KEPENTINGAN MEMAHAMI HAKIKAT

Definisi

1. Hakikat itu saya definisikan apa sebenarnya yang tersembunyi di sebalik sesuatu. Ia adalah satu disiplin dalam memahami sesuatu secara abstrak. Ia adalah penggunaan otak kiri. Ia berdisiplin pelbagai dalam memahami “hakikat” sesuatu. Contohnya, kita melihat kerusi maka kita akan berfikir bahawa kerusi ini berasal dari kayu. Kayu pula berasal dari pokok boleh jadi jati atau merbau. Ia tumbuh di hutan. Itulah cara orang berhakikat berfikir. Mereka (orang berhakikat) berfikiran jauh.

Kaitan Syariat dan Hakikat

2. Saya telah bincang dengan panjang lebar dalam tulisan saya bertajuk “MENYELUSURI ILMU SYARIAT, TAREQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT DALAM KELOMPOK SUFI MELAYU”. Saya menulis “Hakikat ialah bermaksud apa itu yang tersembunyi di sebalik yang diharamkan syariat. Hakikat itu mempunyai takwil. Ada keindahan di antara berpegang kepada syariat dan melanggarnya. Ada maksud tersembunyi di sebalik perlanggaran syariat. Ia ibarat kisah Musa dengan Khidhir (Jibril) yang mengajar Musa ilmu hakikat. Orang awam ditegah menjalani disiplin hakikat jika mereka belum menempuh dan menguasai disiplin syariat dan tareqat. Perlaksanaan syariat juga adalah mesti menepati ruh hakikat. Jika syariat tidak menepati ruh hakikat maka ia bukanlah syariat yang berdasar al-Quran dan hadis. Penguasa-penguasa dan pelaksana-pelaksana syariat harus menguasai syariat, tareqat dan hakikat sebelum melaksanakan hukuman dalam syariat. Jiwa akan tenteram bila menguasai ilmu hakikat dan memahami apa yang terselindung di sebalik syariat. Kita lebih bijaksana di dalam bertindak dan memutuskan sesuatu apabila memahami dan menguasai hakikat.”

3. Pada saya, “hakikat” adalah diajar kepada mereka yang sudah matang. Mereka telah menguasai “syariat”. Orang yang berjaya adalah orang bersyariat dan berhakikat. Samada berangkai antara kedua ini atau berselang seli. Jika kita tak berhakikat maka kita akan menjadi sempit dalam tempurung syariat. Itulah maksud bahawa Islam itu luas. Umat Islam akan gagal jika mereka tidak berhakikat. 

Perdebatan Dalam Menghukum Bagi Hakim Dan Litigan

4. Ada satu “hadis” yang masyhur dikatakan berasal dari Rasulullah berbunyi «إنما نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر» (Sesungguhnya kami berhukum dengan yang zahir, Allah lah yang mengetahui yang tersembunyi). Lihat: https://ar.islamway.net/fatwa/55721/حديث-نحكم-بالظاهر

5. Menurut kajian saya “hadis” ini merupakan “fekah Imam an-Nasaei”.  Beliau menulis “الْحُكْمُ بِالظَّاهِرِ”. Berhukum dengan yang zahir. Sedang lafaz hadis yang dirujuknya berbeza. Bahayanya bagi hakim atau litigan berhukum secara “zahir” dan mengenepikan “hakikat” adalah pertama hakim dan litigan adalah gagal dalam memahami maksud sebenar kes yang mereka berdepan. Kedua, tiada keadilan dalam menyelesaikan pertikaian. Ketiga, dimanakah fungsi seorang hakim dan litigan dalam kepentingan “memahami” (فَفَهَّمْنَاهَا)[al-Anbiya’:79] kes yang datang kepada mereka. 

6. SUNAN AN-NASAEI

كِتَابُ آدَابِ الْقُضَاةِ  الْحُكْمُ بِالظَّاهِرِ

5401 (المجلد : 8 الصفحة : 233)

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَحْيَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِنَّكُمْ تَخْتَصِمُونَ إِلَيَّ، وَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ، وَلَعَلَّ بَعْضَكُمْ أَلْحَنُ بِحُجَّتِهِ مِنْ بَعْضٍ، فَمَنْ قَضَيْتُ لَهُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ شَيْئًا فَلَا يَأْخُذْهُ ؛ فَإِنَّمَا أَقْطَعُهُ بِهِ قِطْعَةً مِنَ النَّارِ “.

حكم الحديث: صحيح

Kitab Adab Penghakiman : Berhukum Dengan Yang Zahir

Dari Ummu Salamah, Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu bertelingkah kepadaku, sesungguhnya aku seorang manusia, boleh jadi sebahagian kamu lebih bagus hujah dari yang lain, maka sesiapa aku beri penghakiman berpihak padanya dalam mengambil hak saudaranya, maka usah diambil; sesungguhnya aku telah memberi satu bahagian dari api neraka.” 

Hukum hadis: Sahih

7. Jika diselidik kata-kata ini maka kita akan dapati bahawa orang yang menang kes itu kerana hujah mereka kuat. Saya sebagai peguam telah melalui bermacam-macam kes dan pengalaman. Ada orang mencari jalan belakang untuk memenangkan kes mereka. Tidak dinafikan ada yang mencari kebenaran dan keadilan. 

Hakikat Diri

8. Berhakikat dalam sistem keadilan bukan setakat memahami maksud sebenar kes. Tetapi juga mengetahui “Hakikat Diri”. Hakikat Diri ini bukan setakat dalam sistem keadilan tetapi juga dalam kesufian. Iaitu kita mengetahui Hakikat Diri itu malaikat kah, jin kah atau manusia? Jika dia malaikat maka apa tugas mereka dan apa nama mereka. Jika jin, ifritkah, khadamkah dan apa nama mereka dan dari puak mana? Jika manusia maka bangsa mana dan asal usulnya. Dengan kita mengetahui Hakikat Diri maka senang untuk kita berurus dengan seseorang. Al-Qur’an dalam banyak ayat mengajar kita dalam memahami “Hakikat Diri”.

Penutup

9. Seperti yang saya sebut bahawa “hakikat” mengundang kita mengguna semaksima mungkin otak kiri dan sertaan disiplin ilmu pelbagai. Namun, berzahir yang menggunakan logik akal kanan jangan ditinggalkan. Ia harus berselang-seli. Kita bukan setakat menggunakannya dalam sistem kehakiman tapi perniagaan, pelajaran, kekeluargaan dalam berbagai bidang lagi. 

Disiplin Politik Melayu

1. Era moden ini Melayu harus mempunyai disiplin tersendiri dalam berpolitik bukan setakat untuk memposisikan Bangsa Melayu di persada politik negara tetapi juga untuk memastikan kelangsungan Bangsa Melayu dalam menjuarai dan meneraju haluan negara. Jika mereka tidak mempunyai disiplin politik tersendiri maka mereka akan gagal dalam memastikan perkara-perkara yang telah dinyatakan tadi dari terjadi. Hal ini akan menyebabkan mereka (Bangsa Melayu) akan terpinggir. Melayu telah kehilangan Singapura. Melayu telah terhakis di Pulau Pinang. Adakah Melayu bersedia untuk kehilangan Malaysia?

2. Dari titik tolak ini, kita mengorak langkah bagi mencari satu haluan apa yang dinamakan ‘Disiplin Politik Melayu’. Melayu tidak boleh membina revolusi dalam politik mereka di Malaysia kerana segala-galanya sudah ada. Boleh jika mereka ingin membina revolusi, maka mereka harus mencari suara majoriti, paling kurang dua per tiga Parlimen, untuk mengubah kerangka negara. Ini membuka satu topik lain, iaitu samada Melayu harus mengubah kerangka negara atau belapang dada dengan apa yang telah ada dan ditinggalkan oleh leluhur mereka. Ia harus dilihat baik dan buruknya, bukan bersifat memusang kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar.

3. Revolusi bagi mengubah lanskap negara harus bermula dari meminda kerangka Perlembagaan negara. Ia juga boleh secara ‘revolusi bersenjata’. Namun ini akan menyebabkan Melayu harus bertembung dengan pihak bersenjata seperti polis dan tentera. Kita lihat bahawa revolusi bersenjata tidak ramai yang menyahutnya. Lantas ia tidak mencapai kejayaan. Suatu ketika dahulu Melayu yang padu dengan dua pertiga Parlimen telah meminda Perlembagaan yang mencorak kepada seperti penasihat Inggeris di Zaman Penjajahan Tanah Melayu. Ini dapat dilihat dalam Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang Di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat Parlimen. Ada baik dan buruknya. Baiknya, YDPA yang keseorangan dalam mencorak negara dan membuat keputusan mesti menerima nasihat majoriti Parlimen yang merupakan suara rakyat. Buruknya, jika majoriti Parlimen dikuasai oleh Melayu yang rosak atau bukan Melayu yang menguasainya maka YDPA adalah anak patung yang bersuara dan bertindak kepada Melayu yang rosak atau bukan Melayu. Buruknya, Perlembagaan dideraf bahawa Perkara 40 menyebut YDPA. Mengapakah tidak disebut bahawa tindak-tanduk YDPA mesti menurut Majlis Raja-Raja Melayu?

4. Sekarang kita telah jelas antara revolusi yang hendak dibawa samada bersenjata atau menguasai Parlimen sahaja boleh mengubah negara. Setakat ini revolusi bersenjata tiada sejarah membuktikannya dapat mengubah kerangka negara. Bahkan ia selalu dipatahkan. Reformasi sendiri bergerak melalui struktur-struktur negara. Ia telah larut dalam kerangka negara. Ia hanya bertempik di jalanan bagi mencari suara majoriti kemudian diterjemahkan di peti undi. Oleh itu kita boleh mengatakan bahawa revolusi bersenjata bagi meminda negara adalah mustahil. Apa yang ada adalah revolusi secara menguasai majoriti Parlimen.

