PENDIRIAN ORANG ISLAM TENTANG KITAB TAURAH DAN INJIL

Orang Islam pegangan mereka adalah al-Quran sebagai kitab samawi yang diturunkan oleh Allah. Mereka yakin bahawa kitab ini tidak diubah. Mereka juga beriman bahawa Taurah dan Injil adalah kitab samawi juga tetapi ia telah dipinda dan diubah. Orang Islam stigma tentang Taurah dan Injil. Kitab samawi bermakna kitab yang diturunkan oleh Allah.

Orang Kristian percaya kepada ‘the Resurrection’ iaitu (in Christian belief) the rising of Christ from the dead. Begitu juga Orang Islam bahawa Nabi Isa a.s. akan diturunkan dari langit di Menara Putih, Syria.

Bagi Nabi Isa a.s. dia diajar ‘al-Kitab’, hikmat, Taurah dan Injil. ( وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ)(Dan ingatlah ketika Aku mengajar kamu al-Kitab dan hikmat dan Taurah dan Injil).[al-Maedah:110].

Persoalan (الْكِتَابَ)(al-Kitab) itu menjadi perdebatan bahawa ditakwil oleh ahli tafsir Islam sebagai ‘menulis’ [Lihat Tafsir Ibnu Kathir]. Jika berpegang kepada hadis Isa akan diturunkan di Menara Putih, Syria [Sahih Muslim: 2937 ( 110 ) (Jilid : 8 Mukasurat : 196)]maka adakah selepas ia datang semula ke Bumi maka dia tidak mengetahui tentang al-Quran? Juga dia solat di belakang imam [Sahih Muslim: 156 ( 247 ) (Jilid : 1 Mukasurat : 95)]. Bahkan banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut bahawa (الْكِتَابَ)(al-Kitab) itu ialah al-Quran. Contohnya al-Baqarah:2. Maka jika ditafsir al-Maedah:110 perkataan (الْكِتَابَ)(al-Kitab) secara tafsir makna al-Quran dengan al-Quran memberi makna ‘al-Quran’ yakni Nabi Isa bukan setakat diajar hikmat, Taurah dan Injil tetapi juga al-Quran. Perkataan (الْكِتَابَ)(al-Kitab) dalam al-Maedah:110 adalah al-Quran.

Al-Quran sendiri mengiktiraf ahli Injil. Tentang ini al-Quran menegaskan dan menggunakan istilah (أَهْلُ الْإِنجِيلِ)(ahlu al-Injil).

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فِيهِ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [al-Maedah:47].

Soalnya adakah ahli al-Injil itu puak an-Nasara yang disebut oleh al-Quran? Perkataan an-Nasara disebut sembilan tempat dalam al-Quran. Sedangkan Ibrahim itu sendiri seorang Islam. Dia bukan Yahudi dan Nasrani. Rujuk al-e-‘Imran:67. Bahkan Nabi Isa a.s. dan pengikut-pengikutnya (al-Hawariyyun) adalah Islam. Rujuk al-Maedah:111. Jadi jika ditafsir ‘Islam’ itu “menyerah Diri” dan mencakupi agama Yahudi dan Nasrani maka ia bertentangan dengan bahasa dan maksud al-e-‘Imran:67. Tetapi kita harus ingat al-Quran mengiktiraf ahli al-Injil sebagaimana yang ditegaskan (أَهْلُ الْإِنجِيلِ)(ahlu al-Injil)[al-Maedah:47].

Perdebatan tentang naskah Taurah dan Injil menjadi hangat bila al-Quran menegaskan ahli-ahli agama Yahudi dan Kristian mengubahnya. Al-Quran menggunakan istilah (يُحَرِّفُونَهُ)(mengubahnya)[al-Baqarah:75][an-Nisa’:46][an-Nisa’:13][al-Maedah:41]. Tetapi kita harus ingat Nabi Isa a.s. yang dikatakan ‘akan turun dari langit'[Sahih Muslim: 2901 ( 39 ) (Jilid : 8 Mukasurat : 178)] dan resurrection (Kristian) itu menguasai al-Kitab, hikmat, Taurah dan Injil [al-Maedah:110] bagi Orang Islam. Jadi jelas pertengkaran di antara Islam, Yahudi dan Kristian selesai selepas Isa datang.

Al-Quran memandang suci tempat ibadat Kristian dan Yahudi kerana di situ disebut nama Allah [al-Hajj:40].

أَفَتَطْمَعُونَ أَن يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِن بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?[al-Baqarah:75]

مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدِّينِ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَٰكِن لَّعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka). [an-Nisa’:46]

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ وَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَائِنَةٍ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. [an-Nisa’:13]

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِن بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا وَمَن يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَن تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “Kami tetap beriman”, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: “Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik”. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. [al-Maedah:41]

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -[al-Hajj:40]

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik. [al-e-‘Imran:67]

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَىٰ وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدتُّكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِي وَتُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ بِإِذْنِي وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ بِإِذْنِي وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنكَ إِذْ جِئْتَهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata”[al-Maedah:110]

وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي قَالُوا آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): “Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!” Mereka menjawab: “Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)”[al-Maedah:111]

AYAT AL-QURAN DALAM MEMAGAR KEDAI, RUMAH DAN PENYEMBUHAN DARI SIHIR DAN SANTAU

Percayalah al-Quran adalah sebuah kitab dari Tuhan yang mencipta kita. Ia adalah 100% kalam Allah yang bersifat berkata-kata. Tuhan menciptakan kita. Ada dari kita yang baik dan ada dari kita yang tak baik. Orang yang baik dari kita mengamal al-Quran dan orang yang tak baik dari makhluk mengamalkan sihir dan santau.

Ayat al-Quran bukan sahaja mengajar solat, puasa dan haji DLL tapi mengajar kita cara merawat dan menyembuhkan dari sihir dan santau. Ia boleh diguna untuk memagar kedai, rumah dan pejabat agar orang yang datang dan berada di situ dalam keadaan selamat. Dengan syarat kita mesti yakin dengan keberkesanan al-Quran.

Al-Quran menyatakan:

وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا

Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.[al-Isra’:45]

Jika kita tidak yakin al-Quran dalam berfungsi melindungi kita maka ia satu “hijaban mastura” (hijab yang melindungi). Dengan kata lain ia tidak berfungsi. Keyakinan kepada al-Quran menyebabkan ia berfungsi.

Orang yang mengamalkan sihir dan santau adalah menggunakan jin (syaitan) dan bahan yang kotor. Ia menyakitkan kita bila terkena sihir dan santau. Santau boleh menyebabkan gangguan kepada saraf otak dan sistem tubuh yang lain. Ayat al-Quran tiada kos untuk kita mengamalkannya. Bahkan kita mendapat pahala bila mengamalkannya.

Cara memagar kedai, rumah dan pejabat adalah dengan membaca:

(Pertama)

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. [al-Isra’:82]

Ayat ini dipanggil sebagai ayat syifa’ atau ayat penyembuh. Baca sebanyak 7 kali kepada air.

(Kedua)

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? [al-Anbiya’:30]

Ayat ini adalah ayat teknologi air dalam al-Quran. Baca 3 kali dengan niat untuk ia menggerakkan 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen dengan kekuatan yang sesuai untuk tujuan kita, dalam air.

(Ketiga)

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَىٰ وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدتُّكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِي وَتُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ بِإِذْنِي وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ بِإِذْنِي وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنكَ إِذْ جِئْتَهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata” [al-Maedah:110]

Baca ayat ini sebanyak 3 kali pada air.

