Pasir Emas

BAB: TENGKU KUDIN

Tengku Kudin, orangnya kacak dan kemas pakaiannya. Dia selalu memilih pakaian yang mempunyai makna dan sesuai dengan suasana. Berkulit sawo-matang. Ketinggian Tengku Kudin adalah 188cm. Berdada lapang, berbadan tegap dan kental. Bercermin mata Bofuz yang dia beli di Tokyo selepas puas dipujuk oleh seorang gadis genit Jepun yang menuntut ilmu Bahasa Inggeris di sebuah Pusat Bahasa yang dikenalinya di Pertama Kompleks. Tengku Kudin menjadi guru Bahasa Inggerisnya di situ ketika belajar di UIAM.

Akemi sangat lembut bahasanya dan berbudi bahasa seperti gadis Melayu. Gadis desa ini berumur 18 tahun ketika dikenalinya di Pusat Bahasa itu. Merantau jauh dari Yamanashi Prefecture, Barat Tokyo. Kedua orang tuanya tukang besi. Namun abang-abang dan kakak-kakaknya berniaga besar di Tokyo. Akemi memilih untuk tinggal di desa sahaja. Ketika di Tokyo, Tengku Kudin diajak oleh kedua orang tua Akemi untuk tinggal di desa dari kesesakan kota. Ketika di desa Engtengsentok (マウンテンフット) Tengku Kudin telah belajar bahasa dan budaya desa Jepun. Di samping pertukangan besi Samurai. Tengku Kudin bawa balik dua bilah pedang Samurai. Satu panjang dan satu pendek.

Tengku Kudin suka melabur di dalam negara dan luar negara. Ketika di Tokyo, Tengku Kudin telah melabur dalam syarikat percetakan milik kakak Akemi. Dengan itu Tengku Kudin tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak dalam bidang percetakan bagi KUDIN & CO. Tengku Kudin amat tahu bidang guaman dan kehakiman serta industri-industri lain memerlukan percetakan yang banyak dan perniagaan ini akan berkekalan. Industri keadilan adalah sangat diperlukan untuk kemajuan.

Tengku Kudin pernah menuntut ilmu silat di Terengganu. Oleh itu dia terdedah dengan ilmu senjata. Katanya kedua bilah pedang Samurai yang diperolehi oleh orang tua Akemi pernah diguna oleh Musyashi Miyamoto. Seorang lagenda Samurai dalam Sejarah Jepun. Sempat juga Tengku Kudin belajar asas gerak Samurai di desa Engtengsentok. Dengan asasnya, Tengku Kudin telah mencipta gerak sendiri. Begitu sifat Tengku Kudin. Begitu juga dalam silat.

Tengku Kudin memiliki berbilion deposit tetap di dalam Maybank dan Hong Leong Bank. Hasil keuntungan KUDIN & CO. dikembangkannya dan digunakannya untuk perniagaan lain. Tengku Kudin suka berzakat dan bersedekah. Hatinya terguris jika melihat orang susah.

Tengku Abdul Alim adalah bapa saudara Sultan Terengganu. Puas kerabat-kerabat Istana Terengganu memujuk Tengku Abdul Alim untuk tinggal di Kuala Terengganu. Namun Tengku Abdul Alim memilih desa terpencil untuk membesar anak-anaknya.

Di KUDIN & CO., Tengku Kudin suka berfikir dan memahami secara sufi hasil kerjanya. Syeikh Abdul Karim mengajar Tengku Kudin bahawa wujud makhluk yang dipanggil khadam ayat. Tengku Kudin berfikir pula jika begitu, adakah hasil kerjanya berkhadam?

BOLEH KAH PEGUAM MEWAKILI SAKSI ATAU SUSPEK (ORANG YANG DISYAKKI) KETIKA DISOAL-SIASAT POLIS DI BAWAH SEKSYEN 112 KANUN TATACARA JENAYAH?

1. Persoalan ini masih samar-samar kerana Seksyen 112 tidak menjelaskannya sejelas-jelasnya. Penulis telah merujuk kepada beberapa tulisan di website bagi melihat kekuatan hujah mereka yang berkata boleh diwakili peguam ketika saksi atau suspek ketika disoal-siasat polis di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah tapi tiada satu peruntukan yang jelas dan kuat bagi menyokongnya, dibawa.

2. Seksyen 112 adalah penting bagi saksi atau suspek kerana 112(2) KTJ menyebut “[s]uch person may refuse to answer any question the answer to which have a tendency TO EXPOSE HIM TO A CRIMINAL CHARGE OR PENALTY OR FORFEITURE”

3. Pihak polis boleh mengujarkan, dalam ketiadaan peruntukan yang jelas di bawah Seksyen 112 KTJ bahawa peruntukan Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah terpakai yakni ‘obstructing public servant in discharge of his public functions’ kerana kes masih di dalam siasatan. Yang mana peguam hanya berhak mewakili saksi atau suspek bila berlaku arrest (penahanan). Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut “[W]here a person is ARRESTED he shall be informed as soon as may be of the grounds of his arrest and SHALL BE ALLOWED TO CONSULT AND BE DEFENDED BY A LEGAL PRACTITIONER OF HIS CHOICE.” Dengan hak peguam untuk masuk dan mewakili suspek HANYA bila berlaku penahanan. Perkara ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

4. Oleh itu hak peguam untuk MEWAKILI SAKSI ATAU SUSPEK (ORANG YANG DISYAKKI) KETIKA DISOAL-SIASAT POLIS DI BAWAH SEKSYEN 112 KANUN TATACARA JENAYAH belum bermula kerana belum berlaku arrest (penahanan). Tetapi saksi atau suspek boleh lah merujuk peguam sebelum temujanji dengan polis bagi penyediaan keterangan di bawah Seksyen 112 KTJ. Peguam boleh menerangkan implikasinya kepada anakguamnya tentang hak-haknya di bawah seksyen ini.

