DIMENSI YAQOZOH

1. Dimensi Yaqozoh adalah satu dimensi di mana jasad kita dan qarin jin kita memasuki Alam Mimpi. Ia sertaan dengan qarin jin kita. Ia berlaku kepada saya banyak kali. Siapakah penghuni Dimensi Yaqozoh? Penghuni Dimensi Yaqozoh adalah qarin-qarin jin orang bermimpi dan malaikat-malaikat serta benda-benda. Ia adalah refleksi Alam Zahir. Ada sedikit kelainannya. Oleh kerana qarin jin itu bersifat jin maka ia boleh bergerak secara laju dan begitu juga malaikat yang lebih laju pergerakannya dari jin kerana malaikat diciptakan dari cahaya.

2. Apa yang kita lihat sewaktu jasad kita tidur itu adalah apa yang qarin jin kita lihat. Baik. Oleh kerana qarin jin kita melihatnya maka ia boleh dizahirkan bila kita beryaqozoh. Dengan syarat jasad kita dan qarin jin kita memasuki Dimensi Yaqozoh. Jika kita tidak memasuki Dimensi Yaqozoh ia boleh berlaku di Alam Zahir. Begitu juga bila kita memasuki Dimensi Yaqozoh, di mana apa yang kita buat di Dimensi Yaqozoh penuh dengan perlambangan-perlambangan. Kita boleh melakukan apa sahaja dengan syarat ia mesti mematuhi hukum-hukum Dimensi Yaqozoh. Ada peraturannya. Jika kita melanggar peraturannya kita akan menanggung akibat.

3. Kita bukan setakat wajib memahami tentang jin dan malaikat tetapi ia multi disiplin. Oleh kerana Dimensi Yaqozoh adalah “duplikasi” kepada Alam Zahir (dengan sedikit kelainan) maka ia persis Alam Zahir. Jika kita tersalah langkah maka kita akan terjerat. Oleh itu kita harus bersifat siaga dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu. Kita juga hendaklah memahami ibarat-ibarat di Dimensi Yaqozoh. Ia ibarat kita bermimpi. Penuh dengan perlambangan-perlambangan. Sebagaimana kita bermimpi ketika tidur. Pentafsirannya ia adalah dengan apa ibarat-ibarat yang kita lihat. Jika kita memasuki Dimensi Yaqozoh maka segala tindak-tanduk adalah penuh makna dan ibarat. Ia mempunyai refleksi kepada apa yang berlaku di Alam Zahir.

4. Masa pula di Dimensi Yaqozoh adalah bersifat “rawak”. Walau kita melihatnya statik. Ia boleh pergi ke masa hadapan. Sekarang. Dan sebelumnya. Namun refleksi apa yang kita lihat adalah statik. Pada pendapat saya “Badar al-Qubro” adalah insan-insan yang berjaya memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jin. Namun memasuki Dimensi Yaqozoh ini tidak terhad kepada Badar al-Qubro tetapi apa situasi lain dengan syarat telah berjaya memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jin. Inilah apa yang saya lihat melalui pengalaman-pengalaman saya.

5. Mimpi ini tidak boleh diceritakan kepada sesiapa dengan sesuka hati melainkan kepada orang terpercaya sahaja. Sebagaimana firman Allah:

(وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ)(Tidaklah kami jadikan mimpi yang kami perlihatkan kepada kamu melainkan fitnah kepada manusia)[al-Isra’:60]. 

(لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا )(Jangan kamu ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu kerana mereka akan melakukan tipu-daya kepada kamu)[Yusuf:5]

6. Kita juga boleh menzahirkan benda-benda di Dimensi Yaqozoh ke dalam Alam Zahir. Namun ia harus secara “suka sama suka”. Jika tidak kita akan dihukum samada ketika kita di Dimensi Yaqozoh atau Dimensi Zahir. Oleh itu kita harus berhati-hati. Kita juga boleh menyelesaikan permasalahan kita di Dimensi Zahir dengan memasuki Dimensi Yaqozoh. Sebagaimana saya sebutkan ia penuh dengan ibarat-ibarat. Kita harus melakukan sulingan tentang apakah maksudnya apa yang berlaku di Dimensi Yaqozoh itu. Oleh itu kita harus bertindak di Alam Zahir apa yang kita lihat di Dimensi Yaqozoh.

