Penarikan Cindai Bersakti dari Alam Ghaib

1. Cindai merupakan pakaian yang menutup badan kita samada penutup kepala hingga ke kaki. Termasuk cindai itu penutup kepala, tali pinggang dan stokin.

2. Cindai adalah penting, ia adakah pakaian ahli syurga kerana ahli syurga juga memakai cindai (pakaian). Adam dan Hawa terbuka pakaian mereka di dalam syurga kerana melanggar patang larang dari memakan buah pokok terlarang [al-Baqarah:35][al-A’raf:19]. Di dalam ayat al-A’raf:22 dinyatakan bahawa ‘Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga.’:

فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”

3. ‘Menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga‘: al-A’raf:22. Ini menunjukkan bahawa antara bahan terbaik untuk dijadikan pakaian mestilah bersumber dari pokok-pokok. Ini dilihat dari amalan industri tekstil yang mengambil bebenang sutera yang dihasilkan oleh ulat-ulat dari memakan daunan tertentu. Lain daun dan lain jenis ulat maka lain sutera yang dihasilkan. Ada yang disebut satin. Satin adalah sejenis kain sutera (Kamus Dewan). Satin biasanya pakaian dari sutera yang untuk golongan bangsawan dan kelas atasan. Di antara tanda satin ialah bila kita berada di sebelah orang yang memakainya kita merasa gatal-gatal pada badan. Ini memberi isyarat, tubuh bangsawan itu usah disentuh. Hanya berada di tepinya. Ia tidak boleh dibasuh, hanya bilas bila terkena kotoran. Ada sutera yang sesuai untuk dibasuh terutama yang jenis ‘seperti kapas’. Sedangkan kain sutera itu pelbagai dan ia pakaian ahli syurga [Fātir:33] :

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

(Balasan mereka ialah) Syurga – syurga ” Adn “, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.

4. Hukum memakai sutera adalah harus kerana sutera itu pelbagai. Sutera syurga itu pakaian ahli syurga sedangkan kita di Bumi. Sutera yang diharamkan itu adalah sutera yang memudaratkan diri kita. Lihat perbincangan Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zād Al-Ma’ad Fi Hadyi Khairal Ibād berkenaan alasan sutera diharamkan dipakai oleh lelaki (tidak perempuan) kerana ia tidak bagus dari sudut kesihatan.

6. Sebagaima saya telah kupaskan bahawa sutera itu pelbagai, maka tidak mesti sutera itu kain yang nipis lembut, ada juga yang jenis seperti kain ‘kapas’. Tanda untuk kita memperolehinya adalah bila kita berdekatan dengannya kita merasa gatal-gatal. Jadi, kita meneruskan perbincangan kita tentang ‘Penarikan Cindai Bersakti dari Alam Ghaib’.

7. Terlebih dahulu, perlu ditegaskan bahawa bagi setiap cindai itu mempunyai 70,000 khadam malaikat. Ada seorang ketua malaikat pada cindai itu. Ada juga cindai yang mempunyai khadam jin. Tidak semua cindai mempunyai khadam jin tetapi semua cindai mempunyai khadam malaikat. Oleh itu untuk memiliki cindai tertentu yang bersakti ia adalah bermula dengan ‘jemputan’ oleh para malaikat yang menjaga cindai. Jadi, ia bermula makan yang dihidangkan oleh para malaikat itu. Ia boleh berlaku di rumah atau di kedai. Kalau di rumah ia tak berbayar bagi harga makanan tapi jika di luar rumah yakni kedai ia harus dibayar makanan itu. Samada ‘proses jemputan’ itu di rumah atau di kedai, harga cindai itu wajib dibayar di kedai cindai.

8. Bila telah berjalan ‘proses jemputan‘ ini maka ‘proses penarikan‘, mungkin ada beribu-beribu jenis cindai di kedai. Bagaimanakah untuk memperolehi cindai yang paling bersakti di antara beribu-ribu cindai itu? Caranya ialah dengan mengkaji alamat semasa perjalanan menghampiri kedai yang dituju. Jika anda tersepak besi, ini menunjukkan ‘sesuatu bersifat besi pada cindai itu‘. Kuasa sakti cindai itu begitu. Jika anda terasa gatal-gatal maka cindai itu adalah sejenis kain sutera.

9. Cara memilih cindai adalah lagi banyak corak dan/atau tulisan dan/atau logo dan/atau lambang-lambang DLL maka adalah lagi baik. Lagi banyak unsur-unsur ini maka lagi banyak bentuk kuasa saktinya.

10. Ada cindai yang bertopik seperti untuk menghayati agama (Islam) atau muzik atau politik atau sukan atau pahlawan DLL. Saya mempunyai cindai untuk menghayati perubatan dan ilmu iaitu Dr Cardin. Sebagaimana saya ujarkan bahawa semua cindai adalah berkhadam malaikat. Oleh itu penjelasannya mengapa sesuatu cindai itu mempunyai kuasa sakti selain dari asbab bahannya, ‘corak dan/atau tulisan dan/atau logo dan/atau lambang-lambang DLL’.

KEPENTINGAN BERLEMAH-LEMBUT DAN BERDIAM-DIAM DALAM “MENYERU” DUIT

1. Duit yang kita “seru”, jika kita berkasar ia boleh “lari”, “merajuk”, “menjauh diri” dan kalau ia datang pun ia boleh datang dalam keadaan “tercedera.” Oleh itu tentu ada satu kaedah bagaimana untuk menyeru duit dalam keadaan dia datang penuh selamat dan berkat. Tiada orang tak mahu duit dalam jumlah yang besar. Dengan jumlah yang besar ia boleh dipelbagai guna. Namun, jika ia jumpah yang kecil tetapi penuh berkat lagi aula dari datang dengan jumlah yang besar tanpa keberkatan.

2. Al-Qur’an adalah satu kitab yang mencakupi segenap hal. Ia bukan setakat untuk kehidupan abadi di akhirat namun ia juga untuk panduan hidup kita di dunia ini termasuk duit. Peranan duit sangat ampuh dalam segenap hal di dunia. Kita dapat melangsaikan banyak hajat kita dalam hidup. Dengan duit yang mencukupi kita boleh menumpu sisa-sisa hidup kita di dunia yang fana ini kepada mendekati-Nya kerana dengan duit yang banyak kita tak perlu lagi untuk bertungkus-lumus dalam mengumpulnya.

3. Firman Allah:

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. [al-Kahfi:19]

4. Cara untuk kita berlemah-lembut adalah melalui tutur-bicara kita. Tutur-kata kita jika berkasar maka akan menyebabkan duit boleh “lari”, “merajuk”, “menjauh diri” dan kalau ia datang pun ia boleh datang dalam keadaan “tercedera.” Walau pun jika difahami dalam al-Kahfi:19 bahawa Ahli Gua yang memegang duit untuk membeli makanan tetapi bagi kita yang memerlukan duit adalah lagi penting untuk ‘berlemah-lembut’.

5. Majoritinya di kalangan kita adalah mempunyai barang untuk ditukar dengan duit dari mempunyai duit untuk mendapatkan barangan. Oleh itu sifat duit adalah perlu berlemah-lembut dalam urusannya. Walau di sana ada hukum “ghanimah” [al-Anfāl:41 & 69] yang diperolehi secara perang (kasar) itu adalah kes yang terasing. Ada batas-batasnya dalam hal ghanimah. Jarang duit yang dirampas melalui perang. Biasanya sesuatu negara dijarah kerana aset-asetnya. Lihat sahaja Perang Teluk yang mana ia lebih kepada hasil mahsul negara Iraq iaitu minyak. Bahkan bila jatuh sesuatu kerajaan maka kerajaan yang baharu akan memperkenalkan matawangnya sendiri. Di Malaysia juga pernah berlaku sebegini di era penjajahan.

