PENZAHIRAN DANA ALAM GHAIB

1. Persoalan pertama tentang Penzahiran Dana Alam Ghaib ialah adakah benar Dana Alam Ghaib wujud? Kita telah bincangkan dalam pertemuan-pertemuan lepas bahawa wujud dan adanya Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni Alam Ghaib? Wujudkah benda-benda di Alam Ghaib? Sudah tentu. Jika Alam Ghaib sahaja wujud dan ada tetapi tiada penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib maka wujudnya Alam Ghaib itu akan tertolak. Sedangkan wujudnya Alam Ghaib itu telah dibahaskan dengan terperinci di pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa ia wujud.

2. Nah, sekarang kita sudah dapat menerima hakikat bahawa wujud penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib? Tuhan kita sendiri itu adalah sesuatu zat yang ghaib. Tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita hanya mengetahui dan meyakini Dia adalah wujud. Jadi kita sudah boleh berfikir bahawa wujud Alam Ghaib. Saya pernah menyatakan bahawa ia suatu Dimensi Ghaib. Adalah mudah bagi Allah untuk mewujudkan Alam Ghaib atau Dimensi Ghaib serta penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib.

3. Oleh itu persoalan wujudnya Dana Alam Ghaib ini adalah suatu yang tidak mustahil. Khazanah Alam Ghaib adalah ‘infiniti’. Tiada noktah. Hanya tinggal samada kita dapat menjumpainya dan menzahirkannya. Seperti yang saya telah bahaskan bahawa Alam Ghaib, selain Allah, ia hanya duplikasi atau salinan kepada Alam Zahir. Wujud bank-bank Alam Ghaib dan Dana Alam Ghaib. Ia hanya sedikit perbezaan sahaja. Jika kita makan tak berbayar di Alam Ghaib sebenarnya kita cuba membuat ‘rompakan’ di Bank Alam Ghaib. Bank Alam Ghaib itu boleh jadi kedai makan yang menyalin kedai makan di Alam Zahir. Boleh jadi kedai runcit. Boleh jadi bank seperti bank di Alam Zahir. Namun di Alam Zahir bank tetap bank. Kedai makan tetap kedai makan. Kedai runcit tetap kedai runcit. Paling penting semasa di Alam Ghaib siapakah yang sedang bertugas di kedai makan, siapakah yang sedang bertugas di kedai runcit dan siapakah yang sedang bertugas di bank itu. Jika yang sedang bertugas di kedai makan, kedai runcit dan bank itu adalah gabenor maka kedai makan atau kedai runcit atau bank itu maka ia adalah Bank Alam Ghaib.

4. Ia lagi menjadi kenyataan jika kita sendiri memasuki sendiri di Alam Ghaib. Kita harus mempunyai ilmu. Saya sendiri jika memasuki Dimensi Ghaib, saya akan bersifat unik. Ada wang saya tukar kepada menjadi cek. Ada yang saya tukar wang menjadi kepingan emas. Ada yang saya tukar menjadi kad kredit. Ada orang memberitahu saya bahawa ada sebahagian dokumen undang-undang saya di ROHAN & CO menjadi ‘bon’ yang bernilai. Ia adalah dokumen yang mempunyai nilai di Alam Zahir. Sebab itu jin-jin yang kuat sangat suka berurus dengan saya kerana kebolehan saya ini.

5. Kita, jika bukan keseluruhannya, sebenarnya masuk dan keluar ke Alam Ghaib dan Alam Zahir. Mungkin kita tidak menyedarinya. Kita harus sentiasa peka di mana dan masa mana kita di Alam Ghaib dan masa mana kita di Alam Zahir. Semasa kita di Alam Ghaib kita boleh melakukan transaksi kewangan. Termasuk membuat dan mengumpul Dana Ghaib. Qarin jin kita itu sendiri sebenarnya sedang bekerja samada dia berada di luar sarangnya yakni tubuh kita dan semasa dia berada di sarangnya. Semasa dia berada di dalam tubuh kita dia mentafsirkan apa yang kita sedang buat dan akan buat. Contohnya aapa dan cara kita makan. Ia mentafsirkan apa kita sedang buat dan apa kita akan buat. Begitu juga bila dia berada di luar sarangnya. Dia melakukan kerja. Oleh kerana dia bekerja maka dia sendiri mempunyai Dana Alam Ghaib. Dia juga bersifat memiliki. Termasuk Dana Alam Ghaib. Kita belum membincangkan tentang pemilikan Dana Alam Ghaib yang dimiliki oleh khadam-khadam yang kita miliki seperti yang saya telah isyaratkan dalam pertemuan-pertemuan lepas.