5. Oleh itu kita harus membuka Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara bagi memahami dan mencorak Disiplin Politik Melayu. Saya ada menyentuh tentang YDPA. Ia adalah elemen tradisional dalam Perlembagaan iaitu Melayu harus mempunyai Raja. Adakah sistem feudal ini sudah tidak sesuai dan negara harus menjadi Republik? Bagi menjayakan negara ini sebuah negara Republik maka Melayu harus berpadu suara bagi menguasai Parlimen bagi mengubah Perlembagaan. Apa baik dan buruknya Melayu mempunyai Raja atau YDPA sebagai tunggak negara? Sebelum itu YDPA yang dipilih dari 9 Raja-Raja Melayu itu sudah semestinya Melayu. Baiknya, kita melihat dalam Perlembagaan bahawa Perkara 153 itu memastikan ciri-ciri penguasaan Melayu dalam sektor Kerajaan dan ekonomi. Sektor ekonomi ialah selalu disuarakan bahawa Melayu sangat lemah. Mereka mesti dibantu. Perkara 153 bukanlah kuasa mutlak YDPA kerana ia tertakluk Perkara 40. Saya telah mengatakan Perkara 40, YDPA mesti menerima nasihat majoriti Parlimen. Dengan kata lain bahawa inilah wajah sebenar sistem feudal di Malaysia iaitu ‘Monarki Beperlembagaan’. Ia bukan monarki mutlak. Adakah Melayu mahu meruntuhkan monarki beperlembagaan di Malaysia bagi membina negara Republik? Kalau Melayu sudah merasa ingin bebas dan maju kerana melihat di negara-negara yang tidak mempunyai ‘monarki’ mereka lebih maju maka Melayu harus berfikir dua kali adakah kerana tidak bermonarki itu suatu faktor atau monarki itu satu penghalang kepada kemajuan Melayu khususnya dan negara amnya. Dengan kata lain bertanding secara bebas dalam negara tanpa ada suatu ‘affirmative action’ atau ‘protectionism’ bagi politik, sosio-budaya dan ekonomi Bangsa Melayu.

6. Kita harus berfikir slogan kebebasan yang bebas dari ‘affirmative action’ dan ‘protectionism’ itu sendiri adakah suatu yang benar atau ia hanya satu slogan perang untuk meruntuhkan sebuah negara lain? Jika ingin kuasai mereka maka usah membunuh tentera mereka tapi membunuh ketua mereka. Dengan tidak mempunyai ketua Melayu akan menjadi liberal. Kesatuan Melayu sudah tiada lagi dan mereka berantakan. Melayu dan parti Melayu akan tumbang. Melayu berpesta dengan bukan Melayu. Jika ada baiknya dari sudut mana baiknya pula? Adakah kerana kemajuan dan kebebasan yang Bangsa Melayu mahu? Atau Bangsa Melayu pupus di kubu terakhir mereka. Tiada lagi Bangsa Melayu di dunia ini.

7. Kemudian apa yang perlu dilihat pula ialah unsur keislaman Melayu. Raja-Raja Melayu sebagai tunggak dan ketua agama Islam di setiap negeri dan bagi Wilayah Persekutuan pula oleh YDPA maka ini akan menjadi Bangsa Melayu yang mesti Islam untuk mengekalkan identiti Melayu mereka. Jika Bangsa Melayu tidak Islam maka mereka bukan lagi Melayu. Begitu juga bangsa lain yang jika mereka Islam dan mengamal adat Melayu maka mereka akan diidentitikan Melayu. Jika Melayu merasakan Islam menghalang kebebasan dan kemajuan maka dari sudut mana Islam pula menyebabkan semua ini? Adakah Melayu ingin membebaskan diri mereka dari identiti Islam. Bebas beragama. Secara dasarnya Melayu, jika memilih ini, akan menyebabkan Bangsa Melayu akan tiada unsur persamaan. Melayu sekali lagi berantakan dan berpecah-belah.

8. Jadi setelah menganalisa secara ringkas maka Melayu mesti beraja dan Islam. Jika sudah faham elemen ini dalam Disiplin Politik Melayu maka Melayu hanya harus menganut fahaman ini dalam mencorak laluan mereka dalam politik negara. Jika yang sudah dikatakan bahawa Melayu mesti Islam maka Melayu harus hanya mengamal politik Islam. Tiada kata bahawa Perlembagaan Persekutuan itu lebih tinggi dari al-Quran. Ia hanyalah interpretasi seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang terpecat. Ada kebebasan dalam memberi interpretasi. Zaman beredar. Tidak semesti yang dahulu itu betul sekarang ia betul. Kesedaran ramai itu yang mempengaruhi dan menghakimi yang lalu.

9. Bangsa Melayu amnya dan cendikiawan Melayu harus berpaksi atas dua elemen traditional ini dalam membina idea-idea bagi membangun Disiplin Politik Melayu. Dengan Bangsa Melayu mempunyai dan yang lebih penting sedar bahawa mereka mesti menyedari dua elemen ini maka harus mengorak langkah dalam menjuarai tanah sekangkang kera  ini. Jika tidak Bangsa Agong ini akan terkubur di bumi sendiri!

KITAB PENGUKUHAN (كتاب الإثبات) Pada Mengisbatkan Berzikir Hingga Datang Keyakinan (وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ)(Beribadatlah kepada Rab kamu sehingga kamu datang keyakinan)[al-Hijr:99]

1. Jika kita mencari kata kunci ‘zikir’ dalam al-Qur’an adalah terlalu banyak ayat-ayat berkenaan zikir. Ini menunjukkan peri pentingnya berzikir kepada Allah.

2. Allah telah menciptakan kita begitu supaya mewujudkan pertalian kita dengan-Nya (حَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ) [Āl-e-‘Imrān:112]. Dengan kita mengingati-Nya atau berzikir maka ia bukan sahaja kita menyedari siapa Diri kita dan Pencipta kita tetapi juga kita terhindar dari pengaruh kesyaitanan samada dalam Diri kita atau dari luar.

3. Malaikat itu sendiri (وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ)(Dan kami bertasbih dengan memuji dan mensucikan bagi Mu)[al-Baqarah:30]. Sebab itu mereka (malaikat) mulia dan kuat dalam menjalankan tugas.

4. Begitulah dengan Diri kita ini. Kita harus memahami kejadian Diri kita ini bukan setakat jasad tetapi kita juga dijadikan bersama kita ini ‘qarin jin’. Ingat apa Allah sebut dalam al-Qur’an bila kita malas untuk berzikir (وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ)(Dan sesiapa yang tidak mengindahkan berzikir Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan itu sebagai Qarin. [az-Zukhruf:36]

5. Seksanya hidup tanpa mengingati Allah terutamanya berzikir dengan lidah dan mulut kita.

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

“Dan sesiapa yang tidak mengingati-Ku maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [Ta Ha:124]

6. Bukan setakat di akhirat kita terseksa tetapi di dunia ini kita telah melalui ‘kehidupan yang sempit.’

7. Zikir terbaik adalah zikir dari al-Qur’an. Al-Qur’an itu sendiri dinamakan az-Zikr (الْذِكْرُ)()[al-Hijr:6&9].

8. Dengan kita mengulangi dan mengulangi zikir dari al-Qur’an ia melunakkan qarin jin kita dari pengaruh syaitan samada dari dalam atau luar. Serangan syaitan yang paling bahaya adalah pada SUARANYA (بِصَوْتِكَ)(Dengan suara kamu)[al-Isrā’:64]. Bak pepatah Melayu ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Kita tahu bahawa jika ada orang acu kita dengan senjata tajam atau berpeluru ia satu kes jenayah yang boleh ditangkap oleh pihak berkuasa. Begitu juga serangan suara seperti fitnah atau gangguan (harassment). Pelaku boleh disaman sivil. Dengan berzikir ia membantu kita untuk bergaul dengan orang lain (حَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ)[Āl-e-‘Imrān:112].

9. Ia bergantung kepada ayat al-Quran mana yang kita amalkan. Masing-masing ada khasiatnya.

10. Bila kita berzikir dengan ayat-ayat al-Quran kita dan qarin jin kita ‘serasi’ dengan ayat yang kita amalkan. Mematahkan serangan suara kesyaitanan samada dalam Diri kita sendiri atau dari luar. Zikir kita itu terbukti berkesan bila ia telah (حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ)(Hingga ia mendatangimu dengan yakin). Kita boleh berdoa kepada Allah untuk memperlihatkan keberkesanannya apa yang kita amalkan. Kadang-kadang Diri kita dijadikan uji-kaji. Contohnya ayat-ayat keras ia bagai hendak tercabut jantung. Kata-kata kita bak hulubalang sedang bertikam. Mematahkan serangan suara orang.

Pada Membangkit Semangat Alam Melayu Dan Bangsa Melayu

1. Dengan nama Dewata Mulia Raya yang Maha Mulia saya mulakan menulis satu topik khusus untuk Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Juga untuk pengkaji Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Banyak sudah kajian-kajian yang saya telah tularkan dalam blog ini berkenaan Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Saya sebut ‘Alam Melayu’ dan ‘Bangsa Melayu’ kerana Semenanjung Tanah Melayu ini pada asalnya milik Melayu tetapi telah dihimpit oleh bangsa-bangsa lain. Saya juga akan definisikan Alam Melayu; ia tidak terhad kepada Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga Indonesia dan puing-puing Langkasuka yang banyak mempunyai persamaan agama, budaya, bahasa dan lain-lain.

2. Bangsa Melayu jika dikaji ‘Perak Man’ maka di Tanah Melayu sudah ada penghuni sejak 10,000 tahun lalu. Namun jika diselidik dengan lebih dekat dengan kita Tanah Melayu mempunyai Kerajaan yang berdaulat sejak 1400 berasaskan Sejarah Melayu Naskhah Raja Bongsu (Sulalat-Us-Salatin). Namun ia lebih awal lagi jika dirujuk kepada Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kampung Buloh, Kuala Berang, Terengganu bertarikh Jumaat 4 Rejab 702H/1303M yang dihitung Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sejarah Kerajaan Melayu di Terengganu lagi awal dari sejarah Kerajaan Melaka. Jika diambil kira apa di sebalik Perak Man, Semenanjung Tanah Melayu telah berpenghuni 10,000 tahun dahulu.

3. Namun jika dibandingkan dengan sejarah-sejarah bangsa lain, Bangsa Melayu dan Alam Melayu lagi ‘muda’, tanpa mengambil kira ‘kepenghunian’ Bangsa Melayu di Indonesia. Saya banyak dipengaruhi Melayu di Malaysia sahaja. Saya, setakat tulisan ini dibuat, tidak pernah ke Indonesia. Negara luar pertama saya jejaki adalah Tak Bai di Thailand yang saya juluki sebagai sebahagian ‘puing-puing Langkasuka’. Jika diambil kira kepenghunian di Indonesia iaitu ‘Java Man’, menurut Wikipedia “Fossilised remains of Homo erectus and his tools, popularly known as the “Java Man“, suggest the Indonesian archipelago was inhabited by at least 1.5 million years ago.” Walau bahasa Jawa agak berbeza dengan Bahasa Melayu, jika dirujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia maka kita akan dapati banyak persamaan. Bahkan dalam Malaysia moden, Bangsa Jawa, dinaturalisasikan sebagai Bangsa Melayu.

4. Saya tak mahu berdebat lebih lanjut samada Indonesia dan kaum-kaumnya harus dikira sebagai Bangsa Melayu dan Indonesia sendiri diiktiraf sebagai Alam Melayu. Unsur-unsur persamaan itu yang menyebabkan ia boleh diistilahkan sebagai Bangsa Melayu dan Alam Melayu. Ia boleh diperketatkan dan diperkukuhkan lagi dengan wujud ikatan secara sah sebagaimana kaum Rom moden berikat di sebalik European Union. Ia adalah versi Rom Moden. Parameswara itu sendiri adalah putera raja Palembang. Nah, bukankah ini ada pertaliannya?

