
Pendahuluan
1. Delima berwarna merah kerana ia mengandungi corundum dan ia keras sekitar 9 mohs kerana ia mengandungi chromium. Ini dari sudut sains. Saudara-saudari boleh google seterusnya jika ingin mengetahui tentang ‘inti’ zahir berkenaan batu delima merah. Apa yang ingin kita kongsi di sini adalah berkenaan delima dalam menzahirkan Dana Alam Ghaib. Oleh kerana ia Dana Alam Ghaib maka ia harus diterokai secara ghaib yakni mengetahui bagaimanakah delima digunakan dan dapat membantu menzahirkan Dana Alam Ghaib. Soalnya mengapa delima tidak batuan lain? Mengapa delima?

al-Quran & Hadis
2. Delima atau yakut adalah batuan mulia yang disebut di dalam al-Quran :
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ
Bidadari-bidadari itu seperti permata delima dan marjan [ar-Rahman: 58]. Batuan delima adalah batuan syurga. Di dalam satu hadis diceritakan bahawa di dalam syurga mempunyai pasar. Ahli-ahli syurga juga bersifat membeli-belah. Bagaimanakah cara mereka membeli-belah di dalam syurga? Mereka bukan menggunakan matawang atau duit tapi membeli-belah menggunakan amalan di Dunia mereka. Diceritakan di dalam al-Quran bahawa pakaian ahli syurga adalah gelang dari emas dan pakaian mereka sutera [al-Kahfi:31]. Delima dikaitkan dengan ‘dal yang lima’. Sebab itu ia dipanggil delima oleh Orang Melayu. Huruf dal (د) yang lima itu terkandung dalam Surah al-Ikhlas. Bidadari-bidadari syurga disifatkan seperti delima dan marjan kerana kemerahan tubuh mereka itu dapat dilihat di sebalik litupan 70 helai kain. Delima dan marjan itu merah warnanya.
3. Di dalam hadis banyak menceritakan bahawa delima adalah tempat mengalirnya air-air sungai syurga:-
سنن أبي داود
أَوْلُ كِتَابِ السُّنَّةِ
بَابٌ : فِي الْحَوْضِ
4748 (المجلد : 5 الصفحة : 73)
حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ النَّضْرِ ، حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبِي قَالَ : حَدَّثَنَا قَتَادَةُ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : لَمَّا عُرِجَ بِنَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْجَنَّةِ – أَوْ كَمَا قَالَ – عُرِضَ لَهُ نَهْرٌ حَافَتَاهُ الْيَاقُوتُ الْمُجَيَّبُ – أَوْ قَالَ : الْمُجَوَّفُ – فَضَرَبَ الْمَلَكُ الَّذِي مَعَهُ يَدَهُ فَاسْتَخْرَجَ مِسْكًا، فَقَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْمَلَكِ الَّذِي مَعَهُ : ” مَا هَذَا ؟ “. قَالَ : هَذَا الْكَوْثَرُ الَّذِي أَعْطَاكَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ.
حكم الحديث: صحيح
Sunan Abu Daud : Kitab as-Sunnah : Bab: Sungai
(Jilid : 5 Mukasurat: 73) 4748
Menceritakan kami Āsim Bin An-Nadr, menceritakan kami al-Mu’tamir, berkata: aku mendengar ayahku berkata: menceritakan kami Qatadah, dari Anas Bin Malik berkata, bilamana di naikkan Nabi s.a.w. ke syurga – atau sebagaimana ia berkata – dibentangkan padanya sungai dasarnya delima yang berlubang atau berkata : dilubangkan – maka menanya malaikat bersamanya : Apa ini? Berkata (malaikat itu): Ini ialah al-Kaustar (sungai) yang diberi oleh Allah ta’ala kepada kamu.
Hukum hadis: Sahih.
سنن الترمذي أَبْوَابُ صِفَةِ الْجَنَّةِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
بَابٌ : فِي صِفَةِ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
2533 (المجلد : 4 الصفحة : 298)
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا فَرْوَةُ بْنُ أَبِي الْمَغْرَاءِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِنَّ الْمَرْأَةَ مِنْ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ لَيُرَى بَيَاضُ سَاقِهَا مِنْ وَرَاءِ سَبْعِينَ حُلَّةً، حَتَّى يُرَى مُخُّهَا ؛ وَذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ يَقُولُ : { كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ } ، فَأَمَّا الْيَاقُوتُ، فَإِنَّهُ حَجَرٌ لَوْ أَدْخَلْتَ فِيهِ سِلْكًا، ثُمَّ اسْتَصْفَيْتَهُ ؛ لَأُرِيتَهُ مِنْ وَرَائِهِ “.
