MEMAHAMI CATUMAN (FUSION) DAN LETUPAN (FISSION) DALAM KONSEP PENCIPTAAN

Cantuman dan letupan adalah satu pemahaman dalam memahami bagaimana satu yang besar itu bermula dari satu yang kecil.

Begitu juga dalam tindakbalas kimia. Bila satu nukleus (fusion) itu diletupkan (fission) dengan neutron maka ia menghasilkan tindakan berantai (chain reaction), melainkan kita mengawalnya.

Konsep ini jika difahami maka kita dapat memahami penciptaan Alam Semesta. Bahkan ia berguna dalam perubatan, jentera, pertanian dll.

Allah berfirman:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?[al-Anbiya’:30]

Setakat ini ahli kimia hanya menjumpai permulaan bagi mewujudkan tindakan berantai itu dengan meletupkan sesuatu nukleus dengan neutron. Tapi ada kajian bahawa ia boleh dimulakan dengan photon: KLIK:https://www.hindawi.com/journals/lc/2008/839873/

Mengapa kita harus berfikir begini? Ia merupakan fikiran untuk mencari apakah partikel yang paling awal wujud sebelum penciptaan Alam Semesta.

Di dalam agama ada yang berpandangan bahawa cahaya paling awal diciptakan. Ada yang berpandangan roh.

Di dalam ayat di atas Allah mengguna perkataan (رَتْقًا)(bercantum)(fusion) dan (فَفَتَقْنَاهُمَا)(maka kami pisahkan keduanya)(fission). Perkataan (هُمَا) dalam frasa (فَفَتَقْنَاهُمَا) itu merujuk kepada nukleus sesuatu. Apakah partikel itu?

Jadi ar-ratku (الرتق)(cantuman) (fusion) ialah satu konsep kimia di mana dua atom iaitu neutron dan proton bercantum membentuk nukleus dan dikelilingi elekton yang beredar.

Jika kita memahami ar-ratku (الرتق)(cantuman) Alam Semesta ini pada awalnya diletupkan/dipisahkan (الفتق)(fission) dengan neutron maka sebelum Alam Semesta ini wujud maka sudah wujud sesuatu yang lain kerana jika letupan itu dihasilkan oleh neutron maka neutron itu berasal dari satu partikel sesuatu. Apakah benda itu?

Al-fatku (الفتق)(fission) adalah pisahan atau letupan kepada sesuatu partikel hingga terbentuk Alam Semesta. Berkemungkinan air. Para malaikat tidak berhajat kepada makan, minum dan berseksual. Tetapi mereka adalah sesuatu yang ‘hidup’.

Di dalam Kamus al-Ma’ani:

الفَتْقُ: الفَتْقُ : الشِّقُّ.|الفَتْقُ الخِلاَف بين الجماعة وتصدُّعُ الكلمة.|الفَتْقُ الموضِعُ قد مُطِرَ ما حَوْله.|الفَتْقُ الصُّبْحُ.|الفَتْقُ الخَلَلُ في العيشِ.|الفَتْقُ بروزُ جزءٍ من الأمعاءِ من فتحة في جدار البطن. والجمع : فُتُوقٌ.

Jikalah bukan melalui neutron tapi photon maka ‘tiada’ ciptaan lain selain Allah sebelum wujud diletupkan/dipisahkan (الفتق)(fission). Sedangkan photon itu adalah hasilan cahaya. Malaikat itu sendiri tercipta dari cahaya. Maka cahaya itu lagi awal dari para malaikat. Sedangkan malaikat itu sendiri berbentuk cahaya dalam rupa asal. Para malaikat itu sendiri makhluk ghaib yang bersifat saintis.

Perkataan ‘kami’ pada (فَفَتَقْنَاهُمَا)(maka kami pisahkan keduanya)(fission) itu boleh dihujahkan Allah meletupkannya melalui perantaraan hasil kerja malaikat. Oleh itu para malaikat lebih awal dari Alam Semesta ini.

Kita tangguhkan dulu perbincangan roh dan Kulliyyah of Soulogy yang hendak ditubuhkan di IIUM kampus Kuantan. Kita fokus bab kimia kerana ia berkait dengan H₂O, cantuman dan letupan. Letupan inilah dipanggil big bang. Roh tanpa H₂O sesuatu ciptaan itu tidak hidup kerana roh tanpa tubuh maka tiada makna nyawa. Roh yang bersemadi dengan jasad berhajat kepada H₂O.

H₂O itu sendiri bukanlah dua atom hidrogen dan satu atom oksigen tetapi banyak lagi partikel lain seperti tritium. Jadi H₂O ini boleh sebagai HTO yakni H₂³HO. Jadi isotop hidrogen dalam air harus ditulis ³H₂O. Ini secara tepatnya bagi mengambarkan dalam air ada tritium.

Photon itu sendiri berasal dari boson ia boleh bergerak dalam vacuum. Partikel boson lagi kecil dari photon. Ia masih partikel. Dengan kata lain cahaya itu masih partikel.

Adakah udara kita vacuum? Tidak. Saya telah hujahkan ia mengandungi glukos, oksigen, air melalui proses fotosintesis. Lain-lain kandungan juga ada.

Jadi air itu sendiri yakni ³H₂O boleh dipisahkan (fission) seperti H₂³H di dalam air jika dikaji ia boleh menjadi sumber tenaga. Sebagaimana kita bincang bahawa nukleus itu mesti ada neutron dan proton. Neutron bercas neutral. Proton bercas positif dan elektron bercas negatif. Dua atom hidrogen dalam H₂ bercas positif dalam kata lain ia adalah proton maka tritium (³H) itu sendiri adalah satu radioaktif. Oksigen dalam ³H₂O itu adalah neutron. Hidrogen itu sendiri adalah atom tunggal yang bercas positif dikelilingi secara beredar oleh elektron. Oxygen-16 (16O) is a stable isotope of oxygen, having 8 neutrons and 8 protons in its nucleus. Jadi air boleh dijadikan sebagai diletupkan/dipisahkan (الفتق)(fission) dalam konteks ayat [al-Anbiya’:30]. Sumber neutron bagi ‘pencetus’ untuk sesuatu letupan (fission) itu boleh diperolehi dalam atom oksigen yang ada dalam air. Oleh kerana partikel oksigen itu stable maka ia tetap masih sukar untuk dipisahkan (fission) bagi memperolehi neutron sebagai pencetus sebuah letupan (fission) lain. Bagaimana untuk memperolehinya dalam air? Begitu juga tritium ‘[t]he nucleus of tritium contains one proton and two neutrons’. Ini bermakna nukleusnya tidak stable (unstable). Oleh itu senang memperolehi sumber neutron darinya sebagai ‘pencetus’. Tulisan ini cuba menjelaskannya: https://www.sciencedirect.com/topics/earth-and-planetary-sciences/oxygen-atom

Dengan kata lain (وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ )(Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup) itu asas diletupkan/dipisahkan (الفتق)(fission) iaitu melalui partikel neutron dalam air. Bukannya photon. Ia boleh secara bersama photon (tenaga malaikat) dan neutron (oksigen)/(tritium).

Kita dapat membuat kesimpulan bahawa air yang paling awal diciptakan.

InsyaAllah saya akan bahaskan lagi penciptaan dan air. Wahai Tuhan yang Maha Suci Zat-Nya bantulah daku yang dahagakan ilmu!