6. Saya selalu sebut di dalam Facebook saya (יֵשׁוּעַ בנו של מרים) tentang hijab yang dibuka kepada saya tentang alter ego saya yang bernama ‘Robert Tan’ yang suatu ketika dahulu sekitar tahun 2004 menunjukkan ‘proof of fund’ bernilai USD35,000,000,000,000,000. Pada mulanya saya sukar menerimanya. Saya ada sebutkan kisah ini dalam Facebook saya berkenaan kawasan balak Tembat dan Petuang bahawa alter ego ini mempunyai Dana Alam Ghaib sebanyak itu selepas serombongan mereka yang mempunyai kaitan dengan Istana Terengganu bertandang ke rumah saya di kampung menunjukkan ‘proof of fund’ sebanyak itu. Cuma ia (Dana Alam Ghaib ini) belum dizahirkan ke Alam Zahir. Hanya ‘proof of fund’ yang asli ditunjukkan. Namun jika saya merentas ke Alam Ghaib saya boleh mengguna Dana Alam Ghaib ini. Saya nampak duit saya sedikit sahaja namun orang lain melihatnya besar. Orang melihat saya sebagai seorang kaya. Sedangkan saya sedang-sedang sahaja.

7. Sebagaimana kita maklum bahawa khazanah dunia yang infiniti ini adalah milik Allah. Dia boleh memberi kepada sesiapa yang dia mahu. Kepada orang yang sudah memilikinya maka ia menjadi hak milik orang itu. Bagaimana untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ini ke Alam Nyata? Sebenarnya ketika kita di Alam Ghaib kita sudah boleh menggunakan Dana Alam Ghaib kerana Alam Ghaib itu persis Alam Zahir. Duplikasi. Seperti membeli makanan dan menggandakan Dana kita. Kita juga, ketika berada di Alam Ghaib, boleh membeli barang-barang bersakti dan berkhadam di Alam Ghaib untuk di bawa masuk ke Alam Zahir. Unikkan hidup ini? Unikkan kekuasaan Allah?

8. Sebagai peguam saya memindahkan Dana Alam Ghaib ini secara ‘legal’ atau sah. Jika tidak ia akan menimbulkan suatu pertanyaan dan isu kepada Alam Zahir. Ia juga boleh menjadi ‘dana panas’. Jika secara sah saya memindahkannya maka Dana Alam Ghaib yang telah di bawa ke Alam Zahir ini tiada siapa yang boleh mengacau. Jika mereka mengacaunya maka mereka akan menjadi ‘panas’.

9. Oleh kerana qarin jin kita itu jin maka ia mempunyai kebolehan untuk bertasyakkul dan merupa orang tertentu dengan izin Allah. Dia boleh bekerja di Alam Ghaib. Dia boleh memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita. Cuma bagaimana kita tahu bahawa yang memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita adalah qarin jin kita? Suatu perkara yang sukar kan. Saya dalam pertemuan yang lepas memberi beberapa tip untuk memanggil dan mengenali qarin jin kita. Serta mengelak jin luar mengacau kita. Apa pun jika Dana Alam Ghaib itu milik kita maka ia tetap milik kita. Mintalah pertolongan dengan Allah kerana dia yang Maha Kuasa dan Kaya.

10. Dana Alam Ghaib ini tidak semesti yang kita usahakan namun ia adalah dari rezki Allah semata-mata atau kurniaan Allah kepada kita atas apa sebab pun atau tanpa sebab. Cuma bagaimana cara untuk membawanya ke Alam Zahir? Kita harus mempunyai ilmu untuk memindahkannya. Adalah mustahil untuk tiba-tiba dalam akaun kita mempunyai baki tersedia sebanyak jutaan atau bilion atau trilion atau apa sahaja jumlah tanpa bersebab kerana jika tidak semua negara mempunyai AMLA (Anti-Money Laundering Act) maka sebahagian negara mempunyainya. Oleh itu wang yang masuk ke dalam akaun kita mesti bersebab. Jadi untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir mestilah bersebab.

11. Kita mungkin tidak kaya di Alam Zahir namun di Dimensi Ghaib kita mungkin seorang kaya. Ia boleh jadi juga di Alam Zahir kita seorang yang kaya namun di Alam Ghaib kita bukan seorang kaya. Boleh jadi di Alam Ghaib kita seorang yang bertaqwa maka Allah mengurniakan kita dengan rezki-Nya. Kita kaya di Alam Zahir dan miskin di Alam Ghaib kerana kita seorang pendosa.

