Pasir Emas

BAB: TENGKU KUDIN

Tengku Kudin, orangnya kacak dan kemas pakaiannya. Dia selalu memilih pakaian yang mempunyai makna dan sesuai dengan suasana. Berkulit sawo-matang. Ketinggian Tengku Kudin adalah 188cm. Berdada lapang, berbadan tegap dan kental. Bercermin mata Bofuz yang dia beli di Tokyo selepas puas dipujuk oleh seorang gadis genit Jepun yang menuntut ilmu Bahasa Inggeris di sebuah Pusat Bahasa yang dikenalinya di Pertama Kompleks. Tengku Kudin menjadi guru Bahasa Inggerisnya di situ ketika belajar di UIAM.

Akemi sangat lembut bahasanya dan berbudi bahasa seperti gadis Melayu. Gadis desa ini berumur 18 tahun ketika dikenalinya di Pusat Bahasa itu. Merantau jauh dari Yamanashi Prefecture, Barat Tokyo. Kedua orang tuanya tukang besi. Namun abang-abang dan kakak-kakaknya berniaga besar di Tokyo. Akemi memilih untuk tinggal di desa sahaja. Ketika di Tokyo, Tengku Kudin diajak oleh kedua orang tua Akemi untuk tinggal di desa dari kesesakan kota. Ketika di desa Engtengsentok (マウンテンフット) Tengku Kudin telah belajar bahasa dan budaya desa Jepun. Di samping pertukangan besi Samurai. Tengku Kudin bawa balik dua bilah pedang Samurai. Satu panjang dan satu pendek.

Tengku Kudin suka melabur di dalam negara dan luar negara. Ketika di Tokyo, Tengku Kudin telah melabur dalam syarikat percetakan milik kakak Akemi. Dengan itu Tengku Kudin tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak dalam bidang percetakan bagi KUDIN & CO. Tengku Kudin amat tahu bidang guaman dan kehakiman serta industri-industri lain memerlukan percetakan yang banyak dan perniagaan ini akan berkekalan. Industri keadilan adalah sangat diperlukan untuk kemajuan.

Tengku Kudin pernah menuntut ilmu silat di Terengganu. Oleh itu dia terdedah dengan ilmu senjata. Katanya kedua bilah pedang Samurai yang diperolehi oleh orang tua Akemi pernah diguna oleh Musyashi Miyamoto. Seorang lagenda Samurai dalam Sejarah Jepun. Sempat juga Tengku Kudin belajar asas gerak Samurai di desa Engtengsentok. Dengan asasnya, Tengku Kudin telah mencipta gerak sendiri. Begitu sifat Tengku Kudin. Begitu juga dalam silat.

Tengku Kudin memiliki berbilion deposit tetap di dalam Maybank dan Hong Leong Bank. Hasil keuntungan KUDIN & CO. dikembangkannya dan digunakannya untuk perniagaan lain. Tengku Kudin suka berzakat dan bersedekah. Hatinya terguris jika melihat orang susah.

Tengku Abdul Alim adalah bapa saudara Sultan Terengganu. Puas kerabat-kerabat Istana Terengganu memujuk Tengku Abdul Alim untuk tinggal di Kuala Terengganu. Namun Tengku Abdul Alim memilih desa terpencil untuk membesar anak-anaknya.

Di KUDIN & CO., Tengku Kudin suka berfikir dan memahami secara sufi hasil kerjanya. Syeikh Abdul Karim mengajar Tengku Kudin bahawa wujud makhluk yang dipanggil khadam ayat. Tengku Kudin berfikir pula jika begitu, adakah hasil kerjanya berkhadam?

Pasir Emas

BAB 6: KUDIN & CO (SIRI 1) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1]

KUDIN & CO. Ya, KUDIN & CO. Itu lah nama syarikat guaman Tengku Kudin yang telah didaftar dengan Majlis Peguam.

Tengku Kudin adalah pakar litigasi. Dia amat meminati saman-menyaman. Namun bagi kes-kes jenayah dia amat memilih. Dia tahu bahawa penjenayah ada yang kantoi dalam hidup maka perlu dibantu. Ada yang memang tak bersalah tetapi tersepit dalam keadaan dan hidup. Dia masih ingat guru sufinya di Terengganu iaitu Syeikh Abdul Karim berpesan “Kita ni Kudin dalam membantu penjenayah, kita harus menolong bukan setakat orang yang dizalimi tetapi juga orang yang menzalimi.” Tengku Kudin tertanya-tanya mengapa guru jiwanya ini berpesan begitu. Lantas dia buka kitab-kitab hadis dalam aplikasi iPhonenya. Dia dapati ada hadis Sahih Bukhari, Sunan at-Tarmizi, Musnad Ahmad dan ad-Darimi yang berkata begitu.

Syeikh Abdul Karim jarang memetik hadis. Tetapi Tengku Kudin memahami bahawa kata-kata dan pesan Syeikh Abdul Karim selalunya bersandar kepada al-Qur’an dan hadis.

Tengku Kudin amat meminati litigasi tanah. Tengku Kudin mula minat dengan tanah bila arwah ayahnya Tengku Abdul Alim meninggalkan sebidang tanah kepada anak-anaknya 3 orang iaitu Tengku Abdullah sebagai yang sulung, Tengku Kudin yang tengah dan Tengku Abdul Aziz sebagai yang bongsu. Tanah itu tanah pusaka sebidang rumah kayu lama berciri tradisi Terengganu. Tengku Kudin pernah bertanya arwah emaknya di mana dia dilahirkan. Emaknya berkata “Di sini”. Tanah itu adalah tanah kampung. Rumah mereka dikelilingi pohon-pohon dan bungaan herba.

Tengku Kudin walaupun meminati kes-kes litigasi tetapi dia amat teliti dan berhati-hati tentang fail-fail yang datang kepadanya. Ada yang dia kenakan yuran guaman kontigensi terutama bagi anak-anakguam yang bermasalah dengan kewangan tetapi kes mereka mampu menjana duit besar. Ada yang Tengku Kudin kenakan yuran guaman pendahulu. Ada RM40,000. Ada RM100,000 lebih jika taiko-taiko besar dan kesnya bernilai jutaan dan bilion.