6. Ia bukan setakat bahasa yang ditutur dalam menyeru duit perlu berlemah-lembut tetapi juga dalam bahasa bersurat seperti surat-menyurat tidaklah boleh secara berkasar seperti samseng yang menuntut hutang.

7. Di dalam menyeru duit juga kita sewajibnya secara tidak mewar-warkan kepada orang lain secara semberono dan berlagak kerana ia bukan setakat tidak mencapai maksud akibat ada anasir yang cuba menggagalkannya tetapi juga menyebabkan kita melanggar pantang-larang dalam menyeru duit. Arahan al-Quran bukan setakat penuh maknanya tetapi juga penuh rahsia.

8. Duit yang kita seru itu insyaAllah akan datang jika betul caranya seperti yang di ajar dalam al-Kahfi:19. Jika kita seorang yang berkasar dalam menyeru duit maka selalu lah berzikir Ya Latīf. Ya Latīf. Sebanyak-banyaknya, kalau boleh. Ia bukan setakat melembutkan hati kita tetapi juga perangai kita yang mungkin kasar. Ia juga boleh melembutkan hati dari mana sumber duit yang kita seru itu.

9. Bebas hutang bukan sahaja impian setiap individu tetapi juga negara-negara di seluruh dunia. Selagi mana ada ayat ini [al-Baqarah:282] “hutang” tetap sentiasa ada tak kira kepada individu atau negara. Kita mesti berani berimpian, impian kita akan menjadi kenyataan. Bebas hutang mungkin bagi orang yang telah berjaya membina legasinya di dunia ini. Bagi muda-mudi yang baru membina hidup terpaksa terpalit dengan hutang. Bahkan negara ‘superpower‘ di dunia yakni USA mempunyai hutang bertrilion.

10. Dua sikap kita terhadap duit seperti di atas iaitu (1) berlemah-lembut dan (2) berdiam-diam hingga tidak disedari oleh orang lain amatlah penting dalam menyeru duit. Sebenarnya kalau hendak bahaskan topik duit dalam al-Quran adalah sangat mendalam kerana ada ayat-ayat lain berkenaan duit juga. Jika kita amalkan petua-petua al-Kahfi:19 sudah cukup dalam urusan kita untuk menyeru duit. Moga-moga dunia dilempahi keberkatan dan dengan keberkatan ini kita dapat menumpu sisa-sisa hidup kita untuk beramal kepada Allah bagi negeri kekal abadi.

Analisa Pengunaan Otak Kiri & Otak Kanan Dalam Politik

1. Penggunaan otak kiri dan otak kanan kanan adalah sangat penting dalam politik. Ia bukan setakat mencorak seseorang dalam kehidupannya dari segi cara fikir bahkan pembawaannya; jika dia menyertai dalam politik. Lebih besar lagi ia juga mencorak haluan sesebuah parti dari segi cara bertindak jika majoritinya telah membuat keputusan untuk berfikir samada cara mengguna otak kiri atau otak kanan.

2. Seperti saya telah menulis sebelum ini bahawa otak kiri adalah abstrak dan mentafsirkan sesuatu secara tersembunyi. Manakala otak kanan adalah logik dan mentafsirkan sesuatu secara literalis. Otak kiri biasanya digunakan oleh agamawan. Manakala otak kanan biasanya digunakan oleh orang yang banyak mengejar keduniaan. Jika kita melihat dari segi politik orang PAS lebih mengguna otak kiri. Manakala UMNO pula adalah menggunakan banyak otak kanan. BERSATU, MCA, MIC, AMANAH dan DAP banyak menggunakan logik dari abstrak.

3. Biasanya orang yang banyak mengguna otak kiri adalah orang yang terjatuh dalam hidup atau dikenakan sesuatu musibah dalam hidup. Tak kira dia berasal dari parti mana. Bila mereka terjatuh dalam hidup maka mereka menjadi ‘sensitif’ kerana mentafsir sesuatu tentang apa yang tersembunyi di sebalik sesuatu. Dengan kata lain mereka banyak menggunakan otak kiri.

4. Jika orang yang banyak menggunakan otak kanan bertemu dengan orang yang banyak menggunakan otak kiri maka akan menyebabkan banyak pertentangan antara mereka berdua. Begitu juga jika secara kolektif kumpulan yang banyak mengguna otak kanan bertemu dengan kumpulan yang banyak mengguna otak kiri. Akan sentiasa ada pertentangan.

5. Jika kita lihat UMNO juga mengaku mereka juga Islam. PAS juga mengaku mereka juga Islam. Dengan kata lain secara kolektif kumpulan ini merujuk kepada al-Quran. Namun mengapa wujud pertentangan-pertentangan sebelum wujudnya Muafakat Nasional? Jawapannya; ialah kerana cara mereka berfikir. Satu kumpulan banyak mentafsir al-Quran banyak mengguna otak kiri yang abstrak dan satu kumpulan yang banyak mengguna otak kanan yang logik.

6. Ini satu syair saya dalam bahasa Inggeris berkenaan dialog antara otak kanan dan kiri:-

Dialogues: Logic And Abstract – Poem by Rohan Razi

Place: A Poet
Time: Infinity

Logic: Where is your home, Abstract?
Abstract: My home just next to you, on the left brain.
Logic: Well, seemingly you know me better than I know you.

Logic: I gave birth to the world many philosophers and scientists.
What are your contributions to the humans and civilisations?
Abstract: You forgot to mention that atheists are also your children. Me borned many believers and cultivators of human souls.

Abstract: Most, my followers from the East and yours from the West.
Logic: Did you say that I’m useless?
Abstract: We need to be friends forever, lest without you peoples of the East are in madness. Without me peoples in the West are arrogant and forget where they come from and where they will go.

Logic: You are full of absurdities and me blessed with many inventions and innovations in this World.
Abstract: You must know that as Popper once said you are only truth if passed the test of ‘falsifiability’. Should you fail this simple test peoples will curse you for your whole life even your dead body became ashes.

Should we open our head
there are two parts of brain in forehead
We must rely on these two breaks
to achieve balanced thoughts and reads

No we’re not unbalanced thinkers
as we will become leakers
in Truth we are seekers
neither East nor West are strangers

A perfect human uses his two minds
when he does all things, at all times;
Logic can’t live alone,
Abstract shall not be burnt!

7. Jadi, untuk menjadikan kita seorang yang mempunyai pemikiran seimbang kita harus menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sempurna. Otak kita akan berfungsi dengan efektif dan kita ‘dilihat’ sebagai seorang yang ‘sihat’ jika kita menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. Di dunia ini adalah refleksi dan perlu ditafsirkan secara otak kiri dan kanan. Banyak hal tidak dapat diselesaikan jika berfikir secara otak kiri. Ada hal yang tidak dapat diselesaikan jika kita berfikir secara penggunaan semaksima otak kanan. Kita perlu keseimbangan.

8. Saya sudah meramal sejak 2007-2008 perlunya kepada kerjasama antara UMNO dan PAS. Bahkan saya telah menulis di dalam blog saya bahawa perlu dan akan terjadi antara muafakat UMNO dan PAS. Saya menulis itu selepas dari keadaan saya banyak menggunakan otak kiri. Sebelum itu saya banyak menggunakan otak kanan walhal saya pada masa itu berada dalam PAS yang secara kolektifnya banyak menggunakan otak kiri. Dengan kata lain tak semesti dalam sesuatu kumpulan yang banyak menggunakan otak kiri itu ‘semua’ menggunakan otak kiri. Wujud minoriti yang menggunakan otak yang berbeza.

