ADAB BERGURU

1. Seorang penuntut perlu memahami adab berguru kerana bagi menuntut ilmu samada ilmu dunia atau ilmu akhirat memerlukan guru. Kita tidak dapat ilmu melalui seorang diri. Walau di sana ada pengecualian kepada hamba-hamba Allah yang diberi ilmu laduni (فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا) (Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.)[al-Kahfi:65] sebagaimana saya telah bahaskan sebelum ini di dalam ‘PERBAHASAN TENTANG ILMU LADUNI’. Perlu kita memahami dalam kisah Khidhir ini ada ahli tafsir yang berpendapat ia adalah bukan manusia tetapi malaikat. Jika dia adalah malaikat maka dia adalah Jibril. Selayaknya bagi Musa a.s. seorang nabi yang boleh berbicara secara langsung dengan Allah (وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا)(Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)[an-Nisa’:164). Iblis juga sebelum dia dilaknat oleh Allah, dia boleh berbicara dengan Allah secara langsung [Lihat: al-Baqarah:34; al-Araf:11; al-Hijr: 31 & 32; al-Isra: 61; al-Kahf: 50; Taha: 116; Sad: 74 & 75] itupun ketika al-Quran masih di Luh Mahfuz [al-Buruj:22].

2. Adab berguru ini adalah seperti kisah Musa a.s. berguru dengan Khidhir. Tentang hakikat Khidhir ini ramai yang sangsi dan keliru. Siapakah Khidhir? Saya telah katakan di awal tulisan ini bahawa ia berkemungkinan besar adalah malaikat. Kisah Musa a.s. berguru ini menjadi panduan kepada kita tentang adab berguru. Kisahnya bermula apabila Musa a.s. berkhutbah pada Bani Israel maka baginda telah ditanya; Siapakah yang paling berilmu? Maka dia (Musa a.s.) menjawab: Aku! Maka Allah murka kepadanya kerana tidak diberi ilmu kepadanya. Maka Allah berkata kepada Musa a.s. bahkan bagi-Ku seorang hamba di pertemuan dua laut. Dia lebih berilmu dari kamu. Seperti yang diriwayat oleh Ubai bin Ka’ab dari Rasulullah s.a.w.: (حدثنا أبي بن كعب عن النبي صلى الله عليه وسلم أن موسى قام خطيبا في بني إسرائيل فسئل أي الناس أعلم فقال أنا فعتب الله عليه إذ لم يرد العلم إليه فقال له بلى لي عبد بمجمع البحرين هو أعلم منك) (Dipetik dari Tafsir Ibnu Kathir).

3. Adab pertama, adalah seorang murid harus mencari guru. Bukan guru mencari murid. Kisah Musa a.s. itu adalah dia sanggup berjalan jauh mencari Khidhir walau tersesat sehingga berjumpa dengannya di dua pertemuan laut. Adalah tidak wajar guru mencari murid. Atau perigi mencari timba, kata pepatah Melayu. Ini menunjukkan kesungguhan murid dalam menuntut ilmu. Maka murid akan menjadi lebih menghargai ilmu yang diperolehi. Di sini juga ada keperluan, dimana jika murid yang ‘tersesat jalan’ maka wajarlah orang yang berilmu atau guru mencari dan membantu murid yang tersesat itu. Kebuntuan murid dalam mendapat petunjuk adalah wajar bagi seorang guru membantunya. Ini adalah kes kecemasan sahaja. Namun prinsip asasnya murid harus mencari guru. Tetapi guru yang macamana harus dicari oleh murid? Ia bergantung kepada keadaan. Apa ilmu yang dikehendaki oleh murid? Jika murid sudah ada ilmu tentang sesuatu maka murid harus mencari guru bagi mengajarnya tentang ilmu yang belum dimilikinya lagi. Dalam kisah Musa a.s. baginda tandus ‘ilmu hakikat’. Maka sebab itu Allah mengarahkan Musa mencari Khidhir bagi memahami ilmu hakikat.

4. Adab kedua, seorang murid harus meminta izin dari guru untuk berguru. (قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا)(Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”)[al-Kahfi:66]. Keizinan ini adalah kemestian kerana seorang guru boleh memahami seseorang murid tentang apa yang murid itu perlukan. Seorang guru akan menolak jika dia dapati murid itu tidak layak untuk berguru dengannya.

5. Adab ketiga, seorang guru boleh meletakkan syarat kepada murid (قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا)(Ia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”.)(al-Kahfi:70). Inilah disiplin dalam ilmu hakikat iaitu memerlukan kesabaran dalam menuntutnya. Seperti yang telah awal-awal diberitahu oleh Khidhir (قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا)(Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.)[al-Kahfi: 67].

5. Adab keempat, murid bukan setakat meminta izin untuk berguru dengan seorang guru namun dia harus menunjukkan kesungguhan untuk berguru walau ditolak oleh guru untuk berguru dengannya. [al-Kahfi:67 & 68].

6. Adab kelima, harus ada perpisahan antara guru dan murid apabila murid telah melanggar syarat berguru.(قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ)(Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.) [al-Kahfi:78]

7. Adab keenam, jika murid telah khatam sesuatu ilmu dari guru maka dia harus tidak mendakwa dirinya lah paling berilmu. Jika tidak dia akan dihukum seperti mana Musa dihukum iaitu terpaksa menuntut ilmu dari hamba Allah yang mengajar erti ilmu yang belum dikuasainya. Kerana ilmu Allah ini adalah sangat luas. Apa yang ‘seluruh kita’ ada ini hanya sedikit sahaja. Seorang yang telah berilmu itu harus mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan angkuh dan sombong dengan ilmu kita kerana Allah tidak suka kepada orang yang angkuh dan sombong.

Advertisements

DIMENSI GHAIB

1. Perjalanan hidup kita bukan setakat menempuh Alam Syahadah tetapi juga Alam Ghaib [al-Anaam:73][al-Tawba:94 & 105][al-Rad:9][al-Mumenoon:92][as-Sajda:6][az-Zumar:46][al-Hasr:22][al-Jumua:8][at-Taghabun:18].

2. Di sana ada pemisah antara Alam Syahadah dengan Alam Ghaib. Pemisah itu adalah ‘barzakh‘ (بَرْزَخٌ)[al-Mumenoon:100][al-Furqan:25][ar-Rahman:20].

 البَرْزَخ : الحاجز بين شيئيْن (Sumber : المعاني عربي – عربي)

3. Walaupun wujud halangan atau barzakh antara Alam Syahadah dan Alam Ghaib kita sebenarnya boleh menempuh juga Alam Ghaib. Mimpi sebagai satu contoh; kita sebenarnya menyaksikan simbolik-simbolik tentang huraian apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Kita menggunakan perantaraan roh kita atau lebih tepat qarin jin kita untuk berhubung dengan Alam Mimpi atau dimensi ghaib ini.

5. Badan kita sendiri boleh menempuh Demensi Ghaib bukan setakat akan datang seperti Alam Kubur, Alam Kiamat, Alam Syurga dan Alam Neraka. Bahkan kita sebenarnya dari Alam Arwah. Ketika Allah berfirman (أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا)(Bukankah Aku Rab kamu? Mereka berkata: Bahkan kami menyaksikan)[al-A’raf:172].