TEORI FORMULA H₂O DALAM MERAWAT PENYAKIT RAMBUT BERUBAN

Sebagaimana saya ujarkan dalam tulisan terdahulu ‘Jadi bermain dengan cecair bernama H₂O ini memberi makna dalam erti sebuah ‘kehidupan’. Kehidupan lawannya mati. Jika kita tidak ingin mati maka kita perlu hidup. Jika kita hendak hidup maka kita perlu menguasai H₂O.” KLIK:https://www.facebook.com/1503985333/posts/10220268819739684/?d=n

Saya menyebutnya ia ‘teori’. Ia masih belum dibuktikan oleh saya. Jadi untuk merawat masalah rambut beruban ini masih berbentuk teori bagi saya. Tidak seperti merawat dan menyembuhkan penyakit bipolar disorder dan schizophrenia, ia sudah satu penemuan dan capaian oleh saya yang telah dibuktikan.

Saya sendiri di bahagian janggut, misai dan sideburns. Saya sebenarnya waktu muda dahulu saya menghormati peguam yang beruban kerana dilihat seniority dan kematangan mereka. Lantas saya berdoa kepada Allah agar ditumbuhkan sedikit uban pada rambut saya. Bila mencapai umur lewat 40-an maka janggut, misai dan sideburns ada sedikit beruban. Mungkin Allah makbulkan doa saya atau faktor penuaan. Mungkin juga kedua-dua faktor dan ada faktor lagi seperti disebut oleh tulisan ini: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6995950/

Jadi ketika menulis tulisan ini saya ‘berteori’ bahawa H₂O (air) boleh merawat penyakit rambut beruban.

Teori saya adalah berasas al-Quran. Segala-gala penyakit dapat diubat jika kita jumpa di mana letak klu-klunya dan lantas kita mengkajinya. Macam penyakit bipolar disorder dan schizophrenia, saya menkaji tulisan-tulisan psikiatris dan perbincangan al-Quran tentangnya. Walhasil saya memahami penyakit ini dan dapat merawat dan menyembuhkannya.

Allah berfirman (مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ)(Tiada kami abaikan di dalam al-Kitab sesuatu pun)[al-An’am:38]. Al-Kitab di situ bermaksud al-Quran. Ini bermakna ada formula untuk merawat penyakit rambut beruban. Saya menyebutnya ia satu penyakit kerana sel-sel rambut kita kekurangan zat dan lebih teruk lagi ia telah mati sebab itu ia bertukar warna kepada putih (beruban).

Perkataan (فرط) dalam ayat di atas bermaksud cuai, abai, tinggalkan dll jika dirujuk kamus Arab.

Saya yang dahulunya kagum dan berdoa kepada Allah untuk dilihat matang dengan beruban kini berfikir alangkah indah jika saya dilihat muda bertenaga dalam keadaan matang berfikir dan bertindak sahaja. Dengan kata lain matang itu bukan pada uban tetapi pada fikiran yakni otak.

Al-Quran memberi petunjuk tentang beruban ini dalam ayat Maryam:4

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

Penyakit uban ini datang satu pakej yakni lemah tulang temulang. Mengapa?

Tulang dan rambut bukanlah berdaging tetapi kedua-duanya tetap mempunyai sel yang terkandung di dalamnya mitochondria. Jadi mitochondria ini yang telah gagal berfungsi dengan betul kepada sel tulang dan rambut.

Mitochondrion itu berhajat kepada protien dan gula untuk membekalkan tenaga kepada sel. Jika sel mati dan disebabkan oleh mitochonria gagal berfungsi maka rambut seseorang akan beruban. Begitu juga tulang temulangnya menjadi lemah.

Perhatikan perkatan-perkataan di atas dalam mencari maklumat tersembunyi dalam memahami punca masalah rambut beruban dan merawatnya selepas memahaminya.

Al-Quran menggunakan perkataan (اشْتَعَلَ).

Di dalam Kamus al-Ma’ani, ia memberi maksud:

اشْتَعَلَ: اشْتَعَلَتِ النارُ: التهبَت واتَّقَدَت.|اشْتَعَلَتِ فلاِنٌ غضبًا: هاج.|اشْتَعَلَتِ الرأْسُ ونحوُه : اِنتشر فه الشَّيْبُ.، وفي التنزيل العزيز:مريم آية 4 وَاشْتَعَلَ الرَّأسُ شَيْبًا ) ) .

Perkataan اشْتَعَلَ itu dikaitkan dengan ‘terbakar’, ‘menyala’. Rambutnya terbakar. Mengapa sedangkan ia setakat berubah warna sahaja? Adakah faktor ‘kepanasan’ itu yang yang mengubah warnanya? Jika betul maka ‘air atau H₂O dapat mengatasi masalah ‘terbakar’ dan memadamkan ‘api yang menyala’.

Satu lagi kita mengkaji penggunaan perkataan (شَيْبًا).

Mengikut Kamus al-Ma’ani:

الشَّيْبُ: الشَّيْبُ : بياضُ الشعر.| وربما سمى الشَّعرُ نفسُهُ شَيْباً.

Maknanya (شَيْبًا) rambut berubah menjadi berwarna putih (beruban). Jadi masalah (اشْتَعَلَ) itu berkait dengan (شَيْبًا). Faktor beruban itu adalah kerana rambut ‘terbakar’ dan ‘menyala’. Terbakar dan menyala itu dikaitkan dengan api. Api itu sendiri bersifat panas.

Maka kita boleh berfikir H₂O boleh menyelesaikan masalah rambut beruban.

Dalam hal saya merawat penyakit bipolar disorder dan schizophrenia itu saya mengguna kaedah H₂O juga dengan memberi terapi Al-Isra’:82.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Saya membaca 7 kali (وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ) dan pada setiap bacaannya saya hembuskan pada air serta meminumnya.

Jadi formula itu (kesembuhan pada penyakit bipolar disorder dan schizophrenia) itu pada H₂O + 7 kali bacaan al-Isra’:82 + tiupan 7 kali + minum.

Saya telah bincangkan hakikat H₂O dalam tulisan sebelum ini. Kita bincangkan formula kedua yakni bacaan al-Isra’:82, ‘tiupan’ dan minum.

Bacaan al-Isra’: 82

Jika kita kaji ‘rahsia tulisan’ pada mashaf al-Quran sebenar tulisan itu sendiri ada frekuensinya jika kita melihat menggunakan otak yang bersifat ‘Gamma waves’. (Gelombang otak tertinggi). Contohnya pada tulisan ن. Kita dapat melihat ‘titik’ dan tulisan berbentuk seperti cawan itu berhubung dengan titik secara frekuensi. Ia bergetar dalam kata lain. Walaupun huruf ن satu tulisan tapi ia masih atom yang mempunyai frekuensinya tersendiri. Kita harus mencari formula yang tepat dalam al-Quran untuk menyembuhkan sesuatu. Jadi al-Isra’:82 itulah formulanya. Frekuensi pada atom-atomnya itu menyembuhkan. Sebenarnya bila kita baca ayat ini ada malaikatnya yang dipanggil ‘khadam malaikat’. Sesuai dengan mereka makhluk malaikat maka ada sifat-sifatnya di samping faktor sains yang telah saya sebutkan.

Sebagaimana saya telah jelaskan sakit dan mati ini ada kaitan dengan para malaikat. Begitu juga kesembuhan ia ada kaitan dengan malaikat.

