SUMPAH MUBAHALAH

Surah Aal-e-Imran, Ayat 61:
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.
(Melayu)

via iQuran

1. Sumpah Mubāhalah memang wujud dalam Islam seperti disebut dalam ayat di atas.

2. Rukun Sumpah Mubahalah

1) Mesti ada kedua belah pihak bertelagah.
2) Mesti ajak kesemua ahli keluarga.
3) Mesti meminta kepada Allah pihak yang benar dalam hal yang disangsikan.
4) Mesti meminta pihak yang berbohong/salah/dusta dilaknat oleh Allah.

3. Oleh itu sumpah laknat yang tular sekarang ini masih belum mencukupi rukun-rukun sebagaimana yang dikehendaki dalam ayat di atas. Namun paling kurang pihak yang merasa dirinya benar itu telah sedia dilaknat jika dia berbohong/salah/dusta walau tak mencukupi rukun-rukun Sumpah Mubahalah. Ia selayaknya sumpah (al-yamīn)(الْيَمِينُ).

سنن الترمذي | أَبْوَابُ الْأَحْكَامِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. | بَابٌ : الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ.

الجزء رقم :3، الصفحة رقم:18

1341 حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ وَغَيْرُهُ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي خُطْبَتِهِ : ” الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ “. هَذَا حَدِيثٌ فِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ، وَمُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الْعَرْزَمِيُّ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ، ضَعَّفَهُ ابْنُ الْمُبَارَكِ وَغَيْرُهُ.

حكم الحديث: صحيح
SUNAN AT-TIRMIZI | BAB-BAB HUKUM DARI RASULULLAH | BAB: KETERANGAN KE ATAS ORANG MENDAKWA, SUMPAH KE ATAS ORANG YANG DIDAKWA

JUZUK BIL: 3, MUKASURAT NO: 18

1341 Diceritakan kepada kami Ali bin Hujr, berkata: menceritakan kepada kami Ali bin Musyhir dan selainya, dari Muhammad bin Ubaidillah, dari Amru bin Syuaib, dari ayahnya, dari datuknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda dalam khutbahnya: “Keterangan atas orang mendakwa, dan sumpah ke atas orang yang didakwa.” Hadis ini dalam sanadnya ada orang yang dipertikaikan dan Muhammad bin Ubaidillah al-Arzami dilemahkan di dalam hadis kerana hafazannya dan dilemahkan oleh al-Mubarak dan selainnya.

Hukum hadis: Sahih.

4. Cara memberi keterangan ini pelbagai termasuk mengemukakan saksi-saksi di Mahkamah. Manakala sumpah dalam bentuk moden adalah statutory declaration/sumpah berkanun.

5. Sejak 1400 dahulu Islam telah menetapkan piawai bagi sesuatu kekhilafah iaitu “keterangan” dan “sumpah” sebelum perundangan lain menetapkannya.

6. Piawai ini menyerap dalam perundangan-perundangan lain. Samada kebetulan pada persamaan ada didebatkan oleh pakar undang-undang.

7. Tapi konsep “mubahalah” ini hanya unik dan ada dalam Islam sahaja.

RISALAH LENGKAP TENTANG ILMU-ILMU MALAIKAT ‎( ‎الرِسَالَةُ الكٓافَةُ فِيْ عُلُوْمِ الْمَلآئِكَةِ)

BAB: ADAKAH JIBRIL JUGA NAIK KE SIDRATUL MUNTAHA KETIKA MIKRAJ?

1. Persoalan ini agak penting kerana Jibril itu disifatkan sebagai malaikat yang menjadi mahaguru kepada penutup nabi (عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ)(Dia diajar oleh yang amat kuat) [an-Najm:5]. Jikalah hanya Rasulullah yang naik ke Sidratul Muntaha maka kita akan sangsi dengan “keilmuan” Jibril sebagai mahaguru Rasulullah.

2. Pertamanya, apakah Sidratul Muntaha? Keduanya, bilakah ia berlaku? Sidratul Muntaha adalah penyudah alam semesta di mana wujudnya Alam Nyata dan Ghaib kerana di situ juga mempunyai syurga yang merupakan sebahagian dari Dimensi Ghaib. Ia berlaku ketika Mikraj Rasulullah. Mikraj berasal dari kata (عرج) bermakna (صعد) atau “naik”.

3. Saya juga telah meneliti autoriti yang kuat dari al-Qur’an iaitu Rasulullah telah melihat Jibril dalam rupa asalnya di sisi Sidratul Muntaha. Ini bermakna Jibril juga berada di situ (Sidratul Muntaha).

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; [an-Najm:14-15]

4. Saya juga cuba melihat hal ini di dalam hadis tentang Sidratul Muntaha. Ini hadis yang saya jumpa di dalam hadis yang panjang:-

صحيح مسلم كِتَابٌ : الْإِيمَانُ بَابٌ : الْإِسْرَاءُ بِالرَّسُولِ

163 ( 263 ) (المجلد : 1 الصفحة : 102)

وَحَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي يُونُسُ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : كَانَ أَبُو ذَرٍّ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” فُرِجَ سَقْفُ بَيْتِي، وَأَنَا بِمَكَّةَ، فَنَزَلَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَفَرَجَ صَدْرِي، ثُمَّ غَسَلَهُ مِنْ مَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ جَاءَ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مُمْتَلِئٍ حِكْمَةً وَإِيمَانًا، فَأَفْرَغَهَا فِي صَدْرِي، ثُمَّ أَطْبَقَهُ، ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي، فَعَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ، فَلَمَّا جِئْنَا السَّمَاءَ الدُّنْيَا. قَالَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ لِخَازِنِ السَّمَاءِ الدُّنْيَا : افْتَحْ. قَالَ : مَنْ هَذَا ؟ قَالَ : هَذَا جِبْرِيلُ. قَالَ : هَلْ مَعَكَ أَحَدٌ ؟ قَالَ : نَعَمْ مَعِيَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَ : فَأُرْسِلَ إِلَيْهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ، فَفَتَحَ. قَالَ : فَلَمَّا عَلَوْنَا السَّمَاءَ الدُّنْيَا، فَإِذَا رَجُلٌ عَنْ يَمِينِهِ أَسْوِدَةٌ وَعَنْ يَسَارِهِ أَسْوِدَةٌ. قَالَ : فَإِذَا نَظَرَ قِبَلَ يَمِينِهِ ضَحِكَ، وَإِذَا نَظَرَ قِبَلَ شِمَالِهِ بَكَى. قَالَ : فَقَالَ : مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالِابْنِ الصَّالِحِ. قَالَ : قُلْتُ : يَا جِبْرِيلُ، مَنْ هَذَا ؟ قَالَ : هَذَا آدَمُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهَذِهِ الْأَسْوِدَةُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ نَسَمُ بَنِيهِ، فَأَهْلُ الْيَمِينِ أَهْلُ الْجَنَّةِ، وَالْأَسْوِدَةُ الَّتِي عَنْ شِمَالِهِ أَهْلُ النَّارِ، فَإِذَا نَظَرَ قِبَلَ يَمِينِهِ ضَحِكَ، وَإِذَا نَظَرَ قِبَلَ شِمَالِهِ بَكَى. قَالَ : ثُمَّ عَرَجَ بِي جِبْرِيلُ حَتَّى أَتَى السَّمَاءَ الثَّانِيَةَ. فَقَالَ لِخَازِنِهَا : افْتَحْ. قَالَ : فَقَالَ لَهُ خَازِنُهَا مِثْلَ مَا قَالَ خَازِنُ السَّمَاءِ الدُّنْيَا، فَفَتَحَ. فَقَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ : فَذَكَرَ أَنَّهُ وَجَدَ فِي السَّمَاوَاتِ آدَمَ وَإِدْرِيسَ وَعِيسَى وَمُوسَى وَإِبْرَاهِيمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمْ أَجْمَعِينَ، وَلَمْ يُثْبِتْ كَيْفَ مَنَازِلُهُمْ، غَيْرَ أَنَّهُ ذَكَرَ أَنَّهُ قَدْ وَجَدَ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا وَإِبْرَاهِيمَ فِي السَّمَاءِ السَّادِسَةِ. قَالَ : فَلَمَّا مَرَّ جِبْرِيلُ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِإِدْرِيسَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ. قَالَ : مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالْأَخِ الصَّالِحِ. قَالَ : ثُمَّ مَرَّ. فَقُلْتُ : مَنْ هَذَا ؟ فَقَالَ : هَذَا إِدْرِيسُ. قَالَ : ثُمَّ مَرَرْتُ بِمُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ. فَقَالَ : مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالْأَخِ الصَّالِحِ. قَالَ : قُلْتُ : مَنْ هَذَا ؟ قَالَ : هَذَا مُوسَى. قَالَ : ثُمَّ مَرَرْتُ بِعِيسَى. فَقَالَ : مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالْأَخِ الصَّالِحِ. قُلْتُ : مَنْ هَذَا ؟ قَالَ : هَذَا عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ. قَالَ : ثُمَّ مَرَرْتُ بِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ. فَقَالَ : مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالِابْنِ الصَّالِحِ. قَالَ : قُلْتُ : مَنْ هَذَا ؟ قَالَ : هَذَا إِبْرَاهِيمُ “. قَالَ ابْنُ شِهَابٍ : وَأَخْبَرَنِي ابْنُ حَزْمٍ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ ، وَأَبَا حَبَّةَ الْأَنْصَارِيَّ يَقُولَانِ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثُمَّ عَرَجَ بِي حَتَّى ظَهَرْتُ لِمُسْتَوًى أَسْمَعُ فِيهِ صَرِيفَ الْأَقْلَامِ “. قَالَ ابْنُ حَزْمٍ ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” فَفَرَضَ اللَّهُ عَلَى أُمَّتِي خَمْسِينَ صَلَاةً “. قَالَ : ” فَرَجَعْتُ بِذَلِكَ حَتَّى أَمُرَّ بِمُوسَى، فَقَالَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ : مَاذَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ ؟ قَالَ : قُلْتُ : فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسِينَ صَلَاةً، قَالَ لِي مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ : فَرَاجِعْ رَبَّكَ، فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ ذَلِكَ. قَالَ : فَرَاجَعْتُ رَبِّي، فَوَضَعَ شَطْرَهَا، قَالَ : فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَأَخْبَرْتُهُ. قَالَ : رَاجِعْ رَبَّكَ، فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ ذَلِكَ. قَالَ : فَرَاجَعْتُ رَبِّي، فَقَالَ : هِيَ خَمْسٌ، وَهِيَ خَمْسُونَ، لَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ. قَالَ : فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى، فَقَالَ : رَاجِعْ رَبَّكَ. فَقُلْتُ : قَدِ اسْتَحْيَيْتُ مِنْ رَبِّي. قَالَ : ثُمَّ انْطَلَقَ بِي جِبْرِيلُ حَتَّى نَأْتِيَ سِدْرَةَ الْمُنْتَهَى، فَغَشِيَهَا أَلْوَانٌ، لَا أَدْرِي مَا هِيَ. قَالَ :

ثُمَّ أُدْخِلْتُ الْجَنَّةَ، فَإِذَا فِيهَا جَنَابِذُ اللُّؤْلُؤَ، وَإِذَا تُرَابُهَا الْمِسْكُ “.

(ثُمَّ انْطَلَقَ بِي جِبْرِيلُ حَتَّى نَأْتِيَ سِدْرَةَ الْمُنْتَهَى)

(Terjemahan: Kemudian aku bertolak bersama Jibril sehingga kami sampai ke Sidratul Muntaha)

4. Oleh itu berdasarkan dalil-dalil di atas; Jibril juga naik bersama Rasulullah ke Sidratul Muntaha.

KITAB PENGUKUHAN (كِتَابُ الْإِثْبَاتِ)

BAB: PADA MENGUKUHKAN WUJUDNYA QARIN JIN

صحيح مسلم | كِتَابٌ : صِفَةُ الْقِيَامَةِ وَالْجَنَّةِ وَالنَّارِ | بَابٌ : تَحْرِيشُ الشَّيْطَانِ وَبَعْثُهُ سَرَايَاهُ لِفِتْنَةِ النَّاسِ

الجزء رقم :8، الصفحة رقم:139

2814 ( 69 ) حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، قَالَ إِسْحَاقُ : أَخْبَرَنَا، وَقَالَ عُثْمَانُ : حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ “. قَالُوا : وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” وَإِيَّايَ، إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ، فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ “.
(… ) حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى ، وَابْنُ بَشَّارٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ – يَعْنِيَانِ ابْنَ مَهْدِيٍّ – عَنْ سُفْيَانَ ح وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ ، عَنْ عَمَّارِ بْنِ رُزَيْقٍ ، كِلَاهُمَا عَنْ مَنْصُورٍ ، بِإِسْنَادِ جَرِيرٍ ، مِثْلَ حَدِيثِهِ، غَيْرَ أَنَّ فِي حَدِيثِ سُفْيَانَ ” وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ، وَقَرِينُهُ مِنَ الْمَلَائِكَةِ “.

Sahih Muslim | Kitab: Sifat Kiamat dan Syurga dan Neraka | Bab: Ganguan Syaitan dan Menghantar Pasukannya bagi Menganggu Manusia

Juzuk No: 8 Muka Surat No: 139

2814 (69)

Dari ‘Abdullah Bin Mas’ud, berkata: Bersabda Rasulullah “Tidak ada seorang pun dari kamu melainkan baginya diwakilkan qarinnya dari jin”. Sahabat bertanya : Dan bagi kamu juga wahai Rasulullah? Bersabda: Dan bagiku juga, melainkan Allah telah menolongku sehingga dia telah Islam, tidak ia mengarahkanku melainkan kepada kebaikan.”