9. Saya membaca dengan Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO ini Bangsa Melayu akan menjadi seimbang dan banyak manfaat dari Muafakat Nasional. Ada pemikir penggunaan otak seperti Edward De Bono yang mengkaji penggunaan otak. Namun beliau lebih kepada ‘lateral thinking’. Banyak masalah dalam hidup dapat diselesaikan dengan menggunakan secara maksima penggunaan otak termasuk memahami penggunaan dan fungsi otak kiri dan otak kanan.

10. Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS akan menjuruskan suatu kekuatan baru kepada keseimbangan Bangsa Melayu di Malaysia di dalam berfikir dan menyelesaikan masalah. Keseimbangan cara berfikir adalah sangat penting apa jua dalam hidup. Apatah lagi dalam cara berfikir dalam politik kerana ia memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat dan individu secara khususnya.

 

Kesaling-Bergantungan Dalam Alaf Umat Satu

1. Alaf ini saya definisikan sebagai ‘Alaf Umat Satu’. Ledakan teknologi maklumat maka yang di Kutub Utara mengetahui ada orang di Kutub Selatan dan yang di Barat mengetahui ada orang di Timur. Walaupun dulu ada ekplorasi-ekplorasi bagi mengetahui keberadaan orang ini di dunia dibuat namun ia hanya terserlah di Zaman Maklumat. Sebagaimana ekplorasi-ekplorasi pengangkutan yang canggih dan efisien menyebabkan yang pertemuan-pertemuan antara kita menjadi semakin bermakna. Ini hanya menyebabkan Alaf Umat Satu menjadi lebih realiti.

2. Oleh kerana wujudnya pertemuan-pertemuan samada secara berdepan melalui pengangkutan atau teknologi maklumat maka hidup kita saling bergantung antara satu sama lain. Di dalam segenap bidang kita saling bergantung. Samada politik, ekonomi, social dan budaya. Bahkan ilmu. Ada ilmu yang dipunyai oleh mereka di Utara tapi tidak dimiliki oleh mereka yang berada di Selatan. Begitu juga dengan yang di Timur dan di Barat. Oleh itu ia menyatukan umat menjadikannya sebagai Umat yang satu. Ia tidak dapat dielak melainkan kita bersedia untuk bergerak ke belakang.

3. Dunia menjadi semakin unik dan melangkah ke depan dengan wujudnya kesaling-bergantungan ini. Ia menjadi dunia yang semakin mapan. Ia mewujudkan ikatan antara satu-samalain. Pertelingkahan secara bersenjata dapat dikurangkan kerana wujudnya kesaling-bergantungan ini. Saya adalah orang yang berfahaman bahawa tidak akan meletus Perang Dunia Ketiga dalam versi Alaf Umat Satu. Mustahil ia berlaku. Kejahatan pihak yang meletuskan Perang Dunia Ketiga akan diadili secara teknologi maklumat. Maka pihak yang mencetuskannya akan di titik-hitamkan dalam sejarah. Sejarah mereka ternoda oleh titik-hitam ini. Persenjataan-persenjataan adalah lebih kepada pertahanan.

4. Begitu juga dalam politik; politik perkauman akan diadili oleh teknologi maklumat. Melainkan sesebuah negara mempunyai definisi tertentu tentang bangsa seperti Malaysia yang mana menetapkan Bangsa Melayu adalah boleh disertai oleh sesiapa pun dengan syarat bersedia untuk beradat Melayu, bercakap Bahasa Melayu dan beragama Islam. Oleh itu tiada masalah bagi mereka yang berkulit hitam atau bermata sepet untuk menjadi Bangsa Melayu. Apa saja ras sebelum Melayu adalah boleh di Melayukan. Oleh itu tiada Malaysian Malaysia di bumi Malaysia.

5. Hubungan kita dengan sesama manusia lain tidak dapat dielak. Dari sudut ekonomi pula betapa barang-barang yang dijual di Barat dapat diimpot ke Timur dengan ketikan butang-butang kekunci gagang telefon dan maklumat akaun bank. Ada barang-barang yang tidak dijual di Barat tapi ada di Timur. Betapa ketegangan perang dagang antara Amerika dan China telah mengoyangkan sebahagian sektor ekonomi negara tertentu tetapi ada juga membuka peluang kepada negara tertentu seperti Malaysia lapor Free Malaysia Today pada 8/1/2019 dengan tajuk Azmin: Grab opportunities created by US-China trade war. Ada orang menangguk ikan di air yang keruh.

6. Dari aspek perundangan, ia akan menjadi lebih kompleks dalam Alaf Umat Satu; wujudnya jenayah siber yang merentas batas negara-negara dan ia akan menyebabkan kedaulatan satu negara dengan negara lain sukar untuk diselesaikan. Saya telah membincangkannya dalam Jenayah Siber 2.0 dalam pertemuan yang lepas. Satu-satu negara senang diserang secara siber dengan wujudnya www. Ia tanpa batas. Dengan satu ketik kekunci komputer maka satu-satu negara dapat dimasalahkan. Kesaling-bergantungan ini ada manfaatnya dan ada pihak yang mengambil peluang di sebalik kesaling-bergantungan ini. Bukan setakat masalah jenayah siber tetapi juga dalam sector ekonomi ia diambil manfaat. Kehilangan pihak lain adalah peluang kepada pihak lain.

7. Adalah tidak mustahil peranan Pertubuhan Bangsa-Bengsa Bersatu dan organ-organya menjadi lebih bermakna dalam menstrukturkan permasalahan dan peluang dalam kesaling-bergantungan ini. Paling mudah yang saya lihat adalah dalam menyelesaikan pertikaian undang-undang seperti International Court of Justice akan menjadi lebih penting dalam masa terdekat jika wujud permasalahan-permasalahan dalam kesaling-bergantungan ini dalam Alaf Umat Satu.

8. Dari sudut rohani, saya melihat bahawa dalam Alaf Umat Satu akan mendebatkan kerohanian mana yang lebih dikehendaki oleh Pencipta mereka. Ideologi-ideologi lapuk seperti ateisma hanya menjadi anutan individu bukan negara. Bahkan, sekarang ini, saya memerhatikan bahawa wujud blog-blog dan facebook groups yang bercambah membahaskan ideologi dan kerohanian mana yang paling tepat dan jitu. Facebooks group yang memberi peluang untuk dibincangkan di bahagian komen, bukan setakat memberi kebebasan bersuara bahkan kita mengetahui idea siapa yang bebal atau hak. Ini juga memudahkan proses ilmu itu untuk berkembang.

9. Kesimpulannya, Alaf Umat Satu akan mewujudkan suatu keadaan di mana dunia menjadi lebih kehadapan dalam setiap bidang dan sektor. Yakinlah, kita patut berbangga hidup di alaf ini. Alaf ini akan menyaksikan dunia tanpa sempadan dan umat akan menjadi lebih bahagia. Keseksaan lalu hanyalah tinggalan sejarah.

 

 

Pada Membangkit Semangat Alam Melayu Dan Bangsa Melayu

1. Dengan nama Dewata Mulia Raya yang Maha Mulia saya mulakan menulis satu topik khusus untuk Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Juga untuk pengkaji Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Banyak sudah kajian-kajian yang saya telah tularkan dalam blog ini berkenaan Alam Melayu dan Bangsa Melayu. Saya sebut ‘Alam Melayu’ dan ‘Bangsa Melayu’ kerana Semenanjung Tanah Melayu ini pada asalnya milik Melayu tetapi telah dihimpit oleh bangsa-bangsa lain. Saya juga akan definisikan Alam Melayu; ia tidak terhad kepada Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga Indonesia dan puing-puing Langkasuka yang banyak mempunyai persamaan agama, budaya, bahasa dan lain-lain.