6. Di atas dunia ini semasa kita hidup, jiwa yang suci juga boleh memasuki Alam Malakut dan Alam Jabarut. Alam Malakut ini disebut dalam al-Quran [al-Anaam:75][al-Araf:185][al-Mumenoon:88][Ya Seen:83]. Alam Jabarut pula disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwiyatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi di dalam الشمائل, an-Nasaei, bahawa Huzaifah r.a. melihat Rasulullah s.a.w sembahyang pada waktu malam dan baginda membaca (الله أكبر – ثلاثا – ذى الملكوت والجبروت والكبرياء والعظمة). Ini adalah dalil atau hujah mengukuhkan bahawa Alam Malakut dan Alam Jabarut itu wujud.

7. Tujuan kita untuk memasuki Dimensi Ghaib ini adalah untuk menjadi orang yang lebih yakin  kepada kekuasaan Allah:

Surah al-Anaam:75:

وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim (Alam Malakut langit dan bumi) kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

8. Peristiwa Ibrahim a.s. memasuki Alam Malakut ini adalah semasa hayat baginda. Ini bermaksud walau kita masih hidup maka kita juga layak untuk memasuki Alam Malakut. Begitu juga Alam Jabarut ia berlaku ketika hayat kita.

9. Di sana ada juga Alam Qarin, Alam Khadam, Alam Ifrit, Alam Bank, Alam Kad, Alam Kenderaan, Alam Senjata, Alam Cincin, Alam Tumbuhan, Alam Haiwan, Alam Buku, Alam Pakaian dll kerana Dia lah Tuhan sekian alam [al-Fatihah:1].

10. Apa tujuan wujudnya Dimensi Ghaib? Seperti pendalilan yang dibawa melalui ayat [Surah al-Anaam:75] agar kita menjadi orang yang lebih yakin. Sebenarnya kita tak usah tergoda dengan Dimensi Ghaib jika kita memasukinya semasa hayat kita, walau sebenarnya jika kita memasuki Dimensi Ghaib kita boleh mengambil manfaat apabila memasuki Dimensi Ghaib seperti melakukan transaksi perniagaan, mengambil barang-barang sakti, mencari jodoh dll. Ia juga boleh menyelesaikan kerumitan di Alam Syahadah melalui kebijaksanaan kita menyelesaikannya di Dimensi Ghaib.

11. Banyak peristiwa-peristiwa bermakna berlaku di Dimensi Ghaib. Seseorang ‘bertarung’ dengan seterunya di Dimensi Ghaib tersebut. Kita memerlukan ilmu dan barang-barang sakti untuk menyelesaikan problematika di Alam Syahadah bila ia ‘menyerang’ kita di Dimensi Ghaib.

12. Di Dimensi Ghaib mempunyai banyak godaan. Jika kita tidak berhati-hati maka kita tertarik dengan godaan yang wujud di Dimensi Ghaib. Pegang petua ini: ‘Bila kita masuk ke Dimensi Ghaib kita perlu menarik bukan ditarik.’

HOROLOGI: FALSAFAH & METAFIZIK ROLEX®

1. Jam Rolex® adalah igauan setiap orang samada lelaki atau perempuan. Sedangkan di sana ada jenama-jenama jam lain. Kenapa? Adakah kerana ia selalu terpapar di akhbar-akhbar? Atau kerana metafizik dan keunikannya? Kita cuba memahami falsafah dan metafizik Rolex® terlebih dahulu bagi kita mengetahui jawapan-jawapan bagi persoalan itu.

2. Masih ingatkah tuan-puan tentang Paul the Octopus yang meramal dengan tepat tentang keputusan 2010 World Cup ?


3. Pertamanya Rolex® mempunyai lambang sotong kurita (Octopus) dan perkataan Oyster (tiram). Ia adalah kod bahawa Rolex® sinonim dengan dua haiwan air ini. Oleh kerana Rolex® ada lambang sotong kurita maka jenama jam ini jika asli dan kuat maka ia mempunyai khadam jin spesis air yang bersifat sotong kurita. Anda boleh sken dengan cara bagaimana anda mendapat dan balik ke rumah selepas mendapatnya.

4. Pengalaman saya mendapatnya ialah saya menaiki kereta Uber yang pemandunya seorang penyelam dan keretanya penuh lambang-lambang laut dan hari tersebut adalah lembab dan hujan renyai-renyai. Kami berbual tentang khazanah-khazanah laut. Harta-harta karun dalam kapal laut yang karam.”Kita memerlukan Rolex® untuk mencari Rolex®.” Ketika saya balik juga begitu.

5. Rolex® bukan setakat keras besinya dan mistik pergerakan jarumnya. Ia juga waterproof. Ada beza antara ‘water resist‘ dan ‘waterproof‘. Water resist hanya menentang air, tetapi waterproof kalis air. Water resist menentang air dari masuk ke dalam jam kita. Tetapi waterproof air TIDAK BOLEH MASUK LANGSUNG. Ia kebal air sebenarnya! Anda juga, jika memakai Rolex®, TIADA PEREMPUAN YANG BOLEH “MEMBASAHKAN” ANDA! Anda faham apa yang saya maksudkan?

6. Lokasi ‘Bakkah’ [Surah Aal-e-Imran:96] adalah di dalam air. Untuk ke Mekah anda harus ‘menyelam’. Anda memerlukan Rolex® untuk menyelam bagi membuat umrah dan haji. Ya anda melihat pada zahirnya Mekah dan Ka’bah atas darat. Alam Metafiziknya Bakkah dan Ka’bah adalah dalam air! Alam Ghaib bersifat begitu.

7. Rolex® mempunyai berbagai-bagai warna. Jika biru maka ia bermaksud anda mendapatkannya di Lautan Biru. Jika hijau bermaksud anda mendapatnya di Lautan Hijau. Jika merah anda mendapatnya di Lautan Merah. Biru bermaksud BLUE OCEAN STRATEGIES® (Strategi-Strategi Lautan Biru®). Begitulah seterusnya.

8. Bagaimanakah untuk mengeraskan besi dan menambah hikmat Rolex® anda? Selepas di bawa balik ke rumah Rolex® anda anda letak Rolex® anda dalam bungkusan kain dua lapis: kuning dan merah yang mengandungi keris (atau apa sahaja senjata besi) dan al-Quran.  Perasapkannya. InsyaAllah Rolex® semakin keras dan tinggi hikmatnya.

9. Cara mengguna Rolex® adalah jangan pulas jarumnya selalu kerana ia boleh rosak. Biarkan ia begitu kerana jika anda memulas jarumnya ibarat anda memulas telinga khadamnya. Fahami kod-kod dari pergerakan Rolex® anda. Ia akan bergerak apabila anda pakai. Rolex® boleh bersatu dengan anda. Anda merasakan detik pergerakan jarumnya di jantung anda! Fahamilah rahsia-rahsia masa dan kod-kod di Rolex® anda!.