5. Jika kita buka lembaran Sejarah Melayu MBRAS Reprint 17 penglatinan Sulalat-Us-Salatin Naskhah Raja Bongsu maka kita akan dapati banyak unsur-unsur mistik di sebalik Bangsa Melayu. Menurut Sejarah Melayu, bangsawan-bangsawan Melayu berasal dari darah Raja Iskandar Zulqarnain iaitu Bangsa Rom dan juga Kerajaan Hindi. Ada juga pertalian dengan Nabi Ibrahim. Tanah Melayu mempunyai kaitan dengan Temasik (Singapura). Dalam Sejarah Melayu, ia berkait dengan Wan Empuk dan Wan Malini yang ‘berhuma di Bukit Si Guntang’. Ia juga berkait dengan Demang Lebar Daun sebagai raja Palembang. Dengan kedatangan tiga lelaki ‘anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain’ maka bangsawan-bangsawan Melayu berkait bukan setakat dengan Palembang tetapi juga dengan Rom dan Hindi.

6. Apa yang menarik dalam Sejarah Melayu berkenaan pengkisahan bagaimana Bangsa Melayu memeluk Islam dan kewujudan ‘al-Quran’ dan hadis. Pertama “Bicarakan oleh kamu pada segala kebesaran Allah dan jangan fikirkan pada Zat Allah.” Ini menunjukkan pengaruh kesufian dalam keagamaan Melayu. Melayu dan kesufian tidak dapat dipisahkan, selain unsur-unsur mistik. Sedangkan pengaruh mistik itu mempunyai kaitan dengan kesufian. Kisah pengislaman Raja Tengah yang merupakan anak kepada Sultan Mahkota. Sultan Mahkota pula merupakan anak kepada Sultan Iskandar Syah Singapura yang ‘kerajaan baginda baharu tiga tahun Singapura pun alah oleh Jawa, lalu ke Melaka‘ (mukasurat:120). Saya melihat babad-badad ini tiada kaitan dengan Parameswara sebagaimana yang masyhur dalam buku-buku sejarah asal-usul Tanah Melayu dan Malaysia moden. Maka secara adilnya, menurut Sejarah Melayu, Sultan Iskandar Syah adalah raja pertama Melaka. Saya tak tahu penggunaan perkataan “Sultan” adakah penggunaan Raja Bongsu kerana jika dilihat di mukasurat 121 maka ia mengkisahkah bagaimana Raja Tengah (cucu Sultan Iskandar Syah) telah Islam melalui mimpi bertemu Rasulullah yang menyuruhnya mengucap syahadah. Kedatangan Sayyid Abdul Aziz dari Jeddah yang telah mengislamkan secara zahir bangsawan-bangsawan Melaka (mukasurat:122) serta mengajar sembahyang.

7. Di mukasurat 105 ada disebut ‘Maka tersebutlah pada zaman RasululLahi sallalLahu ‘alayhi wasallam, bersabda pada segala sahabat, ” Pada akhir zaman, sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri Semudra itu, bawa ia isi negeri Semudra itu beriman kepada agama Islam, karena di dalam negeri Semudra itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pun seorang fakir negeri Ma’bari namanya, ialah kamu bawa serta kamu.Ini adalah hadis nadir yang hanya wujud dalam Sejarah Melayu. Kisah pengislaman Sumatra adalah oleh Syaikh Ismail. Berbanding kisah pengislaman Melaka oleh Sayyid Abdul Aziz. Tapi apa yang saya ingin tekankan bahawa wujud naratif al-Quran dan hadis dalam Sejarah Melayu. Begitu juga kisah pengislaman Merah Silu.

8. Alam Melayu lebih kepada ikatan Al-Quran dan hadis serta kesufian bercampur mistik. Syahadah Melayu adalah syahadah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Salafi. Berpegang kepada al-Quran dan hadis adalah Salafi. Namun jika bercampur kesufian dan mistik itu adalah as-Sufi as-Salafi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Asal-usul Bangsa Melayu itu begini. Walau telah dahulunya berunsur Hindu namun semua Melayu telah Islam melainkan di Bali sebagai saki-baki. Begitu juga kedatangan penjajah Feringgi(Portugis) ke Melaka sebagai Kristian. Begitu juga Jepun dan British. Melayu tetap dengan keislamanannya. Kita tak perlu memanjangkan dengan Sejarah Melayu kerana Batu Bersurat Terengganu lebih awal lagi pembuktian keislamannya dari Sejarah Melayu.

9. Klasik telah berlalu. Ia cukup membekas di jiwa Melayu. Kita suluh pula Melayu Moden. Dulu ada ura-ura untuk mewujudkan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia namun gagal tak kesampaian. Tanah Melayu telah berikat dengan negeri-negeri Malaysia. Sumatra pula dengan Indonesia. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Bilakah Melayu mahu bersatu? Agar penumbuk lebih padu. Budaya persenjataan juga Melayu Indonesia dan Malaysia, Brunei dan Filipina mereka adalah ‘berkeris’. Ini adalah pertahanan terakhir Melayu.

10. Pada zaman moden ini kita membedah Melayu secara lebih mendalam. Dalam ‘MITOS PERIBUMI MALAS’, Syed Hussien Alatas menulis ‘ Penyimpangan watak orang Melayu menurut para penulis Revolusi Mental dan sedikit sebanyak juga menurut Mahathir disebabkan oleh kurangnya wawasan mereka tentang ilmu kemasyarakatan, penalaran bebas mereka, dan ketidakkenalan mereka dengan sejarah Melayu.” (mukasurat:163).

11. Kita melihat kepada Federal Constitution Perkara 152 dan 153 menetapkan hak-hak istimewa Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu. Melayu ditafsirkan dalam Perkara 160(2) “Malay” means a person who professes the religion of Islam habitually speaks the Malay language, conforms to Malay customs and (a)….. dan (b)……. . Prof Dato’ Dr Shad Saleem Faruqi menulis dalam bukunya Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia  dengan memetik pemerhatian Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim “To be a Malay for the purpose of Constitution you need not to be Malay ethnic origin. An Indian is a Malay if he professes the Muslim religion, habitually speaks Malay and conforms to Malay custom. Conversely even a genuine Malay is not a Malay….if….he does not profess the Muslim religion.” (An Introduction to the Constitution of Malaysia). 

12. Melayu juga dalam sektor keselamatan iaitu kepolisan dan keaskaran bertawassul dengan kalimah Muhammad. Ini menunjukkan pertalian dahulu iaitu ‘Semudra’ dan ‘Melaka’ yang secara kesufian dan mistik dengan Rasulullah. Secara tidak langsung dengan Semenanjung Tanah Arab.

13. Beberapa budaya Melayu samada Indonesia, Malaysia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thailand dan Singapura adalah wujud persamaan seperti keris. Saya telah menulis panjang tentang hal keris ini dalam pertemuan-pertemuan yang lepas. Budaya dan adat kekeluargaan Melayu banyak telah terhakis akibat pemodenan dan budaya mengArabkan Melayu bukannya mengIslamkan Melayu. Melayu harus tidak campak budaya mereka dalam arus pemodenan dan akibat diserang bertalu-talu oleh budaya meluputkan jatidiri Melayu. Contohnya dalam keluarga saya, 11 adik-beradik saya dilahirkan secara bidan kampung Melayu, termasuk saya, melainkan seorang iaitu anak ke 11. Budaya perbidanan Melayu telah terhakis dek pemodenan dan pengAraban Alam Melayu.

14. Saya juga menulis dalam Menyanggah Fikrah Asing Dalam Membudaya Melayu seperti berikut “Secara jujurnya saya melihat Melayu terlalu banyak ketagih dengan fikrah-fikrah import termasuk cendekiawan dan pemimpin atasan mereka. Hal ini telah meracuni Umat Melayu ke akar umbi. Hingga menyebabkan Umat Melayu yang baharu saja ingin bangkit maka mereka terjatuh lagi. Jikalah begini keadaannya maka Melayu tak akan dan selama-lamanya tak boleh menjadi pemimpin dunia. Bahkah mereka senang diperkotak-katikkan. Akhir kalam, Melayu harus mempunyai minda eksport dan menyanggah fikrah-fikrah beracun dalam membudaya Melayu.” 

15. Saya juga sengaja mahu berbilang parti kerana akan mengukuhkan Melayu dan menjadikan Bangsa Melayu kreatif dalam perjuangan mereka. Sekarang ini ada Melayu dalam DAP, PKR, Bersatu, UMNO, PAS, Warisan, Pesaka dll. Cuma sahaja bagaimana untuk mengangkat Melayu dipersada dunia? Melayu harus bersekutu dengan bangsa-bangsa lain di samping mereka bersatu dalam berbilang parti. Dari sudut keagamaan pula Melayu kelihatan seperti yang kita analisa di awal tulisan ini iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan as-Sufi as-Salafi. Melayu juga harus ditonggaki oleh sistem Kesultanan dan YDPA. Ini jelas dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing. Melayu tidak harus membuang kesufian dan mistik mereka dengan arus pemodenan dan penjajahan fikrah-fikrah asing. Mereka harus bijak berdebat dan berdalil. Mereka harus membina ‘acuan mereka’ sendiri sebagai gaya hidup tanpa meminggirkan jatidiri mereka.

16. Saya yang menguruskan perniagaan besar-besar terdedah dengan maklumat sulit Alam Melayu berkenaan galian nadir dalam Tanah Melayu seperti uranium. Tak masuk akal bagaimana ia boleh ada. Bahan ini sangat berharga sebagai sumber tenaga baru. Lynas juga umum telah ketahui mengandungi galian nadir. Besi, timah, amar (bahan peledak), minyak dll layaklah tanah bertuah ini dipanggil Golden Chersonese (Semenanjung Emas). Ini yang sejak Melaka dan moden dunia memerhatikan Alam Melayu. Dari segi keagamaan jika Alam Melayu adalah sudut geografi di mana Isa Ibnu Maryam muncul. Saya telah sentuh sepintas lalu dalam tajuk MALAYSIA SEBAGAI KUASA TENTERA DUNIA: PADA MEMBANGUN TENTERA ALAM GHAIB & ZAHIR. Saya juga membuat pemerhatian berkala di Facebook saya. Jika dia muncul di Alam Melayu maka sudah mesti dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Maka, kontaknya dengan Jibril akan membuahkan hadis-hadis berbahasa Melayu. Tetapi harus dipakai disiplin hadis atau mustalah hadis sebagaimana yang digarap oleh ilmuan-ilmuan silam. Signifikan lain adalah peperangan akhir zaman (malahim) jika Isa Ibnu Maryam muncul di sini maka adakah al-Mahdi juga di sini? Dajjal pula di kepulauan Indonesia? Tetapi berleretan di Tanah Arab. Ada pertalian dan signifikan tradisi hadis silam dan moden.