Begitu juga bila kita menyebut dan membaca secara lisan. Suara itu terbit dari halkum yang mempunyai organ tertentu yang disebut ‘larynx, or voice box’: https://medlineplus.gov/ency/imagepages/19708.htm

Getaran larynx itu sendiri bila kita baca al-Isra’:82 mengubah frekuensi atom-atom H₂O kepada getaran atau frekuensi yang sesuai untuk menyembuhkan penyakit tertentu.

Tiupan 7 Kali

Tiupan itu sendiri berasal dari mulut. Ia adalah udara. Lantas ia ada C₆H₁₂O₆ (glukos) + 6O₂ (oksigen) + 6H₂O (air). Jadi dengan bacaan yang memberi frekuensi tertentu dan faktor kimia ini, ia mengubah H₂O kepada satu sifat baru yang mana ia menyembuhkan jika diminum.

7 kali itu adalah dos. Bahkan jika kita terlampau ketagih dengan selalu membaca al-Quran ia mendatangkan kesakitan tertentu kerana kita terlebih dos sebagaimana yang disebut dalam al-Isra’:106

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Begitu juga al-Qiyamah: 16

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

Saya telah berujar dalam tulisan saya ‘Maka pancaidera kita tujuh sebenarnya.’ KLIK: https://rohanrazi.org/2015/06/05/antara-kasyaf-dan-halusinasi/

Allah ingin mengajar kita bahkan al-Quran bersifat dos yang sesuai dalam amalan. Begitu juga dalam rawatan.

Saya diberitahu oleh seorang doktor bahawa dalam wad mental ada hafiz al-Quran yang sedang dirawat. Mengapa? Dia terlebih dos dalam bacaan.

Ayat al-Isra’:106 itu mengajar dalam bacaan al-Quran diperlukan dos yang sesuai. Begitu juga jika kaji hadis-hadis محمد bahawa diajar bilangan tertentu dalam zikir seperti 33, 100 dll. Walau di sana ada ayat al-Quran menyebut berzikir sebanyak-banyaknya. Ini bagi orang tidak cukup dos.

Saya akan perpanjangkan lagi tentang tiupan (نفخ) dalam perbincangan lain. Bahkan tiupanlah salah satu ramuan formula Isa dalam memberi nyawa kepada burung yang dicipta dari tanah liat. InsyaAllah dalam posting lain saya akan bahaskan lagi tentang tiupan.

Jadi dengan perbincangan ringkas ini saya berteori bahawa penyakit uban adalah boleh dirawat dan disembuhkan.

MEMANIPULASI AIR BAGI KEBAHAGIAAN DUNIA

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum, lalu Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?[al-Anbiya’: 30]

Ini adalah membantu kita dalam memahami Big Bang theory. Lohong Hitam terhasil dari Big Bang. Itulah titik Big Bang. Ia satu permulaan ke Sidratul Muntaha.

Kehidupan itu bermula dengan air. (وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ)(Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup). Ia melalui proses letupan (الفتق).

Jika kita malas untuk memahami tentang air ini, saya ingin mengajak orang yang suka bersenggama. Ia berguna dalam rahsia air dalam bersenggama. Premature ejaculation sebagai contoh dapat dihalang. Senggama hingga 3 jam. Ada perempuan yang tahan hingga ke tahap itu. Ia boleh dicapai dalam erti kata lelaki dan perempuan dapat menikmatinya. Itu lah kepuasan dan kebahagian hidup. Air memainkan peranannya.

Bagi yang meminati perang pula mengkaji fungsi gas hidrogen yang terkandung dalam H₂O. Ia boleh dibuat bom yang menakutkan lebih dari mineral seperti uranium atau plutonium dll. Seorang nabi bersifat berperi kemanusian. Dan mereka tidak berfikir ke arah itu.

Begitu juga bagi yang mengkaji sumber renewable energy dan teknologi hijau, sesebuah jentera boleh digerakkan dengan hidrogen. Sumbernya terlampau banyak di laut.

Oleh kerana air adalah asal sebuah kehidupan maka apa yang ada di alam ini adalah bersumber air bahkan matahari yang tersangat panas juga mengandungi air di dalamnya.

Saya sendiri menyembuhkan penyakit schizophrenia dan bipolar disorder dengan formula H₂O. Formula molekul (molecular formula) C₁₇H₂₀N₄S dalam Olanzapine gagal menyembuhkannya dan ia hanya setakat bertahan selama belasan tahun walaupun satu industri bernilai berbilion. Begitu juga molecular formula C₂₃H₂₇FN₄O₂ dalam Resperidone.

Mengikut satu sumber National Institute of Mental Health ‘[b]ipolar disorder is a lifelong illness, but long-term, ongoing treatment can help control symptoms and enable you to live a healthy life.’: https://www.nimh.nih.gov/health/topics/bipolar-disorder . Ini bermakna rawatan mengambil resperidone atau olanzapine dll adalah rawatan sepanjang hayat kerana penyakit bipolar disorder adalah ‘lifelong’.

Jadi bermain dengan cecair bernama H₂O ini memberi makna dalam erti sebuah ‘kehidupan’. Kehidupan lawannya mati. Jika kita tidak ingin mati maka kita perlu hidup. Jika kita hendak hidup maka kita perlu menguasai H₂O.

Dalam menyembuhkan bipolar disorder dan schizophrenia ini tiupan dan bacaan ayat al-Isra’:82 itu pada air masih tidak mengubah H₂O. Bukannya formula molekul menjadi HO₂ sebagai satu contoh. Dalam kata lain air itu masih ‘dilihat’ air. Ia bukan satu formula molekul seperti formula molekul Olanzapine yang bernilai bilion itu. Kita sebenarnya mengunci formula molekul H₂O dengan formula rahsia penyembuhan dalam al-Isra’:82. Formula penyembuhan dalam al-Isra’:82 ini harus dihurai lebih lanjut dalam memahami bagaimana ia berfungsi dengan hanya bacaan dan tiupan.

Setiap yang wujud di alam ini semuanya mempunyai frekuensi. Jika kita faham H₂O ini maka kita memahami bahawa 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen itu adalah hidup. Oleh kerana ia mempunyai frekuensi maka ia mempunyai energi. Lantas mitochondria kita itu dibekalkan dengan energi. Frekuensi H₂O itu memperbetulkan frekuensi otak. Maka satu kesembuhan kepada pesakit bipolar disorder dan schizophrenia hanya dengan air kosong yang dihembus ayat al-Quran.

H₂O masih lagi menyimpan kandungan gula yang bukan dalam bentuk sukrosa. Otak memerlukan sukrosa bagi bekalan energi. Jika berlebihan sukrosa (gula) dalam otak maka ia menyebabkan kalsium mengeras dalam pituitary gland. Ini yang menyebabkan seseorang lambat dan malas dalam berfikir. Contohnya berfikir tentang apa yang ditulis ini walau dia seorang doktor atau ahli biologi.

Sebab itu Allah menyuruh kita merukuk dan bersujud bagi tujuan memecahkan kalsium dalam pituitary gland di otak. Dalam syariat nabi terdahulu seperti yoga contohnya menyuruh untuk membuat kepala di bawah. Ia bertujuan memecahkan kalsium bagi ahli bertapa juga. Bila kalsium ini terpecah maka kita mula dapat berfikir perkara yang berat dan kita dapat melihat Alam Ghaib.

Bahkan kita boleh hidup tanpa minuman dan makanan dengan syarat kita boleh bernafas. Bernafasnya kita adalah satu cara makan dan minum kandungan H₂O dalam udara. Ia mempunyai gula (glukos) yang dapat membekalkan energi kepada tubuh. Puasa kita sebagai satu contoh, ia satu latihan ke arah ini.