Tengku Kudin adalah lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia boleh berbahasa Arab dan Inggeris. Tengku Kudin amat meminati dalam mengumpul buku-buku perundangan terutama yang diimport dari UK kerana ia membantu Tengku Kudin berhujah dalam kes-kes yang kompleks dan belum ada precedent di Malaysia. Koleksi buku-buku undang-undangnya telah bernilai jutaan ringgit.

Dalam setahun pendapatan Tengku Kudin hasil guaman di KUDIN & CO dalam RM129,000,000.

Tengku Kudin amat digemari oleh hakim-hakim kerana kepintarannya dalam berhujah dan menyelesaikan kes-kes yang kompleks. Selain itu bagi hakim, Tengku Kudin adalah seorang yang menghormati mereka. Bahasanya amat bermakna dan mendalam. Tengku Kudin amat mematuhi masa. Bagi Tengku Kudin masa adalah sangat bermakna dalam guaman kerana ada limitation period dan peraturan masa dalam buku-buku undang-undang. Jam termahal Tengku Kudin adalah Breguet yang dibeli di Paris. Dia juga memiliki koleksi jam-jam termahal yang dia beli dari negara-negara yang dilawatinya.

Pasir Emas

BAB 5: NIAGA EMAS (SIRI 4) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1]

Bulan puasa sudah makin hampir. Leha tahu bila cuti raya maka akan banyak kenduri-kenduri kahwin. Lembu pawahnya dengan Sudin akan menjadi laris bagi korban untuk kenduri-kenduri kawin. Dalam RM3,000 hingga RM5,000 seekor bergantung berat. Dia ada dalam 20 ekor lembu. Ada masih anak-anak. Ada yang telah matang. Baka lembunya dari Australia. Dia dapat dari Jabatan Pertanian.

Dia cadang untuk guna RM30,000 dari duit simpanannya dan baki lagi dari duit jual lembu untuk biaya modal Nizam niaga emas.

Dia perlu tahu lebih lanjut tentang rancangan Nizam untuk niaga emas. Dia bimbang suaminya gagal lagi. Apa yang dia paling bimbang adalah persaingan dan cadangan pelan pemasaran Nizam.

Dia bukan tak tahu di tepi-tepi jalan raya dan di tiang-tiang jejambat penuh iklan membeli emas terpakai. Dia agak di balik iklan-iklan itu ramai peniaga-peniaga emas terpakai. Apa yang paling menakutkan lagi baginya Nizam tak ada pengalaman dalam membeli emas terpakai.

“Dia tahu ker beza emas dengan tembaga?”, fikir Leha.

Dia tahu lakinya seorang yang teliti dan berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu. Dia juga ramai kawan dan jaringan ketika aktif merawat secara rawatan Islam. Kadang-kadang lakinya ini kuat berahsia tentang sesuatu. Seolah-olah dia tahu apa yang dia akan buat. Dia tahu tapi tak mahu kongsikan dengan orang lain.

…………………………………………………..

Semasa Leha di kampung, Nizam ada hubungi kawan lamanya Ustaz Sulaiman berkenaan pandangannya tentang hasrat dia untuk bangkit lagi dalam meniaga.

Assalamu’alaikum! Man. Awak apa Khabar? Saya Nizam ni.”

“Baik.” Jawab Sulaiman. “Lama tak dengar suara awak.” Sulaiman lagi lama berkecimpung dalam rawatan Islam berbanding dengan Nizam.

“Saya macam yang beritahu dulu lah.”

“Bagaimana sekarang?”

“Baik.”

“Apa hal Nizam, hubungi saya pagi-pagi ni?”

“Begini Man, saya ada pelan untuk berniaga emas.”

“Macam mana tu?” Sulaiman adalah kawan rapat Nizam. Dia tahu hal Nizam sakit-sakit dan buat keputusan untuk berhenti menjadi perawat. Jadi dia hanya mahu tolong beri pandangannya bagi membantu sahabatnya ini yang dalam kesusahan.

“Beli emas terpakai.” Terang Nizam.

“Oh, dah ramai yang buat busines ni Nizam.”

“Ya.” Nizam setuju. Apa yang dia fikir ialah tentang harga emas semakin naik berbanding komoditi-komoditi lain. Maka dia boleh ambil beza harga sebagai untung. Dia yakin busines ini tak akan jatuh selagi harga emas naik dan emas ada bekalan dalam pasaran.

“Begini Nizam, jika awak serius nak niaga emas, saya ada seorang kenalan di Shah Alam yang tahu buat perkara-perkara seperti ini. Nanti saya WhatsApp nombor dia”.

………………………………………………………….

Dari Batu Caves ke Shah Alam mengambil masa 40 minit melalui NKVE. Nizam telah hubungi Adnan meminta izin darinya untuk menasihati tentang perniagaan emas terpakai.

“Saya kawan Ustaz Sulaiman di Klang. Perawat Islam”

“Boleh kita jumpa? Saya nak tahu berkenaan perniagaan emas terpakai.”

“Oh, Ustaz Sulaiman.” Adnan bila disebut nama Ustaz Sulaiman terus mesra. Pada awalnya dia menyangka orang nak jual emas. Dia amat teliti dalam membeli emas. Ustaz Sulaiman pernah memagar premis perniagaannya di Seksyen 9 di Shah Alam. Alhamdulillah, sekarang agak ‘sejuk.’ Dulu pekerja-pekerjanya asyik gaduh.” PERNIAGAAN EMAS ADNAN. Itulah nama syarikatnya yang didaftar dengan SSM.

Dia sekarang boleh dikira sebagai jutawan. Sebulan dia membeli emas terpakai dan surat pajak dalam lingkungan RM500,000. Ada satu lagi cawangan perniagaanya di Klang.

Dia dulu hanya kuli kepada peniaga lain. Selepas pemilik perniagaan emas itu bergaduh dengan pekongsinya, dia telah membeli syarikat perniagaan emas terdahulu dan menukar nama kepada PERNIAGAAN EMAS ADNAN.

Dia mempunyai 6 orang pekerja. 4 di Shah Alam dan 2 di Klang. Di Shah Alam dia menyewa di tingkat 2 dan di Klang dia menyewa di tingkat 1.