17. Mudah-mudahan Alam Melayu amnya dan Bangsa Melayu khususnya berstamina untuk meneruskan langkah lagi. Bak lagu M Nasir, Mentera Semerah Padi, “Bagai Si Jantan Yang Berkokok!“.

DIMENSI YAQOZOH

1. Dimensi Yaqozoh adalah satu dimensi di mana jasad kita dan qarin jin kita memasuki Alam Mimpi. Ia sertaan dengan qarin jin kita. Ia berlaku kepada saya banyak kali. Siapakah penghuni Dimensi Yaqozoh? Penghuni Dimensi Yaqozoh adalah qarin-qarin jin orang bermimpi dan malaikat-malaikat serta benda-benda. Ia adalah refleksi Alam Zahir. Ada sedikit kelainannya. Oleh kerana qarin jin itu bersifat jin maka ia boleh bergerak secara laju dan begitu juga malaikat yang lebih laju pergerakannya dari jin kerana malaikat diciptakan dari cahaya.

2. Apa yang kita lihat sewaktu jasad kita tidur itu adalah apa yang qarin jin kita lihat. Baik. Oleh kerana qarin jin kita melihatnya maka ia boleh dizahirkan bila kita beryaqozoh. Dengan syarat jasad kita dan qarin jin kita memasuki Dimensi Yaqozoh. Jika kita tidak memasuki Dimensi Yaqozoh ia boleh berlaku di Alam Zahir. Begitu juga bila kita memasuki Dimensi Yaqozoh, di mana apa yang kita buat di Dimensi Yaqozoh penuh dengan perlambangan-perlambangan. Kita boleh melakukan apa sahaja dengan syarat ia mesti mematuhi hukum-hukum Dimensi Yaqozoh. Ada peraturannya. Jika kita melanggar peraturannya kita akan menanggung akibat.

3. Kita bukan setakat wajib memahami tentang jin dan malaikat tetapi ia multi disiplin. Oleh kerana Dimensi Yaqozoh adalah “duplikasi” kepada Alam Zahir (dengan sedikit kelainan) maka ia persis Alam Zahir. Jika kita tersalah langkah maka kita akan terjerat. Oleh itu kita harus bersifat siaga dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu. Kita juga hendaklah memahami ibarat-ibarat di Dimensi Yaqozoh. Ia ibarat kita bermimpi. Penuh dengan perlambangan-perlambangan. Sebagaimana kita bermimpi ketika tidur. Pentafsirannya ia adalah dengan apa ibarat-ibarat yang kita lihat. Jika kita memasuki Dimensi Yaqozoh maka segala tindak-tanduk adalah penuh makna dan ibarat. Ia mempunyai refleksi kepada apa yang berlaku di Alam Zahir.

4. Masa pula di Dimensi Yaqozoh adalah bersifat “rawak”. Walau kita melihatnya statik. Ia boleh pergi ke masa hadapan. Sekarang. Dan sebelumnya. Namun refleksi apa yang kita lihat adalah statik. Pada pendapat saya “Badar al-Qubro” adalah insan-insan yang berjaya memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jin. Namun memasuki Dimensi Yaqozoh ini tidak terhad kepada Badar al-Qubro tetapi apa situasi lain dengan syarat telah berjaya memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jin. Inilah apa yang saya lihat melalui pengalaman-pengalaman saya.

5. Mimpi ini tidak boleh diceritakan kepada sesiapa dengan sesuka hati melainkan kepada orang terpercaya sahaja. Sebagaimana firman Allah:

(وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ)(Tidaklah kami jadikan mimpi yang kami perlihatkan kepada kamu melainkan fitnah kepada manusia)[al-Isra’:60]. 

(لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا )(Jangan kamu ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu kerana mereka akan melakukan tipu-daya kepada kamu)[Yusuf:5]

6. Kita juga boleh menzahirkan benda-benda di Dimensi Yaqozoh ke dalam Alam Zahir. Namun ia harus secara “suka sama suka”. Jika tidak kita akan dihukum samada ketika kita di Dimensi Yaqozoh atau Dimensi Zahir. Oleh itu kita harus berhati-hati. Kita juga boleh menyelesaikan permasalahan kita di Dimensi Zahir dengan memasuki Dimensi Yaqozoh. Sebagaimana saya sebutkan ia penuh dengan ibarat-ibarat. Kita harus melakukan sulingan tentang apakah maksudnya apa yang berlaku di Dimensi Yaqozoh itu. Oleh itu kita harus bertindak di Alam Zahir apa yang kita lihat di Dimensi Yaqozoh.

7. Seterusnya, adalah tentang barang-barang yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh “kebanyakkannya” adalah berkhadam. Ia adalah sangat bernilai. Oleh itu ia penuh makna. Walau barang-barang yang kita lihat itu murah atau kecil. Ia adalah sarat dengan perlambangan. Saya sudah banyak bincang di lain-lain tempat tentang rahsia barang-barang berkhadam. Kita boleh menarik emas, duit dan lain-lain faedah dengan barang-barang berkhadam yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh. Makin lama barang kita dan khadam yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh adalah lagi bermakna. Kuat.

8. Seterusnya, penyamaran di Dimensi Yaqozoh adalah sangat tinggi. Syaitan hanya tidak dapat menyerupai Rasulullah ﷺ. Ini banyak disebut di dalam hadis-hadis. Selain dari Rasulullah ﷺ, syaitan dapat menyerupainya. Sebagaimana penyamaran jin-jin, ia mempunyai ‘5% errors’. Qarin jin orang yang bermimpi juga dapat difahami melalui tingkah lakunya. Ia bersifat 5% errors. Ia boleh jadi sesiapa sahaja siapa yang kita jumpa di Dimensi Yaqozoh. Kita harus melakukan sulingan dan tapisan. Seterusnya kita harus membaiki cara tindak kita jika kita memasuki lagi Dimensi Yaqozoh.

9. Akhbar Dimensi Yaqozoh adalah sangat bermakna. Ia boleh jadi memberitahu apa yang akan berlaku dan apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku. Ia mengandungi kod-kod. Kita harus bijak mentafsirkan makna-makna berita dalam akhbar Dimensi Yaqozoh. Oleh kerana masa itu bergerak secara rawak di Dimensi Yaqozoh maka begitulah tafsiran apa berita dalam akhbar yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh. Ia sangat berharga.

10. Kita harus berhati-hati dengan apa yang apa yang kita lakukan dan perolehi dari Dimensi Yaqozoh. Ia sangat sensitif. Kita harus menjaganya dengan baik. Kita tidak harus menceritakan kepada orang apa yang kita buat dan perolehi di Dimensi Yaqozoh. Ibarat pesan Ya’aqub kepada Yusuf agar tidak menceritakan apa yang dia lihat dalam tidur kerana syaitan akan melakukan rancangan bagi menggagalkannya. Namun kerana ia mimpi, maka ia tetap akan berlaku sejauh mana rancangan menggagalkannya.

سنن أبي داود أَوْلُ كِتَابِ الْأَدَبِ بَابٌ : مَا جَاءَ فِي الرُّؤْيَا
5023 (المجلد : 5 الصفحة : 179)
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي يُونُسُ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ – أَوْ : لَكَأَنَّمَا رَآنِي فِي الْيَقَظَةِوَلَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي “.
حكم الحديث: صحيح

Sunan Abi Daud. Awal Kitab Adab. Bab: Apa yang didatangi di dalam mimpi. (Jilid: 5. Mukasurat: 179) 5023.

Diceritakan kepada kami Ahmad Bin Soleh, diceritakan kepada kami Abdullah Bin Wahab, berkata: Mengkhabarkan aku Yunus, dari Ibnu Syihab, berkata: Mengkhabarkan aku Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa melihatku di dalam tidur maka dia akan melihatku di waktu jaga – atau: Seolah-oleh melihatku di dalam jagadan syaitan tidak dapat menyerupai ku. Hukum hadis: Sahih.

11. Maka orang yang melihat Rasulullah s.a.w. ketika tidur itu maka dia akan melihat Rasulullah ﷺ ketika jaga. Bagi maksud yang kedua “Seolah-oleh melihatku di dalam jaga” kerana Rasulullah ﷺ itu sendiri memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jinnya. Apa yang dilihat oleh orang bermimpi itu adalah melalui qarin jinnya.

SIHIR MELALUI GELOMBANG TELEFON

1. Sihir boleh bergerak melalui gelombang telefon samada melalui perbualan atau teks. Di dalam udara ini mempunyai gelombang-gelombang (waves) samada yang baik atau tidak. Jika “gelombang jahat” dituju kepada seseorang ia adalah tepat kerana orang tersebut mempunyai hanset dan dia yang memegang hanset itu. Maka gelombang jahat itu tepat kena kepada penerima.

2. Orang Melayu telah lama mengenali sihir cara ini. Ia dipanggil “santau angin”. Mengikut Dr Amran Kasimin dalam bukunya “AMALAN SIHIR MASYARAKAT MELAYU: Satu Analisis”; “Santau hikmat juga dikenali sebagai “santau seru” ataupun “santau angin”. Dinamakan demikian kerana santau jenis ini boleh dihantar atau dikenakan kepada mangsanya dengan menyeru jin supaya membawa bahan tersebut kepada mangsanya. Santau ini akan dimasukkan ke dalam makanan atau minum (mukasurat: 175-176). Beliau takrifkan “santau hikmat” sebagai “bahan-bahan ini [bahan bisa, gatal dan pedih] disertakan dengan pemujaan terhadap jin-jin” (mukasurat:174). Oleh itu “gelombang jahat” yang bergerak melalui gelombang telefon adalah disertai dengan (1)bahan bisa, gatal dan pedih (2)pemujaan terhadap jin-jin”. Sebelum ia dilepaskan maka unsur pertama dan kedua itu diadun. Ia boleh diletakkan dihanset sebagai suatu contoh dan disertai mentera yang memuja jin. Kemudian ia dilepaskan. Gelombang jahat itu bergerak di udara melalui gelombang telefon. Apabila telah sampai maka mangsa akan terkena samada secara panggilan atau teks (tulisan atau gambar). Tanda-tandanya ialah telefon akan menjadi “hang”.

3. Cara santau merebak boleh jadi santau angin atau santau hakikat. “Santau hakikat” ditakrifkan oleh Dr Amran Kasimin sebagai santau yang “tanpa melibatkan pemujaan jin-jin (mukasurat:174.” Apabila mangsa terkena maka apabila seseorang berhubung dengan hanset dengan mangsa secara teks atau telefon maka orang itu akan terkena. Ia boleh merebak melalui gelombang telefon. Saya telah beberapa kali merawat mangsa secara gelombang telefon samada meminta agar mangsa menghantar gambar atau berbual dengan mangsa secara telefon. Tubuh saya menyerap bisa sihir. Saya dapat merasakan bisa sihir samada selepas saya menerima gambar melalui hanset atau berbual secara telefon. Ia bergantung kepada kekuatan sihir jika lemah senang disembuhkan tetapi jika kuat ia mengambil masa.

