TEKNOLOGI “STEALTH“, “HALIMUNAN” DAN “SEPANTAS KERDIPAN MATA”

1. Stealth ditakrifkan oleh Kamus Dewan 4 sebagai “senyap-senyap”. Manakala di dalam Oxford Dictionary of English pula mentakrifkan “stealth” sebagai [chiefly of aircraft] designed in accordance with technology which makes detection by radar or sonar difficult. Setakat ini, menurut buku Introduction to RF STEALTH oleh David Lynch, Jr. 2004 SciTech Publishing Inc., ada pada F-117A stealth attack fighter dan B-2 stealth bomber. Manakala teknologi “sepantas kerdipan mata” belum dimiliki oleh mana-mana negara lagi dalam dunia melainkan peninggalan sejarah iaitu di waktu Sulaiman a.s. memerintah dahulu yang disebut (أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ)(“Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!”)[an-Namlu:40]. Ayat lain pula menyebut (وَمَا أَمْرُنَا إِلَّا وَاحِدَةٌ كَلَمْحٍ بِالْبَصَرِ)(Dan hal Kami, hanyalah satu cara sahaja, seperti sekelip mata)[al-Qamar:50] atau (أَوْ هُوَ أَقْرَبُ)(atau ia lebih cepat lagi)[an-Nahlu:77]. Ayat al-Qamar:50 dan ayat an-Nahlu:77 HANYA Kudrat Allah. Manakala kecepatan dalam an-Namlu:40 “sekelip mata” pernah dicapai zaman Sulaiman a.s.

2. Kita cuba mengupas dahulu tentang teknologi sepantas kerdipan mata. Berbanding teknologi stealth adalah teknologi pergerakan yang tidak dapat dikesan. Oleh itu teknologi sepantas kerdipan mata lagi tinggi dari teknologi stealth. Apatah lagi jika ia digabungkan kedua-duanya iaitu teknologi stealth dan teknologi sepantas kerdipan mata. Setahu kita teknologi cahaya yang terpantas adalah kelajuannya dalam satu hari lebih laju dari 50,000 tahun yang kita kira. Dalilnya: (تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ)(Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan ar-Roh ke pusat pemerintahanNya pada dalam satu hari adalah kadarnya 50,000 tahun)[al-Ma’arij:4]. Malaikat diciptakan dari cahaya. Oleh itu kelajuan cahaya (malaikat) adalah 18,250,000 kali ganda lebih laju dari pergerakan objek lain dalam satu saat. Tetapi teknologi sepantas kerdipan mata adalah lebih laju lagi jika dianggarkan pada masa berlaku peristiwa arasy Ratu Saba’ sejauh (anggaran) : (Yaman ke Jerusalem) iaitu lebih kurang 2265.24 kilometer x 2 (pergi balik) = 4530.48 KM. Mungkin (الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ)(orang yang padanya ilmu dari al-Kitab)[an-Namlu:40] itu menggunakan dan bertawasul dengan malaikat kerana kelajuan cahaya (malaikat) adalah 18,250,000 kali ganda lebih laju dari pergerakan objek lain dalam satu saat.

3. Seterusnya adalah teknologi stealth iaitu teknologi senyap-senyap atau halimunan yang tidak dapat dikesan oleh radar. Teknologi ini bersumber dari al-Quran iaitu (صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ)(mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya)[al-Baqarah:171].

4. Persoalannya bagaimana kita mahu menterjemah kod-kod al-Quran kepada pengiraan sains? Kita memerlukan pengiraan matematik atau lebih tepatnya falsafah matematik kerana al-Quran itu mempunyai falsafah nombor-nombornya terutama angka-angka prima. Stealth bukan setakat “senyap-senyap” (صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ) tapi “membingungkan” (لَا يَعْقِلُونَ). Manakala “171” adalah kod malaikat. Tetapi bagaimana untuk menterjemahkan secara formula sains dan matematik sehingga terhasil ciptaan yang senyap-senyap dan membingungkan? Melalui buku Introduction to RF STEALTH oleh David Lynch, Jr. 2004 SciTech Publishing Inc., teknologi ini ada pada F-117A stealth attack fighter dan B-2 stealth bomber. Dengan kata lain ia boleh dicapai. Ia penuh dengan formula sains dan matematik termasuk kejuruteraan.

5. Kita beralih kepada teknologi sepantas kerdipan mata. Teknologi ini hanya dapat dilakukan dengan bantuan malaikat. Tetapi jika (صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ) itu boleh diterjemahkan secara teknologi stealth mengapa tidak teknologi sepantas kerdipan mata boleh diterjemah secara formula matematik dan sains serta kejuruteraan.

