PUAK-PUAK YANG PANJANG USIA

Petikan di bawah adalah dari jilid 1 halaman 55 Kitab al-Bidayah Wa an-Nihayah dari Ibnu Kathir yang menceritakan tentang al-Hin dan al-Bin iaitu dua kelompok yang ada sebelum jin pertama diciptakan. Ibnu Kathir menceritakan berlaku peperangan antara Puak Jin dan al-Hin serta al-Bin.

Cerita yang sampai kepada saya jin pertama diciptakan adalah al-Jan dijadikan dalam tiub hijau. Jikalah salsilah al-Masih Isa Ibnu Maryam Ibnatu ‘Imran itu adalah keluarga jin (melainkan Isa) maka berkemungkinan ‘Imran itu adalah al-Jan yang disebut dalam al-Quran al-Hijr: 27 dan ar-Rahman:15. Keluarga ‘Imran itu adalah Keluarga Jin melainkan Isa. Maryam itu sendiri adalah dari Bangsa Jin melainkan Isa yang diciptakan bersifat manusia (al-basyar) tapi tanpa ayah. Bagi mengukuhkan ini dalam al-e-‘Imran:37 menceritakan Maryam sudah ada pada masa Nabi Zakariya iaitu lebih kurang 2500 tahun dahulu. ‘Imran itu adalah induk utama Kaum Jin.

Para pengkaji jin mengatakan bahawa jin kebanyakannya berusia panjang. Kes Iblis yang memohon dari Allah agar ditangguhkan usia hingga Hari Kebangkitan tetapi dia ditangguhkan hingga Hari Tertentu [al-A’raf:14-15][al-Hijr:37-38]. Perkataan ‘al-Munzhorin’ (الْمُنظَرِينَ) menunjukkan ramai yang ditangguhkan usia termasuk Iblis, Maryam, al-Masih Isa Ibnu Maryam. Cerita yang sampai kepada saya selain al-Masih Isa Ibnu Maryam termasuk Golongan al-Munzhorin adalah juga Nabi Khidhir, Nabi Idris dan Nabi Ilyas. Cuma sahaja di manakah keberadaan mereka sekarang? Itu sahaja. Lihat perbahasan lanjut di sini: https://rohanrazi.org/2013/11/08/diskusi-tentang-panjang-usia/

Apa yang hendak dihujahkan di sini ialah ‘Imran itu adalah al-Jan yang dimaksudkan dalam al-Hijr: 27 dan ar-Rahman:15. Oleh itu al-Jan atau ‘Imran itu sempat ketika peperangan Puak Jin dan al-Hin serta al-Bin. Jikalah al-Jan itu adalah ‘Imran maka dia mengetahui sifat al-Hin dan al-Bin.

Al-Quran menggunakan istilah (وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ)(Dan menumpahkan darah)[al-Baqarah:30]. Jikalah makhluk yang berdarah itu dirujuk kepada Kaum Jin dan al-Hin serta al-Bin maka al-Hin dan al-Bin adalah makhluk berdarah juga. Di manakah keberadaan mereka sekarang? Ibnu Kathir tidak menjelaskan bahawa mereka telah pupus akibat perang dengan Kaum Jin atau masih tersisa. Jika mereka masih tersisa maka di manakah mereka? Di manakah tempat tinggal mereka?

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. [al-Baqarah:30]

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s