这一事实

1。理解自我的本质知道它解决了很多问题是非常重要的 作为一个例子,我们中间的问题是我们对生活道路的决心。还有更多的好处 我们可以了解自己。因此,了解自我的本质对我们很重要。

2. 自我有身体。如果我们金然后原始的事件, 我们是从火。如果我们人类 然后, 原来的事件, 我们是在地面上。如果我们精灵 (在金和人之间的混血儿) 然后 我们是陆地, 包含着火。

3. 我们有生命。我们的生活。当我们的生命已经存在的时候。动物也 有生命。我们的生命被归还给我们, 我们被称为被判断 我们在世界上做什么行为。

4。我们也有灵魂。圣灵是神的安排。这是非常抽象的。我们只知道有关 小精灵。人类第一次创造, 即亚当, 他吹我, 这 神的灵。天使也被认为是精神。天使是它的发生从光。 他们的生活, 但他们不希望吃饮料和家庭。

5。我们 还有, 金、人或精灵在我们的身体中是否有金 (qarin) 的事件。他或她可以 都在我们的身体里, 他能从我们的身体里走出来。当他晋时, 他可以 在自然界如金。

6. 事实本身这是非常独特的。我们应该从 从其他人身上辨认出我们自己。当我们识别自己然后我们适当地承认 我们的主。如果我们认同自己, 那么我们就知道我们有造物主.

7。 每一个被派来送信的种族天使教的使者。它被命名为启示。有一个 信使被授予这本书作为他们的指南。每个发言使用信使 他们的民族语言。最后一个信使是穆罕默德。

8. 必须理解和实施每个人对每个人的教学。也许是人 当然与其他人的教义不同。但他们都呼唤神性。宗教 上帝的恩惠是伊斯兰教。

9. 事实本身, 导致我们的生活的规律性, 无论是为自己或当 我们与他人互动。同样, 当我们与我们的主互动。

TERJEMAHAN

HAKIKAT DIRI

1. Adalah sangat penting untuk memahami Hakikat Diri kerana mengenal Diri itu menyelesaikan banyak masalah antaranya menentu haluan kita dalam hidup, sebagai satu contoh. Bahkan banyak lagi faedah yang kita dapat dalam mengenal Diri. Dari itulah penting untuk kita memahami Hakikat Diri.

2. Diri itu mempunyai jasad. Jika kita jin maka asal kejadian kita adalah dari api. Jika kita manusia maka asal kejadian kita adalah dari tanah. Jika kita bunian (kacukan antara jin dan manusia) maka kita adalah mengandungi unsur tanah dan api.

3. Kita mempunyai nyawa. Dengan nyawa kita hidup. Bila mati nyawa kita telah ada. Binatang juga mempunyai nyawa. Nyawa kita akan dikembalikan kepada kita apa kita dipanggil untuk diadili tentang apa perbuatan kita buat di dunia.

4. Kita juga mempunyai roh. Roh adalah urusan Tuhan. Ia sangat abstrak. Kita hanya diberi ilmu tentang roh sedikit sahaja. Sebagai manusia pertama diciptakan, iaitu Adam, dia telah ditiupkan-Ku yakni roh ketuhanan. Malaikat juga disifatkan sebagai roh. Malaikat adalah kejadiannya dari cahaya. Mereka hidup namun mereka tidak berhajat kepada makan minum dan berkeluarga.

5. Kita juga samada jin, manusia atau bunian mempunyai kejadian jin (qarin) dalam tubuh kita. Dia boleh berada di dalam tubuh kita dan dia boleh keluar dari tubuh kita. Oleh kerana dia jin maka dia boleh bersifat seperti jin.

6. Hakikat Diri kita ini adalah sangat unik. Kita harus bermula dengan mengenal Diri kita dari yang lain. Selepas kita mengenal Diri kita maka kita sewajarnya mengenal Tuhan kita. Jika kita mengenal Diri kita maka kita mengetahui bahawa Diri kita ini ada Pencipta.

7. Setiap umat itu diutuskan Rasul. Bersama Rasul itu diajari oleh malaikat. Ia dinamakan wahyu. Ada rasul yang diberi kitab sebagai panduan kepada umat mereka. Setiap Rasul itu berbicara menggunakan bahasa kaum mereka. Rasul terakhir adalah Muhammad.

