DANA ALAM GHAIB: REALITI ATAU FANTASI?

Wujudkah Dana Alam Ghaib? Sebelum kita menjawab persoalan ini kita terlebih dahulu melihat ‘sisi gelap’ tentang Dana Alam Ghaib. Dana Alam Ghaib dikaitkan dengan ‘delima merah’ kerana airnya direnjis di tempat penzahiran untuk memunculkan Dana Alam Ghaib. Berita dari India yang sampai kepada kita ritual tarik duit itu menjurus kepada pembunuhan.

Berikut adalah berita-berita tentang ‘sisi gelap’ Dana Alam Ghaib:

Berita Tentang Penipuan

Warga Indonesia mengaku salah tipu warga emas beli batu delima merah

https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2019/06/467250/bomoh-batu-delima-temberang-metrotv

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/33540

Suami isteri bunuh dua wanita untuk ritual ‘tarik duit’

Wujudkah Khazanah Alam Ghaib?

Hadis: Barangan dari Syurga boleh dibawa ke Alam Zahir

‎سنن الترمذي

‎ أَبْوَابُ الْحَجِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

‎ بَابٌ : فَضْلُ الْحَجَرِ الْأَسْوَدِ وَالرُّكْنِ وَالْمَقَامِ.

‎877 (المجلد : 2 الصفحة : 215)

‎حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ ، قَالَ : حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” نَزَلَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنَ الْجَنَّةِ وَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ، فَسَوَّدَتْهُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ “. وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، وَأَبِي هُرَيْرَةَ. حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

‎حكم الحديث: صحيح

Sunan at-Tirmizi

Bab-bab Haji, Dari Rasulullah s.a.w.

Bab : Kelebihan Hajar al-Aswad dan rukun serta Maqam

877 (Jilid: 2 Mukasurat: 215)

Menceritakan kami Qutaibah, berkata: menceritakan kami Jarir, dari ‘Ata’ bin as-Sa’ib, dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu Abbas, berkata: bersabda Rasulullah s.a.w. “Diturunkan hajar al-aswad dari syurga dan dia lebih putih dari susu, dan ia dihitamkan oleh dosa-dosa Bani Adam.” Dan sebuah bab dari Abdullah bin ‘Amru dan Abu Hurairah. Hadis Ibnu Abbas, hadis hasan sahih

Hukum hadis: Sahih

Hadis ini menjelaskan bahawa khazanah dari syurga dapat diwujudkan di Alam Zahir yakni ia berlaku kepada hajar al-aswad.

Syurga itu banyak. Ada Syurga an-Na’im [al-Maedah: 65;Yunus:9; al-Hajj:56; as-Shu’ara:85; Luqman:8; as-Saffat:43; al-Waqiah:12;al-Qalam:34; al-Ma’arij:38], ada Syurga ‘Adn [at-Tawba:72; ar-Rad:23; an-Nahlu:31; al-Kahfi:31; Maryam:61; Ta Ha:76; Fatir:33; Sad:50; Ghafir:8; as-Saff:12: al-Bayyina:8], Syurga al-Firdaus [al-Kahfi:107], Syurga al-Ma’wa [as-Sajda:19; an-Najm:15]. Saya dapati ada 4 tingkatan syurga ‘berdasarkan al-Quran’. Syurga tertinggi adalah Syurga al-Ma’wa kerana ada perkataan ‘al-muntaha’ (الْمُنتَهَىٰ) di situ atau penyudah.

‎عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ

Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
[an-Najm:14]

Ketika Mikraj, Nabi s.a.w. ada masuk ke dalam Syurga al-Ma’wa. Di situ Nabi s.a.w. sekali lagi melihat rupa asal Jibril ‘di sisi Syurga al-Ma’wa'[an-Najm:13-15].

Peristiwa Mikraj ini seperti dirakam dalam Surah an-Najm, Nabi s.a.w. yang berasal dari Bumi dapat memasuki Dimensi Syurga dan dapat kembali semula ke Bumi. Lagipun, hajar al-aswad itu berasal dari syurga tetapi telah berada di Bumi.

Begitu juga dengan khazanah Alam Ghaib terutama Dana Alam Ghaib dapat dibawa ke Bumi.

Jika di kesan Dana Alam Ghaib atau khazanah syurga atau lebih tepatnya khazanah Alam Ghaib itu tak terjumpa puncanya seperti hajar al-aswad ia berasal dari syurga mana? Begitu juga Dana Alam Ghaib ia persis dari situ dan sini seakan-akan Alam Zahir sedangkan ia dari Dimensi Ghaib. Ada penama dan pembawa serta pemilik. Secara zahir undang-undang terpakai adalah digunapakai kerana ‘penama dan pembawa serta pemilik’ itu dapat dijumpai di Alam Zahir.