7. Seterusnya, adalah tentang barang-barang yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh “kebanyakkannya” adalah berkhadam. Ia adalah sangat bernilai. Oleh itu ia penuh makna. Walau barang-barang yang kita lihat itu murah atau kecil. Ia adalah sarat dengan perlambangan. Saya sudah banyak bincang di lain-lain tempat tentang rahsia barang-barang berkhadam. Kita boleh menarik emas, duit dan lain-lain faedah dengan barang-barang berkhadam yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh. Makin lama barang kita dan khadam yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh adalah lagi bermakna. Kuat.

8. Seterusnya, penyamaran di Dimensi Yaqozoh adalah sangat tinggi. Syaitan hanya tidak dapat menyerupai Rasulullah ﷺ. Ini banyak disebut di dalam hadis-hadis. Selain dari Rasulullah ﷺ, syaitan dapat menyerupainya. Sebagaimana penyamaran jin-jin, ia mempunyai ‘5% errors’. Qarin jin orang yang bermimpi juga dapat difahami melalui tingkah lakunya. Ia bersifat 5% errors. Ia boleh jadi sesiapa sahaja siapa yang kita jumpa di Dimensi Yaqozoh. Kita harus melakukan sulingan dan tapisan. Seterusnya kita harus membaiki cara tindak kita jika kita memasuki lagi Dimensi Yaqozoh.

9. Akhbar Dimensi Yaqozoh adalah sangat bermakna. Ia boleh jadi memberitahu apa yang akan berlaku dan apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku. Ia mengandungi kod-kod. Kita harus bijak mentafsirkan makna-makna berita dalam akhbar Dimensi Yaqozoh. Oleh kerana masa itu bergerak secara rawak di Dimensi Yaqozoh maka begitulah tafsiran apa berita dalam akhbar yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh. Ia sangat berharga.

10. Kita harus berhati-hati dengan apa yang apa yang kita lakukan dan perolehi dari Dimensi Yaqozoh. Ia sangat sensitif. Kita harus menjaganya dengan baik. Kita tidak harus menceritakan kepada orang apa yang kita buat dan perolehi di Dimensi Yaqozoh. Ibarat pesan Ya’aqub kepada Yusuf agar tidak menceritakan apa yang dia lihat dalam tidur kerana syaitan akan melakukan rancangan bagi menggagalkannya. Namun kerana ia mimpi, maka ia tetap akan berlaku sejauh mana rancangan menggagalkannya.

سنن أبي داود أَوْلُ كِتَابِ الْأَدَبِ بَابٌ : مَا جَاءَ فِي الرُّؤْيَا
5023 (المجلد : 5 الصفحة : 179)
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي يُونُسُ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ – أَوْ : لَكَأَنَّمَا رَآنِي فِي الْيَقَظَةِوَلَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي “.
حكم الحديث: صحيح

Sunan Abi Daud. Awal Kitab Adab. Bab: Apa yang didatangi di dalam mimpi. (Jilid: 5. Mukasurat: 179) 5023.

Diceritakan kepada kami Ahmad Bin Soleh, diceritakan kepada kami Abdullah Bin Wahab, berkata: Mengkhabarkan aku Yunus, dari Ibnu Syihab, berkata: Mengkhabarkan aku Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa melihatku di dalam tidur maka dia akan melihatku di waktu jaga – atau: Seolah-oleh melihatku di dalam jagadan syaitan tidak dapat menyerupai ku. Hukum hadis: Sahih.

11. Maka orang yang melihat Rasulullah s.a.w. ketika tidur itu maka dia akan melihat Rasulullah ﷺ ketika jaga. Bagi maksud yang kedua “Seolah-oleh melihatku di dalam jaga” kerana Rasulullah ﷺ itu sendiri memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jinnya. Apa yang dilihat oleh orang bermimpi itu adalah melalui qarin jinnya.