5. Penulis mempunyai pengalaman bila ingin menemani anakguam hingga ke bilik siasatan polis memberi kebenaran bersyarat iaitu peguam (penulis) juga boleh diambil keterangan dan boleh dijadikan saksi bila kes dibicarakan. Ini bertentangan dengan Rule 28 Legal Profession (Practice And Etiquette) Rule 1978 yang mana jika peguam adalah saksi bagi kes yang sama maka peguam tersebut tidak boleh lagi mewakili anakguamnya dalam kes tersebut.

6. Kesimpulannya, tempat terakhir peguam boleh menemani anakguamnya bagi siasatan di bawah Seksyen 112 KTJ adalah di luar bilik siasatan polis atau di pejabatnya.

Pengenalan Kepada Undang-Undang Fitnah Di Malaysia

DEFINISI

Fitnah atau dalam Bahasa Inggerisnya “defamation” ditakrifkan oleh Black’s Law Dictionary sebagai “the act of harming the reputation of another by making a false statement to a third person“. Manakala menurut Gatley On Libel And Slander, 11th Edition, Sweet & Maxwell, muka surat 41 fitnah didefinisi sebagai “Any imputation which may tend to cause a person to be hated or despised is a defamatory of him.” Fitnah merupakan satu cabang bagi kes tort. Ia boleh juga menjadi criminal defamation dalam Penal Code.

JENIS-JENIS FITNAH

Fitnah terbahagi kepada dua iaitu “libel” (fitnah bertulis) dan yang keduanya adalah “slander” (kenyataan secara lisan yang tidak benar, biasanya bertujuan untuk memburuk-burukkan atau merosakkan nama baik seseorang).

Menurut Black’s Law Dictionarylibel” adalah “a defamatory statement expressed in a fixed medium, esp. writing but also a picture, sign, or electronic broadcast“. Manakala “slander” pula menurut kamus yang sama adalah “a defamatory assertion expressed in a transitory form, esp. speech“.

Jika kita merujuk kepada Akta Fitnah 1957 (Akta 286) khususnya kepada Seksyen 2 (Interpretasi) “wordsinclude pictures, visual, images, gestures and other methods of signifying meaning“.

ELEMEN-ELEMEN FITNAH

Untuk Plaintif berjaya dalam tuntutannya dalam kes fitnah mestilah membuktikan kewujudan 3 elemen seperti yang dibuat pemerhatian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Yang Arif Hakim Rosilah Yop dalam kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Wan Muhammad Azri bin Wan Deris [2014] 9 MLJ 605to succeed in defamation action the plaintiff has to establish that: (a) the statements are defamatory; (b) the statements must refer to the plaintiff; and (c) there must be a publication [by defendant].’

REPUTASI

Di dalam Carter-Ruck On Libel And Privacy, 6th Edition, LexisNexis, Butterworths, muka surat 17, disoalkan “what is reputation?“. Reputasi adalah “[r]eputation, in contrast, refers to the perception, opinion or judgment that others make of the person.”

GANTIRUGI-GANTIRUGI

Di dalam buku The Law Of Damages, LexisNexis, Butterworths menyatakan bahawa di antara gantirugi-gantirugi yang boleh dituntut oleh plaintif adalah ‘aggravated damages‘, ‘contemptuous damages‘, ‘general damages‘, ‘nominal damages‘, dan ‘special damages‘.

KE ARAH KELUARGA BERKASIH-SAYANG & RAHMAT (SIRI 1)

1. Hukum kekeluargaan Islam berkitar berkenaan hubungan suami dan isteri. Islam menentang hubungan sesama jantina. Bahkan Islam melarang keras hubungan secara sesama jantina. Perkara ini jelas dalam al-Quran iaitu berkenaan Kaum Nabi Luth a.s.

2. Sebelum wujudnya kekeluargaan; Islam mengajar seseorang itu terlebih dahulu perlu dididik oleh kedua ibu-bapanya. Sehinggalah seseorang itu telah aqil baligh, maka lepaslah tanggung-jawab ibu-bapanya. Namun di didikan ibu-bapanya masih diperlukan. Ia bukanlah bermaksud didikan ibu-bapa telah tamat. Ibu-bapanya sebagai kaunselor jika anaknya yang telah baligh perlu tunjuk-ajar kerana ibu-bapanya adalah orang yang paling hampir dan terpercaya kepada anaknya.

3. Al-Quran mengajar supaya wujud keluarga yang berkasih-sayang dan penuh kerahmatan. Kasih-sayang itu adalah kunci kepada keluarga bahagia. Tanpa kasih-sayang maka wujud kekeluargaan yang anarki atau kacau-bilau. Unit-unit kekeluargaan itu diikat melalui hati. Jika diputuskan ikatan itu maka sesebuah unit kekeluargaan akan dahagakan kasih-sayang.

4. Seterusnya, sesebuah kekeluargaan harus penuh rahmat. Dengan kerahmatan maka Alam Atas akan menurunkan rahmat yang pelbagai melalui kerahmatan. Antara kerahmatan itu ialah rezeki yang selalu didambakan oleh sesiapa sahaja tak kira samada seseorang itu beriman atau tidak. Dengan kerahmatan maka wujudnya kasih-sayang juga.

5. Kekeluargaan itu dibina melalui kasih-sayang suami-isteri. Sebelum wujudnya keluarga maka ada beberapa langkah untuk mewujudkan satu unit keluarga baharu. Pertama biasanya melalui mana-mana tradisi adalah “meminang” terlebih dahulu. Setepatnya, langkah pertama dalam tradisi Melayu adalah “merisik” sebelum melakukan peminangan yang secara formal.