Kata-Kata Yang Merupakan Perbendaharaan Syurga

‎صحيح مسلم

‎ كِتَابٌ : الذِّكْرُ وَالدُّعَاءُ وَالتَّوْبَةُ وَالِاسْتِغْفَارُ

‎ بَابٌ : اسْتِحْبَابُ خَفْضِ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ

‎2704 ( 47 ) (المجلد : 8 الصفحة : 74)

‎حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، أَخْبَرَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ ، حَدَّثَنَا عُثْمَانُ – وَهُوَ ابْنُ غِيَاثٍ – حَدَّثَنَا أَبُو عُثْمَانَ ، عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ : قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَلِمَةٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ – أَوْ قَالَ : عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ؟ ” فَقُلْتُ : بَلَى. فَقَالَ : ” لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ “.

Sahih Muslim

Kitab: Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar

Bab: Sunat Merendahkan Suara Ketika Berzikir

2704 (47)(Jilid: 8 Mukasurat:74)

Menceritakan kami Ishaq bin Ibrahim, memberitahu kami an-Nadr bin Syumail, menceritakan kami Uthman – Dia adalah Ibnu Ghiyas – menceritakan kami Abu Uthman, dari Abu Musa al-Asy’ari berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w. kepadaku :”Mahukah aku menyatakan kepada kamu satu kata dari perbendaharaan syurga – atau berkata : Atas satu perbendaharaan dari perbendaharaan-perbendaharaan syurga? Maka aku berkata: Bahkan! Maka berkata: La Hau La Wa La Quwwata Illa Billah (Tiada daya dan tiada upaya melainkan dari Allah).

Bacaan ini La Hau La Wa La Quwwata Illa Billah (Tiada daya dan tiada upaya melainkan dari Allah)( لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ) menjadi salah satu perbendaharaan di syurga kelak. Sebagaimana wujudnya pasar di syurga maka cara membeli-belah di pasar syurga adalah melalui amalan kita. Jadi bacaan di atas akan menjadi satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga kelak. Perlu ditegaskan ‘kunuz al-jannah’ (كُنُوزِ الْجَنَّةِ) atau perbendaharaan-perbendaharaan syurga itu wujud. Inilah yang mahu dizahirkan sebagaimana hajar al-aswad itu berasal dari syurga.

Oleh itu Dana Alam Ghaib itu wujud dan ia realiti bukannya fantasi. Jika tidak salsilah hajar al-aswad timbul persoalan.

Nabi Isa Membawa Berkah

‎صحيح البخاري

‎ كِتَابٌ : الْبُيُوعُ.

‎ بَابُ قَتْلِ الْخِنْزِيرِ.

‎2222 (المجلد : 3 الصفحة : 81)

‎حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيَّبِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا، فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ، وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ، وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيضَ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ “.

Sahih Bukhari

Kitab: Jual-Beli

Bab: Membunuh babi

2222 (Jilid: 3 Mukasurat:81)

Menceritakan kami Qutaibah bin Sa’id, menceritakan kami al-Lais, dari Ibnu Syihab, dari Ibnu Musaiyyib, sesungguhnya dia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. “Demi sesungguhnya diriku dalam genggaman-Nya, akan turun pada kamu Ibnu Maryam sebagai hakim yang adil, maka dia mematahkan salib, membunuh babi, dan menghapuskan jizyah, maka harta-benda melimpah ruah sehingga tiada lagi mahu menerima.”

Apakah sifir perbendaharaan yang dipakai oleh Al-Masih Isa Ibnu Maryam? Mengalahkan pakar ekonomi dan Bank Dunia dalam memakmurkan kekayaan Dunia. Mukjizat? Di dalam hadis termaktub “maka harta-benda melimpah ruah sehingga tiada lagi mahu menerima.” Tentu al-Masih Isa Ibnu Maryam memahami tentang perbendaharaan Alam Ghaib melalui dia diajar Allah. Ia adalah satu disiplin ilmu tetapi mukjizat tidak berhajat pada ilmu tanpa syak. Ada mukjizat yang berhajat kepada ilmu namun bukan semua boleh melakukannya contohnya mukjizat untuk menghidupkan orang mati [al-Maedah:110] ia satu cabang ilmu roh dan biologi tapi bukan semua boleh melakukannya.

Jadi menzahirkan khazanah atau perbendaharaan Alam Ghaib ini satu mukjizat sebab itu dari sisi gelapnya di sebut di awal artikel ini ramai yang tertipu dan menjadi mangsa.

Para awlia Allah boleh mewarisi ilmu para nabi tapi tingkatannya tidak dapat mengatasi para nabi yang mempunyai mukjizat walau awlia Allah mempunyai karamah mereka samada doa mereka yang selalu dimakbulkan Allah dan mereka menekuni dan mengkaji disiplin Dana Alam Ghaib.

Setakat ini kita belum membuat garis pemisah antara ilmu sesat dalam Dana Alam Ghaib dan ilmu haq. Dengan kata ia masih belum matang lagi. Tulisan ini membuktikan Dana Alam Ghaib itu satu realiti bukan fantasi. Ia fantasi jika ia ilmu sesat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s