Advertisements

PENZAHIRAN DANA ALAM GHAIB

1. Persoalan pertama tentang Penzahiran Dana Alam Ghaib ialah adakah benar Dana Alam Ghaib wujud? Kita telah bincangkan dalam pertemuan-pertemuan lepas bahawa wujud dan adanya Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni Alam Ghaib? Wujudkah benda-benda di Alam Ghaib? Sudah tentu. Jika Alam Ghaib sahaja wujud dan ada tetapi tiada penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib maka wujudnya Alam Ghaib itu akan tertolak. Sedangkan wujudnya Alam Ghaib itu telah dibahaskan dengan terperinci di pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa ia wujud.

2. Nah, sekarang kita sudah dapat menerima hakikat bahawa wujud penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib? Tuhan kita sendiri itu adalah sesuatu zat yang ghaib. Tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita hanya mengetahui dan meyakini Dia adalah wujud. Jadi kita sudah boleh berfikir bahawa wujud Alam Ghaib. Saya pernah menyatakan bahawa ia suatu Dimensi Ghaib. Adalah mudah bagi Allah untuk mewujudkan Alam Ghaib atau Dimensi Ghaib serta penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib.

3. Oleh itu persoalan wujudnya Dana Alam Ghaib ini adalah suatu yang tidak mustahil. Khazanah Alam Ghaib adalah ‘infiniti’. Tiada noktah. Hanya tinggal samada kita dapat menjumpainya dan menzahirkannya. Seperti yang saya telah bahaskan bahawa Alam Ghaib, selain Allah, ia hanya duplikasi atau salinan kepada Alam Zahir. Wujud bank-bank Alam Ghaib dan Dana Alam Ghaib. Ia hanya sedikit perbezaan sahaja. Jika kita makan tak berbayar di Alam Ghaib sebenarnya kita cuba membuat ‘rompakan’ di Bank Alam Ghaib. Bank Alam Ghaib itu boleh jadi kedai makan yang menyalin kedai makan di Alam Zahir. Boleh jadi kedai runcit. Boleh jadi bank seperti bank di Alam Zahir. Namun di Alam Zahir bank tetap bank. Kedai makan tetap kedai makan. Kedai runcit tetap kedai runcit. Paling penting semasa di Alam Ghaib siapakah yang sedang bertugas di kedai makan, siapakah yang sedang bertugas di kedai runcit dan siapakah yang sedang bertugas di bank itu. Jika yang sedang bertugas di kedai makan, kedai runcit dan bank itu adalah gabenor maka kedai makan atau kedai runcit atau bank itu maka ia adalah Bank Alam Ghaib.

4. Ia lagi menjadi kenyataan jika kita sendiri memasuki sendiri di Alam Ghaib. Kita harus mempunyai ilmu. Saya sendiri jika memasuki Dimensi Ghaib, saya akan bersifat unik. Ada wang saya tukar kepada menjadi cek. Ada yang saya tukar wang menjadi kepingan emas. Ada yang saya tukar menjadi kad kredit. Ada orang memberitahu saya bahawa ada sebahagian dokumen undang-undang saya di ROHAN & CO menjadi ‘bon’ yang bernilai. Ia adalah dokumen yang mempunyai nilai di Alam Zahir. Sebab itu jin-jin yang kuat sangat suka berurus dengan saya kerana kebolehan saya ini.

5. Kita, jika bukan keseluruhannya, sebenarnya masuk dan keluar ke Alam Ghaib dan Alam Zahir. Mungkin kita tidak menyedarinya. Kita harus sentiasa peka di mana dan masa mana kita di Alam Ghaib dan masa mana kita di Alam Zahir. Semasa kita di Alam Ghaib kita boleh melakukan transaksi kewangan. Termasuk membuat dan mengumpul Dana Ghaib. Qarin jin kita itu sendiri sebenarnya sedang bekerja samada dia berada di luar sarangnya yakni tubuh kita dan semasa dia berada di sarangnya. Semasa dia berada di dalam tubuh kita dia mentafsirkan apa yang kita sedang buat dan akan buat. Contohnya aapa dan cara kita makan. Ia mentafsirkan apa kita sedang buat dan apa kita akan buat. Begitu juga bila dia berada di luar sarangnya. Dia melakukan kerja. Oleh kerana dia bekerja maka dia sendiri mempunyai Dana Alam Ghaib. Dia juga bersifat memiliki. Termasuk Dana Alam Ghaib. Kita belum membincangkan tentang pemilikan Dana Alam Ghaib yang dimiliki oleh khadam-khadam yang kita miliki seperti yang saya telah isyaratkan dalam pertemuan-pertemuan lepas.