6. Selepas peminangan maka dilakukan upacara perkahwinan. Bagi saya semasa acara perkahwinan adalah tidak salah dilakukan upacara bersanding. Bahkan saya dahulu ketika berkahwin kami juga bersanding. Ia telah menjadi adat Melayu. Adat ini diterima oleh Islam dengan syarat tidak bercanggah dengan norma-norma dan hukum-hukum Islam.

7. Ada beberapa perkara yang harus diambil-kira dalam perkahwinan iaitu; (1) al-zauj (suami) (2) al-zaujah (isteri) (3) wali (4) as-sighah ijab wa qabul (lafaz tawaran dan penerimaan (5) syahidain an nikah (dua orang saksi nikah) dan (6) mahr (mahar). Ini adalah elemen-elemen yang penting bagi perkahwinan.

8. Oleh itu bagi bakal suami dan isteri WAJIB mematuhi syarat-syarat ini. Jika dilanggar ia akan menyebabkan terbatalnya suatu perkahwinan menurut Islam. Islam mengajar umatnya mengikuti peraturan dan prosedur agar sebuah keluarga yang berkasih-sayang dan rahmat itu wujud. Perkara-perkara ini adalah perlu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni. Penulis akan membincang dengan lebih lanjut dalam siri seterusnya bagi menjelaskan lagi mengapa perkara-perkara ini adalah wajib.

Tekanan Perasaan (Mental Distress) dan Sakit Psikiatri (Psychiatric illness) Akibat Pecah Kontrak (Breach of Contract)

1. Jika merujuk kepada tajuk di atas, kedudukan undang-undang di Malaysia masih belum matang dalam hal ini. Saya cuba mencari kes-kes undang bagi menjawab kedudukan ini tetapi tiada kes yang menjawab secara jelas. Bahkan tiada undang-undang yang menjawab secara khusus.

2. Saya merujuk kepada Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 di mana disebut:

Section 74

(1) When a contract has been broken, the party who suffers by the breach is entitled to receive, from the party who has broken the contract, compensation for any loss or damage caused by him thereby, which naturally arose in the usual course of things from the breach, or which the parties knew, when they made the contract, to be likely to result from the breach.

3. Walaupun tiada dinyatakan dalam Akta ini di bahagian ILLUSTRATIONS namun difahami bahawa any….damage boleh mengambarkan bahawa ia termasuk gantirugi am (general damages) yang merupakan gantirugi bagi tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak.

4. Walaupun hanya tort-feasor (pelaku tort) yang berhak kepada ‘damage is suffered‘ (Seksyen 10(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) jika pecah kontrak pun dengan Mahkamah mengembangkan dan memberi huraian kepada Seksyen 74(1) Akta Kontrak 1950 kepada any…damage maka awad bagi gantirugi am bagi tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak boleh diterima.

5. Di dalam Black’s Law Dictionary perkataan “damage” dihuraikan sebagai ‘money claimed by, or ordered to be paid to, a person as compensation for loss or injury.’ 

6. Perkataan “any” dalam Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 adalah sangat luas. Ia bukan terhad kepada tort-feasor (pelaku tort) sahaja. Ia boleh merangkumi bagi pecah kontrak juga. Tambahan lagi Seksyen 74 itu adalah satu peruntukan dalam Akta Kontrak 1950. Ini bermakna bagi tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak, pihak yang dilakukan pecah kontrak ke atasnya boleh memohon dari Mahkamah bagi gantirugi am ini.

7. Di dala The Law of Contract, Prof Michael Furmston & Ors, 4th Edition, LexisNexis penulis-penulis bijaksana memetik kes O’Carroll v Ryanair (2009) SCLR 125 menegaskan ‘In an action for breach of contract, damages are recoverable from mental distress caused by physical inconvenience. An example would be the award of damages for a passenger’s stress and inconvenience after an airline ‘lost’ their baggage. Such a claim is based upon the right of the victim of a breach of a contract to be restored to the position he was before the breach occurred. This is an award of reliance measure damages which is dealt with below. However it also merits mention here where other avenues to the recovery of damages for mental distress has been considered.’ Kes ini harus dikembangkan lagi samada merangkumi sakit psikiatri akibat pecah kontrak.

8. Di dalam Synopsis Of Psychiatry 10th Edition Kaplan & Saddock’s, penulis-penulis bijaksana berujar bahawa ‘the chief complaint, in the patient’s own words, states why he or she has come or been brought in for help.’ Ini bermakna bagi seorang psikiatri mengetahui bahawa pesakitnya (dalam tulisan ini pesakit akibat pecah kontrak) mengalami kesakitan psikiatri akibat pecah kontrak secara dari mulut pesakitnya sendiri. Kalau pecah kontrak, maka ia berpunca dari pecah kontrak.

9. Oleh itu pihak Defendan boleh merujuk Plaintif kepada pakar psikiatri mereka bagi mengesahkan laporan perubatan psikiatri Plaintif samada wujud percanggahan dan samada ia benar.

10. Oleh itu jika Plaintif mengalami tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak maka Plaintif dipampas sewajarnya bagi gantirugi am ini.

Disiplin Politik Melayu

1. Era moden ini Melayu harus mempunyai disiplin tersendiri dalam berpolitik bukan setakat untuk memposisikan Bangsa Melayu di persada politik negara tetapi juga untuk memastikan kelangsungan Bangsa Melayu dalam menjuarai dan meneraju haluan negara. Jika mereka tidak mempunyai disiplin politik tersendiri maka mereka akan gagal dalam memastikan perkara-perkara yang telah dinyatakan tadi dari terjadi. Hal ini akan menyebabkan mereka (Bangsa Melayu) akan terpinggir. Melayu telah kehilangan Singapura. Melayu telah terhakis di Pulau Pinang. Adakah Melayu bersedia untuk kehilangan Malaysia?

