KEPENTINGAN BERLEMAH-LEMBUT DAN BERDIAM-DIAM DALAM “MENYERU” DUIT

1. Duit yang kita “seru”, jika kita berkasar ia boleh “lari”, “merajuk”, “menjauh diri” dan kalau ia datang pun ia boleh datang dalam keadaan “tercedera.” Oleh itu tentu ada satu kaedah bagaimana untuk menyeru duit dalam keadaan dia datang penuh selamat dan berkat. Tiada orang tak mahu duit dalam jumlah yang besar. Dengan jumlah yang besar ia boleh dipelbagai guna. Namun, jika ia jumpah yang kecil tetapi penuh berkat lagi aula dari datang dengan jumlah yang besar tanpa keberkatan.

2. Al-Qur’an adalah satu kitab yang mencakupi segenap hal. Ia bukan setakat untuk kehidupan abadi di akhirat namun ia juga untuk panduan hidup kita di dunia ini termasuk duit. Peranan duit sangat ampuh dalam segenap hal di dunia. Kita dapat melangsaikan banyak hajat kita dalam hidup. Dengan duit yang mencukupi kita boleh menumpu sisa-sisa hidup kita di dunia yang fana ini kepada mendekati-Nya kerana dengan duit yang banyak kita tak perlu lagi untuk bertungkus-lumus dalam mengumpulnya.

3. Firman Allah:

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. [al-Kahfi:19]

4. Cara untuk kita berlemah-lembut adalah melalui tutur-bicara kita. Tutur-kata kita jika berkasar maka akan menyebabkan duit boleh “lari”, “merajuk”, “menjauh diri” dan kalau ia datang pun ia boleh datang dalam keadaan “tercedera.” Walau pun jika difahami dalam al-Kahfi:19 bahawa Ahli Gua yang memegang duit untuk membeli makanan tetapi bagi kita yang memerlukan duit adalah lagi penting untuk ‘berlemah-lembut’.

5. Majoritinya di kalangan kita adalah mempunyai barang untuk ditukar dengan duit dari mempunyai duit untuk mendapatkan barangan. Oleh itu sifat duit adalah perlu berlemah-lembut dalam urusannya. Walau di sana ada hukum “ghanimah” [al-Anfāl:41 & 69] yang diperolehi secara perang (kasar) itu adalah kes yang terasing. Ada batas-batasnya dalam hal ghanimah. Jarang duit yang dirampas melalui perang. Biasanya sesuatu negara dijarah kerana aset-asetnya. Lihat sahaja Perang Teluk yang mana ia lebih kepada hasil mahsul negara Iraq iaitu minyak. Bahkan bila jatuh sesuatu kerajaan maka kerajaan yang baharu akan memperkenalkan matawangnya sendiri. Di Malaysia juga pernah berlaku sebegini di era penjajahan.

6. Ia bukan setakat bahasa yang ditutur dalam menyeru duit perlu berlemah-lembut tetapi juga dalam bahasa bersurat seperti surat-menyurat tidaklah boleh secara berkasar seperti samseng yang menuntut hutang.

7. Di dalam menyeru duit juga kita sewajibnya secara tidak mewar-warkan kepada orang lain secara semberono dan berlagak kerana ia bukan setakat tidak mencapai maksud akibat ada anasir yang cuba menggagalkannya tetapi juga menyebabkan kita melanggar pantang-larang dalam menyeru duit. Arahan al-Quran bukan setakat penuh maknanya tetapi juga penuh rahsia.

8. Duit yang kita seru itu insyaAllah akan datang jika betul caranya seperti yang di ajar dalam al-Kahfi:19. Jika kita seorang yang berkasar dalam menyeru duit maka selalu lah berzikir Ya Latīf. Ya Latīf. Sebanyak-banyaknya, kalau boleh. Ia bukan setakat melembutkan hati kita tetapi juga perangai kita yang mungkin kasar. Ia juga boleh melembutkan hati dari mana sumber duit yang kita seru itu.

9. Bebas hutang bukan sahaja impian setiap individu tetapi juga negara-negara di seluruh dunia. Selagi mana ada ayat ini [al-Baqarah:282] “hutang” tetap sentiasa ada tak kira kepada individu atau negara. Kita mesti berani berimpian, impian kita akan menjadi kenyataan. Bebas hutang mungkin bagi orang yang telah berjaya membina legasinya di dunia ini. Bagi muda-mudi yang baru membina hidup terpaksa terpalit dengan hutang. Bahkan negara ‘superpower‘ di dunia yakni USA mempunyai hutang bertrilion.

10. Dua sikap kita terhadap duit seperti di atas iaitu (1) berlemah-lembut dan (2) berdiam-diam hingga tidak disedari oleh orang lain amatlah penting dalam menyeru duit. Sebenarnya kalau hendak bahaskan topik duit dalam al-Quran adalah sangat mendalam kerana ada ayat-ayat lain berkenaan duit juga. Jika kita amalkan petua-petua al-Kahfi:19 sudah cukup dalam urusan kita untuk menyeru duit. Moga-moga dunia dilempahi keberkatan dan dengan keberkatan ini kita dapat menumpu sisa-sisa hidup kita untuk beramal kepada Allah bagi negeri kekal abadi.

KEAGUNGAN AKAL

1. Akal adalah suatu kejadian yang amat mulia diciptakan oleh Allah pada tubuh manusia. Dengan akal manusia dapat berfikir dan dapat membina hidup di bumi ini. Dengan akal juga manusia menjadi lebih bertamadun dalam segenap hal. Akal dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun akal seseorang adalah tidak sama dengan dengan akal seseorang yang lain. Begitu juga tamadun yang dibina oleh sesuatu kelompok adalah tidak sama dengan sesuatu tamadun yang dibina oleh kelompok yang lain. Ini adalah kerana akal seseorang adalah tidak sama dengan akal seseorang yang lain.

2. Akal harus dibina mendasari ilmu-ilmu yang merentas setiap disiplin. Ilmu sesuatu kelompok adalah tidak sama dengan kelompok yang lain. Lalu mereka mengguna akal maka mewujudkan perbezaan antara sesuatu kelompok dengan kelompok yang lain.

3. Akal letaknya difikiran kita terutamanya di otak. Berbeza dengan fahaman ramai hanya otak sahaja yang memproses akal tetapi hati juga memain peranan dalam membuat keputusan berdasarkan akal. Dengan kata lain akal bukan hanya di otak.

4. Al-Qu’ran menyebut bahawa hati juga (‎قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ)(hati-hati yang berfikir)[al-Hajj:46];(‎وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ)(akan tetapi buta hati-hati yang berada di dalam dada)[al-Hajj:46]; (‎مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ)(Tiadalah hati membohongi apa yang dilihatnya)[an-Najm:11]. Hati boleh melihat dan berfikir. Ayat an-Najm:11 ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat Jibril dengan hati.

5. Di dalam satu hadis dinyatakan bahawa kita harus bertanya kepada hati kita dalam membuat keputusan dalam hidup kita. Maka kata-kata ‘tepuk dada tanyalah selera’ adalah bukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Islam.

