Analisa Pengunaan Otak Kiri & Otak Kanan Dalam Politik

1. Penggunaan otak kiri dan otak kanan kanan adalah sangat penting dalam politik. Ia bukan setakat mencorak seseorang dalam kehidupannya dari segi cara fikir bahkan pembawaannya; jika dia menyertai dalam politik. Lebih besar lagi ia juga mencorak haluan sesebuah parti dari segi cara bertindak jika majoritinya telah membuat keputusan untuk berfikir samada cara mengguna otak kiri atau otak kanan.

2. Seperti saya telah menulis sebelum ini bahawa otak kiri adalah abstrak dan mentafsirkan sesuatu secara tersembunyi. Manakala otak kanan adalah logik dan mentafsirkan sesuatu secara literalis. Otak kiri biasanya digunakan oleh agamawan. Manakala otak kanan biasanya digunakan oleh orang yang banyak mengejar keduniaan. Jika kita melihat dari segi politik orang PAS lebih mengguna otak kiri. Manakala UMNO pula adalah menggunakan banyak otak kanan. BERSATU, MCA, MIC, AMANAH dan DAP banyak menggunakan logik dari abstrak.

3. Biasanya orang yang banyak mengguna otak kiri adalah orang yang terjatuh dalam hidup atau dikenakan sesuatu musibah dalam hidup. Tak kira dia berasal dari parti mana. Bila mereka terjatuh dalam hidup maka mereka menjadi ‘sensitif’ kerana mentafsir sesuatu tentang apa yang tersembunyi di sebalik sesuatu. Dengan kata lain mereka banyak menggunakan otak kiri.

4. Jika orang yang banyak menggunakan otak kanan bertemu dengan orang yang banyak menggunakan otak kiri maka akan menyebabkan banyak pertentangan antara mereka berdua. Begitu juga jika secara kolektif kumpulan yang banyak mengguna otak kanan bertemu dengan kumpulan yang banyak mengguna otak kiri. Akan sentiasa ada pertentangan.

5. Jika kita lihat UMNO juga mengaku mereka juga Islam. PAS juga mengaku mereka juga Islam. Dengan kata lain secara kolektif kumpulan ini merujuk kepada al-Quran. Namun mengapa wujud pertentangan-pertentangan sebelum wujudnya Muafakat Nasional? Jawapannya; ialah kerana cara mereka berfikir. Satu kumpulan banyak mentafsir al-Quran banyak mengguna otak kiri yang abstrak dan satu kumpulan yang banyak mengguna otak kanan yang logik.

6. Ini satu syair saya dalam bahasa Inggeris berkenaan dialog antara otak kanan dan kiri:-

Dialogues: Logic And Abstract – Poem by Rohan Razi

Place: A Poet
Time: Infinity

Logic: Where is your home, Abstract?
Abstract: My home just next to you, on the left brain.
Logic: Well, seemingly you know me better than I know you.

Logic: I gave birth to the world many philosophers and scientists.
What are your contributions to the humans and civilisations?
Abstract: You forgot to mention that atheists are also your children. Me borned many believers and cultivators of human souls.

Abstract: Most, my followers from the East and yours from the West.
Logic: Did you say that I’m useless?
Abstract: We need to be friends forever, lest without you peoples of the East are in madness. Without me peoples in the West are arrogant and forget where they come from and where they will go.

Logic: You are full of absurdities and me blessed with many inventions and innovations in this World.
Abstract: You must know that as Popper once said you are only truth if passed the test of ‘falsifiability’. Should you fail this simple test peoples will curse you for your whole life even your dead body became ashes.

Should we open our head
there are two parts of brain in forehead
We must rely on these two breaks
to achieve balanced thoughts and reads

No we’re not unbalanced thinkers
as we will become leakers
in Truth we are seekers
neither East nor West are strangers

A perfect human uses his two minds
when he does all things, at all times;
Logic can’t live alone,
Abstract shall not be burnt!

7. Jadi, untuk menjadikan kita seorang yang mempunyai pemikiran seimbang kita harus menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sempurna. Otak kita akan berfungsi dengan efektif dan kita ‘dilihat’ sebagai seorang yang ‘sihat’ jika kita menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. Di dunia ini adalah refleksi dan perlu ditafsirkan secara otak kiri dan kanan. Banyak hal tidak dapat diselesaikan jika berfikir secara otak kiri. Ada hal yang tidak dapat diselesaikan jika kita berfikir secara penggunaan semaksima otak kanan. Kita perlu keseimbangan.

8. Saya sudah meramal sejak 2007-2008 perlunya kepada kerjasama antara UMNO dan PAS. Bahkan saya telah menulis di dalam blog saya bahawa perlu dan akan terjadi antara muafakat UMNO dan PAS. Saya menulis itu selepas dari keadaan saya banyak menggunakan otak kiri. Sebelum itu saya banyak menggunakan otak kanan walhal saya pada masa itu berada dalam PAS yang secara kolektifnya banyak menggunakan otak kiri. Dengan kata lain tak semesti dalam sesuatu kumpulan yang banyak menggunakan otak kiri itu ‘semua’ menggunakan otak kiri. Wujud minoriti yang menggunakan otak yang berbeza.

9. Saya membaca dengan Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO ini Bangsa Melayu akan menjadi seimbang dan banyak manfaat dari Muafakat Nasional. Ada pemikir penggunaan otak seperti Edward De Bono yang mengkaji penggunaan otak. Namun beliau lebih kepada ‘lateral thinking’. Banyak masalah dalam hidup dapat diselesaikan dengan menggunakan secara maksima penggunaan otak termasuk memahami penggunaan dan fungsi otak kiri dan otak kanan.

10. Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS akan menjuruskan suatu kekuatan baru kepada keseimbangan Bangsa Melayu di Malaysia di dalam berfikir dan menyelesaikan masalah. Keseimbangan cara berfikir adalah sangat penting apa jua dalam hidup. Apatah lagi dalam cara berfikir dalam politik kerana ia memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat dan individu secara khususnya.

 

Disiplin Politik Melayu

1. Era moden ini Melayu harus mempunyai disiplin tersendiri dalam berpolitik bukan setakat untuk memposisikan Bangsa Melayu di persada politik negara tetapi juga untuk memastikan kelangsungan Bangsa Melayu dalam menjuarai dan meneraju haluan negara. Jika mereka tidak mempunyai disiplin politik tersendiri maka mereka akan gagal dalam memastikan perkara-perkara yang telah dinyatakan tadi dari terjadi. Hal ini akan menyebabkan mereka (Bangsa Melayu) akan terpinggir. Melayu telah kehilangan Singapura. Melayu telah terhakis di Pulau Pinang. Adakah Melayu bersedia untuk kehilangan Malaysia?

2. Dari titik tolak ini, kita mengorak langkah bagi mencari satu haluan apa yang dinamakan ‘Disiplin Politik Melayu’. Melayu tidak boleh membina revolusi dalam politik mereka di Malaysia kerana segala-galanya sudah ada. Boleh jika mereka ingin membina revolusi, maka mereka harus mencari suara majoriti, paling kurang dua per tiga Parlimen, untuk mengubah kerangka negara. Ini membuka satu topik lain, iaitu samada Melayu harus mengubah kerangka negara atau belapang dada dengan apa yang telah ada dan ditinggalkan oleh leluhur mereka. Ia harus dilihat baik dan buruknya, bukan bersifat memusang kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar.