2. Dari titik tolak ini, kita mengorak langkah bagi mencari satu haluan apa yang dinamakan ‘Disiplin Politik Melayu’. Melayu tidak boleh membina revolusi dalam politik mereka di Malaysia kerana segala-galanya sudah ada. Boleh jika mereka ingin membina revolusi, maka mereka harus mencari suara majoriti, paling kurang dua per tiga Parlimen, untuk mengubah kerangka negara. Ini membuka satu topik lain, iaitu samada Melayu harus mengubah kerangka negara atau belapang dada dengan apa yang telah ada dan ditinggalkan oleh leluhur mereka. Ia harus dilihat baik dan buruknya, bukan bersifat memusang kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar.

3. Revolusi bagi mengubah lanskap negara harus bermula dari meminda kerangka Perlembagaan negara. Ia juga boleh secara ‘revolusi bersenjata’. Namun ini akan menyebabkan Melayu harus bertembung dengan pihak bersenjata seperti polis dan tentera. Kita lihat bahawa revolusi bersenjata tidak ramai yang menyahutnya. Lantas ia tidak mencapai kejayaan. Suatu ketika dahulu Melayu yang padu dengan dua pertiga Parlimen telah meminda Perlembagaan yang mencorak kepada seperti penasihat Inggeris di Zaman Penjajahan Tanah Melayu. Ini dapat dilihat dalam Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang Di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat Parlimen. Ada baik dan buruknya. Baiknya, YDPA yang keseorangan dalam mencorak negara dan membuat keputusan mesti menerima nasihat majoriti Parlimen yang merupakan suara rakyat. Buruknya, jika majoriti Parlimen dikuasai oleh Melayu yang rosak atau bukan Melayu yang menguasainya maka YDPA adalah anak patung yang bersuara dan bertindak kepada Melayu yang rosak atau bukan Melayu. Buruknya, Perlembagaan dideraf bahawa Perkara 40 menyebut YDPA. Mengapakah tidak disebut bahawa tindak-tanduk YDPA mesti menurut Majlis Raja-Raja Melayu?

4. Sekarang kita telah jelas antara revolusi yang hendak dibawa samada bersenjata atau menguasai Parlimen sahaja boleh mengubah negara. Setakat ini revolusi bersenjata tiada sejarah membuktikannya dapat mengubah kerangka negara. Bahkan ia selalu dipatahkan. Reformasi sendiri bergerak melalui struktur-struktur negara. Ia telah larut dalam kerangka negara. Ia hanya bertempik di jalanan bagi mencari suara majoriti kemudian diterjemahkan di peti undi. Oleh itu kita boleh mengatakan bahawa revolusi bersenjata bagi meminda negara adalah mustahil. Apa yang ada adalah revolusi secara menguasai majoriti Parlimen.

5. Oleh itu kita harus membuka Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara bagi memahami dan mencorak Disiplin Politik Melayu. Saya ada menyentuh tentang YDPA. Ia adalah elemen tradisional dalam Perlembagaan iaitu Melayu harus mempunyai Raja. Adakah sistem feudal ini sudah tidak sesuai dan negara harus menjadi Republik? Bagi menjayakan negara ini sebuah negara Republik maka Melayu harus berpadu suara bagi menguasai Parlimen bagi mengubah Perlembagaan. Apa baik dan buruknya Melayu mempunyai Raja atau YDPA sebagai tunggak negara? Sebelum itu YDPA yang dipilih dari 9 Raja-Raja Melayu itu sudah semestinya Melayu. Baiknya, kita melihat dalam Perlembagaan bahawa Perkara 153 itu memastikan ciri-ciri penguasaan Melayu dalam sektor Kerajaan dan ekonomi. Sektor ekonomi ialah selalu disuarakan bahawa Melayu sangat lemah. Mereka mesti dibantu. Perkara 153 bukanlah kuasa mutlak YDPA kerana ia tertakluk Perkara 40. Saya telah mengatakan Perkara 40, YDPA mesti menerima nasihat majoriti Parlimen. Dengan kata lain bahawa inilah wajah sebenar sistem feudal di Malaysia iaitu ‘Monarki Beperlembagaan’. Ia bukan monarki mutlak. Adakah Melayu mahu meruntuhkan monarki beperlembagaan di Malaysia bagi membina negara Republik? Kalau Melayu sudah merasa ingin bebas dan maju kerana melihat di negara-negara yang tidak mempunyai ‘monarki’ mereka lebih maju maka Melayu harus berfikir dua kali adakah kerana tidak bermonarki itu suatu faktor atau monarki itu satu penghalang kepada kemajuan Melayu khususnya dan negara amnya. Dengan kata lain bertanding secara bebas dalam negara tanpa ada suatu ‘affirmative action’ atau ‘protectionism’ bagi politik, sosio-budaya dan ekonomi Bangsa Melayu.

6. Kita harus berfikir slogan kebebasan yang bebas dari ‘affirmative action’ dan ‘protectionism’ itu sendiri adakah suatu yang benar atau ia hanya satu slogan perang untuk meruntuhkan sebuah negara lain? Jika ingin kuasai mereka maka usah membunuh tentera mereka tapi membunuh ketua mereka. Dengan tidak mempunyai ketua Melayu akan menjadi liberal. Kesatuan Melayu sudah tiada lagi dan mereka berantakan. Melayu dan parti Melayu akan tumbang. Melayu berpesta dengan bukan Melayu. Jika ada baiknya dari sudut mana baiknya pula? Adakah kerana kemajuan dan kebebasan yang Bangsa Melayu mahu? Atau Bangsa Melayu pupus di kubu terakhir mereka. Tiada lagi Bangsa Melayu di dunia ini.