سنن الدارمي  وَمِنْ كِتَابِ الْبُيُوعِ.  بَابٌ : دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ.

2575  (المجلد : 3 الصفحة : 1649)
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، عَنِ الزُّبَيْرِ أَبِي عَبْدِ السَّلَامِ ، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مِكْرَزٍ الْفِهْرِيِّ ، عَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ الْأَسَدِيِّ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِوَابِصَةَ : ” جِئْتَ تَسْأَلُ عَنِ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ ؟ “. قَالَ : قُلْتُ : نَعَمْ. قَالَ : فَجَمَعَ أَصَابِعَهُ فَضَرَبَ بِهَا صَدْرَهُ، وَقَالَ : “اسْتَفْتِ نَفْسَكَ، اسْتَفْتِ قَلْبَكَ يَا وَابِصَةُ – ثَلَاثًا – الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ “.

حكم الحديث: إسناده ضعيف

Sunan ad-Darimi dan dari Kitab Jual-Beli. Bab: Tingalkan apa yang yang tidak disukai kepada apa yang disukai

(Jilid: 3: Muka surat 1649) 2575

Menceritakan kepada kami Sulaiman Bin Harb, menceritakan kepada kami Hamad Bin Salamah, Dari Az-Zubair Bin Salam, dari Ayub Bin Abdullah Bin Mikraz al-Fihri, dari Wabisah Bin Ma’bad al-Asadi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Wabisah: ” Adakah kamu mendatangi ku untuk bertanya berkenaan kebaikan dan dosa?” Berkata: Aku berkata: “Ya” Berkata: Maka menyusun jari-jemarinya dan menepuk dadanya seraya bersabda: “Bertanyalah (kepada) dirimu sendiri, bertanyalah hatimu sendiri wahai Wabisah!” – 3 kali- Kebaikan adalah apa yang menenangkan dirimu dirimu dan apa yang menenangkan hatimu dan dosa adalah apa yang mencurigakan dirimu dan berteligkah di dalam dadamu dan jika kamu menanya manusia maka mereka menjawab apa yang mereka rasa.”

Hukum hadis: Sanad Dhoif

6. Al-Quran sendiri banyak menggunakan dan mengajak kita menggunakan akal. Sekali lagi akal bukanlah di “fikiran” kita sahaja. Ia juga bermaksud hati kita yang mana ia juga boleh berfikir. Bagaimanakah ini? Hati kita itu mempunyai perasaan. Adalah ketika ia mempunyai rasa cinta. Ada ketika ia mempunyai rasa benci. Ada ketika ia mempunyai rasa dendam. Ada ketika ia mempunyai rasa ketidaktenteraman. Apa-apa sahaja perasaan. Kita dalam membuat keputusan haruslah juga bertanya akal yang terletak dalam hati kita dan fikiran kita. Namun setiap perasaan kita yang dirasai dalam hati ini harus menepati ilmu kita. Kerana akal yang mana hati juga boleh berfikir itu haruslah didasari oleh ilmu. Tiada ilmu yang maha agung melainkan al-Quran dan Sunnah.

7. Hadis di atas menunjukkan bahawa hati memainkan peranan yang amat besar dalam membuat keputusan. Hati yang dipenuhi cahaya iman dan taqwa maka ia akan menyuruh kita membuat kepada kebaikan. Mungkin Wabisah ketika berjumpa Rasulullah mempunyai kerumitan dalam membuat keputusan dalam hidupnya maka dia bertanya Rasulullah s.a.w. bagaimana untuk membuat keputusan dalam hidupnya. Rasulullah s.a.w. telah memberi keluasan bertanya hati walaupun dalam masalah kebaikan dan dosa.

8. Akal yang terletak difikiran otak kita adalah amat penting. Ia haruslah sihat dan tenang dalam membuat keputusan. Ia juga harus waras. Otak dan hati haruslah serentak dalam membuat keputusan. Tanyalah akal di otak. Tanyalah akal di hati. Dengan jaminan yang telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. maka kita akan selamat.

9. Tamadun yang dibina dari keputusan yang dibuat oleh otak yang cemerlang dan hati yang gemerlap akan membuahkan suatu tamadun yang cemerlang. Manusia akan lebih ke depan dan bergerak maju. Banyak kebaikan yang ditinggalkan di dunia dengan membina tamadun yang diasaskan pada keputusan akal yang cemerlang tak kira samada dari fikiran yang sihat atau hati yang gemerlap.

10. Secara individu pula; seseorang akan lebih maju dari seorang yang lain dalam hidupnya jika membuat keputusan berdasarkan fikiran dan hati yang cemerlang. Kita sendiri yang menanggung akibat dari apa yang kita putuskan dalam hidup maka keita sendiri harus menghalakan hidup kita ke arah kebaikan kepada diri kita sendiri.

 

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: PADA MEMBAHASKAN SAIZ MAKHLUK GHAIB AKAN BESAR APABILA ILMUNYA SEMAKIN TINGGI

1. Makhluk-makhluk ghaib adalah terdiri dari malaikat dan jin. Jin pula terdiri dari jin dan qarin jin. Di pertemuan-pertemuan lepas kita telah membahaskan bahawa samada jin, bunian dan manusia masing-masing mempunyai qarin jin.

2. Kita harus merujuk kepada al-Quran bagi mengesahkan perkara ini kerana ini adalah urusan ghaib. Bagi memahami hal ini yang memerlukan sokongan al-Quran walau ia diketahui oleh seseorang perbezaan yang dirasakan pada dirinya bila ilmunya semakin bertambah. Bagi malaikat dan jin ini adalah kemestian kerana kategori kedua-dua ini adalah makhluk ghaib.

3. Kita melihat ayat ini:

Surah An-Najm, ayat 5:

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –
(Melayu)

via iQuran

4. Perkataan (عَلَّمَهُ)(mengajarnya). Sudah pasti orang yang mengajar itu lagi tinggi ilmunya dari yang diajar. Jadi yang mengajar itu adalah Jibril maka ia sangat kuat (شَدِيدُ الْقُوَىٰ).

5. Saiz Jibril pula disifatkan begini:

مسند أحمد  مُسْنَدُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ

3862  (المجلد : 6 الصفحة : 410)
حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ حُبَابٍ ، حَدَّثَنِي حُسَيْنٌ ، حَدَّثَنِي عَاصِمُ بْنُ بَهْدَلَةَ قَالَ : سَمِعْتُ شَقِيقَ بْنَ سَلَمَةَ يَقُولُ : سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رَأَيْتُ جِبْرِيلَ عَلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى، وَلَهُ سِتُّمِائَةِ جَنَاحٍ “. قَالَ : سَأَلْتُ عَاصِمًا عَنِ الْأَجْنِحَةِ، فَأَبَى أَنْ يُخْبِرَنِي، قَالَ : فَأَخْبَرَنِي بَعْضُ أَصْحَابِهِ أَنَّ الْجَنَاحَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. 