3. Revolusi bagi mengubah lanskap negara harus bermula dari meminda kerangka Perlembagaan negara. Ia juga boleh secara ‘revolusi bersenjata’. Namun ini akan menyebabkan Melayu harus bertembung dengan pihak bersenjata seperti polis dan tentera. Kita lihat bahawa revolusi bersenjata tidak ramai yang menyahutnya. Lantas ia tidak mencapai kejayaan. Suatu ketika dahulu Melayu yang padu dengan dua pertiga Parlimen telah meminda Perlembagaan yang mencorak kepada seperti penasihat Inggeris di Zaman Penjajahan Tanah Melayu. Ini dapat dilihat dalam Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan yang mana Yang Di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat Parlimen. Ada baik dan buruknya. Baiknya, YDPA yang keseorangan dalam mencorak negara dan membuat keputusan mesti menerima nasihat majoriti Parlimen yang merupakan suara rakyat. Buruknya, jika majoriti Parlimen dikuasai oleh Melayu yang rosak atau bukan Melayu yang menguasainya maka YDPA adalah anak patung yang bersuara dan bertindak kepada Melayu yang rosak atau bukan Melayu. Buruknya, Perlembagaan dideraf bahawa Perkara 40 menyebut YDPA. Mengapakah tidak disebut bahawa tindak-tanduk YDPA mesti menurut Majlis Raja-Raja Melayu?

4. Sekarang kita telah jelas antara revolusi yang hendak dibawa samada bersenjata atau menguasai Parlimen sahaja boleh mengubah negara. Setakat ini revolusi bersenjata tiada sejarah membuktikannya dapat mengubah kerangka negara. Bahkan ia selalu dipatahkan. Reformasi sendiri bergerak melalui struktur-struktur negara. Ia telah larut dalam kerangka negara. Ia hanya bertempik di jalanan bagi mencari suara majoriti kemudian diterjemahkan di peti undi. Oleh itu kita boleh mengatakan bahawa revolusi bersenjata bagi meminda negara adalah mustahil. Apa yang ada adalah revolusi secara menguasai majoriti Parlimen.

5. Oleh itu kita harus membuka Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara bagi memahami dan mencorak Disiplin Politik Melayu. Saya ada menyentuh tentang YDPA. Ia adalah elemen tradisional dalam Perlembagaan iaitu Melayu harus mempunyai Raja. Adakah sistem feudal ini sudah tidak sesuai dan negara harus menjadi Republik? Bagi menjayakan negara ini sebuah negara Republik maka Melayu harus berpadu suara bagi menguasai Parlimen bagi mengubah Perlembagaan. Apa baik dan buruknya Melayu mempunyai Raja atau YDPA sebagai tunggak negara? Sebelum itu YDPA yang dipilih dari 9 Raja-Raja Melayu itu sudah semestinya Melayu. Baiknya, kita melihat dalam Perlembagaan bahawa Perkara 153 itu memastikan ciri-ciri penguasaan Melayu dalam sektor Kerajaan dan ekonomi. Sektor ekonomi ialah selalu disuarakan bahawa Melayu sangat lemah. Mereka mesti dibantu. Perkara 153 bukanlah kuasa mutlak YDPA kerana ia tertakluk Perkara 40. Saya telah mengatakan Perkara 40, YDPA mesti menerima nasihat majoriti Parlimen. Dengan kata lain bahawa inilah wajah sebenar sistem feudal di Malaysia iaitu ‘Monarki Beperlembagaan’. Ia bukan monarki mutlak. Adakah Melayu mahu meruntuhkan monarki beperlembagaan di Malaysia bagi membina negara Republik? Kalau Melayu sudah merasa ingin bebas dan maju kerana melihat di negara-negara yang tidak mempunyai ‘monarki’ mereka lebih maju maka Melayu harus berfikir dua kali adakah kerana tidak bermonarki itu suatu faktor atau monarki itu satu penghalang kepada kemajuan Melayu khususnya dan negara amnya. Dengan kata lain bertanding secara bebas dalam negara tanpa ada suatu ‘affirmative action’ atau ‘protectionism’ bagi politik, sosio-budaya dan ekonomi Bangsa Melayu.

6. Kita harus berfikir slogan kebebasan yang bebas dari ‘affirmative action’ dan ‘protectionism’ itu sendiri adakah suatu yang benar atau ia hanya satu slogan perang untuk meruntuhkan sebuah negara lain? Jika ingin kuasai mereka maka usah membunuh tentera mereka tapi membunuh ketua mereka. Dengan tidak mempunyai ketua Melayu akan menjadi liberal. Kesatuan Melayu sudah tiada lagi dan mereka berantakan. Melayu dan parti Melayu akan tumbang. Melayu berpesta dengan bukan Melayu. Jika ada baiknya dari sudut mana baiknya pula? Adakah kerana kemajuan dan kebebasan yang Bangsa Melayu mahu? Atau Bangsa Melayu pupus di kubu terakhir mereka. Tiada lagi Bangsa Melayu di dunia ini.

7. Kemudian apa yang perlu dilihat pula ialah unsur keislaman Melayu. Raja-Raja Melayu sebagai tunggak dan ketua agama Islam di setiap negeri dan bagi Wilayah Persekutuan pula oleh YDPA maka ini akan menjadi Bangsa Melayu yang mesti Islam untuk mengekalkan identiti Melayu mereka. Jika Bangsa Melayu tidak Islam maka mereka bukan lagi Melayu. Begitu juga bangsa lain yang jika mereka Islam dan mengamal adat Melayu maka mereka akan diidentitikan Melayu. Jika Melayu merasakan Islam menghalang kebebasan dan kemajuan maka dari sudut mana Islam pula menyebabkan semua ini? Adakah Melayu ingin membebaskan diri mereka dari identiti Islam. Bebas beragama. Secara dasarnya Melayu, jika memilih ini, akan menyebabkan Bangsa Melayu akan tiada unsur persamaan. Melayu sekali lagi berantakan dan berpecah-belah.

8. Jadi setelah menganalisa secara ringkas maka Melayu mesti beraja dan Islam. Jika sudah faham elemen ini dalam Disiplin Politik Melayu maka Melayu hanya harus menganut fahaman ini dalam mencorak laluan mereka dalam politik negara. Jika yang sudah dikatakan bahawa Melayu mesti Islam maka Melayu harus hanya mengamal politik Islam. Tiada kata bahawa Perlembagaan Persekutuan itu lebih tinggi dari al-Quran. Ia hanyalah interpretasi seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang terpecat. Ada kebebasan dalam memberi interpretasi. Zaman beredar. Tidak semesti yang dahulu itu betul sekarang ia betul. Kesedaran ramai itu yang mempengaruhi dan menghakimi yang lalu.

9. Bangsa Melayu amnya dan cendikiawan Melayu harus berpaksi atas dua elemen traditional ini dalam membina idea-idea bagi membangun Disiplin Politik Melayu. Dengan Bangsa Melayu mempunyai dan yang lebih penting sedar bahawa mereka mesti menyedari dua elemen ini maka harus mengorak langkah dalam menjuarai tanah sekangkang kera  ini. Jika tidak Bangsa Agong ini akan terkubur di bumi sendiri!

Pada Membangkit Semangat Alam Melayu Dan Bangsa Melayu

1. Dengan nama Dewata Mulia Raya yang Maha Mulia saya mulakan menulis satu topik khusus untuk Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Juga untuk pengkaji Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Banyak sudah kajian-kajian yang saya telah tularkan dalam blog ini berkenaan Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Saya sebut ‘Alam Melayu’ dan ‘Bangsa Melayu’ kerana Semenanjung Tanah Melayu ini pada asalnya milik Melayu tetapi telah dihimpit oleh bangsa-bangsa lain. Saya juga akan definisikan Alam Melayu; ia tidak terhad kepada Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga Indonesia dan puing-puing Langkasuka yang banyak mempunyai persamaan agama, budaya, bahasa dan lain-lain.

2. Bangsa Melayu jika dikaji ‘Perak Man’ maka di Tanah Melayu sudah ada penghuni sejak 10,000 tahun lalu. Namun jika diselidik dengan lebih dekat dengan kita Tanah Melayu mempunyai Kerajaan yang berdaulat sejak 1400 berasaskan Sejarah Melayu Naskhah Raja Bongsu (Sulalat-Us-Salatin). Namun ia lebih awal lagi jika dirujuk kepada Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kampung Buloh, Kuala Berang, Terengganu bertarikh Jumaat 4 Rejab 702H/1303M yang dihitung Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sejarah Kerajaan Melayu di Terengganu lagi awal dari sejarah Kerajaan Melaka. Jika diambil kira apa di sebalik Perak Man, Semenanjung Tanah Melayu telah berpenghuni 10,000 tahun dahulu.

