GHANIMAH POLITIK: ANTARA HAK & KEBATILAN

1. Saya pernah ditanya tentang komisyen-komisyen yang diambil oleh ahli-ahli politik yang menang dalam pilihanraya dan berjaya menubuhkan Kerajaan. Saya kata negara-negara maju lain seperti USA juga berlaku hal ini seperti pemberian kontrak persenjataan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik Amerika. Saya sebut ia merupakan ‘ghanimah’. Mereka jawab ini berlaku zaman Rasulullah bila tamat perang dan dapat harta-harta rampasan perang. Saya kata ‘perang politik’, jika tidak ia akan membibitkan ‘terrorisme’. Amat tidak sesuai dengan suasana di Malaysia.

2. Di dalam Kamus al-Ma’āni (المعاني) perkataan ghanimah (غنيمة) berasal dari kata dasar غَنِمَ bermaksud فاز به (telah berjaya dengannya). Bahasa mudah dalam konteks Malaysia ialah parti yang telah menang pilihanraya. Wujudkah ghanimah politik?

غَنِمَ: غَنِمَ الشيءَ غَنِمَ غَنْمًا: فاز به.|غَنِمَ الغازي في الحرب: ظَفِرَ بمال عدوّه.، وفي التنزيل العزيز: الأنفال آية 69فَكُلُوا مِمَّا غَنِمْتُمْ حَلاَلاً طَيِّبًا ) ) .

3. Kita telah menyaksikan sejak sekian lama samada dalam negara tercinta atau di luar negara apabila sesuatu parti itu menang pilihanraya maka akan ada isu selepas pembahagian hasil kerajaan kepada sekutu-sekutu parti yang menang sehingga timbul istilah-istilah seperti kronisma, nepotisma, kleptokrat DLL. Sehingga mencalar reputasi individu dan parti yang menang itu. Bahkan menumbang kerajaan yang berpaksi kepada parti yang menang.

4. Persoalannya haruskah diperluaskan konteks atau bolehkah kita mentakrifkan wujud ghanimah politik? Dengan kata lain amalan sesuatu parti yang menang pilihanraya itu boleh membahagikan hasil kekayaan negara kepada sekutu-sekutu dan mereka yang rapat dengan mereka. Maka tiada istilah kronisma, nepotisma, kleptokrat DLL. Jika dirujuk dalam tafsir-tafsir muktabar seperti At-Thabari, Ibnu Kathir DLL ghanimah hanya dikaitkan dengan perang bersenjata atau al-qitāl (القتال). Bolehkah kita memperluaskan konsep perang bersenjata kepada perang politik? Bahkan jika dirujuk secara harfiah ayat-ayat al-Quran yang mempunyai kaitan dengan ghanimah tidak menyata pun bahawa ia adalah perang bersenjata.

5. Jika dirujuk kepada pengistilahan dalam Kamus al-Ma’āni; ghanimah adalah (ظَفِرَ بمال عدوّه)(apa yang diperolehi dari harta musuhnya). Tetapi dalam perang politik; bukan harta musuh yang menjadi isu tetapi harta kekayaan negara seperti jawatan, projek dan peluang-peluang perniagaan DLL. Ini yang menimbulkan tandatanya kerana tiada suatu undang-undang yang jelas dan nyata menghalangnya. Jika dirujuk kepada Perlembagaan Malaysia parti yang menang berhak kepada jawatan Perdana Menteri, menteri-menteri dan lain-lain jawatan. Undang-undang yang jelas hanya menyatakan jika berlaku rasuah maka ia suatu perlanggaran kepada undang-undang yang boleh didakwa di Mahkamah. Adalah suatu yang mantap bahawa rasuah secara teorinya adalah salah menurut undang-undang Malaysia. Ia adalah untuk ‘kesihatan‘ kepada ekonomi negara. Tapi ini hanya kepada rasuah bukan kepada ghanimah perang.

6. Maka kita perlu mewujudkan batas-batas antara ghanimah politik (jika ia diharuskan) dengan rasuah sebagai satu contohnya. Kita bukan ada ghanimah tetapi juga fai dan khumus. Dalam hadis-hadis banyak lagi sistem pendapatan yang berkait dengan perang (perang politik?). Oleh itu dari mana hendak kita mulakan tentang keharusan ghanimah politik; jika ia wujud.

7. Negara kita adalah salah menegakkan kerajaan secara perang. Pilihan yang ada kepada kita ia secara politik kepartian. Saya telah bahaskan tentang konsep kepartian bahawa ‘[t]eori kepartian moden diasaskan oleh Barat menekankan kepartian politik. Sedangkan konsepsi kepartian dalam al-Quran lebih menekankan tentang aqidah dan nilai-nilai kerohanian.’ Dengan kata lain dalam iklim negara kita teori kepartian yang diasaskan oleh undang-undang kepartian moden harus menekankan tentang ‘aqidah dan nilai-nilai kerohanian‘. Samada kerajaan yang memerintah telah melanggar prinsip ini serta di eranya rasuah bermaharajalela. Oleh itu jika wujud pencemaran ini dalam parti yang menjadi tunjang kepada negara atau kerajaan maka ia wajib dijatuhkan secara politik. Oleh itu timbulnya perang politik yang mengharuskan ghanimah politik.

