Saya pada awalnya ingin menulis tentang rahsia dan falsafah muzik tapi saya selesaikan dulu isu berkenaan hukum hakam muzik kerana saya seorang Muslim yang memiliki alat muzik dan menggunakannya serta bernyanyi jika sudah menjiwai muzik itu.
Saya memiliki gitar, violin, serunai berbagai jenis dan keyboard.
Muzik bagi orang tak memahaminya mereka berkata ia satu hiburan atau halwa telinga sahaja. Sebenarnya ia lebih dari itu. Memang ada hadis yang menyebut alat muzik bertali tidak dibenarkan dalam Islam. Hadis itu hanya sepintas lalu berkata begitu tanpa menyebut asbabnya atau illahnya. Adalah tidak wajar seorang berfatwa tentang muzik tapi dia sendiri tidak pakar dalam bab muzik. Al-Quran hanya menyebut tentang (لَهْوَ الْحَدِيثِ)(Lah Wa al-Hadis)[Luqman:6]. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir ia dinyatakan sebagai (الغناء)(nyanyian).
Hukum-Hakam Muzik
Jadi Luqman:6 hanya menyebut sepintas lalu berkenaan istilah “Lah Wa al-Hadis”. Lantas Imam Ibnu Kathir mentafsirkannya sebagai “nyanyian” serta dibawa hadis-hadisnya. Jikalah ia adalah nyanyian maka mesti Lah Wa al-Hadis itu berbentuk nyanyian iaitu ada senikatanya atau lirik serta alunan alat-alat muzik. Sudah pasti nyanyian itu haram. Jadi Imam Ibnu Kathir ‘berijtihad’ tentang Lah Wa al-Hadis itu nyanyian berdasarkan hadis. Seperti yang saya kata jika Lah Wa al-Hadis itu nyanyian maka sudah semesti wujud lirik atau senikata. Adakah illah atau asbab diharamkan nyanyian per se kerana ia nyanyian? Tidak, kerana senikata. Di manakah pendalilannya secara jelas dan nyata? Di dalam al-Quran juga. Baca Surah al-Syuara’: 221-225 terutama ayat (تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ)(Ia -syaitan- turun kepada pendusta dan pendosa)[al-Syuara’:222]. Lirik ia yang menjadi haram kerana satu pendustaan dan dosa kerana wujud elemen ‘penurunan syaitan’ dalam nyanyian itu. Bagaimanakah ingin mengetahui wujud ‘penurunan syaitan’ dalam sesuatu nyanyian? Ayat itu sudah menjawab kerana wujud ‘pendustaan dan dosa’. Menceritakan mesej cinta, siasah, agama DLL dalam senikata bukanlah satu pendustaan dan dosa bahkan digalakkan kerana ia memberi manfaat dan pahala.
Bagaimana pula tentang alatan muzik? Tok Imam pun di zaman sekarang telefonnya berdering nada muzik. Jadi Tok Imam hendak tukar not dering apa? Zikir atau bacaan al-Quran? Jika dia bawa telefon dalam tandas dan berdering alunan Quran dalam tandas bagaimana pula?
Senang sahaja untuk menjawab.