2. Bangsa Melayu jika dikaji ‘Perak Man’ maka di Tanah Melayu sudah ada penghuni sejak 10,000 tahun lalu. Namun jika diselidik dengan lebih dekat dengan kita Tanah Melayu mempunyai Kerajaan yang berdaulat sejak 1400 berasaskan Sejarah Melayu Naskhah Raja Bongsu (Sulalat-Us-Salatin). Namun ia lebih awal lagi jika dirujuk kepada Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kampung Buloh, Kuala Berang, Terengganu bertarikh Jumaat 4 Rejab 702H/1303M yang dihitung Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sejarah Kerajaan Melayu di Terengganu lagi awal dari sejarah Kerajaan Melaka. Jika diambil kira apa di sebalik Perak Man, Semenanjung Tanah Melayu telah berpenghuni 10,000 tahun dahulu.

3. Namun jika dibandingkan dengan sejarah-sejarah bangsa lain, Bangsa Melayu dan Alam Melayu lagi ‘muda’, tanpa mengambil kira ‘kepenghunian’ Bangsa Melayu di Indonesia. Saya banyak dipengaruhi Melayu di Malaysia sahaja. Saya, setakat tulisan ini dibuat, tidak pernah ke Indonesia. Negara luar pertama saya jejaki adalah Tak Bai di Thailand yang saya juluki sebagai sebahagian ‘puing-puing Langkasuka’. Jika diambil kira kepenghunian di Indonesia iaitu ‘Java Man’, menurut Wikipedia “Fossilised remains of Homo erectus and his tools, popularly known as the “Java Man“, suggest the Indonesian archipelago was inhabited by at least 1.5 million years ago.” Walau bahasa Jawa agak berbeza dengan Bahasa Melayu, jika dirujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia maka kita akan dapati banyak persamaan. Bahkan dalam Malaysia moden, Bangsa Jawa, dinaturalisasikan sebagai Bangsa Melayu.

4. Saya tak mahu berdebat lebih lanjut samada Indonesia dan kaum-kaumnya harus dikira sebagai Bangsa Melayu dan Indonesia sendiri diiktiraf sebagai Alam Melayu. Unsur-unsur persamaan itu yang menyebabkan ia boleh diistilahkan sebagai Bangsa Melayu dan Alam Melayu. Ia boleh diperketatkan dan diperkukuhkan lagi dengan wujud ikatan secara sah sebagaimana kaum Rom moden berikat di sebalik European Union. Ia adalah versi Rom Moden. Parameswara itu sendiri adalah putera raja Palembang. Nah, bukankah ini ada pertaliannya?

5. Jika kita buka lembaran Sejarah Melayu MBRAS Reprint 17 penglatinan Sulalat-Us-Salatin Naskhah Raja Bongsu maka kita akan dapati banyak unsur-unsur mistik di sebalik Bangsa Melayu. Menurut Sejarah Melayu, bangsawan-bangsawan Melayu berasal dari darah Raja Iskandar Zulqarnain iaitu Bangsa Rom dan juga Kerajaan Hindi. Ada juga pertalian dengan Nabi Ibrahim. Tanah Melayu mempunyai kaitan dengan Temasik (Singapura). Dalam Sejarah Melayu, ia berkait dengan Wan Empuk dan Wan Malini yang ‘berhuma di Bukit Si Guntang’. Ia juga berkait dengan Demang Lebar Daun sebagai raja Palembang. Dengan kedatangan tiga lelaki ‘anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain’ maka bangsawan-bangsawan Melayu berkait bukan setakat dengan Palembang tetapi juga dengan Rom dan Hindi.

6. Apa yang menarik dalam Sejarah Melayu berkenaan pengkisahan bagaimana Bangsa Melayu memeluk Islam dan kewujudan ‘al-Quran’ dan hadis. Pertama “Bicarakan oleh kamu pada segala kebesaran Allah dan jangan fikirkan pada Zat Allah.” Ini menunjukkan pengaruh kesufian dalam keagamaan Melayu. Melayu dan kesufian tidak dapat dipisahkan, selain unsur-unsur mistik. Sedangkan pengaruh mistik itu mempunyai kaitan dengan kesufian. Kisah pengislaman Raja Tengah yang merupakan anak kepada Sultan Mahkota. Sultan Mahkota pula merupakan anak kepada Sultan Iskandar Syah Singapura yang ‘kerajaan baginda baharu tiga tahun Singapura pun alah oleh Jawa, lalu ke Melaka‘ (mukasurat:120). Saya melihat babad-badad ini tiada kaitan dengan Parameswara sebagaimana yang masyhur dalam buku-buku sejarah asal-usul Tanah Melayu dan Malaysia moden. Maka secara adilnya, menurut Sejarah Melayu, Sultan Iskandar Syah adalah raja pertama Melaka. Saya tak tahu penggunaan perkataan “Sultan” adakah penggunaan Raja Bongsu kerana jika dilihat di mukasurat 121 maka ia mengkisahkah bagaimana Raja Tengah (cucu Sultan Iskandar Syah) telah Islam melalui mimpi bertemu Rasulullah yang menyuruhnya mengucap syahadah. Kedatangan Sayyid Abdul Aziz dari Jeddah yang telah mengislamkan secara zahir bangsawan-bangsawan Melaka (mukasurat:122) serta mengajar sembahyang.

7. Di mukasurat 105 ada disebut ‘Maka tersebutlah pada zaman RasululLahi sallalLahu ‘alayhi wasallam, bersabda pada segala sahabat, ” Pada akhir zaman, sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri Semudra itu, bawa ia isi negeri Semudra itu beriman kepada agama Islam, karena di dalam negeri Semudra itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pun seorang fakir negeri Ma’bari namanya, ialah kamu bawa serta kamu.Ini adalah hadis nadir yang hanya wujud dalam Sejarah Melayu. Kisah pengislaman Sumatra adalah oleh Syaikh Ismail. Berbanding kisah pengislaman Melaka oleh Sayyid Abdul Aziz. Tapi apa yang saya ingin tekankan bahawa wujud naratif al-Quran dan hadis dalam Sejarah Melayu. Begitu juga kisah pengislaman Merah Silu.

8. Alam Melayu lebih kepada ikatan Al-Quran dan hadis serta kesufian bercampur mistik. Syahadah Melayu adalah syahadah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Salafi. Berpegang kepada al-Quran dan hadis adalah Salafi. Namun jika bercampur kesufian dan mistik itu adalah as-Sufi as-Salafi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Asal-usul Bangsa Melayu itu begini. Walau telah dahulunya berunsur Hindu namun semua Melayu telah Islam melainkan di Bali sebagai saki-baki. Begitu juga kedatangan penjajah Feringgi(Portugis) ke Melaka sebagai Kristian. Begitu juga Jepun dan British. Melayu tetap dengan keislamanannya. Kita tak perlu memanjangkan dengan Sejarah Melayu kerana Batu Bersurat Terengganu lebih awal lagi pembuktian keislamannya dari Sejarah Melayu.

9. Klasik telah berlalu. Ia cukup membekas di jiwa Melayu. Kita suluh pula Melayu Moden. Dulu ada ura-ura untuk mewujudkan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia namun gagal tak kesampaian. Tanah Melayu telah berikat dengan negeri-negeri Malaysia. Sumatra pula dengan Indonesia. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Bilakah Melayu mahu bersatu? Agar penumbuk lebih padu. Budaya persenjataan juga Melayu Indonesia dan Malaysia, Brunei dan Filipina mereka adalah ‘berkeris’. Ini adalah pertahanan terakhir Melayu.

10. Pada zaman moden ini kita membedah Melayu secara lebih mendalam. Dalam ‘MITOS PERIBUMI MALAS’, Syed Hussien Alatas menulis ‘ Penyimpangan watak orang Melayu menurut para penulis Revolusi Mental dan sedikit sebanyak juga menurut Mahathir disebabkan oleh kurangnya wawasan mereka tentang ilmu kemasyarakatan, penalaran bebas mereka, dan ketidakkenalan mereka dengan sejarah Melayu.” (mukasurat:163).