Ayat ini adalah mukjizat-mukjizat nabi Isa.

Bacaan (pertama), (kedua) dan (ketiga) itu ditiup pada air dan diminum. Untuk memagar kedai, rumah dan pejabat.

Jika rumah selalu berkelahi antara ahli keluarga maka renjis dalam rumah atau curah sekeliling rumah. Mana yang senang dan sesuai.

InsyaAllah, ia menyembuhkan. Syaitan tak akan penat melakukan kekejian termasuk sihir dan santau.

DANA ALAM GHAIB: PENZAHIRAN MELALUI BATU DELIMA MERAH

Molekul Chromium yang terkandung dalam Batu Delima Merah

Pendahuluan

1. Delima berwarna merah kerana ia mengandungi corundum dan ia keras sekitar 9 mohs kerana ia mengandungi chromium. Ini dari sudut sains. Saudara-saudari boleh google seterusnya jika ingin mengetahui tentang ‘inti’ zahir berkenaan batu delima merah. Apa yang ingin kita kongsi di sini adalah berkenaan delima dalam menzahirkan Dana Alam Ghaib. Oleh kerana ia Dana Alam Ghaib maka ia harus diterokai secara ghaib yakni mengetahui bagaimanakah delima digunakan dan dapat membantu menzahirkan Dana Alam Ghaib. Soalnya mengapa delima tidak batuan lain? Mengapa delima?

Delima Besar Puteri Dato’ DiRaja milik saya ia datang dengan saiz sekitar 42 carat dan warna merahnya terserlah dengan banyak corundum

al-Quran & Hadis

2. Delima atau yakut adalah batuan mulia yang disebut di dalam al-Quran :

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ

Bidadari-bidadari itu seperti permata delima dan marjan [ar-Rahman: 58]. Batuan delima adalah batuan syurga. Di dalam satu hadis diceritakan bahawa di dalam syurga mempunyai pasar. Ahli-ahli syurga juga bersifat membeli-belah. Bagaimanakah cara mereka membeli-belah di dalam syurga? Mereka bukan menggunakan matawang atau duit tapi membeli-belah menggunakan amalan di Dunia mereka. Diceritakan di dalam al-Quran bahawa pakaian ahli syurga adalah gelang dari emas dan pakaian mereka sutera [al-Kahfi:31]. Delima dikaitkan dengan ‘dal yang lima’. Sebab itu ia dipanggil delima oleh Orang Melayu. Huruf dal (د) yang lima itu terkandung dalam Surah al-Ikhlas. Bidadari-bidadari syurga disifatkan seperti delima dan marjan kerana kemerahan tubuh mereka itu dapat dilihat di sebalik litupan 70 helai kain. Delima dan marjan itu merah warnanya.

3. Di dalam hadis banyak menceritakan bahawa delima adalah tempat mengalirnya air-air sungai syurga:-

سنن أبي داود
‎ أَوْلُ كِتَابِ السُّنَّةِ
‎ بَابٌ : فِي الْحَوْضِ

‎4748 (المجلد : 5 الصفحة : 73)
‎حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ النَّضْرِ ، حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبِي قَالَ : حَدَّثَنَا قَتَادَةُ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : لَمَّا عُرِجَ بِنَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْجَنَّةِ – أَوْ كَمَا قَالَ – عُرِضَ لَهُ نَهْرٌ حَافَتَاهُ الْيَاقُوتُ الْمُجَيَّبُ – أَوْ قَالَ : الْمُجَوَّفُ – فَضَرَبَ الْمَلَكُ الَّذِي مَعَهُ يَدَهُ فَاسْتَخْرَجَ مِسْكًا، فَقَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْمَلَكِ الَّذِي مَعَهُ : ” مَا هَذَا ؟ “. قَالَ : هَذَا الْكَوْثَرُ الَّذِي أَعْطَاكَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ.
‎حكم الحديث: صحيح

Sunan Abu Daud : Kitab as-Sunnah : Bab: Sungai

(Jilid : 5 Mukasurat: 73) 4748

Menceritakan kami Āsim Bin An-Nadr, menceritakan kami al-Mu’tamir, berkata: aku mendengar ayahku berkata: menceritakan kami Qatadah, dari Anas Bin Malik berkata, bilamana di naikkan Nabi s.a.w. ke syurga – atau sebagaimana ia berkata – dibentangkan padanya sungai dasarnya delima yang berlubang atau berkata : dilubangkan – maka malaikat yang bersamanya menepuk kedua tangannya maka keluar bau kasturi. Maka menanya malaikat bersamanya : Apa ini? Berkata (malaikat itu): Ini ialah al-Kaustar (sungai) yang diberi oleh Allah ta’ala kepada kamu.

Hukum hadis: Sahih.

سنن الترمذي أَبْوَابُ صِفَةِ الْجَنَّةِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

بَابٌ : فِي صِفَةِ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ


2533 (المجلد : 4 الصفحة : 298)


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا فَرْوَةُ بْنُ أَبِي الْمَغْرَاءِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِنَّ الْمَرْأَةَ مِنْ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ لَيُرَى بَيَاضُ سَاقِهَا مِنْ وَرَاءِ سَبْعِينَ حُلَّةً، حَتَّى يُرَى مُخُّهَا ؛ وَذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ يَقُولُ : { كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ } ، فَأَمَّا الْيَاقُوتُ، فَإِنَّهُ حَجَرٌ لَوْ أَدْخَلْتَ فِيهِ سِلْكًا، ثُمَّ اسْتَصْفَيْتَهُ ؛ لَأُرِيتَهُ مِنْ وَرَائِهِ “.
حكم الحديث: ضعيف

Sunan at-Tirmizi : Bab Sifat Syurga : Dari Rasulullah s.a.w.

Bab: Sifat bidadari-bidadari syurga

2533 (Jilid : 4 Mukasurat 298)

Menceritakan kami Abdullah Bin Abdul Rahman, berkata : menceritakan kami Farwah Bin Abi Maghra’, berkata : menceritakan kami Abidah Bin Humaid, dari Ata’ Bin Sa’ib dari Amru Bin Maimun, dari Abdullah Bin Mas’ud, dari Nabi s.a.w. berkata “Sesungguhnya wanita ahli syurga akan dilihat putih betis mereka dari belakang 70 pakaian, sehingga dilihat saraf otak mereka, Allah berfirman (Seakan-akan mereka itu delima dan marjan), adapun delima, ia adalah batu jika dimasukkan sesuatu penyucuk akan dapat menembusinya dilihat dibelakangnya.” (Penulis: tubuh mereka bersifat telus)

Hukum hadis: Dhaif (Penulis: Semua perawi adalah terpercaya tetapi saya bersoal mengapa ia dihukumkan hadis lemah)

Sisi Gelap

4. Hal tarik duit ini adakah ia hal rekaan dan diada-adakan? Tidak sebenarnya. Memang ada scammers yang berhati syaitan di luar sana memperdaya orang ramai. Contohnya ‘ilmu sesat‘ yang berlegar-legar di kalangan orang awam bahawa ada batu delima merah tujuh gelas air. Ia sebenarnya cahaya merah delima itu dijana secara elektronik atau bateri yang mengeluarkan cahaya merah. ‘Batu delima’ itu sendiri adalah batuan buatan yang di dalamnya ada peralatan elektronik yang mengeluarkan cahaya merah sehingga tujuh gelas air terpantul cahaya merah. Lagi kuat baterinya maka lagi kuat cahaya merah yang dijana. Tapi ada di kalangan kita yang terpedaya hingga puluhan dan ratusan ribu ringgit. Kita boleh berkata dengan kes-kes yang terjadi sebegini maka hal tarikan Dana Alam Ghaib menggunakan batu delima adalah satu ilmu yang baharu. Ramai tertipu kerana kekurangan ilmu dan pengalaman.

