​KITAB SENJATA-SENJATA (كِتَاْبُ الأَسْلِحَة)

BAB: SENJATA-SENJATA RASULULLAH S.A.W.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zād al-Ma’ād Fi Hadyi Khairal Ibād bahawa baginda mempunyai 9 pedang; (1) Ma’thur (مأثور) (2) al-‘Adbu (العضب) (3) Zul Fiqar (ذو الفقار) yang disaluti perak (4) al-Qal’a (القلعى) (5) al-Battar (البتار) (6) al-Hatfu (الحتف) (7) al-Rasūb (الرسوب) (8) al-Mikhzam (المخذم) (9) al-Qadib (القضيب).

PERBINCANGAN

1. Rasulullah s.a.w. yang menurut riwayatnya terlibat dalam banyak peperangan memerlukan senjata-senjata bagi digunakan dalam peperangan tersebut. Pedang-pedang ini adalah senjata baginda di dalam peperangan tersebut kerana ia boleh digunakan untuk membunuh dan mempertahankan diri.

2. Ibnu Qayyim menyifatkan pedang utama Rasulullah s.a.w. adalah Zul Fiqar kerana katanya (Ibnu Qayyim) (وكان لا يكاد يفارقه)(Adalah dia sentiasa tidak berpisah dengannya).

3. Adalah bukan setakat sunnah kita memiliki senjata-senjata tajam tetapi diajar oleh al-Quran sebagai persiapan perang dan juga pertahan diri dan maruah keluarga.

Surah al-Anfal:60:
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

5. Ia juga menjadi sumber rezki bagi Rasulullah s.a.w.:

باب مَا قِيلَ فِي الرِّمَاحِ:

وَيُذْكَرُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((جُعِلَ رِزْقِي تَحْتَ ظِلِّ رُمْحِي، وَجُعِلَ الذِّلَّةُ وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي)).

Sahih Bukhari

Bab berkenaan tentang lembing:

Dari Ibnu Umar dari Rasulullah s.a.w.: (Dijadikan rezekiku di bawah bayang tombakku, dijadikan kehinaan dan kekerdilan atas orang mengingkariku).

(InsyaAllah dalam kesempatan lain saya akan memperpanjangkan tentang senjata-senjata lain Rasulullah s.a.w.).

6. Bagaimanakah senjata-senjata Rasulullah s.a.w. menjadi sumber rezekinya? Ghanimah, khumus dan pemburuan.

7. Mengapa 9 senjata? Adakah ia mempunyai kaitan dengan bilangan 12 isteri-isteri Rasulullah s.a.w.? Saya berpendapat: Ya. Setiap isteri Rasulullah s.a.w. itu dijaga oleh sembilan pedangnya.

8. Oleh itu adalah tidak wajar bagi kita memandang sinis dan negatif terhadap seseorang yang memberi fokus tentang senjata-senjata. Bukan setakat tidak mengikut sunnah tetapi mengingkari al-Quran. Perkataan (وَأَعِدُّوا) di dalam Surah al-Anfāl: 60 menunjukkan arahan untuk menyediakan asas-asas persenjataan atas dasar fi’il amr. Ia menjadi wajib kepada negara umat Islam. Pada saya ia juga menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap muslim untuk memiliki senjata paling kurang satu senjata sebagai pertahan maruah diri dan keluarga.

9. Ia juga sumber rezeki bagi Rasulullah s.a.w. Paling kurang pisau di dapur diguna oleh suri-rumah untuk menyediakan makanan bagi keluarga yang juga sumber rezeki kita. Dalam keadaan terdesak ia boleh digunakan sebagai senjata menjaga maruah keluarga dan diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s