6. Saya selalu sebut di dalam Facebook saya (יֵשׁוּעַ בנו של מרים) tentang hijab yang dibuka kepada saya tentang alter ego saya yang bernama ‘Robert Tan’ yang suatu ketika dahulu sekitar tahun 2004 menunjukkan ‘proof of fund’ bernilai USD35,000,000,000,000,000. Pada mulanya saya sukar menerimanya. Saya ada sebutkan kisah ini dalam Facebook saya berkenaan kawasan balak Tembat dan Petuang bahawa alter ego ini mempunyai Dana Alam Ghaib sebanyak itu selepas serombongan mereka yang mempunyai kaitan dengan Istana Terengganu bertandang ke rumah saya di kampung menunjukkan ‘proof of fund’ sebanyak itu. Cuma ia (Dana Alam Ghaib ini) belum dizahirkan ke Alam Zahir.  Hanya ‘proof of fund’ yang asli ditunjukkan. Namun jika saya merentas ke Alam Ghaib saya boleh mengguna Dana Alam Ghaib ini. Saya nampak duit saya sedikit sahaja namun orang lain melihatnya besar. Orang melihat saya sebagai seorang kaya. Sedangkan saya sedang-sedang sahaja.

7. Sebagaimana kita maklum bahawa khazanah dunia yang infiniti ini adalah milik Allah. Dia boleh memberi kepada sesiapa yang dia mahu. Kepada orang yang sudah memilikinya maka ia menjadi hak milik orang itu. Bagaimana untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ini ke Alam Nyata? Sebenarnya ketika kita di Alam Ghaib kita sudah boleh menggunakan Dana Alam Ghaib kerana Alam Ghaib itu persis Alam Zahir. Duplikasi. Seperti membeli makanan dan menggandakan Dana kita. Kita juga, ketika berada di Alam Ghaib, boleh membeli barang-barang bersakti dan berkhadam di Alam Ghaib untuk di bawa masuk ke Alam Zahir. Unikkan hidup ini? Unikkan kekuasaan Allah?

8. Sebagai peguam saya memindahkan Dana Alam Ghaib ini secara ‘legal’ atau sah. Jika tidak ia akan menimbulkan suatu pertanyaan dan isu kepada Alam Zahir. Ia juga boleh menjadi ‘dana panas’. Jika secara sah saya memindahkannya maka Dana Alam Ghaib yang telah di bawa ke Alam Zahir ini tiada siapa yang boleh mengacau. Jika mereka mengacaunya maka mereka akan menjadi ‘panas’.

9. Oleh kerana qarin jin kita itu jin maka ia mempunyai kebolehan untuk bertasyakkul dan merupa orang tertentu dengan izin Allah. Dia boleh bekerja di Alam Ghaib. Dia boleh memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita. Cuma bagaimana kita tahu bahawa yang memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita adalah qarin jin kita? Suatu perkara yang sukar kan. Saya dalam pertemuan yang lepas memberi beberapa tip untuk memanggil dan mengenali qarin jin kita. Serta mengelak jin luar mengacau kita. Apa pun jika Dana Alam Ghaib itu milik kita maka ia tetap milik kita. Mintalah pertolongan dengan Allah kerana dia yang Maha Kuasa dan Kaya.

