TERAPI MUZIK DALAM MENGAWAL GELOMBANG OTAK

ğŸŽ¼Treble clef sebagai permulaan not-not muzik yang indah. Ia berkait dengan insan. Bukan setakat insan tapi rohani. Insan merasa tenang, sedih DLL bila mendengar muzik-muzik yang indah. Saya diberitahu semasa pemerintahan Kerajaan Islam di Baghdad ada satu alat yang boleh membuat orang ketawa, menangis, sedih DLL. Saya beranggapan itu adalah peralatan muzik.ğŸŽ¶

Otak mempunyai 4 jenis gelombang. Delta waves (0.5 to 3 Hz). Theta waves (3 to 8 Hz) Theta brainwaves occur most often in sleep but are also dominant in deep meditation. Alpha waves (8 to 12 Hz) . Beta waves (12 to 38 Hz) . Gamma waves (38 to 42 Hz).

Dengan boleh mengawal gelombang otak kita maka kita boleh mengawal serangan gelombang ‘ain. ‘Ain itu sendiri adalah serangan pandangan melalui gelombang otak tertentu. Ia menyakitkan jika kita tidak mampu menghadapinya. Dengan boleh memanipulasi gelombang otak kita maka kita dapat menghadapi gelombang serangan ‘ain.

Alat muzik bertali samada dipetik dengan tangan atau digesek dengan ‘bow’ seperti violin, ia boleh menyebabkan seseorang menjadi tenang dan seorang ahli muzik yang pandai dengan peralatannya, mereka boleh memainkan perasaan seseorang. Apatah lagi jika seorang ahli muzik telah menyelami bunyian alatan muzik yang dimainkannya dia melantunkan lirik dan melagukan lirik itu. Sedih bertambah sedih. Gembira bertambah gembira. Cinta bertambah cinta. Sayang bertambah sayang DLL.

Gelombang-gelombang otak mempengaruhi apa yang kita fikir dan perasaan kita. Dengan gelombang otak tertentu ada tindak-balas kimia dalam otak. Dengan mempunyai gelombang otak rendah ketika tidur boleh menyebabkan kita mempunyai ‘vivid dreams’. Dengan gelombang otak yang rendah kita boleh berhubung dengan Alam Rohani.

Dengan bantuan alatan muzik kita boleh menukar bentuk gelombang otak kita. Kita tidak seharusnya mempunyai gelombang otak sejenis dalam satu hari kerana kita beraktiviti berbeza. Tidur ada gelombangnya. Untuk menulis tulisan ini ada bentuk gelombangnya agak ilham tercipta. Begitulah juga aktiviti-aktiviti lain. Jika kita bergelombang theta maka kita tidur berpanjangan sebagai contohnya. Sedangkan kita perlu makan, mandi, berjumpa rakan-rakan DLL.

Tali gitar yang paling bawah ia sangat halus dan tajam. Bunyinya nyaring dan tajam. Jika jari tidak kuat ia boleh menyebabkan jari kita terluka. Ada saat dan waktu tertentu manusia merasa indah mendengar petikan tali itu. Ia bergelombang tinggi. Tapi kadang-kadang manusia suka petikan tali paling atas yang lagi besar. Ia bernada rendah. Mana-mana tali dapat menusuk jiwa manusia pada saat dan waktu tertentu. Otak dan perasaan.

Untuk dilihat dan merasa sihat kita harus menyesuaikan gelombang otak kita. Contohnya orang yang menjalani perjalanan rohani mereka perlu kepada peralatan muzik ketika mendaki dan menurun untuk softlanding bagi perjalanan rohani. Kita jumpa orang dirawat di wad mental kerana mereka menjalani perjalanan rohani ‘tak terkawal’. Adalah mungkin mereka meneroka Dimensi Ghaib tanpa mengawal gelombang otak mereka dengan betul. Otak jadi rosak. Ia perlu dirawat dengan terapi muzik.

Terapi muzik lebih baik dari terapi dadah berbahaya. Muzik tanpa penurunan syaitan adalah muzik yang menyembuhkan. Sedangkan terapi dadah mempunyai kesan sampingan.

Muzik sebagaimana yang telah dibahaskan dalam tulisan lain ia adalah satu kaedah ‘penurunan’; samada syaitan atau malaikat dan jin Islam. Muzik berkait dengan makhluk rohani. Saya telah bahaskan pendalilan al-Quran di arena tersebut.

Terapi muzik boleh menyembuhkan orang mengidap sakit mental dalam mengimbangi tindak-balas kimia dalam otaknya. Orang yang sihat bertambah tenang dan dapat berfikir dengan betul. Melainkan muzik yang ‘menurunkan syaitan’.

Ada penggunaan jenis kayu pada peralatan muzik. Ada jenis buluh tertentu. Bagi orang Melayu ada lagenda ‘buluh perindu’. Dikatakan binatang-binatang di hutan sanggup tidak makan dan minum kerana untuk mendengar keindahan bunyi buluh perindu ditiup angin. Ia melekakan. Kuasa tarikannya begitu. Ada jenis-jenis gitar yang dibuat dari buluh bersaiz besar. Mungkin itu buluh perindu jenis Indonesia. Buluh perindu Melayu bersaiz seperti ranting.

Terapi gelombang muzik bukan setakat menghiburkan tetapi ia menyebabkan kesembuhan bagi jiwa dan otak yang menderita. Dengan syarat tiada penurunan syaitan kerana ia tegahan dari al-Quran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s