HUJAN SEBAGAI BENTUK KEMURKAAN ALLAH

Jika kita mengkaji al-Quran berkenaan hujan ia adalah dalam dua bentuk; (pertama) rahmat Allah (kedua) ia kemurkaan Allah.

Ia rahmat Allah jika hujan itu turun membawa keberkatan pada Bumi. Al-Quran menggunakan frasa ‘diturunkan dari langit, air'[al-Baqarah:22;164][al-Anaam:98][al-Araf:57][al-Anfal:11][Yunus:24][al-Rad:17][Ibrahim:32][al-Kahfi:45][Ta Ha:53][al-Hajj:5;63][al-Mumenoon:18][al-Furqan:48][an-Naml:40][al-Ankaboot:63][ar-Room:24][Luqman:10][as-Sajda:27][Fatir:27][az-Zumar:21][Fussilat:39][az-Zukhruf:11][Qaf:9]

Allah menunjukkan kemurkaan-Nya bila menggunakan lafaz ‘wa amthorna’ (وَأَمْطَرْنَا)(Dan kami hujani mereka’)[al-Araf:84][Hud:82][al-Hijr:74][as-Shuara:173][an-Naml:58]

Terutama Hud:82 yang berbunyi:

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Kaum Lut yang mendustai Nabi Lut dihujani dengan batu-batu dari tanah yang dibakar dan negeri mereka diterbalikkan atas ke bawah dan bawah ke atas oleh Jibril dengan sayapnya.

Hujan dalam bentuk ini adalah satu bala’ dari Allah. Begitu juga kaum Nuh yang ditenggelamkan dengan banjir yang dahsyat bila kaumnya mendustainya.

فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ مُّنْهَمِرٍ

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. [al-Qamar:11]

Banjir adalah satu bentuk azab juga jika diperhati bila ia berlaku di beberapa negara termasuk Negara kita. Walau dulunya hanya di musim tengkujuh di Pantai Timur tetapi sekarang ia telah merebak ke beberapa negeri lain. Tempat yang tak pernah banjir dilanda banjir. Ia harus dilihat azab jika tidak kita berpandangan ia satu perubahan musim dan iklim. Faktor cuaca begini kerana musim dan iklim menyebabkan kita berfikir perlu kepada projek tebat air. Saliran terancang. Tapi banjir tetap juga berlaku. Perlu berbincang dengan dengan jurutera air untuk merancang sistem perparitan dan tebatan kalau perlu. Juga ahli khawas untuk mencari punca kemurkaan Allah.

Kita harus melihat ia kemurkaan Allah. Al-Quran menjadi petunjuk. Petunjuk ini menyebabkan kita berfikir apa yang menyebabkan Allah murka?

Di China purba suatu kita dahulu mereka melakukan upacara agama agar tidak banjir. Selepas manusia makin maju maka nereka berfikir untuk membina perparitan tersusun (A Source Book In Chinese Philosophy:Wing-Tsit Chan].

Di Negara kita ia harus bermula dengan Kerajaan, samada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat, kerana mereka mempunyai kuasa dan wang.

Dengan kata lain selain kita berdoa agar kita tidak dimurkai Allah yang membanjirkan kita maka kita perlu juga untuk menghadapi banjir dengan sistem perparitan dan tembatan terancang.

Wahai! Tuhan yang sedang murka, jangan lah kemurkaan Mu menyebabkan kami diazab. Hanya pada Mu kami memohon.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s