KRITIK TERHADAP TEORI POLITIK SYEIKHUL SIYASAH

Siyasah (سياسة) dari kata ‘saasa’ (ساس) adalah bermaksud ‘politik’. Syeikhul Siyasah Malaysia yang saya hormati mengemukakan teori politik ini berdasarkan hadis2 dari Sahih Bukhari dan Muslim. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, yang saya hormati, juga berpendapat bahawa selepas tiadanya para anbiya’ ia diambil alih oleh alim-ulamak berdalilkan hadis Sunan at-Tirmizi Hadis No. 2898:

((إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ)).

Terjemahan: Ulamak adalah pewaris para nabi-nabi. Para nabi-nabi tidak mewariskan duit-duit akan tetapi meninggalkan ilmu maka siapa yang mengambilnya maka dia mengambil dengan sangat beruntung.

Sahih Bukhari Hadis No. 3455 & Sahih Muslim Hadis No. 4879:

«3455» حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ فُرَاتٍ الْقَزَّازِ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا حَازِمٍ قَالَ قَاعَدْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ خَمْسَ سِنِينَ، فَسَمِعْتُهُ يُحَدِّثُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ)).

Terjemahan: Rasulullah s.a.w. bersabda (( Adalah Bani Israel dipimpin oleh nabi-nabi bilamana seorang nabi meninggal diganti oleh nabi lain. Sesungguhnya tiada nabi selepasku akan tetapi khalifah2 yang ramai. Mereka (sahabat) bertanya apa arahanmu terhadap kami : ((Berbai’ahlah terlebih dahulu dan berikanlah kepada mereka akan hak-hak mereka. Maka sesungguhnya Allah akan menyoal mereka apa yang mereka dipertanggungjawabkan.))

PERBINCANGAN
_________________

1. Teori politik Syeikhul Siyasah itu betul dari satu sudut. Salah dari satu sudut yang lain. Betul bahawa ulamak mewarisi ilmu. Tapi tidak betul bahawa ulamak pewarisi kepimpinan siasah. Sebegitu dalam Muktamar Agung Tahunan (MAT) ke-55 usul untuk menghadkan Presiden hanya ulamak telah ditolak atas alasan “unconstitutional” (ketidakperlembagaan). Ini yang berlaku dalam parti yang dipimpin oleh Syeikhul Siyasah sendiri.

2. Walaupun saya menyokong pro-ulamak dalam MAT 61 tapi tidak bermakna saya bersetuju dengan teori politik Syeikhul Siyasah. Saya hanya menyokongnya kerana saya percaya golongan ulamak dan berminat dengan strategi politik mereka.

3. Waqi’ atau suasana di Malaysia, jika kita melaksanakan teori politik Syeikhul Siyasah, bermakna Yang Di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri juga haruslah dari kalangan ulamak termasuk juga Perdana Menteri dan menteri-menteri.

4. Apakah ilmu sebenar yang di miliki oleh para anbiya’ serta khalifah-khalifah sehingga perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah memberi bai’ah kepadanya?

5. Adakah kerana ilmu agama atau sebahagian ilmu politik Islam yang diwariskan oleh nabi-nabi? Sedangkan di kalangan ulamak itu sendiri hanyalah menguasai sebahagian ilmu Islam sahaja.

6. Islam itu syumul. Pada saya untuk pemimpin yang berhak untuk dibai’ah adalah pemimpim yang berketrampilan sempurna dalam segala aspek ilmu Islam.

7. Untuk mencari ulamak itu sukar. Sukar lagi mencari ulamak yang syumul. Lebih-lebih lagi ulamak yang benar takut akan Allah: Fatir:28. Namun begitu kita tidak boleh membiarkan ‘vacuum’ dalam kepimpinan ummah. Bab kata pepatah Melayu : Tiada rotan akar pun jadilah.

8. Dari sudut Perlembagaan Persekutuan, Syeikhul Siyasah tidak boleh menjadi Yang Di-Pertuan Agong kerana Syeikhul Siyasah bukanlah seoran Raja. Paling tinggi hiraki politik yang Syeikhul Siyasah boleh daki adalah Perdana Menteri.

9. Sedangkan Yang Di-Pertuan Agong sendiri adalah ‘above politics’. Adakah ini bermakna Yang Di-Pertuan Agong bukan pemimpin politik negara? Lantas bukan seorang khalifah yang memimpin Malaysia serta tidak perlu dibai’ahkan? Adakah bai’ah itu boleh diwakilkan di kalangan Majlis Raja-Raja? Atau dibai’ahkan oleh rakyat jelata melalui peti undi?

10. Kita mempunyai lebih banyak persoalan dari jawapan. Saya kritik Syeikhul Siyasah agar lebih banyak mengemukakan teori-teori politik yang lebih mesra iklim politik Malaysia tetapi menepati al-Quran dan Sunnah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s