Sanad Sufyan “Telah diwakilkan dengannya qarinnya dari jin, dan qarinnya dari malaikat.”

1. Hadis-hadis di atas mempunyai petunjuk yang amat besar di dalam disiplin pelbagai. Ia bukan setakat membahaskan Hakikat Diri tetapi juga kegunasn pelbagai samada dunia atau akhirat.

2. Kita lihat apa yang disebut Allah dalam ayat ini sebagai peringatan kepada orang yang menjauhkan diri dari al-Quran.

Surah Az-Zukhruf, Ayat 36:

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
(Melayu)

via iQuran

3. Mempunyai syaitan sebagai qarin adalah satu liabiliti yang berat dan menyusahkan.

4. Jelas, jika merujuk kepada hadis-hadis di atas kita bukan setakat mempunyai qarin dari jin tetapi juga dari malaikat. Dengan kata lain “pendamping dari malaikat”.

5. Qarin jin kita adalah kita, kita adalah qarin jin kita. Kita yang mengemudi qarin jin kita. Ada kegunaannya qarin jin kita ini. Kita sebenarnya mempunyai dua roh; roh kita dan roh qarin jin kita. Qarin jin kita, oleh kerana dia sebahagian dari kita, maka dia boleh meresap di dalam tubuh kita, sebagaimana sifat jin. Ketika kita tidur dia boleh keluar dari jasad kita dan berjalan ke alamnya. Bayangan mimpi ketika kita tidur itu adalah apa yang dia lalui.

6. Bahkan bila dia keluar dari tubuh kita dia boleh tasyakkul (mengambil rupa) samada dalam rumah kita atau di mana-mana tempat.

7. Ketika kita beraktiviti contohnya membawa kereta kita dalam minda sedar jika kita 100% mengendalikan kereta. Ini adalah minda sedar (conscious mind). Jika sekejap sedar sekejap tak sedar itu adalah minda separa sedar (sub-conscious). Jika kita tak sedar langsung ketika kita membawa kereta maka itu adalah minda tak sedar (unconscious mind). Kita mungkin menggunakan laluan Alam Ghaib.

8. Itu adalah sebahagian dari memahami qarin jin kita dan menggunakannya. Banyak lagi kegunaannya. Contohnya dalam menghadapi sihir maka kita menggunakan qarin jin dan qarin malaikat kita.

9. Soalnya qarin jin kita ini anak siapa? Hadis di atas menjelaskan kita “diwakilkan” tanpa menyebut dari mana dia berasal. Dia sebenarnya lahir bilamana kita lahir. Dia anak ibu dan ayah kita juga. Bukankah ibu dan ayah kita juga mempunyai qarin masing-masing?

ETIKA BERSAHABAT: PETUNJUK DARI AL-QUR’AN

1. Kita perlu bersahabat di dalam hidup kita. Kita tidak boleh bersifat seperti bidalan Melayu digambarkan seperti ‘kera sumbang’. Bahkan isteri kita dianggap sahabat [al-Ma’ārij:12]; [al-Jin:3]; [Abasa:36].

2. Apakah rahsia bersahabat sehingga al-Qur’an memberi tekanan terhadap kepentingan bersahabat. Tentu ada sebabnya. Mengikut kajian pakar psikologi dan psikiatri orang yang dilanda kemurungan boleh menjadi bertambah parah apabila tidak dipedulikan oleh orang di sekitarnya. Penyakit kemurungan boleh bertambah buruk menjadi sakit psikiatri. Begitulah juga penyakit kemurungan boleh sembuh dengan cara sokongan orang di sekitarnya. Begitu juga sakit psikiatri boleh diringankan dengan sokongan dari orang di sekitarnya.

3. Rahsia bersahabat ini bukan setakat dari sudut kesihatan. Ia juga di dalam berdakwah. Rakan sepenjara dijadikan medan untuk berdakwah [Yusuf:39].

4. Kita boleh jadikan sahabat untuk menimba ilmu dengan berguru dan bertukar fikiran [al-Kahfi:76]. Sahabat juga boleh menenangkan kita di waktu kesusahan [at-Taubah:40]. Adalah amat sukar mencari sahabat di ketika susah. Sanggup memikul kesusahan sahabatnya sedang dia tidak mempunyai kaitan melainkan kerana seorang sahabat.

5. Dengan bersahabat juga diturunkan sakinah (ketenangan) dan ‘dibantu oleh tentera yang tidak dapat dilihat.’ [at-Taubah:40].

6. Kita harus berhati-hati memilih sahabat. Sahabat mestilah orang yang selalu membuat ‘ihsan’ kepada sahabatnya [an-Nisa’:36]; memberi semangat ketika kesusahan di samping berada di sisi sahabatnya ketika dalam kesusahan [at-Taubah:40]; berpesan pada tauhid yang lurus [Yusuf:39]; berguru dengan sahabat [al-Kahfi:76];. Ibu-bapa juga digambarkan sebagai sahabat [Luqman:15]. Ibu-bapa mengenali kita semenjak kita kecil. Jika dia membiarkan kita membesar secara sempurna ini menunjukkan bahawa mereka adalah sangat istimewa bagi kita dalam bersahabat walau mereka menyeru untuk kita menjadi musyrik [Luqman: 15]. Kita harus bersahabat dengan mereka cara yang baik.

7. Bersahabat juga mengukuhkan silaturrahim kita dengan seseorang. Ayat Luqman:15 menunjukkan walau sahabat kita itu bertentangan dengan kita; kita mesti bersahabat dengan mereka dengan cara yang baik.

8. Persoalannya adakah ini hanya merujuk kepada kedua ibu-bapa yang musyrik? Jika sahabat kita musyrik bagaimana pula? Kita lihat pula [Yusuf:39] itu menunjukkan sahabat Yusuf masih musyrik. Kita harus menjadikan medan dakwah jika bersahabat dengan rakan musyrik.

9. Dakwah kepada ibu-bapa musyrik dan rakan musyrik adalah (pertama) bergaul dengan mereka secara baik (kedua) menggunakan kebolehan dan kepandaian kita sebagai aspek untuk menarik mereka kepada tauhid. Dalam kes Yusuf dan dua sahabatnya dalam penjara; Yusuf menggunakan kebolehannya dalam mentakwil mimpi dua sahabatnya apa yang akan terjadi.

10. Di dalam perniagaan pula sahabat boleh menjadi rakan perniagaan kita samada perkongsian atau usahasama. Mereka kita kenali. Senang berurus dengan orang yang kita kenali dari orang yang kita tidak kenali. Paling kurang kita telah dapat menjimatkan masa dan kos bagi due diligence (ketekunan wajar) jika perniagaan itu kecil dan tidak memerlukan compliant.