11. Kita melihat kepada Federal Constitution Perkara 152 dan 153 menetapkan hak-hak istimewa Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu. Melayu ditafsirkan dalam Perkara 160(2) “Malay” means a person who professes the religion of Islam habitually speaks the Malay language, conforms to Malay customs and (a)….. dan (b)……. . Prof Dato’ Dr Shad Saleem Faruqi menulis dalam bukunya Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia  dengan memetik pemerhatian Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim “To be a Malay for the purpose of Constitution you need not to be Malay ethnic origin. An Indian is a Malay if he professes the Muslim religion, habitually speaks Malay and conforms to Malay custom. Conversely even a genuine Malay is not a Malay….if….he does not profess the Muslim religion.” (An Introduction to the Constitution of Malaysia). 

12. Melayu juga dalam sektor keselamatan iaitu kepolisan dan keaskaran bertawassul dengan kalimah Muhammad. Ini menunjukkan pertalian dahulu iaitu ‘Semudra’ dan ‘Melaka’ yang secara kesufian dan mistik dengan Rasulullah. Secara tidak langsung dengan Semenanjung Tanah Arab.

13. Beberapa budaya Melayu samada Indonesia, Malaysia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thailand dan Singapura adalah wujud persamaan seperti keris. Saya telah menulis panjang tentang hal keris ini dalam pertemuan-pertemuan yang lepas. Budaya dan adat kekeluargaan Melayu banyak telah terhakis akibat pemodenan dan budaya mengArabkan Melayu bukannya mengIslamkan Melayu. Melayu harus tidak campak budaya mereka dalam arus pemodenan dan akibat diserang bertalu-talu oleh budaya meluputkan jatidiri Melayu. Contohnya dalam keluarga saya, 11 adik-beradik saya dilahirkan secara bidan kampung Melayu, termasuk saya, melainkan seorang iaitu anak ke 11. Budaya perbidanan Melayu telah terhakis dek pemodenan dan pengAraban Alam Melayu.

14. Saya juga menulis dalam Menyanggah Fikrah Asing Dalam Membudaya Melayu seperti berikut “Secara jujurnya saya melihat Melayu terlalu banyak ketagih dengan fikrah-fikrah import termasuk cendekiawan dan pemimpin atasan mereka. Hal ini telah meracuni Umat Melayu ke akar umbi. Hingga menyebabkan Umat Melayu yang baharu saja ingin bangkit maka mereka terjatuh lagi. Jikalah begini keadaannya maka Melayu tak akan dan selama-lamanya tak boleh menjadi pemimpin dunia. Bahkah mereka senang diperkotak-katikkan. Akhir kalam, Melayu harus mempunyai minda eksport dan menyanggah fikrah-fikrah beracun dalam membudaya Melayu.” 

15. Saya juga sengaja mahu berbilang parti kerana akan mengukuhkan Melayu dan menjadikan Bangsa Melayu kreatif dalam perjuangan mereka. Sekarang ini ada Melayu dalam DAP, PKR, Bersatu, UMNO, PAS, Warisan, Pesaka dll. Cuma sahaja bagaimana untuk mengangkat Melayu dipersada dunia? Melayu harus bersekutu dengan bangsa-bangsa lain di samping mereka bersatu dalam berbilang parti. Dari sudut keagamaan pula Melayu kelihatan seperti yang kita analisa di awal tulisan ini iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan as-Sufi as-Salafi. Melayu juga harus ditonggaki oleh sistem Kesultanan dan YDPA. Ini jelas dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing. Melayu tidak harus membuang kesufian dan mistik mereka dengan arus pemodenan dan penjajahan fikrah-fikrah asing. Mereka harus bijak berdebat dan berdalil. Mereka harus membina ‘acuan mereka’ sendiri sebagai gaya hidup tanpa meminggirkan jatidiri mereka.

16. Saya yang menguruskan perniagaan besar-besar terdedah dengan maklumat sulit Alam Melayu berkenaan galian nadir dalam Tanah Melayu seperti uranium. Tak masuk akal bagaimana ia boleh ada. Bahan ini sangat berharga sebagai sumber tenaga baru. Lynas juga umum telah ketahui mengandungi galian nadir. Besi, timah, amar (bahan peledak), minyak dll layaklah tanah bertuah ini dipanggil Golden Chersonese (Semenanjung Emas). Ini yang sejak Melaka dan moden dunia memerhatikan Alam Melayu. Dari segi keagamaan jika Alam Melayu adalah sudut geografi di mana Isa Ibnu Maryam muncul. Saya telah sentuh sepintas lalu dalam tajuk MALAYSIA SEBAGAI KUASA TENTERA DUNIA: PADA MEMBANGUN TENTERA ALAM GHAIB & ZAHIR. Saya juga membuat pemerhatian berkala di Facebook saya. Jika dia muncul di Alam Melayu maka sudah mesti dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Maka, kontaknya dengan Jibril akan membuahkan hadis-hadis berbahasa Melayu. Tetapi harus dipakai disiplin hadis atau mustalah hadis sebagaimana yang digarap oleh ilmuan-ilmuan silam. Signifikan lain adalah peperangan akhir zaman (malahim) jika Isa Ibnu Maryam muncul di sini maka adakah al-Mahdi juga di sini? Dajjal pula di kepulauan Indonesia? Tetapi berleretan di Tanah Arab. Ada pertalian dan signifikan tradisi hadis silam dan moden.

17. Mudah-mudahan Alam Melayu amnya dan Bangsa Melayu khususnya berstamina untuk meneruskan langkah lagi. Bak lagu M Nasir, Mentera Semerah Padi, “Bagai Si Jantan Yang Berkokok!“.

Menyanggah Fikrah Asing Dalam Membudaya Melayu

1. Melayu kini diibaratkan tidak mempunyai tujuan dan arah. Jika ada panggilan dari Timur maka mereka menuju ke Timur mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Barat maka mereka menuju ke Barat mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Utara maka mereka menuju ke Utara mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Selatan maka mereka menuju ke Selatan mencari punca suara itu. Ketika mereka mengejar punca suara-suara itu mereka tercicir pesan nenek-moyang mereka. Mereka telah hilang jatidiri. Sedikit demi sedikit jatidiri yang mereka warisi dari datuk-nenek moyang mereka terhakis.

2. Mengapa ini harus berlaku kepada Bangsa Melayu? Mengapakah bangsa yang belum pernah diamanahkan memimpin dunia harus jadi begini? Adakah mereka dipesongkan oleh anasir-anasir asing? Jika begitu, apa nawaitu anasir-anasir asing mencampuri urusan Melayu? Adakah kerana anasir-anasir asing telah melihat Melayu mampu dan bakal memimpin dunia maka mereka harus dilemahkan? Dengan kata lain, kelemahan Melayu sengaja diprogramkan?

3. Bertitik-tolak dari persoalan-persoalan ini Umat Melayu harus mencari jawapan-jawapannya, jika ia berteka-teki dalam minda Melayu. Kesilapan meluangkan masa untuk berfikir mencari jawapan atau sedetik untuk berfikir merupakan satu kesilapan besar bagi Umat Melayu.

4. Melayu adalah satu bangsa yang dicerna oleh masa dan zaman panjang. Diacu oleh Perlembagaan. Siapa Melayu sudah selesai dikupas. Tidak perlu diperbahaskan lagi. Melainkan bagi generasi baru yang masih mencari identiti diri. Hanya menunggu untuk diadun dan dimasak bagi menjadi resepi yang mengenakkan. Kita jumpa dengan segelintir Melayu yang sudah membenci Kemelayuan mereka. Puncanya apa? Puncanya mereka diserang dengan fikrah asing. Fikrah asing seperti kleptokrasi, nepotisma, kronisma, sekularisma dll adalah makanan beracun yang dihidangkan dalam resepi Melayu. Jika ditelannya tamadun Melayu akan runtuh dan menyembah bumi.