حكم الحديث: ضعيف
Sunan at-Tirmizi : Bab Sifat Syurga : Dari Rasulullah s.a.w.
Bab: Sifat bidadari-bidadari syurga
2533 (Jilid : 4 Mukasurat 298)
Menceritakan kami Abdullah Bin Abdul Rahman, berkata : menceritakan kami Farwah Bin Abi Maghra’, berkata : menceritakan kami Abidah Bin Humaid, dari Ata’ Bin Sa’ib dari Amru Bin Maimun, dari Abdullah Bin Mas’ud, dari Nabi s.a.w. berkata “Sesungguhnya wanita ahli syurga akan dilihat putih betis mereka dari belakang 70 pakaian, sehingga dilihat saraf otak mereka, Allah berfirman (Seakan-akan mereka itu delima dan marjan), adapun delima, ia adalah batu jika dimasukkan sesuatu penyucuk akan dapat menembusinya dilihat dibelakangnya.” (Penulis: tubuh mereka bersifat telus)
Hukum hadis: Dhaif (Penulis: Semua perawi adalah terpercaya tetapi saya bersoal mengapa ia dihukumkan hadis lemah)
Sisi Gelap
4. Hal tarik duit ini adakah ia hal rekaan dan diada-adakan? Tidak sebenarnya. Memang ada scammers yang berhati syaitan di luar sana memperdaya orang ramai. Contohnya ‘ilmu sesat‘ yang berlegar-legar di kalangan orang awam bahawa ada batu delima merah tujuh gelas air. Ia sebenarnya cahaya merah delima itu dijana secara elektronik atau bateri yang mengeluarkan cahaya merah. ‘Batu delima’ itu sendiri adalah batuan buatan yang di dalamnya ada peralatan elektronik yang mengeluarkan cahaya merah sehingga tujuh gelas air terpantul cahaya merah. Lagi kuat baterinya maka lagi kuat cahaya merah yang dijana. Tapi ada di kalangan kita yang terpedaya hingga puluhan dan ratusan ribu ringgit. Kita boleh berkata dengan kes-kes yang terjadi sebegini maka hal tarikan Dana Alam Ghaib menggunakan batu delima adalah satu ilmu yang baharu. Ramai tertipu kerana kekurangan ilmu dan pengalaman.
Mukjizat & Mencarik Adat
5. Bagi saya ia telah didedahkan sejak 2004 kepada saya. Ia bermula dengan saya membeli cincin permata kokka. Kemudian ia telah disentap oleh seseorang. Seseorang datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa ia adalah delima yang telah diuji di lab dengan memancarkan cahaya laser kepada permata delima tersebut. Maka delima tersebut telah melawan tembakan laser tersebut. Bagaimana kokka boleh menjadi delima? Ia adalah satu kaedah penukaran jisim sesuatu benda kepada jisim yang lain yang lagi bernilai. Dari kokka ia telah ditukar kepada jisim delima. Ia bukan satu misteri. Kerana menzahirkan Dana Alam Ghaib ia adalah melalui kaedah menukar jisim sesuatu benda kepada jisim yang lain lagi bernilai. Duit kertas ringgit Malaysia yang ditukar kepada cek yang bernilai. Begitu juga pindahan elektronik. Mengapakan ritual tarik duit sebegini memerlukan batu delima?

Unik & Persoalan-Persoalan
6. Tadi kita telah bersoal: Mengapakan ritual tarik duit Dana Alam Ghaib sebegini memerlukan batu delima? Batu delima itu suatu benda yang misteri. Mengapakah suatu ketika dahulu kokka saya bertukar menjadi delima? Tidak kepada zamrud atau batuan mulia yang lain? Saya pada saat itu memerlukan Dana untuk saya berkahwin dan membina syarikat guaman saya serta membina hidup. Sebelum itu saya diajak untuk menguruskan balak seluas 40,000 ekar lebih di Terengganu. Delima sebagaimana telah dijelaskan mengandungi corundum dan chromium. Ia sesuai dengan cakra jantung yang mengepam darah. Planet yang berkait dengannya adalah matahari. Warna merah ia itu sendiri menunjukkan ia berkait dengan darah. Sunrise ruby seberat 25 carat lebih dengan mempunyai warna pigeon blood terjual oleh agensi lelongan Christie sekitar USD30 juta.