7. Kemudian apa yang perlu dilihat pula ialah unsur keislaman Melayu. Raja-Raja Melayu sebagai tunggak dan ketua agama Islam di setiap negeri dan bagi Wilayah Persekutuan pula oleh YDPA maka ini akan menjadi Bangsa Melayu yang mesti Islam untuk mengekalkan identiti Melayu mereka. Jika Bangsa Melayu tidak Islam maka mereka bukan lagi Melayu. Begitu juga bangsa lain yang jika mereka Islam dan mengamal adat Melayu maka mereka akan diidentitikan Melayu. Jika Melayu merasakan Islam menghalang kebebasan dan kemajuan maka dari sudut mana Islam pula menyebabkan semua ini? Adakah Melayu ingin membebaskan diri mereka dari identiti Islam. Bebas beragama. Secara dasarnya Melayu, jika memilih ini, akan menyebabkan Bangsa Melayu akan tiada unsur persamaan. Melayu sekali lagi berantakan dan berpecah-belah.

8. Jadi setelah menganalisa secara ringkas maka Melayu mesti beraja dan Islam. Jika sudah faham elemen ini dalam Disiplin Politik Melayu maka Melayu hanya harus menganut fahaman ini dalam mencorak laluan mereka dalam politik negara. Jika yang sudah dikatakan bahawa Melayu mesti Islam maka Melayu harus hanya mengamal politik Islam. Tiada kata bahawa Perlembagaan Persekutuan itu lebih tinggi dari al-Quran. Ia hanyalah interpretasi seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang terpecat. Ada kebebasan dalam memberi interpretasi. Zaman beredar. Tidak semesti yang dahulu itu betul sekarang ia betul. Kesedaran ramai itu yang mempengaruhi dan menghakimi yang lalu.

9. Bangsa Melayu amnya dan cendikiawan Melayu harus berpaksi atas dua elemen traditional ini dalam membina idea-idea bagi membangun Disiplin Politik Melayu. Dengan Bangsa Melayu mempunyai dan yang lebih penting sedar bahawa mereka mesti menyedari dua elemen ini maka harus mengorak langkah dalam menjuarai tanah sekangkang kera  ini. Jika tidak Bangsa Agong ini akan terkubur di bumi sendiri!

JENAYAH SIBER 2.0

1. Di dalam kes nombor: MJ 18-1479 iaitu di antara United States Of America v. Park Jin Hyok juga dikenali sebagai (aka) “Jin Hyok Park” aka “Pak Jin Hek”, Kerajaan Amerika telah menyaman seorang penama ini yang mempunyai berbagai alias bagi jenayah siber yang melibatkan kewangan.

2. Di dalam afidavit Nathan P. Shields, special agent, FBI beliau telah mengemukakan keterangan (evidence) secara afidavit yang diikrarkan pada 6.8.2018 mengaitkan Park Jin Hyok sebagai penjenayah siber yang melibatkan “not just the Sony breach, but for 2017’s devastating WannaCry ransomware strain, a brazen heist of $81 million from Bangladesh in 2016, and more.” Lapor wired.com .

3. Di dalam afidavit Encik Nathan ini beliau telah mengemukan keterangan tentang modus operandi dan jenayah siber yang dikaitkan kepada Park Jin Hyok melalui IP address. Di Para 143 afidavitnya beliau mengaitkan Park Jin Hyok menceroboh sistem komputer Bank Bangladesh, Vietnam dan Filipina menggunakan WannaCry Ransomware malware.

4. Para 145 afidavit tersebut menyebut “The hackers were able to gain access Bangladesh Bank’s computer terminal that interfaced with the SWIFT communication system, and then craft, authenticate and send SWIFT messages that appeared to be authentic and originating from Bangladesh Bank’s own computer system. Each of those SWIFT messages directed the Federal Reserve Bank of New York (“FRBNY”) to transfer funds from Bangladesh Bank’s account held in U.S. dollars there to the specified account in the Philippine (and Sri Lanka) via specific U.S. correspondent banks.”

5. Oleh itu, Para 2 afidavitnya menyebut bahawa PARK melakukan satu kesalahan bagi (1) a violation of 18 U.S.C. s 371 (Conspiracy), for conspiring to commit the following offences: 18 U.S.C. ss 1030(a)(2)(c), 1030(a)(4), (a)(5)(A)-(C)(Unauthorized Access to Computer and Obtaining Information, with Intent to Defraud, and causing Damage, and Extortion Related to Computer Intrusion; and (2) a violation of s 18 U.S.C s 1349 (Conspiracy), for conspiring to commit the following offense: 18 U.S.C s 1343 (Wire Fraud). Namun, Korea Utara menafikan wujudnya Park Jin Hyok lapor washingthontimes.com.

6. Jenayah Siber menjadi lebih kompleks bila ia melibatkan cross border financial cyber crimes. Lebih-lebih lagi sebagaimana di dakwa oleh Nathan P. Shields bahawa ia melibatkan negara Korea Utara. Korea Utara tidak tertakluk kepada jurisdiksi Amerika.

7. Di dalam satu kes yang saya kendalikan, anakguam saya didakwa di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan. Menurut versinya dia ditipu oleh rakan sekampung bagi membuka akaun bank dan menyerahkan kad ATM bagi tujuan ‘kemasukkan wang tender tersebut’. Rakannya itu telah membuat posting di beberapa tempat di sebuah portal bagi memperdaya mangsa-mangsa bagi beberapa projek perniagaan dan meminta memasukkan wang di dalam akaun klien saya. Setelah mangsa memasukkan wang, tiada projek seperti dijanjikan. Klien saya telah didakwa. Saya membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara menceritakan keadaan sebenar. Saya menyatakan, antara lain, klien saya bukanlah beneficiary sebenar kerana kad ATM bukan ditangannya dan dia tidak tahu menahu tentang penipuan itu. Akhirnya Kamar Peguam Negara menerima representasi saya. Anakguam saya dilepas tanpa dibebaskan (discharge not amounting to acquittal). Akaun bank anakguam saya dijadikan proxy. Dengan kata lain dia dijadikan sebagai ‘keldai akaun’. Inilah modus operandi jenayah siber kewangan di Malaysia. Setiap jenayah kewangan siber memerlukan akaun bank untuk dibuat pindahan wang. Dari situ pihak berkuasa dapat mengesan siapa sebenar penjenayah kewangan siber. Melainkan wang diserah secara fizikal atau multiple layers, ia sukar dikesan. Seperti dalam kes Bangladesh Bank heist nombor akaun betul tapi nama adalah penyamaran.