TARIK DUIT 2017 (BAB: MAKAN)

BAB: MAKAN

1. Ketahuilah ilmu menarik duit itu berkaitan dengan “makan”. Cara kita makan dan apa yang kita “makan”. Ketahuilah juga kita makan bersama qarin jin. Oleh itu apa yang kita makan adalah penuh dengan perlambangan. Oleh kerana “menarik duit” adalah sebahagian dari rezeki maka cara dan apa yang kita makan itu penuh dengan perlambangan.

2. Cara kita makan samada “masak sendiri” atau “hidangan atau masakan orang lain” atau “makan di kedai atau tempat selain rumah” adalah mempunyai maksud dan makna. Ini semua mempengaruhi rezeki yang datang kepada kita.

3. Jika kita masak sendiri itu bermaksud rezeki yang kita perolehi secara usaha sendiri. Jika hidangan atau masakan orang lain bermakna rezeki yang datang kepada kita itu di bawa oleh orang lain. Jika di kedai itu bermakna kita ingin berniaga dan berurus dengan orang lain. 

4. Sekarang berkenaan apa yang kita makan. Apa yang kita makan itu mempunyai maksud dan makna. Jika kita makan benda yang berwarna kuning maka itu bermaksud kita dapat rezeki yang mempunyai kaitan dengan Kesultanan atau Raja. Jika kita makan yang berwarna hijau maka ia mempunyai maksud dengan KeIslaman. Jika kita makan daging itu bermakna kita hendak memudaratkan seseorang. Jika kita memakan sayuran itu bermakna kita akan mendapat persalinan dan berkaitan dengan pertanian dan tumbuhan. Jika makan telur ia ada kaitan dengan “kejantanan” kita bagi yang lelaki. Jika makan ramuan lada maka ia ada unsur “kepedasan” bergantung setakat mana kita memakannya. Jika kita menggunakan garam maka ia bermaksudkan “masin” atau “maqbul” lidah dan tutur kata kita. Begitulah seterusnya.

5. Jika kita makan beramai-ramai maksudnya kita kongsi rezeki dengan orang lain. Jika kita kenyang itu bermakna kita mendapat rezeki yang banyak. Jika kita makan seorang itu bermakna kita mendapat rezeki secara individu.

6. Sebenarnya ia adalah seperti takbir mimpi tentang apa dan cara yang kita makan.

7. Oleh itu berhati-hati ketika makan. Jika salah makan maka cara rezeki yang datang itu dengan tidak elok. Samada mengandungi “santau” yang boleh memudaratkan kita. Ini juga boleh terjadi dengan kita makan seorang diri atau usaha secara sendiri kerana santau boleh bergerak secara  angin atau jin yang membawanya.

8. Oleh itu bersabarlah jika kita terjatuh seketika dalam hidup lalu tidur-bangun dan makan di rumah. Itu sebenarnya kita terjatuh di titik paling bawah V dalam kehidupan kita. Yakinlah kita akan naik semula dengan izin Allah dan membentuk bahagian V yang membuka itu. Inilah yang dikatakan teori Anti-Piramid. Saudara-Saudari boleh melayari tentang konsep ini dengan lebih lanjut di Facebook Page saya : Anti-Piramid-VV atau menaip @antipiramid. Apabila kita keluar dari titik V yang tercorot maka hidup kita akan senang lenang semua. Begitulah kita boleh jatuh dan naik semula.

9. Oleh yang demikian jagalah tentang cara dan apa yang kita makan kerana ia adalah wasilah dalam kita menarik duit dan rezeki.

TARIK DUIT 2017

1. Pengalaman aku terlibat dalam ‘ritual’ tarik duit aku dapati ada 2 kumpulan orang yang menerima duit yang telah aku tukar menjadi cek dengan jumlah yang besar. Kumpulan pertama berahsia tentang apakah transaksi itu. Kumpulan kedua mereka menceritakan tentang hakikat transaksi itu.

2. Kumpulan pertama adalah majoriti. Manakala kumpulan kedua adalah minoriti.

3. Mungkin ada sebab mereka berahsia. Membawa duit jumlah besar di tangan itu penuh ujian. Orang lain berminat untuk tarik duit juga.

4. Aku suka diberitahu tentang hakikat duit yang ditukar kepada cek itu. Kadang-kadang penerima cek menceritakan aku akan hakikatnya. Contoh kategori ini adalah Adi Mulyadin dari Indonesia. Aku boleh memperhalusi lagi seni TARIK DUIT.

5. Balik beraya Eidul Fitri 2017 banyak dihabiskan di Kuala Berang. Lepak di simpang tiga Kuala Ping yang sudah pesat membangun dengan projek terkini dalam bikinan tak kurang RM30 juta walau di kawasan Hulu Terengganu.

6. Tampaknya aku tidak berhajat kepada ‘funder’. Pembiaya besar lebih kepada omongan kosong. Sukar mencari yang tanpa muslihat. Aku hanya perlu bekalan duit berterusan di tangan aku. Duit kertas ini ditukar dari nota RM1, RM5, RM10, RM50 dll ‘menjadi’ cek. Ada yang jutaan. Ada yang berbilion. Kajian kes Tembat dan Petuang di Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu ia menjadi gandaan Trillion atas nama Robert Tan.

7. Pindahan duit secara elektronik juga mempunyai rahsia besar. Sehingga menjangkau pengaliran wang ke luar negara. Pindahannya berganda-ganda dari nilai sebenar.

8. Aku tidak dapat melihatnya. Qarin jin aku dapat melihatnya. Kadang-kadang aku diberitahu oleh ifrit atau khadam yang menerima duit itu. Kadang-kadang malaikat yang menyamar sebagai kenalan-kenalan datang mengajar dan memberi maklumat.

9. Aku sendiri atas kapasiti manusia seperti kamu sukar untuk menerima hakikat ini. Kalau beritanya dah taraf mutawatir mahu mungkiri?

10. ‘Ritual tarik duit‘ bermaksud pada saat dan ketika qarin jin yang ada ditubuh aku bertasyakkul (merupa) menjadi orang kaya dan menukar jisim-jisim benda menjadi lebih berharga. Menggandakan wang kecil menjadi wang besar. Mengubah tulisan-tulisan.

11. Satu projek berbilion di Terengganu, aku hanya perlu berbelanja di pasar malam untuk membiayainya menjadi realiti. Tak kan barang di pasar malam bernilai RM100,000? Apatah lagi RM1B!

12. Ritual tarik duit memang wujud!

​PERBAHASAN TENTANG ILMU LADUNI

1. Laduni ini adalah istilah yang telah dimelayukan dari (لَّدُنَّا) dipetik dari (وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمً)(Dan Kami ajarkannya dari sisi Kami sesuatu ilmu)[al-Kahfi:65]. Laduni bermaksud dari ‘sisi’. Ia adalah ilmu khas yang tidak wujud dan ketahui oleh khalayak ramai. Hatta Musa pun perlu ‘berguru’ (تُعَلِّمَنِ)[al-Kahfi:66] dengan Khidhir untuk memahami ilmu laduni. Ini bermakna ilmu laduni boleh dipelajari dari seseorang yang dianugerahkan kepadanya.

2. Perkataan ‘Kami’ itu menunjukkan kata jamak iaitu bukan Allah sahaja yang mengajar seseorang tetapi juga boleh jadi para malaikat-Nya.