8. Setiap ajaran Rasul bagi setiap umat itu haruslah difahami dan dilaksanakan. Mungkin umat tertentu berbeza ajarannya dengan umat lain. Namun mereka semua menyeru kepada Ketuhanan. Agama yang diredhai oleh Allah adalah Islam.

9. Hakikat Diri inilah yang menyebabkan keteraturan hidup kita samada bagi kita sendiri atau bila kita berinteraksi dengan pihak lain. Begitu juga bila kita berinteraksi dengan Tuhan kita.

Advertisements

马来西亚汉语舒缓词

是什么促使了远方的旅程?
暴风雨和海盗的危险。

金链连结切索尼斯是黄金还是食物?
还是旧文本中最后的化身?

我不知道为什么我没有旧文本。
藏在龙守卫的天堂里?

只要跟着我的脚步走, 我就跟着龙步走。
岁月将来, 并且您将看见中国作为您的家。

PERMASALAHAN NIKAH MUT’AH (SYIAH) DAN NIKAH MISYAR (SUNNI)

1. Syiah mengharuskan nikah mut’ah. Manakala Sunni mengharuskan nikah misyar. Jika dikaji nikah mut’ah ini berasal dari disiplin fiqh hadis Sunni juga iaitu fiqh Imam Muslim; periwayat hadis sahih Sunni ketiga terkuat selepas al-Quran dan Sahih Bukhari.

2. Kita lihat apa yang Imam Muslim tulis dalam Sahih Muslim tentang nikah mut’ah:

باب نِكَاحِ الْمُتْعَةِ وَبَيَانِ أَنَّهُ أُبِيحَ ثُمَّ نُسِخَ ثُمَّ أُبِيحَ ثُمَّ نُسِخَ وَاسْتَقَرَّ تَحْرِيمُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ:

Terjemahan: Bab nikah al-mut’ah dan diterangkan ia sesungguhnya diharuskan, kemudian dinasakhkan, kemudian diharuskan, kemudian dinasakhkan dan kekal pengharamannya hingga Kiamat.

3. Pandangan atau fiqh Imam Muslim tentang nikah mut’ah ini selepas beliau meneliti 26 hadis-hadis sahih tentang nikah mut’ah.

4. Jika kita meneliti tentang pandangan atau fiqh Imam Muslim ini ia adalah sekejap diharuskan sekejap dinasakhkan (dibatalkan keharusannya).

5. Hadis ke 3486 dalam bab di atas, menyebut keharusan nikah mut’ah semasa (يَوْمُ الْفَتْحِ)(Pembukaan Kota Mekah) manakala hadis ke 3493 menyebut penghalangannya. Mungkin pada awal Pembukaan Kota Mekah Rasulullah mengharusnya selepas itu beberapa ketika dihalangnya.

6. Kita lihat hadis ini dalam Sahih Muslim:

«3479» وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ قَالَ: سَمِعْتُ الْحَسَنَ بْنَ مُحَمَّدٍ يُحَدِّثُ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَسَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ قَالاَ خَرَجَ عَلَيْنَا مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَذِنَ لَكُمْ أَنْ تَسْتَمْتِعُوا. يَعْنِي مُتْعَةَ النِّسَاءِ.

Menceritakan kami Muhammad bin Basyar, menceritakan kami Muhammad bin Jaafar, menceritakan kami Syu’bah bin Dinar, Berkata: Aku mendengar al-Hasan bin Muhammad menceritakan dari Jabir bin Abdullah dan Salamah bin Akwa’, kedua-duanya berkata: Keluar bagi kami pengisytihar Rasulullah maka berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah sesungguhnya mengizinkan bagi kamu untuk berseronok-seronok. Iaitu nikah mut’ah bagi wanita-wanita.

7. Kita lihat hadis ini dalam Sahih Muslim yang menyebut bahawa Rasulullah mengharamkan nikah mut’ah hingga kiamat:

«3496» وَحَدَّثَنِي سَلَمَةَ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ عَنِ ابْنِ أَبِي عَبْلَةَ عَنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ قَالَ: حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ سَبْرَةَ الْجُهَنِيُّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الْمُتْعَةِ وَقَالَ: ((أَلاَ إِنَّهَا حَرَامٌ مِنْ يَوْمِكُمْ هَذَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ كَانَ أَعْطَى شَيْئًا فَلاَ يَأْخُذْهُ)).