3. Namun jika dibandingkan dengan sejarah-sejarah bangsa lain, Bangsa Melayu dan Alam Melayu lagi ‘muda’, tanpa mengambil kira ‘kepenghunian’ Bangsa Melayu di Indonesia. Saya banyak dipengaruhi Melayu di Malaysia sahaja. Saya, setakat tulisan ini dibuat, tidak pernah ke Indonesia. Negara luar pertama saya jejaki adalah Tak Bai di Thailand yang saya juluki sebagai sebahagian ‘puing-puing Langkasuka’. Jika diambil kira kepenghunian di Indonesia iaitu ‘Java Man’, menurut Wikipedia “Fossilised remains of Homo erectus and his tools, popularly known as the “Java Man“, suggest the Indonesian archipelago was inhabited by at least 1.5 million years ago.” Walau bahasa Jawa agak berbeza dengan Bahasa Melayu, jika dirujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia maka kita akan dapati banyak persamaan. Bahkan dalam Malaysia moden, Bangsa Jawa, dinaturalisasikan sebagai Bangsa Melayu.

4. Saya tak mahu berdebat lebih lanjut samada Indonesia dan kaum-kaumnya harus dikira sebagai Bangsa Melayu dan Indonesia sendiri diiktiraf sebagai Alam Melayu. Unsur-unsur persamaan itu yang menyebabkan ia boleh diistilahkan sebagai Bangsa Melayu dan Alam Melayu. Ia boleh diperketatkan dan diperkukuhkan lagi dengan wujud ikatan secara sah sebagaimana kaum Rom moden berikat di sebalik European Union. Ia adalah versi Rom Moden. Parameswara itu sendiri adalah putera raja Palembang. Nah, bukankah ini ada pertaliannya?

5. Jika kita buka lembaran Sejarah Melayu MBRAS Reprint 17 penglatinan Sulalat-Us-Salatin Naskhah Raja Bongsu maka kita akan dapati banyak unsur-unsur mistik di sebalik Bangsa Melayu. Menurut Sejarah Melayu, bangsawan-bangsawan Melayu berasal dari darah Raja Iskandar Zulqarnain iaitu Bangsa Rom dan juga Kerajaan Hindi. Ada juga pertalian dengan Nabi Ibrahim. Tanah Melayu mempunyai kaitan dengan Temasik (Singapura). Dalam Sejarah Melayu, ia berkait dengan Wan Empuk dan Wan Malini yang ‘berhuma di Bukit Si Guntang’. Ia juga berkait dengan Demang Lebar Daun sebagai raja Palembang. Dengan kedatangan tiga lelaki ‘anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain’ maka bangsawan-bangsawan Melayu berkait bukan setakat dengan Palembang tetapi juga dengan Rom dan Hindi.

6. Apa yang menarik dalam Sejarah Melayu berkenaan pengkisahan bagaimana Bangsa Melayu memeluk Islam dan kewujudan ‘al-Quran’ dan hadis. Pertama “Bicarakan oleh kamu pada segala kebesaran Allah dan jangan fikirkan pada Zat Allah.” Ini menunjukkan pengaruh kesufian dalam keagamaan Melayu. Melayu dan kesufian tidak dapat dipisahkan, selain unsur-unsur mistik. Sedangkan pengaruh mistik itu mempunyai kaitan dengan kesufian. Kisah pengislaman Raja Tengah yang merupakan anak kepada Sultan Mahkota. Sultan Mahkota pula merupakan anak kepada Sultan Iskandar Syah Singapura yang ‘kerajaan baginda baharu tiga tahun Singapura pun alah oleh Jawa, lalu ke Melaka‘ (mukasurat:120). Saya melihat babad-badad ini tiada kaitan dengan Parameswara sebagaimana yang masyhur dalam buku-buku sejarah asal-usul Tanah Melayu dan Malaysia moden. Maka secara adilnya, menurut Sejarah Melayu, Sultan Iskandar Syah adalah raja pertama Melaka. Saya tak tahu penggunaan perkataan “Sultan” adakah penggunaan Raja Bongsu kerana jika dilihat di mukasurat 121 maka ia mengkisahkah bagaimana Raja Tengah (cucu Sultan Iskandar Syah) telah Islam melalui mimpi bertemu Rasulullah yang menyuruhnya mengucap syahadah. Kedatangan Sayyid Abdul Aziz dari Jeddah yang telah mengislamkan secara zahir bangsawan-bangsawan Melaka (mukasurat:122) serta mengajar sembahyang.

7. Di mukasurat 105 ada disebut ‘Maka tersebutlah pada zaman RasululLahi sallalLahu ‘alayhi wasallam, bersabda pada segala sahabat, ” Pada akhir zaman, sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri Semudra itu, bawa ia isi negeri Semudra itu beriman kepada agama Islam, karena di dalam negeri Semudra itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pun seorang fakir negeri Ma’bari namanya, ialah kamu bawa serta kamu.Ini adalah hadis nadir yang hanya wujud dalam Sejarah Melayu. Kisah pengislaman Sumatra adalah oleh Syaikh Ismail. Berbanding kisah pengislaman Melaka oleh Sayyid Abdul Aziz. Tapi apa yang saya ingin tekankan bahawa wujud naratif al-Quran dan hadis dalam Sejarah Melayu. Begitu juga kisah pengislaman Merah Silu.

8. Alam Melayu lebih kepada ikatan Al-Quran dan hadis serta kesufian bercampur mistik. Syahadah Melayu adalah syahadah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Salafi. Berpegang kepada al-Quran dan hadis adalah Salafi. Namun jika bercampur kesufian dan mistik itu adalah as-Sufi as-Salafi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Asal-usul Bangsa Melayu itu begini. Walau telah dahulunya berunsur Hindu namun semua Melayu telah Islam melainkan di Bali sebagai saki-baki. Begitu juga kedatangan penjajah Feringgi(Portugis) ke Melaka sebagai Kristian. Begitu juga Jepun dan British. Melayu tetap dengan keislamanannya. Kita tak perlu memanjangkan dengan Sejarah Melayu kerana Batu Bersurat Terengganu lebih awal lagi pembuktian keislamannya dari Sejarah Melayu.

9. Klasik telah berlalu. Ia cukup membekas di jiwa Melayu. Kita suluh pula Melayu Moden. Dulu ada ura-ura untuk mewujudkan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia namun gagal tak kesampaian. Tanah Melayu telah berikat dengan negeri-negeri Malaysia. Sumatra pula dengan Indonesia. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Bilakah Melayu mahu bersatu? Agar penumbuk lebih padu. Budaya persenjataan juga Melayu Indonesia dan Malaysia, Brunei dan Filipina mereka adalah ‘berkeris’. Ini adalah pertahanan terakhir Melayu.

10. Pada zaman moden ini kita membedah Melayu secara lebih mendalam. Dalam ‘MITOS PERIBUMI MALAS’, Syed Hussien Alatas menulis ‘ Penyimpangan watak orang Melayu menurut para penulis Revolusi Mental dan sedikit sebanyak juga menurut Mahathir disebabkan oleh kurangnya wawasan mereka tentang ilmu kemasyarakatan, penalaran bebas mereka, dan ketidakkenalan mereka dengan sejarah Melayu.” (mukasurat:163).