Adnan yang berasal dari Kelantan amat meminati emas. Dia tak lulus tinggi dalam pelajaran. Dia ketika merantau di Lembah Klang, tiada pilihan melainkan bekerja sebagai kuli dengan syarikat emas yang dia beli. Ketika itu dia tiada pekerjaan. Dia kenal bos itu melalui rakannya seorang ‘mat ganu’.

…………………………………………………………..

Terpampang besar PERNIAGAAN EMAS ADNAN di Seksyen 9. Ia membuat semangat Nizam berkobar-kobar untuk menjadi peniaga emas.

Dia lihat beberapa orang lelaki di bawah premis itu duduk atas kerusi. Ada yang menegur beberapa orang yang lalu-lalang di depan kedai pajak.

“Oh, begini niaga emas terpakai sebenar.”, Nizam rasa apa yang dia baca dalam blog dan facebook tak sama dengan apa yang berlaku di dunia sebenar.

“Dik, boleh saya jumpa Adnan?” tegur Nizam kepada lelaki dewasa atas kerusi itu yang sambil memegang kad-kad perniagaan. Nizam malas untuk hubungi sekali lagi Adnan bimbang seolah-olah mendesak. Sedangkan dia baru kenal Adnan secara telefon sahaja.

“Dia keluar makan sekejap.”

“Oh, ya juga waktu makan tengah hari sekarang”.

“Tak per nanti saya hubungi dia.”

“Terima kasih dik.”

Nizam harap bila dia bersua dengan dia akan menimba selombong ilmu emas.

Pasir Emas

 

BAB 3: REMAN (SIRI 1) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1]

Bunyi Sci-Fi iPhone milik Tengku Kudin berbunyi ketika dia sedang menyiapkan penghujahan bagi kes litigasi tanah yang dia sedang kendalikan. Dia slipe the answer bagi menjawab panggilan itu.

“Tolonglah Tengku! Suami saya di tahan polis!”, suara perempuan dalam kecemasan.

“Maaf, siapa ni?” Tanya Tengku Kudin. Dia sendiri malas untuk kendalikan kes jenayah kerana klien-klien jenayah penuh karenah.

“Saya Zaleha yang Tengku buat perjanjian rumah flat di Batu Caves dulu.”

“Nanti, awak yang datang dengan suami bernama Nizam tu ker?”. Tengku Kudin kuat ingatannya. Dia telah mengendalikan puluhan ribu kes litigasi dan pindah-milik hartanah. Dia menduga nama-nama melalui ingatannya.

“Ya! Ya! Tengku.”

“Saya dah lama tak buat kes jenayah.”

“Tolonglah! Akak tak kenal peguam lain.”

“Bila dia ditahan?” Tanya Tengku Kudin. Kesian pula bila mendengar suara cemas dan dalam keadaan menangis.

“Pagi tadi.”

“Nanti kita jumpa di pejabat saya”.

………………………………………………………

Tengku Kudin adalah kerabat Istana Terengganu. Arwah ayahnya memiliki sawmill dan perniagaan balak. Namun semua perniagaan ayahnya diletak atas nama proksi-proksi tokey Cina.

“Orang Melayu kuat dengki.” pesan arwah ayahnya ketika Tengku Kudin bertanya kenapa ayahnya hidup sedang-sedang sahaja namun duit tak pernah putus.

“Ayah ada perniagaan balak”.

Tengku Kudin sudah 13 tahun menjadi peguam. Dia hanya sempat bekerja makan gaji di syarikat guaman di Terengganu 3 tahun. Selepas itu dia berhijrah ke Lembah Klang membuka syarikat guamannya sendiri. KUDIN & CO, nama syarikat guamannya yang diluluskan oleh Majlis Peguam. Sudah 10 tahun syarikat guamannya beroperasi. Mula-mula buka dulu agak perit juga mencari klien. Selepas namanya disiarkan dalam surat khabar menang kes sebanyak RM1 juta bagi saman seorang jurutera dibuang pekerjaan. Berita juga keluar dalam internet. Asyik-asyik orang call sahaja selepas itu.

Tengku Kudin juga pakar kes litigasi tanah. Pensyarahnya penah berpesan. “Orang semakin ramai. Tanah sama sahaja tapi kepadatan orang itu membuat harganya melambung. Bayangkan dahulu tanah di Bangi dalam RM10 per square foot sekarang dah melambung menjadi RM80.”

Tengku Kudin tak meminta bantuan keluarganya untuk membina KUDIN & CO. Duit dia bina syarikat guamannya hasil dia bekerja 3 tahun di Terengganu. Dia pandai menyimpan. Walau pun dia kerabat dia suka bergaul dengan orang-orang susah. Dia diajar oleh ayahnya agar berdikari. Kenalan-kenalannya sendiri adalah golongan bawahan. Pernah dia ditawarkan menjadi panel peguam sebuah anak syarikat yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Terengganu tapi dia menolak. Dia suka cabaran. “Biar aku buktikan bahawa walau aku kerabat, aku boleh membina hidup sendiri.” ujar dia kepada abangnya seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.

Satu sudut kehidupan Tengku Kudin adalah dia pantang lihat wanita berkulit licin. Dia akan menghampiri. Dia kesepian selepas isterinya kematian akibat kidney failure. Cintanya hanya untuk Halimah. Halimah adalah orang kebanyakkan. Dia jumpa di Terengganu ketika mengendalikan kes sivil milik ayahnya. Tapi pelik juga dengan wanita-wanita genit yang dia kenali bila ajak kahwin mereka tak mahu. Ada yang hanya nak duit. Ada kaki makan. Asyik nak makan di hotel-hotel mewah. Tengku Kudin masih belajar memahami wanita-wanita seperti ini. Dia cuba memahami.

Selain wanita, Tengku Kudin juga peminat kereta. Selepas 5 tahun membina syarikatnya dia berjaya beli kereta Ferrari 458 Italia 4.5 tahun 2011. Walaupun kereta itu seconhand , enjinnya masih baik. Kereta itu juga menjadi tarikan kepada wanita-wanita genit. Macam besi berani, fikir Tengku Kudin.

KUDIN & CO beroperasi di Wangsa Maju. Mempunyai 3 orang kerani. Ia adalah pemilikan tunggal. Tengku Kudin sukar mempercayai orang. Ada kawan-kawannya yang mempunyai rakan-kongsi akhirnya bergaduh dan berpecah. Tengku Kudin malas memikirkan itu semua.