11. Dalam kes Rasulullah s.a.w. bersembunyi di gua bersama Abu Bakar ini menunjukkan bahawa Abu Bakar adalah sahabat setia dalam perjuangan. Inilah rakan-kongsi perjuangan sebenar. Ia terpakai bagi sahabat dalam perjuangan apa sahaja termasuk politik. Orang-orang politik amat mencari sokongan. Sokongan terbaik adalah dari sahabat terdekat. Jika sahabat terdekat tidak menyokong apatahlagi orang yang tidak dikenali. Oleh itu dalam perjuangan kita harus membina sokongan dari sahabat yang berkualiti dan lagi ramai adalah lagi baik.

12. Kita mahu dalam bersahabat yang boleh memperingati kita dalam tauhid yang lurus dan ada campur-tangan tentera yang tidak dapat dilihat. Dengan bersahabat ia dapat memupuk semangat silaturrahim yang mana menyebabkan kita disayangi oleh langit. Bersahabat juga menyebabkan kita teguh dalam urusan hidup. Kita juga menjadi bersemangat ketika diuji.

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي

الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; [an-Nisa’:36]

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [at-Taubah:40]

يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُّتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

“Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?

[Yusuf:39]

قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْرًا

Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku”.[al-Kahfi:76]

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.[Luqman:15]

ADAKAH KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA DI PENGHUJUNG USIA?

[L]iberalism as a coherent doctrine was not born willingly. It was certainly never a project of the church. Indeed, as a political theory it developed against the fierce resistance of the Catholic and even, for a long time, most Protestant churches. Its emergence was the result of a ‘civil war’ in early modern Europe, a war in which ‘liberal’ moral intuitions generated by Christianity were increasingly turned against attempts to ‘enforce’ belief. ~ Sir Larry Siedentop, Inventing The Individual: The Origins of Western Liberalism.

1. Setakat artikel ini ditulis; penulis perhatikan bahawa (1) Kuasa Istana dan raja-raja Melayu dipertikaikan (2) Ketuanan Melayu semakin terhakis (3) Kebebasan dan hak agama selain Islam semakin mendapat tempat; kalau tidak pun disuarakan agar diberi tempat istimewa.

2. Kesemua yang disebut di atas, pada asalnya, sudah termaktub sebagai kontrak sosial yang dihitam-putihkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Manakala kuasa Istana dan raja-raja Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan negeri masing-masing. Kesemua ini diserang dari segenap penjuru dalam media tempur maya. Kita tidak tahu pihak yang menyerang itu; kenapa begitu berani. Sedangkan sebelum ini tiada pihak yang berani melainkan ketika BN-Umno suatu ketika dahulu meraih 2/3 majoriti Parlimen. Dalam keadaan kedudukan penguasaan politik sekarang tiada pihak yang mempunyai 2/3 majoriti Parlimen. Atas alasan apa kontrak sosial ini dipertikaikan? Adakah bagi pihak yang menyerang itu mereka mempunyai momentum selepas serangan dibuat? Jika ada, apakah penghujungnya? Maka dari di sini kita membuat persoalan; Adakah Kontrak Sosial Di Malaysia Di Penghujung Usia?

3. Dengan memerhati perkembangan setakat artikel ini ditulis; seolah-olah politik Malaysia Baharu menuju kepada ‘liberalism’. Beza dengan ‘liberalism’ di Barat ialah mereka bertarung dengan kuasa Gereja. Di Malaysia ia bertarung dengan kuasa Istana. Walhal, Larry Siedentop itu sendiri menggunakan gelaran ‘Sir’ yang diberi oleh Istana Buckingham. Di Malaysia, walau pun ‘Tun’ itu diberi oleh Istana Negara, namun ‘Bendahara’ moden lebih kepada mempersoalkan batas-batas ‘monarki berperlembagaan’ dalam Malaysia Baharu.

4. Jikalah ini (serangan) menjurus kepada berakhirnya hayat ‘kontrak sosial’ yang telah lama dipersetujui di Malaysia, maka apa yang bakal mengganti? Malaysia Baharu yang menganut ‘persamaan’ tanpa ‘kelebihan warisan’? Persamaan bukan setakat pada ras namun juga fahaman dan jantina. Satu persoalan di sini adakah ia lebih kepada masalah persengketaan individu bukan politik? Atau ia persengketaan individu namun terheret kepada persengketaan politik?

5. Kontrak sosial di Malaysia hanya dapat ditamatkan dengan 2/3 majoriti Parlimen. Itu yang penulis pelik. Bagi meminda kontrak sosial yang ada ia perlu kepada 2/3 majoriti Parlimen. Adakah persamaan ras, fahaman, jantina dan lain-lain menjadi igauan politikus Malaysia Baharu yang ‘merajai’ kerusi empuk Putrajaya? Maka secara tidak sengaja mereka sudah menganut ‘fahaman’ liberalism. Saya telah mengulas bahawa dalam banyak keadaan tiada ‘persamaan’ antara kita. Lihat antara warganegara dan bukan warganegara. Ada penafian hak ke atas bukan warganegara berbanding hak-hak warganegara dalam negara. Akan setiap masa tiada persamaan antara kita.

6. Leberalism adalah anak yang dilahirkan hasil pertarungan antara kuasa Gereja dengan Istana; disokong oleh aristokrat-aristokrat Barat. Mereka (Barat) telah hilang ‘semangat kerohanian’ dalam hidup mereka. Maka jadilah masyarakat Barat ‘tin kosong’ yang tidak berisi. Maka dari sudut mana jiwa mereka yang lapar semangat kerohanian harus menghadap? Islam? Boleh jadi. Lambat-laun. Sedangkan ada prediksi dalam al-Quran bahawa ‘kamu akan lihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong’.

7. Saya masih cuba memahami Malaysia Baharu ini apa yang hendak ‘dibaharukan’ oleh pelopor-pelopor dan pemikir-pemikir mereka? Tidak mustahil ‘Tun’ tidak keseorangan. Mesti telah dinasihati dan disokong. Adakah ia ‘pelebaran’ kuasa Bendahara moden versi ‘liberalism’ Malaysia Baharu? Ia menjadi persoalan kepada kita semua. Menarik untuk diperhatikan dan dianalisa.

8. Jikalah benar, kontrak sosial di Malaysia di penghujung usia; maka kita berfikir apakah wajah baharu yang ada dalam Malaysia Baharu? Malaysia yang lebih mempunyai ‘persamaan’ dalam setiap hal dan aspek? Atau mempunyai ‘acuan’ tersendiri demi melangkah negara maju sebelum 2020! Melalui cernaan Wawasan 2020.

9. Dari satu sudut kita harus melihat bahawa apa istimewanya kontrak sosial di Malaysia harus dibatalkan. Adakah ia menghalang kepada Malaysia menjadi negara maju? Kita dapat membina menara kembar KLCC yang begitu tinggi ketika mana kita mengekalkan kontrak sosial yang ada. Maka boleh jadi kontrak sosial sedia ada belum tentu menjadi penghalang kepada Malaysia mencapai status negara maju.