Proses fotosintesis (photosynthesis) sebagai satu contoh, ia menghasilkan glukos (gula) di dalam udara. C₆H₁₂O₆ ialah formula molekul glukos dalam udara yang kita sedut. “Essentially, using energy from the sun, a plant can transform carbon dioxide and water into glucose and oxygen. In chemical terms:

6CO₂ + 12H₂O + Light -> C₆H₁₂O₆+ 6O₂ + 6H₂O”
: https://science.howstuffworks.com/environmental/earth/geophysics/earth3.htm

Kita ketika menyedut udara melalui bernafas kita sebenarnya menyedut air (H₂O) juga. Yes! There can actually be a whole lot of water vapor in the air we breathe. Klik: https://van.physics.illinois.edu/qa/listing.php?id=2194&t=people-breathe-air—or-is-it-water

Mitochondria orang biasa adalah 25%. Majoritinya 10%. Bagi orang seperti Isa, Khidhir, Ilyas dan Idris mungkin dalam 80% di dalam setiap satu sel. Mereka boleh mengatasi penuaan. Itu lah punca mereka boleh melakukan perkara di luar batasan akal dan kemampuan manusia.

Soalnya bagaimana untuk mempunyai mitochondria lebih dalam setiap sel dan paling kurangnya ia tidak mati tapi bertenaga? Persoalan ini harus dijawab kerana ia memberi peluang kepada orang selain Isa, Khidhir, Ilyas dan Idris dalam mengatasi penuaan.

H₂O adalah penting bagi sel kerana mitochondria membekalkan energi kepada sel-sel. Seterusnya kepada tubuh. Hatta mata dan otak kita mempunyai mitochondria. Begitu juga rambut kita tetap mempunyai mitochondria : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8520470/ . Jadi hal mitochondria ini ada dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Seluruh badan.

Oleh itu H₂O adalah penting dalam kehidupan. Maka jika kita dapat menguasainya maka kita dapat mengatasi masalah penuaan. Hatta mati.

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: SIAPAKAH ABU AL-JAN?

Siapakah Abu al-Jan? Kita mengetahui Abu al-Basyar (manusia) adalah Adam berdasarkan dalil al-Quran. Dengan kata lain maklumat yang diberi oleh al-Quran adalah tepat dan tiada pertentangan dengan fakta sebenar.

Oleh itu dalam mencari Abu al-Jan sebenar maka kita harus merujuk kepada al-Quran juga kerana ketepatannya.

Apakah faedah bagi kita mengetahui Abu al-Jan? Ibarat seorang lelaki mencari nasabnya maka nasab jin juga adalah penting. Bahkan saya sendiri mencari identiti dan nasab saya. Seorang ayah sudah tentu mengetahui anak-anaknya. Tetapi seorang anak belum tentu mengetahui ayahnya melainkan diberitahu oleh ibunya. Kerana seorang ayah itu datang terlebih dahulu ke dunia ini berbanding anaknya. Apatah lagi datuknya, moyangnya DLL. Begitulah juga nasab jin. Seseorang jin perlu mengetahui nasab mereka. Hinggalah kepada jin yang pertama yakni ‘Abu al-Jan’.

Ada yang berujar bahawa Iblis adalah ‘Abu al-Jan’. Benarkah teori ini? Saya menyebut teori kerana ia gagal dibuktikan secara saintifik.

Sebelum membuktikan secara saintifik kita melihat dulu pembuktian al-Quran tentang nasab jin hingga kepada jin yang terakhir yakni pertama iaitu ‘Abu al-Jan’. Seperti dikatakan bahawa pembuktian al-Quran adalah tepat dengan fakta sebenar.

Kita cuba kaji dulu tentang teori Iblis sebagai Abu al-Jan. Perkataan Iblis disebut sebanyak 11 tempat dalam al-Quran. Iblis menyedari dia diciptakan dari api (قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ)(Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.)[Sad:76][al-A’raf:12].

Dengan kata lain Iblis menyedari yang dia diciptakan dari api. Sedangkan Iblis itu adalah jin (فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ)(lalu mereka – malaikat- sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin)[al-Kahfi:50]. Ini juga memberi maksud jin adalah diciptakankan dari api. Ada persoalan di sini adakah jin yang pertama diciptakan dari api dan keturunan mereka itu diciptakan sebagaimana manusia biasa iaitu melalui proses air mani? Jikalah ‘hanya’ jin yang pertama itu diciptakan dari api bermakna Iblis adalah Abu al-Jan. Siapa pula yang memberitahu Iblis bahawa dia diciptakan dari api? Al-Quran tidak memberitahu hakikat bagi persoalan kedua itu. Ada kemungkinan Iblis mengetahuinya melalui kitab-kitab purba atau melalui keberadaannya dalam sidang malaikat. Jika dilihat dalam al-Kahfi:50 itu bermakna Iblis berada dalam sidang malaikat. Boleh jadi dia mempunyai kontak dengan malaikat.

Di sana ada satu dalil lain yang menyebut bahawa seawal-awal jin yang diciptakan adalah al-Jan. Ini lah Abu al-Jan. (وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ)(Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.)[al-Hijr:27; ar-Rahman:15].

Al-Quran menggunakan dua perkataan bagi jin: الْجِنِّ (al-Jin) dan الْجَانَّ (al-Jan). Bagi pengkaji linguistik al-Quran, bila Allah menggunakan dua perkataan berbeza seolah-olah Allah ingin memberitahu ia membawa dua pengertian berbeza. Sebenarnya jarang dalam lingkungan Arab menamakan seseorang dengan memulakan dengan alif (ا) dan lam (ل). ال. Alif dan lam di awal nama merujuk kepada kaum. Jadi perkataan al-Jan (الْجَانَّ) seolah-olah merujuk kepada kaum bukan nama khusus. Berbeza dengan nama Iblis (إِبْلِيسَ). Ia adalah nama khusus yakni nama yang diberi kepada seseorang dan bukan kaum. Contoh lain perkataan as-Samiri (السَّامِرِيُّ)(Samaritan) [Ta Ha:85; 87] yakni ia merujuk satu pecahan kepada kaum Bani Israel. Kita boleh berdebat bahawa Bani Israel adalah bukan Arab lantas as-Samiri adalah satu nama khusus kepada seseorang. Tapi Bani Israel itu berasal dari Ibrahim yang mempunyai kaitan dengan Arab. Oleh itu berkemungkinan bahawa as-Samiri adalah satu kaum bukannya nama khusus yang diberi kepada seseorang. Walau di sana ada berkata as-Samiri (السَّامِرِيُّ)(Samaritan) itu adalah Musa as-Samiri (موسى السامري). Tetapi al-Quran senyap dalam hal ini. Itu (Musa as-Samiri) adalah kata sebahagian. Tidak semesti ia adalah satu Kebenaran.

