Pendahuluan
Sebagaimana telah dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa wujud Dimensi Ghaib dan seseorang salik kerohanian boleh mendakinya dan memasuki Dimensi Ghaib seperti Alam Mimpi, Alam Malakut, Alam Jabarut, Alam Nasut, Alam Lahut, Alam Jin DLL. Alam itu terlampau banyak. Ada Alam Tinggi dan ada Alam Rendah. Apa yang ingin kita bincangkan ini bagaimana seorang salik untuk ‘mendarat’ tanpa ‘terhempas’ atau ‘terkandas’ setelah menjalani perjalanan kerohanian dari Alam Rendah ke Alam Tinggi setelah itu Alam Rendah kembali. Jika dia gagal mendarat dengan selamat yakni dia ‘terkandas’ dan ‘terhempas’ maka dia akan jadi tidak keruan di Alam Rendah. Bahkan ada yang dirawat di wad mental walau dia seorang hafiz al-Quran atau ahli ibadat. Tinggal lagi bagaimana untuk mendarat secara ‘soft-landing’ pendaratan yang selamat di Alam Syahadah yang rendah? Jika pendaratan di Alam Syahadah atau ketika mendaki di Alam Ghaib tidak selamat maka, seperti yang telah dijelaskan, seseorang salik boleh mendapat masalah seperti terganggu dan sakit di salah satu alam. Seorang salik boleh mendapat masalah seperti ‘halusinasi’ dan ‘terganggu’. Fenomena tidak jejak ini dipanggil ‘jatuh’.
Kandas
Disiplin Jejak/Grounding/at-Tanazzulat ini ada pakar-pakarnya. Sayugia, orang yang dirawat di wad mental itu bukan disiplin psikiatri sahaja menanganinya tetapi juga disiplin agama. Banyak rawatan kes disiplin psikiatri tidak menyembuhkan tapi hanya dapat bertahan sahaja dengan ubat-ubatan moden. Mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam rawatan yang tidak menyembuhkan ini. Ahli agama usah lokek ilmu kerana kita harus membuat jasa dalam hidup sebagai bekal di Alam Akhirat dengan syarat kita memahaminya dan mengetahuinya selok-belok. Ada pendaki-pendaki Alam Tinggi yang berjaya di dalam jejak/grounding/at-tanazzulat mereka. Bukan semua pendaki-pendaki kerohanian mendapat musibat jika memahami perkara jejak/grounding/at-tanazzulat dengan sefaham-fahamnya serta mengkaji dan mengetahui cara untuk jejak/grounding/at-tanazzulat dengan sempurna. Ia umpama Nabi Muhammad s.a.w. yang mendaki hingga ke Sidratul Muntaha tetapi berjaya untuk jejak/grounding/at-tanazzulat dengan sempurna. Sidratul Muntaha itu adalah teramat tinggi hingga atas dari Langit Ke-7. Perkataan ‘muntaha’ itu bermaksud penyudah segala alam-alam yang banyak ini. Apakah formula Nabi Muhammad berjaya jejak/grounding/at-tanazzulat selepas Israk dan Mikraj?
Gelombang Otak
Di Alam Rendah jarang mendapat musibat kerana gelombang dari perkara-perkara di situ adalah rendah. Begitu juga gelombang otak adalah rendah. Tetapi apabila mendaki ke Alam Tinggi menyebabkan gelombang otak terganggu. Apabila mendaki ke Alam Tinggi maka benda-benda dan makhluk-makhluk di situ adalah bergelombang tinggi. Otak seseorang akan menjadi aktif dan hingga ke puncak dengan gelombang Gamma yang berukuran 40Hz to 100Hz. Di sini dopamin akan dirembes oleh otak dengan sangat banyak. Di saat ini kandungan dopamin adalah diperlukan oleh otak untuk tugasan keaktifan otak diketika itu di Alam Tinggi. Ia merentas disiplin agama pelbagai. Perkara ini boleh disahkan dengan meletakkan tapak tangan ke dahi maka akan didapati bahawa bahagian itu ketika itu sangat panas. Jadi kita telah mengetahui bahawa kepala di mana otak terletak di situ adalah dalam keadaan mengandungi haba yang panas. Mengapa begini? Otak sedang memproses maklumat di Alam Tinggi dengan aktif. Jika seseorang salik gagal mengawal gelombang otak mereka di saat itu mereka boleh ‘terhempas’ atau ‘terkandas’ ketika mendarat di Alam Rendah. Bahkan di Alam Tinggi pun mereka telah terganggu. Maka akan dijumpai mereka di katil-katil sakit dan hospital. Sebagaimana ditegaskan ia merentas pelbagai disiplin agama. Setiap agama ada disiplin kerohaniannya.
