BAB: PENYERUAN JIBRIL: Cahaya Yang Bersifat Ilmu Dalam Memberi Wahyu
1. Surah an-Najm (bintang) umpama ‘Surah Jibril’ untuk menyeru malaikat Jibril paling berkesan dalam menurunkan wahyu. Mengapa ‘bintang’? Bintang juga adalah panduan bagi pelayaran kapal dalam gelap gelita.
2. (Dan dia berada di ufuk yang tinggi)(وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ)[an-Najm:7]. Keberadaan para malaikat adalah di langit (وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ)(Dan betapa ramai malaikat di langit-langit)[an-Najm:26]. Permainan mereka – para malaikat – adalah di langit. Sedangkan langit itu sendiri ada ketika bersifat ‘kayangan atas kayangan’. Kemudian ia diseru agar turun ke Bumi melalui Surah an-Najm. (ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ)(Kemudian ia mendekatkan dirinya)[an-Najm:8]. Menerima ilmu – wahyu – dari Jibril adalah ‘satu kejutan’ kerana tahap ilmunya adalah teramat tinggi. Bahasa Melangit yang telah dipermudahkan agar hamba-Nya memahaminya. Ilmu yang tiada di buku. Maka keberadaannya lebih hampir (فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ)(Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi)[an-Najm:9].
3. Urusan Jibril dan hamba-Nya bukanlah masalah agama sahaja tetapi pelbagai ilmu. Batu asas yang diletakkan oleh pendahulu محمد bukan dalam masalah agama sahaja. Tak terkata dengan ilmu Jibril. Professor Serbatahu. Kalah professor-professor atas Dunia. Entah lah mengapa begitu. Cahaya itu adalah satu ilmu. Tiada kegelapan. Kegelapan dalam memahami sesuatu. Tiada. (نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ)(Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu)[al-Hadid:13]. (يَسْعَىٰ نُورُهُم)(memancar cahaya mereka)[al-Hadid:12]. Permainan Alam Tinggi adalah permainan ‘cahaya’. Allah sendiri memancar ‘cahaya-Nya’. (اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ)(Allah lah cahaya langit-langit dan Bumi)[an-Nur:35]. Roh itu sendiri adalah bersifat cahaya. Roh Qudus. Roh Amanah. Malaikat tercipta dari cahaya. Dalam tubuh asal malaikat adalah bersifat cahaya yang mempunyai bentuk. Ada struktur sayap, kepala, tangan dan kaki yang terbentuk dari cahaya. Permainan cahaya adalah permainan tinggi. Untuk mengenal dan kembali kepada-Nya.
4. Dengan jarak dekat Jibril dan hamba-Nya maka makanan roh yakni ilmu maka terhasillah salah satu bentuk wahyu melalui perantaraan malaikat.
5. Cahaya ilmu itu dibias kepada umat. Macam satu liabiliti dalam membiaskan cahaya kepada roh-roh lain. Ibarat orang-orang lapar yang perlu diberi makanan.