8. Kita sambung tentang hacking, di Malaysia mempunyai kaedah yang sama dengan jenayah komputer iaitu Computer Crimes Act (Act 564). Seksyen 4 menyebut “Unauthorised access with intent to commit or facilitate commission of further offence”. Bagi penjenayah yang disabitkan di bawah seksyen ini maka dia boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta tersebut “to a fine not exceeding one hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.” Begitu juga Seksyen 5 Akta ini memperuntukkan bagi jenayah “Unauthorised modification of the contents of any computer” boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) “to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both; or be liable to a fine not exceeding one hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both, if the act is done with the intention of causing injury as defined in the Penal Code.”

9. Samada Park atau sesiapa sahaja insan di sebalik Sony hacking, Bangladesh Bank heist dll itu adalah ‘hacker’ terlatih. Mungkin kaedah Nathan P. Shields mengemukakan teori atau secara forensik komputer mengaitkan IP address email-email dengan Park itu dan lain-lain kaedah pembuktian boleh mensabitkan Park. Namun tiada ‘direct evidence’ mengaitkan Park. Kalau tidak mengapa Korea Utara menafikan wujud orang bernama Park Jin Hyok. Jadi, Amerika atau khususnya Nathan P. Shields harus membuktikan orang bernama Park Jin Hyok memang wujud pula. Dia memerlukan afidavit tambahan.

10. Seorang hacker yang cekap sebenarnya dia perlu menyembunyikan IP addressnya dan MAC address gajetnya. Atau lebih tepat menggunakan IP address dan MAC address palsu. Kita tahu kaedah menyembunyikan IP address adalah dengan menggunakan VPN. Begitu juga MAC address dipalsukan dengan rooted gajet. Oleh itu kita adalah anonymous atau lebih tepat stealth. Stealth ini sukar untuk dilakukan di dunia maya. Bagi jenayah kewangan siber penjenayah perlu dedahkan IP address and MAC address, penjenayah perlu serasi dengan indentiti dia jika tidak ia menyangsikan pihak-pihak berkuasa.

11. Sebagai peguam saya ada mengendalikan kes-kes jenayah siber samada kecil dan besar di Malaysia. Kebanyakkan di Malaysia penjenayah siber masih noob. Ada yang tertangkap. Ada yang masih belum cekap. Mereka, yakni hacker, adalah diperlukan oleh negara. Mereka adalah genius komputer. Bagi syarikat keselamatan siber, mereka sangat diperlukan.

12. Seperti mana saya telah ulas dalam PERANG SIBER : ALAF UMAT SATU bahawa wajah baru perang siber adalah secara menggodam dan perang mempengaruhi minda. Kes Park ini satu kajian kes yang sangat baik untuk mengkaji bentuk perang siber. Ia melibatkan berbagai sudut interpretasi samada undang-undang komputer, kewangan, negara dll.

 

 

 

PENGGODAM EKONOMI

1. Penggodam ekonomi atau “economics hackers” atau ringkasnya “econohackers” adalah satu istilah baru bagi menggambarkan satu profesyen ahli ekonomi yang tugasnya untuk menyerang ekonomi satu-satu organisasi samada besar atau kecil bagi tujuan lebih memantapkan praktikal ekonomi organisasi tersebut.

2. Seorang econohacker harus dilatih tentang selok belok asas-asas ekonomi dan undang-undang kerana jika tidak memahami kedua-dua disiplin ini dia akan gagal.

3. Dia perlu dilatih tentang ilmu ekonomi kerana dengan ilmu ekonomilah dia akan mendalami dengan mendalam hal-hal berkaitan teori-teori terpakai oleh organisasi di luar sana tentang ekonomi praktikal.

4. Dia harus dilatih dengan prinsip undang-undang kerana jika tanpa memahami undang-undang maka dia apabila mengamalkan serangan ekonomi maka dia akan terdedah dengan saman dan dakwaan.

5. Khazanah-khazanah dunia yang diperlukan dalam dunia hanya boleh diambilmanfaat jika ekonomi diurus dengan baik. Jika diurus dengan lemah maka banyak masalah akan menghantui satu-satu organisasi dan memberi impak kepada individu-individu sebagai pengecap terakhir khazanah dunia.

6. Bebas hutang adalah impian setiap organisasi dan individu yang hanya menjadi igauan kerana tak pernah tercapai dek ekonomi diurus dengan lemah dan tidak bijaksana.

7. Eric D. Beinhocker dalam bukunya THE ORIGIN OF WEALTH: Evolution, Complexity, and the Radical Remaking of Economics berkata “The economy is a marvel of complexity. Yet no one designed it and no one runs it.” Kita faham keinsananlah yang menggerakkan ekonomi kerana kebutuhan naluri insani kepada keperluan ekonomi. Itulah bagaimana ekonomi itu bergerak.

8. Sebenarnya cerdikpandai ekonomi memahami teori ini dan mempraktikkannya secara tidak sedar dan membuat keuntungan dengan godamannya jika bernasib baik dan rugi jika tidak bernasib baik.