12. Semua yang saya ceritakan ini adalah tidak mustahil pada ilmu dan kekuasaan Allah. Kita memerlukan alasan untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir agar tidak menimbulkan kesangsian kepada masyarakat dan mereka yang berkenaan. Kita sebenarnya semasa memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir itu adalah bekerja. Oleh itu ia merupakan alasan mengapa Dana Alam Ghaib yang telah dizahirkan ke Alam Zahir itu adalah sah atau ‘legal’. Ia bukanlah ‘pembersihan’ wang atau ‘laundering’ tetapi secara sah.

13. Kita berusaha setakat kemampuan kita. Samada pembaca adalah jin atau bunian atau manusia maka usaha setakat kemampuan kebolehan kita. Usah diusahakan apa yang kita tak mampu. Jika telah diusahakan tapi tidak mampu dan berjaya berhenti setakat itu. Boleh pergi jumpa dengan orang yang lagi berilmu dan mempunyai kebolehan. Usah tertipu dengan godaan syaitan yang dalam bentuk manusia yang hanya menunggu peluang untuk memperdayakan kita. Selamat berusaha!

TARIK DUIT 2017 : PADA MEMBAHASKAN PENGERTIAN WANG KERING DAN WANG BASAH

1. ‘Wang Kering’ dan ‘Wang Basah’ adalah satu pendefinisian bagi memudahkan kita mengerti tentang maksud dan makna rezeki yang datang kepada kita. Seperti yang saya telah bahaskan dalam TARIK DUIT 2017 (BAB: MAKAN). Makanan dan cara kita makan mengundang seribu makna tentang rezeki yang akan kita dapat.

2. Kebanyakkan kita tidak memahami hal-hal sebegini. Itulah yang menyebabkan samada kita sukar mendapat rezeki atau mendapat rezeki tetapi tidak berkat. Kita sebenarnya berurus dengan perantaraan orang lain untuk mendapatkan rezeki. Orang yang kita berurus itu mempunyai nawaitu atau maksud tersendiri samada dia nyatakan maksud dan terma-terma untuk dia berurus dengan kita. Atau dia sembunyikan dari kita. Jika rezeki yang Allah hendak sampaikan kepada kita itu mempunyai maksud rezeki basah atau kering maka dia akan nyatakan. Ada rezeki yang hendak dia sampaikan itu adalah bermaksud Wang Kering ada juga bermaksud Wang Basah. Kadang-kadang dia menyata secara langsung atau terang. Kadang-kadang dia menyatakan secara tersembunyi.

3. Saya sudah beri bayangan tentang apa maksud ‘wang kering’ dan ‘wang basah’. ‘Wang basah’ biasanya angka ia ‘35’ atau ‘53’ atau ‘69’. ‘Wang kering’ biasanya angka ia ‘29’ atau ‘96’. Qarin jin kita akan mentafsirkan angka ‘35’ atau ‘53’ sebagai ‘50’. Pertahan kita telah bocor. Qarin jin merupakan antibodi kita. Cuba lihat wang RM50. Mengapa ia samada ‘wang minyak laut’ atau ‘wang minyak sawit’? Jin sensitif dengan perlambangan-perlambangan, termasuk qarin jin. Kita yang mengemudi qarin jin kita. Berani buat, berani tanggung. Itulah rahsia atau hijab di sebalik rezeki yang kita dapat.

4. Rezeki kita berkaitan dengan makhluk lain. Kadang-kadang yang membawa itu adalah jin-jin. Samada ifrit atau khadam atau qarin jin. Ada juga bunian. Ada juga malaikat. Pengecualian kepada ‘hidangan dari langit’ seperti yang berlaku pada sahabat-sahabat Isa a.s. Semua ini adalah kaedah menarik duit. Kita kadang-kadang alpa duit yang kita tarik itu sebenarnya adalah wang basah. Sedangkan kita menyangka ia adalah wang yang tiada maksud tersembunyi atau saya istilahkan sebagai wang kering.

5. Bagaimana untuk kita mengesan rezeki yang kita dapat itu kering atau basah? Ia pada awalnya bermula dengan apa yang kita makan dan bagaimana kita makan. Jika kita makan sesuatu yang basah maka kita akan mendapat rezeki atau wang basah. Jika kita memakan sesuatu yang kering maka kita akan mendapat rezeki atau wang kering. Kadang-kadang kita boleh melihat kepada angkanya samada dalam transaksinya atau kod-kod dalam wang atau resit-resit. Apakah kod-kod transaksi kita.