10. Dana Alam Ghaib ini tidak semesti yang kita usahakan namun ia adalah dari rezki Allah semata-mata atau kurniaan Allah kepada kita atas apa sebab pun atau tanpa sebab. Cuma bagaimana cara untuk membawanya ke Alam Zahir? Kita harus mempunyai ilmu untuk memindahkannya. Adalah mustahil untuk tiba-tiba dalam akaun kita mempunyai baki tersedia sebanyak jutaan atau bilion atau trilion atau apa sahaja jumlah tanpa bersebab kerana jika tidak semua negara mempunyai AMLA (Anti-Money Laundering Act) maka sebahagian negara mempunyainya. Oleh itu wang yang masuk ke dalam akaun kita mesti bersebab. Jadi untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir mestilah bersebab.

11. Kita mungkin tidak kaya di Alam Zahir namun di Dimensi Ghaib kita mungkin seorang kaya. Ia boleh jadi juga di Alam Zahir kita seorang yang kaya namun di Alam Ghaib kita bukan seorang kaya. Boleh jadi di Alam Ghaib kita seorang yang bertaqwa maka Allah mengurniakan kita dengan rezki-Nya. Kita kaya di Alam Zahir dan miskin di Alam Ghaib kerana kita seorang pendosa.

12. Semua yang saya ceritakan ini adalah tidak mustahil pada ilmu dan kekuasaan Allah. Kita memerlukan alasan untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir agar tidak menimbulkan kesangsian kepada masyarakat dan mereka yang berkenaan. Kita sebenarnya semasa memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir itu adalah bekerja. Oleh itu ia merupakan alasan mengapa Dana Alam Ghaib yang telah dizahirkan ke Alam Zahir itu adalah sah atau ‘legal’. Ia bukanlah ‘pembersihan’ wang atau ‘laundering’ tetapi secara sah.

13. Kita berusaha setakat kemampuan kita. Samada pembaca adalah jin atau bunian atau manusia maka usaha setakat kemampuan kebolehan kita. Usah diusahakan apa yang kita tak mampu. Jika telah diusahakan tapi tidak mampu dan berjaya berhenti setakat itu. Boleh pergi jumpa dengan orang yang lagi berilmu dan mempunyai kebolehan. Usah tertipu dengan godaan syaitan yang dalam bentuk manusia yang hanya menunggu peluang untuk memperdayakan kita. Selamat berusaha!

DIMENSI GHAIB

1. Perjalanan hidup kita bukan setakat menempuh Alam Syahadah tetapi juga Alam Ghaib [al-Anaam:73][al-Tawba:94 & 105][al-Rad:9][al-Mumenoon:92][as-Sajda:6][az-Zumar:46][al-Hasr:22][al-Jumua:8][at-Taghabun:18].

2. Di sana ada pemisah antara Alam Syahadah dengan Alam Ghaib. Pemisah itu adalah ‘barzakh‘ (بَرْزَخٌ)[al-Mumenoon:100][al-Furqan:25][ar-Rahman:20].

 البَرْزَخ : الحاجز بين شيئيْن (Sumber : المعاني عربي – عربي)

3. Walaupun wujud halangan atau barzakh antara Alam Syahadah dan Alam Ghaib kita sebenarnya boleh menempuh juga Alam Ghaib. Mimpi sebagai satu contoh; kita sebenarnya menyaksikan simbolik-simbolik tentang huraian apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Kita menggunakan perantaraan roh kita atau lebih tepat qarin jin kita untuk berhubung dengan Alam Mimpi atau dimensi ghaib ini.

5. Badan kita sendiri boleh menempuh Demensi Ghaib bukan setakat akan datang seperti Alam Kubur, Alam Kiamat, Alam Syurga dan Alam Neraka. Bahkan kita sebenarnya dari Alam Arwah. Ketika Allah berfirman (أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا)(Bukankah Aku Rab kamu? Mereka berkata: Bahkan kami menyaksikan)[al-A’raf:172].