9. Pasca-modernisma ini telah lama dipraktikkan oleh seorang pelabur kaya yang kita semua kenal iaitu George Soros. Beliau tahu bagaimana mewujudkan ‘shock‘ dalam sistem ekonomi dan ‘menangguk ikan di air yang keruh’.

image

George Soros
Digelar “the man who broke the Bank of England”

10. Mangsa-mangsa yang terdiri dari organisasi yang mengalami serangan econohackers akan sedar di mana kesilapan mereka setelah menerima serangan econohackers.

11. Bagi mempertahankan diri selepas serangan econohackers mereka harus ada pakar yang boleh memperkukuhkan ruang-ruang rapuh yang telah diserang.

12. Jika seorang econohacker itu cekap dan terlatih dia akan melakukan serangan secara stealth dan kalis undang-undang tersenyum lebar dengan keuntungan yang diperolehi.

13. Sebagai kajian kes ialah krisis kewangan 1997. Di dalam buku NOTES TO THE PRIME MINISTER: The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators, Wong Sulong menulis ‘It was then that Dr Mahathir launched a blistering attack against foreign currency speculators calling them “rouge speculators”. A few days later, he[ Dr Mahathir] identified George Soros as the principal culprit. Soros denied the charge.’

image

Tun Dr Mahathir Mohamad

14. Seperti yang saya katakan econohackers terbaik adalah melakukan kerjanya secara stealth dan kalis undang-undang. Bolehkah Dr Mahathir membuktikan bahawa Soros adalah seorang rough speculator dan principal culprit tersebut?

15. Bahkan dalam grup penasihat Dr Mahathir bagi menangani serangan econohackers ini beliau mengambil nasihat peguam untuk mengelakkan dari disaman oleh proksi-proksi econohackers.

16. Apabila satu-satu serangan econohacker telah selesai maka organisasi tersebut akan memperbetulkan praktikal ekonominya untuk keluar dari masalah yang dicipta oleh praktikal ekonominya sendiri dan kesan serangan econohackers.

17. Dari situlah praktikal ekonomi akan lebih mantap dan khazanah-khazanah dunia menjadi lebih bermakna dan diķecapi oleh individu-individu.

Surah Muhammad, Ayat 38:

هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
(Melayu)

via iQuran

BUANG SAKA

1. Hari ini setelah selesai kelas biola dengan Cikgu Guan aku dan isteriku lepak di Subway menghirup kopi. Apabila jam 4:00 petang lebih isteriku mengajakku untuk pergi berubat rakannya yang dikatakan diserang saka.

2. Kami menaiki kereta WSY 232 Mercedez Benz 1.8 Kompressor menuju Ampang Hilir.

3. Pada mulanya kami terlajak. Kemudian kami buat u-uturn. Aku mencari Ampang Hilir.

4. Kami tersesat dan aku berhasrat pulang ke rumah memandangkan tidak dapat jumpa lokasi restoran rakan isteriku yang pernah menjadi pembantu kepada pemilik syarikat oil & gas yang tersenarai di Bursa Saham papan pertama.

5. Isteriku telah mendesak aku untuk pergi juga ke tempat itu.

6. Ketika kami mencari jalan ke arah restoran dia aku terasa aura menyucuk-nyucuk di dada. Aku kata kepada isteriku ini aura senjata.

7. Kemudian kami telah bertanya dengan kariah masjid berdekatan dengan restoran di tepi tasik tersebut. Ahli kariah tersebut telah menunjuk jalan ke arah restoran tersebut.

8. Beberapa minit kemudian kami telah berjumpa dengan lokasi restoran tersebut.

9. Hari ini aku tidak bawa MAHARAJA PAIP kerana ia tersumbat dan aku perlu mencari dawai besi untuk membersihkannya.

10. Kami kemudian duduk di kerusi nombor 15 di reatoran yang dihiasi dengan pokok-pokok bonsai serta lagu mengasyikkan yang dipasang.

11. Beberapa minit kemudian kami dihidangkan dengan ubi rebus cicah sambal dan kelapa dan gula melaka. Juga ubi masak dengan kuah.

12. Aku kemudian membuka SANG PISAU LIPAT peneman kepada kerisku AL-HADID.

13. Kemudian aku hisap rokok Sampoerna yang dibeli oleh isteriku di kios Shell Jalan MRR2. Sebagai pengganti asap paip berkemenyan. Kerana aku telah tanya isteriku latar belakang rakannya. Iaitu berdarah Pagar Ruyung.

13. Aku mendengar mesej secara ghaib “Jangan ganggu bisness kami”.

14. Kemudian tangan kanan aku tiba-tiba bergerak ke depan dan terkena api serta bara api itu seolah-olah bergerak kepada aku.

15. Kemudian aku lihat jari tengah kanan kanan terguris seperi dihiris benda tajam.

16. Aku bagitau isteriku bahawa betullah bahawa aura benda tajam tadi adalah senjata yang memang wujud pada rakan isteriku.

17. Kemudian rakan isteriku yang sebelum ini sibuk melayan pelanggan telah menghampiri meja kami.

18. Dia menceritakan bahawa dia dan keluarganya menghadapi masalah terkena serangan dan sedangkan beliau tiada barang pusaka peninggalan datuk saudaranya yang telah meninggal.

19. Aku bagaitau dia saka ini adalah secara warisan. Dia tidak memudaratkan kita. Mungkin ada di dalam keluarga jin yang telah bertitih-barih dengan kita.

20. Allah dalam Surah al-Isra telah berfiman :

Surah Al-Isra, Verse 64:

َ ((وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَاد))

” campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka)”
(Melayu)

via iQuran

21. Ini bermakna bahawa ada di kalangan jin yang menjadi keluarga manusia. Inilah sebenarnya saka.

22. Mereka seolah-olah sebahagian dari keluarga kita. Cuma sahaja apabila mereka menjelma manusia maka bermuamalah seperti manusia tetapi sedikit sahaja perbezaan kerana sifat mereka jin.