Mukjizat & Mencarik Adat

5. Bagi saya ia telah didedahkan sejak 2004 kepada saya. Ia bermula dengan saya membeli cincin permata kokka. Kemudian ia telah disentap oleh seseorang. Seseorang datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa ia adalah delima yang telah diuji di lab dengan memancarkan cahaya laser kepada permata delima tersebut. Maka delima tersebut telah melawan tembakan laser tersebut. Bagaimana kokka boleh menjadi delima? Ia adalah satu kaedah penukaran jisim sesuatu benda kepada jisim yang lain yang lagi bernilai. Dari kokka ia telah ditukar kepada jisim delima. Ia bukan satu misteri. Kerana menzahirkan Dana Alam Ghaib ia adalah melalui kaedah menukar jisim sesuatu benda kepada jisim yang lain lagi bernilai. Duit kertas ringgit Malaysia yang ditukar kepada cek yang bernilai. Begitu juga pindahan elektronik. Mengapakan ritual tarik duit sebegini memerlukan batu delima?

Rawatan delima merah menggunakan 3 kuntum bunga ros merah

Unik & Persoalan-Persoalan

6. Tadi kita telah bersoal: Mengapakan ritual tarik duit Dana Alam Ghaib sebegini memerlukan batu delima? Batu delima itu suatu benda yang misteri. Mengapakah suatu ketika dahulu kokka saya bertukar menjadi delima? Tidak kepada zamrud atau batuan mulia yang lain? Saya pada saat itu memerlukan Dana untuk saya berkahwin dan membina syarikat guaman saya serta membina hidup. Sebelum itu saya diajak untuk menguruskan balak seluas 40,000 ekar lebih di Terengganu. Delima sebagaimana telah dijelaskan mengandungi corundum dan chromium. Ia sesuai dengan cakra jantung yang mengepam darah. Planet yang berkait dengannya adalah matahari. Warna merah ia itu sendiri menunjukkan ia berkait dengan darah. Sunrise ruby seberat 25 carat lebih dengan mempunyai warna pigeon blood terjual oleh agensi lelongan Christie sekitar USD30 juta.

Mistik & Alam Ghaib

7. Pengkisahan kokka itu ialah saya telah bertemu dengan penjaganya dari kaum jin. Sekitar 2004 dahulu saya telah diberitahu bahawa salah seorang anak jin telah terseliuh bahu ketika ia disentap. Jadi ‘anak jin’ itu adalah yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan batu delima ini. Saya telah berjumpa dengan malaikat yang menjaga delima ini pada 2022. Dia melahirkan rasa sedih dengan anak jin tersebut yang tercedera akibat peristiwa 2004 dahulu. Saya berdoa kepada Tuhan untuk diberitahu nama ketua malaikat yang menjaga delima Si Raja. ‘Jagat Raya‘. Jagat Raya umpama Menteri Kewangan atau ketua malaikat yang menjaga perbendaharaan dalam hiraki malaikat yang dipimpin Si Alang Tunggal. Jika dilihat namanya adalah Melayu. Ia akan melemahkan kerja-kerja berkait tarik duit Dana Alam Ghaib jika jin-jin yang menjaga delima ini sakit. Saya yakin yang menyentap itu adalah Jibril dan yang menceritakan kokka itu telah bertukar jisimnya kepada delima adalah juga Jibril. Jika ia tidak dibuat begitu – sentap – selama-lamanya ia dilihat oleh saya sebagai kokka sedangkan ia telah bertukar jisim kepada delima. Untuk merawat dan memberinya caj ia telah disarankan oleh seorang tua di Ulu Tiram, Johor Bahru dengan disegari oleh 3 kuntum bunga ros merah. Khadam Jin tidak boleh masuk ke dalam delima termasuk batuan lain tapi khadam suci malaikat boleh masuk ke dalam batuan delima untuk mereka mendapat wahyu dan ilham. Struktur delima bukan bersifat nano. Wahyu dan ilham satu ilmu bagi mereka. Bila mereka bertambah ilmu maka saiz mereka makin membesar. Allah boleh menambahkan bilangan sayap mereka.

Kemampuan & Ritual Tarik Duit

8. Ritual tarik duit Dana Alam Ghaib memerlukan delima merah kerana delima berupaya menukar gelombang otak. Lagi tinggi gelombang otak maka lagi tinggi perkara di luar adat atau mencarik adat berlaku. Khadam-khadam suci yang terdiri dari malaikat dan jin akan menarik dan melakukan kerja-kerja proses untuk ‘melabuhkan‘ dan ‘mendaratkan‘ duit di suatu lokasi. Kemampuan delima Si Raja ini boleh hingga tahap ratusan bilion ringgit Malaysia. Pemilik delima umpama tukang sembelih lembu di hari raya korban. Juak-juak lain lah yang melakukan lapah, menyiang dan memasak serta menghidangnya. Ahli-ahli yang hadir dalam ritual tarik duit Dana Alam Ghaib berkongsi sama. Lagi besar Dana Alam Ghaib yang hendak ditarik maka ahli-ahli harus menjemput raja-raja jin yang tujuh. Siapakah raja-raja jin yang tujuh? Mereka adalah : Mazhab, Murrah, al-Ahmar, Burqon, Syamhurash, Zauba’ah dan Maimun [Lihat Manba’ul Usul al-Hikmah, oleh al-Imam al-Hakim Abi Abbas Ahmad Bin Ali al-Buni, muka surat 246]. Raja-raja jin yang tujuh ini merupakan anak-anak al-Jan. Mereka (raja-raja jin yang tujuh) merupakan induk-induk jin. Makhluk jin adalah makhluk Alam Ghaib yang memahami ritual tarik duit Dana Alam Ghaib. Saiz besar mereka itu menunjukkan mereka menguasai ilmu ghaib. Bahkan ada yang dapat berhubung dengan khadam suci (jin) delima merah. Lagi merah maka lagi banyak kandungan corundum dalamnya. Pigeon blood atau panca delima lebih cerah kerana kandungan corundumnya kurang. Delima boleh mengubah dan mengawal gelombang otak. Mengapa? Kita perlu kepada gelombang otak yang berbeza untuk tujuan berbeza: gelombang; theta, beta, gamma dan alpha contohnya untuk aktiviti-aktiviti berbeza.