6. Di atas dunia ini semasa kita hidup, jiwa yang suci juga boleh memasuki Alam Malakut dan Alam Jabarut. Alam Malakut ini disebut dalam al-Quran [al-Anaam:75][al-Araf:185][al-Mumenoon:88][Ya Seen:83]. Alam Jabarut pula disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi di dalam الشمائل dan an-Nasaei; bahawa Huzaifah r.a. melihat Rasulullah s.a.w sembahyang pada waktu malam dan baginda membaca (الله أكبر – ثلاثا – ذى الملكوت والجبروت والكبرياء والعظمة). Ini adalah dalil atau hujah mengukuhkan bahawa Alam Malakut dan Alam Jabarut itu wujud.

7. Tujuan kita untuk memasuki Dimensi Ghaib ini adalah untuk menjadi orang yang lebih yakin  kepada kekuasaan Allah:

Surah al-Anaam:75:

وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim (Alam Malakut langit dan bumi) kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

8. Peristiwa Ibrahim a.s. memasuki Alam Malakut ini adalah semasa hayat baginda. Ini bermaksud walau kita masih hidup maka kita juga layak untuk memasuki Alam Malakut. Begitu juga Alam Jabarut ia berlaku ketika hayat kita.

9. Di sana ada juga Alam Qarin, Alam Khadam, Alam Ifrit, Alam Bank, Alam Kad, Alam Kenderaan, Alam Senjata, Alam Cincin, Alam Tumbuhan, Alam Haiwan, Alam Buku, Alam Pakaian dll kerana Dia lah Tuhan sekian alam [al-Fatihah:1].

10. Apa tujuan wujudnya Dimensi Ghaib? Seperti pendalilan yang dibawa melalui ayat [Surah al-Anaam:75] agar kita menjadi orang yang lebih yakin. Sebenarnya kita tak usah tergoda dengan Dimensi Ghaib jika kita memasukinya semasa hayat kita, walau sebenarnya jika kita memasuki Dimensi Ghaib kita boleh mengambil manfaat apabila memasuki Dimensi Ghaib seperti melakukan transaksi perniagaan, mengambil barang-barang sakti, mencari jodoh dll. Ia juga boleh menyelesaikan kerumitan di Alam Syahadah melalui kebijaksanaan kita menyelesaikannya di Dimensi Ghaib.

11. Banyak peristiwa-peristiwa bermakna berlaku di Dimensi Ghaib. Seseorang ‘bertarung’ dengan seterunya di Dimensi Ghaib tersebut. Kita memerlukan ilmu dan barang-barang sakti untuk menyelesaikan problematika di Alam Syahadah bila ia ‘menyerang’ kita di Dimensi Ghaib.

12. Di Dimensi Ghaib mempunyai banyak godaan. Jika kita tidak berhati-hati maka kita tertarik dengan godaan yang wujud di Dimensi Ghaib. Pegang petua ini: ‘Bila kita masuk ke Dimensi Ghaib kita perlu menarik bukan ditarik.’

RAHSIA MIMPI SECARA YAQOZOH

1. Sebagaimana yang saya telah bincangkan bahawa mimpi itu ada dua kategori: (1) mimpi secara jasad sedang tidur (2) mimpi secara jasad masuk ke Alam Mimpi (Yaqozoh). Lihat:https://goo.gl/zyfWlc

2. Apa yang ingin saya bahaskan di sini ialah mimpi ketegori kedua ini. Sebenarnya untuk seseorang memahami tentang mimpi kategori kedua ini, seseorang itu haruslah memahami mimpi kategori pertama iaitu bagaimana ia berfungsi. Maka dari sini seseorang itu boleh memahami mimpi kategori kedua yang mana ia lebih rumit dan kompleks.

3. Nanti saya akan ringkaskan mimpi kategori pertama itu iaitu seseorang bermimpi ketika tidur di mana apa yang dia lihat atau rasa itu adalah perjalanan qarin jinnya ke Alam Mimpi atau Alam Sedar di tempat siang atau malam di mana-mana tempat di dunia ini. Manakala Alam Mimpi Yaqozoh pula ialah seseorang bermimpi jasad dan qarin jinnya merentas satu Alam Ghaib (Mimpi) seumpama Alam Zahir (Sedar) tetapi sebenarnya dia sedang merentas Alam Mimpi Yaqozoh. Yaqozoh itu bermaksud sedar kerana seseorang itu merempuh satu dimensi Alam Jaga (Yaqozoh) tetapi sebenarnya Alam Mimpi.