10. Parti-parti berasaskan ras dan atau agama seperti UMNO, PAS dan Bersatu juga dilihat samada masih relevan dalam Malaysia Baharu. Masih berminatkah generasi muda dengan idea ras dan agama? Merekalah penyambung legasi kita; maka mereka yang menentukannya. Jika generasi muda masih berminat dengan kontrak sosial sedia ada maka Malaysia adalah satu negara yang unik di dunia kerana satu-satunya negara yang mempunyai ciri-ciri ras Melayu, agama Islam, kuasa Istana dan raja-raja Melayu pada tempat istimewa!

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: PADA MEMBAHASKAN INDUK-INDUK JIN

1. Jin juga mempunyai induk. Maksud saya dari segi ‘jasad’ mereka. Mereka berinduk. Sebagaimana telah dibincangkan dalam topik-topik yang lepas bahawa jin terbahagi kepada tiga habitat berdasarkan alam asas iaitu laut, udara dan tanah. Oleh itu jasad mereka terbahagi kepada alam asas. Jika dilihat di alam penyamaran memang mereka akan bertumpu di darat. Jika dilihat kepada jasad asli mereka maka jin terbahagi berdasarkan alam asas. Oleh itu difahami bahawa jin itu berpuak seperti mana juga ditegaskan oleh al-Quran (هُوَ وَقَبِيلُهُ)(Dia dan kabilahnya)[al-A’raf:27].

2. Jika dilihat kepada jasad jin memang berpuak. Begitu juga jika dilihat kepada ‘fahaman atau anutan‘ maka jin juga berpuak. Disebut dalam al-Quran (كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا)(Kami menempuh jalan pelbagai)[al-Jin:11]. Sebagaimana dibahaskan sebelum ini bahawa induk utama jin adalah bernama (الْجَانَّ)(al-Jān)[al-Hijr:27; al-Rahman:15]; sebagaimana Adam sebagai induk spesis basyar atau manusia. Maka induk utama spesis jin adalah al-Jān. Adalah tidak benar bila mengatakan Iblis sebagai induk jin. Iblis itu pula adalah induk kepada satu golongan syaitan yang disifatkan oleh al-Quran sebagai (هُوَ وَقَبِيلُهُ)(Dia dan kabilahnya)[al-A’raf:27].

3. Penegasan bahawa al-Jān sebagai induk spesis jin adalah dapat dilihat dalam ayat ini (وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ)(Dan al-Jān Kami ciptakannya dari sebelum itu dari api as-Samum)[al-Hijr:27]. Frasa ‘dari sebelum itu’ bermaksud dari sebelum kejadian Adam. Ini dapat dilihat dari ayat sebelum itu [al-Hijr:27] iaitu:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.[al-Hijr:26].

4. Dari induk al-Jān inilah lahirnya jin yang berbeza dari segi jasad asal mereka di Alam Ghaib seperti yang telah disebut sebelum ini ada yang menghuni udara, laut dan tanah. Oleh itu Iblis dan kabilahnya hanyalah satu pecahan dari jin-jin berpuak yang lahir dari induk utamanya yakni al-Jān. Dengan kata lain Iblis bukanlah induk utama spesis jin. Iblis juga dari segi ‘puak’ adalah mempunyai anutan mereka tersendiri. Ini dapat dilihat dari sudut dialognya dengan Allah semasa krisis di Alam Ghaib di awal penciptaan Adam.

5. Induk lain bagi spesis jin adalah naga bersayap. Spesis ini lebih kepada bermata warna biru jika mereka tasyakkul di Alam Zahir. Begitu juga Anak Adam/ Bani Adam yang dikacuk dengan spesis naga bersayap ini maka mata Bani Adam adalah biru. Qarin jinnya (yakni Bani Adam) adalah bersayap. Namun tidak kepada tuan empunya jasad. Di sana ada satu spesis naga lagi yang tidak bersayap iaitu disebut sebagai Long (龍)(龙)dalam bahasa Cina bermaksud naga. Sehingga dalam kamus Inggeris perkataan ‘long’ bermaksud ‘panjang’. Spesis ini memang panjang dari sudut jasad mereka. Apa yang pelik bagi spesis naga ini ialah dia tidak bersayap namun merupakan penghuni kayangan.

6. Dengan kata lain, melalui al-Jān, telah lahir satu induk berspesis Long (龍)(龙). Spesis ini lebih banyak ditemui dalam negara China sekarang. Adalah disiplin penyamaran bahawa tidak semestinya bila mengambil wajah Cina maka si empunya badan adalah dari spesis Long (龍)(龙). Tidak sama sekali. Spesis lain juga boleh mengambil wajah Cina.

7. Satu spesis lagi adalah yang banyak menguasai laut. Spesis ini adalah duyung. Duyung ini bersifat seperti haiwan laut. Ketika mereka dalam asal jasad mereka atau ketika mereka mengambil wajah binatang laut maka yang berupaya melakukan kebolehan ini adalah dari spesis duyung. Saya sendiri pernah bersembang dengan spesis ini; dia memberitahu bahawa jika mereka ingin turun ke dasar laut yang paling dalam adalah dengan mengambil bentuk belut dan diiringi oleh pengawal-pengawal. Maka spesis duyung utama ini adalah induk kepada spesis laut.

8. Manakala di udara juga atau saya lebih suka berujar ‘penghuni kayangan’ ada juga spesis helang. Pada pendapat saya inilah yang disifatkan sebagai (طَيْرًا أَبَابِيلَ)(Burung Abābil)[al-Fīl:3]. Pada hemat saya burung Abābil yang dimaksudkan adalah burung jelmaan jin dari spesis helang. Surah al-Fīl (gajah) itu sendiri mengajak kita berfikir samada ia gajah jelmaan atau gajah sebenar.

9. Di sana wujud satu spesis lagi iaitu spesis gajah. Ketika di Alam Ghaib jasad mereka berkepala gajah. Spesis ini banyak menghuni Iran dan India sekarang ini. Di Tanah Melayu negeri Pahang disinonimkan dengan ‘Tok Gajah’.

10. Begitu juga dengan spesis induk harimau. Spesis ini bagi saya adalah ‘anak bongsu’ kepada al-Jān dan bagi keluarga induk-induk jin. Saya selalu sifatkan spesis ini sebagai cerdik. Genetik bongsu ini walau selalu dipermainkan oleh abang-abang dan kakak-kakaknya, namun kerana ‘anak bongsu’ mereka agak cerdik. Spesis ini banyak dijumpai di Alam Melayu.