Dopamin
Rembesan dopamin adalah diperlukan dalam otak untuk mengawal aktiviti otak. Sesuai dalam keadaan berada di Alam Tinggi yang jauh berbeza dengan Alam Rendah maka ia (dopamin) adalah sangat diperlukan dalam otak seseorang. Sebagaimana telah dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa Alam Tinggi adalah penuh dengan perkara yang abstrak. Otak kiri berfungsi dengan aktif. Qarin jin seseorang yang ada dalam tubuhnya itu bersama dengan tuannya akan cuba merungkai keadaan dan perkara-perkara yang mereka jumpai dan lalui di Alam Tinggi. Sebagaimana telah dijelaskan di atas bahawa otak sangat aktif di Alam Tinggi. Ia bergelombang Gamma yang mana menimbulkan haba yang panas pada bahagian kepala. Kekurangan atau lebihnya dopamin maka ia memudaratkan seseorang. Itulah fenomena ‘terganggu’ atau ‘terhempas’ dan ‘terkandas’ atau ‘jatuh’. Bagi yang kekurangan dopamin untuk memahami hal di Alam Tinggi mereka berhajat pada pengambilan bahan-bahan tertentu yang membolehkan otak merembes dopamin dengan banyak. Pengambilan nikotin menyebabkan otak merembes kandungan dopamin dengan banyak. Ia tidak harus lebih dari 60mg kerana jika lebih dari dos ini ia boleh menyebabkan mudarat pada badan. Susu sebagai contohnya dapat menyejukkan tubuh dan bahagian kepala yang mana otak sedang aktif memproses maklumat dan perkara-perkara di Alam Tinggi. Nabi Muhammad s.a.w. memilih susu berbanding arak di malam Israk dan Mikraj. Ini adalah sebagai panduan kepada kita untuk ‘mendaki’ dan ‘mendarat’ dengan selamat dan jauh dari ‘terkandas’ atau ‘terhempas’ samada ketika mendaki di Alam Tinggi atau mendarat di Alam Rendah selepas pulang mendaki di Alam Tinggi.
3 Perkara Yang Membantu Untuk Mengawal Ketika Mendaki ke Alam Tinggi Dan Mendarat Di Alam Rendah Dengan Selamat
Apakah 3 perkara ini? Makanan, Bunyian dan Pemakaian. Telah dijelaskan tadi bahawa ketika berada di Alam Tinggi sayugia pengambilan susu segar adalah menjadi kemestian. Susu dapat menyah-haba di dalam badan seterusnya menyejukkan otak ketika itu. Oleh itu ia menjadi faktor penghalang dari ‘terganggu’. Makanan yang bersifat panas sewajarnya dielak ketika berada di Alam Tinggi kerana ia bukan setakat menambah haba kepada badan tetapi juga menyebabkan gangguan pada seseorang salik. Daging dan makanan berdarah harus dijauhi oleh seseorang salik ketika berada di Alam Tinggi. Seterusnya bunyian. Oleh kerana Alam Tinggi penghuni-penghuninya dan benda-benda berada di situ bergelombang tinggi maka harus didengar alunan muzik yang bernada rendah. Bahasa Melayu adalah bernada rendah berbanding Bahasa Arab yang bernada tinggi. Begitu juga Bahasa Greek. Bahasa Melayu tertinggi adalah ‘ucatan‘. Jika seseorang bergelombang otak rendah berada berhampiran dengan seseorang yang sedang mengalunkan ‘ucatan’ maka ia boleh berdarah hidung kerana gelombang ucatan itu tinggi. Ucatan adalah pujian-pujian pada Kebesaran Allah dan penghayatan Alam Tinggi dalam Bahasa Melayu. Benda seperti delima ‘a wavelength of λ0 = 694.3 nm‘. Jika memakainya dan menghadapi sesuatu yang lagi tinggi gelombangnya maka seseorang akan mudarat melainkan delima itu lagi tinggi gelombangnya maka ia dapat menghadapinya. Begitu juga marjan. Delima dan marjan yang berwarna merah bersifat memancarkan energi bergelombang tinggi. Marjan jika dibuat biji tasbih elok