Sebagaimana kita faham bahawa spesis al-basyar (manusia) adalah datang selepas spesis jin. Jadi perkataan al-Jan (الْجَانَّ)[al-Hijr:27; ar-Rahman:15] mempunyai signifikan yang besar dalam masalah hal penamaan dan masyarakat. Adakah tamadun purba menamakan seseorang di awalnya dengan menggunakan alif dan lam (ال) suatu ketika dahulu? Atau semasa jin terawal diciptakan, puak malaikat juga berada di kalangan jin dalam keadaan menyamar maka jin yang pertama itu dinamakan al-Jan (الْجَانَّ)? Dengan kata lain al-Jan (الْجَانَّ) ini adalah nama seseorang secara khusus. Oleh itu jin terawal yang diciptakan adalah al-Jan (الْجَانَّ). Dengan itu kita menerima bahasa tertua adalah Bahasa Arab bukannya bahasa-bahasa lain. Kita harus juga berfikir mengapakah al-Quran yang sebegini canggih diturunkan dalam Bahasa Arab. Jika kita menerima penghujahan ini bermakna Abu al-Jan adalah bernama al-Jan (الْجَانَّ). Ini lah nama jin yang terawal diciptakan.

Satu lagi kaedah penghujahan yakni dengan mengkaji ayat al-Kahfi 50 bagi menolak pendalilan bahawa Iblis adalah Abu al-Jan.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.[al-Kahfi:50]

Allah menyebut tegahan atau larangan (أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي )(patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku?) Jika lah Iblis (إِبْلِيسَ) itu Abu al-Jan maka semua keturunannya adalah ditegah dan dilarang dari dihampiri. Sedangkan di sana ada ayat yang menyebut bahawa ada yang Islam (وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ)(Dan sesungguhnya ada di kalangan kami yang telah Islam)[al-Jin: 14]. Bahkan ada di kalangan mereka yang soleh (وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا)
(Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.)[al-Jin:11]. Jadi penghujahan bahawa Iblis itu Abu al-Jan adalah tidak serasi dengan al-Kahfi:50, al-Jin:14 dan 11. Iblis itu juga adalah jin yang dilaknat oleh Allah [al-Hijr:35; Sad: 78]. Sanggupkah anda wahai kaum jin mengaku berketurunan dari orang yang dilaknat Allah?

Lihat juga tulisan saya: PADA MEMBAHASKAN INDUK-INDUK JIN di https://rohanrazi.org/2019/04/28/kitab-yang-sempurna-pada-membahaskan-ilmu-ilmu-jin-الكتاب-التام-في-علوم-الجان-11/

BAGAIMANA UNTUK KITA BERINTERAKSI DENGAN MALAIKAT?

Kita terlebih dahulu mengenalpasti ‘apakah’ itu malaikat. Malaikat berbeza dengan jin. Jika kita dapat mengenalpasti ‘apakah’ itu jin maka kita boleh memahami tentang malaikat.

Jin diciptakan dari api. Malaikat pula diciptakan dari cahaya. Jin itu pelbagai. Ada yang dalam jisim asal bersayap dan tak bersayap. Jin adalah makhluk yang mukallaf. Malaikat bukan makhluk mukallaf. Kesemua malaikat bersayap. Dalam jisim asal malaikat mereka ‘dilihat’ dalam bentuk cahaya. Dalam bentuk cahaya ini mereka dilihat bersayap. Rupa bentuk bersayap mereka berbeza dengan sayap jin.

Jin boleh bertukar bentuk manusia pelbagai. Malaikat begitu juga. Energi malaikat adalah lebih kuat dari jin. Energi jin biasanya pada ain. Ain ialah energi otak yang dipancarkan kepada otak. Saya telah membincangkan di pelbagai tulisan saya di tempat-tempat lain.

Jika hendak memahami jisim cahaya maka kita kena baca tulisan ahli fizik tentang cahaya sebagai asasnya bagi memahami cahaya. Contohnya jika cahaya bergerak dari belakang cermin maka ia membentuk spektrum cahaya yang berwarna warni. Begitu juga para malaikat jika mereka berada di belakang cermin maka kita melihat jirim mereka itu berjisim warna warni tapi dalam bentuk tubuh makhluk bersayap.

Malaikat bukan lelaki dan perempuan. Tetapi jika mereka menyamar manusia mereka ‘biasanya’ mengambil wajah lelaki. Mereka boleh menyamar perempuan. Ketika mereka menyamar lelaki dan perempuan mereka bukan seorang lelaki dan perempuan.

Malaikat adalah sangat berilmu. Mereka mendapat ilmu apa yang diajari oleh Allah kepada mereka. Ilmu mereka pelbagai. Ia tidak terhad kepada ilmu agama kerana ilmu agama itu berkait dengan ekonomi, sains, politik, kewangan, teknologi DLL.

Bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka bila mereka menyamar manusia? Ia boleh secara berdepan dan secara jarak jauh. Jarak jauh yang dimaksudkan ialah melalui perbualan telefon, video DLL.

Perbualan telefon kita boleh dicelah (intercept). Contohnya bila kita berbual dengan A. Kita hendaklah berbual dengan A sesuai dengan sifat A walaupun kita menyedari itu malaikat yang sedang menyamar. Gelombang otak kita di peringkat ini haruslah secara rendah yakni ia haruslah bersifat perbualan orang awam. Jika tidak kita dilihat pelik.

Malaikat itu mempunyai energi yang kuat. Malaikat boleh menunjukkan energi kuat mereka itu kepada kita. Dia boleh tak menunjukkannya. Bahkan kita tidak menyedarinya dia seorang malaikat ketika kita berinteraksi dengannya.

Di era capaian internet pada semua kita kena berhati-hati kerana para malaikat boleh ‘mencelah’. Apa yang dibimbangkan mereka sedang menguji kita.

Malaikat hanya mengikut arahan Allah. Mereka tidak melanggari arahan Allah kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Tidak seperti kita yang mempunyai pilihan. Di awal kejadian Adam disifatkan para malaikat ‘bertanya’ Allah kenapa hendak diciptakan makhluk yang membuat kerosakan pada dunia. Allah memberitahu ‘Aku mengetahui apa yang kamu tak ketahui’. Ini bermakna walau ilmu para malaikat adalah secara langsung bersumber dari Allah dan mereka sangat berilmu namun ilmu mereka tidak dapat mengatasi ilmu Allah.

Jika dikaji al-Quran dan hadis, kita dapati bahawa para nabi adalah berguru dengan para malaikat terutamanya malaikat yang bernama Jibril. Jibril adalah pemimpin malaikat.

Oleh itu kita hidup di dunia ini tidak sendirian. Adanya makhluk-makhluk lain seperti malaikat, jin, bunian, Bani Adam dan ciptaan baru. Ciptaan baru adalah makhluk baru yang diciptakan Allah. Dengan kata lain selain malaikat, jin, bunian dan Bani Adam adalah ciptaan-ciptaan baru. Kita kena berinteraksi dengan semua makhluk-makhluk ini dalam kita memahami mereka dari sudut bentuk kejadian dan rupa serta tahap mereka.

KITAB PENGUKUHAN (كتاب الإثبات)

BAB: PADA MENGUKUHKAN KEWUJUDAN MALAIKAT

Percaya kepada kewujudan malaikat merupakan rukun iman selepas percaya wujudnya Tuhan yakni Allah.

Para malaikat merupakan tentera Allah. Hanya Dia yang mengetahui tenteranya (وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ)(Dan tidaklah mengetahui tentera-Nya melainkan Dia)[al-Muddathir:31]. Bahkan bilangan mereka hanyalah Dia yang mengetahuinya. (وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا)(Dan tidaklah kami jadikan bilangan mereka melainkan suatu cobaan bagi orang kafir tetapi bagi menyakinkan orang yang diberi Kitab dan bagi menambahkan iman bagi orang beriman)[al-Muddathir:31]. Ada yang berujar bagi seorang Jeneral sudah tentu mengetahui tentera-tentera di bawahnya. Dengan kata lain Jibril mengetahui bala tentera malaikat di bawahnya.