Gelombang otak yang dihasilkan menerusi delima ini (pigeon blood / panca delima) tidak sekuat Si Raja kerana ia tersangat merah. Begitu juga dengan kita menghasilkan gelombang melalui delima Si Raja maka kita boleh mengetahui seseorang itu boleh membawa duit pada tahap mana mengikut kekuatan dan ilmunya. Delima Si Raja menyerang dengan kaedah gelombang ke dada. Biasanya jika seseorang tidak mampu membawa sesuatu jumlah wang contohnya RM100,000,000 maka dia tidak dapat menanggung gelombang yang datang menyerang di dadanya kerana dia boleh pengsan bila duit RM100,000,000 itu masuk dalam akaunnya. Ini bukan gurauan. Begitu juga dalam berdoa pada Allah dia boleh sekak dada dengan gelombang Si Raja. Bila dia hendak berdoa RM1 bilion bila serangan pada dadanya datang maka dia akan hanya mampu berdoa setakat RM10,000,000 sebagai contohnya. Mengapa begini? Sudah dijawab; dia tak mampu membawanya. Situasi ini saya panggil serangan merah. Oleh itu bagi pemburu Dana Alam Ghaib disarankan banyak berzikir Ya Ghani Ya Mughni (يَا غَنِيُ يَا مُغْنِيُ) (Wahai Yang Kaya! Wahai Yang Mengayakan!) secara berterusan: [ikuti perbahasan Imam Muhammad Ali Bin Al-Buni, Syamsu al-Ma’ārif Wa Latā’if al-‘Awārif di muka surat 500-501. Beliau menyebut bahawa khadam suci malaikat bagi zikir al-Ghani adalah ‘Ithyā’il (عطيائيل) dan khadam suci malaikat bagi zikir al-Mughni adalah Hafthoyāil (حفطيائيل)]. Zikir Ya Ghani Ya Mughni merupakan intipati Surah 47 ayat 38 yakni Surah Muhammad. Bacaan ini La Hau La Wa La Quwwata Illa Billah (Tiada daya dan tiada upaya melainkan dari Allah)( لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ) menjadi salah satu perbendaharaan di syurga kelak. Apa yang kita mahu tarik adalah perbendaharaan syurga iaitu satu Dimensi Ghaib ke Dunia ini. Saya membahaskannya di sini. Si Raja juga boleh menerawang yakni membaca sesuai yang tersembunyi dan sesuatu yang berada di jarak jauh. Saya boleh guna untuk meramal sesuatu.


Di sebelah kanan delima retak seribu yang saya namakan sebagai Si Tarik Duit. Tahapnya Tan Sri di Alam Zahir. Ia bergantung kepada anda jika anda hendak bincang bab tarik duit saya bawa kedua-dua ini. Si Raja lebih kepada kemampuan dan hiraki anda dalam menarik duit. Si Tarik Duit lebih fokus kepada tarik duit. Dikaitkan dengan *Barkon. *Apabila mendapat wahyu saya akan memperihalkannya. Kemampuannya dalam hal bank dan kewangan. Bangsa Bani Israel. Kalau anda nak bincang pasal ilmu maka saya gandingkan dengan zamrud yang saya namakan Si Alim. Kalau tempat anda keras dan penuh santau serta sihir maka saya bawa Si Mistik iaitu cincin 21 teras kayu.

Peraturan & Undang-Undang

9. Selepas upacara menarik Dana Alam Ghaib maka proses seterusnya adalah menyatakannya atau menzahirkannya. Ahli-ahli yang turut serta harus menyatakannya. Menyatakannya atau menzahirkannya maka ia harus bersebab. Bukan laundering terutama AMLATFAPUAA (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (Act 613) pihak Bank Negara boleh menahan jika ia masuk ke akaun tertentu tanpa bersebab. Di sini perlu ia harus diuruskan oleh ahli-ahli jemaah. Ia kerana projek bernilai ratusan juta contohnya. Pihak yang hadir dalam majlis itu ada yang bertaraf ahli politik berjawatan tinggi. Ia harus dikongsi secara adil dan saksama bagi mengelak ada yang menikam dari belakang yang boleh menyebabkan Dana Alam Ghaib ini tersekat.

Kesahihan

10. Apa yang paling penting adalah ilmu yang tinggi ahli-ahli jemaah. Jika tidak memahami maka bertanya. Tarik Duit Alam Ghaib ini sanadnya bersambung hingga Jibril. Ia diperturunkan kepada kita semua. Ia memang wujud. Masalah anda terjerat dengan scammer itu berpunca dari anda kurang ilmu. Menolak dan menafikannya mungkin berpunca dari kejahilan. Masalah ia dihantui scammer itu bagi menolaknya kerana belum melihat keberhasilannya. Bukti ia wujud ialah bukti delima merah itu memang wujud. Si Raja itu sendiri tersangat merah dan seberat sekitar 42 carat itu bukti zahir yang ada. Berhubung dengan khadam-khadam sucinya itu suatu disiplin yang lain yang harus diterokai.

Masa & Kesesuaian

11. Dari segi falak, ritual tarik duit sangat sesuai dibuat ketika bulan mengambang penuh. Ini adalah kerana kerohanian suci aktif di saat ini. Penurunan para malaikat untuk datang membantu di saat ini dan falak begini adalah sangat efektif. Lebih spesifiknya pada 15 haribulan Islam atau Hijriyyah. Bulan mengambang penuh ketika ini. Kerohanian kotor lemah ketika ini. Perasaan kita juga menjadi indah dan sinar ketika ini. Kita dapat menghayatinya dengan lebih bermakna kerohanian suci dan perkara-perkara ghaib ketika ini. Dalam hal tarik duit perkara Sirr Jasmani, Sirr Ruhani, Sirr Nurani dan Sirr Rabbani harus dikuasai untuk ritual tarik duit ke arah lebih efektif.

Penutup

12. Si Raja, khadam sucinya bertahap puteri di Istana Pahang. Ia lambang perkahwinan saya dengan seseorang dari negeri ini. Ia pernah dikisahkan sekitar 2004 ketika itu hanya dilihat oleh saya dalam bentuk kokka. Sekarang di depan saya ia delima merah seberat 42 carat.

13. Dana Alam Ghaib boleh dinyatakan dan dizahirkan melalui delima merah. Delima itu sendiri penuh dengan formula sains. Selain mistiknya cukup misteri. Hasil itu yang lebih penting. Si Raja telah membuktikan bertahap ratusan bilion ringgit. Untuk menjadi kaya itu senang. Untuk menjadi miskin itu susah. Menjadi kaya tapi terputus duit itu petanda tidak baik. Menjadi miskin tapi duit tidak putus-putus itu petanda yang baik. Faham?

RISALAH LENGKAP PADA MEMBAHASKAN ILMU MALAIKAT (الرسالة الكافة في علوم الملائكة)

BAB: PENYERUAN JIBRIL: Cahaya Yang Bersifat Ilmu Dalam Memberi Wahyu

1. Surah an-Najm (bintang) umpama ‘Surah Jibril’ untuk menyeru malaikat Jibril paling berkesan dalam menurunkan wahyu. Mengapa ‘bintang’? Bintang juga adalah panduan bagi pelayaran kapal dalam gelap gelita.

2. (Dan dia berada di ufuk yang tinggi)(وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ)[an-Najm:7]. Keberadaan para malaikat adalah di langit (وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ)(Dan betapa ramai malaikat di langit-langit)[an-Najm:26]. Permainan mereka – para malaikat – adalah di langit. Sedangkan langit itu sendiri ada ketika bersifat ‘kayangan atas kayangan’. Kemudian ia diseru agar turun ke Bumi melalui Surah an-Najm. (ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ)(Kemudian ia mendekatkan dirinya)[an-Najm:8]. Menerima ilmu – wahyu – dari Jibril adalah ‘satu kejutan’ kerana tahap ilmunya adalah teramat tinggi. Bahasa Melangit yang telah dipermudahkan agar hamba-Nya memahaminya. Ilmu yang tiada di buku. Maka keberadaannya lebih hampir (فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ)(Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi)[an-Najm:9].