4. Hanset kita ini umpama diri kita. Pemerhati-pemerhati keris sudah lama memerhati keris. Ia penuh hakikat keinsanan pada keris. Lihat tulisan saya bertajuk “Mengapa Keris Perlu Diperasapkan?” . Begitu juga hanset yang sekarang ini adalah perkara wajib dalam kehidupan kita. Ia di bawa ke mana-mana. Ia sarat dengan falsafah keinsanan. Terutama bahagian suara (perbualan) dan penglihatan (teks dan juga video). Kita boleh pening kepala jika ada orang menghantar sesuatu yang buruk secara gelombang jahat. Cara untuk menghadapinya adalah dengan memasang bacaan al-Quran. InsyaAllah ia akan menyembuhkan.

img_1672

5. Ada satu lagi disiplin yang diajar kepada saya ialah dengan “membersihkan” hanset kita dengan secara frekuensi. Ia adalah kerana gelombang jahat itu dihantar menggunakan frekuensi. Saya menggunakan frekuensi 4738Hz bagi membersih hanset saya selepas menyerap bisa sihir yang sangat kuat ke atas seorang mangsa. Alhamdulillah, semakin sembuh setakat tulisan ini dibuat.

Bagi disiplin ini mereka berdalil kepada Surah ar-Ra’du:13 ;

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ

Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.

6. Guruh (الرَّعْدُ) itu sebenarnya malaikat yang bertasbih dan bertahmid kepada Allah kerana takut kepada-Nya. Ia adalah bunyi. Lantas bunyi guruh itu menghasilkan petir (الصَّوَاعِقَ) yang memusnahkan. Ada yang berkata ia memberi cas-cas positif kepada bumi. Begitu juga dengan kita memasang frekuensi kepada hanset kita. Ia membuang cas-cas negatif. Contoh frekuensi 4738Hz ia adalah kod dalam Surah Muhammad iaitu surah ke 47 dan 38 ayat. Begitulah surah-surah lain ia mempunyai kod-kod. Setiap atom mempunyai frekuensi. Bahkan otak kita mempunyai frekuensi tersendiri. Apa frekuensinya sama maka ia akan bersama dan kita boleh mengesannya. Juga kita boleh berdepan dengan orang yang mempunyai frekuensi yang sama dengan kita.

7. Teks atau video atau gambar yang dihantar boleh menyebabkan telefon seseorang “hang”. Ia boleh dijampi dengan mentera. Saya pernah diadu oleh seseorang bahawa hansetnya hang selepas menerima gambar. Ia juga boleh berlaku dengan samada Linkedin atau Facebook friend request. Hanset seseorang boleh hang. Bukan semua request itu bergerak secara gelombang jahat. Tujuannya bagi merosakkan hanset seseorang.

8. Semasa kita berbual kita sebenar dalam tiga minda;(1) minda sedar – conscious mind (2)separa sedar – subconscious mind (3) minda tidak sedar – unconscious mind. Kategori yang kedua dan ketiga ini adalah sihir. Ia dikenali sebagai pukau. Dalam yang pertama itu kita mengawal diri kita. Dalam yang kedua itu berselang seli antara diri kita dan qarin jin kita dan dalam yang ketiga itu keseluruhannya adalah qarin jin kita. Ia dipanggil pukau. Tubuh kita telah digodam. Pukau ditakrifkan oleh Dr Amran Kasimin sebagai “amalan menguasai diri seseorang yang dilakukan melalui cara-cara tertentu, yang boleh menyebabkan seseorang itu seumpama terkaku, tidak berupaya bertindak, berada dalam penguasaan seseorang, membolehkan mangsa melakukan sesuatu menurut arahan-arahan yang diberi (mukasurat:161).”

9. Kadang-kadang ia disertai sertaan gelombang jahat dengan kerja-kerja siber secara zahir di belakang tabir. Perkara ini saya telah kupas secara mendalam dalam tulisan saya bertajuk “Perang Siber”.

10. Oleh itu wajarlah kita celik teknologi komunikasi dan disiplin sihir yang disebut dalam al-Quran. Walau kita memejam mata dan tidak peduli dengan gelombang jahat hanset kita tetap kita bawa ke mana-mana dan tidak berpisah. Kita jika alpa kita akan menjadi mangsa.

无神论作为一种思维方式的失败

1. 《剑桥高级学习者词典》将无神论者定义为 “相信上帝不存在的人”。说主不存在的基础是什么?而被无神论者崇拜的心灵的教员需要对完全的使用进行评估。看看有多少宗教经文, 如古兰经和福音书, 提到神存在。无神论者是否完全用他们的思想复习?

2. 无神论是智力自由的信条, 并认为不存在的上帝。那么, 有什么存在?存在的仅仅是他们自己的无神论者, 而仅仅是无神论所看到的。而七人的感官包括心智。心灵、味觉、视觉、听觉、嗅觉和触觉是人类的感官感官。从人类可以与环境和社会互动。如果它只有无神论者使用的常识, 他们就不能用所有的感官给予他们。有些常识是不被思考的。例如, 肝脏感觉, 它能感觉爱和怨恨的感觉。这是非常抽象的, 因为上帝的存在。不是说神不可见, 他就不存在。

3. 无神论更有世俗主义的危险。世俗主义只会在一般国家的原则下破坏神圣。但无神论不只是教义, 在建国中没有上帝。但在个体间的互动中也没有神。如果无神论者不理解关于上帝对某人的存在的宗教信仰, 无神论者如何能在人类之间进行互动呢?很难无神论者在社会上生活。他们的恍惚在他们的世界。只有存在的是自己和环境。当无神论者找到永久保有权和个人作为一个整体的力量时, 这更致命。即使有些立法是建立在宗教之上的, 他们又如何想生活在社会中呢?作为一个例子是婚姻的法律。无神论者所持的家庭原则是什么?他们想要家庭旅馆吗?他们的身份有冲突。

4. 无神论如果被关押直到死亡是一种危险。如果它是在生命的早期阶段举行, 找到上帝是可以接受的。比如亚伯拉罕, 起初他以为星星、月亮和太阳是上帝。最后他遇见了真正的上帝那是真主 [al- An’ām: 76-79]。它是否定生命中较小神灵存在的概念。然后放大, 上帝存在。这是一个见证, 上帝是没有其他比和是上帝。如果否认上帝的存在被关押到死亡, 那是致命的。要加强这个无神论者应该与那些人互动。他们不仅发现他们的无神论思想是正确的, 而且他们可以理解上帝是否存在。长久以来, 他们会明白神的确存在。

5. 我认为无神论是建国概念中的有害因素。它确定了其他不正确的原则, 包括通过宗教原则建立的做法。宗教本身是与无神论相反的概念。宗教国家与无神论之间存在着相容与和谐的关系?正如我前面提到的, 它充当了寻找上帝的 “道” 易卜拉欣。在早期的阶段, 它也是一个 “道”, 可以发现上帝就是上帝。如果无神论是可持续的, 那是一种危险。作为一个无神论者的指南是加倍他们的头脑寻找上帝。试着作出一个真正强烈的批评, 上帝确实是不存在的。如果失败, 那么神确实存在。无神论者愿意接受它吗?

6. 无神论者和宗教人士之间进行对话的手段是证明宗教是错误的。从宗教是错误的地步。这要求无神论者学习宗教。那么无神论者需要完成他们的知识, 如果他们想捍卫自己的信仰。否则他们只有一个没有根据的人。为了解决这些无神论者需要掌握宗教奖学金的基本知识。他们可以批评宗教。然后宗教保卫他们的宗教。如果宗教原则站在错误的概念上, 那么宗教原则就会崩溃。我不否认有些宗教观念是需要批评的。有时宗教概念的一部分是站在原则上是错误的。这需要批评的人。有些人看不到它。有些人看到它, 但没有批评它的几个原因。那么它需要无神论者之间的批评。

7. 对于在该国存在的无神论的丧失, 宗教应是弱点的净额。否则, 它将是可见的不完美的无神论者任何宗教分支。这可以传播, 看一个无神论者, 那上帝不存在。宗教人士必须捍卫自己的宗教信仰。他们也应该避免他们的宗教受到攻击。不应让他们的宗教从那些站在错误概念上的原则进入。如果不是, 我们需要无神论者中的评论家。换言之, 无神论者在这个国家应该存在。我甚至信教的人。我仍然看到有些宗教观点尚未完善, 或者没有什么偏见。它需要被罚款。如果不是, 它被无神论者视为宗教和宗教的偏见。我们自己应该从批评中照顾我们的宗教。批评时我们不应该有弹性。而我们自己让我们如此。

8. 应接受国家细分中的思想多样性。这就像《古兰经》的原则。我们必须理解《古兰经》中宗教和思想的概念。我们必须了解彼此。如果不理解, 就会招来国内的混乱。这个国家应该组织起来, 充满和谐。在宗教本身有崩溃-崩溃的思想, 无论什么角落。无神论被视为一种细菌可以在这个国家传播。深入了解需要离开。无神论者和神父应该坐在每张桌子上讨论。没有面对会引起怀疑和偏见。它需要对话。无神论者是个体本性。它可以传染给社会对许多谁接受了它。在宗教水平被消灭了。

9. 无神论带来的混乱是对神圣的犯罪。上帝已经死了换言之, 神是不存在的。如果我们说无神论和无神论者不存在呢?无神论者可以接受吗?无神论罪不是后者, 它也可能导致建立一个可以瓦解的国家的基础。换言之, 这个国家本身就会崩溃。我们期待在宗教基础上为国家创造和谐的法律。它可以被无神论所瓦解。无神论喜欢颁布法律, 如果他们不看宗教。因此, 我说无神论如果传播, 那么它造成混乱。

TERJEMAHAN

KEGAGALAN ATEISME SEBAGAI SUATU CARA BERFIKIR

1. Ateis ditakrifkan oleh Cambridge Advanced Learner’s Dictionary sebagai “someone who believes that God does not exist”. Apakah asas untuk menyatakan bahawa Tuhan itu tidak wujud? Sedangkan fakulti minda yang diagung-agungkan oleh ateis itu memerlukan penilaian penggunaan sepenuhnya. Lihat betapa banyak kitab-kitab agama seperti al-Quran dan Gospel yang menyebut bahawa Tuhan itu wujud. Adakah para ateis telah mengkaji menggunakan minda mereka sepenuhnya?