Musnad Ahmad : Musnad Abdullah Bin Mas’ud

3862 (Jilid : 6 Muka Surat: 410)

Menceritakan kepada kami Zaid Bin Hubab, menceritakan kepadaku Husain, menceritakan kepadaku Asim Bin Bahdalah berkata: Aku mendengar Syaqiq Bin Salamah berkata: Aku dengar Ibnu Mas’ud berkata: Bersabda Rasulullah ﷺ : “Aku melihat Jibril di atas Sidratul Muntaha, baginya 600 sayap”. Berkata: Aku bertanya Asim berkenaan sayap-sayap, maka dia enggan memberitahuku, berkata: Maka memberitahuku sebahagian sahabatnya sesungguhnya sayapnya (Jibril) di antara Timur dan Barat. 

5. Itu saiz satu sayap sahaja. Memenuhi ufuk Timur dan Barat. Inilah saiz Jibril yang disifatkan oleh al-Quran (عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ)(wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah,)[an-Najm:5].

6. Begitu juga bagi jin jika ingin mencapai taraf “ifrit” maka dia memerlukan ilmu yang tinggi. Di dalam pertemuan lepas kita telah mengupaskan “siapakah ifrit“. Untuk mencapai taraf ifrit yang bersifat kuat dan amanah memerlukan ilmu yang tinggi.

7. Begitu juga jika ingin mencabar ifrit maka memerlukan ilmu juga. Lelaki misteri yang dinyatakan oleh al-Quran mampu mengalahkan ifrit itu disifatkan:

Surah An-Naml, ayat 40:


قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.
(Melayu)

via iQuran

8. Jika seseorang jin atau bunian atau manusia lagi tinggi ilmunya dari yang lain maka dia dapat mengalahkan orang lain yang lagi kecil saiznya kerana ilmunya tidak dapat mengatasi ilmu orang yang lagi tinggi dan bersaiz besar.

9. Al-Quran menyebut:

Surah Yusuf, ayat 76:
فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَاءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَاءِ أَخِيهِ كَذَٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِي دِينِ الْمَلِكِ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَّن نَّشَاءُ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin) kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,
(Melayu)

via iQuran

10. Ifrit dalam majlis Sulaiman tidak menyangka ada orang lain dalam majlis itu yang lagi tinggi ilmunya darinya [an-Naml:39-40]. Orang itu adalah lagi misteri kerana tidak dinyatakan identitinya. Ini menunjukkan bahawa lagi berilmu seseorang maka dia menjadi lagi merendah diri. Inilah sebenar-benar sifat orang berilmu. Jika kita menunjuk-nunjuk ilmu kita ini mendedahkan kita kepada risiko yang boleh menyebabkan kita kalah. Dengan berdiam kita boleh mengintip ilmu orang lain. Bukankah al-Quran sendiri menyebut (وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ)(dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui)[Yusuf:76].

11. Dengan berilmu kita menjadi semakin takut kepada Allah:

Surah Fatir, ayat 28:
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Melayu)

via iQuran

12. Malaikat juga disifatkan mempunyai ilmu melalui pelbagai cara sebagaimana di bahaskan di pertemuan lain yang membicarakan “ilmu malaikat“. Malaikat bukan setakat bersaiz besar bergantung kepada ilmu mereka tetapi juga “bertambah sayap jika dikehendaki oleh Allah”:

Surah Fatir, ayat 1:
الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَّثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Melayu)

via iQuran

13. Oleh itu keterangan di atas menunjukkan peri penting ilmu kepada malaikat, jin, bunian dan manusia. Untuk kebaikan diri kita juga. Kita harus berusaha keras untuk menimba ilmu yang bermanfaat. Tiada kompromi. Dengan ilmu kita berbahagia di dunia dan akhirat.

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN ( الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: PADA MENGHADIRKAN QARIN JIN

1. Dalam pertemuan-pertemuan lepas kita telah membincangkan pada diri jin, bunian dan manusia mempunyai qarin jin. Kita juga telah membincangkan bahawa qarin jin adalah juga hidup dan mempunyai rohnya tersendiri selain dari tuannya. Qarin jin seseorang boleh berada dalam tubuh seseorang dan boleh keluar dari tubuh seseorang serta bertasyakkul (mengambil bentuk dan rupa).

2. Tubuh seseorang boleh diresapi oleh qarin jin seseorang. Namun ada orang yang mempunyai pertahanan yang lemah maka jin luar boleh masuk ke dalam tubuh seseorang dengan menghalau qarin jin seseorang. Adalah perkara yang semesti tubuh seseorang adalah sarang kepada qarin jin seseorang. Tetapi hukumnya adalah “haram” bagi jin luar masuk ke dalam tubuh seseorang melainkan dalam keadaan tertentu yang dibolehkan oleh syarak.

3. Qarin jin seseorang boleh jadi adalah syaitan yakni bukan Islam. Maka dalam keadaan ini qarin jin seseorang adalah seburuk-buruk qarin. Lihat [an-Nisa’:4]

Surah An-Nisa, Verse 38:
وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا فَسَاءَ قَرِينًا

Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.
(Melayu)

via iQuran

4. Jika kita tidak cakna di dunia ini akan kewujudan qarin jin maka di akhirat maka kita semua akan mengakuinya Lihat [as-Sofat:51].

Surah As-Saaffat, Verse 51:
قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ

Seorang di antaranya berkata: ” Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
(Melayu)

via iQuran

5. Jika kita tidak berzikir dan mengingati Allah atau menjauhi al-Qur’an maka kita akan diikat dengan qarin jin syaitan. Lihat [az-Zukhruf:36].

Surah Az-Zukhruf, Verse 36:
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
(Melayu)

via iQuran

6. Pada akhirat kelak seseorang akan mengharapkan dia dan qarin jinnya dipisahkan. Ini adalah mustahil kerana keberadaan qarin jin seseorang pada seseorang itu adalah hokum biologi yang wajib samada secara zahir atau batin. Lihat [az-Zukhruf:38]

Surah Az-Zukhruf, Verse 38:
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَنَا قَالَ يَا لَيْتَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ بُعْدَ الْمَشْرِقَيْنِ فَبِئْسَ الْقَرِينُ

Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”.
(Melayu)

via iQuran

7. Qarin jin seseorang sentiasa bersama seseorang. Lihat [Qaf:23].

Surah Qaf, Verse 23:
وَقَالَ قَرِينُهُ هَٰذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ

Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: “Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)”.
(Melayu)

via iQuran

8. Apabila menerima azab di akhirat seseorang saling membantah dan menunding jari dengan qarin jinnya lantaran menerima siksa akibat sesat semasa di dunia. Lihat [Qaf:27].

Surah Qaf, Verse 27:
قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَٰكِن كَانَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong”.
(Melayu)

via iQuran

9. Maka kita seharusnya mencari kaedah untuk berhubung dengan qarin jin kita bagaimana untuk menghadirkannya di dunia ini serta berinteraksi dengannya sebelum segalanya terlambat.

10. Adalah jelas bahawa jin lain boleh mengambil rupa seseorang melainkan Rasulullah yang tidak dapat ditiru wajahnya oleh syaitan atau jin. Maka seafdalnya yang mengambil rupa kita adalah qarin jin kita. Kita boleh hidup senang jika qarin jin kita melakukan kerja untuk kita. Maka dalam menghadirkan qarin jin kita, kita perlu berhati-hati kerana jin luar juga boleh mengambil wajah kita melainkan Rasulullah sahaja yang tidak dapat ditiru wajahnya oleh jin atau syaitan.