dizikirkan untuk meninggikan energi seseorang. Jika energi seseorang lagi tinggi dari energi dan gelombang sihir maka dia kalis sihir. Alam Jabarut terutamanya di mana syaitan bergerak dengan aktif dan melakukan sihir di saat itu. Oleh itu salik mesti berhati-hati di Alam Jabarut. Sesuatu yang berwarna hitam itu bersifat dapat menyerap gelombang yang lagi tinggi dan menyerap haba panas dari sesuatu benda. Oleh itu teras gemunggal hitam adalah perkara yang baik dipakai ketika berada di Alam Tinggi. Ada 7 jenis gemunggal; (1) gemunggal gunung, (2) gemunggal bukit, (3) gemunggal hutan, (4) gemunggal pulau, (5) gemunggal kampung, (6) gemunggal merah dan (7) gemunggal emas. Masing-masing mempunyai khasiat berbeza kerana pokok gemunggal itu menyerap kandungan tanah di sekitarnya yang berbeza. Gemunggal terbaik, sebagaimana saya diberitahu, adalah gemunggal pulau yang jauh dari orang. Ia di kelilingi lautan. Di samping dipengaruhi oleh tanah, ia juga dipengaruhi oleh air laut. Sihir bergerak dengan gelombang tinggi. Melainkan delima itu lebih tinggi gelombangnya dari sihir itu maka delima dapat menghadapi sihir tersebut. Dengan kata lain untuk menyerap sihir di Alam Tinggi adalah dengan memakai benda hitam kerana ia dapat menyerap haba panas dan gelombang tinggi sihir yang dihantar. Badan juga mempunyai hak untuk tidur yang cukup. Kekurangan tidur menyebabkan ‘sleep disorder‘. Ia boleh dirawat dengan merukyah air suci dan bersih serta minum.
Displin Jejak/Grounding/at-Tanazzulat Menurut Kesufian Islam
Ulamak cuba merungkai perkara ini dengan membuat rajah seperti berikut:

Bagi salik harus merenung dan memahami rajah ini. At-Tanazzulat as-Sittah itu dengan memahami syariat, tarekat, hakikat dan makrifat secara mendalam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Syeikh sesuatu tarikat seharusnya mengawal anak-anak didiknya dari ‘terkandas’ dan ‘terhempas’ dalam perjalanan salik di bawah kelolaannya kerana perkara ini boleh membawa fitnah kepada agama. Panduan agama yang diperolehi dari pengamalan Nabi Muhammad s.a.w. adalah panduan yang sangat baik bagi jejak/grounding/at-tanazzulat. Pengambilan susu di Alam Tinggi itu kewajaran yang membantu kita untuk selamat di Alam Tinggi dan ketika mendarat di Alam Rendah. Memahami tingkatan-tingkatan alam dengan sempurna adalah ke mestian. Alam Lahut sebagai Alam Tertinggi itu boleh didaki oleh anbiya’ sahaja kerana yang naik ke Sidartul Muntaha itu hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja. Sehingga ada yang mengaku berjumpa tuhan sedangkan itu bukan Tuhan tetapi makhluk lain. Mungkin malaikat atau halusinasinya yang hanyalah makhluk-makhluk lain.
Penutup
Kita telah faham betapa pentingnya jejak/grounding/at-tanazzulat dalam kehidupan kerohanian kita. Tambahlah ilmu sebelum terlambat dan terdampar di wad-wad sakit dan katil. Gangguan itu melambatkan kita kepada kehidupan kerohanian yang sempurna dan menimbulkan fitnah. Sebarkan hanya ilmu berguna kepada ramai. Seterusnya menambah serta menambah ilmu yang baik yang datang dari Allah. Kita pasti berjaya jika kita terpandu dan mendapat panduan dari mereka yang mengetahui. Allah lah yang paling mengetahui. Rasa kasih dan sayang pada insan itu termasuk berkongsi dalam perkara berfaedah, jauhkan Diri dari sukahati melihat seseorang ‘terhempas’ dan ‘terkandas’.