6. Teknologi halimunan pula adalah berbeza dengan teknologi stealth walau hampir sama kerana teknologi halimunan lagi tinggi dari teknologi stealth. Teknologi halimunan adalah teknologi ghaib pada bahasa mudah. Ia bersumber kepada ghaibnya malaikat (لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ مَلَكٌ وَلَوْ أَنزَلْنَا مَلَكًا لَّقُضِيَ الْأَمْرُ ثُمَّ لَا يُنظَرُونَ)(Jika Kami turunkan seorang malaikat nescaya dia akan melaksanakan sesuatu urusan kemudian tidak dapat dilihat)[al-‘An’ām:8] dan jin (إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ)(Sesungguhnya dia melihat kamu, juga kabilah-kabilahnya, dari sudut kamu tidak dapat melihat mereka)[al-A’rāf:27]. Teknologi halimunan boleh menembus batasan yang mempunyai ruang melainkan objek ‘nano’. Setakat ini teknologi halimunan belum dicipta lagi.

7. Al-Quran memberi idea bahawa wujud idea-idea secara praktikal bahawa stealth boleh dan telah dicapai manusia. Maka teknologi halimunan sebagai lanjutan teknologi stealth juga boleh dicapai. Begitu juga dengan teknologi sepantas kerdipan mata juga boleh dicapai jika kita tahu cara untuk memecah kod-kod al-Quran. Mungkin setiap huruf al-Quran itu mempunyai nilai nombor. Boleh jadi di zaman Sulaiman a.s. itu ‘Orang yang padanya ilmu dari al-Kitab’ itu mengamal zikir-zikir yang menggerakkan malaikat untuk memberi syafaat atau mungkin juga wujud rekaan atau ciptaan alat bersumberkan ilmu dari al-Kitab maka arasy Ratu Saba’ dapat dipindah dengan ‘teknologi sepantas kerdipan mata.

8. Teknologi stealth, halimunan dan sepantas kerdipan mata bukan setakat penting dalam penciptaan jet-jet pejuang dan pengebom tetapi juga untuk membina pesawat bagi meneroka angkasa lepas. Teknologi sepantas kerdipan mata adalah teknologi untuk meneroka angkasa lepas dengan kepantasan cahaya yang mana jika objek biasa dapat bergerak mengambil masa 50,000 tahun atau 18,250,000 hari tetapi dengan teknologi sepantas kerdipan mata hanya mengambil satu hari. Juga teknologi halimunan adalah penting untuk mengelak bukan setakat dari dikesan namun juga agar dapat menembus objek fizikal selain objek nano.

9. Kita harus mencari jalan untuk menterjemahkan idea-idea al-Quran secara sains dan matematik serta kejuruteraan agar teknologi-teknologi yang dikemukakan oleh al-Quran boleh dicapai. Tak mustahil ia boleh dicapai kerana teknologi stealth telah dicapai.

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

وَمَا أَمْرُنَا إِلَّا وَاحِدَةٌ كَلَمْحٍ بِالْبَصَرِ

Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.

وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلَّا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلَّا دُعَاءً وَنِدَاءً صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ مَلَكٌ وَلَوْ أَنزَلْنَا مَلَكًا لَّقُضِيَ الْأَمْرُ ثُمَّ لَا يُنظَرُونَ

Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya? ” padahal kalau Kami turunkan malaikat nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman), kemudian mereka tidak diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).

يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

BAHAYA TAKSUB

1. Taksub adalah sangat bahaya untuk menjadi anutan dan pengamalan seseorang. Ia boleh memakan diri. Ia boleh menyebabkan kesesalan yang tak sudah-sudah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Oleh itu kita harus berhati-hati dari menganut dan mengamalkan ketaksuban. Kita harus berfikir sejenak samada “Adakah aku taksub dalam hal ini?”.

2. Taksub atau dieja sebagai “taasub”, mengikut Kamus Dewan, adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “Kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seorang”. Ia juga bermaksub fanatik. Mereka adalah golongan melampau atau “ghulu”, dalam Bahasa Arabnya. Sedangkan Islam itu mengambil jalan pertengahan.

3. Seseorang yang taksub akan mengambil jalan mengiayakan segala apa yang menjadi anutannya dan pengamalannya. Jika dia taksub dengan seseorang maka dia akan mempertahankan orang itu bermatian walaupun orang itu menyuruhnya kepada sesuatu yang salah. Taksub juga boleh menyebabkan seseorang menjadi jumud kerana dia tidak terbuka untuk pendapat yang berbeza dan baharu.

4. Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa orang yang taksub dengan datuk-nenek mereka walaupun anutan dan fahaman datuk-nenek mereka adalah sesat [al-Baqarah:170; al-Maeda:104; al-Anaam:148; al-Araf:28:70:95:173; Yunus:78; Hud:62:87; Ibrahim:10; an-Nahl:35; al-Anbiya’:53; al-Mumenoon:24:83;al-Shuara:74; al-Naml: 67:68; al-Qasas: 36; Luqman: 21; az-Zukhruf:22:23;ad-Dukhan:36;al-Jathiya:25]. Orang yang taksub biasanya menolak idea-idea yang baharu. Sedangkan untuk ke depan atau maju ia memerlukan idea-idea yang baharu.

5. Untuk tidak taksub bukanlah bermaksub mesti mencampak kesemua idea-idea atau anutan lama tetapi fikiran haruslah terbuka untuk menilai idea-idea atau anutan baharu. Dengan itu idea-idea atau anutan baharu itu boleh menguak kepada hidup yang lebih ke depan. Ia juga menyebabkan hidup seseorang akan berubah dan memberi impak kepada masyarakat untuk berubah.

6. Al-Quran memberi peringatan tentang sesalan yang bakal terjadi apabila terlampau taksub kepada pemimpin-pemimpin yang menjurus kepada kesesatan [al-Ahzab:67]

7. Hal ketaksuban juga berlaku di dalam Islam, betapa banyak idea-idea yang lama sudah tidak boleh digunakan contohnya fiqh yang memerlukan idea-idea yang baharu untuk umat Islam ke depan. Namun ada idea-idea fiqh ulamak silam yang masih terpakai dan sesuai untuk umat Islam zaman moden. Biasanya pandangan-pandangan ulamak yang lebih terkehadapan atau melangkau zamannya akan dikritik oleh golongan fanatik Islam. Ini disebabkan oleh anutan mereka yang taksub dengan idea-idea jumud.

8. Fanatik atau taksub juga merentas setiap anutan agama bukan sahaja di dalam Islam. Setiap agama ada golongan yang taksub. Begitu juga merentas setiap disiplin ilmu dan hal. Taksub ini samada penganutnya mengetahui mendalam dalam sesuatu hal lantas mereka malas untuk menguak akal mereka berfikir lain lantas menganut lain fahaman atau mereka hanya mengetahui sedikit tentang sesuatu lantas mereka perpendapat inilah pendapat yang betul.

9. Taksub juga boleh menyebabkan ketidak-tenteraman dalam hidup bermasyarakat. Mereka yang taksub boleh bertindak ganas bagi mempertahankan anutan dan apa yang mereka bawa walau salah. Taksub tidak salah jika apa yang dianuti itu betul. Namun ia boleh menyebabkan seseorang sukar mendapat sahabat dan hidup bermasyarakat kerana mereka merasa hanya mereka yang betul. Jadi mereka hanya bergaul dengan kelompok picisan mereka. Ini menyebabkan kepada ketidak-terbukaan hidup dalam bermasyarakat.

10. Dengan tidak taksub, seseorang akan berpeluang untuk mempunyai kawan yang lebih ramai kerana mereka meraikan pendapat yang tidak sama dengan  mereka. Ia juga membolehkan debat tentang sesuatu bagi mencari kebenaran. Masyarakat akan mendapat faedah jika ilmuan menjadi tidak taksub dengan pandangan mereka. Dakwah boleh tersebar luas. Hanya yang dungu dengan pendapat yang jumud sahaja menjadi tidak maju.

11. Jika orang yang taksub tersingkir dari kelompok picisannya akibat dari dia sendiri yang taksub dengan golongannya dia akan menjadi ‘kera sumbang’ kerana dia telah dari awal-awal menolak pandangan dan haluan orang lain. Ini satu lagi faktor bahayanya taksub. Ia adalah perkara yang tidak sihat di dalam kehidupan seseorang sebagai individu dan masyarakat. Oleh sebab itulah al-Quran menentang keras ketaksuban.

12. Di dalam perkampungan dunia yang menjadi lebih rapat sekarang kerana wujudnya internet dan pengangkutan yang mendekatkan umat maka ia menyebabkan idea-idea dan anutan-anutan pelbagai menjadi lebih hampir dengan seseorang bahkan hanya disetiap ketikan jari pada komputer atau hanset. Orang yang taksub menjadi tidak relevan dalam dunia maklumat terutamanya selepas ia telah dikupas dan dibahas dengan terperinci dalam maya. Jika kita tertinggal itu adalah sebab kita bukan kerana setiap perkara belum matang. Maka berlapang dadalah dan kuak fikiran dalam menerima idea-idea baharu dalam kehidupan bermaklumat sekarang.