11. Saya tidak menjumpai formula dalam menghadirkan qarin jin kita melainkan dengan selalu mengamalkan zikir Surah al-Jin. Surah ini sangat mujarab untuk memahami hal ehwal jin serta jika diratib akan dapat menghadirkan qarin jin kita. Qarin jin kita oleh kerana dia adalah jin maka dia boleh bertasyakkul dengan wajah siapa sahaja melainkan wajah Rasulullah. Kita juga mempunyai qarin dari malaikat maka ambillah syafa’at dari qarin malaikat kita agar membantu kita dalam menghadirkan qarin jin kita. Perlu diingat ketika qarin jin kita keluar dari badan badan kita maka kita telah hilang antibody atau pertahanan kita melainkan dengan bantuan Allah melalui qarin malaikat kita. Selamat beramal dan moga qarin jin kita boleh menjelma untuk kebaikan kita juga.

KITAB PENGUKUHAN (كِتَابُ الإِثْبَاتِ)

BAB: PADA MENGUKUHKAN PERI PENTING & KEGUNAAN BERINTERAKSI DENGAN MALAIKAT

1. Timbul persoalan mengapakah kita perlu mengambil cakna dan mengambil berat tentang perkara berkait dengan malaikat. Mengapakah kita hanya berhenti setakat beriman bahawa malaikat wujud. Itu saja. Tanpa perlu berinteraksi dengan malaikat.

2. Bagi menjawab ini; jika kita beriman kita hanya “berhenti” setakat (عِلْمُ اليَقِيْنِ)(ilmu al-yaqin) [at-Takāthur:5] kita tidak mencuba untuk satu tahap lagi iaitu (عَيْنُ اليَقِنِ)(ainu al-yaqin) [at-Takāthur: 7] dan lebih tinggi lagi kepada (حَقُّ اليَقِيْنِ)(haqqu al-yaqin)[al-Waqiah:95][al-Haqqah:55].

3. Imām Ibnu Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Madāriju as-Sālikīn Jilid:2 muka surat 324-325 menjelaskan tentang tingkatan-tingkatan yaqin (يقين). Bagi beliau (عِلْمُ اليَقِيْنِ)(ilmu al-yaqin) bermaksud وهو قبول ما ظهر من الحق . وقبول ما غاب للحق .والوقوف على ما قام بالحق

4. Beliau memberi contoh (عِلْمُ اليَقِيْنِ) (ilmu al-yaqin) beriman dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya dan melaksanakan apa yang disuruh-Nya serta mrnghayati nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya dan af’al-af’al-Nya.

5. Beliau memberi penjelasan (عِيْنُ اليَقِنِ)(ainu al-yaqin) sebagai وهو المغنى بالاستدلال عن الاستدلال. وعن الخبر بالعيان. وخرق الشهود حجاب العلم.

6. Beliau memberi contoh (اليَقِنِ)(al-yaqin) sebagai madu bahawa ada orang beritahu ia manis. Maka itu (عِلْمُ اليَقِيْنِ)(ilmu al-yaqin) . Bila dah lihat madu maka itu (عَيْنُ اليَقِنِ)(ainu al-yaqin). Bila sudah rasa madu itu dan dapati bahawa ia manis maka itu (حَقُّ اليَقِيْنِ)(haqqu al-yaqin).

7. Adapun (حَقُّ اليَقِيْنِ)(haqqu al-yaqin) pula beliau jelaskan وهو إسفار صبح الكشف. ثم الخلاص من كلفة اليقين. ثم الفناء في حق اليقين

8. Begitulah juga berkenaan ilmu malaikat maka kita perlu melalui tahap ini. Sebagaimana dalam satu hadis bahawa malaikat itu bertebaran di bumi:

سنن النسائي كِتَابُ السَّهْوِ بَابٌ : السَّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى

اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

. 1282 (المجلد : 3 الصفحة : 43)

أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْحَكَمِ الْوَرَّاقُ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ مُعَاذٍ ، عَنْ سُفْيَانَ بْنِ سَعِيدٍ ح وَأَخْبَرَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَعَبْدُ الرَّزَّاقِ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ السَّائِبِ ، عَنْ زَاذَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً سَيَّاحِينَ فِي الْأَرْضِ يُبَلِّغُونِي مِنْ أُمَّتِيَ السَّلَامَ “

. حكم الحديث: صحيح

9. Di dalam satu hadis lain menjelaskan bahawa fungsi malaikat. Jibril sebagai ( يَنْزِلُ بِالْحَرْبِ وَالْقِتَالِ وَالْعَذَابِ). Manakala Mīkāl sebagai (يَنْزِلُ بِالرَّحْمَةِ وَالنَّبَاتِ وَالْقَطْرِ )

مسند أحمد وَمِنْ مُسْنَدِ بَنِي هَاشِمٍ مُسْنَدُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ

‎الْعَبَّاسِ.

‎2483 (المجلد : 4 الصفحة : 284)

‎حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْوَلِيدِ الْعِجْلِيُّ ، وَكَانَتْ لَهُ هَيْئَةٌ رَأَيْنَاهُ عِنْدَ حَسَنٍ، عَنْ بُكَيْرِ بْنِ شِهَابٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : أَقْبَلَتْ يَهُودُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا : يَا أَبَا الْقَاسِمِ، إِنَّا نَسْأَلُكَ عَنْ خَمْسَةِ أَشْيَاءَ، فَإِنْ أَنْبَأْتَنَا بِهِنَّ عَرَفْنَا أَنَّكَ نَبِيٌّ، وَاتَّبَعْنَاكَ، فَأَخَذَ عَلَيْهِمْ مَا أَخَذَ إِسْرَائِيلُ عَلَى بَنِيهِ إِذْ قَالُوا : اللَّهُ عَلَى مَا نَقُولُ وَكِيلٌ. قَالَ : ” هَاتُوا “. قَالُوا : أَخْبِرْنَا عَنْ عَلَامَةِ النَّبِيِّ. قَالَ : ” تَنَامُ عَيْنَاهُ، وَلَا يَنَامُ قَلْبُهُ “. قَالُوا : أَخْبِرْنَا كَيْفَ تُؤْنِثُ الْمَرْأَةُ وَكَيْفَ تُذْكِرُ ؟ قَالَ : ” يَلْتَقِي الْمَاءَانِ، فَإِذَا عَلَا مَاءُ الرَّجُلِ مَاءَ الْمَرْأَةِ أَذْكَرَتْ، وَإِذَا عَلَا مَاءُ الْمَرْأَةِ مَاءَ الرَّجُلِ آنَثَتْ “. قَالُوا : أَخْبِرْنَا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ. قَالَ : ” كَانَ يَشْتَكِي عِرْقَ النَّسَا، فَلَمْ يَجِدْ شَيْئًا يُلَائِمُهُ إِلَّا أَلْبَانَ كَذَا وَكَذَا “. قَالَ أَبِي : قَالَ بَعْضُهُمْ : يَعْنِي الْإِبِلَ، ” فَحَرَّمَ لُحُومَهَا “. قَالُوا : صَدَقْتَ. قَالُوا : أَخْبِرْنَا، مَا هَذَا الرَّعْدُ ؟ قَالَ : ” مَلَكٌ مِنْ مَلَائِكَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ بِيَدِهِ، أَوْ فِي يَدِهِ مِخْرَاقٌ مِنْ نَارٍ يَزْجُرُ بِهِ السَّحَابَ يَسُوقُهُ حَيْثُ أَمَرَ اللَّهُ “. قَالُوا : فَمَا هَذَا الصَّوْتُ الَّذِي نَسْمَعُ ؟ قَالَ : ” صَوْتُهُ “. قَالُوا : صَدَقْتَ إِنَّمَا بَقِيَتْ وَاحِدَةٌ، وَهِيَ الَّتِي نُبَايِعُكَ إِنْ أَخْبَرْتَنَا بِهَا ؛ فَإِنَّهُ لَيْسَ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا لَهُ مَلَكٌ يَأْتِيهِ بِالْخَبَرِ، فَأَخْبِرْنَا مَنْ صَاحِبُكَ ؟ قَالَ : ” جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ “. قَالُوا : جِبْرِيلُ ذَاكَ الَّذِي يَنْزِلُ بِالْحَرْبِ وَالْقِتَالِ وَالْعَذَابِ عَدُوُّنَا، لَوْ قُلْتَ مِيكَائِيلَ الَّذِي يَنْزِلُ بِالرَّحْمَةِ وَالنَّبَاتِ وَالْقَطْرِ لَكَانَ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : { مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ } إِلَى آخِرِ الْآيَةِ.