11. Kita melihat kepada Federal Constitution Perkara 152 dan 153 menetapkan hak-hak istimewa Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu. Melayu ditafsirkan dalam Perkara 160(2) “Malay” means a person who professes the religion of Islam habitually speaks the Malay language, conforms to Malay customs and (a)….. dan (b)……. . Prof Dato’ Dr Shad Saleem Faruqi menulis dalam bukunya Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia  dengan memetik pemerhatian Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim “To be a Malay for the purpose of Constitution you need not to be Malay ethnic origin. An Indian is a Malay if he professes the Muslim religion, habitually speaks Malay and conforms to Malay custom. Conversely even a genuine Malay is not a Malay….if….he does not profess the Muslim religion.” (An Introduction to the Constitution of Malaysia). 

12. Melayu juga dalam sektor keselamatan iaitu kepolisan dan keaskaran bertawassul dengan kalimah Muhammad. Ini menunjukkan pertalian dahulu iaitu ‘Semudra’ dan ‘Melaka’ yang secara kesufian dan mistik dengan Rasulullah. Secara tidak langsung dengan Semenanjung Tanah Arab.

13. Beberapa budaya Melayu samada Indonesia, Malaysia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thailand dan Singapura adalah wujud persamaan seperti keris. Saya telah menulis panjang tentang hal keris ini dalam pertemuan-pertemuan yang lepas. Budaya dan adat kekeluargaan Melayu banyak telah terhakis akibat pemodenan dan budaya mengArabkan Melayu bukannya mengIslamkan Melayu. Melayu harus tidak campak budaya mereka dalam arus pemodenan dan akibat diserang bertalu-talu oleh budaya meluputkan jatidiri Melayu. Contohnya dalam keluarga saya, 11 adik-beradik saya dilahirkan secara bidan kampung Melayu, termasuk saya, melainkan seorang iaitu anak ke 11. Budaya perbidanan Melayu telah terhakis dek pemodenan dan pengAraban Alam Melayu.

14. Saya juga menulis dalam Menyanggah Fikrah Asing Dalam Membudaya Melayu seperti berikut “Secara jujurnya saya melihat Melayu terlalu banyak ketagih dengan fikrah-fikrah import termasuk cendekiawan dan pemimpin atasan mereka. Hal ini telah meracuni Umat Melayu ke akar umbi. Hingga menyebabkan Umat Melayu yang baharu saja ingin bangkit maka mereka terjatuh lagi. Jikalah begini keadaannya maka Melayu tak akan dan selama-lamanya tak boleh menjadi pemimpin dunia. Bahkah mereka senang diperkotak-katikkan. Akhir kalam, Melayu harus mempunyai minda eksport dan menyanggah fikrah-fikrah beracun dalam membudaya Melayu.” 

15. Saya juga sengaja mahu berbilang parti kerana akan mengukuhkan Melayu dan menjadikan Bangsa Melayu kreatif dalam perjuangan mereka. Sekarang ini ada Melayu dalam DAP, PKR, Bersatu, UMNO, PAS, Warisan, Pesaka dll. Cuma sahaja bagaimana untuk mengangkat Melayu dipersada dunia? Melayu harus bersekutu dengan bangsa-bangsa lain di samping mereka bersatu dalam berbilang parti. Dari sudut keagamaan pula Melayu kelihatan seperti yang kita analisa di awal tulisan ini iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan as-Sufi as-Salafi. Melayu juga harus ditonggaki oleh sistem Kesultanan dan YDPA. Ini jelas dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing. Melayu tidak harus membuang kesufian dan mistik mereka dengan arus pemodenan dan penjajahan fikrah-fikrah asing. Mereka harus bijak berdebat dan berdalil. Mereka harus membina ‘acuan mereka’ sendiri sebagai gaya hidup tanpa meminggirkan jatidiri mereka.

16. Saya yang menguruskan perniagaan besar-besar terdedah dengan maklumat sulit Alam Melayu berkenaan galian nadir dalam Tanah Melayu seperti uranium. Tak masuk akal bagaimana ia boleh ada. Bahan ini sangat berharga sebagai sumber tenaga baru. Lynas juga umum telah ketahui mengandungi galian nadir. Besi, timah, amar (bahan peledak), minyak dll layaklah tanah bertuah ini dipanggil Golden Chersonese (Semenanjung Emas). Ini yang sejak Melaka dan moden dunia memerhatikan Alam Melayu. Dari segi keagamaan jika Alam Melayu adalah sudut geografi di mana Isa Ibnu Maryam muncul. Saya telah sentuh sepintas lalu dalam tajuk MALAYSIA SEBAGAI KUASA TENTERA DUNIA: PADA MEMBANGUN TENTERA ALAM GHAIB & ZAHIR. Saya juga membuat pemerhatian berkala di Facebook saya. Jika dia muncul di Alam Melayu maka sudah mesti dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Maka, kontaknya dengan Jibril akan membuahkan hadis-hadis berbahasa Melayu. Tetapi harus dipakai disiplin hadis atau mustalah hadis sebagaimana yang digarap oleh ilmuan-ilmuan silam. Signifikan lain adalah peperangan akhir zaman (malahim) jika Isa Ibnu Maryam muncul di sini maka adakah al-Mahdi juga di sini? Dajjal pula di kepulauan Indonesia? Tetapi berleretan di Tanah Arab. Ada pertalian dan signifikan tradisi hadis silam dan moden.

17. Mudah-mudahan Alam Melayu amnya dan Bangsa Melayu khususnya berstamina untuk meneruskan langkah lagi. Bak lagu M Nasir, Mentera Semerah Padi, “Bagai Si Jantan Yang Berkokok!“.

APA PERLU UMNO BUAT JIKA MAHU TAWAN PUTRAJAYA?

1. Menawan Putrajaya merupakan impian setiap parti yang ada di Malaysia. Ia bukan sahaja impian parti-parti di Malaysia bahkan menjadi percaturan kuasa-kuasa besar dunia yang bersekongkol dengan mana-mana parti di Malaysia. Mimpi indah untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya menjadi igauan setiap politikus-politikus dari mana-mana parti. Apa tidaknya Malaysia yang merupakan Golden Chersonese yang merupakan sumber kekuatan dan jantung dunia.

2. UMNO setelah 60 tahun lebih menerajui Malaysia akhirnya kehilangan kerusi empuk Putrajaya. Silapnya hanya satu iaitu banyak bermimpi dari berada di realiti. UMNO telah ditalqinkan sebelum ia meninggal. Ini bermaksud ada orang hendak menguburkan UMNO. Atas dasar apa? Kalau orang yang mentalqinkan itu sendiri ditalqinkan sebelum dia meninggal bagaimana pula. Ada orang bercita-cita mahu menguburkan UMNO.

3. Kelangsungan UMNO ialah kuasa. Tanpa kuasa maka ahli dan pemimpin hilang semangat. Namun, di saat menerima kekalahan UMNO harus mempunyai jatidiri. Kekuatan dalaman yang amat sangat. Sekental dua bilah keris pada lambang UMNO. Tanpa jatidiri, ahli bahkan pemimpin akan hilang dibawa arus. Ini telah terpampang secara jelas kepada kita pasca PRU14. Ramai pemimpinnya melompat ke padang hijau lain selepas padang milik UMNO gersang dan tandus. Yang masih tinggal adalah ahli-ahli dan pemimpin yang mempunyai jatidiri walau tanpa kuasa.

4. Kita balik kepada tajuk kita; bagaimana caranya UMNO mahu tawan Putrajaya kembali? Soalan terlebih dahulu adalah adakah UMNO masih berpeluang menawan Putrajaya kerana ada orang telah mentalqinkan UMNO walau UMNO ketika itu sedang berkuasa? UMNO, ketika lemah, harus mempunyai sekutu-sekutu strategik. Iaitu dengan membina pakatan kerjasama dengan parti-parti politik lain, jika mahu menawan kembali Putrajaya. Sebenarnya dengan UMNO tumbang dalam PRU14 adalah ada hikmahnya iaitu ‘proses pembersihan dalaman’. Meningkatkan aura dalaman. Hanya yang kental bersama UMNO.

