PERMASALAHAN ROH: DERITA ROH YANG DITANGGUNG OLEH AL-MASIH ISA IBNU MARYAM

“who his own self bare our sins in his own body on the tree, that we, being dead to sins, should live unto righteousness: by whose stripes ye were healed.”
‭‭1 Peter‬ ‭2‬:‭24‬ ‭KJV‬‬

Roh itu urusan Tuhan. Ia bukan urusan Allah semata-mata. Sebab itu roh-roh yang telah menyaksikan bahawa Tuhan itu Allah suatu ketika dahulu di Alam Roh bila mereka datang ke Dunia ada yang menyaksikan Allah sebagai Tuhan. Ada yang menyaksikan Yahweh sebagai Tuhan. Ada yang menyaksikan ‘Father’ sebagai Tuhan. Elohim, El-Shaddai, dan Adonai. Brahma. Serta lain-lain nama Tuhan. Ini adalah urusan Tuhan.

Isa berkata :

وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus “. [Maryam: 36]

Di sisi Islam hanya Allah itu Tuhan. Dalam hal permasalahan roh-roh yang telah datang ke Dunia, ada yang menjadikan Tuhan selain Allah. Adakah ia setakat penamaan yang berbeza dan merujuk kepada zat atau Diri yang sama? Atau penamaan dan zat atau Diri yang berbeza? Soal ini bukan untuk yang Islam semata-mata tetapi juga kepada yang beragama Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha DLL setelah roh itu bersemadi dalam jasad agama berbeza itu.

Perjanjian Baru atau Injil bukan setakat mengajukan Diri Isa secara terperinci tapi juga masalah roh. Saya belum meneliti Pali Tipitaka dan Veda. Tapi saya ada Bhagavad Gita yang dikatakan umpama Perjanjian Baru bagi Veda dalam Hindu.

Menanggung dosa-dosa roh yang telah bersemadi dalam tubuh-tubuh lain seperti yang diungkap dalam ‭‭1 Peter‬ ‭2‬:‭24‬ itu ialah urusan kedatangan Isa selepas ‘turun dari langit’ (Islam) atau ‘resurrection’ (Kristian).

Dosa orang itu dia yang menanggung.

أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); [an-Najm:38]

Tapi kekuatan beban untuk menanggung dosa dengan menyerupai wajah pendosa itu datang dengan semangat dosa mereka. Melainkan ada sesuatu yang dapat menahan dan mengawal Diri. Kekuatan ini adalah tidak lain dan tidak bukan kekuatan roh orang yang menyerupai itu. Roh itu milik masing-masing walau bersumber yang sama yakni Tuhan. Sakit sebenarnya menyerupai wajah bagi tubuh yang dihuni oleh roh yang menderita.

Injil ada menyebut ‘resurrection’ dengan wajah berbeza.

“After that ‘he appeared in another form’ unto two of them, as they walked, and went into the country.”
‭‭Mark‬ ‭16‬:‭12‬ ‭KJV‬‬

“[H]e appeared in another form”[Mark‬ ‭16‬:‭12‬ ‭KJV‬‬] menjelaskan Isa boleh bertukar wajah. Sebagaimana Khidhir dan Idris juga mampu menukar wajah.

Jadi mereka yang bertuhankan Yahweh sebagai Tuhan. ‘Father’ sebagai Tuhan. Elohim, El-Shaddai, dan Adonai. Brahma. Serta lain-lain nama Tuhan. Ini adalah urusan Tuhan. Tepat seperti kata al-Quran:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. [al-Isra’:85]

Bagi orang Islam, ‘Kristian’ hanya penamaan agama. Mereka mengakui Injil itu kitab wahyu. Mereka tidak membezakan kitab-kitab wahyu antara satu samalain sebagaimana larangan membezakan satu rasul dengan rasul yang lain.

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”. [al-Baqarah:136 & 285][al-e-‘Imran: 84].

Beban roh-roh yang menderita ditanggung oleh Isa seperti disebut 1 Peter‬ ‭2‬:‭24‬ ‭KJV‬‬ dalam kata menahan dan mengawal Diri dari dosa. Jika dosa telah berlalu tanpa meminta ampun dari Tuhan, dosa itu dipikul oleh yang melakukan dosa.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s