Mistik & Alam Ghaib
7. Pengkisahan kokka itu ialah saya telah bertemu dengan penjaganya dari kaum jin. Sekitar 2004 dahulu saya telah diberitahu bahawa salah seorang anak jin telah terseliuh bahu ketika ia disentap. Jadi ‘anak jin’ itu adalah yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan batu delima ini. Saya telah berjumpa dengan malaikat yang menjaga delima ini pada 2022. Dia melahirkan rasa sedih dengan anak jin tersebut yang tercedera akibat peristiwa 2004 dahulu. Saya berdoa kepada Tuhan untuk diberitahu nama ketua malaikat yang menjaga delima Si Raja. ‘Jagat Raya‘. Jika dilihat namanya adalah Melayu. Ia akan melemahkan kerja-kerja berkait tarik duit Dana Alam Ghaib jika jin-jin yang menjaga delima ini sakit. Saya yakin yang menyentap itu adalah Jibril dan yang menceritakan kokka itu telah bertukar jisimnya kepada delima adalah juga Jibril. Jika ia tidak dibuat begitu – sentap – selama-lamanya ia dilihat oleh saya sebagai kokka sedangkan ia telah bertukar jisim kepada delima. Untuk merawat dan memberinya caj ia telah disarankan oleh seorang tua di Ulu Tiram, Johor Bahru dengan disegari oleh 3 kuntum bunga ros merah. Khadam Jin tidak boleh masuk ke dalam delima termasuk batuan lain tapi khadam suci malaikat boleh masuk ke dalam batuan delima untuk mereka mendapat wahyu dan ilham. Struktur delima bukan bersifat nano. Wahyu dan ilham satu ilmu bagi mereka. Bila mereka bertambah ilmu maka saiz mereka makin membesar. Allah boleh menambahkan bilangan sayap mereka.
Kemampuan & Ritual Tarik Duit
8. Ritual tarik duit Dana Alam Ghaib memerlukan delima merah kerana delima berupaya menukar gelombang otak. Lagi tinggi gelombang otak maka lagi tinggi perkara di luar adat atau mencarik adat berlaku. Khadam-khadam suci yang terdiri dari malaikat dan jin akan menarik dan melakukan kerja-kerja proses untuk ‘melabuhkan‘ dan ‘mendaratkan‘ duit di suatu lokasi. Kemampuan delima Si Raja ini boleh hingga tahap ratusan bilion ringgit Malaysia. Pemilik delima umpama tukang sembelih lembu di hari raya korban. Juak-juak lain lah yang melakukan lapah, menyiang dan memasak serta menghidangnya. Ahli-ahli yang hadir dalam ritual tarik duit Dana Alam Ghaib berkongsi sama. Lagi besar Dana Alam Ghaib yang hendak ditarik maka ahli-ahli harus menjemput raja-raja jin yang sepuluh. Makhluk jin adalah makhluk Alam Ghaib yang memahami ritual tarik duit Dana Alam Ghaib. Saiz besar mereka itu menunjukkan mereka menguasai ilmu ghaib. Bahkan ada yang dapat berhubung dengan khadam suci (jin) delima merah. Lagi merah maka lagi banyak kandungan corundum dalamnya. Pigeon blood atau panca delima lebih cerah kerana kandungan corundumnya kurang. Delima boleh mengubah dan mengawal gelombang otak. Mengapa? Kita perlu kepada gelombang otak yang berbeza untuk tujuan berbeza: gelombang; theta, beta, gamma dan alpha contohnya untuk aktiviti-aktiviti berbeza.