5. Tampaknya di akhir rejim Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden ke-7 UMNO ini mahu bersekutu dengan PAS. Pasca PRU14, selepas Najib didesak meletak jawatan Presiden UMNO dan PAU UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden ke-8 UMNO, juga meneruskan legasi Najib iaitu bekerjasama dengan PAS. Adakah dengan bersekutu dengan PAS suatu yang berhikmah? Secara dasarnya jika ada musuh politik mahu bersekutu maka kita tak boleh menolak. Kita serahkan kepada Allah apa yang ada dalam hati mereka. Tawakkal. Jika mereka ingin khianat maka kita serahkan kepada Allah untuk menghukumnya.

6. Saya telah lama mencanang agar wujudnya penyatuan atau kerjasama PAS dan UMNO. Namun PAS lebih obses dengan ‘Kingmaker’. Ia tidak kesampaian dalam PRU 14. Lihat hasil-hasil kerja saya dalam Warkah Serating:

ANALISA TENTANG PENYATUAN ATAU KERJASAMA DUA PARTI GERGASI MELAYU/ ISLAM : PAS DAN UMNO

1. Kesatuan Melayu :

“Sukarnya Melayu untuk bersatu kerana mereka ini dipengaruhi oleh puak-puak dan kabilah-kabilah mereka yang berlainan spesis bagi jin dan qarin-qarin bagi spesis bunian dan manusia. Jika kita tidak membedah secara mata batin maka amatlah sukar untuk menyelesaikan permasalahan yang rumit ini iaitu: Kesatuan Melayu kerana kita hanya melihat kepada mata zahir sahaja! Kita melihat kepada perbatasan politik dan kenegrian sahaja.”

2. Dinamika Kerjasama PAS Dan UMNO:

“1. Tok-tok guru dan alim-ulamak selalu membaca Surah Aal-e-Imran, Ayat 103. Permusuhan Aus dan Khazraj bagaikan orang yang tersepit dan hampir terjerumus dalam lubang neraka. Melainkan dengan mereka berpegang kepada ‘tali Allah’ yang menyelamat kedua-dua klan ini dari lubang neraka. Allahlah jua yang melunakkan hati-hati mereka dalam bersatu.

“2. Malangnya kita hanya memahami ayat ini hanya untuk Aus dan Khazraj sahaja. Mengapakah ayat ini tidak dijadikan model kepada kesatuan Melayu antara klan Umno dan Pas? Masihkah kita ingat lubang-lubang neraka yang digali hasil permusuhan antara Umno dan Pas seperti peristiwa Lubuk Merbau dan Memali Kedah?”

“3. Saya menganalisa pada 27/3/2009 seperti berikut dalam WARKAH SERATING: Raison D’etat Perlunya Kerajaan Perpaduan  “Apa yang dilihat oleh Ku Li dalam blognya razaleigh.com Malaysia akan menuju kepada situasi “breakdown”. “This breakdown is a serious matter.”, katanya. Bahasa ringkasnya Malaysia dijangka oleh beliau, saya faham, menjadi “a failed state”(negara yang lumpuh).”

3. Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO?:

“Samada PAS mahu menerima atau tidak salam silaturahim dengan Umno itu bukan perkara pokok di sini tetapi apa yang PAS boleh belajar dari Umno itu yang penting sehingga parti itu dapat menjadi parti teras memerintah Malaysia sehingga kini. Ini yang lebih penting.”

4. PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama? :

“Di dalam Kritik Terhadap Tahaluf Siyasi PAS Dalam Pakatan Rakyat saya menulis “Tetapi jika kritikan ini tidak mempunyai hasil maka Pas boleh menceraikan ‘isteri-isterinya’ dalam Pakatan Rakyat. Harus ada cooling-off period selepas perceraian ini. Agar tiada pihak yang sangsi dengan perceraian ini. Namu begitu jika ini berlaku ketika hampirnya pilihanraya umum maka rakyat akan melihat Pas lemah jika berseorangan. Memang pun apabila Pas disingkir dari BN pada 13/11/1977. Bertahan selama 5 tahun sahaja semenjak Januari, 1973. Hanya 2 kerusi sahaja Pas menang di Kelantan dalam pilihanraya 11/3/1978 iaitu di Manek Urai dan Sering. Itupun dengan majoriti yang kecil.”

7. UMNO tidak hanya harus fokus kepada sekutunya dengan PAS. UMNO juga harus mencari sekutu dengan PH. Di dalam PH sendiri mempunyai klik-klik yang telah membara bak api dalam sekam. Klik yang saya maksudkan klik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika dilihat dalam PRK Port Dickson Anwar lagi kuat pengaruhnya dari PAS. Jika dilihat pasca PRU14 dan edisi lelompat UMNO Sabah Tun M lagi kuat pengaruhnya dari Anwar. Oleh itu pemutus dasar UMNO harus membuat keputusan terbaik bagi melakarkan kuasanya melalui strategi penyekutuan dengan parti-parti politik yang lain.

8. Saya percaya PH akan berpecah dua. Akan ada orang akan menangguk di air keruh. UMNO harus mencium bau harimau sebelum harimau datang menerkam. Agar harimau dapat dijerat. Belut dapat ditangkap. UMNO memang bijak pun sejak dahulu. Namun sekarang mereka hilang semangat bila hilang kuasa. Memulihkan semangat orang yang dihantui kekalahan ini bukan kerja senang. Motivasi harus diberi. Suntik semangat kelasi-kelasi. Baiki kapal yang telah dibedil dengan teruk.

9. UMNO harus bijak menjana duit. Dengan tidak menguasai Putrajaya dan GLC tidak bermakna hilang sumber kewangan. Kesusahan itu adalah kesenangan. Duit boleh digandakan dengan tiada ketirisan. Ahli-ahli harus menjadi lebih kreatif dalam menjana kewangan. Jika dahulu nasi dalam periuk yang besar maka banyak keraknya. Jika sekarang nasi dalam periuk yang kecil maka sedikit keraknya. Kesusahan itu menambahkan lagi jatidiri dan kekentalan. UMNO harus membuat pembersihan dalaman juga. Jika dahulu banyak berlaku ketirisan gara-gara orang membocorkan poket. Dengan UMNO hilang kuasa tiada lagi timbunan padi. Tikus tidak lagi mendekati. Tiada makna wang bertimbun jika habis dek kebocoran dan parti lemah. Disangka kuat tapi bila bergusti, kalah dalam satu pusingan.

10. Pembesaran UMNO harus secara organik. Dengan membesar secara tidak organik akan menyebabkan parti ini sembab bak ayam daging. Gemuk dan besar namun isinya bertoksik. Ikutilah resmi ayam kampung mencari rezeki sendiri bukan dimakan suap. Bila bertarung boleh menaji ayam daging yang lebih besar dan gemuk. Isinya yang organik lagi berkhasiat walau kurus berbanding ayam daging. Pembesaran secara tidak organik inilah yang menyebabkan segala masalah dalam UMNO. Tidak tahu mana ahli atau pemimpin yang betul-betul ikhlas dan berjatidiri. Ia hanya terserlah bila UMNO hilang kuasa.

11. UMNO harus bermula dari sekarang melakar strategi menawan Putrajaya. Sekarang. Hari ini. Bukan besok. Abaikan kelasi-kelasi yang telah bertukar kapal. Kapal yang dibedil dengan dahsyat harus dibaiki. Lubang-lubang harus ditutup. Layar harus dibentang. Bendera harus dikibar. Nun! Di sana khazanah-khazanah dunia menanti!

AZMIN ALI BAKAL PRESIDEN PKR?

1. Pada 25/12/2015 saya menulis dalam tajuk PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama? Klik: https://goo.gl/a7JJLc “Manakala serpihan dalaman PKR kita akan lihat apa yang akan berlaku. Jika nama Dato’ Seri Azmin Ali mengukuh dalam PKR tidak mustahil dia akan menyahkan Dinasti Anwar dalam PKR. Dari situ PKR mempunyai pemimpin dan halatuju yang baharu. Azmin yang pro PAS juga akan memungkinkan kerjasama dengan PKR-PAS.”