4) Sebagaimana mimpi kategori pertama seseorang itu melihat sesuatu itu secara perlambangan begitu juga Alam Mimpi Yaqozoh seseorang itu melihat sesuatu itu secara perlambangan. Bahkan af’al seseorang yang merentas Alam Mimpi Yaqozoh itu adalah perlambangan-perlambangan. Oleh kerana seseorang itu sedang bermimpi yaqozoh itu masuk dengan jasad dan qarin jinnya bersama maka dia boleh makan, minum, bertransaksi, kerja, beribadat dan lain-lain. Bahkan dia boleh membawa benda-benda dari Alam Mimpi Yaqozoh masuk ke dalam Alam Zahir. Tetapi dia harus mengetahui kaedah-kaedah pindahmilik tersebut. Iaitu secara redha-meredhai.

5) Sebagaimana juga apabila seseorang memasuki Alam Malakut dan Jabarut dan lain-lain alam begitu juga Alam Mimpi Yaqozoh watak-watak dan benda-benda adalah sama cuma dia berada di dimensi ghaib yang lain. Boleh jadi watak-watak dan benda-benda dalam Alam Mimpi Yaqozoh adalah qarin-qarin orang lain yang sedang bermimpi dan malaikat-malaikat atau jasad beserta qarin jin orang lain yang juga berjaya memasuki Alam Mimpi Yaqozoh.

6) Oleh itu seseorang itu harus bijak mentafsir af’alnya di Alam Mimpi Yaqozoh kerana ia mempunyai kesan kepada dia di Alam Zahir. Seperti yang disebut sebelum ini bahawa di Alam Mimpi Yaqozoh mungkin qarin-qarin jin seseorang yang sedang bermimpi maka sifat af’al qarin-qarin jin tersebut adalah penuh makna dan maksud. Seperti biasa jin bersifat dan sensitif dengan perlambangan.

7) Timbul beberapa persoalan tentang Alam Mimpi Yaqozoh ini iaitu di manakah lokasinya? Jawapannya: ia merupakan suatu dimensi ghaib tetapi seakan bumi di Alam Zahir tetapi sebenarnya tidak. Dalil: [Surah Ibrahim: 48].

يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

Ia bukanlah bumi dan langit di Alam Zahir ini tetapi bumi dan langit di dimensi lain. Bagaimana pula dengan masa? Sifat masa adalah RELATIF. Perlu diingatkan kepada orang yang berjaya memasuki Alam Mimpi Yaqozoh secara jasad dan qarin jinnya dia hendaklah mentafsir apa yang dilihatnya adalah betul dan benar. Bilakah seseorang itu boleh berpindah dari Alam Mimpi Yaqozoh ke Alam Zahir? Jawapannya: Di tempat mana dia meletakkan jasadnya untuk tidur. Apabila dia sedar dia mungkin memasuki Alam Zahir semula atau Alam-Alam Ghaib yang lain seperti Alam Malakut dan Jabarut dan lain-lain alam. Masa seperti yang selalu kita bincangkan ia adalah bersifat relatif. Masa lampau, sekarang dan akan datang bergerak secara rawak. Namun kesan-kesan dari af’al makhluk-makhluk adalah statik. Oleh itu jika seseorang merasakan dia berada pada masa SEKARANG tetapi jika dia bermimpi dalam kategori pertama dan kedua ia mungkin sesuatu di masa LAMPAU atau SEKARANG atau AKAN DATANG. Atau secara ketiga-tiga itu secara serentak!

8) Oleh itu adalah dinasihatkan kepada orang yang berjaya menembus dan merentas Alam Mimpi Yaqozoh secara jasad dan qarin jinnya serentak untuk mengoptimumkan minda dan bertindak melalui af’alnya secara terbaik dan bijaksana yang mungkin untuk kebaikan dirinya jua samada di dunia ini dan di akhirat nanti.