1. حكم الحديث: حديث حسن دونَ قصة الرعد.

10. Oleh itu dengan melalui tiga tahap atau tingkatan di atas maka kita boleh berinteraksi dengan malaikat berdasarkan tugas-tugasnya. Kita juga yang dapat manfaat-manfaatnya.

BAHAYA TAKSUB

1. Taksub adalah sangat bahaya untuk menjadi anutan dan pengamalan seseorang. Ia boleh memakan diri. Ia boleh menyebabkan kesesalan yang tak sudah-sudah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Oleh itu kita harus berhati-hati dari menganut dan mengamalkan ketaksuban. Kita harus berfikir sejenak samada “Adakah aku taksub dalam hal ini?”.

2. Taksub atau dieja sebagai “taasub”, mengikut Kamus Dewan, adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “Kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seorang”. Ia juga bermaksub fanatik. Mereka adalah golongan melampau atau “ghulu”, dalam Bahasa Arabnya. Sedangkan Islam itu mengambil jalan pertengahan.

3. Seseorang yang taksub akan mengambil jalan mengiayakan segala apa yang menjadi anutannya dan pengamalannya. Jika dia taksub dengan seseorang maka dia akan mempertahankan orang itu bermatian walaupun orang itu menyuruhnya kepada sesuatu yang salah. Taksub juga boleh menyebabkan seseorang menjadi jumud kerana dia tidak terbuka untuk pendapat yang berbeza dan baharu.

4. Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa orang yang taksub dengan datuk-nenek mereka walaupun anutan dan fahaman datuk-nenek mereka adalah sesat [al-Baqarah:170; al-Maeda:104; al-Anaam:148; al-Araf:28:70:95:173; Yunus:78; Hud:62:87; Ibrahim:10; an-Nahl:35; al-Anbiya’:53; al-Mumenoon:24:83;al-Shuara:74; al-Naml: 67:68; al-Qasas: 36; Luqman: 21; az-Zukhruf:22:23;ad-Dukhan:36;al-Jathiya:25]. Orang yang taksub biasanya menolak idea-idea yang baharu. Sedangkan untuk ke depan atau maju ia memerlukan idea-idea yang baharu.

5. Untuk tidak taksub bukanlah bermaksub mesti mencampak kesemua idea-idea atau anutan lama tetapi fikiran haruslah terbuka untuk menilai idea-idea atau anutan baharu. Dengan itu idea-idea atau anutan baharu itu boleh menguak kepada hidup yang lebih ke depan. Ia juga menyebabkan hidup seseorang akan berubah dan memberi impak kepada masyarakat untuk berubah.

6. Al-Quran memberi peringatan tentang sesalan yang bakal terjadi apabila terlampau taksub kepada pemimpin-pemimpin yang menjurus kepada kesesatan [al-Ahzab:67]

7. Hal ketaksuban juga berlaku di dalam Islam, betapa banyak idea-idea yang lama sudah tidak boleh digunakan contohnya fiqh yang memerlukan idea-idea yang baharu untuk umat Islam ke depan. Namun ada idea-idea fiqh ulamak silam yang masih terpakai dan sesuai untuk umat Islam zaman moden. Biasanya pandangan-pandangan ulamak yang lebih terkehadapan atau melangkau zamannya akan dikritik oleh golongan fanatik Islam. Ini disebabkan oleh anutan mereka yang taksub dengan idea-idea jumud.

8. Fanatik atau taksub juga merentas setiap anutan agama bukan sahaja di dalam Islam. Setiap agama ada golongan yang taksub. Begitu juga merentas setiap disiplin ilmu dan hal. Taksub ini samada penganutnya mengetahui mendalam dalam sesuatu hal lantas mereka malas untuk menguak akal mereka berfikir lain lantas menganut lain fahaman atau mereka hanya mengetahui sedikit tentang sesuatu lantas mereka perpendapat inilah pendapat yang betul.

9. Taksub juga boleh menyebabkan ketidak-tenteraman dalam hidup bermasyarakat. Mereka yang taksub boleh bertindak ganas bagi mempertahankan anutan dan apa yang mereka bawa walau salah. Taksub tidak salah jika apa yang dianuti itu betul. Namun ia boleh menyebabkan seseorang sukar mendapat sahabat dan hidup bermasyarakat kerana mereka merasa hanya mereka yang betul. Jadi mereka hanya bergaul dengan kelompok picisan mereka. Ini menyebabkan kepada ketidak-terbukaan hidup dalam bermasyarakat.

10. Dengan tidak taksub, seseorang akan berpeluang untuk mempunyai kawan yang lebih ramai kerana mereka meraikan pendapat yang tidak sama dengan  mereka. Ia juga membolehkan debat tentang sesuatu bagi mencari kebenaran. Masyarakat akan mendapat faedah jika ilmuan menjadi tidak taksub dengan pandangan mereka. Dakwah boleh tersebar luas. Hanya yang dungu dengan pendapat yang jumud sahaja menjadi tidak maju.

11. Jika orang yang taksub tersingkir dari kelompok picisannya akibat dari dia sendiri yang taksub dengan golongannya dia akan menjadi ‘kera sumbang’ kerana dia telah dari awal-awal menolak pandangan dan haluan orang lain. Ini satu lagi faktor bahayanya taksub. Ia adalah perkara yang tidak sihat di dalam kehidupan seseorang sebagai individu dan masyarakat. Oleh sebab itulah al-Quran menentang keras ketaksuban.