Menceritakan kepada aku Salamah bin Syabib, menceritakan kepada kami al-Hasan bin A’yan, menceritakan kepada kami Ma’qal dari Ibn Abi ‘Ablah dari Umar bin Abdul Aziz, berkata: menceritakan ar-Rabi’ bin Sabrah al-Juhaini dari Rasulullah melarang nikah mut’ah berkata :((Bahkan sesungguhnya haram dari hari kamu ini hingga kiamat dan sesiapa beri sesuatu maka jangan menerimanya)).

8. Hatta, jika ia diharam pun dalam disiplin Sunni, yang mungkin dipengaruhi oleh fiqh Imam Muslim, ulamak-ulamak Sunni Salafi terkenal seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh at-Tantawi, Syeikh Ibn Uthaimeen, Syeikh Al-Albani dan Syeikh Ibn Baaz mengharuskan nikah misyar yang seakan sama dengan nikah mut’ah, walau ada sedikit perbezaan. Dari manakah dalil pengharusan nikah misyar. Adakah berasal dari hadis-hadis yang mengharuskan nikah mut’ah walau bersifat keharusan sementara suatu ketika dahulu? Atau ada dalil-dalil lain yang mengharuskannya?

8. Bagi saya wujudnya konflik antara 26 hadis-hadis dalam Sahih Muslim dalam Bab Nikah Mut’ah itu sendiri boleh dilihat menjadi alasan untuk nikah misyar. Jika tidak begitu mengapa ulamak-ulamak Sunni Salafi yang begitu tegas dalam disiplin hadis boleh mengharuskan nikah misyar.

BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI ENERGI GHAIB YANG MENYERANG ANDA?

1. Energi ghaib ini samada berpunca dari malaikat atau jin atau galian-galian bumi yang bertenaga. Lantas mungkin ada yang bertanya samada manusia dan bunian juga mempunyai energi ghaib? Ya, manusia dan bunian juga mempunyai energi ghaib kerana keberadaan qarin jin dalam tubuh mereka. Manusia itu sendiri adalah dicipta dari tanah dan mempunyai sari-pati tanah yang mana saya telah sebutkan bahawa energi ghaib boleh berpunca dari ‘galian-galian bumi yang bertenaga’.

2. Energi ghaib ini pelbagai bentuknya bergantung kepada ‘penghantar’ samada malaikat atau jin atau galian-galian bumi yang bertenaga atau sertaan semuanya. Saya beri contoh ain ia dihantar oleh gelombang otak dengan melalui mata. Sebab itu ia disebut ain. Saya dalam perbincangan-perbincangan lepas banyak menyentuhnya. Lihat tulisan saya “MEMBANGKITKAN TENAGA DALAM AL-‘AIN DAN MENENTANGNYA” serta ADAKAH ‘ILMU TENAGA DALAM’ WUJUD DALAM NAS-NAS AL-QURAN DAN SUNNAH? . Tenaga ini berganda bila disertai dengan galian-galian bumi yang bertenaga yang dipakai oleh si penghantar. Energi orang bertahajud itu sendiri sangat kuat. Mereka menyepi di waktu malam dengan berzikir dan berdoa serta kurang tidur menyebabkan mereka fokus dengan apa yang mereka mahu.

3. Tenaga ain oleh kerana ia berasal dari otak dan mata maka ia menyerang otak dan mata si penerima atau dengan kata lain mangsa. Setakat penelitian saya energi ghaib hanya menyerang otak dan mata serta hati. Hati kita atau hati orang yang mempunyai ikatan dengan kita, bila diserang secara energi ghaib, boleh menyebabkan kesakitan. Saya telah bincangkan dalam ‘Peranan Qarin Jin Dalam Melawan Sihir’. Hati kita itu mempunyai ikatan (وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ)[al-Kahfi:14].  Ada satu lagi yang saya jumpai iaitu ia menyerang leher. Saya sendiri berpengalaman dalam hal ini iaitu ketika itu saya memakai kalung leher dari taring (bentuknya saya lihat seperti taring binatang) atau tulang binatang yang saya beli dari seorang peniaga Afrika di KL Sentral. Mangsa itu sakit tekak bila dia ingin menegur saya. Bila dia membaca beberapa zikir ma’tsur baru dia pulih dan boleh berbicara dengan saya. Keris saya yang saya namakan Keris Muhammad selalu menyerang secara ghaib di bahagian leher.