3. Perkataan (هُ)(hu)(Dia) dalam (وَعَلَّمْنَاهُ) [al-Kahfi:65] ini merujuk kepada Khidhir a.s. yang disifatkan oleh al-Quran (فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا)(Maka mereka berdua -Musa dan pemuda yang menemaninya-mendapati seorang hamba dari hamba-hamba Kami)[al-Kahfi:65]. Ayat ini juga menunjukkan bahawa bukan setakat Khidhir sahaja yang diberi ilmu laduni tetapi ramai lagi.

4. Setiap perbuatan yang bersifat laduni itu mempunyai takwil (بِتَأْوِيلِ)[al-Kahfi:78].

5. Perbuatan-perbuatan Khidhir yang menyimpang dari syariat (1) menebuk kapal yang membahayakan nyawa penumpang-penumpang [al-Kahfi: 71 ] (2) membunuh budak yang tidak berdosa [al-Kahfi:74] (3) sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya sedangkan ahli kampung itu tidak mahu menjamu mereka [al-Kahfi:77].

6. Perbuatan-perbuatan Khidhir ini adalah pada zahirnya menyimpang dari syariat, namun takwil-takwilnya adalah masih dalam ruang lingkup syariat. Hakikat perbuatan Khidhir itu dengan secara takwil masih dalam ruang-lingkup syariat. Hanya Musa tak memahaminya pada zahir yang dilihatnya menyalahi syariat.

7. Takwil kepada (1) menebuk kapal yang membahayakan nyawa penumpang-penumpang [al-Kahfi: 71 ]. Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, Khidhir bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat [al-Kahfi:79] .(2) membunuh budak yang tidak berdosa [al-Kahfi:74]. Adapun budak itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka  kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.[al-Kahfi:80-81].(3) sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya sedangkan ahli kampung itu tidak mahu menjamu mereka [al-Kahfi:77]. Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) [al-Kahfi:82].

8. Perlu diingatkan untuk berguru tentang ilmu laduni dan hakikat ini perlu banyak bersabar [al-Kahfi:67-69; 72; 75; 78; 82].

9. Apabila seorang guru yang memiliki ilmu laduni mendapati anak muridnya sudah tidak sabar dengan perbuatan-perbuatan hakikatnya maka harus ada perpisahan antara anak murid dan gurunya [al-Kahfi:76; 78].

KEGUNAAN WAFAQ: ADAKAH IA THABIT DALAM Al-QURAN DAN SUNNAH?

1. Ada yang bertanya saya apa kegunaan wafaq seperti yang terpapar di cover photo saya. Ada juga yang mempertikaikannya sebagai ilmu yang diada-adakan.

2. Maka ini jawapan saya. Sebagaimana hadis seawal-awal makhluk yang dicipta itu adalah al-qalam [Hadis Abu Daud] maka pensil, pen, mesin taip atau secara evolusi barunya zaman sekarang keyboard ia adalah cabang ilmu penulisan yang berasaskan qalam. Surah al-Qalam itu sendiri menjelaskannya.

3. Ya wafaq mempunyai kesannya secara rohani kepada seseorang.

4. Ibnu Kathir ketika mentafsirkan Surah al-Ahqaf: 29 menyatakan satu riwayat dari Ibnu Mas’ud:
واستتبعني رسول الله صلى الله عليه وسلم ،فانطلقنا حتى أتينا مكان كذا و كذا ، فخط لي خطا فقال : “كن بين ظاهر هذه لا تخرج منها ، فإنك إن خرجت منها هلكت”

Aku mengikuti Rasulullah s.a.w. (pada malam Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran kepada segolongan jin), maka kami bertolak sehinggalah kami sampai kepada tempat tertentu, maka baginda melakar kepada ku lakaran maka baginda bersabda: “Tetaplah kamu dalam lingkaran ini. Jangan keluar darinya, jika kamu keluar darinya nescaya kamu akan musnah.”

5. Ini lah dalil Rasulullah s.a.w. menggunakan lakaran (ada riwayat mengatakan atas tanah) bagi melindungi Ibnu Mas’ud dari gangguan jin.

6. Lakaran itu bolehlah ditafsirkan perkara yang bersifat wafaq. Jika difikir memang tidak masuk akal, bagaimana lakaran boleh melindungi seseorang. Namun begitulah jin yang bersifat rohani dan ghaib alah kepada hikmat.

7. Ayat 25 Surah al-Hadid yang saya isi dalam wafaq pedang ghaib ini (facebook cover photo) baru-baru ini berfungsi melindungi saya dari diserang secara gelombang komunikasi. Ada masa tertentu ia berfungsi secara efektif.

8. Kalau saudara-saudari tak percaya wafaq ini boleh berfungsi, cuba saudara-saudari tulis nama saudara-saudari atas kertas kemudian strikethrough dan pijak ia dengan kaki. Apa yang saudara-saudari rasa? 🙂

9. Saya diberitahu oleh Orang Yahudi bahawa ada bahagian khusus Mossad yang mengkaji tentang wafaq. Bahkan mereka menggunakannya!

10. Ada kitab-kitab ilmuan Islam yang menulis tentang ilmu wafaq ini seperti Ahmad Bin Ali al-Buni dll.

PERANAN QARIN JIN DALAM MELAWAN SIHIR

1. Setiap insan dijadikan bersama mereka itu qarin jin. Tak kira samada insan itu seorang jin atau bunian atau manusia. Ini ditegaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w.

«7286» حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ)). قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ((وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ)).

Dari Abdullah bin Mas’ud berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda ((Tiada seorang pun dari kamu melainkan diwakilkan baginya qarin dari jin)) Sahabat-sahabat bertanya : Bagi kamu juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ((Dan bagiku juga melainkan sesungguhnya Allah telah menolongku maka dia telah Islam (selamat). Tidaklah dia menyuruhku melainkan bagi kebaikan)). ~ Sahih Muslim

2. Perkataan (مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ)(tiada seorang pun dari kamu) sangat luas maksudnya mencakupi jin, bunian dan manusia.

3. Bagaimanakah qarin jin berfungsi dalam melawan sihir? Sebenarnya tanpa qarin jin, sihir tidak akan berfungsi. Qarin jin itu sendiri adalah antibodi kepada seseorang. Namun ia juga menjadi titik-lemah kepada seseorang kerana sihir dapat mencapai maksudnya melalui qarin jin seseorang.

4. Oleh itu wajarlah kita memahami bagaimana sihir itu berfungsi. Saya sebenarnya telah membahaskan hakikat sihir dalam tajuk ‘Adakah Ilmu Tenaga Dalam Wujud dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah?‘. Saya menulis “Bagi menjayakan sihir ia memerlukan perlambangan-perlambangan seperti ikatan-iakatan dan juga barang-barang peribadi seperti rerambut dan pokok yang seperti kepala syaitan.”

5. Perlambangan-perlambangan dalam sihir itu mempunyai kaitan dengan qarin jin seseorang maka sihir itu dapat berfungsi kepada seseorang melalui perantaraan qarin jin seseorang. Qarin jin seseorang adalah bersifat ghaib. Maka sihir yang bersifat ghaib itu merebak kepada seseorang melalui perantaraan qarin jin.