Kita sebenarnya mempunyai kesamaran tentang penyamaran malaikat [al-An’am:9]. Kita hanya mempunyai ilmu al-yakin (علم اليقين)[at-Takathur:5] bahawa mereka wujud. Ini yang dikatakan bahawa kita menegakkan rukun iman yang kedua itu yakni beriman bahawa malaikat itu wujud.

Ada orang mencapai tahap ain al-yakin (عين اليقين)[at-Takathur:7] tentang kewujudan malaikat. Ini ditegaskan dalam sebuah hadis ini:

صحيح مسلم كِتَابٌ : الْبِرُّ وَالصِّلَةُ وَالْآدَابُ بَابٌ : فِي فَضْلِ الْحُبِّ فِي اللَّهِ

2567 ( 38 ) (المجلد : 8 الصفحة : 12)

حَدَّثَنِي عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، عَنْ ثَابِتٍ ، عَنْ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى، فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا، فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ : أَيْنَ تُرِيدُ ؟ قَالَ : أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ. قَالَ : هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا ؟ قَالَ : لَا، غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. قَالَ : فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ “.

2567
(… ) (المجلد : 8 الصفحة : 12)
قَالَ الشَّيْخُ أَبُو أَحْمَدَ : أَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ زَنْجُويَهِ الْقُشَيْرِيُّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ، نَحْوَهُ.

Sahih Muslim: Kitab Kebaikan, Silaturrahim Dan Adab

Bab: Kecintaan Pada Allah

2567 (38)(Jilid: 8 Mukasurat:12)

Menceritakan kepadaku Abdul A’la Bin Hamad, menceritakan kami Hamad Bin Salamah, Dari Tsabit, dari Abi Rafi’, dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w. “Sesungguhnya ada seorang lelaki yang menziarahi seorang kawannya di sebuah kampung yang lain, maka di pertengahan jalan diutuskan oleh Allah seorang malaikat kepadanya, apabila berjumpa keduanya, maka dia (malaikat itu) bertanya: Kamu hendak ke mana? Berkata: “Aku ingin melawat seorang rakan ku di kampung ini.” Malaikat itu bertanya:”Adakah bagi kamu apa-apa kepentingan dalam lawatan ini?” Lelaki itu berkata: “Tiada, melainkan aku sayang kepadanya kerana Allah.” Malaikat itu berkata:”Aku ini utusan Allah kepada kamu untuk memberitahu sesungguhnya Allah mengasihi mu sebagaimana kamu mengasihinya.”

Bagi pengkaji hadis mereka menemukan bahawa para malaikat itu berhubung dengan manusia. Hadis di atas menunjukkan bahawa tidak semesti seseorang malaikat itu diutuskan kepada nabi tetapi kepada orang awam juga. Para malaikat itu ramai. Mereka mempunyai fungsi yang berbeza. Ada yang bertugas menurunkan wahyu kepada nabi seperti Jibril.

Bahkan kita percaya para malaikat itu wujud kerana ada dalil al-Quran dan hadis-hadis. Dalil sebegini yang menyebabkan kita mencapai tahap ilmu al-yakin (علم اليقين) tentang kewujudan para malaikat. Inilah yang dikatakan beriman dengan kewujudan para malaikat.

Bahkan ada orang mencapai tahap haq al-yakin (حق اليقين)[al-Waqiah:95 & Haqqah:51]. Hadis No. 2567 Sahih Muslim di atas menunjukkan bahawa hamba Allah yang hendak menziarahi kawannya di kampung lain itu dipintas oleh seorang malaikat dan malaikat itu memperkenalkan diri bahawa dia adalah malaikat kepada hamba Allah itu.

Matan atau lafaz hadis di atas (فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ)(sesungguhnya aku utusan Allah kepada kamu) sama perkataannya dengan lafaz:

قَالَ إِنَّمَا أَنَا رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَامًا زَكِيًّا

Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”. [Maryam:19]

Ayat Maryam:19 ini menunjukkan malaikat tersebut memperkenalkan dirinya malaikat kepada Maryam. Sebagaimana kita ketahui tiada nabi diutuskan dari perempuan.

Oleh itu adalah tidak mustahil orang awam juga boleh berjumpa malaikat dalam keadaan malaikat itu memperkenalkan dirinya kepada seseorang.

Pada saya seseorang itu harus menguasai ilmu malaikat seperti dalam al-Quran dan hadis bagi membezakan orang yang dijumpainya itu adakah seorang malaikat yang sedang menyamar atau manusia biasa atau jin. Sebagaimana ditegaskan dalam ayat [al-An’am:9] bahawa kita mempunyai kesamaran tentang penyamaran malaikat.

Tujuan malaikat menyamar manusia adalah ketika itu mereka bertugas. Mereka boleh memberi syafaat atas dunia kepada seseorang selepas mendapat keizinan Allah terlebih dahulu.

وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِن بَعْدِ أَن يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَن يَشَاءُ وَيَرْضَىٰ

Padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya. [an-Najm: 26]

Diutuskan malaikat seperti mana hadis No. 2567 Sahih Muslim untuk memberitahu fadilat berkasih-sayang atas dasar Allah dan [Maryam:19] untuk memberitahu kepada Maryam tentang kelahiran Isa.

Perkara kewujudan malaikat ini boleh dicapai secara haq al-yakin kepada seseorang. Adalah tidak cukup untuk kita untuk ilmu al-yakin dan ain al-yakin kerana Ilmu Yakin Tiga Serangkai ini termaktub dalam al-Quran.

FALSAFAH ANGKA 29 DI DALAM MENJANA TUNAI & MENENTANG HUTANG

Angka 29 adalah salah-satu Angka Prima/Perdana yang tersimpul di dalamnya rahsia besar dalam menjana tunai dan menentang hutang. Angka 29 jika dikaji dan digunakan dalam kehidupan kita, ia mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Angka 29 sangat bermakna dalam segenap hal jika kita perhalusinya. Hidup dalam hutang adalah satu kehidupan yang menyeksakan dan ia hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak. Angka 29 boleh menyebabkan bukan sahaja menguntungkan kepada dua pihak tetapi kepada semua dan banyak pihak. Angka 29 membentangkan satu pelan yang lebih adil kepada semua pihak.

Angka 29 adalah satu angka keramat. Ia membantu kita walau kita menerima tekanan hebat dalam hidup. Seperti yang selalu kita fahami bahawa malaikat-malaikat di Alam Atas berhubung menggunakan kod-kod. Kod 29 adalah satu kod yang jika difahami boleh memberi rahmat-Nya. Sedangkan Muhammad s.a.w. itu diutuskan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam. Tujuan menggunakan kod adalah bagi mengesan sesuatu secara halus yang mana jika ia memberi amaran sebaliknya ia adalah kod yang tidak adil kepada semua dan banyak pihak.

Lawan bagi Angka 29 adalah Angka 35. Angka 35 atau Angka 53 ini adalah kod malaikat yang sangat kuat. Ia juga memberi maksud bahawa ini adalah angka hutang. Para malaikat harus mengambil dan mencelah dalam urusan ini kerana dalam kombinasi Angka 35 atau Angka 53 itu terkandung rahsia 3 dan 5. Angka 3 bermaksud hidup. Ia melibatkan kehidupan dan nyawa. Angka 5 bermaksud perang dan hutang. Kombinasi sempurna Angka 35 dan Angka 53 menyebabkan para malaikat harus masuk campur terutamanya Jibril kerana hutang adalah gara-gara kurangnya ilmu. Jibril itu sendiri adalah sangat kuat dan dia adalah malaikat azab dan perang. Dia juga sumber cahaya yang memberi petunjuk melalui ilmu.