4. Komputer dan hanset kita sendiri mempunyai bahan galian bumi di dalamnya yang boleh menyebabkan ia mengeluarkan cahaya bagi kita menggunakannya. Bila gelombang komunikasi dihantar dari satu komputer ke komputer lain atau dari satu hanset ke hanset lain maka ia membawa radiasi yang samada jernih atau menyakitkan. Ia bergantung kepada orang yang menghantarnya. Jika sebelum dihantar ia disertai dengan mentera atau zikir-zikir dan dihembus kepada mesej tersebut maka ia mempunyai kesan yang memudaratkan atau baik kepada penerima.

5. Saya ada menyebut tentang galian-galian bumi yang bertenaga. Ya, sebahagian batu-batu permata mempunyai gelombang yang berbeza. Saya tak mahu bahaskan galian-galian bumi yang bertenaga yang dipunyai oleh orang lain kerana saya tak tahu ketika saya diserang itu ia dipunyai oleh siapa dan galian apa. Permata Si Runding, contohnya, menyerang bahagian kepala dan boleh membingungkan yang sangat kuat. Jika kita memakai batu-batu permata, ia memberi tenaga ghaib kepada kita disertai dengan qarin jin kita. Kita boleh menyebabkan orang yang berdepan dengan kita menjadi tersasul bahasa dan samada berdiam atau sakit kepala.

6. Kita menyedari galian-galian bumi yang bertenaga mempunyai tenaga ghaib seperti Uranium contohya, ia dapat diurai sehingga menjadi bom nuklear yang menakutkan. Akan tetapi ada ‘permata’ lain yang mempunyai khasiat seperti gemunggal (saya menyebut khasiat kerana ia bukan galian bumi tapi kayu-kayan) ia dapat menepis sihir dan santau. Sihir itu sendiri adalah satu bentuk tenaga ghaib yang sangat abstrak. Santau pula ia adalah fizikal dan mempunyai ramuan. Bani Melayu telah lama menyedari fungsi gemunggal dalam menangkis sihir dan santau serta serangan syaitan.

7. Saya ada sebut tentang malaikat. Malaikat sangat kuat (عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ)[an-Najm:5]. Mereka boleh mengalahkan segala energi-energi ghaib lain. Ia boleh terjadi kerana malaikat itu sendiri mahu melindungi orang-orang tertentu atas keizinan Allah atau dengan doa-doa, zikir-zikir, bacaan al-Quran dan amal soleh seorang lain bagi menghindari energi-energi negatif sehingga menarik campurtangan malaikat.

8. Senjata-senjata yang berasaskan besi mempunyai energi-energi mereka tersendiri. Saya telah kupaskan tentang rahsia besi dalam tulisan saya ini ‘Mengapa Keris Perlu Diperasapkan?’ Oleh kerana ia tajam dan keras maka ia boleh menyerang dengan efektif. Jika hati yang diserangnya maka hati akan menjadi tidak tenteram. Bagi mereka yang terikat hati samada melalui persahabatan dan perkahwinan maka persahabatan dan perkahwinan mungkin akan terputus. Kuasa kekerasan dan ketajamannya boleh mencapai hingga ke tahap itu.

9. Kesan serangan energi-energi ghaib kepada bahagian-bahagian badan terutama otak, mata dan hati menyebabkan ketidaktenteraman kepada seseorang. Ia cukup menyakitkan samada otak dan mata atau hati. Bergantung kepada penjagaan dan kekuatan dari mana energi itu berasal. Dari segi undang-undangnya saya tidak menemui mana-mana undang di dunia yang menghalang hal ini. Sebenarnya jika ada undang-undang yang menghalangnya adakah kita mengetahui dari mana energi-energi ghaib negatif itu berasal? Atau dengan kata lain ia milik siapa? Kesamaran inilah mengundang kepada ketidaksuaian undang-undang untuk menghalangnya. Maka kita sendiri harus menjaga diri kita.

AZMIN ALI BAKAL PRESIDEN PKR?