6. Sifat jin adalah begitu. Perlambangan-perlambangan pada zahirnya adalah lemah dan tak masuk akal ia boleh berfungsi. Namun dari segi ghaibnya ia mempunyai kesan.

SIHIR PEMISAH IKATAN SUAMI-ISTERI

7. Sihir ini adalah sihir yang mempunyai kesan yang nyata. Ikatan suami-isteri itu adalah ikatan antara dua hati. Ia boleh dipisah sebenarnya melalui perantaraan ‘sihir pemisah.’

Surah al-Baqarah:102

(فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ)
Maka mereka mempelajari dari kedua-duanya apa yang boleh memisahkan seseorang dari pasangannya.

8. Sihir kategori ini adalah sihir hakikat. Ia berlaku dan mempunyai kesan secara nyata. Seseorang itu diikat dengan pasangannya melalui ikatan hati perantaraan qarin jinnya. Ia adalah ikatan ghaib.

9. Bahayanya sihir kategori ini adalah ia sangat disukai oleh Iblis. Seperti yang disebut dalam sebuah hadis:

«7284» حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ- وَاللَّفْظُ لأَبِي كُرَيْبٍ- قَالاَ: أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ- قَالَ- فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ)). قَالَ الأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ: ((فَيَلْتَزِمُهُ)).

Dari Jabir berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:((Sesungguhnya Iblis meletakkan singahsananya di atas air. Kemudian dia menghantar tentera-tenteranya. Yang paling hampir kepadanya adalah yang paling besar fitnah (kejahatannya). Datang salah seorang darinya maka berkata : Aku telah membuat itu dan ini. Maka dia (Iblis) berkata engkau tidak berbuat apa-apa. Kemudian datang salah seorang dari mereka berkata: Aku tidak tinggalkannya melainkan aku memisahkan di antara suami dengan isteri. Maka didekatkan kepadanya dan dia berkata : Awak yang terbaik! Berkata Al-A’mash maka aku mendengarnya (Jabir) berkata :((Maka dia sentiasa bersamanya)).~ Sahih Muslim.

SIHIR KHAYALAN

10. Sihir jenis ini berlaku ketika Musa a.s. berdepan dengan Firaun.

Surah Taha: 66:

قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَىٰ

Nabi Musa menjawab: “Bahkan kamulah campak dahulu”. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka mengkhayalkan kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.

11. Jelas bahawa sihir ini dari segi kategori sihir yang mengkhayalkan. Ia bukan hakiki tetapi sebuah khayalan. Berbeza dengan sihir pemisah ikatan suami-isteri yang mana ia adalah hakiki.

12. Qarin jin pula jika lemah maka ia senang terdedah kepada kesan sihir. Salah satu cara untuk memperkuatkannya adalah dengan berzikir, doa, sembahyang, membaca al-Quran dan lain-lain ibadat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

13. Antibodi semulajadi yang Allah jadikan dalam tubuh seseorang ini menjadi lebih kuat dengan amalan-amalan soleh yang dikerjakan oleh empunya badan bagi melawan kerja-kerja syaitan.

14. Oleh kerana sihir itu bersifat ghaib maka qarin jin yang juga bersifat ghaib itu berupaya melawan sihir dengan kekuatan melalaui amalan-amalan soleh empunya badan.

TUJUH TEKNIK MEMBACA AL-QURAN

«1936» حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَقُولُ سَمِعْتُ هِشَامَ بْنَ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ يَقْرَأُ سُورَةَ الْفُرْقَانِ عَلَى غَيْرِ مَا أَقْرَؤُهَا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْرَأَنِيهَا فَكِدْتُ أَنْ أَعْجَلَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَمْهَلْتُهُ حَتَّى انْصَرَفَ ثُمَّ لَبَّبْتُهُ بِرِدَائِهِ فَجِئْتُ بِهِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي سَمِعْتُ هَذَا يَقْرَأُ سُورَةَ الْفُرْقَانِ عَلَى غَيْرِ مَا أَقْرَأْتَنِيهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَرْسِلْهُ اقْرَأْ)). فَقَرَأَ الْقِرَاءَةَ الَّتِي سَمِعْتُهُ يَقْرَأُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((هَكَذَا أُنْزِلَتْ)). ثُمَّ قَالَ لِيَ: ((اقْرَأْ)). فَقَرَأْتُ فَقَالَ: ((هَكَذَا أُنْزِلَتْ إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ أُنْزِلَ عَلَى سَبْعَةِ أَحْرُفٍ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ)).

Dari Abdul Rahman Bin Abdul Qari berkata: Aku mendengar Umar Bin al-Khattab berkata ‘Aku mendengar Hisyam Bin Hakim Bin Hizam membaca Surah al-Furqan tidak seperti aku baca berdasarkan apa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. membaca kepada aku. Aku hampir tergopoh-gapah untuk meninggalkannya namun aku tangguhkannya sehingga dia selesai membacanya. Kemudian aku menjadi sangsi. Maka aku pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya aku mendengar bacaan ini ketika membaca Surah al-Furqan tidak seperti yang dibaca oleh kamu kepada aku. Rasulullah s.a.w. bersabda :((Datangkan dia untuk membacanya)). Maka dia membaca dengan gaya bacaan yang aku dengar tersebut. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : ((Beginilah ia diturunkan)). Kemudian baginda berkata kepada aku: ((Bacalah)). Maka aku membaca. Baginda bersabda : ((Beginilah ia diturunkan. Sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan 7 gaya bacaan. Bacalah apa yang senang kepada kamu.)) Riwayat Muslim.

PERBAHASAN

1. Bagaimanakah gaya bacaan yang 7 itu? Di zaman Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai sistem rekoding. Oleh itu ia diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

2. Tampaknya ia diketahui oleh Rasulullah sendiri tentang 7 gaya bacaan tersebut. Apa yang jelas dalam 7 gaya bacaan itu satu yang diketahui oleh Hisyam Bin Hakim Bin Hizam dan satu lagi oleh Umar Bin al-Khattab. Di manakah 5 gaya bacaan lagi? Siapa yang mengetahuinya selain Rasulullah s.a.w.? Allah dan Rasul-Nya sahaja mengetahui.

3. Ketahuilah bahawa kita beribadat termasuk membaca al-Quran bersama qarin jin kita.

4. Perhatikan petikan dari Surah al-Jin ini:

Surah al-Jin: 1:

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar bacaan Al-Quran yang menakjubkan!”
(Bacaan al-Quran yang menakjubkan)(قُرْآنًا عَجَبًا) bermakna bacaan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w. dengan 7 gaya bacaan itu suatu yang menakjubkan.