2. Ketika 25/12/2015 saya menulis tiada riak-riak ini bakal terjadi tetapi naluri saya sebagai penganalisis politik samada melalui bacaan-bacaan dan perbincangan-perbincangan yang menjurus ke arah itu. Pada saat ia ditulis tiada petanda-petanda namun gerak-gerak politik seolah-olah menjurus ke arah itu.

3. Sekarang ia seperti benar-benar akan terjadi. Setakat artikel ini ditulis tiada lagi pengisytiharan Dato’ Seri Azmin Ali akan bertanding sebagai Presiden PKR dalam pemilihan PKR akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Seteru Azmin Ali iaitu Rafizi Ramli telah mengisytiharkan kemnya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dengan kata lain mahu melanggar jawatan Azmin Ali yang disandang sekarang! Walhasil, maka Azmin Ali tiada pilihan melainkan dua ini samada dia mempertahankan jawatannya yang sedia ada (Timbalan Presiden PKR) atau melanggar Datin Seri Wan Azizah, jika mempertahankan jawatannya atau melanggar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah mengisytiharkan akan merebut kerusi Presiden PKR!

4. Jika dilihat dalam kem Rafizi Ramli wujud Nurul Izzah Anwar iaitu anak Anwar Ibrahim. Inilah yang saya sifatkan Dinasti Anwar. PKR jika menolak Azmin Ali maka parti ini akan menjadi Dinasti Anwar ke anak-cucu. Adakah ini akan berlaku? Saya rasa tidak kerana dalam PKR sekarang bukan semua orang menjiwai Dinasti Anwar kalau bukan reformis-reformis pun. Oleh itu kem Rafizi tidak semestinya boleh menarik simpati bagi menjana undi pihak-pihak yang menaruh simpati kepada Dinasti Anwar.

5. Setakat tulisan ini dikarang tiada lagi pengisytiharan dari Azmin Ali yang dia akan bertanding Presiden atau mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Dari gerak-gerak yang berlaku saya meramalkan Azmin Ali akan bertanding Presiden PKR kerana jika gagal bertindak seperti diramalkan maka karier politiknya akan berkubur. Jika dia bertindak dengan penuh berhikmah maka dia akan maju ke depan.

6. Satu faktor lagi saya melihat ialah faktor Dr Mahathir dalam PKR. Sekarang Dr Mahathir, setakat tulisan ini dibuat, telah memberi posisi yang sangat kukuh kepada Azmi Ali dalam Kerajaan PH. Azmi Ali juga semasa menjadi Menteri Besar Selangor semenjak 23 September 2014 hingga 19 Jun 2018 telah membina pengaruhnya di Selangor. Bahkan diawal reformasi lagi dia tahan dengan kes-kes Mahkamah. Jika dia mencabar Anwar pun dalam pemilihan Presiden PKR, dia tetap mempunyai jiwa dan semangat reformis. Ini akan meyakinkan reformis-reformis dalam PKR.

7. Dr Mahathir pula mahu mengukuhkan kedudukannya dalam Negara. Maka tidak mustahil beliau akan bekerjasama dengan Azmin Ali dan membantu Azmin Ali dalam merebut jawatan Presiden PKR. Jika Anwar menjadi Presiden PKR dan menuntut pelaksanaan peralihan kuasa PM sebagaimana termaktub maka adakah mungkin Dr Mahathir menyerahkannya? Walhal, perjanjian itu tidak menyebut pun bila peralihan kuasa PM itu harus dibuat. Anwar dulu pun pada Krisis Kewangan 1997-1998 telah mahu melanggar Dr Mahathir sebagai PM. Rahsia ini semua orang tahu.

8. Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi pempastikan hasratnya dan agenda-agenda reformasinya terlaksana. Terbaik bagi melaksanakan semua ini dengan menobatkan dirinya sebagai PM Malaysia ke-8. Sedangkan PKR mempunyai komposisi yang lebih berbanding parti-parti lain dalam gabungan Kerajaan PH. Sanggupkah dia sabar dengan karenah PM berusia 93 tahun ini? Atau kebimbangan mimpi ngeri 1998 menghantuinya?

9. Faktor Dr Mahathir juga memainkan peranan yang amat signifikan. Orang Tua penuh bijaksana ini amat licik berpolitik. Bagi saya, beliau tidak akan membiarkan peralihan kuasa PM kepada Anwar atas beberapa faktor. Faktor pertama, apa kata kalau Anwar sebagai PM mengambil tindakan atasnya dan ahli-ahli keluarganya yang aktif dalam berniaga? Faktor kedua, apa kata kalau Anwar menguburkan Bersatu? Faktor ketiga, apa kata kalau Anwar menimbulkan kekacauan politik di Malaysia sebagaimana yang dia pernah buat ketika Malaysia dilanda krisis. Faktor keempat, diampun oleh YDPA bagi kes liwat.

10. Anwar bagi saya adalah tokoh yang berkaliber. Namun dihantui oleh pengalaman silam yang cukup kelam. Samada dihitamkan oleh musuh-musuh politiknya di luar atau di dalam. Mahukah Malaysia mempunyai seorang PM yang mempunyai rekod seperti ini? Jika Malaysia dan rakyatnya bersedia maka Malaysia akan memperolehi seorang PM yang selicik Dr Mahathir!

Menyanggah Fikrah Asing Dalam Membudaya Melayu

1. Melayu kini diibaratkan tidak mempunyai tujuan dan arah. Jika ada panggilan dari Timur maka mereka menuju ke Timur mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Barat maka mereka menuju ke Barat mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Utara maka mereka menuju ke Utara mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Selatan maka mereka menuju ke Selatan mencari punca suara itu. Ketika mereka mengejar punca suara-suara itu mereka tercicir pesan nenek-moyang mereka. Mereka telah hilang jatidiri. Sedikit demi sedikit jatidiri yang mereka warisi dari datuk-nenek moyang mereka terhakis.

2. Mengapa ini harus berlaku kepada Bangsa Melayu? Mengapakah bangsa yang belum pernah diamanahkan memimpin dunia harus jadi begini? Adakah mereka dipesongkan oleh anasir-anasir asing? Jika begitu, apa nawaitu anasir-anasir asing mencampuri urusan Melayu? Adakah kerana anasir-anasir asing telah melihat Melayu mampu dan bakal memimpin dunia maka mereka harus dilemahkan? Dengan kata lain, kelemahan Melayu sengaja diprogramkan?

3. Bertitik-tolak dari persoalan-persoalan ini Umat Melayu harus mencari jawapan-jawapannya, jika ia berteka-teki dalam minda Melayu. Kesilapan meluangkan masa untuk berfikir mencari jawapan atau sedetik untuk berfikir merupakan satu kesilapan besar bagi Umat Melayu.

4. Melayu adalah satu bangsa yang dicerna oleh masa dan zaman panjang. Diacu oleh Perlembagaan. Siapa Melayu sudah selesai dikupas. Tidak perlu diperbahaskan lagi. Melainkan bagi generasi baru yang masih mencari identiti diri. Hanya menunggu untuk diadun dan dimasak bagi menjadi resepi yang mengenakkan. Kita jumpa dengan segelintir Melayu yang sudah membenci Kemelayuan mereka. Puncanya apa? Puncanya mereka diserang dengan fikrah asing. Fikrah asing seperti kleptokrasi, nepotisma, kronisma, sekularisma dll adalah makanan beracun yang dihidangkan dalam resepi Melayu. Jika ditelannya tamadun Melayu akan runtuh dan menyembah bumi.