1. Pada 25/12/2015 saya menulis dalam tajuk PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama? Klik: https://goo.gl/a7JJLc “Manakala serpihan dalaman PKR kita akan lihat apa yang akan berlaku. Jika nama Dato’ Seri Azmin Ali mengukuh dalam PKR tidak mustahil dia akan menyahkan Dinasti Anwar dalam PKR. Dari situ PKR mempunyai pemimpin dan halatuju yang baharu. Azmin yang pro PAS juga akan memungkinkan kerjasama dengan PKR-PAS.”

2. Ketika 25/12/2015 saya menulis tiada riak-riak ini bakal terjadi tetapi naluri saya sebagai penganalisis politik samada melalui bacaan-bacaan dan perbincangan-perbincangan yang menjurus ke arah itu. Pada saat ia ditulis tiada petanda-petanda namun gerak-gerak politik seolah-olah menjurus ke arah itu.

3. Sekarang ia seperti benar-benar akan terjadi. Setakat artikel ini ditulis tiada lagi pengisytiharan Dato’ Seri Azmin Ali akan bertanding sebagai Presiden PKR dalam pemilihan PKR akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Seteru Azmin Ali iaitu Rafizi Ramli telah mengisytiharkan kemnya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dengan kata lain mahu melanggar jawatan Azmin Ali yang disandang sekarang! Walhasil, maka Azmin Ali tiada pilihan melainkan dua ini samada dia mempertahankan jawatannya yang sedia ada (Timbalan Presiden PKR) atau melanggar Datin Seri Wan Azizah, jika mempertahankan jawatannya atau melanggar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah mengisytiharkan akan merebut kerusi Presiden PKR!

4. Jika dilihat dalam kem Rafizi Ramli wujud Nurul Izzah Anwar iaitu anak Anwar Ibrahim. Inilah yang saya sifatkan Dinasti Anwar. PKR jika menolak Azmin Ali maka parti ini akan menjadi Dinasti Anwar ke anak-cucu. Adakah ini akan berlaku? Saya rasa tidak kerana dalam PKR sekarang bukan semua orang menjiwai Dinasti Anwar kalau bukan reformis-reformis pun. Oleh itu kem Rafizi tidak semestinya boleh menarik simpati bagi menjana undi pihak-pihak yang menaruh simpati kepada Dinasti Anwar.

5. Setakat tulisan ini dikarang tiada lagi pengisytiharan dari Azmin Ali yang dia akan bertanding Presiden atau mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Dari gerak-gerak yang berlaku saya meramalkan Azmin Ali akan bertanding Presiden PKR kerana jika gagal bertindak seperti diramalkan maka karier politiknya akan berkubur. Jika dia bertindak dengan penuh berhikmah maka dia akan maju ke depan.

6. Satu faktor lagi saya melihat ialah faktor Dr Mahathir dalam PKR. Sekarang Dr Mahathir, setakat tulisan ini dibuat, telah memberi posisi yang sangat kukuh kepada Azmi Ali dalam Kerajaan PH. Azmi Ali juga semasa menjadi Menteri Besar Selangor semenjak 23 September 2014 hingga 19 Jun 2018 telah membina pengaruhnya di Selangor. Bahkan diawal reformasi lagi dia tahan dengan kes-kes Mahkamah. Jika dia mencabar Anwar pun dalam pemilihan Presiden PKR, dia tetap mempunyai jiwa dan semangat reformis. Ini akan meyakinkan reformis-reformis dalam PKR.

7. Dr Mahathir pula mahu mengukuhkan kedudukannya dalam Negara. Maka tidak mustahil beliau akan bekerjasama dengan Azmin Ali dan membantu Azmin Ali dalam merebut jawatan Presiden PKR. Jika Anwar menjadi Presiden PKR dan menuntut pelaksanaan peralihan kuasa PM sebagaimana termaktub maka adakah mungkin Dr Mahathir menyerahkannya? Walhal, perjanjian itu tidak menyebut pun bila peralihan kuasa PM itu harus dibuat. Anwar dulu pun pada Krisis Kewangan 1997-1998 telah mahu melanggar Dr Mahathir sebagai PM. Rahsia ini semua orang tahu.

8. Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi pempastikan hasratnya dan agenda-agenda reformasinya terlaksana. Terbaik bagi melaksanakan semua ini dengan menobatkan dirinya sebagai PM Malaysia ke-8. Sedangkan PKR mempunyai komposisi yang lebih berbanding parti-parti lain dalam gabungan Kerajaan PH. Sanggupkah dia sabar dengan karenah PM berusia 93 tahun ini? Atau kebimbangan mimpi ngeri 1998 menghantuinya?

9. Faktor Dr Mahathir juga memainkan peranan yang amat signifikan. Orang Tua penuh bijaksana ini amat licik berpolitik. Bagi saya, beliau tidak akan membiarkan peralihan kuasa PM kepada Anwar atas beberapa faktor. Faktor pertama, apa kata kalau Anwar sebagai PM mengambil tindakan atasnya dan ahli-ahli keluarganya yang aktif dalam berniaga? Faktor kedua, apa kata kalau Anwar menguburkan Bersatu? Faktor ketiga, apa kata kalau Anwar menimbulkan kekacauan politik di Malaysia sebagaimana yang dia pernah buat ketika Malaysia dilanda krisis. Faktor keempat, diampun oleh YDPA bagi kes liwat.

10. Anwar bagi saya adalah tokoh yang berkaliber. Namun dihantui oleh pengalaman silam yang cukup kelam. Samada dihitamkan oleh musuh-musuh politiknya di luar atau di dalam. Mahukah Malaysia mempunyai seorang PM yang mempunyai rekod seperti ini? Jika Malaysia dan rakyatnya bersedia maka Malaysia akan memperolehi seorang PM yang selicik Dr Mahathir!

MABUK

Termangau aku
Di kaki langit; sebuah surau.
Puluhan tahun aku mabuk –
Mencari Diri dan Dia.
Tiada Dia, tiada Diri.

Solat ku sepi –
Ditipu bajingan agama;
Punah, rosak dan fitnah
Atas topeng agama.

Kelamnya jahiliyyah –
Ku jumpa cerahnya Islam.
Apakah aku mengerti Islam;
Tanpa aku teroka jahiliyyah?

Kini ku sedari;
mereka juga mabuk.
Mabuk kuasa, agama, harta –
Tak sedar Diri.

Sedar Diri, bila telah mati.
Mati sebelum mati suatu acahan.
Tiada mati. Tiada budi. Tiada maknawi.
Diri ku, keluarga ku, rakan ku itu dipenuhi.

Ke mana mahu pergi?
Kalau tidak di perigi?
Belum insafi?

KITAB PENGUKUHAN (كتاب الإثبات)

PADA MENGISBATKAN (وَمَا مِنَّا إِلَّا لَهُ مَقَامٌ مَعْلُومٌ)(“Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya maqam kedudukan yang tertentu)(as-Sōfāt:164).

1. Para malaikat itu mempunyai maqam tertentu di sisi Allah. Ketua segala para malaikat adalah Jibril yang cerdas dan kuat [an-Najm: 5-6]. Di bawahnya mempunyai ketua-ketua malaikat lain. Ada yang tugasnya mencabut nyawa, hafazah, sebagai qarin manusia, jin dan bunian, menjaga neraka dan syurga, meniup sangkakala, mencatat amalan baik dan buruk, memikul arasy, menurun dan menjaga al-Quran dll.

2. Masing-masing mempunyai nama. Ada yang kita diberitahu dan ada yang tak diberitahu. Jibril, Raqib dan ‘Atid, Izrael, Israfil, Munkar dan Nakir, Malik dan Ridhuan, Safarah, Harut dan Marut, Orso dll.

3. Mereka itu tidak lelaki dan tidak perempuan [as-Sōfāt:150] tetapi bila mereka bertasyakkul atau menyamar maka mereka hanya akan mengambil bentuk lelaki [al-An’ām:8]. Namun mereka bukan lelaki.

4. Jika mereka menyamar lelaki mereka akan memiliki pakaian lelaki yang dia sedang bertasyakkul atau menyamar itu [al-An’ām:8]. Mereka hanya hanya boleh memberi syafaat jika diizin dan diredhai oleh Allah [an-Najm:26].