6. Jika rezeki yang kita dapat itu adalah rezeki kering maka kita usah meroyan untuk mencari wanita/lelaki dalam transaksi itu. Begitu juga kita mendapat rezeki basah maka kita usah menjauh diri dari wanita/lelaki di sebalik transaksi itu. Ia adalah terma-terma dalam sesuatu transaksi. Kita harus peka dalam hal-hal sebegini kerana Allah ciptakan kita bersama dalam tubuh kita ini qarin jin.

7. Bagi pemuda-pemudi yang baru memulakan mencari rezeki maka dinasihatkan memahami hal-hal sebegini kerana ada maksud di sebalik rezeki-rezeki yang datang kepada kamu. Begitu juga yang berlaku kepada Musa a.s. adalah jelas dia ditawarkan anak perempuan pengembala kambing sebagai isteri dan bekerjasama mengembala kambing milik bakal mertuanya. Akhirnya Musa a.s. mempunyai kambing-kambing dan seorang isteri.

8. Jangan takut jika rezeki tidak datang kepada kita. Jangan membuat jenayah bagi mencari rezeki. Akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini jika kita melakukan jenayah. Kita harus ingat bahawa Adam a.s. dan Hawa tercampak keluar dari syurga kerana memakan buah dari pokok terlarang.

9. Jangan main-main dengan hal makan. Ia menyimpulkan seribu makna dan maksud. Kita hendaklah berhati-hati dalam hal makan dan minum kerana ia boleh mengundang kepada kita seribu masalah jika tidak memahami tentang hal-hal makan dan minum.

10. Oleh itu jika wang dalam poket kita kecil sahaja maka janganlah takut kerana kita sebenarnya bekerja bersama qarin jin kita. Mungkin duit dalam poket kita hanyalah RM10 sahaja namun bagi qarin jin kita ia mentafsirkan RM10,000 sebagai contohnya. Sebagai satu contoh transaksi ialah jika kita melakukan secara online maka ia keluar di skrin komputer atau gajet orang lain dengan angka yang lebih besar. Kita perlu ilmu untuk menarik duit sebenarnya. Lama-lama qarin jin kita akan membawa rezeki atau wang kepada kita, apa yang dia lakukan di sebalik transaksi-transaksi kita.

11. Kita lah yang mengemudi qarin jin kita. Oleh itu kita harus tajam minda dalam memahami rezeki atau wang yang akan sampai kepada kita. Oleh kerana qarin jin kita itu adalah JIN maka sifatnya adalah seperti jin. Ia boleh bertasyakkul dengan samada orang-orang dalam rumah kita atau di luar rumah ketika di dimensi ghaib atau zahir. Kita harus mendalami tentang jin. Dia akan mengajar kita siapa diri dia sebenarnya kepada kita. Tapi harus ingat dan berhati-hati dengan mainan jin-jin lain atau syaitan-syaitan yang cuba memperdaya kita. Yakinlah perkara-perkara yang dibincangkan dalam al-Quran dan hadis itu benar-benar wujud. Cuma sahaja kita harus memahaminya dan bagaimana ia berfungsi.

TARIK DUIT 2017

1. Pengalaman aku terlibat dalam ‘ritual’ tarik duit aku dapati ada 2 kumpulan orang yang menerima duit yang telah aku tukar menjadi cek dengan jumlah yang besar. Kumpulan pertama berahsia tentang apakah transaksi itu. Kumpulan kedua mereka menceritakan tentang hakikat transaksi itu.

2. Kumpulan pertama adalah majoriti. Manakala kumpulan kedua adalah minoriti.

3. Mungkin ada sebab mereka berahsia. Membawa duit jumlah besar di tangan itu penuh ujian. Orang lain berminat untuk tarik duit juga.

4. Aku suka diberitahu tentang hakikat duit yang ditukar kepada cek itu. Kadang-kadang penerima cek menceritakan aku akan hakikatnya. Contoh kategori ini adalah Adi Mulyadin dari Indonesia. Aku boleh memperhalusi lagi seni TARIK DUIT.

5. Balik beraya Eidul Fitri 2017 banyak dihabiskan di Kuala Berang. Lepak di simpang tiga Kuala Ping yang sudah pesat membangun dengan projek terkini dalam bikinan tak kurang RM30 juta walau di kawasan Hulu Terengganu.

