Syahdan maka berpuisi lah saya begini:-
PENJEJAK GHAIB
Akan ku tusuk dua bilah keris ghaibku,
Akan ku nyayikan lagu merdu, indahnya.
Akan ku ceroboh masa silam yang kelam.
Akan ku ceroboh masa depan yang cerah.
Akan ku pulang masa sekarang yang silah.
Tak ada nasi, ku hidup juga, Dia kenyangkan.
Tak ada air, ku hidup juga, Dia tak dahagakan.
Tak ada wang, ku kaya juga, Dia yang kayakan.
Tak ada wanita, ku rasa juga, Dia milik bidadari.
Wahai Penjejak Ghaib, datang lah ke syurga.
Oh, indahnya di situ. Pulang lah ke dunia.
Khabarkan Kebenaran Kitab itu, tak dusta.
Kita nyanyikan keindahan itu, tanpa kusta.
Jadi ‘menceroboh masa’ adalah kita bergerak dari masa sekarang, kita pergi ke masa silam dan masa hadapan dengan lebih laju atau perlahan dari orang lain.
Perhatikan surat saya ini:-

Sudah faham? Jika belum faham, ini bermakna ada ‘Dimensi Lain’ yang waktunya berbeza dari ‘Alam Kita’ walau Dimensi Lain itu adalah juga atas Dunia dan Bumi seperti Alam Kita.
Satu lagi formula menceroboh masa adalah sains sebenarnya:-

Jadi, di dalam hal menceroboh masa adalah boleh secara zikir dan sains.
Di dalam hal menceroboh masa kita sebenarnya akan merasa keletihan kerana ‘roh’ dan jasad kita (kita dan qarin jin kita) kepenatan ia memerlukan ‘the atoms rest mass’.
Satu lagi Alam محمد juga wujud. Kalau Alam محمد tak wujud maka mengapa saya boleh zahirkan Capal محمد bersaiz 1 dan cincin bertulis khat محمد رسول الله senyawa dan berawan larat serta 100% perak?