12. Di dalam perkampungan dunia yang menjadi lebih rapat sekarang kerana wujudnya internet dan pengangkutan yang mendekatkan umat maka ia menyebabkan idea-idea dan anutan-anutan pelbagai menjadi lebih hampir dengan seseorang bahkan hanya disetiap ketikan jari pada komputer atau hanset. Orang yang taksub menjadi tidak relevan dalam dunia maklumat terutamanya selepas ia telah dikupas dan dibahas dengan terperinci dalam maya. Jika kita tertinggal itu adalah sebab kita bukan kerana setiap perkara belum matang. Maka berlapang dadalah dan kuak fikiran dalam menerima idea-idea baharu dalam kehidupan bermaklumat sekarang.

Bolehkah Malaikat Menyamar Perempuan?

1. Merujuk kepada tajuk yang saya ajukan: Bolehkah Malaikat Menyamar Perempuan? Ia adalah satu topik yang masih samar hingga kini kerana kebanyakkan nas dalam al-Qur’an dan hadis menyarankan malaikat ketika bertasyakkul (mengambil rupa) mereka menyamar lelaki. Rujuk kisah dua malaikat yang mengunjungi Luth a.s dan kisah lelaki yang tidak dikenali bertemu Rasulullah s.a.w. mengajar iman, Islam dah ihsan. Serta rupa Dihyah al-Kalbi. Kesemuanya dalam rupa lelaki. Begitu juga malaikat ketika berjumpa Maryām dengan wajah lelaki. Ia merupakan pandangan yang dipegang oleh jumhur ulama’.

2. Adalah telah dipersetujui; walaupun malaikat menyamar lelaki mereka bukanlah lelaki. Mereka hanya mengambil rupa lelaki.

3. Namun di sana ada pandangan minoriti bahawa malaikat juga berupaya menyamar ‘perempuan’. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Kita akan menyelesaikan permasalahan ini dengan merujuk kepada dalil terkuat yang ada yakni: al-Qur’an.

4. Ini dalil yang ada bersama kita tentang penyamaran malaikat:

وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ مَلَكٌ وَلَوْ أَنزَلْنَا مَلَكًا لَّقُضِيَ الْأَمْرُ ثُمَّ لَا يُنظَرُونَ

Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya? ” padahal kalau Kami turunkan malaikat nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman), kemudian mereka tidak diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).

وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ

Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya), dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

[An-An’ām:8-9]

5. Terjemahan ini adalah diperolehi dari iQuran Pro. Saya tidak kata salah terjemahan Melayu iQuran Pro ini. Namun interpretasi (وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ)[An-An’ām:9]. Khilaf wujud di sini. Apa yang jelas ayat An-An’ām:9 telah menyebut jika malaikat mahu menyamar maka mereka menyamar ‘lelaki’ (رَجُلًا). Apa pula interpretasi (وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ)[An-An’ām:9]? iQuran Pro terjemah dan takwil: ‘dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).’

6. Satu lagi wajah untuk terjemah (وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ)[An-An’ām:9] ialah ‘Dan kami pakaikan kepada mereka apa yang mereka pakai.’ Malaikat ketika menyamar samada lelaki atau perempuan mereka sebenarnya memakai pakaian. Jika mereka berkuda maka mereka berkuda. Jika mereka berkereta maka mereka berkereta. Saya tak hendak memperpanjangkan tentang ‘pakaian malaikat’. Kita fokus kepada topik kita : Bolehkah Malaikat Menyamar Perempuan?

7. Saya pada awalnya sukar menerima hakikat juga boleh menyamar perempuan. Setelah saya amati perjalanan hidup saya dan lebih-lebih lagi dalil di atas maka saya akur bahawa malaikat juga berupaya menyamar perempuan. Bagaimana ini?

8. Jawapannya letak kepada ayat interpretasi (وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ)[An-An’ām:9]. PAKAIAN yang dipakai oleh malaikat itu yang menyebabkan mereka dilihat rupa perempuan! Inilah jawapannya. Bahkan dengan mengambil iQuran Pro terjemah dan takwil: ‘dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).’ Kita sebenarnya samar-samar dengan penyamaran malaikat.

9. Sekarang saya telah jawab bahawa malaikat juga berupaya menyamar perempuan. Kita kena teliti tentang orang yang kita berdepan. Kadang-kadang yang bercakap dengan kita itu empunya badan. Kadang-kadang qarin jinnya yang bercakap sepertimana saya telah bahaskan tentang minda separa sedar (subconscious mind) dan minda tidak sedar (unconscious mind). Bila di dua minda ini maka yang bercakap itu adalah qarin jinnya. Selain dari empunya badan dan qarin jinnya maka yang bercakap itu adalah malaikat.

10. Begitulah juga jika kita berdepan dengan perempuan maka yang bercakap itu adalah dia, qarin jinnya dan mungkin malaikat yang sedang mengambil wajah perempuan yang sedang berdepan dengan kita. Begitu juga dalam wajah 100% wanita ia boleh jadi malaikat yang sedang bertasyakkul.

KE ARAH KELUARGA BERKASIH-SAYANG & RAHMAT (SIRI 1)

1. Hukum kekeluargaan Islam berkitar berkenaan hubungan suami dan isteri. Islam menentang hubungan sesama jantina. Bahkan Islam melarang keras hubungan secara sesama jantina. Perkara ini jelas dalam al-Quran iaitu berkenaan Kaum Nabi Luth a.s.

2. Sebelum wujudnya kekeluargaan; Islam mengajar seseorang itu terlebih dahulu perlu dididik oleh kedua ibu-bapanya. Sehinggalah seseorang itu telah aqil baligh, maka lepaslah tanggung-jawab ibu-bapanya. Namun di didikan ibu-bapanya masih diperlukan. Ia bukanlah bermaksud didikan ibu-bapa telah tamat. Ibu-bapanya sebagai kaunselor jika anaknya yang telah baligh perlu tunjuk-ajar kerana ibu-bapanya adalah orang yang paling hampir dan terpercaya kepada anaknya.

3. Al-Quran mengajar supaya wujud keluarga yang berkasih-sayang dan penuh kerahmatan. Kasih-sayang itu adalah kunci kepada keluarga bahagia. Tanpa kasih-sayang maka wujud kekeluargaan yang anarki atau kacau-bilau. Unit-unit kekeluargaan itu diikat melalui hati. Jika diputuskan ikatan itu maka sesebuah unit kekeluargaan akan dahagakan kasih-sayang.

4. Seterusnya, sesebuah kekeluargaan harus penuh rahmat. Dengan kerahmatan maka Alam Atas akan menurunkan rahmat yang pelbagai melalui kerahmatan. Antara kerahmatan itu ialah rezeki yang selalu didambakan oleh sesiapa sahaja tak kira samada seseorang itu beriman atau tidak. Dengan kerahmatan maka wujudnya kasih-sayang juga.