Bilik pejabat milik Tengku Kudin agak besar. 3 orang keraninya diletakkan di luar. seorang sebagai receptionist dan 2 orang lagi kerani litigasi sepenuhnya. Kadang-kadang receptionist ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja litigasi jika kerja banyak.

Dia berpesan kepada receptionist jika ada orang mahu jumpa cucuk dulu di terminal kad kredit atau debit bagi bayaran konsultansi. Fi konsultansi Tengku Kudin RM500 bagi satu lawatan. Dia kadang-kadang tak ambil kisah sangat pasal fi konsultansi terutama bagi orang susah. Bagai taiko-taiko dia pastikan fi konsultansi dibayar terlebih dahulu sebelum jumpa.

Bagi Tengku Kudin turun-naik Mahkamah adalah satu kepuasan baginya. Ramai kawan-kawan peguamnya yang dah jemu untuk turun-naik Mahkamah bila dah cecah umur 30 tahun lebih. Memikirkan masalah orang adalah satu latihan otak kepadanya.

Pasir Emas

BAB 2: NIAGA EMAS (SIRI 3) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1] 

Nizam yang mempunyai pengetahuan tentang Islam selalu ditolak ke depan untuk jadi imam di surau flat. Dia amat meminati ayat-ayat al-Quran tentang mistik dan ghaib. Malam ini Nizam membaca potongan Surah al-Baqarah selepas al-Fatihah bagi solat Maghrib. Usai solat dia bersembang dengan jemaah surau. Pak Mail yang menyewa di tingkat 4 flat bertanya hal Nizam tentang masalah anak perempuannya yang terkena gangguan histeria di sekolah.

“Apa harus dibuat terhadap anak aku ni, Nizam?”

“Minta air penawar dengan mana-mana perawat. Saya dah lama pencen merawat.”, balas Nizam.

“Awak jangan mengalah bila dah sakit terus berhenti merawat.”, desak Pak Mail.

“Saya ingin buat benda lain lah Pak Mail”, jawab Nizam.

Nizam tahu Leha mesti tidak suka jika menjadi perawat semula. Oleh itu dia mesti berhati-hati dengan kawannya ini yang dia kenal bila mereka sekeluarga pindah ke flat.

“Boleh awak rekemen saper-saper yang boleh bantu anak aku ni?” Pak Mail tahu, Nizam mempunyai kenalan dan jaringan perawat Islam. Dia dapat tahu bahawa ada perawat-perawat yang rujuk kes kepada Nizam jika mereka tidak dapat merawat. Nama Nizam agak tersohor dulu. Dia tahu hal Nizam sakit-sakit. Dia kesian juga dengan Nizam. Dia tak mahu tanya berkenaan hal kerja Nizam. Dia ingin jaga perasaan kawan suraunya ini yang sudah lama menganggur.

“Cuba rujuk Darussyifa’ di Bangi.” Jawab Nizam ringkas.

Pak Mail tahu Nizam bukan orang sembarangan. Sakitnya sendiri dia dapat ubat. Namun Nizam telah berputus asa dengan rawatan Islam.

“Baik. Nanti aku cari di Bangi.” Balas Pak Mail.

………………………………………

Selepas solat Isya’, Nizam sekeluarga menikmati masakan ikan patin masak gulai tempoyak. Leha lebihkan gula dan tempoyak. Bukan setakat rasa kuahnya lemak tetapi juga manis-manis sedang. Leha juga masak rendang tok daging impot yang ada dalam peti sejuk. Dia tahu Nizam menggemari masakan Perak asli. Kedua-dua orang tua Nizam berasal dari Perak juga. Tetapi mereka berpindah ke Pontian selepas ayahnya ditugaskan sebagai guru di sana.

Sesudah makan mereka berehat di ruang tamu. Dolah dan Kadir asyik bermain hanset.  Nizam tak tahu samada dia atau Leha yang harus membuka cerita pasal niaga emas. Jika dia buka cerita ini terlebih dahulu dia bimbang ditegur oleh isterinya. Isterinya sedang melipat pakaian-pakaian.

“Abang dapat idea dari mana nak niaga emas terpakai?” Leha membuka bicara.

Sejuk hati Nizam selepas mendengar pembuka bicara isterinya.

“Abang baca blog dan facebook.”

“Abang tahu tak Kak Timah di tingkat 3 rumah kita tu kena scam dengan peniaga yang dia kenal online.”

“Abang tahu.” jawab Nizam. Dia sendiri faham perkara-perkara seperti ini. Perniagaan online belum matang lagi di Malaysia. Entah berapa juta pengguna online dan berapa yang telah menjadi mangsa scammers.

“Biar polis sahaja ambil tidakan terhadap scammers.”

“Abang bukan nak niaga online tapi busines fizikal.” Nizam mula membuka cerita tentang hasrat hatinya yang meluap-luap.

“Abang beli emas secara fizikal dari orang yang nak jual emas terpakai.” Tambah Nizam.

“Ada juga orang yang tak dapat tebus emas yang mereka gadai kat kedai pajak.”

“Abang tak lihat ke banyak iklan ditampal di jalan-jalan raya tentang beli emas ini?” Leha cuba memahami stategi niaga emas lakinya.

“Abang tak akan buat iklan di tempat-tempat itu.” Balas Nizam.

“Abang iklan online di facebook.” Nizam mula membuka rahsia niaganya secara iklan online. “Orang-orang yang berhajat itu akan cari abang. Abang hanya target di Batu Caves sahaja.”

Nizam tak mahu menyatakan modal pusingan yang diperlukannya kepada Leha. Dia mahu melihat sejauh mana Leha sendiri berminat untuk membantunya.

“Abang nak beli emas terpakai tu macam mana kalau tak ada modal?” Tanya Leha. Nizam sendiri tak tahu dari mana sumber modal yang dia hendak dapat. Setakat dia tahu Leha juga tiada duit.

“Abang cuba pinjam dari kawan-kawan flat kita.”

“Kalau busines abang gagal lagi, abang tak malu ke dengan orang flat kita?”

“Abang tahu. Tapi takkan abang nak menganggur lama-lama. Dah 3 tahun.”

“Abang perlu cuba.” Jawab Nizam penuh yakin.