2. Ateisme adalah fahaman kebebasan akal dan berfikir sehingga Tuhan itu tidak wujud. Jadi apa yang wujud? Yang wujud hanyalah Diri ateis dan apa yang dilihat oleh ateis sahaja. Sedangkan pancaindera manusia itu tujuh termasuk akal. Hati, rasa, penglihatan, pendengaran, bau dan sentuhan adalah deria-deria manusia. Dari itu manusia dapat berinteraksi dengan alam dan satu samalain. Jikalah akal sahaja yang diguna oleh para ateis maka mereka gagal dalam menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan kepada mereka. Ada yang akal tak dapat difikir. Contohnya, deria hati, ia dapat merasai perasaan sayang dan benci. Ia cukup abstrak sebagaimana wujudnya Tuhan. Bukanlah bermakna bila Tuhan itu tidak dapat dilihat maka Dia tidak wujud.

3. Ateisme adalah lebih bahaya dari sekularisme. Sekularisme hanya menidakkan ketuhanan dalam konteks umum sebagai prinsip negara. Namun ateisme bukan setakat doktrin tiada tuhan dalam kenegaraan. Namun juga tiada tuhan ketika berinteraksi sesama individu. Bagaimanakah ateis mahu berinteraksi sesama insan jika ateis tidak memahami fahaman keagamaan tentang wujudnya Tuhan bagi seseorang? Amat sukar untuk ateis bagi hidup dalam masyarakat. Mereka berkhayal dalam dunia mereka. Hanya yang wujud adalah diri mereka dan alam ini. Ia lebih fatal bila ateis mencari pegangan bebas dan kuasa individu secara mutlak. Bagaimana mereka mahu hidup dalam masyarakat secara realiti sedangkan sebahagian perundangan adalah diasaskan kepada agama? Sebagai satu contoh ialah hukum perkahwinan. Apakah prinsip kekeluargaan yang dipegang oleh ateis? Bagaimana mereka mahu bekeluarga? Mereka mempunyai konflik identiti.

4. Ateisme jika dipegang sehingga mati adalah suatu yang bahaya. Jika ia dipegang pada peringkat awal kehidupan bagi mencari Tuhan adalah boleh diterima lagi. Contohnya Ibrahim, pada peringkat awal dia menyangka bahawa bintang, bulan dan matahari sebagai tuhan. Akhirnya dia bertemu Tuhan sebenar iaitu Allah [al-An’ām:76-79]. Ia adalah satu konsep pada penafian kewujudan Ilah dalam kehidupan. Selepas itu dikukuhkan bahawa Tuhan itu wujud. Ia adalah satu penyaksian bahawa Tuhan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Allah. Jika penafian kewujudan tuhan ini dipegang sehingga mati ia adalah suatu yang fatal. Bagi mengukuhkan ini ateis sepatutnya berinteraksi dengan orang yang beragama. Mereka bukan sahaja dapat menjumpai bahawa samada pemikiran ateisme mereka itu betul atau tidak tetapi juga mereka boleh memahami bahawa samada Tuhan itu wujud atau tidak. Lama-lama mereka akan memahami bahawa Tuhan itu memang wujud.

5. Saya melihat ateisme adalah satu anasir yang merbahaya dalam konsep Kenegaraan. Ia mendoktrinkan bahawa prinsip-prinsip yang lain bahawa adalah salah termasuk amalan yang diasaskan melalui doktrin agama. Agama itu sendiri adalah satu konsep yang bertentangan dengan ateisme. Bagaimana mahu wujud keserasian dan keharmonian antara negara yang beragama dengan ateisme? Seperti saya telah sebutkan diperbincangan di atas ia pernah menjadi suatu “jalan” Ibrahim dalam mencari Tuhan. Ia juga sebagai satu “jalan” pada peringkat awal bagi mencari penyaksian Tuhan hanyalah Allah. Jika berkekalan dalam ateisme ia adalah bahaya. Sebagai panduan kepada ateis adalah dengan menggandakan minda mereka dalam mencari Tuhan. Cuba buat kritikan yang benar-benar kuat bahawa Tuhan itu memang tidak wujud. Jika gagal maka Tuhan itu memang wujud. Adakah ateis bersedia menerimanya?

6. Satu cara lagi bagi dialog antara ateis dan orang yang beragama adalah dengan membuktikan agama itu adalah salah. Dari sudut mana agama itu salah. Ini berkehendakkan bahawa ateis mengkaji agama. Maka ateis perlu lengkap keilmuan mereka jika mereka mahu mempertahankan fahaman mereka. Jika tidak mereka hanyalah seorang yang mengikut tanpa asas. Bagi menyelesaikan ini ateis perlu untuk menguasai asas-asas keilmuan keagamaan. Mereka boleh mengkritik keagamaan. Maka atas orang beragama untuk mempertahankan agama mereka. Jika prinsip keagamaan itu berdiri atas konsep yang salah maka prinsip keagamaan itu akan runtuh. Saya tidak nafikan bahawa sebahagian konsep keagamaan adalah memerlukan kritikan. Kadang-kadang sebahagian konsep keagamaan adalah berdiri atas prinsip yang salah. Ia memerlukan orang yang mengkritik. Ada orang yang beragama yang gagal melihatnya. Ada orang yang beragama melihatnya namun gagal mengkritik atas beberapa sebab. Maka ia memerlukan pengkritik dari kalangan ateis.

7. Bagi melumpuhkan ateisme yang wujud dalam negara maka agama harus bersih dari kelemahan. Jika tidak ia akan dilihat tidak sempurna oleh ateis walau apa sahaja cabang agama. Ini boleh merebak, bagi pandangan seorang ateis, bahawa Tuhan itu tidak wujud. Orang beragama harus mempertahankan agama mereka. Mereka juga harus mengelak agama mereka dari diserang. Adalah tidak wajar membiarkan agama mereka dari diserapi dari prinsip yang berdiri atas konsep yang salah walau apa sahaja. Jika tidak kita memerlukan pengkritik dari kalangan ateis. Dengan kata lain ateis, dalam negara, harus wujud. Saya pun orang beragama. Saya masih melihat bahawa ada sebahagian pandangan agama masih belum sempurna atau ada sedikit kepincangan. Ia perlu ditegur secara halus. Jika tidak ia dilihat oleh ateis sebagai suatu kepincangan dalam beragama dan agama. Kita sendiri harus menjaga agama kita dari dikritik. Kita tidak harus melenting bila dikritik. Sedangkan kita sendiri membiarkan agama kita begitu.

8. Kepelbagaian pecahan pemikiran dalam negara harus diterima. Ia seperti prinsip-prinsip dalam al-Quran. Kita harus memahami konsep beragama dan berfikir dalam al-Quran. Kita harus memahami antara sesama kita. Kegagalan memahami akan mengundang kekacauan dalam negara. Negara harus teratur dan penuh keharmonian. Dalam agama itu sendiri mempunyai pecahan-pecahan pemikiran tak kira dari apa sudut. Ateisme dilihat sebagai satu kuman yang boleh merebak dalam negara. Menghindarnya memerlukan kefahaman mendalam. Ateis dan agamawan harus duduk semeja bagi membincangkannya. Kegagalan untuk bersemuka menimbulkan syak dan wasangka. Ia memerlukan dialog. Ateis ini lebih bersifat individu. Ia boleh berjangkit kepada masyarakat hingga ramai yang menganutnya. Maka pada peringkat itu agama tersingkir.

9. Anarki yang dibawa oleh ateisme ialah jenayah kepada ketuhanan. Tuhan itu telah mati. Dengan kata lain Tuhan itu tidak wujud. Apa kata kalau kita kata ateis dan ateisme itu tidak wujud? Adakah ia dapat diterima oleh ateis? Jenayah ateisme tidak terhenti setakat itu ia juga boleh menyebabkan kepada asas-asas yang membina sesuatu negara itu boleh runtuh. Dengan kata lain negara itu sendiri akan runtuh. Kita melihat kepada undang-undang yang mewujudkan keharmonian kepada negara sebahagiannya atas dasar agama. Ia boleh runtuh dengan ateisme. Dari mana ateisme mahu mengeluarkan sesuatu hukum jika mereka tidak memandang kepada agama. Sebab itu saya katakan ateisme jika merebak maka ia mewujudkan anarki.

PENZAHIRAN DANA ALAM GHAIB

1. Persoalan pertama tentang Penzahiran Dana Alam Ghaib ialah adakah benar Dana Alam Ghaib wujud? Kita telah bincangkan dalam pertemuan-pertemuan lepas bahawa wujud dan adanya Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni Alam Ghaib? Wujudkah benda-benda di Alam Ghaib? Sudah tentu. Jika Alam Ghaib sahaja wujud dan ada tetapi tiada penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib maka wujudnya Alam Ghaib itu akan tertolak. Sedangkan wujudnya Alam Ghaib itu telah dibahaskan dengan terperinci di pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa ia wujud.

2. Nah, sekarang kita sudah dapat menerima hakikat bahawa wujud penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib? Tuhan kita sendiri itu adalah sesuatu zat yang ghaib. Tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita hanya mengetahui dan meyakini Dia adalah wujud. Jadi kita sudah boleh berfikir bahawa wujud Alam Ghaib. Saya pernah menyatakan bahawa ia suatu Dimensi Ghaib. Adalah mudah bagi Allah untuk mewujudkan Alam Ghaib atau Dimensi Ghaib serta penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib.

3. Oleh itu persoalan wujudnya Dana Alam Ghaib ini adalah suatu yang tidak mustahil. Khazanah Alam Ghaib adalah ‘infiniti’. Tiada noktah. Hanya tinggal samada kita dapat menjumpainya dan menzahirkannya. Seperti yang saya telah bahaskan bahawa Alam Ghaib, selain Allah, ia hanya duplikasi atau salinan kepada Alam Zahir. Wujud bank-bank Alam Ghaib dan Dana Alam Ghaib. Ia hanya sedikit perbezaan sahaja. Jika kita makan tak berbayar di Alam Ghaib sebenarnya kita cuba membuat ‘rompakan’ di Bank Alam Ghaib. Bank Alam Ghaib itu boleh jadi kedai makan yang menyalin kedai makan di Alam Zahir. Boleh jadi kedai runcit. Boleh jadi bank seperti bank di Alam Zahir. Namun di Alam Zahir bank tetap bank. Kedai makan tetap kedai makan. Kedai runcit tetap kedai runcit. Paling penting semasa di Alam Ghaib siapakah yang sedang bertugas di kedai makan, siapakah yang sedang bertugas di kedai runcit dan siapakah yang sedang bertugas di bank itu. Jika yang sedang bertugas di kedai makan, kedai runcit dan bank itu adalah gabenor maka kedai makan atau kedai runcit atau bank itu maka ia adalah Bank Alam Ghaib.