5. Jika kita perhatikan di Barat; kleptokrasi, nepotisma, kronisma tetap diamalkan oleh mereka bukannya ditepis. Kita mempunyai banyak bukti bagi menguatkannya. Sekularisma yang sudah menjadi piawai antarabangsa, ia satu penghalang kepada dakwah dan penyebaran Islam. Islam merupakan jatidiri Melayu yang tak dapat dipisahkan. Hakikat ini diakui oleh budayawan-budayawanis. Jika budaya Melayu diadun dengan semangat Melayu tanpa diaduk dengan Islam maka Melayu akan menjadi Melayu yang rasis. Islam lah satu piawai untuk Melayu bercampur-gaul dengan kelompok bangsa lain. Ia merupakan satu piawai yang sesuai dengan fitrah manusia. Bagi penganutnya, ia datang dari pihak yang menciptakan manusia sendiri. Jika Melayu mengambil Melayu semata-mata maka Melayu akan gagal dipersada antarabangsa. Bahkan persada nasional. Jika Melayu mengambil sekularisma Melayu akan hilang Melayu dan Islam. Tidak pergi ke mana pun dengan membawa sekularisma. Bukannya Melayu boleh memimpin dunia dengan sekularisma. Sedangkan termaktub dalam al-Quran :

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, – [an-Nasr:2]

6. Pendefinisian ‘Deenillah’ (دِينِ اللَّهِ) itu hanyalah Islam [al-e-‘Imran:19]. Saya dalam pertemuan-pertemuan lepas tidak menafikan bahawa ada di dalam sebahagian fikrah-fikrah yang berlegar di kalangan kita (bukan Melayu sahaja) adalah saki-baki pengajaran nabi-nabi terdahulu sebelum penutup nabi dibangkitkan. Oleh itu kita tidak menolak secara mendadak mana-mana fikrah yang ingin menusuk minda Melayu. Kita mahu menapis dan menyanggah fikrah-fikrah yang sengaja direkacipta untuk menghancurkan Melayu.

7. Melayu sendiri harus merujuk kepada naskhah-naskhah tua milik mereka yang masih berbaki bagi mencari nilai yang diasaskan oleh leluhur mereka. Seperti yang saya selalu tegaskan tak mustahil ada di kalangan Melayu itu nabi yang diutuskan kepada umat Melayu sebelum Muhammad dibangkitkan. Saya telah beri pendalilan dan hujah-hujahan di arena lain sebelum ini.

8. Secara jujurnya saya melihat Melayu terlalu banyak ketagih dengan fikrah-fikrah import termasuk cendekiawan dan pemimpin atasan mereka. Hal ini telah meracuni Umat Melayu ke akar umbi. Hingga menyebabkan Umat Melayu yang baharu saja ingin bangkit maka mereka terjatuh lagi. Jikalah begini keadaannya maka Melayu tak akan dan selama-lamanya tak boleh menjadi pemimpin dunia. Bahkah mereka senang diperkotak-katikkan. Akhir kalam, Melayu harus mempunyai minda eksport dan menyanggah fikrah-fikrah beracun dalam membudaya Melayu.

JUTAWAN BROKER

1. Pelbagai cara orang ingin mencapai status eksklusif sebagai “jutawan”. Salah satu caranya adalah dengan menjadi broker.  Broker didefinisi oleh Kamus Dewan 4 sebagai ‘orang yang kerjanya membeli dan menjual saham, wang asing, atau barang-barang untuk orang lain.’ Apa yang saya ingin maksudkan di sini bukan broker saham atau wang asing tetapi ‘barang-barang untuk orang lain’. Tetapi saya tidak menghadkan industri pembrokeran sebagai membeli dan menjual ‘barang-barang untuk orang lain sahaja tetapi juga ‘perkhidmatan’. Mereka adalah orang tengah sebenarnya. Nanti saya akan huraikan. Tafsiran saya ini lebih luas dan secara praktisnya di luar sana ramai broker yang juga menjadi orang tengah kepada urusniaga perkhidmatan. Saya berjumpa dengan otai-otai dalam industri pembrokeran, namun mereka agak menolak untuk dipanggil broker kerana ia agak tidak profesional. Mereka lebih suka dipanggil sebagai ‘konsultan’ atau ‘perunding’. Ia hanya masalah pengistilahan. Mungkin kerana otai-otai ini tidak suka dipanggil sebagai ‘broker’ kerana ia sinonim dengan ‘kekotoran’ atau ‘pencemaran’ di dalam industri ini disebabkan oleh beberapa epal busuk. Sebab itu ada istilah ‘broker maut’ bagi hardcore dalam industri ini bagi menggambarkan kecelaruan mereka yang datang dengan motosikal buruk dan dokumen-dokumen projek bernilai bilion yang sudah lusuh ke kedai mamak sembang sehingga larut malam! Ironinya! Bahkan kedai mamak itu sudah bertrilion nilai projek disembang. Walhasil air teh tarik secawan pun dibayar oleh pelanggan berpotensi. Jangan memandang negatif kerana broker seperti ini dihasilkan dari  University of Hard Knocks lama-lama mereka menjadi lebih cerdik dan profesional!

2. Pembrokeran dan bekerja sebagai broker tidaklah sekotor dan sehina seperti sebahagian kita berpandangan. Ia adalah satu kerja mulia. Berapa banyak projek-projek mega siap kerana broker. Betapa banyak perkhidmatan mendapat pelanggan-pelanggan dan beres kerana broker. Betapa banyak barang-barang mahal berjaya dijual kerana broker. Betapa ramai broker menjadi jutawan kerana kecerdikan dan nasib mereka dalam merunding projek dan perkhidmatan. Saya menyebut nasib industri ini pernah hanya dilakukan tanpa bukti-bukti bertulis wujud bagi mengesahkan tentang komisyen broker. Akibatnya ada yang ‘dikencing’ walau projek atau perkhidmatan berjaya ditemukan oleh orang tengah antara pemilik projek atau perkhidmatan dan pelanggan-pelanggan berpotensi. Tetapi dengan ledakan teknologi wujud seperti email dan whatsapp maka agak sukar untuk orang tengah ‘dikencing’ lagi. Ia laku di Mahkamah sebagai bukti yang wujud antara pemilik-pemilik projek atau perkhidmatan dan pelanggan-pelanggan. Celik undang-undang juga satu faktor untuk melindungi broker jika projek atau perkhidmatan itu berjaya tutup niaga (close the deal).

3. Dalam industri ini seperti yang saya sebut juga wujud ‘epal buruk’ yang kita sifatkan sebagai ‘conman‘ atau ‘scammer‘. Modus operandi bagi conmen dan scammers adalah dengan meminta upfront (wang pendahuluan) atas alasan berbagai. Walau tidak dinafikan bahawa wujud projek dan perkhidmatan adalah genuine ada broker yang meminta upfront. Tetapi dengan meminta upfront walau projek atau perkhidmatan itu genuine jika rundingan itu tidak berjaya maka broker akan dikejar ke lubang cacing bagi menuntut pembayaran balik duit upfront itu! Jadi persoalannya bagai mana untuk melindungi komisyen pembrokeran seorang broker?