6. Tampaknya aku tidak berhajat kepada ‘funder’. Pembiaya besar lebih kepada omongan kosong. Sukar mencari yang tanpa muslihat. Aku hanya perlu bekalan duit berterusan di tangan aku. Duit kertas ini ditukar dari nota RM1, RM5, RM10, RM50 dll ‘menjadi’ cek. Ada yang jutaan. Ada yang berbilion. Kajian kes Tembat dan Petuang di Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu ia menjadi gandaan Trillion atas nama Robert Tan.

7. Pindahan duit secara elektronik juga mempunyai rahsia besar. Sehingga menjangkau pengaliran wang ke luar negara. Pindahannya berganda-ganda dari nilai sebenar.

8. Aku tidak dapat melihatnya. Qarin jin aku dapat melihatnya. Kadang-kadang aku diberitahu oleh ifrit atau khadam yang menerima duit itu. Kadang-kadang malaikat yang menyamar sebagai kenalan-kenalan datang mengajar dan memberi maklumat.

9. Aku sendiri atas kapasiti manusia seperti kamu sukar untuk menerima hakikat ini. Kalau beritanya dah taraf mutawatir mahu mungkiri?

10. ‘Ritual tarik duit‘ bermaksud pada saat dan ketika qarin jin yang ada ditubuh aku bertasyakkul (merupa) menjadi orang kaya dan menukar jisim-jisim benda menjadi lebih berharga. Menggandakan wang kecil menjadi wang besar. Mengubah tulisan-tulisan.

11. Satu projek berbilion di Terengganu, aku hanya perlu berbelanja di pasar malam untuk membiayainya menjadi realiti. Tak kan barang di pasar malam bernilai RM100,000? Apatah lagi RM1B!

12. Ritual tarik duit memang wujud!

TARIK DUIT ALAM GHAIB?

1. Menerusi sebuah grup WhatsApp aku berkenalan dengan seorang hamba Allah yang tidak perlu disebutkan namanya di sini. Dia mengajak aku menarik duit dari Alam Ghaib dengan perantaraan guru dan barang-barang mistik berkhadam. Dia minta aku bawa barang-barang aku tapi aku kata tak mahu libatkan barang-barang aku. Akhirnya kami berjumpa di Masjid Amaniah Batu Caves malam semalam lalu menuju ke Selayang berdekatan rumah aku rupa-rupanya. Aku berhasrat untuk mengetahui apakah rahsia tarik duit. Sebagai penulis ‘RAHSIA DUIT: Kod-Kod Duit Dalam al-Qur’an dan Sunnah’, aku harus mengetahui perkara-perkara seperti ini. Mana tahu ada lagi rahsia duit yang aku harus belajar.

2. Hujan turun dengan lebat. Ada sebuah kereta dalam rombongan kami yang tersesat. Aku melihat kereta di depan aku sekejap masuk ke lorong sekejap pusing keluar. Seperti tak tentu arah. Tiba-tiba datang sebuah lori panjang memberi hon kepada kami kerana ingin lalu ke lorong itu juga. Aku sudah tak sedap hati. Lantas aku whatsapp ‘Maaf. Saya balik dulu.’

3. Seperti kes dilantik sebagai peguam untuk ‘deal’ barang-barang purba peninggalan Dinasti Ming yang dipunyai oleh seorang di Sg Buloh aku telah separuh jalan tapi aku rasa tak sedap hati lantas aku SMS ‘Salam. Bgtau Tuanku dan Tuan Guru aku minta maaf banyak2 tak dapat pergi ke Sg Buloh. Aku u-turn. Tak clear. Tertinggal spek. Khadam kuat. Barang ori dan bernilai. Lagipun jgn terburu2. Nak buat agreement kena proper. If not nahas bro. 🙂 .

4. Aku ada bertanya dengan mereka yang terlibat dalam ‘ritual’ tarik duit: Bagaimanakah duit yang ditarik itu datang kepada mereka? Ada yang kata orang halus datang bawa. Ada yang kata duit keluar dari dinding. Ini agak pelik dan sukar untuk diterima akal. Memang pun perkara-perkara seperti ini hampir tak masuk akal.

5. Bagi aku kalau ada orang halus yang datang bawa duit itu bergantung samada duit itu ‘duit kering’ atau ‘duit basah’.

6. 10 tahun lepas aku pernah hantar SMS kepada nombor-nombor kenalan di hanset aku untuk masukkan RM2B lebih dalam akaun aku. Ehhhh! Rupa-rupanya masuk dalam akaun Dato’ Sri Najib rupanya…..