11. Secara ringkasnya; induk utama jin adalah al-Jān yang melahirkan sifat jasad anak-anaknya yang berjasad naga, duyung, harimau, helang dan lain-lain. Dari situ maka berkembang biaklah anak-anak al-Jān yang berpuak-puak samada dari sudut ‘jasad’ atau ‘fahaman dan anutan’. Adalah mustahil, pada ilmu saya untuk menghasilkan zuriat dengan mengkacuk spesis naga dengan harimau. Tetapi tidak kepada Bani Adam yang boleh dikacukkan dengan spesis pelbagai. Banyak lagi induk-induk yang saya mengintip untuk mencari maklumat dan khabarkan kepada pembaca.

Pasir Emas

BAB 5: NIAGA EMAS (SIRI 4) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1]

Bulan puasa sudah makin hampir. Leha tahu bila cuti raya maka akan banyak kenduri-kenduri kahwin. Lembu pawahnya dengan Sudin akan menjadi laris bagi korban untuk kenduri-kenduri kawin. Dalam RM3,000 hingga RM5,000 seekor bergantung berat. Dia ada dalam 20 ekor lembu. Ada masih anak-anak. Ada yang telah matang. Baka lembunya dari Australia. Dia dapat dari Jabatan Pertanian.

Dia cadang untuk guna RM30,000 dari duit simpanannya dan baki lagi dari duit jual lembu untuk biaya modal Nizam niaga emas.

Dia perlu tahu lebih lanjut tentang rancangan Nizam untuk niaga emas. Dia bimbang suaminya gagal lagi. Apa yang dia paling bimbang adalah persaingan dan cadangan pelan pemasaran Nizam.

Dia bukan tak tahu di tepi-tepi jalan raya dan di tiang-tiang jejambat penuh iklan membeli emas terpakai. Dia agak di balik iklan-iklan itu ramai peniaga-peniaga emas terpakai. Apa yang paling menakutkan lagi baginya Nizam tak ada pengalaman dalam membeli emas terpakai.

“Dia tahu ker beza emas dengan tembaga?”, fikir Leha.

Dia tahu lakinya seorang yang teliti dan berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu. Dia juga ramai kawan dan jaringan ketika aktif merawat secara rawatan Islam. Kadang-kadang lakinya ini kuat berahsia tentang sesuatu. Seolah-olah dia tahu apa yang dia akan buat. Dia tahu tapi tak mahu kongsikan dengan orang lain.

…………………………………………………..

Semasa Leha di kampung, Nizam ada hubungi kawan lamanya Ustaz Sulaiman berkenaan pandangannya tentang hasrat dia untuk bangkit lagi dalam meniaga.

Assalamu’alaikum! Man. Awak apa Khabar? Saya Nizam ni.”

“Baik.” Jawab Sulaiman. “Lama tak dengar suara awak.” Sulaiman lagi lama berkecimpung dalam rawatan Islam berbanding dengan Nizam.

“Saya macam yang beritahu dulu lah.”

“Bagaimana sekarang?”

“Baik.”

“Apa hal Nizam, hubungi saya pagi-pagi ni?”

“Begini Man, saya ada pelan untuk berniaga emas.”

“Macam mana tu?” Sulaiman adalah kawan rapat Nizam. Dia tahu hal Nizam sakit-sakit dan buat keputusan untuk berhenti menjadi perawat. Jadi dia hanya mahu tolong beri pandangannya bagi membantu sahabatnya ini yang dalam kesusahan.

“Beli emas terpakai.” Terang Nizam.

“Oh, dah ramai yang buat busines ni Nizam.”

“Ya.” Nizam setuju. Apa yang dia fikir ialah tentang harga emas semakin naik berbanding komoditi-komoditi lain. Maka dia boleh ambil beza harga sebagai untung. Dia yakin busines ini tak akan jatuh selagi harga emas naik dan emas ada bekalan dalam pasaran.

“Begini Nizam, jika awak serius nak niaga emas, saya ada seorang kenalan di Shah Alam yang tahu buat perkara-perkara seperti ini. Nanti saya WhatsApp nombor dia”.

………………………………………………………….

Dari Batu Caves ke Shah Alam mengambil masa 40 minit melalui NKVE. Nizam telah hubungi Adnan meminta izin darinya untuk menasihati tentang perniagaan emas terpakai.

“Saya kawan Ustaz Sulaiman di Klang. Perawat Islam”

“Boleh kita jumpa? Saya nak tahu berkenaan perniagaan emas terpakai.”

“Oh, Ustaz Sulaiman.” Adnan bila disebut nama Ustaz Sulaiman terus mesra. Pada awalnya dia menyangka orang nak jual emas. Dia amat teliti dalam membeli emas. Ustaz Sulaiman pernah memagar premis perniagaannya di Seksyen 9 di Shah Alam. Alhamdulillah, sekarang agak ‘sejuk.’ Dulu pekerja-pekerjanya asyik gaduh.” PERNIAGAAN EMAS ADNAN. Itulah nama syarikatnya yang didaftar dengan SSM.

Dia sekarang boleh dikira sebagai jutawan. Sebulan dia membeli emas terpakai dan surat pajak dalam lingkungan RM500,000. Ada satu lagi cawangan perniagaanya di Klang.

Dia dulu hanya kuli kepada peniaga lain. Selepas pemilik perniagaan emas itu bergaduh dengan pekongsinya, dia telah membeli syarikat perniagaan emas terdahulu dan menukar nama kepada PERNIAGAAN EMAS ADNAN.

Dia mempunyai 6 orang pekerja. 4 di Shah Alam dan 2 di Klang. Di Shah Alam dia menyewa di tingkat 2 dan di Klang dia menyewa di tingkat 1.

Adnan yang berasal dari Kelantan amat meminati emas. Dia tak lulus tinggi dalam pelajaran. Dia ketika merantau di Lembah Klang, tiada pilihan melainkan bekerja sebagai kuli dengan syarikat emas yang dia beli. Ketika itu dia tiada pekerjaan. Dia kenal bos itu melalui rakannya seorang ‘mat ganu’.

…………………………………………………………..

Terpampang besar PERNIAGAAN EMAS ADNAN di Seksyen 9. Ia membuat semangat Nizam berkobar-kobar untuk menjadi peniaga emas.

Dia lihat beberapa orang lelaki di bawah premis itu duduk atas kerusi. Ada yang menegur beberapa orang yang lalu-lalang di depan kedai pajak.

“Oh, begini niaga emas terpakai sebenar.”, Nizam rasa apa yang dia baca dalam blog dan facebook tak sama dengan apa yang berlaku di dunia sebenar.

“Dik, boleh saya jumpa Adnan?” tegur Nizam kepada lelaki dewasa atas kerusi itu yang sambil memegang kad-kad perniagaan. Nizam malas untuk hubungi sekali lagi Adnan bimbang seolah-olah mendesak. Sedangkan dia baru kenal Adnan secara telefon sahaja.

“Dia keluar makan sekejap.”

“Oh, ya juga waktu makan tengah hari sekarang”.

“Tak per nanti saya hubungi dia.”

