bahkan lebih luas dari lautan-lautan.

Rasulullah sendiri pernah membetulkan barisan pejuang-pejuang Islam dengan sebatang kayu pendek. Ini bermakna bahawa sihir-sihir perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum berjihad. Begitu juga dalam hadis lain disebut bahawa Rasulullah menyuruh seorang sahabat berjihad menggunakan sebatang kayu. Kita memahaminya menggunakan tongkat sakti. Sebatang tongkat yang dibaca mentera atau ayat-ayat al-Quran dan bacaan ma’thur tertentu boleh melawan sihir dan senjata-senjata musuh.

Termaktub dalam al-Quran yang Al-Masih Isa Ibnu Maryam diajar ilmu-ilmu hikmat oleh Allah dan para malaikat-Nya. Jadi tujuan hikmat itu diajar kepada Al-Masih Isa Ibnu Maryam untuk apa? Mesti ada gunanya.

Pelajar-pelajar yang lulus dari Sekolah dan Universiti Alam Pintar boleh berkhidmat dengan Kerajaan atau diserapkan ke dalam kementerian-kementerian tertentu. Boleh juga dalam sektor swasta. Contohnya dalam bidang perniagaan-perniagaan untuk memajukan syarikat tertentu.

Kerajaan sendiri harus mempunyai Kementerian Pintar bagi mengawalselia penularan sihir-sihir. Kita setakat ini hanya menumpukan pembangunan luaran bukannya pembangunan dalaman yang sukar dikesan oleh awam.

Pelajar-pelajar Sekolah dan Universiti Alam Pintar harus dibekalkan pakaian, lencana dan sukatan pelajaran yang khas dan berbeza dari sekolah dan universiti yang biasa. Tenaga pengajarnya haruslah terdiri dari kalangan orang yang memahami apa itu sihir dan ilmu-ilmu hikmat. Pakaian pengajar Sekolah dan Universiti Alam Pintar haruslah berbeza. Pangkat seseorang guru haruslah berbeza mengikut kebolehan dan lulusan mereka. Pelajar-pelajar harus diajar cara menggunakan tongkat sakti dan “jadi” (spells).

Buku seperti Manba’ul Usul al-Hikmah (منبع أصول الحكمة) oleh Abu Ma’syar al-Falaki, sebagai contoh, adalah buku yang terbaik untuk memahami ilmu-ilmu hikmat ini. Begitu juga buku-buku yang lain.

Sukan untuk pelajar-pelajar untuk sekolah dan universiti Alam Pintar haruslah berbeza. Kita harus sama-sama memikirkannya. Dengan kata lain sukan bagi mereka adalah pertarungan menggunakan ilmu-ilmu hikmat.

Pelajar-pelajar juga harus diajar ilmu mengadun ubatan-ubatan hikmat. Mereka harus juga diajar ilmu untuk mengubati orang yang disihir. Di Sekolah dan Universiti Alam Pintar harus ada klinik dan hospital yang khas.

Saya, insyaAllah, akan kembangkan lagi tulisan ini jika Allah mengilhamkan buah fikir-buah fikir yang bernas.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s