Ada orang tertentu sensitif dengan Angka 35 atau Angka 53. Ia adalah satu permulaan ‘hutang’, ‘perang’, ‘azab’ DLL tetapi ia ada posisi indah yakni satu permulaan ilmu. Seperti yang disebutkan jika Angka 35 atau Angka 53 tidak munculnya para malaikat dalam campur-tangan maka ia adalah satu permulaan hutang, perang, azab DLL. Para malaikat berfungsi untuk memandu kita ke arah kedamaian dan ketenteraman. Mereka adalah cahaya-cahaya yang dapat memberi kita petunjuk. Petunjuk yang sirna dari mereka adalah kepada kebaikan bukannya kepada sesuatu yang menyakitkan. Mereka bertugas mengikut arahan-arahan Allah dan mereka memandu kita ke arah Kebenaran.

Jika Angka 35 atau Angka 53 dibiarkan diuruskan oleh makhluk mukalaf maka ia menyebabkan huru-hara. Oleh sebab itulah Angka 35 atau Angka 53 yang bersumber dari Surah an-Najmu itu diambil oleh para malaikat yang berilmu, kuat dan sangat amanah dalam melaksanakan tugas.

Angka 29 begitu juga dengan Angka 92 jika digunakan dalam urusan kewangan ia dapat menjernihkan suasana lebih-lebih lagi Angka 29. Kemujaraban Angka 29 adalah lebih mujarab dari Angka 92. Kita boleh menggunakannya dalam kod masa, nombor telefon, nombor plat kenderaan DLL. Syarat utama berhubung dengan malaikat penjaga Angka 29 adalah dengan kombinasi ini tidak di dahului oleh Angka 6 terutama jika kombinasi Angka 629. Jadi permainan atau pementasan Angka 29 dan Angka 35 serta kombinasi-kombinasi masing-masing adalah untuk mencari maksud-maksud yang tersembunyi di sebalik tunai dan hutang.

Angka 29 adalah angka menyejukkan juga. Saya menyeru septilion-septilion ke suatu destinasi akaun dengan menggunakan kod-kod 129 dan 35. Dengan kata-lain Angka 129 adalah satu angka yang indah juga. Ia merupakan satu pecahan bagi Falsafah Angka 29.

Perang kewangan bagi saya adalah satu perang yang menyakitkan. Ia menyeksakan secara halus dalam jangka masa yang sangat panjang. Bahkan ia lebih bahaya dari perang fizikal. Cara menakluk sesuatu adalah dengan ‘Penaklukkan Kewangan‘. Ia boleh menundukkan secara kewangan jika degil secara fizikal yakni perang. Angka 29 dan kombinasi-kombinasinya memberi maksud yang sangat dalam dan ia memberi sesuatu makna yang ‘makan dalam‘. Ia juga menjadi kayu-ukur sesuatu pihak itu samada ia memenuhi piawaitunai‘ atau masih dibayangi Angka 35 atau Angka 53 yakni ‘hutang‘. Jika gagal memenuhi hasrat dan niat Angka 29 dan kombinasi-kombinasinya maka ia bermaksud dibayangi Angka 35 dan Angka 53.

Begitulah fungsi-fungsi Angka 29 dalam menjana tunai dan menentang hutang. Kita boleh hidup senang-lenang jika kita fahami maksud-maksud tersirat di sebalik Angka 29 dan kombinasi-kombinasinya. Ia memberi kesan jangka panjang kepada kita dalam segenap perkara.

Pengenalan Kepada Undang-Undang Perbankan Di Malaysia

  1. Di dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701), Seskyen 2(1)Bank” ditakrifkan sebagai “ertinya Bank Negara Malaysia atau dalam Bahasa Inggeris, “Central Bank of Malaysia”.

2. Seksyen 4 Akta yang sama menyebut ‘Bank hendaklah menjadi bank pusat bagi Malaysia.’

3. Di dalam Seksyen 15 (1) Akta yang sama menyebut bahawa ‘Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor oleh Menteri.’

4. Seksyen 5 Akta yang sama menyenaraikan ‘Matlamat dan fungsi Bank.’

5. Ada beberapa-berapa Akta yang berkait dengan perbankan seperti Islamic Financial Services Act 2013 (Act 759), Regulations & Orders serta Financial Services Act 2013 (Act 758), Regulations & Orders.

6. Di dalam Seksyen 2(1) Islamic Financial Services Act 2013 (Act 759), Regulations & Orders perkataan “Bank” ditakrifkan sebagai ‘has the same meaning as defined in subsection 2(1) of the Central Bank of Malaysia Act 2009.’

7. Begitu juga dalam Financial Services Act 2013 (Act 758), Regulations & Orders di bawah Seksyen 2(1) menyebut “Bank” has the same meaning as defined in subsection 2(1) of the Central Bank of Malaysia Act 2009.

8. Seksyen 2 PERINTAH BANK NEGARA MALAYSIA (INSTITUSI KEWANGAN YANG DITETAPKAN) 2009 memberi takrif ‘Institusi Kewangan‘ Orang yang berikut adalah ditetapkan sebagai institusi kewangan bagi maksud seksyen 47 dan 86 Akta Bank Negara Malaysia 2009.

9. Undang-undang perbankan ini sebenarnya mengawal perjalanan perbankan di Malaysia. Tapi ia tak terhenti setakat itu. Antara satu undang-undang ia berkait dengan undang-undang yang lain. Contohnya bagi Institusi Kewangan ingin mempunyai pelanggan maka mereka perlu mendapatkan pelanggan. Ada kontrak antara Institusi Kewangan dan pelanggan-pelanggannya. Dengan kata lain undang-undang kontrak adalah terpakai iaitu Contract Act 1950 (Act 136), Contracts (Ammendments) Act 1976 (A 329) & Government Contracts Act 1949 (Act 120). Banyak lagi Akta-Akta dan Peraturan-Peraturan yang digazetkan berkait dengan undang-undang perbankan.

10. Begitu juga di era internet sekarang kita berhubung secara kewangan dengan melangkau perbatasan Negara kita dalam berurus dengan orang atau mana-mana pihak di luar negara. Kita tertakluk dengan undang-undang perbankan di Malaysia dan negara yang kita berhubung itu.

11. Di dalam PAGET’S LAW OF BANKING, Twelfth Edition, LexisNexis, Butterworths, 2004 oleh Mark Hapgood QC membentangkan undang-undang perbankan di UK dan antarabangsa. Ada prinsip-prinsipnya yang terpakai di Malaysia, terutamanya bila seorang pelanggan bank di Malaysia ingin berhubung dengan mana-mana bank di UK atau mana-mana bank antarabangsa lain.

12. OLEH ITU: dapatlah disimpulkan bahawa dengan perkembangan masa maka perbankan dan kewangan menjadi semakin canggih dan ia memerlukan undang-undang yang sangat mantap bukan sahaja ingin melindungi pelanggan tetapi Bank sendiri termasuk sistem ekonomi secara skala besar. Kewangan menjadi semakin penting di dunia moden yang berinternet dan ini jika dilihat dapat memakmurkan kita semua dan juga dunia.