“Terima kasih dik.”

Nizam harap bila dia bersua dengan dia akan menimba selombong ilmu emas.

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكِتَابُ التَامُ فِيْ عُلُوْمِ الجَانِ)

BAB: PADA MENGELAK RASUKAN JIN

1. Jin boleh merasuk tubuh seseorang. Cara mereka rasuk ini adalah dengan mereka menjadi halimunan (ghaib) dan masuk dalam tubuh seseorang.

2. Perkara ini ditegaskan oleh al-Quran dan hadis. Di dalam al-Quran disebut at-Takhabbut (التَخَبُّطُ):

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [al-Baqarah:275]

3. Begitu juga dalam hadis. Digambarkan bahawa syaitan itu bergerak melalui saluran darah:

صحيح البخاري أَبْوابٌ : الِاعْتِكَافُ بَابُ زِيَارَةِ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا فِي اعْتِكَافِهِ.

2038 (المجلد : 3 الصفحة : 50)

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنِي اللَّيْثُ ، قَالَ : حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَالِدٍ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّ صَفِيَّةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ ح حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ وَعِنْدَهُ أَزْوَاجُهُ فَرُحْنَ، فَقَالَ لِصَفِيَّةَ بِنْتِ حُيَيٍّ : ” لَا تَعْجَلِي حَتَّى أَنْصَرِفَ مَعَكِ “. وَكَانَ بَيْتُهَا فِي دَارِ أُسَامَةَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهَا، فَلَقِيَهُ رَجُلَانِ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَنَظَرَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ أَجَازَا، وَقَالَ لَهُمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَعَالَيَا، إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ ” قَالَا : سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ : ” إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الْإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ، وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يُلْقِيَ فِي أَنْفُسِكُمَا شَيْئًا “

Sahih Bukhari Bab-Bab: Iktikaf Bab: Menziarahi Perempuan Ketika Lelakinya Sedang Iktikaf

Menceritakan kepada kami Sa’id Bin Ufair, berkata: Menceritakan kepadaku al-Lais, berkata: Menceritakan kepadaku Abdul Rahman Bin Khalid, dari Ibnu Syihab, dari Ali Bin al-Husein r.a., sesungguhnya Sofiyyah isteri Rasulullah ﷺ menceritakan kepada Hisyam Bin Yusuf, menceritakan kepada kami oleh Mu’ammar, dari az-Zuhri, dari Ali bin al-Husein: Adalah Rasulullah ﷺ di masjid. Di sisinya isteri-isterinya. Maka kami berehat. Maka berkata kepada Sofiyyah Binti Huyaiyi : Jangan tinggalkan daku hingga kita beredar bersama. Dan adalah rumahnya di Dar Usamah. Maka keluar Rasulullah ﷺ bersamanya, maka berjumpa dengan dua orang lelaki dari al-Ansar, maka keduanya melihat Rasulullah dan keduanya dibenarkan, maka berkata Rasulullah ﷺ kepada keduanya: Datanglah! Sesungguh dia adalah Sofiyyah Binti Huyaiyi. Keduanya berkata: Maha Suci Allah Wahai Rasulullah ﷺ. Berkata: “Sesungguhnya syaitan bergerak di dalam tubuh insan di saluran darah, sesungguhnya aku bimbang apa-apa terjadi kepada kamu.”

4. Sebagaimana qarin jin seseorang yang menghuni dalam tubuh seseorang maka jin luar boleh memasuki tubuh seseorang jika qarin jinnya lemah. Syaitan yang dirujuk oleh Rasulullah ﷺ itu mungkin qarin jin seseorang yang belum Islam atau jin luar yang berniat jahat.

5. Hukum jin luar memasuki tubuh seseorang adalah HARAM. Mengapakah jin luar ingin memasuki tubuh seseorang? Inilah yang dikatakan sebagai RASUKAN. Sebagaimana orang yang memakan riba, pemakan itu dirasuk oleh qarin jin seseorang yang diambil riba atau keluarganya dan boleh jadi juga jin-jin yang bersama mangsa yang diambil riba. Riba itu melemahkan tubuh pemakan riba kerana tiada keberkatan.

6. Qarin jin seseorang merupakan tenaga dalamnya; yangmana suatu benteng dari jin luar memasukinya. Apabila lemah qarin jin seseorang maka jin luar akan memasuki tubuh seseorang untuk merasuknya. Ada zikir-zikir yang boleh menjadi benteng dari jin luar memasuki tubuh seseorang. Di antaranya membaca al-Quran, solat, puasa dan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah ﷺ.

7. Rasukan juga boleh terjadi bila seseorang melakukan perkara yang salah pada hukum-hakam dan Alam Jin contohnya membunuh jin dalam keadaan tidak disedari samada jin itu merupa binatang.

8. Tetapi jin yang merasuk itu mempunyai titik lemahnya iaitu ketika dia bertasyakkul (mengambil rupa) maka ia boleh dihukum secara zahir. Sudah semesti bila berdosa melakukan rasukan terhadap seseorang maka dia akan menerima akibat dan padahnya; paling lewat diakhirat. Karma juga boleh terjadi di dunia. Jin yang merasuk perlu untuk bertasyakkul kerana mereka juga mempunyai keperluan-keperluan untuk tasyakkul seperti makan, bersosial, bekerja dll.

9. Saya menentang ajaran menyakitkan jin ketika dia merasuk seseorang dengan memukul tubuh orang itu. Ini kerana jin luar yang merasuk itu boleh ghaib dan menyelinap di dalam saluran darah seseorang. Maka yang menerima kesakitan akibat dipukul itu ialah orang yang kena rasuk.

10. Jin juga alah kepada wafaq al-Quran. Ia mewujudkan tenaga ghaib yang melingkungi seseorang. Ada disiplin untuk memahami wafaq. Saya dalam perbincangan lepas membicarakan bagaimana wafaq berfungsi. Wafaq ini boleh dijadikan sebagai satu cara untuk mencegah jin luar dari merasuk tubuh seseorang.

11. Begitu juga ada pokok-pokok dan bahan-bahan tertentu yang jin alah kepadanya seperti pokok bidara dan garam.

12. Oleh kerana adalah haram bagi jin luar memasuki tubuh seseorang maka seseorang itu hendaklah membentengi dirinya sendiri. Qarin jinnya harus diperkuatkan dengan amalan-amalan soleh yang saya telah sebutkan serta penggunaan wafaq dan bahan-bahan tertentu.

13. Kita harus sedar bila kita dirasuk, kita mungkin membuat perkara-perkara yang bukan setakat berdosa tapi juga membahayakan kita seperti membunuh diri, fitnah, mengasari seseorang yang boleh menyusahkan diri kita.