23. Di dalam posting yang lepas LIHAT : http://rohanrazi.com/2013/06/05/al-kitabbuttam-fi-ilmi-jaan-kitab-yang-sempurna-pada-membahaskan-ilmu-jin/ aku telah membahaskan bahawa ada di antara jin yang maqam mereka lebih tinggi dari manusia.

24. Adapun anak-anak hasil perhubungan antara manusia dan jin di panggil sebagai “bunian” atau di Barat sebagai “mutan”. Mereka mempunyai genetik manusia dan jin.

25. Aku berhasrat mahu merevolusi minda Melayu tentang saka iaitu “BUANG SAKA” adalah satu silap faham dalam minda dan amalan Melayu.

26. Setelah aku scan bahawa tidak ada jin jahat di restoran itu aku bagitau isteriku jika kita mahu buang saka seperti mahu pisahkan sayang dengan abang. Mana boleh pisahkan kekeluargaan yang telah terjalin antara manusia dan jin.

27. Ada di kalangan jin-jin itu adalah khadam-khadam. Padaku khadam-khadam di kalangan jin inilah yang di maksudkan oleh al-Quran sebagai :

Surah An-Noor, Verse 33:
((َ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ))ٌ

28. Hukum bersetubuh dengan khadam-khadam jin perempuan inilah seperti seharusnya bersetubuh dengan hamba-hamba. Tetapi jika khadam jin atau hamba tersebut telah hamil dengan anak kita maka hukumnya wajib kita mengambilnya sebagai isteri. Manakala bagi hamba kita hendaklah membebaskannya dan menjadikannya isteri.

29. Dukun-dukun, bomoh-bomoh dan pawang-pawang Melayu harus menghentikan amalan BUANG SAKA kerana amalan ini bertentangan dengan hukum jin dan berdosa jika melakukannya kerana memisahkan tali kekeluargaan yang terjalin antara manusia dan jin.

10 TIP JIKA ANDA MENJADI SAKSI DALAM KES DI MAHKAMAH

1. Sepanjang karier saya sebagai peguam litigasi saya telah mengendalikan 1000 kes bicara mengikut kiraan saya.

2. Berikut adalah 10 tip yang saya simpulkan untuk menjadi saksi yang dipercayai dan berjaya di mahkamah:

i- Jangan bercakap bohong.

Perlu anda ingat apabila anda masuk kekandang saksi anda bersumpah untuk bercakap benar dan tidak berbohong. Jika anda berbohong maka anda akan disabitkan dengan kesalahan perjury yang boleh dihukum dengan penjara. Jika peguam lawan anda mahir dalam memerangkap saksi bercakap berbohong anda akan terperangkap dengan kata-kata anda sendiri. Jika anda berbohong ini akan merosakkan kes anda sendiri.

ii- Menjawab hanya apa yang ditanya.

Anda harus ingat bahawa di dalam mahkamah ada peraturannnya sendiri. Di dalam memberi keterangan mahkamah terikat dengan Akta Keterangan. Soalan-soalan peguam hanyalah berkisar dengan kes yang sedang dibicarakan. Anda tidak akan ditanya dengan soalan-soalan yang tidak relevan.

iii. Fokus.

Anda harus fokus terhadap apa yang ditanya. Tenangkan fikiran anda. Pada malam sebelum bicara dan anda menjadi saksi anda harus tidur dengan secukupnya dan menjaga kesihatan anda. Jika anda tidak fokus maka anda tidak akan dapat menjawab dengan baik terhadap soalan-soalan yang diajukan kepada anda.

iii. Berhati-hati dengan soalan peguam.

Peguam lawan akan menanyakan anda dengan soalan-soalan, antaranya, jika anda menjawab anda boleh terperangkap dengan jawapan anda sendiri. Usah gusar kerana peguam anda akan menanyakan di dalam pemeriksaan semula (re-examination).

iv- 3 jenis soalan.

Soalan yang mula-mula ditanya adalah dinamakan examination in chief (pemeriksaan utama). Jika anda dipanggil sebagai saksi oleh peguam anda maka soalan disesi pertama itu dikenali sebagai pemeriksaan utama. Sesi kedua adalah dinamakan sebagai cross examination (pemeriksaan balas). Tujuan pemeriksaan balas adalah untuk menyerang kredibiliti anda dan mengoyak keterangan anda. Kadang-kadang keterangan anda koyak ketika dalam sesi ini. Usah gusar kerana peguam anda akan memperbetulkannya dalam reexamination (pemeriksaan semula).

v. Jika disepina anda hendaklah hadir ke mahkamah.

Awas dengan sepina kerana jika anda engkar dengan sepina maka anda boleh dikeluarkan waran tangkap.

vi. Bercakap dengan jelas.

Anda harus bercakap dengan jelas kerana mahkamah dan peguam-peguam perlu mencatat keterangan-keterangan anda.

vii. Jaga tingkah laku anda dalam kandang saksi.

Usah berkomunikasi dengan peguam anda ketika anda menjawab di dalam kandang saksi. Tingakahlaku (demeanour) anda diperhatikan oleh hakim. Jika tingkahlaku anda mencurigakan hakim maka keterangan anda boleh ditolak.

viii. Sabar.

Kadang-kadang soalan-soalan peguam lawan anda menguji kesabaran. Usah melenting. Keep cool.

ix. Soalan-soalan hanya berkenaan kes yang anda dipanggil sebagai saksi.

Soalan-soalan tidak relevan tidak akan diajukan kepada anda. Jika kes yang anda dipanggil adalah berkenaan hutang. Maka anda tidak akan ditanya samada anda mempunyai roadtax kereta anda atau tidak.

x. Pakaian hendaklah sopan.

Jangan memakai seluar jean atau selipar jika anda datang ke mahkamah untuk memberi keterangan.