5. Jika kita perhatikan di Barat; kleptokrasi, nepotisma, kronisma tetap diamalkan oleh mereka bukannya ditepis. Kita mempunyai banyak bukti bagi menguatkannya. Sekularisma yang sudah menjadi piawai antarabangsa, ia satu penghalang kepada dakwah dan penyebaran Islam. Islam merupakan jatidiri Melayu yang tak dapat dipisahkan. Hakikat ini diakui oleh budayawan-budayawanis. Jika budaya Melayu diadun dengan semangat Melayu tanpa diaduk dengan Islam maka Melayu akan menjadi Melayu yang rasis. Islam lah satu piawai untuk Melayu bercampur-gaul dengan kelompok bangsa lain. Ia merupakan satu piawai yang sesuai dengan fitrah manusia. Bagi penganutnya, ia datang dari pihak yang menciptakan manusia sendiri. Jika Melayu mengambil Melayu semata-mata maka Melayu akan gagal dipersada antarabangsa. Bahkan persada nasional. Jika Melayu mengambil sekularisma Melayu akan hilang Melayu dan Islam. Tidak pergi ke mana pun dengan membawa sekularisma. Bukannya Melayu boleh memimpin dunia dengan sekularisma. Sedangkan termaktub dalam al-Quran :

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, – [an-Nasr:2]

6. Pendefinisian ‘Deenillah’ (دِينِ اللَّهِ) itu hanyalah Islam [al-e-‘Imran:19]. Saya dalam pertemuan-pertemuan lepas tidak menafikan bahawa ada di dalam sebahagian fikrah-fikrah yang berlegar di kalangan kita (bukan Melayu sahaja) adalah saki-baki pengajaran nabi-nabi terdahulu sebelum penutup nabi dibangkitkan. Oleh itu kita tidak menolak secara mendadak mana-mana fikrah yang ingin menusuk minda Melayu. Kita mahu menapis dan menyanggah fikrah-fikrah yang sengaja direkacipta untuk menghancurkan Melayu.

7. Melayu sendiri harus merujuk kepada naskhah-naskhah tua milik mereka yang masih berbaki bagi mencari nilai yang diasaskan oleh leluhur mereka. Seperti yang saya selalu tegaskan tak mustahil ada di kalangan Melayu itu nabi yang diutuskan kepada umat Melayu sebelum Muhammad dibangkitkan. Saya telah beri pendalilan dan hujah-hujahan di arena lain sebelum ini.

8. Secara jujurnya saya melihat Melayu terlalu banyak ketagih dengan fikrah-fikrah import termasuk cendekiawan dan pemimpin atasan mereka. Hal ini telah meracuni Umat Melayu ke akar umbi. Hingga menyebabkan Umat Melayu yang baharu saja ingin bangkit maka mereka terjatuh lagi. Jikalah begini keadaannya maka Melayu tak akan dan selama-lamanya tak boleh menjadi pemimpin dunia. Bahkah mereka senang diperkotak-katikkan. Akhir kalam, Melayu harus mempunyai minda eksport dan menyanggah fikrah-fikrah beracun dalam membudaya Melayu.

PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama?

1. Perbincangan di kedai kopi pagi tadi saya mendapat input dari seorang peguam PAS tentang maklumat-maklumat yang saya boleh rungkaikan seperti tajuk di atas: PRU 14: Mana Lebih Bijaksana Bagi PAS; Bersendiri Atau Bekerjasama?

2. Teori kerjasama yang saya lakarkan seperti dalam tulisan “Kritik Terhadap Tahaluf Siyasi PAS Dalam Pakatan Rakyat” dan “Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO?” dilihat oleh sahabat saya ini bersifat relatif.

3. Di dalam Kritik Terhadap Tahaluf Siyasi PAS Dalam Pakatan Rakyat saya menulis “Tetapi jika kritikan ini tidak mempunyai hasil maka Pas boleh menceraikan ‘isteri-isterinya’ dalam Pakatan Rakyat. Harus ada cooling-off period selepas perceraian ini. Agar tiada pihak yang sangsi dengan perceraian ini. Namu begitu jika ini berlaku ketika hampirnya pilihanraya umum maka rakyat akan melihat Pas lemah jika berseorangan. Memang pun apabila Pas disingkir dari BN pada 13/11/1977. Bertahan selama 5 tahun sahaja semenjak Januari, 1973. Hanya 2 kerusi sahaja Pas menang di Kelantan dalam pilihanraya 11/3/1978 iaitu di Manek Urai dan Sering. Itupun dengan majoriti yang kecil.”

4. Di dalam Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO saya menulis “PAS sekarang ini kelihatan bersendirian. Adalah terbaik bagi PAS, selepas tempoh eddah politik berakhir, mereka mencari sekutu politik baru. Umno kelihatan bersungguh-sungguh ingin berkerjasama dengan PAS. Kerjasama politik PAS-UMNO bukan sahaja meletakkan PAS dipersada politik negara dengan strategik tapi memungkinkan agenda-agenda Islam PAS terlaksana. PAS harus belajar kegagalan kerjasama dengan Umno semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda.”

5. Namun, perbincangan kedai kopi pagi tadi memungkinkan bahawa PAS bersendiri dalam PRU 14. Fokus kepada kemenangan kerusi-kerusi yang ditandinginya. Selepas itu baru membuat keputusan samada hendak bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau UMNO.

6. Satu lagi teori adalah PAS bekerjasama dengan serpihan UMNO yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan serpihan PKR yang dipimpin oleh Dato’ Seri Azmin Ali. Serpihan-serpihan ini belum berlaku. Serpihan dalam UMNO seperti telah kelihatan akan berlaku. Dalam PKR belum ada riak-riak yang jelas lagi. Namun, jika Googleazmin ali pro pas‘ ada dua berita dari The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang mengesahkan ini.

7. Ini bermakna teori PAS bekerjasama dengan UMNO tak menjadi satu kemestian tapi bekerjasama dengan serpihan-serpihan UMNO dan PKR.

9. Sahabat saya ini yang setia bersama PAS, berpendapat PAS boleh menjadi kingmaker. Cuba tuan-puan Google ‘pas kingmaker‘.

10. Menurut sahabat saya ini yang kononnya dia  mendapat dari sumber dalaman PAS yang otoritatif bahawa serpihan UMNO dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh terjadi dengan berdaya menarik julat ahli UMNO antara 800,000 hingga 1,000,000. Dan menyerapkan ‘pemberontakan dalaman‘ UMNO ini ke dalam Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

11. Manakala serpihan dalaman PKR kita akan lihat apa yang akan berlaku. Jika nama Dato’ Seri Azmin Ali mengukuh dalam PKR tidak mustahil dia akan menyahkan Dinasti Anwar dalam PKR. Dari situ PKR mempunyai pemimpin dan halatuju yang baharu. Azmin yang pro PAS juga akan memungkinkan kerjasama dengan PKR-PAS.

12. Penguasaan PAS kepada kerusi-kerusi tradisi dalam pilihanraya, seperti di Kedah, terhakis akibat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang didominasi oleh fahaman politik multi-cultural party dan secularism. Atas dasar inilah lebih bijaksana PAS bersendiri dalam PRU 14.

13. Pada pendapat saya pandangan sahabat saya ini mungkin ada benarnya kerana PAS menjana undi dari Melayu di kubu tradisinya di Terengganu dan Kelantan serta Kedah. PAS menyerap ke dalam UMNO sebelum PRU 14 adalah tidak bijaksana bagi beliau kerana bargaining power PAS adalah lemah. Jikalah PAS memenangi di kerusi-kerusi yang ditandinginya dalam PRU 14 dengan banyak maka PAS akan menjadi kingmaker jika bersekutu dengan mana-mana parti yang memenangi pilihanraya. Kita tunggu dan lihat apa yang dibaca oleh sahabat saya ini.

Apa Perlu PAS Belajar Dari UMNO?

1. Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-69 baru sahaja usai. Parti itu menunjukkan petanda ‘untuk memerintah bumi Malaysia hingga kiamat!’ walaupun mereka kelihatan ‘penat dan tenat’. Dengan melihat strategi terkini menghulurkan tangan untuk bersilaturahim dengan PAS.