14. Itulah pentingnya (حَبْلٌ مِنَ الله) (hablum minaLlah). Hubungan kita dengan Allah. Juga (حَبْلٌ مِنَ النَاسِ)(hablum minanNas). Hubungan kita dengan manusia. Hubungan kita dengan Allah adalah dengan melakukan amalan-amalan soleh. Manakala hubungan kita dengan manusia adalah jangan menzalimi seseorang. Kita harus sedar bahawa bukan manusia sahaja yang hidup di dunia ini tapi adanya jin dan bunian.

Sumber Duit Dan Peranannya Dalam Mencorak Hidup Kita

1. Sumber duit yang kita perolehi boleh mencorak pergerakan kita dalam hidup. Kadang-kadang kita abai atau alpa dalam memikirkannya sedangkan sumber duit memainkan peranan besar dalam hidup kita.

2. Ia bermula dari kita lahir. Kita disusu oleh emak kita. Hinggalah kita membesar sikit keluarga kita yang memberi makan. Makan itu juga memainkan peranan dalam mencorak hidup kita. Seterusnya hinggalah kita mula diberi duit samada oleh keluarga kita atau sesiapa sahaja. Maka kita mula menggunakan duit dalam hidup.

3. Kita mungkin bekerja, bagi di kampung jika dibesarkan di kampung. Kita mungkin menggutip hasil-hasil bumi milik Allah di bumi untuk menjana duit seterusnya bagi membiaya hidup kita. Allah lah Maha Pemurah dan Pengasih kepada makhluk-Nya. Dia tidak mencipta kita tanpa belas kasihan-Nya kepada kita.

4. Kita telah mulakan sejak dilahir hingga membesar. Saya bahagikan fasa bujang dan fasa berkahwin. Ia berbeza sebenarnya fasa-fasa ini. Fasa Bujang: Sejak kita lahir dan berhenti apabila kita bujang atau bercerai. Fasa Berkahwin: Kita menamatkan fasa bujang kita dengan kita berkahwin.

5. Sumber duit banyak memainkan peranan dalam mencorak hidup kita. Jika kita menjana duit dengan mencari hasil bumi milik Allah dan tiada undang-undang di dunia yang mengawalnya maka kita akan selamat dari pengaruh Wang Basah. Ia adalah Wang Kering. Dengan kata lain ia tidak melibatkan wang yang melibatkan perempuan. Jika ada undang-undang yang mengawalnya maka kita harus mengikut undang-undang. Jika kita langgar undang-undang maka kita akan bermasalah.

6. Sumber duit dari hasil yang ada undang-undang mengawalnya maka ia mempunyai maksud dan makna. Ada rahsia di sebalik mengapa undang-undang mengawalnya. Kita memerlukan kos besar untuk menjana duit dari hasil yang ada undang-undang mengawalnya. Hasilnya biasanya besar sebab itu ada undang-undang mengawalnya. Mungkin kita cukup duit samada duit pemberian keluarga atau hasil duit kita menjana melalui hasil sumber yang tiada undang-undang mengawalnya.

7. Satu sumber lagi adalah secara kita bekerja dan menyimpan sedikit demi sedikit. Oleh kerana kita semakin membesar maka kita telah mahir dalam sesuatu bidang. Atau kurniaan Allah pada batang tubuh kita ini samada cerdik dalam sesuatu, bersuara lunak, perkasa seperti Musa a.s. Atau apa sahaja yang Allah kurniakan pada tubuh kita. Kita boleh juga menjana duit melalui ini. Bagai Musa yang ditawar oleh bakal mertuanya untuk bekerja menjaga kambing-kambing kerana mempunyai fizikal yang kuat. Tapi. Ada tapinya iaitu Musa mesti mengahwini salah seorang anak bakal mertuanya. Dengan kata lain sumber ekonomi dan kewangan Musa dalam pengembalaan adalah hasil perkahwinan.

8. Sumber duit jika basah ia (duit) akan membasahkan kita. Jika sumber duit itu nawaitu orang yang memberi kita bagi pelaburan dalam sesesuatu maka kita akan melabur. Atau membeli sesuatu. Sumber duit itu sendiri boleh mencorak hidup kita. Kita harus memikir mengapa kita disusukan oleh emak kita. Kita memerlukan minuman dan makanan. Duit itu bermula dengan makan. Jika kita salah dalam peraturan minuman dan makanan maka ia menyebab salah dalam memperolehi duit kita. Seterusnya mencorak arbitrari dalam hidup kita.

9. Saya sudah kupas dengan panjang lebar tentang Rahsia Makan dan Wang Kering & Wang Basah dalam pertemuan lepas. Kita harus tajam minda bagaimana kita mahu mencorak hidup kita mengikut kemahuan kita. Ilmu dalam duit adalah sangat penting. Ia berkait antara satu samalain. Betapa di luar sana ramai orang mendapat masalah kerana duit. Ia bermula dengan makan dan minum. Allah jadikan kita mempunyai mulut, lidah, leher, usus, dubur dan saluran kencing. Ia menyimpan seribu makna. Kita harus memahaminya mengapa Pencipta menjadikan kita begitu. Ia bukanlah tiada makna. Makan dan minum adalah segala-galanya. Kita akan kehausan jika tidak minum. Kita akan kelaparan jika tidak makan. Tapi bagaimana untuk mencari sumber makan dan minum. Ada beza antara yang tinggal di kota dan kampung. Hidup di kampung ada sumber-sumber bumi yang tiada undang-undang mengawalnya. Di kota kita terhad dengan sumber percuma. Melainkan ada makhluk yang pemurah hati boleh memberi kita makan dan minum. Biasanya orang kehausan dan kelaparan adalah kerana mereka tidak mempunyai duit. Keluarga bermasalah. Rumahtangga bermasalah. Dengan kata lain untuk kita harus mempunyai keluarga yang bahagia untuk menjana duit. Jika makan dan minum bersumber keluarga maka sumber duit yang akan kita perolehi adalah dari keluarga. Ia bukan wang basah. Ia boleh menjadi pelaburan besar kepada ekonomi keluarga kita. Mungkin secara perlahan-lahan. Lama-lama empayar perniagaan keluarga kita membesar.

10. Satu perkara yang ingin saya khabarkan di sini, mengapakah ada sesetengah makanan yang sama ada ketika ia lazat, ada ketika ia tidak lazat. Lidah dan hidung kita tidak dapat menerimanya. Oleh itu jangan mengambil makanan itu kerana qarin jin kita itu mentafsirkan ada sesuatu yang tak kena kalau kita memakannya. Dengan kata lain jangan makan. Kerana itu kemahuan qarin jin kita. Jika kita makan juga ia akan berlaku tidak seperti yang kita mahukan.

11. Sekarang kita telah jelas bagaimana ia bermula dengan makan-minum seterusnya bagaimana kita boleh mendapat duit dan seterusnya bagaimana kita boleh mendapat sesuatu. Oleh itu kita harus berhati-hati dalam menjana duit. Ia bermula dengan makan-minum selepas itu dapat duit. Selepas itu dapat apa yang kita mahukan.