5. Kekeluargaan itu dibina melalui kasih-sayang suami-isteri. Sebelum wujudnya keluarga maka ada beberapa langkah untuk mewujudkan satu unit keluarga baharu. Pertama biasanya melalui mana-mana tradisi adalah “meminang” terlebih dahulu. Setepatnya, langkah pertama dalam tradisi Melayu adalah “merisik” sebelum melakukan peminangan yang secara formal.

6. Selepas peminangan maka dilakukan upacara perkahwinan. Bagi saya semasa acara perkahwinan adalah tidak salah dilakukan upacara bersanding. Bahkan saya dahulu ketika berkahwin kami juga bersanding. Ia telah menjadi adat Melayu. Adat ini diterima oleh Islam dengan syarat tidak bercanggah dengan norma-norma dan hukum-hukum Islam.

7. Ada beberapa perkara yang harus diambil-kira dalam perkahwinan iaitu; (1) al-zauj (suami) (2) al-zaujah (isteri) (3) wali (4) as-sighah ijab wa qabul (lafaz tawaran dan penerimaan (5) syahidain an nikah (dua orang saksi nikah) dan (6) mahr (mahar). Ini adalah elemen-elemen yang penting bagi perkahwinan.

8. Oleh itu bagi bakal suami dan isteri WAJIB mematuhi syarat-syarat ini. Jika dilanggar ia akan menyebabkan terbatalnya suatu perkahwinan menurut Islam. Islam mengajar umatnya mengikuti peraturan dan prosedur agar sebuah keluarga yang berkasih-sayang dan rahmat itu wujud. Perkara-perkara ini adalah perlu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni. Penulis akan membincang dengan lebih lanjut dalam siri seterusnya bagi menjelaskan lagi mengapa perkara-perkara ini adalah wajib.

ROH KETUHANAN: ANTARA REALITI DAN FANTASI

Muqadimah

1. Roh adalah rahsia tuhan. Namun kita diberi ilmunya tetapi sedikit [al-Isra’:86]. Roh Ketuhanan pula adalah pada rahsia penciptaan Adam yang mana ‘diciptakan dengan dua tangan-Ku [Sād:75]’ dan ‘Aku tiupkan padanya roh-Ku [al-Hijr:29] [Sād:72]’. Begitu juga pada rahsia kejadian Isa Ibnu Maryam dimana ‘Kami tiupkan padanya roh Kami [al-Anbiya’:91][at-Tahrim:12]’. Malaikat Jibril itu sendiri disifatkan sebagai ‘Roh Qudus'[al-Baqarah:87 & 253][al-Maeda:110][an-Nahl:102], ‘roh al-Amin'[as-Syuara’:193] dan ‘roh Kami’ [Maryam:17]. Oleh itu kita mempunyai sedikit kefahaman bahawa roh itu ada pada manusia (Adam), pada Isa yang tak mempunyai bapa kandung dan pada malaikat (Jibril).

2. Ada yang berilusi dan berdelusi bahawa pada diri mereka mempunyai ‘roh ketuhanan’; lantas melatah bahawa ‘tiada dalam jubahku melainkan Allah’ (ما في جبتي إلا الله) dan ‘aku al-haq’ (أنا الحق). Dikatakan orang yang terawal ‘melatah’ ini adalah Abu Yazid al-Bastami (848M) dan juga Mansur al-Hallaj (922M). Saya terangkan (bold) dikatakan kerana tiada bukti bertulis dari penulisan mereka berdua ini bahawa mereka berkata sedemikian. Namun bukti sejarah yang diperturunkan mengesahkan perkara ini. Dari sini lahirnya satu fahaman bahawa ‘penyatuan makhluk dengan pencipta’ atau yang dinamakan ‘wahdatul wujud’ (وحدة الوجود).

Wahdatul Wujud

3. Dari segi bahasa wahdatul wujud (وحدة الوجود):

قاموس المعاني

وحدة: مصدر وَحَد

إتحاد

الوجود: ضِدّ العَدَم، وهو ذِهني وخارجيّ .

Jadi dari segi bahasa wahdatul wujud (وحدة الوجود) bermaksud ‘penyatuan wujud‘.

4. Ada yang mempertahankan bahawa wahdatul wujud adalah bukan satu kesalahan kerana ia doktrin kesufian; bukan doktrin tauhid. Juga mereka (penganut Wahdatul Wujud) menyanggah bahawa wahdatul wujud bukan penyatuan makhluk dengan pencipta sebagaimana difahami oleh pengkritik. Jika wahdatul wujud itu dinisbahkan kepada Abu Yazid al-Bastami dan juga Mansur al-Hallaj maka itulah wajah sebenar Wahdatul Wujud bahawa ‘tiada dalam jubahku melainkan Allah’ (ما في جبتي إلا الله) dan ‘aku al-haq’ (أنا الحق).

5. Berbagai lagi kefahaman ketuhanan bagi mempertahankan doktrin ini seperti Wahdatul Syuhud (وحدة الشهود). Apa sahaja wajahnya kenapakah kita terlampau memikir Zat Ketuhanan? Dari arah mana kita lihat kita; kita tetap makhluk. Dari arah mana kita lihat Allah; Dia tetap Pencipta. ‘Dia tidak  melahirkan dan dilahirkan[al-Ikhlas:3]’. Kita pula dilahirkan dan melahirkan maka kita bukan Dia. Inilah yang dikatakan ilusi dan delusi.

6. Dari awal saya nyatakan bahawa Adam, Isa dan Jibril mempunyai roh pada penciptaaan mereka. Terutama Adam dan Isa mempunyai roh ketuhanan. Khususnya secara jelas Adam ‘aku tiupkan padanya roh-Ku’. Hal ini tercatat dalam al-Quran. Ada pengakuan secara jelas bahawa Adam mengaku bahawa ‘tiada dalam jubahku melainkan Allah’ (ما في جبتي إلا الله) dan ‘aku al-haq’ (أنا الحق)? Ada pengakuan dari Isa bahawa dia adalah tuhan? Ada pengakuan dari Jibril bahawa dia tuhan? Oleh itu hal ini [‘tiada dalam jubahku melainkan Allah’ (ما في جبتي إلا الله) dan ‘aku al-haq’ (أنا الحق)] adalah diada-adakan.

7. Isa sendiri ditanya oleh Allah:

وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ أَأَنتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَٰهَيْنِ مِن دُونِ اللَّهِ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ إِن كُنتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.[al-Maeda:116]

Fana’ Dan Baqa’ (Hakikat Wujud)

7. Memang benar bahawa semua kita ini ‘musnah’ (fān)(فان) dan yang ‘kekal’ (baqa’)(بقى) hanyalah ‘wajah Allah’ [ar-Rahman:26-27]. Fana’ di sini bermaksud yang wujud hanyalah Allah iaitu sebelum penciptaan kita tiada yang wujud melainkan Dia yang wujud. Jika selepas kita diciptakan maka kita adalah ada dan jika fān di situ bermaksud kiamat bagaimana harus kita tak ada sedang kita ada yang masuk ke syurga dan ada yang ke neraka. Jelas bahawa di sini bermaksud sebelum penciptaan kita. Bukannya selepas penciptaan kita.