“Berapa modal yang abang perlu?” Tanya Leha. Soalan ini telah membuatkan hati Nizam sedikit gembira. Paling kurang mungkin duit itu dari duit gaji Leha kerja sebagai pembantu warung Kak Teh.

“Dalam 40 ribu juga.”

“Wah! Banyak tu bang.”

“Beginilah bang. Di samping saya balik kampung semalam, saya juga ada usahasama dengan adik-adik pelihara lembu.” Tambah Leha bagi menghiburkan hati suaminya. Hal ini Nizam tak tahu. Sudah 3 tahun dia tak balik kampung Leha. Asyik Leha jer yang jamu dia nasi. Malu dia kepada keluarga Leha.

“Abang beri masa pada Leha adik-beradik jual lembu-lembu yang dah besar.”

“Lagi pun sekarang dah hampir musim raya.”

“Baiklah. Asal dapat keluar dari masalah saya sudahlah.”

“Saya janji akan pastikan ianya berjaya.”

………………………………………………

Malam itu Nizam tak bersuluk lagi. Fikirannya dihantui oleh projek emas yang dia hendak laksanakan. Dia amat gembira bila Leha mahu tolong bagi modal pusingan.

“Aku tak harus gagal lagi!”

Pasir Emas

BAB 2: NIAGA EMAS (SIRI 2) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1] 

Leha amat bergembira bila mendengar khabar Nizam mahu berniaga. Dia amat percaya jika lakinya dapat mengubat dirinya sendiri yang disantau, maka lakinya juga mampu bangkit kembali. Dia, pada asalnya, mahu bercuti di Pantai Remis dalam 5 hari. Namun dia telah memendekkan kepada 3 hari. Dia pun kesian juga tinggal Nizam dalam keadaan tak berduit. “Makan apa laki aku ni, 3 hari” dalam benaknya.

“Kenapa nak balik cepat sangat Kak Long?”, tanya Sudin adiknya.

“Akak ada hal penting dengan Nizam.”

“Apa halnya?” tanya balik adik bongsunya yang belum mendapat cahaya mata.

Leha segan nak beritahu kepada Sudin tentang rancangannya untuk niaga emas kerana dia bimbang Nizam gagal lagi.

“Akak nak balik tengok rumah yang dah 3 hari tinggalkan.”

“Lagi pun Kak Teh kekurangan pembantu kedai sekarang. Si Ramlah tu balik kampung ada kenduri adiknya”, sambung Leha.

………………………………………..

Perjalanan dari Pantai Remis ke Lembah Klang mengambil masa 3 hingga 4 jam sejauh 180 KM dengan kereta Proton Wira 1.5GLnya. Kereta ini Leha beli di syarikat kereta terpakai dengan harga RM4,500. Pada awalnya meragam. Leha minta mekanik berhampiran rumahnya untuk baiki alhamdulillah sekarang enjinnya tahan lasak walau berjalan jauh. Mekanik pesan jaga minyak injin, timing belt dan minyak gear. Servis bila dah sampai masa. Kereta ini dia beli hasil berkerja sebagai pembantu warung kedai makan Kak Teh. Kak Teh tinggal di satu flat dengannya. Dia agak cemas juga bila perniagaan Nizam merudum dan dia sakit-sakit. Leha bertekad tak akan guna duit RM200,000 bahagian pusakanya. Dia mahu guna untuk bila dalam keadaan terdesak dan boleh menggandakan wang asasnya. Dia bimbang jika wang ini hangus maka mereka tiada sumber lagi untuk mendapat wang sebegitu besar.

Dolah pandu kereta dengan tenang. Kereta di lebuhraya PLUS tak begitu sesak kerana sekarang bukan musim cuti.

“Abang, kami dalam 30 minit lagi sampailah.” beritahu Leha selepas missed call 2 kali.

“Kenapa tak angkat call tadi.” tanya Leha bimbang apa-apa terjadi kepada suaminya.

“Abang tertidur.” jawab Nizam.

Tepat jam 12 tengah hari mereka sudah sampai ke Batu Caves.

………………………………………..

“Nah bang! Durian orang kampung kirim”. Sambil Leha ambil guni berisi 5 biji durian dari tangan Kadir.

“Abang nak beli emas terpakai lah, sayang.” Di dalam kepala Nizam segala-galanya emas. Bahkan fikirannya sekarang adalah apa yang disentuhnya menjadi emas.

“Kalau yer pun sabar lah dulu. Kami penat ni”. Getus Leha.

“Abang makan dulu durian yang orang kampung bagi ni.” Sambung Leha. “Warnanya pun macam emas kan bang?” perli Leha. Nizam hanya mampu senyum bagai kerang busuk. “Ah! Dah terkena.” Telah Nizam.

Leha goreng ikan pekasam Pantai Remis. Dia singgah beli di gerai berhampiran rumah Sudin dalam perjalanan balik ke Batu Caves. Lauk lain dia beli di RnR yang sudah siap dimasak. Ikan sungai masak tempoyak pun ada. Dia hanya panaskan sahaja.

Petang itu mereka makan bersama. Nizam makan dengan lahap sekali macam orang kebulur. Dia gemar makan masakan Leha dan dia sendiri malas masak walau ada daging impot dalam peti sejuk yang ditinggalkan Leha. Leha disukai oleh Kak Teh kerana pandai masak. Leha menjiwai selera Melayu asli. Kak Teh sangat bimbang jika Leha berhenti kerja dengannya. Sejak Leha berkerja dengannya perniagaan dia semakin maju.

“Bang, malam ni kita bincang apa yang abang beritahu saya.” ujar Leha bila lihat Nizam tersandar kekenyangan.

“Ayah mesti buat due diligent dulu sebelum ceburi apa yang ayah nak buat.” sambung anaknya Kadir. Kadir ada ambil paper tentang pengurusan perniagaan semasa di universiti. Nizam menjadi bersemangat apabila anaknya dan isterinya memberi perhatian kepada hasrat hatinya untuk niaga emas.

“Paling penting, ayah mesti tahu apa yang ayah nak buat.” tambah Dolah.

“Yer lah! Tak sia-siakan ayah hantar kamu berdua ke universiti.” balas Nizam. Dia cuba selindung perasaan gembira dalam hatinya. Ditinggalkan seorang selama 3 hari membuatkan tekanan yang terkata kepada dirinya. Dia bukan setakat tiada siapa untuk bicara namun juga dihimpit masalah kewangan. Leha lah yang membantunya apabila dia dapat masalah. Tanpa Leha hidupnya amat merumitkan.

