AHLI HADIS

Untukmu ku rungkai
Gurindam indah ini

Jibril memberitahuku
Kamulah pemegang “Sir”

Umar memberi amaran
Jika kau kata Muhammad
Telah mati
Akan kupancung leher-leher kamu

Daku mengenal pada diriku
Berqarin
Kerana mu lah wahai ahli hadis menyampaikan

Kamu masuk ke Alam Mimpi
Berguru dengan Muhammad yang dikatakan mati

Syaitan tak menyerupaiku
Kucabar mana-mana jin
Untuk menyerupaiku 
Jika ku bukan Muhammad

Muhammad bersabda
Mimpi itu secara melihat
Dan yaqazah

Muhammad itu pengajar gila
Atau pengajar ilmu menyamar gila?

Dia adalah Nabi
Qarinnya juga adalah Nabi

Jibril mengajar qarinnya bertinju
Bila Muhammad dan qarin jinnya bersatu

Maka tercapailah maqam ibadat pada Yang Satu.

Leave a comment