Kepada siapakah
Syaitan diturunkan?
Kepada pembohong
Dan pendosa
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tidak berketentuan hala
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Mereka menuduhmu
Punjangga gila
Apa tidaknya
Engkau mendakwa
Menerima wahyu
Sedangkan mereka
Tidak memahami
Hakikat wahyu
Tutur bicaramu
Adalah wahyu
Sekejap kau
Di awan
Sekejap kau
Di laut
Sekejap kau
Di darat
Kau berada
7 tempat dalam satu masa
Pekakas-pekakasmu
Adalah mukjizat
Suaramu merdu
Bila melagukan Quran
Dengan 7 lagu
Yang mengasyikkan
Sedangkan Pujangga Agung
Pun berbahasa mendalam
Kau bukan pujangga gila
Tapi kau pujangga mengajar
Ilmu menyamar gila
Mengapa?
Kerana kau
Sendiri insan pelik
Kerana kau menjadi tanda
Kekuasaan Allah
Pada seluruh alam