3. Urusan Jibril dan hamba-Nya bukanlah masalah agama sahaja tetapi pelbagai ilmu. Batu asas yang diletakkan oleh pendahulu محمد bukan dalam masalah agama sahaja. Tak terkata dengan ilmu Jibril. Professor Serbatahu. Kalah professor-professor atas Dunia. Entah lah mengapa begitu. Cahaya itu adalah satu ilmu. Tiada kegelapan. Kegelapan dalam memahami sesuatu. Tiada. (نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ)(Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu)[al-Hadid:13]. (يَسْعَىٰ نُورُهُم)(memancar cahaya mereka)[al-Hadid:12]. Permainan Alam Tinggi adalah permainan ‘cahaya’. Allah sendiri memancar ‘cahaya-Nya’. (اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ)(Allah lah cahaya langit-langit dan Bumi)[an-Nur:35]. Roh itu sendiri adalah bersifat cahaya. Roh Qudus. Roh Amanah. Malaikat tercipta dari cahaya. Dalam tubuh asal malaikat adalah bersifat cahaya yang mempunyai bentuk. Ada struktur sayap, kepala, tangan dan kaki yang terbentuk dari cahaya. Permainan cahaya adalah permainan tinggi. Untuk mengenal dan kembali kepada-Nya.

4. Dengan jarak dekat Jibril dan hamba-Nya maka makanan roh yakni ilmu maka terhasillah salah satu bentuk wahyu melalui perantaraan malaikat.

5. Cahaya ilmu itu dibias kepada umat. Macam satu liabiliti dalam membiaskan cahaya kepada roh-roh lain. Ibarat orang-orang lapar yang perlu diberi makanan.

PERBAHASAN TENTANG HUKUM MUZIK

Saya pada awalnya ingin menulis tentang rahsia dan falsafah muzik tapi saya selesaikan dulu isu berkenaan hukum hakam muzik kerana saya seorang Muslim yang memiliki alat muzik dan menggunakannya serta bernyanyi jika sudah menjiwai muzik itu.

Saya memiliki gitar, violin, serunai berbagai jenis dan keyboard.

Muzik bagi orang tak memahaminya mereka berkata ia satu hiburan atau halwa telinga sahaja. Sebenarnya ia lebih dari itu. Memang ada hadis yang menyebut alat muzik bertali tidak dibenarkan dalam Islam. Hadis itu hanya sepintas lalu berkata begitu tanpa menyebut asbabnya atau illahnya. Adalah tidak wajar seorang berfatwa tentang muzik tapi dia sendiri tidak pakar dalam bab muzik. Al-Quran hanya menyebut tentang (لَهْوَ الْحَدِيثِ)(Lah Wa al-Hadis)[Luqman:6]. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir ia dinyatakan sebagai (الغناء)(nyanyian).

Hukum-Hakam Muzik

Jadi Luqman:6 hanya menyebut sepintas lalu berkenaan istilah “Lah Wa al-Hadis”. Lantas Imam Ibnu Kathir mentafsirkannya sebagai “nyanyian” serta dibawa hadis-hadisnya. Jikalah ia adalah nyanyian maka mesti Lah Wa al-Hadis itu berbentuk nyanyian iaitu ada senikatanya atau lirik serta alunan alat-alat muzik. Sudah pasti nyanyian itu haram. Jadi Imam Ibnu Kathir ‘berijtihad’ tentang Lah Wa al-Hadis itu nyanyian berdasarkan hadis. Seperti yang saya kata jika Lah Wa al-Hadis itu nyanyian maka sudah semesti wujud lirik atau senikata. Adakah illah atau asbab diharamkan nyanyian per se kerana ia nyanyian? Tidak, kerana senikata. Di manakah pendalilannya secara jelas dan nyata? Di dalam al-Quran juga. Baca Surah al-Syuara’: 221-225 terutama ayat (تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ)(Ia -syaitan- turun kepada pendusta dan pendosa)[al-Syuara’:222]. Lirik ia yang menjadi haram kerana satu pendustaan dan dosa kerana wujud elemen ‘penurunan syaitan’ dalam nyanyian itu. Bagaimanakah ingin mengetahui wujud ‘penurunan syaitan’ dalam sesuatu nyanyian? Ayat itu sudah menjawab kerana wujud ‘pendustaan dan dosa’. Menceritakan mesej cinta, siasah, agama DLL dalam senikata bukanlah satu pendustaan dan dosa bahkan digalakkan kerana ia memberi manfaat dan pahala.

Bagaimana pula tentang alatan muzik? Tok Imam pun di zaman sekarang telefonnya berdering nada muzik. Jadi Tok Imam hendak tukar not dering apa? Zikir atau bacaan al-Quran? Jika dia bawa telefon dalam tandas dan berdering alunan Quran dalam tandas bagaimana pula?

Senang sahaja untuk menjawab.

TERAPI MUZIK DALAM MENGAWAL GELOMBANG OTAK

🎼Treble clef sebagai permulaan not-not muzik yang indah. Ia berkait dengan insan. Bukan setakat insan tapi rohani. Insan merasa tenang, sedih DLL bila mendengar muzik-muzik yang indah. Saya diberitahu semasa pemerintahan Kerajaan Islam di Baghdad ada satu alat yang boleh membuat orang ketawa, menangis, sedih DLL. Saya beranggapan itu adalah peralatan muzik.🎶

Otak mempunyai 4 jenis gelombang. Delta waves (0.5 to 3 Hz). Theta waves (3 to 8 Hz) Theta brainwaves occur most often in sleep but are also dominant in deep meditation. Alpha waves (8 to 12 Hz) . Beta waves (12 to 38 Hz) . Gamma waves (38 to 42 Hz).

Dengan boleh mengawal gelombang otak kita maka kita boleh mengawal serangan gelombang ‘ain. ‘Ain itu sendiri adalah serangan pandangan melalui gelombang otak tertentu. Ia menyakitkan jika kita tidak mampu menghadapinya. Dengan boleh memanipulasi gelombang otak kita maka kita dapat menghadapi gelombang serangan ‘ain.

Alat muzik bertali samada dipetik dengan tangan atau digesek dengan ‘bow’ seperti violin, ia boleh menyebabkan seseorang menjadi tenang dan seorang ahli muzik yang pandai dengan peralatannya, mereka boleh memainkan perasaan seseorang. Apatah lagi jika seorang ahli muzik telah menyelami bunyian alatan muzik yang dimainkannya dia melantunkan lirik dan melagukan lirik itu. Sedih bertambah sedih. Gembira bertambah gembira. Cinta bertambah cinta. Sayang bertambah sayang DLL.

Gelombang-gelombang otak mempengaruhi apa yang kita fikir dan perasaan kita. Dengan gelombang otak tertentu ada tindak-balas kimia dalam otak. Dengan mempunyai gelombang otak rendah ketika tidur boleh menyebabkan kita mempunyai ‘vivid dreams’. Dengan gelombang otak yang rendah kita boleh berhubung dengan Alam Rohani.

Dengan bantuan alatan muzik kita boleh menukar bentuk gelombang otak kita. Kita tidak seharusnya mempunyai gelombang otak sejenis dalam satu hari kerana kita beraktiviti berbeza. Tidur ada gelombangnya. Untuk menulis tulisan ini ada bentuk gelombangnya agak ilham tercipta. Begitulah juga aktiviti-aktiviti lain. Jika kita bergelombang theta maka kita tidur berpanjangan sebagai contohnya. Sedangkan kita perlu makan, mandi, berjumpa rakan-rakan DLL.

Tali gitar yang paling bawah ia sangat halus dan tajam. Bunyinya nyaring dan tajam. Jika jari tidak kuat ia boleh menyebabkan jari kita terluka. Ada saat dan waktu tertentu manusia merasa indah mendengar petikan tali itu. Ia bergelombang tinggi. Tapi kadang-kadang manusia suka petikan tali paling atas yang lagi besar. Ia bernada rendah. Mana-mana tali dapat menusuk jiwa manusia pada saat dan waktu tertentu. Otak dan perasaan.

