1. Sesuatu yang berlaku pada masa hadapan adalah dapat diramal. Ia boleh dicegah, jika apa yang berlaku itu adalah mendatangkan keburukan. Apa yang ingin saya bahaskan di sini adalah berkenaan cadangan penubuhan Unit Pencegahan Jenayah Masa Hadapan POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), agar Malaysia menjadi suatu tempat yang aman untuk sebuah kehidupan. PDRM yang menjunjung nama Allah dan Muhammad ﷺ, harus menggalas tugas ini.
2. Apa yang ingin saya sambung di sini adalah dalam meramal jenayah-jenayah dan peperangan-peperangan yang bakal terjadi persis filem Minority Report arahan Steven Spielberg. Menurut Wikipedia “In April 2054, Washington, DC’s PreCrime police stops murderers before they act, reducing the murder rate to zero. Murders are predicted using three mutated humans, called “Precogs”, who “previsualize” crimes by receiving visions of the future. Would-be murderers are imprisoned in their own happy virtual reality.”
3. Kadang-kadang saya menyamar rupa-rupa orang tertentu untuk melakukan ‘jenayah masa hadapan’. Dari situ orang di sekitar saya melihat orang manakah yang sebenarnya ingin melakukan jenayah itu.
4. Saya perhatikan para malaikat ingin mengetahui sesuatu pada masa hadapan dengan menarik qarin jin tubuh manusia,bunian dan jin. Berbual dengan mereka.
5. Ia adalah ilmu al-Quran dan hadis-hadis. Di dalam Surah al-Kahfi diceritakan bagaimana seorang hamba Allah yang diberi “ilmu laduni” boleh mencegah jenayah masa hadapan. Beliau secara masyhur di kalangan kita bernama “Khidhir”.
6. Kita lihat beberapa petikan ini bagaimana Khidhir mencegah jenayah yang akan berlaku pada masa hadapan dengan “melakukan jenayah” pada mata kasar Musa a.s.:
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
• Abdullah Muhammad Basmeih:
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.
• Yusuf Ali:
So they both proceeded: until, when they were in the boat, he scuttled it. Said Moses: “Hast thou scuttled it in order to drown those in it? Truly a strange thing hast thou done!”
[al-Kahfi:71]
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا
• Abdullah Muhammad Basmeih:
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!”
• Yusuf Ali:
Then they proceeded: until, when they met a young man, he slew him. Moses said: “Hast thou slain an innocent person who had slain none? Truly a foul (unheard of) thing hast thou done!”
[al-Kahfi:74]
7. Kemudian Khidhir menceritakan kepada Musa a.s. mengapa beliau melakukan “jenayah” untuk menghindar jenayah masa hadapan yang lebih besar.
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
• Abdullah Muhammad Basmeih:
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
• Yusuf Ali:
“As for the boat, it belonged to certain men in dire want: they plied on the water: I but wished to render it unserviceable, for there was after them a certain king who seized on every boat by force.
[al-Kahfi:79]
وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا
• Abdullah Muhammad Basmeih:
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
• Yusuf Ali:
“As for the youth, his parents were people of Faith, and we feared that he would grieve them by obstinate rebellion and ingratitude (to Allah and man).
[al-Kahfi:80]
فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا
• Abdullah Muhammad Basmeih:
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
• Yusuf Ali:
“So we desired that their Lord would give them in exchange (a son) better in purity (of conduct) and closer in affection.
[al-Kahfi:81]
8. Jika kita kaji hadis Rasulullah ﷺ , Rasulullah ﷺ adalah seorang ‘peramal’ dan ‘eskatologis’ (atau secara tepatnya boleh mengetahui sesuatu yang terjadi pada masa hadapan) terutamanya bagi pengkaji (الملاحم و الفتن) dalam kitab-kitab hadis. Bagaimana Rasulullah ﷺ boleh meramal sesuatu masa hadapan? Adakah melalui secara langsung dengan Allah atau para malaikat atau ada ilmu khusus yang di miliki oleh Rasulullah ﷺ atau gabungan kesemuanya? Ilmu meramal apa akan terjadi secara tepat adalah milik Allah secara mutlak. Ini dapat dilihat dalam al-Quran. Kita hanya mendapat cebisan-cebisannya.
9. Satu disiplin lagi ilmu meramal sesuatu yang bakal terjadi pada masa hadapan adalah dengan wasilah mimpi para nabi. Nabi Yusuf dan Muhammad ﷺ dikurniakan ilmu ini. Orang mukmin juga dikurniakan tetapi harus diguna-pakai secara berhati-hati.
10. Cara lain adalah dengan menggunakan “bola kristal” (crystal ball). Ia memancarkan tenaga secara psikik yang boleh membaca dan meramal sesuatu yang bakal terjadi pada masa hadapan.
11. Dengan bola kristal saya ‘Batu Filosofer’ (The Philosopher’s Stone), ‘Batu Astrologis’ (The Astrologist’s Stone) dan ‘Batu Ulamak’ (The Scholar’s Stone) saya akan kaji lebih mendalam lagi kegunaan-kegunaanya.
12. Wajarlah pihak PDRM menubuhkan unit ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan sifar jenayah. PDRM harus memperkasa unit-unit mereka.