Surah al-Qiyamah: 16:

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafal Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

iQuran

5. Terjemahan kepada Bahasa Melayu ini adalah versi iQuran. Bermakna Rasulullah s.a.w. pada awalnya tidak menghafal al-Quran.
Surah al-Isra’: 106:

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

6. Lambat dan tenang (مُكْثٍ) adalah satu teknik dalam pembacaan al-Quran. Juga secara tartil (تَرْتِيلًا).

Surah al-Muzammil: 4:

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

7. Adakah kita perlu berjumpa Rasulullah s.a.w. secara yaqazah untuk mendapat bacaan yang 7 itu?

PENGHUJAHAN BERTULIS KES SAMAN TRAFIK DI BAWAH KAEDAH 8(1) LN 166/59

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN

DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

No. Kes Mahkamah: 86-XXXX-12/10

Pendakwa Raya

Lwn

XXXXXXXXXXXXXXXX

PENGHUJAHAN BERTULIS ORANG KENA SAMAN

MUQADIMAH

A- Puan Majistret Yang Bijaksana,

Orang Kena Saman telah didakwa atas Kaedah 8(1) LN 166/59 [TAB A] yang berbunyi “At an intersection where the road is marked into 3 traffic lanes, the nearside lane shall be used only by vehicles turning left, the centre lane shall be used only by vehicles travelling straight ahead, and the offside lane shall be used only by vehicles turning right.”

Ironinya, P5 & P5(k) iaitu rajah kasar dan kunci menunjukkan bahawa jalan yang menjadi isu hanya mempunyai 2 lorong bukannya 3 lorong, sepatutnya OKS di dakwa atas Kaedah 8(2) LN 166/59 [TAB A] yang berbunyi “At an intersection where the road is marked into 2 traffic lanes, the nearside lane shall be used only for vehicles turning left or travelling straight ahead, and the offside lane shall be used only for vehicles turning right.”

Pihak pendakwa telah mengemukakan empat saksi. Hanya seorang saksi mata iaitu SP4 yang terlibat dalam kemalangan. Ketiga-tiga saksi lain hanya ke tempat kejadian setelah repot pertama di buat. Pegawai Penyiasat (SP3) gagal mengambil keterangan bertulis di bawah Seksyen 112 Akta 593. Beliau kendalikan kes sebanyak 10 hingga 20 kes sehari. Adalah mustahil beliau ingat dengan tepat setiap kes yang disiasatnya lebih-lebih lagi selepas 6 bulan kejadian kemalangan berlaku, tanpa merekodkannya secara bertulis. Ini dapat dilihat dari keteranggannya yang bercanggah berkenaan dengan ‘signboard’ yang dilanggar oleh kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini sebagaimana yang diberi keterangan oleh saksi Pendakwa Raya sendiri iaitu SP4.

SP3 sendiri di dalam pemeriksaan balas memberi keterangan – Saya tidak ada di tempat kejadian ketika berlaku kemalangan.

PENGHUJAHAN

B- Yang Bijaksana Puan Majistret,

Berikut adalah penghujahan kami diperingkat akhir kes pendakwaan. Kami berhujah bahawa prosedur yang terpakai adalah Section 180 Criminal Procedure Code (Act 593) [TAB B]:

Procedure after conclusion of case for prosecution.

(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.

(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.

(3) If the Court finds a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter his defence.

(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.

PENTING: Adalah jelas bahawa pihak pendakwaan harus mengemukakan satu kes yang menepati standard prima facie. Standard prima facie ini dijelaskan dalam sub-seksyen (4) Seksyen 180 iaitu (1) credible evidence (2) proving each ingredient of the offence (3) if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.

Kami merujuk kepada otoriti-otoriti ini:
Di dalam kes Pendakwa Raya v Radin Irwan Iskandar Bin Isagani [2017] MLJU 91 [TAB C] Yang Arif DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH PK memutuskan:

“Beban dan Tahap Pembuktian di Akhir kes Pendakwaan

[22] Di akhir kes Pendakwaan, adalah menjadi tugas dan beban pembuktian statutory kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan suatu kes “Prima Facie” menurut peruntukan Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah yang mana membuktikan kesemua elemen-elemen perundangan sebelum Tertuduh dipanggil untuk menjawa pertuduhan terhadapnya.

Section 180 Criminal Procedure Code
. (1) When the case for the Prosecution is concluded, the court shall consider whether the Prosecution has made out a Prima Facie case against the accused’ �

. (2) If the court finds a Prima Facie case has not been made out against the accused, the court shall record an order of acquittal; �

. (3) If the court finds a Prima Facie case has been made out against the accused on the offence charged the court shall call upon the accused to enter his defence �

Justeru itu, samada Tertuduh itu dilepaskan dan dibebaskan ataupun dipanggil untuk Pembelaan di Akhir kes Pendakwaan adalah meliputi makna frasa kes “prima facie”. Suatu kes: “Prima Facie” telah dinyatakan secara tegas dalam kes: Balachandran v. PP (2004) 2 MLRA 547,; (2005) 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan menyatakan:
“A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11th Ed as :

A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. a prima facie case, then is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side……….In order to make a finding

Page 9
either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements ot the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is matter of ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that if it is not rebutted is must prevail.

Thus if the accused elects to remain silent be must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt.

However it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code.

[23] Dalam memastikan samada kesemua elemen-elemen kesalahan tersebut telah dibuktikan, Mahkamah perlulah mengambil pertimbangan secara positif mengenai kredibiliti dan kebolehterimaan keterangan-keterangan yangvdikemukakan. Dalam keadaan yang sedemikian, mahkamah perlulah membuat suatu penilaian yang maksima keterangan-keterangan kes pendakwaan. Dalam kes: Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor (2002) 2 MLRA 383,; (2003) 1 MLJ 65 at 81 (E-F) (MR), Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa:

“It is therefore follows that there in only once exercise that a judge sitting alone under Section 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accused would be entitled to an acquittal”……

Dalam kes: Public Prosecutor v. Ong Cheng Heong (1998) 2 MLRH 345,; (1998) 6 MLJ 678 at 691, Mahkamah Rayuan telah menerangkan “pendekatan” yang perlu diambil menurut Seksyen 173(f) dan180 Kanun Prosedur Jenayah di akhir kes pendakwaan. Begitu juga dalam kes: Pendakwa Raya v. Mohd Radzi bin Abu Bakar (2005) 2 MLRA 590,; (2006) 6 CLJ 465 (FC), yang mana Mahkamah Persekutuan juga turut menerima ujian-ujian yang dibentangkan dan dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan dalam kes: Looi Kow Chai diatas.

[24] Secara ringkasnya, apa yang dinyatakan dalam kes-kes diatas adalah seperti berikut:
(i) the close of Prosecution’s case, subject to the evidence led by the Prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the Prosecution’s
Page 10

(ii)
(iii) (iv) (v)
witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
ask yourself the question, IF I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “YES” the defence should be called. If the answer is “NO” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
After the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; After defence is called, the accused elect to
give evidence, then go through the steps set out in Mat v.PP (1993) 1 MLRH 400,; (1963) MLJ 263

Begitu juga di dalam kes Pendakwa Raya v Muhammad Fauzan Bin Md. Said [2017] MLJU 09 [TAB H] Yang Arif DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH, Public Prosecutor v Sidek bin Abdullah [2006] 3 MLJ 357 [TAB D] Yang Arif Mohd Hishamuddin, Public Prosecutor v Ng Chong Chin [2017] MLJU 33 [TAB I] , Public Prosecutor v Siti Nurhidayah [2017] MLJU 35 [TAB J] Tuan Collin Lawrence Sequerah JC membuat pendekatan yang sama.