4. Satu cara untuk melindungi broker dari dikencing seperti janji-janji pemilik projek atau perkhidmatan atau juga pelanggan adalah dengan meminta pemilik projek dan perkhidmatan untuk memasuki letter of undertaking yang menghurai cara bayaran komisyen broker. Letter of undertaking atau surat janji itu sebaiknya disetem di Pejabat Hasil bagi mengukuhkannya sebagai bahan bukti di Mahkamah jika wujud perlanggaran janji oleh mana-mana pihak bagi broker menuai hasil cucuk-tanamnya. Namun dokumentasi-dokumentasi lain seperti email dan whatsapp juga memadai kerana ia adalah cara-pakai sekarang. Adalah dinasihati cara letter of undertaking adalah terbaik iaitu dengan mengatur peguam sebagai pemegang amanah (stakeholder) kepada wang komisyen broker. Sewajarnya broker profesional mempunyai seorang peguam yang menasihatinya.

5. Di dalam kes Ahmad Zaini Japar v. TL Offshore Sdn Bhd [2002] 5 CLJ 201; [2002] 7 MLJ 604, Mahkamah telah memutuskan bahawa Plaintif (broker) mendapatkan kontrak bagi Defendan (TL Offshore) dari Petronas Carigali. Mereka hanya memasuki perjanjian secara lisan sahaja bahawa Defendan hendaklah membayar Plaintif (broker) sebanyak 1% dari nilai kontrak dengan had RM12 juta. Defendan hanya membayar sebanyak RM700,000 sahaja kepada Plaintif. Namun ada satu surat yang mengesahkan tentang perjanjian mereka yang dikeluarkan oleh Defendan. Mahkamah memutuskan Plaintif berhak kepada komisyen 1% tersebut. Namun di dalam kes Merong Mahawangsa Sdn Bhd & Anor v. Dato’ Shazryl Eskay Bin Abdullah Rayuan Sivil (Mahkamah Rayuan) No: 02(f)-29-03/2014(W), Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa walau wujud ‘letter of undertaking was contrary to public policy and therefore void and unenforceable.’

6. Bukan senang untuk menjadi jutawan broker. Ada yang dikencing dan ada juga yang undang-undang tidak berpihak bagi mereka. Dunia pembrokeran penuh dengan karenah dan tipu helah. Tetapi jangan cepat berputus asa. Kegagalan adalah untuk mematangkan kita sebagai broker profesional. Jika tidak suka dikencing maka jangan kencing orang. Ini petua bagi yang ingin menceburi dunia pembrokeran.

7. Sebagai orang tengah, broker haruslah menguasai ilmu rundingan. Sebab itu broker juga disebut sebagai perunding. Banyak buku yang ditulis bagi panduan broker dalam mempraktikkan ilmu rundingan. Salah satu buku yang baik untuk dibaca adalah Secrets Of Power Negotiating oleh Roger Dawson. Ada beberapa tip berguna yang dinyatakan oleh penulis buku ini berkenaan rundingan. Broker boleh mempraktikkannya. Buku ini adalah sangat penting bagi broker untuk menjadi lebih profesional.

8. Sebelum sesorang broker memulakan kerja mereka, mereka harus memiliki terlebih dahulu dokumen-dokumen projek atau perkhidmatan. Ia bergantung kepada pemilik projek atau perkhidmatan samada ingin mempercayai dan melepaskan kepada broker. Oleh itu nasihat saya bermulalah dengan kecil-kecilan dahulu sebelum menjadi broker profesional. Dokumen pula boleh jadi fake atau forgery. Ini membahayakan kepada broker kerana boleh ia boleh menjadi kes jenayah dan broker mendapat kesipuan. Untuk menentukan ia adalah genuine atau tidak adalah dengan skil dan ketajaman pemahaman seseorang broker. Tidak semesti menghantar dokumen-dokumen itu kepada Pejabat Kimia. Ia boleh jadi dengan kaedah pertanyaan samada secara email atau WhatsApp kepada orang yang mengeluarkan dokumen tersebut. Teknik pengesahan ini disebut sebagai due diligence. Setiap tugasan harus dibuat due diligence. Bukan sahaja terhadap pemilik projek atau perkhidmatan tetapi juga pelanggan-pelanggan. Identiti pemilik projek dan perkhidmatan dan juga pelanggan-pelanggan boleh dibuat. Jika syarikat dengan membuat SSM Search di laman SSM. Jika individu dengan membuat semakan samada dia seorang bankrap atau tidak secara atas talian. Kosnya di bawah RM100 sahaja. Oleh itu terlebih dahulu untuk kedua-dua pihak samada project owner (dan broker project owner) dan funder (dan broker funder) mesti menandatangani NDA. NDA adalah non-disclosure agreement. Menurut Oxford Dictionary, NDA adalah a contract by which one or more parties agree not to disclose confidential information that they have shared with other as a necessary part of doing business together.

9. Pembrokeran dari sudut undang-undang ia adalah kontrak sebenarnya. Dari sudut skil rundingan ia adalah perundingan profesional yang penuh dengan teknik-teknik seperti yang disebut dalam buku Roger Dawson yang bertajuk Secrets Of Power Negotiating. Lama-kelamaan anda akan menjadi broker profesional. Anda harus keluar dari label broker maut!

10. Ada sebab mengapa apa-apa industri bergantung kepada para broker untuk menjayakan projek mereka antaranya mereka telah habis cara untuk melaksanakan pelan mereka. Atau mungkin memerlukan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan-pelanggan yang lebih baik. Seperti industri pendanaan (funding) ia amatlah sulit untuk mendapatkan pembiaya kerana ia tidak diwar-warkan semberono kerana mungkin akan dicium oleh conman dan scammer. Wujudnya broker maka ia boleh menapis bagi pembiaya, pemilik projek atau perkhidmatan untuk pelanggan-pelanggan yang memang sesuai dan tepat. Broker juga menjadi pendamai jika wujud kegetiran bagi kedua-dua pihak yang boleh menggagalkan urusan dari terlaksana.

11. Salah satu cara Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi ialah melahirkan broker profesional yang menjayakan projek-projek mega dan perkhidmatan mustahak. Ia tidak dapat dicapai dengan begitu mudah tetapi secara pengalaman dan memahami secara pembacaan dan acumen. SELAMAT DATANG KE KELAB JUTAWAN BROKER!

DISERTASI TENTANG BARANG-BARANG SAKTI

1. Beberapa petunjuk dalam al-Qur’an yang membuat kita berfikir bahawa ada barang-barang yang mempunyai kesaktian. 2. Jika kesaktian pada barang-barang yang dimiliki oleh seorang nabi maka ia dipanggil “mukjizat” tetapi kepada orang biasa ia adalah darjat “karomah” kewalian. 3. Ayat-ayat yang saya maksudkan adalah: a. Tongkat Nabi Musa a.s. yang boleh bertukar menjadi ular, membelah […]

FALSAFAH MATEMATIK DALAM AL-QUR’AN

1. Matematik adalah ilmu yang mementingkan logik dan ketepatan. Manakala al-Quran adalah kalam Allah yang terkandung bahasa dan nombor-nombor.

2. Anda akan melihat bahawa saya berfikir tentang falsafah matematik dalam al-Quran lain dari ahli matematik berbicara dan lain dari ahli tafsir bergaya.

3. Jika anda gagal untuk menghubungkan matematik dan al-Quran anda dinasihatkan untuk memahami topik dan kaitan antara “aqli dan naqli”. Betapa al-Qur’an sendiri mengajak kita untuk menghubungkan antara akal dan wahyu.

4. Kepada mereka yang melihat dalam al-Qur’an hanyalah mengandungi bahasa-bahasa sahaja saya berkata kepada mereka “Jika anda tidak percaya kepada nombor-nombor di dalam al-Qur’an mempunyai maksud dan makna maka anda dinasihatkan membuang nombor-nombor di dalam mashaf anda tetapi tidak dalam mashaf saya.” Anda faham apa yang saya maksudkan?