Gelombang otak yang dihasilkan menerusi delima ini (pigeon blood / panca delima) tidak sekuat Si Raja kerana ia tersangat merah. Begitu juga dengan kita menghasilkan gelombang melalui delima Si Raja maka kita boleh mengetahui seseorang itu boleh membawa duit pada tahap mana mengikut kekuatan dan ilmunya. Delima Si Raja menyerang dengan kaedah gelombang ke dada. Biasanya jika seseorang tidak mampu membawa sesuatu jumlah wang contohnya RM100,000,000 maka dia tidak dapat menanggung gelombang yang datang menyerang di dadanya kerana dia boleh pengsan bila duit RM100,000,000 itu masuk dalam akaunnya. Ini bukan gurauan. Begitu juga dalam berdoa pada Allah dia boleh sekak dada dengan gelombang Si Raja. Bila dia hendak berdoa RM1 Bilion bila serangan pada dadanya datang maka dia akan hanya mampu berdoa setakat RM10,000,000 sebagai contohnya. Mengapa begini? Sudah dijawab; dia tak mampu membawanya. Situasi ini saya panggil serangan merah. Oleh itu bagi pemburu Dana Alam Ghaib disarankan banyak berzikir Ya Ghani! secara berterusan. Si Raja juga boleh menerawang yakni membaca sesuai yang tersembunyi dan sesuatu yang berada di jarak jauh. Saya boleh guna untuk meramal sesuatu.

Peraturan & Undang-Undang
9. Selepas upacara menarik Dana Alam Ghaib maka proses seterusnya adalah menyatakannya atau menzahirkannya. Ahli-ahli yang turut serta harus menyatakannya. Menyatakannya atau menzahirkannya maka ia harus bersebab. Bukan laundering terutama AMLATFAPUAA (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (Act 613) pihak Bank Negara boleh menahan jika ia masuk ke akaun tertentu tanpa bersebab. Di sini perlu ia harus diuruskan oleh ahli-ahli jemaah. Ia kerana projek bernilai ratusan juta contohnya. Pihak yang hadir dalam majlis itu ada yang bertaraf ahli politik berjawatan tinggi. Ia harus dikongsi secara adil dan saksama bagi mengelak ada yang menikam dari belakang yang boleh menyebabkan Dana Alam Ghaib ini tersekat.
Kesahihan
10. Apa yang paling penting adalah ilmu yang tinggi ahli-ahli jemaah. Jika tidak memahami maka bertanya. Tarik Duit Alam Ghaib ini sanadnya bersambung hingga Jibril. Ia diperturunkan kepada kita semua. Ia memang wujud. Masalah anda terjerat dengan scammer itu berpunca dari anda kurang ilmu. Menolak dan menafikannya mungkin berpunca dari kejahilan. Masalah ia dihantui scammer itu bagi menolaknya kerana belum melihat keberhasilannya. Bukti ia wujud ialah bukti delima merah itu memang wujud. Si Raja itu sendiri tersangat merah dan seberat sekitar 42 carat itu bukti zahir yang ada. Berhubung dengan khadam-khadam sucinya itu suatu disiplin yang lain yang harus diterokai.
Masa & Kesesuaian
11. Dari segi falak, ritual tarik duit sangat sesuai dibuat ketika bulan mengambang penuh. Ini adalah kerana kerohanian suci aktif di saat ini. Penurunan para malaikat untuk datang membantu di saat ini dan falak begini adalah sangat efektif. Lebih spesifiknya pada 15 haribulan Islam atau Hijriyyah. Bulan mengambang penuh ketika ini. Kerohanian kotor lemah ketika ini. Perasaan kita juga menjadi indah dan sinar ketika ini. Kita dapat menghayatinya dengan lebih bermakna kerohanian suci dan perkara-perkara ghaib ketika ini. Dalam hal tarik duit perkara Sirr Jasmani, Sirr Ruhani, Sirr Nurani dan Sirr Rabbani harus dikuasai untuk ritual tarik duit ke arah lebih efektif.
Penutup
12. Si Raja, khadam sucinya bertahap puteri di Istana Pahang. Ia lambang perkahwinan saya dengan seseorang dari negeri ini. Ia pernah dikisahkan sekitar 2004 ketika itu hanya dilihat oleh saya dalam bentuk kokka. Sekarang di depan saya ia delima merah seberat 42 carat.
13. Dana Alam Ghaib boleh dinyatakan dan dizahirkan melalui delima merah. Delima itu sendiri penuh dengan formula sains. Selain mistiknya cukup misteri. Hasil itu yang lebih penting. Si Raja telah membuktikan bertahap ratusan bilion ringgit. Untuk menjadi kaya itu senang. Untuk menjadi miskin itu susah. Faham?