8. Ada satu kekeliruan tentang ayat ini:

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. [al-Baqarah:115]

Kita mahu fahamnya secara literal atau figuratif? Jika literal; maka Allah itu tidak bertempat. Kalaulah Allah itu ‘ada di mana-mana’ maka kita tidak mempunyai kiblat. Sedangkan kita harus menghadap Dia ketika solat ke arah Bakkah yang berada di Mekah. Jika kita fahamnya secara figuratif maka maksudnya seperti mana yang saya petik dari terjemahan iQuran. Ia telah ditakwilkan.

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. [al-Baqarah:144]

9. Oleh itu kita tidak boleh sesuka hati mengatakan Allah boleh dihadap dari arah mana dalam ibadat. Namun ayat al-Baqarah:115 itu mengatakan bahawa Allah berada di mana-mana. Jika kita mengatakan Allah wujud dalam kita maka ia sudah bertempat. Lantas membolehkan kita mengatakan bahawa ada roh ketuhanan dalam diri kita. Maka melatahlah : ‘tiada dalam jubahku melainkan Allah’ (ما في جبتي إلا الله) dan ‘aku al-haq’ (أنا الحق).

10. Allah itu dekat dengan kita dari urat leher kita (وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ)[Qaf:16]. Jika Dia berada dalam kita maka ayat ini akan jelas mengatakan bahawa Dia di dalam kita. Namun ayat ini hanya mengekspresi bahawa (Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,). Oleh itu Dia berada di mana-mana tetapi bukan dalam makhluk-Nya. Kita diarahkan untuk menghadap ke Ka’abah ketika beribadat bukan kerana Dia berada di situ tetapi sebagai keseragaman.

Kesimpulan

12. Wahdatul wujud (وحدة الوجود) ini berasal dari Firaun ketika dia berkata:

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ

Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”.[an-Nāzi’at:24]. Jikalah Firaun adalah orang yang dimurkai oleh Allah adakah kita sanggup mengikutinya?

RISALAH LENGKAP TENTANG ILMU-ILMU MALAIKAT (الْرِسَاْلَةُ الْكَاْفَةُ فِي عُلُوْمِ الْمَلَائِكَةِ)

BAB: PADA MEMBAHASKAN ILMU MALAIKAT

1. Malaikat juga mempunyai ilmu samada mereka diajar oleh Allah atau secara mereka memahami sesuatu. Mereka juga berhubungan dengan salah seorang malaikat lain untuk memahami sesuatu ilmu.

a. Dalil Malaikat Berilmu Apabila Diajar Oleh Allah

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau ! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. [al-Baqarah:32]

b. Dalil Malaikat Berilmu Dengan Memahami Sesuatu

ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ

Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya dengan rupanya asal, – [an-Najm:6]

c. Dalil Malaikat Berilmu Dengan Berhubung Dengan Malaikat Lain

ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ

Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya dengan rupanya asal, – [an-Najm:6]

2. Jadi adalah jelas malaikat diajar oleh Allah akan sesuatu ilmu. Ketika Allah meminta malaikat menyatakan asma’ suatu di awal kejadian Adam. Pada pendapat saya perkataan (وَعَلَّمَ)[al-Baqarah:31] itu bermaksud Jibril yang mengajar kepada Adam tentang asma’ kerana ada persamaan kepada (عَلَّمَهُ)[an-Najm:5] iaitu Jibril yang mengajar Rasulullah ﷺ.

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.[al-Baqarah:31]

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ

wahyu itu diajarkan kepadanya oleh yang amat kuat gagah, -[an-Najm:5]

3. Begitu juga mereka (malaikat) saling bertukar maklumat dan ilmu sesama mereka berkenaan kisah ini jin mencuri berita-berita ghaib maka mereka akan ‘diekori oleh tembakan yang menembusi’ [as-Shofat:10], ‘diekori oleh tembakan yang nyata’ [al-Hijr:18]. Mereka juga dapati di langit, ia dipenuhi dengan ‘pengawal-pengawal yang keras dan tembakan-tembakan’ [al-Jin:8] serta ‘tembakan yang merejam’ [al-Jin:9]. Jin cuba mencuri maklumat dan perkhabaran ghaib melalui perbualan malaikat.

4. Dalam hal sesuatu ada malaikat yang menjadi ketuanya. Manakala ketua-ketua ini berguru dengan Jibril; jika mereka ingin menambah ilmu selain mereka juga mempunyai ilmu dengan memahami sesuatu dan mempunyai ilmu apa yang diajarkan oleh Allah kepada mereka.

5. Mereka bukanlah ‘robot’ atau dengan kata lain tidak mempunyai pilihan dalam sesuatu. Mereka juga berkomunikasi dengan Allah dengan menanyakan apakah “maksud” di sebalik apa yang diarah dan diputuskan oleh Allah. Sebagaimana disebut di awal mereka mempunyai kecerdasan dan daya fikir. Namun difahami mereka hanya bertindak apa yang disuruh oleh Allah serta tidak mengingkari-Nya :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya : “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?“. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.[al-Baqarah:30]

يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.[an-Nahl:50]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu ; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [at-Tahrim:6]

6. Mereka berhubung antara satu-sama lain dengan ‘tanda’ atau ‘kod-kod’. Ini adalah kerana mereka berupaya menyamar sebagai manusia sempurna sebagaimana halnya dengan jin dan bunian.

بَلَىٰ إِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُم مِّن فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُم بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.[āl-e-‘Imrān:125]

فَاتَّخَذَتْ مِن دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. [Maryam:17]

7. Malaikat pula boleh bertasyakkul (mengambil rupa) manusia sebagaimana kepada Maryam, nabi-nabi dan orang awam. Tujuan mereka tasyakkul kepada nabi-nabi adalah kerana ingin menurunkan wahyu. Tapi hal wahyu ini boleh sahaja mereka ghaib dalam mata kasar orang awam dan ia juga boleh secara diperlihatkan wajah mereka ketika tasyakkul itu kepada nabi. Begitu juga orang awam. Namun orang awam tidak menyedarinya. Melainkan malaikat itu mengkhabarinya. Sebagaimana perempuan tiada nabi dibangkitkan dari kalangan mereka maka ibu Musa [al-Qasas:7]dan Maryam itu diwahyukan tapi ia bukan ‘wahyu kenabian’.

8. Jika dikaji hadis-hadis tentang isra’ dan mikraj; Rasulullah ﷺ asyik bertanya kepada Jibril. Ini menunjukkan ilmu Jibril mengatasi ilmu Rasulullah ﷺ. Namun bila Rasulullah ﷺ boleh naik ke Sidratul Muntaha itu bermakna dari segi kerohanian; kerohanian Rasulullah ﷺ mengatasi Jibril.

9. Begitu juga dalam kisah Musa diarahkan oleh Allah untuk berguru dengan seorang yang diajar ilmu laduni. Yang menjelma sebagai Khidhir ketika itu pada pendapat saya adalah Jibril.

10. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa golongan malaikat adalah sangat berilmu kerana mereka mendapat ilmu secara langsung dari Allah. Mereka juga boleh memahami sendiri dan bertukar-tukar ilmu sesama mereka.