5. Bilangan mereka hanya diketahui oleh Allah [al-Mudathir:31]. Mereka merupakan tentera-tentera Allah [al-Mudathir:31]. Mereka boleh ghaib dan boleh menzahirkan diri sebagai lelaki [al-An’ām:8]. Ketika mereka bertasyakkul dan menyamar sebagai lelaki mereka cukup sifat sebagai lelaki [Maryam:17]. Mereka tidak bernafsu, tidak makan minum [az-Zāriyāt:24-28] dan tidak beranak-pinak. Namun mereka mempunyai perasaan.

6. Mereka diciptakan dari cahaya.

«7687» حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا وَقَالَ ابْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ)).

Dari ‘Aisyah r.a.: ( Diciptakan para malaikat dari cahaya, dan diciptakan jin dari api membara, diciptakan Adam dari apa yang aku telah sifatkan kepada kamu)- Sahih Muslim.

7. Kita harus tidak bermusuh dengan mereka [al-Baqarah:97-98].

8. Saya selalu mendoakan agar malaikat-malaikat yang membantu saya agar dinaikkan maqam mereka oleh Allah di sisi-Nya.

KITAB PENGUKUHAN (كتاب الإثبات).

PADA MENGISBATKAN “KHILAFAH” DAN “IMAMAH”.

1. Sebelum tamadun manusia wujud telah wujud tamadun jin. Tetapi mengapa hanya selepas iradah (kemahuan) Allah mencipta manusia baharu wujud istilah “khalifah”? Adakah kepada istimewa manusia pada asma’ seluruhnya [al-Baqarah:31-33] , rahsia tiupan ‘ruh-Ku’ [al-Hijr:29; Sad:72] dan dijadikan dari ‘kedua tangan-Ku’ [Sad:75] kepada Adam maka melayakkan spesisnya sebagai khalifah?

‎وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya : “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. [al-Baqarah:30]

2. Persoalan di sini ialah apa maksud “khalifah”? Jika al-basyar itu istimewa pada asma’, ruh-Ku dan dijadikan dari kedua tangan-Ku maka melayakkan mereka sebagai khalifah maka spesis lain adalah tertolak. Adakah bangsa al-basyar mampu secara realiti atau sekadar perlambangan? Adam sendiri ketika keseorangan bukanlah khalifah kerana tamadun manusia belum wujud. Adakah Adam memimpin juga tamadun jin ketika itu? Khalifah akan sempurna dengan wujudnya bentuk yang statik dan rekaan-rekaan pada asma’. Di samping pemurnian ruh.

3. Hanya Daud yang diiktiraf secara sarih sebagai khalifah. Dia memimpin negara. Tanpa “kuasa” asma’ Allah yang lain sukar dicerna seperti “kuasa menghukum” dan menegakkan “hukum Allah”.

‎يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan yang benar dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan itu. [Sad:26]

4. Janji untuk khalifah itu hanya untuk yang beriman dan beramal soleh. Barulah keamanan wujud. Negara tanpa keamanan adalah negara yang anarki.

‎ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [an-Nur:55]

‎وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. [as-Sajda:24]

5. Di sana ada satu lagi pengistilahan iaitu “A’immah” (أَئِمَّةً)[al-Anbiya:73; al-Qasas:5; as-Sajda:24]. Ia adalah soal kepimpinan dan kuasa. Pemimpin tanpa kuasa adalah pemimpin yang tak berkuasa. Kuasa itu sendiri adalah satu yang amat luas. Ia bukan terhad kepada kuasa politik. Ia boleh merangkumi kuasa ekonomi, persenjataan, kuasa menghukum, kuasa menggubal undang-undang. Bahkan kuasa kerohanian. Dengan kuasa kerohanian maka sesuatu kuasa kerohanian yang lain dapat ditundukkan. Kuasa kerohanian ini yang paling ditakuti dan digeruni. Mengatasi kuasa ekonomi, persenjataan, kuasa menghukum dan undang-undang. Sakralnya spesis al-basyar adalah pada penciptaannya dari ‘kedua tangan-Ku’ dan tiupan ‘ruh-Ku’. Inilah kuasa kerohanian. Kuasa penciptaan pada asma’ juga mempunyai kaitan dengan kuasa kerohanian. Kesakralan. Kesaktian. Tongkat menjadi ular. Tongkat membelah laut dan mengeluarkan air.

6. Asma’ bukan sahaja pada benda tetapi pada rahsia Ketuhanan. Iaitu pada nama-nama Allah kerana di situ tersembunyi rahsia ruh-Ku.