Untuk dilihat dan merasa sihat kita harus menyesuaikan gelombang otak kita. Contohnya orang yang menjalani perjalanan rohani mereka perlu kepada peralatan muzik ketika mendaki dan menurun untuk softlanding bagi perjalanan rohani. Kita jumpa orang dirawat di wad mental kerana mereka menjalani perjalanan rohani ‘tak terkawal’. Adalah mungkin mereka meneroka Dimensi Ghaib tanpa mengawal gelombang otak mereka dengan betul. Otak jadi rosak. Ia perlu dirawat dengan terapi muzik.

Terapi muzik lebih baik dari terapi dadah berbahaya. Muzik tanpa penurunan syaitan adalah muzik yang menyembuhkan. Sedangkan terapi dadah mempunyai kesan sampingan.

Muzik sebagaimana yang telah dibahaskan dalam tulisan lain ia adalah satu kaedah ‘penurunan’; samada syaitan atau malaikat dan jin Islam. Muzik berkait dengan makhluk rohani. Saya telah bahaskan pendalilan al-Quran di arena tersebut.

Terapi muzik boleh menyembuhkan orang mengidap sakit mental dalam mengimbangi tindak-balas kimia dalam otaknya. Orang yang sihat bertambah tenang dan dapat berfikir dengan betul. Melainkan muzik yang ‘menurunkan syaitan’.

Ada penggunaan jenis kayu pada peralatan muzik. Ada jenis buluh tertentu. Bagi orang Melayu ada lagenda ‘buluh perindu’. Dikatakan binatang-binatang di hutan sanggup tidak makan dan minum kerana untuk mendengar keindahan bunyi buluh perindu ditiup angin. Ia melekakan. Kuasa tarikannya begitu. Ada jenis-jenis gitar yang dibuat dari buluh bersaiz besar. Mungkin itu buluh perindu jenis Indonesia. Buluh perindu Melayu bersaiz seperti ranting.

Terapi gelombang muzik bukan setakat menghiburkan tetapi ia menyebabkan kesembuhan bagi jiwa dan otak yang menderita. Dengan syarat tiada penurunan syaitan kerana ia tegahan dari al-Quran.

KITAB PENGUKUHAN: PADA MENGUKUHKAN WUJUDNYA BIDADARI-BIDADARI SYURGA (HŪR ‘ĪN)

Adalah jelas menurut al-Quran dan hadis-hadis bahawa wujudnya makhluk yang dipanggil bidadari-bidadari syurga. Al-Quran dan hadis menggunakan istilah Hūr ‘In (حُورٌ عِينٌ ).

كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.[ad-Dukhan:54]

مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. [at-Tur:20]

حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; [ar-Rahman:72]

وَحُورٌ عِينٌ

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,[al-Waqiah:22]

Aturan pertama untuk memiliki bidadari syurga adalah harus seseorang dikahwinkan dengannya. Mengapa begini? Adakah di dalam syurga juga mempunyai peraturan-peraturannya? Nanti saya jelaskan.

Perkataan Hūr ‘In (حور عين) itu menjelaskan bahawa sifat Hūr ‘In itu jelas pada mata. Mata mereka bersifat jeli atau menggoda. Sifat ini tampak jelas pada mereka.

Ayat ini (الْخِيَامِ)[ar-Rahman:72] menjelaskan bahawa mereka mempunyai kediaman sendiri. Dengan kata lain mereka mempunyai ‘aset’ juga. Mengapa?

Di dalam syurga pun mempunyai pasar seperti disebut oleh sebuah hadis. Ini menunjukkan bahawa berlaku transaksi jual-beli juga di syurga.

Satu hadis yang panjang menjelaskannya. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan menterjemahkannya.

سنن الترمذي أَبْوَابُ صِفَةِ الْجَنَّةِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. بَابٌ : مَا جَاءَ فِي سُوقِ الْجَنَّةِ

2549 (المجلد : 4 الصفحة : 308)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ حَبِيبِ بْنِ أَبِي الْعِشْرِينَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ لَقِيَ أَبَا هُرَيْرَةَ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : أَسْأَلُ اللَّهَ أَنْ يَجْمَعَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ فِي سُوقِ الْجَنَّةِ. فَقَالَ سَعِيدٌ : أَفِيهَا سُوقٌ ؟ قَالَ : نَعَمْ، أَخْبَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَنَّ أَهْلَ الْجَنَّةِ إِذَا دَخَلُوهَا نَزَلُوا فِيهَا بِفَضْلِ أَعْمَالِهِمْ، ثُمَّ يُؤْذَنُ فِي مِقْدَارِ يَوْمِ الْجُمُعَةِ مِنْ أَيَّامِ الدُّنْيَا فَيَزُورُونَ رَبَّهُمْ، وَيُبْرِزُ لَهُمْ عَرْشَهُ، وَيَتَبَدَّى لَهُمْ فِي رَوْضَةٍ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ، فَتُوضَعُ لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُورٍ، وَمَنَابِرُ مِنْ لُؤْلُؤٍ، وَمَنَابِرُ مِنْ يَاقُوتٍ، وَمَنَابِرُ مِنْ زَبَرْجَدٍ، وَمَنَابِرُ مِنْ ذَهَبٍ، وَمَنَابِرُ مِنْ فِضَّةٍ، وَيَجْلِسُ أَدْنَاهُمْ – وَمَا فِيهِمْ مِنْ دَنِيٍّ – عَلَى كُثْبَانِ الْمِسْكِ وَالْكَافُورِ، مَا يَرَوْنَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَرَاسِيِّ بِأَفْضَلَ مِنْهُمْ مَجْلِسًا “. قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَهَلْ نَرَى رَبَّنَا ؟ قَالَ : ” نَعَمْ “، قَالَ : ” هَلْ تَتَمَارَوْنَ فِي رُؤْيَةِ الشَّمْسِ وَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ؟ ” قُلْنَا : لَا. قَالَ : ” كَذَلِكَ لَا تَتَمَارَوْنَ فِي رُؤْيَةِ رَبِّكُمْ، وَلَا يَبْقَى فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ رَجُلٌ إِلَّا حَاضَرَهُ اللَّهُ مُحَاضَرَةً، حَتَّى يَقُولَ لِلرَّجُلِ مِنْهُمْ : يَا فُلَانُ بْنَ فُلَانٍ، أَتَذْكُرُ يَوْمَ قُلْتَ كَذَا وَكَذَا. فَيُذَكِّرُهُ بِبَعْضِ غَدْرَاتِهِ فِي الدُّنْيَا، فَيَقُولُ : يَا رَبِّ، أَفَلَمْ تَغْفِرْ لِي ؟ فَيَقُولُ : بَلَى، فَبِسَعَةِ مَغْفِرَتِي بَلَغْتَ مَنْزِلَتَكَ هَذِهِ. فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ غَشِيَتْهُمْ سَحَابَةٌ مِنْ فَوْقِهِمْ، فَأَمْطَرَتْ عَلَيْهِمْ طِيبًا، لَمْ يَجِدُوا مِثْلَ رِيحِهِ شَيْئًا قَطُّ، وَيَقُولُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى : قُومُوا إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لَكُمْ مِنَ الْكَرَامَةِ، فَخُذُوا مَا اشْتَهَيْتُمْ، فَنَأْتِي سُوقًا قَدْ حَفَّتْ بِهِ الْمَلَائِكَةُ، فِيهِ مَا لَمْ تَنْظُرِ الْعُيُونُ إِلَى مِثْلِهِ، وَلَمْ تَسْمَعِ الْآذَانُ، وَلَمْ يَخْطُرْ عَلَى الْقُلُوبِ، فَيُحْمَلُ إِلَيْنَا مَا اشْتَهَيْنَا، لَيْسَ يُبَاعُ فِيهَا وَلَا يُشْتَرَى، وَفِي ذَلِكَ السُّوقِ يَلْقَى أَهْلُ الْجَنَّةِ بَعْضُهُمْ بَعْضًا، قَالَ : فَيُقْبِلُ الرَّجُلُ ذُو الْمَنْزِلَةِ الْمُرْتَفِعَةِ، فَيَلْقَى مَنْ هُوَ دُونَهُ – وَمَا فِيهِمْ دَنِيٌّ – فَيَرُوعُهُ مَا يَرَى عَلَيْهِ مِنَ اللِّبَاسِ، فَمَا يَنْقَضِي آخِرُ حَدِيثِهِ، حَتَّى يَتَخَيَّلَ إِلَيْهِ مَا هُوَ أَحْسَنُ مِنْهُ ؛ وَذَلِكَ أَنَّهُ لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ أَنْ يَحْزَنَ فِيهَا، ثُمَّ نَنْصَرِفُ إِلَى مَنَازِلِنَا، فَتَتَلَقَّانَا أَزْوَاجُنَا، فَيَقُلْنَ : مَرْحَبًا وَأَهْلًا، لَقَدْ جِئْتَ وَإِنَّ بِكَ مِنَ الْجَمَالِ أَفْضَلَ مِمَّا فَارَقْتَنَا عَلَيْهِ. فَيَقُولُ : إِنَّا جَالَسْنَا الْيَوْمَ رَبَّنَا الْجَبَّارَ، وَيَحِقُّنَا أَنْ نَنْقَلِبَ بِمِثْلِ مَا انْقَلَبْنَا “. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ، وَقَدْ رَوَى سُوَيْدُ بْنُ عَمْرٍو عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ شَيْئًا مِنْ هَذَا الْحَدِيثِ.