2. Samada PAS mahu menerima atau tidak salam silaturahim dengan Umno itu bukan perkara pokok di sini tetapi apa yang PAS boleh belajar dari Umno itu yang penting sehingga parti itu dapat menjadi parti teras memerintah Malaysia sehingga kini. Ini yang lebih penting.

3. PAS harus belajar dari Umno tentang beberapa perkara. Saya akan rumuskannya untuk dijadikan panduan kepada pemikir-pemikir dan pembuat-pembuat dasar PAS:

i- Memperkukuhkan Dana PAS

Ini satu aspek yang mana PAS masih lemah. Saya pernah mengisyaratkan tentang betapa pentingnya PAS mewujudkan korporat-korporatnya ketika saya masih mahasiswa di UIAM dalam HARAKAH dengan tajuk “KORPORAT MUSLIM” pada 8 Disember 1995. Namun dipandang sinis oleh sebahagian ahli PAS dengan istilah ‘keparat’. Sedangkan kita melihat Umno lebih ‘cerdik’ dalam hal ini. Mereka mewujudkan korporat-korporat mereka yang menguasai konglomerat dalam mencari dana untuk membiayai gerakan mereka. Sungguh menyedihkan tentang hal ini dalam PAS. Adakah mereka tidak membaca sejarah Islam siapakah yang membiaya gerakan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.? Siapakan Abdul Rahman Auf? Uthman Al-Affan? Zubir al-Awwan? Abu Bakar as-Siddiq? Bukankah mereka ‘korporat-korporat’ yang mencari dana untuk membiaya gerakan Islam?

Umno mewujudkan Daim dan proksi-proksinya. Dengan konglomerat yang menjana pendapatan jutaan ringgit. Bahkan berbilion ringgit! Inilah yang menjadi Umno masih relevan walau diasak segenap penjuru.

 
Kita tidak menafikan hal ini ada usaha dari PAS ke arah ini seperti kes North East Plantations Sdn Bhd yang telah dikurniakan tanah seluas 10,000 ekar di Hutan Simpan Sungai Paka, Mukim Besol dan Hulu Paka, Dungun untuk ladang kelapa sawit dan ternakan lembu apabila PAS memerintah Terengganu. Namun PAS melakukan kesilapan apabila tidak mempercepatkan proses pemilikan tanah. Ini kesilapan besar yang mereka lakukan. Apabila Kerajaan PAS tumbang di Terengganu, Pejabat Tanah menolak pembayaran premium menyebabkan PAS kehilangan tanah yang strategik. Saya diberitahu oleh sumber dalaman jika PAS berjaya memiliki tanah ini maka seluruh pekerja-pekerja PAS akan bergaji setimpal.

Saya meletakkan ‘Memperkukuhkan Dana PAS’ sebagai langkah paling aula dalam meniru Umno kerana betapa pentingnya langkah ini. Dengan dana PAS boleh memperkukuhkan daya saing dalam persada politik negara. Gerai-gerai niaga di pasar Jumaat di Rusila dan gerai-gerai malam di setiap ceramah tidak harus sentiasa begitu. Ia harus berkembang menjadi perniagaan di premis-premis tetap. Dari premis tetap ia harus berkembang menjadi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Seterus mergers and take-overs. Inilah cara profesional untuk membiayai parti.

ii. Tanam Dan Tuai

Umno mempunyai strategi ‘tanam dan tuai’. Iaitu merisik parti seterunya dan menanam orangnya dalam parti itu. Apabila telah sampai waktu menuai maka Umno akan beroleh hasil. Seorang penulis politik Halim Mahmood di dalam bukunya Asri Dalam Dilema: Hafar Enterprise 1983 mukasurat 107 menulis tentang krisis PAS di era 1977 seperti berikut di bawah tajuk Umno Dalam Krisis PAS-Asri “Seringkali PAS mengalami krisis dalam ‘rumahtangganya’ akan ada satu pihak lain yang menunggu dan melihat. Kalaupun tidak ada campurtangannya secara langsung, kalaupun tidak ada perhatian secara dekat, ianya akan ada pemerhati dari luar, dari jauh. Pokoknya, perhatian itu suatu yang mesti, suatu yang penting. Setidak-tidaknya bagi menilai kekuatan, kemajuan, malah keruntuhan yang mungkin berlaku dari krisis yang dialaminya.’ PAS harus merisik dan menanam. Mereka tidak harus selama-lamanya menjadi parti ‘mangsa’. Mereka seharusnya juga menjadi parti ‘pemangsa’. Mereka tidak boleh menjadi naif selama-lamanya.

 
Lihat sahaja dalam kes Parti Amanah Negara betapa PAS menjadi mangsa lagi. Mereka telah hilang panglima-panglima politik hebat mereka gara-gara mainan politik ‘risik dan tanam’ PKR dan DAP.

PAS harus belajar merisik parti seterunya dan menanam orang-orangnya dalam parti seterunya apabila sampai masanya maka PAS pula yang menuai hasil!

iii. Arah dan tawan

Kita berharap dengan memiliki bangunan sendiri di Jalan Raja Laut yang bernilai jutaan ringgit PAS mempunyai pusat ‘arah dan tawan’.  PAS bukan lagi bermarkazkan rumah-rumah ahli sebagai pusat arah dan tawan tetapi mempunyai beberapa aset dan prasarana untuk melakukan kerja ini secara tersusun dan rapi. Oleh itu tiada lagi alasan untuk tidak menyusun strategi arah dan tawan.

Lihat Umno mempunyai PWTC sebagai pusat arah dan tawan mereka.

 

iv. Pahlawan Siber

Di era pertarungan politik dengan menembak secara blog-blog dan media baru, PAS harus mempunyai pahlawan-pahlawan sibernya sendiri. Ini dibiayai dengan dana korporat-korporat PAS. Pahlawan-pahlawan siber PAS boleh jadi pahlawan halimunan atau hakiki. ‘Pedang Allah’ di zaman moden ini adalah sebutir komputer atau satu gajet yang bernama hanset! Pahlawan siber yang hakiki harus diajar aspek undang-undang seperti undang-undang fitnah dan hasutan. Seteru PAS lebih maju dalam hal ini. Dengan Umno-Cybertroopers dan The Red Bean Army dll.

 
v. Gembleng Spesis Basyar

PAS harus mengembleng tenaga dari spesis basyar seramai mungkin. Usahasama dengan spesis basyar yang dimuliakan Allah adalah satu kemestian. Mankala menyertai PAS adalah satu kemestian bagi spesis basyar melainkan mereka boleh tasyakkul dan mumasthalah seperti  spesis jin dan bunian. Model gerakan Islam PAS adalah model terbaik untuk spesis basyar bersama. Fikrah Islam persis gerakan Islam Rasulullah yang diamalkan PAS adalah kewajipan kepada spesis basyar.

vii. Menguasai Perbandaran

PAS tidak harus selama-lamanya menjuarai perkampungan. Jaguh kampung layaknya. Mereka harus merangka strategi menguasai perbandaran. Lihatlah Umno yang bukan setakat menjadi saingan PAS diperkampungan tetapi mereka menawan kota-kota.

viii. Kerjasama Politik

PAS sekarang ini kelihatan bersendirian. Adalah terbaik bagi PAS, selepas tempoh eddah politik berakhir, mereka mencari sekutu politik baru. Umno kelihatan bersungguh-sungguh ingin berkerjasama dengan PAS. Kerjasama politik PAS-UMNO bukan sahaja meletakkan PAS dipersada politik negara dengan strategik tapi memungkinkan agenda-agenda Islam PAS terlaksana. PAS harus belajar kegagalan kerjasama dengan Umno semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda.

4. Sebagai penutup sebelum saya menghembus nafas terakhir saya ingin lihat seorang Perdana Menteri dari PAS. Ini boleh tercapai, tetapi tidak terhad, dengan pelan yang telah saya bentangkan.