Persoalan ini cukup mencabar minda manusia. Kita dihantui dengan ketakutan kiamat. Soalah-olah ia akan terjadi besok. Lalu kita menyangkal kata ‘manusia akan menetap di planet jauh’.
Jika dikaji al-Quran dan Injil betapa banyak pernyataan-pernyataan tentang penerokaan angkasa terutama al-Quran. Israk dan Mikraj itu sendiri adalah penerokaan angkasa. Wajarkah dengan menaiki haiwan seperti keldai tapi bersayap dapat meneroka angkasa? Sains menjelaskan oksigen kurang di angkasa. Sains menjelaskan pergerakan laju tanpa diselubungi adakah pakaian tak tertanggal. Kita terima itu hadis. Saya telah dan pernah berdoa kepada Tuhan untuk diturunkan buraq. Malaikat berkata kalau nak turunkan sekarang boleh tapi tak sampai masa lagi. Saya diberitahu buraq itu adalah sejenis malaikat yang bertubuh begitu. Kita di zaman langit terbuka. Kita bukan menolaknya tapi diperdebatkan antara sains dan nas agama. Sedangkan nas agama itu asas permulaan sains contohnya Letupan Besar itu wujud dalam al-Quran dan Bible. Injil lebih kepada penyataan tentang Diri Isa.
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? [al-Anbiya’:30]
Titik mula israk itu di Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa. Kita masih berkelahi berkenaan Masjid al-Aqsa. Kalau Muhammad memulakan Mikraj (naik ke atas) dari Masjid al-Aqsa siapa pula yang mengajar solat dan mengembang Islam di situ (Masjid al-Aqsa)? Sedangkan Muhammad baru sahaja berdakwah? Ini tradisi penceritaan lama. Berbincang ini bukan setakat menentukan GPS penerokaan angkasa tapi Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa sebenar. Kalau GPS sekarang benar maka Masjid al-Aqsa mesti dipertahankan kerana ia aset umat Islam.
Surah al-Isra’ sendiri adalah Surah Angkasa:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-Isra’:1]
Al-Quran mencabar manusia dan jin untuk meneroka angkasa:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! [ar-Rahman:33]
Begitu juga al-Quran menyatakan bahawa manusia ‘boleh’ berada di Buruj Jauh ( بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ):
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّهِ فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?[an-Nisa’: 78]
Seperti dikatakan kita takut dengan kiamat. Tanda kedatangan al-Masih Isa Ibnu Maryam itu sendiri adalah tanda kiamat yang besar:
وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا وَاتَّبِعُونِ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus. [az-Zukhruf:61]
Saya berbual dengan malaikat bukannya berbual dengan kawan saya. Kali terakhir saya berbual dengan mereka memberitahu puak malaikat juga menggunakan alat untuk meneroka angkasa. Ini difahami ketika mereka merupa manusia mereka menggunakan alat. Mereka ingin mengajar sesuatu. Bukan setakat mengajar angkasaraya boleh diteroka dengan menggunakan alat tapi sampai satu masa telahan-telahan al-Quran tentang angkasa itu satu Kebenaran.
Dalam rupa asal mereka yakni tanpa membentuk manusia sempurna mereka tidak berhajat kepada alat:
تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). [al-Ma’arij:4]
1 hari bagi mereka adalah 50,000 tahun kita. Dengan sayap-sayap mereka yang Allah ciptakan untuk mereka kelajuan mereka begitu. Kelajuan cahaya.
Mampukah kita meneroka angkasa dan tinggal di planet-planet jauh? Telahan ini bukan menidakkan akan berlaku kiamat tetapi mengapa al-Quran mengajar kita teori angkasa? Adakah ia setakat teori? Nabi Muhammad sendiri naik ke angkasa. Beliau seorang angkasawan. Jika ia telah berlaku bukan umat Kristian yang hebat ilmu angkasa tapi Arab Saudi.
Jadi di mana tidak kena dengan umat Islam dalam ilmu angkasa? Mereka dihantui dengan tafsiran yang menyeleweng. Tidaklah bermakna dengan untuk menetap di Marikh maka kita menidakkan kiamat. Kiamat tetap berlaku. Adakah kita menjual rumah kita di Bumi kerana besok kiamat?