حكم الحديث: ضعيف

Hadis riwayat at-Tirmizi ini menunjukkan bahawa adanya pasar di dalam syurga. Perkara ini harus difikir. محمد yang boleh meneroka langit dan masuk ke dalam syurga dan melihat bidadari itu menjelaskan mungkin ‘masa’ dan dimensi dunia serta Alam Ghaib boleh bersambung antara satu sama lain. Jadi jika wujud pernikahan antara seseorang makhluk di Bumi dan bidadari syurga maka anak tersebut memerlukan sesuatu. Sedangkan bidadari syurga juga bersifat boleh memiliki ‘kediaman’ (الْخِيَامِ)[ar-Rahman:72].

Isra’ dan Mikraj adakah mungkin boleh berlaku kepada insan selain محمد? Seseorang yang mendakwa harus membuktikannya contohnya membawa satu bukti aset yang dia perolehi di syurga yang tidak dijumpai di Alam Zahir.

Dimensi Syurga mempunyai penjaganya. Lihat ayat ini yang menunjukkan Jibril boleh berada di situ. Ini bermakna ada malaikat-malaikat di situ.

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ

Di sisi “Sidratul-Muntaha”;

عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ

Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”. [an-Najm: 13-15].

Bidadari itu berasal dari pelbagai tahap syurga. Ada syurga ‘Adn, Firdaus, Makwa DLL.

Penarikan Cindai Bersakti dari Alam Ghaib

1. Cindai merupakan pakaian yang menutup badan kita samada penutup kepala hingga ke kaki. Termasuk cindai itu penutup kepala, tali pinggang dan stokin.

2. Cindai adalah penting, ia adakah pakaian ahli syurga kerana ahli syurga juga memakai cindai (pakaian). Adam dan Hawa terbuka pakaian mereka di dalam syurga kerana melanggar patang larang dari memakan buah pokok terlarang [al-Baqarah:35][al-A’raf:19]. Di dalam ayat al-A’raf:22 dinyatakan bahawa ‘Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga.’:

فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”

3. ‘Menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga‘: al-A’raf:22. Ini menunjukkan bahawa antara bahan terbaik untuk dijadikan pakaian mestilah bersumber dari pokok-pokok. Ini dilihat dari amalan industri tekstil yang mengambil bebenang sutera yang dihasilkan oleh ulat-ulat dari memakan daunan tertentu. Lain daun dan lain jenis ulat maka lain sutera yang dihasilkan. Ada yang disebut satin. Satin adalah sejenis kain sutera (Kamus Dewan). Satin biasanya pakaian dari sutera yang untuk golongan bangsawan dan kelas atasan. Di antara tanda satin ialah bila kita berada di sebelah orang yang memakainya kita merasa gatal-gatal pada badan. Ini memberi isyarat, tubuh bangsawan itu usah disentuh. Hanya berada di tepinya. Ia tidak boleh dibasuh, hanya bilas bila terkena kotoran. Ada sutera yang sesuai untuk dibasuh terutama yang jenis ‘seperti kapas’. Sedangkan kain sutera itu pelbagai dan ia pakaian ahli syurga [Fātir:33] :

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

(Balasan mereka ialah) Syurga – syurga ” Adn “, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.

4. Hukum memakai sutera adalah harus kerana sutera itu pelbagai. Sutera syurga itu pakaian ahli syurga sedangkan kita di Bumi. Sutera yang diharamkan itu adalah sutera yang memudaratkan diri kita. Lihat perbincangan Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zād Al-Ma’ad Fi Hadyi Khairal Ibād berkenaan alasan sutera diharamkan dipakai oleh lelaki (tidak perempuan) kerana ia tidak bagus dari sudut kesihatan.

6. Sebagaima saya telah kupaskan bahawa sutera itu pelbagai, maka tidak mesti sutera itu kain yang nipis lembut, ada juga yang jenis seperti kain ‘kapas’. Tanda untuk kita memperolehinya adalah bila kita berdekatan dengannya kita merasa gatal-gatal. Jadi, kita meneruskan perbincangan kita tentang ‘Penarikan Cindai Bersakti dari Alam Ghaib’.

7. Terlebih dahulu, perlu ditegaskan bahawa bagi setiap cindai itu mempunyai 70,000 khadam malaikat. Ada seorang ketua malaikat pada cindai itu. Ada juga cindai yang mempunyai khadam jin. Tidak semua cindai mempunyai khadam jin tetapi semua cindai mempunyai khadam malaikat. Oleh itu untuk memiliki cindai tertentu yang bersakti ia adalah bermula dengan ‘jemputan’ oleh para malaikat yang menjaga cindai. Jadi, ia bermula makan yang dihidangkan oleh para malaikat itu. Ia boleh berlaku di rumah atau di kedai. Kalau di rumah ia tak berbayar bagi harga makanan tapi jika di luar rumah yakni kedai ia harus dibayar makanan itu. Samada ‘proses jemputan’ itu di rumah atau di kedai, harga cindai itu wajib dibayar di kedai cindai.

8. Bila telah berjalan ‘proses jemputan‘ ini maka ‘proses penarikan‘, mungkin ada beribu-beribu jenis cindai di kedai. Bagaimanakah untuk memperolehi cindai yang paling bersakti di antara beribu-ribu cindai itu? Caranya ialah dengan mengkaji alamat semasa perjalanan menghampiri kedai yang dituju. Jika anda tersepak besi, ini menunjukkan ‘sesuatu bersifat besi pada cindai itu‘. Kuasa sakti cindai itu begitu. Jika anda terasa gatal-gatal maka cindai itu adalah sejenis kain sutera.