4. Ia lagi menjadi kenyataan jika kita sendiri memasuki sendiri di Alam Ghaib. Kita harus mempunyai ilmu. Saya sendiri jika memasuki Dimensi Ghaib, saya akan bersifat unik. Ada wang saya tukar kepada menjadi cek. Ada yang saya tukar wang menjadi kepingan emas. Ada yang saya tukar menjadi kad kredit. Ada orang memberitahu saya bahawa ada sebahagian dokumen undang-undang saya di ROHAN & CO menjadi ‘bon’ yang bernilai. Ia adalah dokumen yang mempunyai nilai di Alam Zahir. Sebab itu jin-jin yang kuat sangat suka berurus dengan saya kerana kebolehan saya ini.

5. Kita, jika bukan keseluruhannya, sebenarnya masuk dan keluar ke Alam Ghaib dan Alam Zahir. Mungkin kita tidak menyedarinya. Kita harus sentiasa peka di mana dan masa mana kita di Alam Ghaib dan masa mana kita di Alam Zahir. Semasa kita di Alam Ghaib kita boleh melakukan transaksi kewangan. Termasuk membuat dan mengumpul Dana Ghaib. Qarin jin kita itu sendiri sebenarnya sedang bekerja samada dia berada di luar sarangnya yakni tubuh kita dan semasa dia berada di sarangnya. Semasa dia berada di dalam tubuh kita dia mentafsirkan apa yang kita sedang buat dan akan buat. Contohnya aapa dan cara kita makan. Ia mentafsirkan apa kita sedang buat dan apa kita akan buat. Begitu juga bila dia berada di luar sarangnya. Dia melakukan kerja. Oleh kerana dia bekerja maka dia sendiri mempunyai Dana Alam Ghaib. Dia juga bersifat memiliki. Termasuk Dana Alam Ghaib. Kita belum membincangkan tentang pemilikan Dana Alam Ghaib yang dimiliki oleh khadam-khadam yang kita miliki seperti yang saya telah isyaratkan dalam pertemuan-pertemuan lepas.

6. Saya selalu sebut di dalam Facebook saya (יֵשׁוּעַ בנו של מרים) tentang hijab yang dibuka kepada saya tentang alter ego saya yang bernama ‘Robert Tan’ yang suatu ketika dahulu sekitar tahun 2004 menunjukkan ‘proof of fund’ bernilai USD35,000,000,000,000,000. Pada mulanya saya sukar menerimanya. Saya ada sebutkan kisah ini dalam Facebook saya berkenaan kawasan balak Tembat dan Petuang bahawa alter ego ini mempunyai Dana Alam Ghaib sebanyak itu selepas serombongan mereka yang mempunyai kaitan dengan Istana Terengganu bertandang ke rumah saya di kampung menunjukkan ‘proof of fund’ sebanyak itu. Cuma ia (Dana Alam Ghaib ini) belum dizahirkan ke Alam Zahir. Hanya ‘proof of fund’ yang asli ditunjukkan. Namun jika saya merentas ke Alam Ghaib saya boleh mengguna Dana Alam Ghaib ini. Saya nampak duit saya sedikit sahaja namun orang lain melihatnya besar. Orang melihat saya sebagai seorang kaya. Sedangkan saya sedang-sedang sahaja.

7. Sebagaimana kita maklum bahawa khazanah dunia yang infiniti ini adalah milik Allah. Dia boleh memberi kepada sesiapa yang dia mahu. Kepada orang yang sudah memilikinya maka ia menjadi hak milik orang itu. Bagaimana untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ini ke Alam Nyata? Sebenarnya ketika kita di Alam Ghaib kita sudah boleh menggunakan Dana Alam Ghaib kerana Alam Ghaib itu persis Alam Zahir. Duplikasi. Seperti membeli makanan dan menggandakan Dana kita. Kita juga, ketika berada di Alam Ghaib, boleh membeli barang-barang bersakti dan berkhadam di Alam Ghaib untuk di bawa masuk ke Alam Zahir. Unikkan hidup ini? Unikkan kekuasaan Allah?

8. Sebagai peguam saya memindahkan Dana Alam Ghaib ini secara ‘legal’ atau sah. Jika tidak ia akan menimbulkan suatu pertanyaan dan isu kepada Alam Zahir. Ia juga boleh menjadi ‘dana panas’. Jika secara sah saya memindahkannya maka Dana Alam Ghaib yang telah di bawa ke Alam Zahir ini tiada siapa yang boleh mengacau. Jika mereka mengacaunya maka mereka akan menjadi ‘panas’.

9. Oleh kerana qarin jin kita itu jin maka ia mempunyai kebolehan untuk bertasyakkul dan merupa orang tertentu dengan izin Allah. Dia boleh bekerja di Alam Ghaib. Dia boleh memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita. Cuma bagaimana kita tahu bahawa yang memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita adalah qarin jin kita? Suatu perkara yang sukar kan. Saya dalam pertemuan yang lepas memberi beberapa tip untuk memanggil dan mengenali qarin jin kita. Serta mengelak jin luar mengacau kita. Apa pun jika Dana Alam Ghaib itu milik kita maka ia tetap milik kita. Mintalah pertolongan dengan Allah kerana dia yang Maha Kuasa dan Kaya.

10. Dana Alam Ghaib ini tidak semesti yang kita usahakan namun ia adalah dari rezki Allah semata-mata atau kurniaan Allah kepada kita atas apa sebab pun atau tanpa sebab. Cuma bagaimana cara untuk membawanya ke Alam Zahir? Kita harus mempunyai ilmu untuk memindahkannya. Adalah mustahil untuk tiba-tiba dalam akaun kita mempunyai baki tersedia sebanyak jutaan atau bilion atau trilion atau apa sahaja jumlah tanpa bersebab kerana jika tidak semua negara mempunyai AMLA (Anti-Money Laundering Act) maka sebahagian negara mempunyainya. Oleh itu wang yang masuk ke dalam akaun kita mesti bersebab. Jadi untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir mestilah bersebab.

11. Kita mungkin tidak kaya di Alam Zahir namun di Dimensi Ghaib kita mungkin seorang kaya. Ia boleh jadi juga di Alam Zahir kita seorang yang kaya namun di Alam Ghaib kita bukan seorang kaya. Boleh jadi di Alam Ghaib kita seorang yang bertaqwa maka Allah mengurniakan kita dengan rezki-Nya. Kita kaya di Alam Zahir dan miskin di Alam Ghaib kerana kita seorang pendosa.

12. Semua yang saya ceritakan ini adalah tidak mustahil pada ilmu dan kekuasaan Allah. Kita memerlukan alasan untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir agar tidak menimbulkan kesangsian kepada masyarakat dan mereka yang berkenaan. Kita sebenarnya semasa memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir itu adalah bekerja. Oleh itu ia merupakan alasan mengapa Dana Alam Ghaib yang telah dizahirkan ke Alam Zahir itu adalah sah atau ‘legal’. Ia bukanlah ‘pembersihan’ wang atau ‘laundering’ tetapi secara sah.

13. Kita berusaha setakat kemampuan kita. Samada pembaca adalah jin atau bunian atau manusia maka usaha setakat kemampuan kebolehan kita. Usah diusahakan apa yang kita tak mampu. Jika telah diusahakan tapi tidak mampu dan berjaya berhenti setakat itu. Boleh pergi jumpa dengan orang yang lagi berilmu dan mempunyai kebolehan. Usah tertipu dengan godaan syaitan yang dalam bentuk manusia yang hanya menunggu peluang untuk memperdayakan kita. Selamat berusaha!

TARIK DUIT 2017 : PADA MEMBAHASKAN PENGERTIAN WANG KERING DAN WANG BASAH

1. ‘Wang Kering’ dan ‘Wang Basah’ adalah satu pendefinisian bagi memudahkan kita mengerti tentang maksud dan makna rezeki yang datang kepada kita. Seperti yang saya telah bahaskan dalam TARIK DUIT 2017 (BAB: MAKAN). Makanan dan cara kita makan mengundang seribu makna tentang rezeki yang akan kita dapat.

2. Kebanyakkan kita tidak memahami hal-hal sebegini. Itulah yang menyebabkan samada kita sukar mendapat rezeki atau mendapat rezeki tetapi tidak berkat. Kita sebenarnya berurus dengan perantaraan orang lain untuk mendapatkan rezeki. Orang yang kita berurus itu mempunyai nawaitu atau maksud tersendiri samada dia nyatakan maksud dan terma-terma untuk dia berurus dengan kita. Atau dia sembunyikan dari kita. Jika rezeki yang Allah hendak sampaikan kepada kita itu mempunyai maksud rezeki basah atau kering maka dia akan nyatakan. Ada rezeki yang hendak dia sampaikan itu adalah bermaksud Wang Kering ada juga bermaksud Wang Basah. Kadang-kadang dia menyata secara langsung atau terang. Kadang-kadang dia menyatakan secara tersembunyi.

3. Saya sudah beri bayangan tentang apa maksud ‘wang kering’ dan ‘wang basah’. ‘Wang basah’ biasanya angka ia ‘35’ atau ‘53’ atau ‘69’. ‘Wang kering’ biasanya angka ia ‘29’ atau ‘96’. Qarin jin kita akan mentafsirkan angka ‘35’ atau ‘53’ sebagai ‘50’. Pertahan kita telah bocor. Qarin jin merupakan antibodi kita. Cuba lihat wang RM50. Mengapa ia samada ‘wang minyak laut’ atau ‘wang minyak sawit’? Jin sensitif dengan perlambangan-perlambangan, termasuk qarin jin. Kita yang mengemudi qarin jin kita. Berani buat, berani tanggung. Itulah rahsia atau hijab di sebalik rezeki yang kita dapat.

4. Rezeki kita berkaitan dengan makhluk lain. Kadang-kadang yang membawa itu adalah jin-jin. Samada ifrit atau khadam atau qarin jin. Ada juga bunian. Ada juga malaikat. Pengecualian kepada ‘hidangan dari langit’ seperti yang berlaku pada sahabat-sahabat Isa a.s. Semua ini adalah kaedah menarik duit. Kita kadang-kadang alpa duit yang kita tarik itu sebenarnya adalah wang basah. Sedangkan kita menyangka ia adalah wang yang tiada maksud tersembunyi atau saya istilahkan sebagai wang kering.

5. Bagaimana untuk kita mengesan rezeki yang kita dapat itu kering atau basah? Ia pada awalnya bermula dengan apa yang kita makan dan bagaimana kita makan. Jika kita makan sesuatu yang basah maka kita akan mendapat rezeki atau wang basah. Jika kita memakan sesuatu yang kering maka kita akan mendapat rezeki atau wang kering. Kadang-kadang kita boleh melihat kepada angkanya samada dalam transaksinya atau kod-kod dalam wang atau resit-resit. Apakah kod-kod transaksi kita.

6. Jika rezeki yang kita dapat itu adalah rezeki kering maka kita usah meroyan untuk mencari wanita/lelaki dalam transaksi itu. Begitu juga kita mendapat rezeki basah maka kita usah menjauh diri dari wanita/lelaki di sebalik transaksi itu. Ia adalah terma-terma dalam sesuatu transaksi. Kita harus peka dalam hal-hal sebegini kerana Allah ciptakan kita bersama dalam tubuh kita ini qarin jin.