5. Persekitaran di mana saya dilahir dan dibesarkan mempunyai pengaruh kepada cara saya berbicara dan bergaya dalam menghuraikan “Falsafah matematik dalam al-Qur’an”.

6. Saya telah mengujinya dalam hidup saya dan dalam banyak hal ia menyelesaikan permasalahan.

7. Penemuan-penemuan saya dari falsafah matematik dalam al-Qur’an ini saya telah bincangkan dan saya kemukakan kepada pemikir matematik dan mereka mengesahkan ianya benar. Kod-kod rahsia tentera saya dapat pecahkan hasil penelitian saya tentang falsafah matematik dalam al-Qur’an.

8. Banyak blog-blog di alam maya yang membincangkan kaitan “Bakkah” dan angka-angka prima (prime numbers) antaranya “29”, “47” dan angka ajaib fibonacci “1.618”. Lihat Surah Al-e-Imraan: 96.

9. Angka “29” telah lama saya gunakan sebelum wujud blog-blog yang membicarakan syarah matematik ayat ini.

10. Adapun angka “47” adalah turutan Surah Muhammad. Ada beza jika nombor “4” dan “7” disusun secara “74”. Jadi saya kembangkannya menjadi “nombor terbalik”. Tetapi tidak! Al-Qur’an telah menetapkannya secara “47”. Cara susunan ini mempunyai maksud dan makna tersendiri. Inilah yang saya katakan sebagai : TEORI SUSUNAN NOMBOR TERBALIK©.

11. Jika dikaji Surah Muhammad angka “47” dan “38” itu mempunyai maksud dan makna. Di situ tersimpul “Hakikat Muhammad”.

12. Angka “38” atau “hidup kaya” itu satu kod yang difahami jika kita rajin menelaah sesuatu dan berjumpa dengan orang yang tahu.

13. Begitu juga jika nombor “3” dan “8” disusun secara terbalik “83” ia mempunyai maksud dan makna. Tetapi tidak! Sekali lagi tidak! Al-Qur’an harus ditukar dan dipinda.

14. Bagi yang memula mengenali al-Qur’an mereka harus difahamkan terlebih dahulu : Apa itu al-Qur’an? Tetapi bagi orang yang dilahirkan dalam keluarga Islam mereka diajar huruf: alif ba ta. Bila mereka besar barulah mereka diajar untuk mengetahui : Apa itu al-Qur’an?

15. Seperti yang saya katakan bahawa jika anda menggunakan akal semata-mata dalam memahami sesuatu anda akan gagal. Begitu juga anda menggunakan wahyu semata-mata dalam memahami sesuatu tanpa akal maka anda akan gagal.

16. Matematik atau al-hisab itu sendiri ilmu yang bersandar kepada al-Qur’an. Lihat Surah Yunus:10:5.

17. “Alam atas” atau alam malaikat mereka berhubung menggunakan kod-kod. Begitu juga jin-jin elit mereka berkomunikasi secara kod-kod. Alam malaikat dan jin menggunakan kod-kod kerana berbagai faktor. Seorang codebreakers tidak akan dapat memecahkan kod-kod jika yang berkomunikasi secara kod-kod itu lagi tinggi encryptionsnya.

18. Salah satu cara untuk memecahkan encryptions adalah memahami TEORI SUSUNAN NOMBOR-NOMBOR ( THE ARRANGEMENT-OF-NUMBERS THEORY)©.

Surah Yunus, Verse 5:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
(Melayu)

via iQuran

PENGGODAM EKONOMI

1. Penggodam ekonomi atau “economics hackers” atau ringkasnya “econohackers” adalah satu istilah baru bagi menggambarkan satu profesyen ahli ekonomi yang tugasnya untuk menyerang ekonomi satu-satu organisasi samada besar atau kecil bagi tujuan lebih memantapkan praktikal ekonomi organisasi tersebut.

2. Seorang econohacker harus dilatih tentang selok belok asas-asas ekonomi dan undang-undang kerana jika tidak memahami kedua-dua disiplin ini dia akan gagal.

3. Dia perlu dilatih tentang ilmu ekonomi kerana dengan ilmu ekonomilah dia akan mendalami dengan mendalam hal-hal berkaitan teori-teori terpakai oleh organisasi di luar sana tentang ekonomi praktikal.

4. Dia harus dilatih dengan prinsip undang-undang kerana jika tanpa memahami undang-undang maka dia apabila mengamalkan serangan ekonomi maka dia akan terdedah dengan saman dan dakwaan.

5. Khazanah-khazanah dunia yang diperlukan dalam dunia hanya boleh diambilmanfaat jika ekonomi diurus dengan baik. Jika diurus dengan lemah maka banyak masalah akan menghantui satu-satu organisasi dan memberi impak kepada individu-individu sebagai pengecap terakhir khazanah dunia.

6. Bebas hutang adalah impian setiap organisasi dan individu yang hanya menjadi igauan kerana tak pernah tercapai dek ekonomi diurus dengan lemah dan tidak bijaksana.

7. Eric D. Beinhocker dalam bukunya THE ORIGIN OF WEALTH: Evolution, Complexity, and the Radical Remaking of Economics berkata “The economy is a marvel of complexity. Yet no one designed it and no one runs it.” Kita faham keinsananlah yang menggerakkan ekonomi kerana kebutuhan naluri insani kepada keperluan ekonomi. Itulah bagaimana ekonomi itu bergerak.

8. Sebenarnya cerdikpandai ekonomi memahami teori ini dan mempraktikkannya secara tidak sedar dan membuat keuntungan dengan godamannya jika bernasib baik dan rugi jika tidak bernasib baik.

9. Pasca-modernisma ini telah lama dipraktikkan oleh seorang pelabur kaya yang kita semua kenal iaitu George Soros. Beliau tahu bagaimana mewujudkan ‘shock‘ dalam sistem ekonomi dan ‘menangguk ikan di air yang keruh’.

image

George Soros
Digelar “the man who broke the Bank of England”

10. Mangsa-mangsa yang terdiri dari organisasi yang mengalami serangan econohackers akan sedar di mana kesilapan mereka setelah menerima serangan econohackers.

11. Bagi mempertahankan diri selepas serangan econohackers mereka harus ada pakar yang boleh memperkukuhkan ruang-ruang rapuh yang telah diserang.

12. Jika seorang econohacker itu cekap dan terlatih dia akan melakukan serangan secara stealth dan kalis undang-undang tersenyum lebar dengan keuntungan yang diperolehi.

13. Sebagai kajian kes ialah krisis kewangan 1997. Di dalam buku NOTES TO THE PRIME MINISTER: The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators, Wong Sulong menulis ‘It was then that Dr Mahathir launched a blistering attack against foreign currency speculators calling them “rouge speculators”. A few days later, he[ Dr Mahathir] identified George Soros as the principal culprit. Soros denied the charge.’

image

Tun Dr Mahathir Mohamad

14. Seperti yang saya katakan econohackers terbaik adalah melakukan kerjanya secara stealth dan kalis undang-undang. Bolehkah Dr Mahathir membuktikan bahawa Soros adalah seorang rough speculator dan principal culprit tersebut?

15. Bahkan dalam grup penasihat Dr Mahathir bagi menangani serangan econohackers ini beliau mengambil nasihat peguam untuk mengelakkan dari disaman oleh proksi-proksi econohackers.

16. Apabila satu-satu serangan econohacker telah selesai maka organisasi tersebut akan memperbetulkan praktikal ekonominya untuk keluar dari masalah yang dicipta oleh praktikal ekonominya sendiri dan kesan serangan econohackers.

17. Dari situlah praktikal ekonomi akan lebih mantap dan khazanah-khazanah dunia menjadi lebih bermakna dan diķecapi oleh individu-individu.

Surah Muhammad, Ayat 38:

هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
(Melayu)

via iQuran