9. Cara memilih cindai adalah lagi banyak corak dan/atau tulisan dan/atau logo dan/atau lambang-lambang DLL maka adalah lagi baik. Lagi banyak unsur-unsur ini maka lagi banyak bentuk kuasa saktinya.

10. Ada cindai yang bertopik seperti untuk menghayati agama (Islam) atau muzik atau politik atau sukan atau pahlawan DLL. Saya mempunyai cindai untuk menghayati perubatan dan ilmu iaitu Dr Cardin. Sebagaimana saya ujarkan bahawa semua cindai adalah berkhadam malaikat. Oleh itu penjelasannya mengapa sesuatu cindai itu mempunyai kuasa sakti selain dari asbab bahannya, ‘corak dan/atau tulisan dan/atau logo dan/atau lambang-lambang DLL’.

RAHSIA DAN CARA MENCEROBOH MASA

Syahdan maka berpuisi lah saya begini:-

PENJEJAK GHAIB

Akan ku tusuk dua bilah keris ghaibku,
Akan ku nyayikan lagu merdu, indahnya.
Akan ku ceroboh masa silam yang kelam.
Akan ku ceroboh masa depan yang cerah.
Akan ku pulang masa sekarang yang silah.

Tak ada nasi, ku hidup juga, Dia kenyangkan.
Tak ada air, ku hidup juga, Dia tak dahagakan.
Tak ada wang, ku kaya juga, Dia yang kayakan.
Tak ada wanita, ku rasa juga, Dia milik bidadari.

Wahai Penjejak Ghaib, datang lah ke syurga.
Oh, indahnya di situ. Pulang lah ke dunia.
Khabarkan Kebenaran Kitab itu, tak dusta.
Kita nyanyikan keindahan itu, tanpa kusta.

Jadi ‘menceroboh masa’ adalah kita bergerak dari masa sekarang, kita pergi ke masa silam dan masa hadapan dengan lebih laju atau perlahan dari orang lain.

Perhatikan surat saya ini:-

Sudah faham? Jika belum faham, ini bermakna ada ‘Dimensi Lain’ yang waktunya berbeza dari ‘Alam Kita’ walau Dimensi Lain itu adalah juga atas Dunia dan Bumi seperti Alam Kita.

Satu lagi formula menceroboh masa adalah sains sebenarnya:-

Jadi, di dalam hal menceroboh masa adalah boleh secara zikir dan sains.

Di dalam hal menceroboh masa kita sebenarnya akan merasa keletihan kerana ‘roh’ dan jasad kita (kita dan qarin jin kita) kepenatan ia memerlukan ‘the atoms rest mass’.

Satu lagi Alam محمد juga wujud. Kalau Alam محمد tak wujud maka mengapa saya boleh zahirkan Capal محمد bersaiz 1 dan cincin bertulis khat محمد رسول الله senyawa dan berawan larat serta 100% perak?

PELAN INDUK PENUBUHAN SEKOLAH & UNIVERSITI ALAM PINTAR

Sekolah dan Universiti Alam Pintar wajib ditubuhkan di Malaysia yang mana GPSnya mestilah di Bakkah. Apa itu Sekolah dan Universiti Alam Pintar? Sekolah dan Universiti Alam Pintar adalah sekolah dan universiti untuk melatih pelajar-pelajarnya bagi melawan sihir dan melatih serta mempraktikkan ilmu-ilmu hikmat.

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [al-Baqarah:102]

Adalah wajar sihir wajib dihapuskan terutama sihir-sihir purba yang masih wujud hingga kini serta menghapuskan dan mencegah sihir-sihir baharu.

Setiap pelajar harus diajar untuk menggunakan tongkat sakti yang dipanggil dalam Bahasa Inggeris ‘wand‘. Tongkat sakti saya bernama ‘Si Takkan Patah’ atau ‘Si Sangat Sakti’. Pelajar harus dibekalkan tongkat sakti yang wajar harganya. Ia boleh dalam bentuk ‘ranting kayu’ dari kayu yang tahan lasak dan berkhasiat. Masing-masing ada kelebihannya, bergantung kepada jenis kayunya. Adapun ‘Si Takkan Patah’ saya adalah dijaga oleh Keluarga DiRaja Selangor.

Sekolah dan Universiti Alam Pintar harus mengajar ilmu-ilmu hikmat yang hanya bersandar kepada al-Quran dan hadis. Di dalam kedua-keduanya mengandungi ilmu-ilmu hikmat yang sangat luas bahkan lebih luas dari lautan-lautan.

Rasulullah sendiri pernah membetulkan barisan pejuang-pejuang Islam dengan sebatang kayu pendek. Ini bermakna bahawa sihir-sihir perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum berjihad. Begitu juga dalam hadis lain disebut bahawa Rasulullah menyuruh seorang sahabat berjihad menggunakan sebatang kayu. Kita memahaminya menggunakan tongkat sakti. Sebatang tongkat yang dibaca mentera atau ayat-ayat al-Quran dan bacaan ma’thur tertentu boleh melawan sihir dan senjata-senjata musuh.

Termaktub dalam al-Quran yang Al-Masih Isa Ibnu Maryam diajar ilmu-ilmu hikmat oleh Allah dan para malaikat-Nya. Jadi tujuan hikmat itu diajar kepada Al-Masih Isa Ibnu Maryam untuk apa? Mesti ada gunanya.

Pelajar-pelajar yang lulus dari Sekolah dan Universiti Alam Pintar boleh berkhidmat dengan Kerajaan atau diserapkan ke dalam kementerian-kementerian tertentu. Boleh juga dalam sektor swasta. Contohnya dalam bidang perniagaan-perniagaan untuk memajukan syarikat tertentu.

Kerajaan sendiri harus mempunyai Kementerian Pintar bagi mengawalselia penularan sihir-sihir. Kita setakat ini hanya menumpukan pembangunan luaran bukannya pembangunan dalaman yang sukar dikesan oleh awam.

Pelajar-pelajar Sekolah dan Universiti Alam Pintar harus dibekalkan pakaian, lencana dan sukatan pelajaran yang khas dan berbeza dari sekolah dan universiti yang biasa. Tenaga pengajarnya haruslah terdiri dari kalangan orang yang memahami apa itu sihir dan ilmu-ilmu hikmat. Pakaian pengajar Sekolah dan Universiti Alam Pintar haruslah berbeza. Pangkat seseorang guru haruslah berbeza mengikut kebolehan dan lulusan mereka. Pelajar-pelajar harus diajar cara menggunakan tongkat sakti dan “jadi” (spells).

Buku seperti Manba’ul Usul al-Hikmah (منبع أصول الحكمة) oleh Abu Ma’syar al-Falaki, sebagai contoh, adalah buku yang terbaik untuk memahami ilmu-ilmu hikmat ini. Begitu juga buku-buku yang lain.

Sukan untuk pelajar-pelajar untuk sekolah dan universiti Alam Pintar haruslah berbeza. Kita harus sama-sama memikirkannya. Dengan kata lain sukan bagi mereka adalah pertarungan menggunakan ilmu-ilmu hikmat.

Pelajar-pelajar juga harus diajar ilmu mengadun ubatan-ubatan hikmat. Mereka harus juga diajar ilmu untuk mengubati orang yang disihir. Di Sekolah dan Universiti Alam Pintar harus ada klinik dan hospital yang khas.

Saya, insyaAllah, akan kembangkan lagi tulisan ini jika Allah mengilhamkan buah fikir-buah fikir yang bernas.