Leha pula, dia bukan setakat sanjung semangat juang lakinya tetapi itulah insan yang dia sangat sayang selepas kedua ibu-bapanya meninggal. Dia tahu lakinya amat menyayanginya. Ini terbukti ketika Nizam tengah terkenal waktu menjadi perawat; ada juga pesakitnya yang datang dari Pahang dan merata tempat dan negeri. Dia tak endahkan godaan pesakitnya. Pernah Nizam rawat artis wanita terkenal tanah air. Sembuh. Nama Nizam makin terkenal. Selepas dilambung tinggi Nizam terjatuh sebawah-bawahnya. Perit.

 

 

Pasir Emas

BAB 2: NIAGA EMAS (SIRI 1) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1] 

‘Tuttt! Tuttt! Tuttt! Tuttt!’ Hanset Leha berdering. ‘Kadir!’ ‘Kadir! Jerit Leha dari bilik mandi. ‘Hanset siapa yang berdering tu?’

‘Hanset mama!’ Kadir yang sedang bermain hanset lantas pergi melihat missed call di hanset Mamanya. ‘Ayah, Mama!’ Laung Kadir yang berada di ruang tamu.

‘Apa pula laki aku ni telefon di pagi hari?’ Fikir Leha sambil mengelap tubuhnya yang mongél dalam bilik mandi. Leha keluar dari bilik air dengan berkemban batik Jawa dan kepalanya dilitupi tuala putih.

Leha menuju ke ruang tamu. Mengambil hansetnya. Dia menekan nombor lakinya yang telah disimpan.

‘Ya, Bang. Ada apa call saya ni?’

‘Sudin dah macam mana?’

‘Sihat Bang, dia makan ubat dari hospital’

‘Sayang, abang ada pelan untuk niaga mas’

‘Abang dah fikir masak-masak ker?’ Jauh dari sudut hati Leha dia gembira. Namun dia bimbang jika lakinya gagal lagi.

‘Banyak kali abang gagal dalam bisnes. Kalau abang tak meniaga macam mana abang nak bayar instalment rumah. Nak bayar kad kredit lagi. Bimbang juga muflis’.

‘Tahu pun. Pilih yang terbaik bang. Jangan orang agah, abang terus naik semangat.’

‘Nanti bila sayang balik, kita bincang’.

‘Ok.’ Leha terus meletakkan hansetnya.

………………….

Nizam cuba tidur selepas meditasi. Namun tidurnya terganggu seperti ada orang menolak-nolaknya. Dia sendiri tak terlelap. Perasaan letih dan mengantuk hilang selepas dia membaring di atas katil. Katil ini menyaksikan hubungan kelaminnya dengan Leha sudah tak  semesra dulu.

Dia kenal Leha semasa berkerja sebagai kerani pejabat 26 tahun lepas. Leha berkulit putih. Bertubuh ramping, pada masa itu. Ramai juga lelaki bujang cuba himpit Leha. Dia juga yang dapat. Dia sapu minyak pelet yang diberi oleh bekas rakan sekolahnya di Pontian, pada tangan Leha sewaktu dia buat-buat tertanya masalah kerja pejabat. Sewaktu Leha mula-mula masuk ofis itu dia seperti rusa masuk kampung. Selepas 5 minggu Leha menyingga. Puncanya ada orang letak surat cinta dalam lacinya ketika dia keluar makan tengahari.

Dia pernah mengajak Leha keluar makan. Suatu hari bosnya panggil dia masuk ke bilik. ‘Kau nak kerja atau mencari jodoh di sini?’. Cukup halus soal bosnya, tertusuk hati dia yang sudah jatuh cinta dengan Leha. Sejak hari itu dia tidak menyapa Leha. Dia terfikir siapa dalang yang membocor hal dia dan Leha kepada bosnya. Selepas kahwin dia ada tanya Leha tentang hal ini. Leha kata tak tahu. Dia keluar ofis itu sebulan selepas disergah bos. Sudah nak jadi jodohnya dengan Leha, bakal bininya itu mencarinya di rumah flat bujangnya. Bawa kek harijadinya yang ke 25. Setahun selepas itu mereka kahwin di Pantai Remis.

Malam itu Nizam google lagi tentang emas. Tiada yang menarik melalui google. ‘Ah, cuba di facebook!’ Fikir Nizam yang sudah 2 tahun tak buka facebook. Asyik ditanya rakan-rakan buat apa sekarang bila dia buat posting di facebook. Dia taip ‘niaga emas’. Ada bermacam-macam tentang niaga emas samada di posts from friends, places, groups, pages, public posts dan people. Dia amat tertarik dengan seorang komen seorang pengamal mistik yang berujar bahawa ada ritual ‘tarik emas’ di ruang posting ustaz yang menulis pasal emas seperti dalam al-Quran dan hadis. Ada juga yang komen bahawa emas mempunyai masa depan yang cerah bagi menstabilkan ekonomi berbanding fiat money. Nizam buka Wikipedia dan cari makna fiat money dan dia copy-paste di google translate. Dia yang belajar setakat Tingkatan 6 dan lulus STPM tahu juga bahasa Inggeris dalam 70% kandungan Wikipedia. Dia kembali kepada facebook. Dia membaca semua yang berkait dengan niaga emas.

‘Apa kata kalau aku cari pelabur. Kemudian beli emas terpakai dari peniaga emas terpakai dan pembeli surat pajak. Kemudian jual kepada kilang emas di Pulau Pinang?’ Fikir Nizam. Dia tahu ada kilang di Pulau Pinang selepas dia pergi ke kedai emas di Pontian untuk beli gelang emas kepada Leha. Dia ada tanya tokey emas itu beli di mana. Dia jawab dari Pulau Pinang.

Nizam tak dapat tidur malam itu selepas menemui cara untuk berniaga emas. Dalam benaknya berapa aku akan untung. Lagi penting bagaimana untuk dapat modal. Seolah-olah dia sudah tokey emas. Dalam kepalanya sarat tentang emas. Leha tiada untuk dia luahkan. Kawan-kawan sudah lama tidak menghubungi dia. Tiada teman bicara. Melainkan Lutfi. Lutfi bukan tahu pasal emas. AP dia tahulah. Itu pun dia sendiri pakai kereta Proton Saga lama. Hanya Leha dia percaya. Rawatan Islam, madu dan lauk-pauk segar adalah cerita lama. Dia ingin menguak pintu rumah baharu dalam hidupnya. Leha.