7. Bagi pemuda-pemudi yang baru memulakan mencari rezeki maka dinasihatkan memahami hal-hal sebegini kerana ada maksud di sebalik rezeki-rezeki yang datang kepada kamu. Begitu juga yang berlaku kepada Musa a.s. adalah jelas dia ditawarkan anak perempuan pengembala kambing sebagai isteri dan bekerjasama mengembala kambing milik bakal mertuanya. Akhirnya Musa a.s. mempunyai kambing-kambing dan seorang isteri.

8. Jangan takut jika rezeki tidak datang kepada kita. Jangan membuat jenayah bagi mencari rezeki. Akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini jika kita melakukan jenayah. Kita harus ingat bahawa Adam a.s. dan Hawa tercampak keluar dari syurga kerana memakan buah dari pokok terlarang.

9. Jangan main-main dengan hal makan. Ia menyimpulkan seribu makna dan maksud. Kita hendaklah berhati-hati dalam hal makan dan minum kerana ia boleh mengundang kepada kita seribu masalah jika tidak memahami tentang hal-hal makan dan minum.

10. Oleh itu jika wang dalam poket kita kecil sahaja maka janganlah takut kerana kita sebenarnya bekerja bersama qarin jin kita. Mungkin duit dalam poket kita hanyalah RM10 sahaja namun bagi qarin jin kita ia mentafsirkan RM10,000 sebagai contohnya. Sebagai satu contoh transaksi ialah jika kita melakukan secara online maka ia keluar di skrin komputer atau gajet orang lain dengan angka yang lebih besar. Kita perlu ilmu untuk menarik duit sebenarnya. Lama-lama qarin jin kita akan membawa rezeki atau wang kepada kita, apa yang dia lakukan di sebalik transaksi-transaksi kita.

11. Kita lah yang mengemudi qarin jin kita. Oleh itu kita harus tajam minda dalam memahami rezeki atau wang yang akan sampai kepada kita. Oleh kerana qarin jin kita itu adalah JIN maka sifatnya adalah seperti jin. Ia boleh bertasyakkul dengan samada orang-orang dalam rumah kita atau di luar rumah ketika di dimensi ghaib atau zahir. Kita harus mendalami tentang jin. Dia akan mengajar kita siapa diri dia sebenarnya kepada kita. Tapi harus ingat dan berhati-hati dengan mainan jin-jin lain atau syaitan-syaitan yang cuba memperdaya kita. Yakinlah perkara-perkara yang dibincangkan dalam al-Quran dan hadis itu benar-benar wujud. Cuma sahaja kita harus memahaminya dan bagaimana ia berfungsi.

MENYELUSURI ILMU SYARIAT, TAREQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT DALAM KELOMPOK SUFI MELAYU

1.  Saya dapati bahawa klasifikasi-klasifikasi syariat, tareqat, hakikat dan makrifat  ini hanya wujud di kalangan kelompok sufi Melayu. Saya tak dapati dari teks karangan bangsa-bangsa lain. Klasifikasi yang disebut itu hanya wujud itu secara serangkai syariat, tareqat, hakikat dan makrifat. Namun isi-isi perbincangan ini iaitu syariat, tareqat, hakikat dan makrifat memang wujud dalam teks bangsa lain tetapi tidak secara pengkelasannya secara serangkai.

2. Agak unik juga rupanya Bangsa Melayu ini. Saya menduga sebelum Rasulullah ‎ﷺ diutuskan wujud di kalangan Bangsa Melayu rasul yang mengajar tentang ilmu empat serangkai ini. Jika kita kaji al-Quran memang Allah menegaskan bahawa setiap umat itu diutuskan rasul dan nabi dengan bahasa kaum mereka.

SYARIAT

3. Bagi permulaan anak-anak Melayu diajar dengan syariat. Batu Bersurat Terengganu adalah bukti terawal penegakkan syariat. Ia adalah menepati standard al-Quran. Hukum-hakam Islam menjadi landasan kepada menyusun hal-ehwal dan urus tadbir Bangsa Melayu. Bangsa Melayu sangat menghargai dan menjunjung tinggi penegakkan syariat. Ini dapat dilihat kepada cubaan Kerajaan Bangsa Melayu di Kelantan dan Terengganu (suatu ketika dahulu) khususnya di bawah PAS. Walaupun hukum-hakam atau syariat ini belum ditaqninkan ia dilihat mendasari perjalanan hidup Bangsa Melayu. Bangsa Melayu adalah bangsa yang beradab setelah diajar hukum syariat. Orang Melayu agak sensitif tentang syariat. Mereka akan berdemo dan berarak jika berlaku perlanggaran syariat di Alam Melayu. Contohnya tentang pesta arak.

TAREQAT

4. Apabila telah kemas pegangan anak-anak Melayu tentang syariat maka anak-anak Melayu diajar supaya bertareqat. Walau istilah tareqat ini mempunyai pelbagai interpretasi seperti adakah ia kumpulan-kumpulan tareqat sufi atau boleh dibahaskan lebih luas lagi? Mengajar menyertai partai politik atau NGOs itu satu disiplin tareqat. Maka dalam kelompok ini samada tareqat sufi atau partai politik atau NGOs itu adalah satu tareqat. Di dalamnya anak-anak Melayu diajar dan dipandu kepada disiplin yang lebih jauh lagi. Tareqat ulung ialah “jalan” al-Quran dan Sunnah. Tekstual al-Quran dan hadis mengundang pentafsiran literal dan figuratif di kalangan Bangsa Melayu. Bagi yang berdisiplin Ahlu Sunnah Wal Jamaah mereka berpegang kepada sesuatu yang figuratif. Maka wujudlah Sifat 20 dalam mengenal Allah. Bab ini sesuai dalam MAKRIFAT. Bagi yang berdisiplin Salafi atau bahasa kasarnya Wahabi maka mereka berpegang secara literal. Maka disiplin mereka mengenal Allah atau MAKRIFAT itu ialah Tauhid al-Asma’ Wa al-Siffah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Dewasa kini ada segelintir anak-anak Melayu yang cenderung kepada disiplin Syiah. Saya tak mahu komen tentang disiplin ini kerana saya kekurangan teks original membahaskan tentang Syiah. Ia agak kontroversi.

HAKIKAT

5. Selepas menjalani syariat dan tareqat anak-anak Melayu diajar tentang hakikat. Hakikat ialah bermaksud apa itu yang tersembunyi di sebalik yang diharamkan syariat. Hakikat itu mempunyai takwil. Ada keindahan di antara berpegang kepada syariat dan melanggarnya. Ada maksud tersembunyi di sebalik perlanggaran syariat. Ia ibarat kisah Musa dengan Khidhir (Jibril) yang mengajar Musa ilmu hakikat. Orang awam ditegah menjalani disiplin hakikat jika mereka belum menempuh dan menguasai disiplin syariat dan tareqat. Perlaksanaan syariat juga adalah mesti menepati ruh hakikat. Jika syariat tidak menepati ruh hakikat maka ia bukanlah syariat yang berdasar al-Quran dan hadis. Penguasa-penguasa dan pelaksana-pelaksana syariat harus menguasai syariat, tareqat dan hakikat sebelum melaksanakan hukuman dalam syariat. Jiwa akan tenteram bila menguasai ilmu hakikat dan memahami apa yang terselindung di sebalik syariat. Kita lebih bijaksana di dalam bertindak dan memutuskan sesuatu apabila memahami dan menguasai hakikat.

MAKRIFAT

6. Secara turun-temurun Bangsa Melayu di ajar dengan (أول الدين معرفة الله)(Awal-awal agama adalah mengenal Allah). Di dalam Batu Bersurat Terengganu tertulis “Dewata Mulia Raya”. Ia adalah bahasa Melayu kuno. Tulisannya walaupun Jawi (pengaruh Arab)  namun pengistilahan Allah dengan nama Dewata Mulia Raya mengambarkan Melayu belum diArabkan tentang makrifat. Jikalah Awal-awal agama adalah mengenal Allah mengapakah disiplin makrifat ini diklasifikasi dan disusun akhir sekali dari 4 serangkai ini? Ini menunjukkan bahawa yang sebenarnya syariat itu yang terutama dan diajar kepada anak-anak Melayu. Bagi saya (أول الدين معرفة نفسك)(Awal-awal agama adalah mengenal diri mu). Saya rasa ini yang paling tepat. Seakan-akan ada kebenaran kepada ‘hadis’ ini (من عرف نفسه فقد عرف ربه)(Barang siapa mengenali dirinya, maka dia mengenal Tuhannya). Lagipun kata-kata Awal-awal agama adalah mengenal Allah tidak dijumpai dalam hadis. Jika adapun ia adalah dalam hadis Jibril berjumpa Rasulullah ﷺ di mana baginda ditanya apa itu iman, Islam dan ihsan. Ihsan secara tekstual dalam hadis tersebut adalah berkenaan makrifat. Ia adalah ikatan antara syariat dan makrifat iaitu mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah melihat-Nya, jika tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah melihat kita. Berbagai-bagai lagi ‘keanehan’ dalam kelompok sufi Melayu. Kita tidak pasti samada ia berasal dari rasul-rasul Melayu sebelum Muhammad ﷺ diutuskan atau rekaan-rekaan anak-anak Melayu. Oleh itu adalah terbaik bagi Bangsa Melayu menyelusuri disiplin tareqat al-Quran dan hadis dalam mengenal pasti samada ia benar atau tidak. Satu lagi makrifat Melayu ialah tentang hakikat Muhammad ﷺ. Saya dapati ia tidak wujud dalam kitab atau bangsa lain. Iaitu konsep Muhammad Awal dan Muhammad Akhir. Muhammad Zahir dan Muhammad Batin. Orang Melayu agak serius dalam cubaan memahami atau makrifat Allah dan Rasul-Nya.

KESIMPULAN

7. Bangsa Melayu adalah unik kerana mereka memperturun secara mulut-ke mulut sesuatu ilmu suatu ketika dahulu. Ini mengundang kesamaran kepada kita tentang autentik sesuatu ilmu yang wujud di rumpun Melayu khususnya kelompok sufi Melayu. Ledakan internet maka Melayu berbahas sesama mereka tentang peninggalan datuk-nenek mereka tentang syariat, tareqat, hakikat dan makrifat. Pengaruh luar terutama Arab juga melahirkan Melayu yang cenderung mendasari secara fikiran dan tindakan Arab. Seperti saya selalu tegaskan usah mengArabkan Melayu tetapi mengIslamkan Melayu. Ada ilmu-ilmu datuk-nenek mereka yang sesuai dengan Bangsa Melayu dengan syarat ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.