8. Perkara seterusnya yang harus diambil kira adalah permasalahan fiqh ghanimah. Harus ada studi khusus tentang perkara ini. Suasana dan iklim negara khususnya dan dunia amnya telah berubah. Maka hukumnya telah berubah. Jika tidak hukum-hakam dalam Islam menjadi tidak relevan lagi. Ia bukan hukum-hakam Islam tidak pragmatik tetapi para mujtahid Islam dihantui kelesuan minda.

9. Harus ada kajian khusus tentang fiqh ghanimah dalam suasana dan iklim dunia yang telah berubah. Namun kita tidak menafikan teori ghanimah secara perang bersenjata kerana itu wujud jika ayat-ayat al-Quran ditafsir secara literalis. Jika ditafsir secara figuratif maka inilah yang menjelma iaitu ghanimah politik.

10. Islam adalah sesuai di setiap masa dan tempat. Kita harus meletakkan Islam pada tempatnya yang sesuai terutama dalam masalah kenegaraan yang melibatkan kekhalifahan. Tujuan kita datang ke dunia adalah kerana hadaf amanah dan khalifah. Kenegaraan secara skala besarnya menyentuh setiap aspek hidup mereka dalam negara termasuk pemimpin-pemimpin dan kesemua rakyat. Konsep ghanimah harus dicerna dalam suasana persekitaran dan dinobatkan bahawa Islam lah juara dalam segenap hal. Ia sudah menjadi kemestian bagi orang yang memperjuangkan Islam.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنفَالِ قُلِ الْأَنفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ (الأنفال: 1)

Artinya: “Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang, Katakanlah: “Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul”. [Al-Anfal: 1]

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ (الأنفال: 41)

“Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil”. [Al-Anfal: 41]

وَمَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْهُمْ فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ وَلَا رِكَابٍ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُم (الحشر: 6-7)

“Dan apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kudapun dan (tidak pula) seekor untapun, tetapi Allah yang memberikan kekuasaan kepada Rasul-Nya terhadap apa saja yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”. [Al-Hasyr: 6-7]

Peranan diplomasi Islam dalam menguatkan kedudukan ummah

1. Ilmu diplomasi bukanlah sandaran dari Barat semata-mata tapi berpunca dari ilmu dalam al-Quran.

2.Dalil ini dapat dilihat di dalam ayat ini:

Surah Al-Anfal, Verse 61:
وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Melayu)

via iQuran

3. Perkataan “as-salm” atau “السلم” atau “perdamaian” adalah difahami sebagai “diplomasi” dalam ilmu kenegaraan moden.

4. Di Barat ilmu ini telah matang sehingga ada yang menyifatkannya sebagai softpower. Manakala kekuatan persenjataan pula disifatkan sebagai hardpower.

5. Di dalam surah yang sama ayat ke-60 menunjukkan hardpower juga memainkan peranan penting dalam urusan kenegaraan:

Surah Al-Anfal, Verse 60:
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
(Melayu)

via iQuran

6. Quwwah atau قوة  atau kekuatan adalah hardpower yang dimaksudkan. Di dalam Islam ada satu topik khusus yang membahaskannya iaitu “jihad”.

7. Bagi saya dalam pengertian moden jihad hanya milik negara bukan individu atau satu kumpulan dalam bentuk kekuatan ketenteraan dan kepolisan. Jika kita mentafsirkannya milik individu dan satu-satu kumpulan maka ditakuti akan wujudnya ketidakbertanggungjawaban dan huru-hara. Namun di dalam negara yang masih belum jelas keislamannya ia adalah kemestian.

8. Kembali kepada diplomasi. Di dalam negara ahli-ahli politik adalah ibarat diplomat dalam negara kerana mereka mengambil pendekatan muwaajahah silmiyyah atau مواجحه السلمية bukannya kekuatan persenjataan dalam menegakkan ideologi mereka.

9. Mari kita sama-sama melihat bagaimana pentingnya diplomasi dalam jatuh-bagunnya sesebuah negara. Kita lihat sahaja bagaimana Empayar Othmaniyyah dirungkai melalui Berlin Memorandum.“But know Disraeli was the Prime Minister, and he interpreted the Berlin Memorandum as the first step towards dismantling the Ottoman Empire to the exclusion of the Great Britain.” Henry Kissinger: Diplomacy

10. Sebuah empayar yang besar pun boleh terungkai dengan teori as-salm atau diplomasi. Begitulah pentingnya softpower dalam urusan kenegaraan.

11. Di antara ilmu yang ditekankan dalam diplomasi adalah ilmu berunding. Jika gagal perundingan ia boleh mencetuskan peperangan. Seorang diplomat yang baik adalah yang pandai dalam meletakkan terma-terma perundingan sehingga berjaya. Seni berunding ini banyak dibincangkan dalam buku-buku. Buku Secrets of Power Negotiating: Roger Dawson menyebut ” Henry Kissinger says, “Effectiveness at the conference table depends upon overstating one’s demands.”

12. Bagi mencapai maksud di atas saya berpendapat perlu wujud satu institusi khusus yang melatih kader-kader diplomasi dalam negara.