——————- Bersambung ———————-

Klik di sini untuk siri sebelumnya.

Pasir Emas

BAB 1:  SULUK (SIRI 2)

Hujan turun berderai di Pantai Remis. Langit di Pantai Remis selalu menangis. Rumah kampung peninggalan arwah orang tuanya beratap bata mengalunkan muzik yang menenangkan jiwanya yang bergelodak. Leha tipu Nizam balik kampung kononnya adik dia, Sudin, sakit. Pusaka beserta tanah 1 ekar ini jatuh kepada Sudin. Leha dapat bahagian lebih besar tanah nenek mereka, Tijah, sebagai penyelesaian pembahagian pusaka. Mereka selesai pusaka secara baik.

Alhamdulillah, hal pusaka keluarga mereka selesai secara baik. Tanah nenek mereka 3 ekar lebih dijual dalam RM746,000. Adik beradik mereka 6 orang. Leha dapat dalam RM200,000. Karim, Sulaiman, Tipah, Latif dan adik bongsu mereka Sudin masing-masing dapat dalam RM100,000. Selepas tolak kos peguam. Ada adik-adiknya yang dapat kebun durian di Slim River, ada yang dapat tanah getah dan ada yang dapat kereta Volvo 120 B18. Bagi Latif Volvo antik peninggalan ayahnya lebih bermakna dari duit dan aset lain. Dia cukup rindu dengan ayahnya yang banyak mengajar dia erti hidup. Dia mahu agar Volvo itu bergerak sebagaimana arwah ayahnya bergerak dalam menongkah arus hidup. Volvo antik itu pun masih hidup.

Dengan duit ini Leha simpan. Dia tidak pernah beritahu Nizam. Walau Nizam tanya dia bohong Nizam kata duit itu dia guna untuk bayar anak-anak belajar universiti. Dolah belajar arkitek di UiTM. Kadir belajar civil engineering di UM. Anak kembar mereka ini telah grad tahun ini. Tapi masih mencari kerja. Dolah ditawar kerja di Sepang tapi Leha tak benarkan kerana jauh. Dia bimbang jika ketika bermotosikal, anak kembar sulungnya jatuh motosikal. Kadir pula ada pergi interview di sebuah syarikat pembinaan di The Intermark tapi sehingga kini tiada panggilan dari syarikat itu samada dapat atau tak dapat kerja.

Leha amat faham perangai lakinya. Jika dia tidak WhatsApp minta bayar instalment, Nizam tak akan berusaha cari kerja. Dia hanya mahu lakinya menjadi seperti dulu. Dalam RM5,000 sebulan, Nizam boleh dapat semasa menjadi perawat Islam.

Leha tahu Nizam sakit. Dia agak kecewa selepas lakinya menjadi mangsa tuju-tuju. Ada orang lebih power darinya. Mungkin pesakit-pesakit yang datang kepadanya angkara buatan bomoh lebih power darinya. Lakinya sejak kebelakangan ini menjurus kepada memahami kebatinan Melayu dan Jawa. Dia belajar sendiri cara merawat orang dengan membaca buku-buku Harun Din dan Amran Kasimin. Tok Ngah pula bukan orang sembarangan. Silat Melayu, 5 jenis dikuasainya. Dia juga memiliki senapang patah. Tengku Hitam kerabat Istana Bukit Chandan ada juga mengajaknya memburu rusa. Dia tahu ‘kerasnya’ hutan.

Nizam ada mewarisi sebilah keris dari Tok Ngah. Katanya, pernah diguna oleh Hang Tuah. Leha pernah lihat ketika Nizam bersuluk, pintu bilik terbuka bila Kadir yang berumur 12 tahun mencari ayahnya, Nizam sedang memperasapkan keris dengan dupa. Nizam lupa kunci bilik suluknya. Selalunya dia kunci dan menyendiri.

Hasil kerja sebagai pembantu kedai makan bawah flat, Leha dapat dalam RM800 sebulan. Sejak Nizam jatuh dalam niaga Nizam selalu minta duit dengan Leha. Dia kadang-kadang marah dan terusik dengan perangai lakinya. Perasaan cintanya pada Nizam tak pernah berubah. Marah dan terusik bertukar menjadi kesian bila melihat nasib Nizam. Pernah dia ajak Nizam berubat namun Nizam menolaknya. ‘Bang, jangan ego sangat yang abang tu perawat juga’. Tegur Leha. ‘Biar saya rawat sendiri’. Jawab Nizam. Dulu Nizam ada muntah-muntah darah. Tubuhnya yang gempal menjadi kurus. Mereka ada ke hospital tapi pakar kata tak jumpa puncanya. Leha lihat Nizam sudah tidak muntah darah. ‘Hebat juga laki aku ini’. Telah Leha.

Dia yang nasihatkan Nizam berhenti jadi perawat Islam. Dia bimbang keselamatan lakinya. Nizam terpaksa akur bila dia terkena. Lagi pun sakit dia sudah menjadi bualan ramai orang. Pada awalnya dia cuba menghadapinya dengan merawat sendiri. Pesakit makin berkurang bila cerita dia sakit tersebar.

Leha pernah nasihatkan lakinya jadi pengawal keselamatan bila muntah darahnya semakin berkurang. Nizam pula tak mahu. ‘Buat apa jadi pengawal keselamatan. Gaji tak setimpal.’ Gaji yang ditawarkan RM1,500. ‘Lebih baik berniaga sendiri.’ Sambung Nizam. Nizam memang kaki bisnes. Pernah dia cuba berniaga madu. Madu tak asli pula rungut orang. Dicubanya pula jadi pengedar lauk-pauk segar ke kedai makan. Ramai pesaing pula. Ada yang dah ada supplier.

Leha tahu lakinya akan bangkit. Kebolehannya merawat diri sendiri itu meyakinkan Leha bahawa lakinya bukan orang sembarangan. Darah Tok Ngah mengalir dalam dirinya. Dalam diam dia akan guna duit pusaka RM200,000 jika lakinya ingin berniaga lagi.