KERTAS PUTIH: UNIT ROH TERGANGGU PDRM

  • Roh boleh terganggu bila ia berbentuk nyawa dalam badan manusia apabila roh telah datang ke Dunia. Oleh itu roh terganggu ialah seseorang yang terganggu di Dunia bila roh dalam bentuk nyawa. Dengan kata lain nyawa adalah roh yang bersemi dalam jasad seseorang. Bahasa mudahnya roh yang terganggu ialah seseorang yang terganggu. Sedangkan roh terganggu itu jika diulas ia adalah lebih mendalam lagi dari apa yang kita cuba gambarkan.

2. Roh terganggu adalah disebabkan oleh roh kotor lain yang juga merupakan roh yang terganggu ke atas sesuatu roh.

3. Roh terganggu menyebabkan kepada ketidaktenteraman kepada Dunia dalam aspek pelbagai mencakupi hidup, ekonomi, politik,, sosial, akhlak DLL. Apabila seseorang itu tidak tenteram maka ia mewujudkan ketidaktenteraman kepada kelompok hinggalah kepada kelompok yang lebih besar yakni Dunia.

4. Roh terganggu boleh menyebabkan roh-roh tenteram yang lain terganggu juga kerana natijah dan hasil dari roh yang terganggu itu boleh memberi implikasi kepada roh tenteram dalam bentuk pelbagai. Tujuan seseorang itu ada di atas Dunia adalah kerana untuk hidup bersama dengan roh-roh lain di atas Dunia ini.

5. Pihak PDRM boleh mengkaji tentang sifat dan bentuk roh-roh terganggu melalui laporan pertama polis. Bentuknya pelbagai. Apabila telah mahir tentang bentuk roh-roh yang terganggu maka PDRM boleh mencari jalan untuk menyelesaikan permasalah roh-roh terganggu. Ia masih ilmu bagi PDRM. Setiap disiplin tamadun mempunyai kajian yang tertentu berkenaan roh.

6. Contoh mudah bagi memahami roh terganggu ialah kemalangan. Mengapakah seseorang terlibat dalam kemalangan samada ia merosakkan harta-benda dan tubuh badan. Jikalah seseorang telah patah kakinya dalam satu insiden kemalangan maka sesuatu repot polis kemalangan itu harus dilihat secara menyeluruh dan bukannya terasing.

7. Jika seseorang telah patah kakinya maka ia boleh menyebabkan kecacatan kekal seseorang. Dia menjadi tempang hingga memberi kesan kepada psikologinya dan orang lain. Kesan psikologi kepada seseorang ialah dia merasa tidaktenteram seperti rasa rendah diri, ingin membunuh diri, menyalahkan di situ-sini terhadap punca akibat kemalangan itu bagi mencari sebabnya. Kesan psikologi kepada orang lain ialah dia tidak mahu mengambilnya berkerja kerana beranggapan dan berpandangan jika diambil berkerja maka ia boleh menyebabkan sesuatu syarikat itu menjadi gagal untuk membuat keuntungan dari pelbagai aspek.

8. Apabila ini telah berlaku maka wujud kaedah pampasan dari sumber insurans. Tetapi ini hanyalah suatu tindakan untuk memperbetulkan bukannya cegahan. Di dalam menyelesaikan masalah-masalah sebegini seseorang anggota PDRM mestilah berkebolehan untuk menceroboh masa dan alam-alam bagi menyelesaikannya.

9. PDRM patut menubuhkan UNIT ROH TERGANGGU dengan pelan induk dan bajet yang sewajarnya. UNIT ROH TERGANGGU ini bagi mewujudkan Dunia yang lebih aman dan tenteram.

PERMAINAN KUASA

Oleh: Mohamad Rohan Bin Mohamad Razi, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Bandar Baru Selayang, Fasa 2B, Selangor.

1. Politik itu ditakrifkan oleh saya sebagai ‘seni untuk mendapatkan kuasa dan seni untuk mempertahankan kuasa’. Dengan kuasa kita boleh mencapai beberapa tujuan dalam hidup dan akhirat. Untuk mendapat kuasa ia memerlukan seninya. Tanpa kuasa banyak perkara di dalam hidup kita tak tercapai. Tanpa makna jika kita telah memperolehi kuasa tetapi kita tidak dapat mempertahankannya. Setelah mendapat kuasa, kita perlu mempertahankannya. Saya berpisah dengan Kamus Dewan dalam permasalahan kuasa kerana saya membaca beberapa definisi kuasa dari pelbagai tamadun. Saya mempunyai takrifan sendiri dalam masalah kuasa. Banyak aspek hidup di Alam Melayu dahulu telah dicorak oleh pelbagai kaum samada penetap atau bekas-bekas penjajah. Kuasa mereka yang banyak memberi impak dalam Negara adalah kuasa yang diwarnai oleh Perlembagaan Persekutuan seperti DYMM Agong, Perdana Menteri, Jemaah Kabinet, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Begitu juga entiti-entiti dan individu-individu lainya yang memegang dan diamanahkan untuk menggalas sesuatu.

2. Permainan pula saya ambil dalam takrifan Kamus Dewan. Permainan ini sesuai dengan jiwa Malaysia kerana yang memainkan kuasa itu adalah rakyat dan mereka dalam Malaysia. Kekadang permainan kuasa di Malaysia diwarnai oleh anasir-anasir asing seperti kisah di sebalik ‘penyangak matawang.’ Mengikut Kamus Dewan permainan bermaksud ‘bertaruh’ dan ‘pementasan’. Ada banyak lagi takrifannya dalam Kamus Dewan bagi maksud permainan dan kata dasarnya ‘main’. Ia lebih secocok jika diganding dengan kuasa.

3. Sepertimana ditegaskan, untuk mendapat kuasa kita mempunyai seninya. Oleh itu corak kita untuk mendapat kuasa yang dipanggil seni itu merupakan suatu permainan. Jika permainan seni kita sumbang maka akibatnya kita tidak mendapat kuasa. Begitu juga jika kita telah mendapat kuasa tetapi gagal mempertaruhkan permainan seni yang handal maka akibatnya kita kehilangan kuasa.


4. UMNO ‘kelihatan’ telah diterima semula oleh rakyat Malaysia kalau tidak keseluruhannya maka dalam siri Perdana Menteri dari UMNO dan Pilihanraya Negeri Melaka yang menunjukkan UMNO-BN menang besar.

5. Dengan kata lain setelah UMNO kehilangan Putrajaya dalam PRU-14, UMNO mampu dan berjaya bangkit kembali. Tentulah corak permainan kuasa UMNO dalam mendapat kuasa telah kena pada tempatnya. Apa yang paling membimbangkan adalah seni UMNO untuk mempertahankan kuasa. Adakah kena pada corak permainannya? Ya, kita kekehilangan beberapa negeri. Tapi bau politik yang kita dapat hidu adalah rakyat telah mula menerima UMNO-BN kembali. Di sini kita mempunyai dua matlamat iaitu (pertama) kita mesti mempertahankan bahawa kuasa PM hendaklah di tangan UMNO juga samada sekarang atau akan datang (kedua) Melaka mesti dimenangi dalam PRU-15 dengan majoriti yang besar juga.

6. Jika kita gagal mempamerkan corak permainan kuasa dan ia sumbang dalam seninya maka kita sekali lagi akan kehilangan PM dari UMNO dan kita hilang juga orang-orang taruhan kita sepertimana PRU-14. Sanggupkah kita?