C- Puan Majistret Yang Bijaksana,

Bagi elemen pertama bagi menepati standard prima facie iaitu “credible evidence”.
SP1, SP2 dan SP3 bukanlah saksi mata (eye-witness) kepada kemalangan ini. Hanya SP4 iaitu pengadu (XXXXXXXXXXXXXXXXX) yang menjadi saksi mata dalam kes kemalangan ini selain OKS.

Beliau membuat laporan polis P2.
Kewujudan ‘signboard’ yang tercabut dari keterangan SP4 menunjukkan bahawa kemalangan berlaku di mulut simpang menghala ke MS Garden Hotel. Begitu juga keterangan SP3 sendiri bahawa ‘tempat kemalangan adalah simpang masuk Hotel MS Garden.’ SP4 di dalam pemeriksaan balas menjawab seperti berikut tentang ‘point of impact’:

– Ya di “Y”.

– “Y” yang betul.

– Setuju di “Y” bukan di “X”.

Bukan ini sahaja yang ditunjukkan dalam pemeriksaan balas bahkan dalam pemeriksaan utama SP4 sendiri berkata begini:
– Di mana tempat berlaku kemalangan?

– Simpang masuk MS Garden.

PENTING: Di dalam pemeriksaan utama SP4 telah memberi keterangan bahawa kemalangan berlaku di “X”. Di dalam pemeriksaan balas beliau menyatakan “X” adalah satu jarak yang beliau “tidak pasti berapa jauh dari mulut simpang menghala ke Hotel MS Garden”. Beliau juga memberi keterangan bahawa kemalangan adalah berlaku di “Y”, ketika dicadangkan dalam soal balas. Kedudukan “Y” adalah betul-betul di mulut simpang menghala ke Hotel MS Garden.

Ini menunjukkan bahawa wujud kontradiksi. Kontradiksi merupakan satu percanggahan keterangan yang menunjukkan bahawa SP4 saksi yang incredible menurut sub-seksyen (4) Seksyen 180.

Kami merujuk kepada kes NG (Tunisia) v Secretary of State for the Home Department [2010] All ER (D) 12 (Dec) [2010] EWCA Civ 1584 [TAB F] Court of Appeal, Civil Division�Rix, Carnwath and Stanley Burnton LJJ (judgment delivered extempore) mengesahkan keputusan Hakim Imigresen yang memutuskan:

“The immigration judge rejected his claim on the basis that he was an incredible witness.”

“The designated immigration judge had remarked that he was to consider the application afresh and no party had disagreed with that at the time and the hearing had continued on that basis. Had the reconsideration proceeded on the basis that only the two errors of law contained in the order were being addressed, it would have been unnecessary and inappropriate for the claimant to have given evidence or sought to prove his credibility.”

Kami merujuk kepada kes Sha’Ari Bin A. Samat v Public Prosecutor [2017] MLJU 05 [TAB G] HIGH COURT (JOHOR BAHRU)�YA TUAN COLLIN LAWRENCE SEQUERAH, JC memutuskan:

[29] In the case of Periasamy a/l Sinnapan & Anor v Public Prosecutor [1996] 2 MLJ 557, Gopal Sri Ram JCA, (as His Lordship then was) had this to say :
In the state of the law, what was the duty and function of the learned judge on appeal? His duty and function have been the subject of discussion in a great many cases and for purposes we find it sufficient to refer to two of these.

In Lim Kheak Teong v PP [1985] 1 MLJ 38, the sessions court acquitted the accused on two charges under the Prevention of Corruption Act 1961, after having heard his defence. On appeal, the High Court set aside the order of acquittal and substituted therefor an order of conviction. The accused applied under the now repealed s 66 of the Courts of Judicature Act 1964 to reserve a question of law. In allowing the application and quashing the conviction, the Federal Court, whose judgment was delivered by Hashim Yeop Sani FJ (later CJ, Malaya) said (at pp 39-40) :
… we gave leave because firstly we felt that there was no proper appraisal of Sheo Swarup v King-Emperor AIR 1934 PC 227 and secondly purporting to follow Terrell Ag CJ in R v Low Toh Cheng [1941] MLJ 1, the appellate judge went into conflict with the trend of authorities in similar jurisdictions.

With respect, what Lord Russell of Killowen said in Sheo Swarup was that although no limitations should be placed on the power of the appellate court, in exercising the power conferred ‘the High Court should and will always give proper weight and consideration to such matters’ as :
. (1) the views of the trial judge on the credibility of the witnesses; �

. (2) the presumption of innocence in favour of the accused; �

. (3) the right of the accused to the benefit of any doubt; and �

. (4) the slowness of an appellate court in disturbing a finding of fact arrived at by a judge who had �the advantage of seeing the witnesses. �

Lord Reid reiterated this same principle in Benmax v Austin Motor Co Ltd [1955] AC 370 at p 375 where he quoted from Lord Thankerton’s judgment in Watt(or Thomas) v Thomas [1947] 1 All ER 582 that :
‘Where a question of fact has been tried by a judge without a jury, and there is no question of misdirection of himself by the judge, an appellate court which is disposed to come to a different conclusion on the printed evidence, should not do so unless it is satisfied that any advantage enjoyed by the trial judge by reason of having seen and heard the witnesses, could not be sufficient to explain or justify the trial judge’s conclusion.’

The learned appellate judge held that the learned President had ‘misdirected himself on the explanation of the accused.’ Given the facts as stated in the appeal record, can it be said that there was a misdirection? Or can it be said that the decision of the learned President was ‘plainly unsound’? (Watt(or Thomas) v Thomas ). On the facts of this case we do not think so. (Emphasis added)

Kami merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Jiang Haiyan (W/China) [2016] 9 MLJ 133 [TAB E] MAHKAMAH TINGGI (SHAH ALAM) ZULKIFLI BAKAR H memutuskan bahawa:-

[43] Pada pandangan mahkamah ini, kredibiliti SP1 dan SP3 adalah boleh disangsikan dan diragui serta keterangan mereka tidak wajar diterima sepenuhnya. Rujukan dibuat kepada kes Edmon John v Public Prosecutor [2014] 1 LNS 332 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut:

[22] In accepting some and rejecting some other parts of the evidence of the witnesses, we found that this was purely an exercise of judicial function and discretion. The learned trial judge had noted the following in assessing the evidence of these two witnesses:

Oleh sebab itu mahkamah perlu lebih berhati-hati dalam menimbang keterangan mereka dalam menentukan bahagian mana keterangan mereka yang boleh diterima dan bahagian mana yang tidak boleh diterima. (Page 296 Record of Appeal Jilid III)

[23] The credibility of a witness is primarily a matter for the trial judge. When a judge who has seen and heard a witness and makes a conclusion with regard to what weight to be attached, that judgment is entitled to great respect (Clarke v Edinburgh Tramways Co 1919 SC (HL) 35, Lee Ah Seng & Anor v Public Prosecutor [2007] 6 MLJ 1; [2007] 5 CLJ 1). A court is fully competent for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other (Public Prosecutor v Datuk Harun bin Haji Idris & Ors [1976] 2 MLJ 116; [1976] 1 LNS 180, Herchun Singh & Ors v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209; [1969] 1 LNS 52, Dato Mokhtar Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232; [1983] 2 CLJ 10). Even if a witness is found to be lying on one or two points that does not entitle the court to reject the whole of his evidence. As a matter of prudence his evidence must be treated and scrutinised with great care and indeed suspicion (Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] 1 MLJ 105; [1961] 1 LNS 41;).