—————— Bersambung —————

Klik di sini untuk siri sebelumnya.

Pasir Emas

BAB: 1     SULUK (SIRI 1)

Hidup Nizam membara api cita-cita. Menjadi seorang jutawan bahkan bilionair bumiputera dalam senarai The Edge 10 teratas. Dia berteleku di atas sejadah empat lapis. Hitam di bawah. Merah di atas. Di atas merah, putih. Di atas putih, kuning. Lampu di bilik suluknya ditutup. Hanya pelita ayam bercermin yang diimpot dari China yang dia beli dari kedai Cina di pekan.

Dia sangat taksub dengan Ketuanan Melayu namun dalam diam mengintip rahsia niaga Cina. Sambil berkumat-kamit membaca mentera Melayu lama yang dia perolehi dari datuknya, Tok Ngah, yang mengajar dia pusaka Melayu. Dia memetik Cricket yang tahan 1000 kali petikan. Arang dibakar. Apabila arang telah membara, perdupaan ditabur kemenyan. Bau wangi kemenyan memenuhi ruang suluk Nizam. Sambil membaca mentera dengan penuh semangat agar dia boleh menjenguk Alam Sebelah. Apa yang boleh menyatakan hasratnya yang sudah 2 tahun dihantui surat-surat hutang kad kredit Maybank. Semakin simpan semakin menggunung. Bak Gunung Semanggol. Sambil memejam mata dan mulut berkumat-kamit. Dia memejam mata. Di dalam meditasinya itu dia melihat Gunung Semanggol bertukar menjadi emas. Ada suara-suara membisik ke telinganya “Niaga emas”, secara halus tapi cukup menusuk sanubarinya. Semakin laju dia berkumat-kamit, semakin menggunung dan besar Gunung Semanggol emas. Tiba-tiba pelita ayam Cina di depannya terpadam. ‘Tik!’ Lampu kalimantan dalam biliknya seperti dibuka orang. Cerah.

“Gunung emas?’ tenungan hati Nizam. “Niaga emas?” getus hatinya. ‘Apa makna semua ini?’ soal Nizam dalam diam. Malam itu dia bersendiri. Isteri, Leha dan anak-anaknya, Dolah dan Kadir balik ke kampung di Pantai Remis. Dia sengaja tak balik kampung untuk mencari jalan bagi menyelesaikan hutang-hutangnya yang bertepek bak panau dan kayap di badan. Dia pun ada selisih faham dengan Leha berkenaan instalment rumah flat yang didaftar atas nama bininya. Dia tak layak untuk buat pinjaman. Bininya selalu memarahi dia, sudahlah pinjaman atas nama dia instalment pun Nizam tidak pernah bayar sejak kebelakangan ini.

Dulu Nizam seorang perawat Islam. Duit masuk berkepok-kepok. Pesakit tak berhenti-henti datang. Dia menjadi tidak semangat untuk merawat lagi selepas diri dia pula terkena tuju-tuju. Dia membeli kitab-kitab Nusantara lama yang menyentuh kebatinan Melayu dan Jawa. Nasihat dan ajaran Tok Ngah difikir semula. Sejak dia jatuh dalam berniaga, dia menyepi diri. Bersuluk. Dia tahu dia akan berjaya. Tapi bagaimana?

Dalam diam Nizam berazam dia boleh naik semula dalam perniagaan. Tapi dia perlu mencari cara dan niaga baru. Dia memerhati hansetnya. Ada WhatsApp dari bininya. ‘Bang, tolong bayar instalment rumah bulan ini.’ Nizam bertambah pening. Duit dalam dompet usangnya ada dalam RM5 sahaja. Di bank ada RM100. Kredit kadnya sudah dibatalkan oleh bank. Penyata kad kredit bulan-bulan sampai di peti pos bawah flat. Pernah dia bertengkar pasal instalment rumah dengan bininya. Bini dia dengan garang menghalaunya. Dia mengalah. Terpaksa pinjam dengan Lutfi rakan baik sebelah rumah. Dia pesan ‘Jangan beritahu bini aku’. Lutfi hanya mengangguk. Lutfi yang kerja syarikat kereta AP sebagai jurujual banyak membantu Nizam walaupun dia sendiri kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia kesian dengan Nizam yang sudah 3 tahun tiada kerja. Jika dikira sudah RM10,000 Nizam pinjam dengannya. Sedikit demi sedikit, lama-lama menggunung. Dia tahu hal kredit kad Nizam. Itu pun Leha cerita kepada Limah, isterinya.

Dulu mereka tinggal di rumah teres. Sejak jatuh perniagaan, Nizam sekeluarga mencari flat untuk tinggal dengan duit pusaka nenek Leha menjual tanah 3 ekar di kampung sebagai down payment dan yuran guaman. Leha bekerja sebagai tukang masak di kedai bawah pohon pauh berdekatan flat.

Hilang sebentar fokus Nizam selepas menerima WhatsApp bininya. ‘Tak kan aku nak pinjam lagi dengan Lutfi’. ‘Aku mesti berusaha!’. “Gunung emas?” “Niaga emas?”. Dia tiada pengalaman berniaga emas. Pernah dia dengar cerita betapa penjajah-penjajah asing datang ke Alam Melayu kerana emas. ‘Semenanjung emas atau Golden Chersonese ‘ , sewaktu dia belajar sejarah di Tingkatan 5 sekolah dulu. Dia tahu Pak Mail di pekan Pontian di kampungnya pakai kereta Mercedez hasil niaga emas. Kedainya agak kecil dan tidak begitu menarik tapi rumahnya banglo megah di simpang tiga.

Dia kemudian membuka Samsung Note 4 miliknya mencari kata ‘peluang niaga emas’. Dia jumpa iklan beli emas terpakai dan surat pajak. Dia cari lagi. ‘Niaga emas’. Dia jumpa cerita pasal ‘jongkong emas’. Tanpa modal. ‘Tapi bagaimana?. Dia mencari blog-blog terkini. Semuanya tentang jongkong emas. Dia melipatkan sejadahnya yang 4 lapis. Dupa sudah tidak mewangi lagi. ‘Masa untuk tidur’. ‘Besoklah aku google lagi.’

——————– Bersambung——————-

Klik di sini untuk siri seterusnya.