[24] We at the appellate stage will not readily interfere with the findings of facts arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluating the evidence (Maju Holdings Sdn Bhd v Fortune Wealth (H-K) Ltd and other appeals [2004] 4 MLJ 105; [2004] 4 CLJ 282).

[25] The principles of law governing appeals in criminal cases are well established especially on finding of facts involving the evaluation of evidence founded on the credibility of the witness (Lai Kim Hon & Ors v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 84; [1980] 1 LNS 197, Sheo Swarup v King-Emperor (1934) 78 Sol Jo 600; AIR 1934 PC 227).

2016 9 MLJ 133 at 150

[26] In the instant appeal, having pursued the appeal records and the judgment of the learned trial judge, we found that His Lordship had carefully analysed all the available evidence before the court before making specific findings of fact founded on the credibility of the witnesses. His Lordship had considered the conflicting evidence of the two prosecution witnesses in the persons of PW5 and PW7 and had undertaken the process of evaluating and discounting certain parts of their evidence. Quoting the words of the learned trial judge, His Lordship as we have stated earlier, had even warned himself to be ‘lebih berhati-hati dalam menimbang keterangan mereka’. The learned trial judge is seized with the power to do so and we found he had rightly done so. We will not interfere’.

Oleh itu atas dasar ini sahaja pihak Pendakwa Raya gagal mematuhi peruntukan prima facie di bawah Seksyen 180 Akta 593. Atas alasan ini maka OKS tidak perlu dipanggil untuk membela diri dan beliau seharusnya dilepas dan dibebaskan.

D- Puan Majistret Yang Bijaksana,

Elemen kedua di bawah sub-seksyen (4) Seksyen 180 adalah “each ingredient of the offence”. Seperti yang kami sebut di awal penghujahan bahawa OKS sepatutnya di dakwa di bawah Kaedah 8(2) LN 166/59 yang berbunyi “At an intersection where the road is marked into 2 traffic lanes, the nearside lane shall be used only for vehicles turning left or travelling straight ahead, and the offside lane shall be used only for vehicles turning right.” Dengan mendakwanya di bawah Kaedah 8(1) LN 166/59 yang berbunyi “At an intersection where the road is marked into 3 traffic lanes, the nearside lane shall be used only by vehicles turning left, the centre lane shall be used only by vehicles travelling straight ahead, and the offside lane shall be used only by vehicles turning right.” maka pihak Pendakwa Raya harus membuktikan bahawa wujud 3 lorong pada tempat kejadian berkenaan yang mana ini gagal dibuktikan di akhir peringkat pendakwaan. Adalah dikehendaki di bawah sub-seksyen (4) Seksyen 180 bahawa setiap ramuan (ingredient) kesalahan harus dibuktikan bagi mematuhi dan menepati strandard prima facie. Jika tidak OKS harus dilepas dan dibebaskan. Ini lah penghujahan kami yang mana pihak Pendakwa Raya gagal membuktikan wujudnya 3 lorong seperti mana yang di dakwa. Ini adalah memprejudiskan OKS bahkan satu kemestian bagi pihak Pendakwa Raya membuktikan wujudnya 3 lorong di tempat kemalangan.

SP4 juga gagal mengenalpasti kenderaan OKS “bilakah pada kali pertama beliau melihatnya” (pemeriksaan balas). Oleh itu bagaimana SP4 tahu bahawa kenderaan OKS dari arah lorong A1-A2? Oleh itu pihak Pendakwa Raya gagal membuktikan ramuan (ingredient) bagi kesalahan Kaedah 8(1). Bahkan sepatutnya OKS di dakwa di atas Kaedah 8(2) kerana tempat berkenaan mempunyai 2 lorong. Elemen kedua ini bukan setakat gagal dibuktikan semasa pendakwaan tetapi juga tiada keterangan konsisten dari SP4 yang merupakan orang yang terlibat dalam kemalangan.

SP3 iaitu Pegawai Penyiasat sendiri memberi keterangan bahawa di tempat kejadian mempunyai 2 lorong ketika ketika dia ditanya dalam pemeriksaan utama. Ini disokong oleh P5 dan P5(k) yang mana lorong kiri sebagai A1-A2 dan lorong kanan A2-A3.

Di dalam P1 iaitu laporan pertama (FIR) kemalangan ini OKS menyatakan ‘saya berada di lorong paling kanan semasa saya hendak membelok ke kanan tiba-tiba sebuah m/kar no. XXX XXXX dari arah belakang memintas sebelah kanan saya dan melanggar pada bahagian depan sisi kanan’.

Repot ini (P1) dibuat dalam masa 1 jam kemalangan berlaku. Adalah mustahil beliau mereka-cipta keterangan seperti dalam laporan polisnya.

E- Puan Majistret Yang Bijaksana,

Elemen ketiga di bawah sub-seksyen (4) Seksyen 180 adalah “if unrebutted or unexplained would warrant a conviction”. Tiada apa yang perlu disangkal (rebut) atau diterangkan (explain) oleh OKS kerana SP4 “tidak pasti pada kali pertama dia melihat kenderaan OKS”. Oleh itu adalah satu yang tidak lojik bahawa SP4 tahu kenderaan OKS adalah dari lorong yang bertentangan.

Kerosakan-kerosakan kenderan jelas menunjukkan kemalangan berlaku ketika kenderaan OKS sedang membelok masuk simpang. SP3 sendiri memberi keterangan bahawa kenderaan SP4 yang melanggar kenderaan OKS. ‘Point of impact’ iaitu di “Y” jelas menunjukkan kemalangan ini berlaku ketika kenderaan OKS sedang masuk simpang. Oleh itu adalah tidak lojik kenderaan OKS dari lorong sebelah kiri.

Tambahan lagi kami berhujah bahawa ketiga-tiga elemen yang dibentangkan di bawah sub-seksyen (4) Seksyen 180 iaitu (1) credible evidence (2) proving each ingredient of the offence (3) if unrebutted or unexplained would warrant a conviction seharusnya dibaca secara “serentak” (contemproneously) bukannya “terasing” (disjunctively).

PENUTUP

Oleh itu kami berhujah bahawa pihak Pendakwa Raya gagal mematuhi kehendak statut di bawah sub-seksyen (4) Seksyen 180 Akta 593. Dengan itu OKS harus dilepas dan dibebaskan.

Bertarikh 8hb. April, 2017.

……………………………….

Peguambela OKS

TETUAN ROHAN & CO

PENGHUJAHAN BERTULIS ORANG KENA SAMAN ini difailkan oleh TETUAN ROHAN & CO. yang mempunyai alamat penyampaian di No. 55-C, Jalan SG 3/10, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 01118914129 Fax: 0321784892 Email: rohanrazi@gmail.com RUJ: ROHANCO/XXXXXX/2016.