Pasir Emas

 

BAB 3: REMAN (SIRI 1) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1]

Bunyi Sci-Fi iPhone milik Tengku Kudin berbunyi ketika dia sedang menyiapkan penghujahan bagi kes litigasi tanah yang dia sedang kendalikan. Dia slipe the answer bagi menjawab panggilan itu.

“Tolonglah Tengku! Suami saya di tahan polis!”, suara perempuan dalam kecemasan.

“Maaf, siapa ni?” Tanya Tengku Kudin. Dia sendiri malas untuk kendalikan kes jenayah kerana klien-klien jenayah penuh karenah.

“Saya Zaleha yang Tengku buat perjanjian rumah flat di Batu Caves dulu.”

“Nanti, awak yang datang dengan suami bernama Nizam tu ker?”. Tengku Kudin kuat ingatannya. Dia telah mengendalikan puluhan ribu kes litigasi dan pindah-milik hartanah. Dia menduga nama-nama melalui ingatannya.

“Ya! Ya! Tengku.”

“Saya dah lama tak buat kes jenayah.”

“Tolonglah! Akak tak kenal peguam lain.”

“Bila dia ditahan?” Tanya Tengku Kudin. Kesian pula bila mendengar suara cemas dan dalam keadaan menangis.

“Pagi tadi.”

“Nanti kita jumpa di pejabat saya”.

………………………………………………………

Tengku Kudin adalah kerabat Istana Terengganu. Arwah ayahnya memiliki sawmill dan perniagaan balak. Namun semua perniagaan ayahnya diletak atas nama proksi-proksi tokey Cina.

“Orang Melayu kuat dengki.” pesan arwah ayahnya ketika Tengku Kudin bertanya kenapa ayahnya hidup sedang-sedang sahaja namun duit tak pernah putus.

“Ayah ada perniagaan balak”.

Tengku Kudin sudah 13 tahun menjadi peguam. Dia hanya sempat bekerja makan gaji di syarikat guaman di Terengganu 3 tahun. Selepas itu dia berhijrah ke Lembah Klang membuka syarikat guamannya sendiri. KUDIN & CO, nama syarikat guamannya yang diluluskan oleh Majlis Peguam. Sudah 10 tahun syarikat guamannya beroperasi. Mula-mula buka dulu agak perit juga mencari klien. Selepas namanya disiarkan dalam surat khabar menang kes sebanyak RM1 juta bagi saman seorang jurutera dibuang pekerjaan. Berita juga keluar dalam internet. Asyik-asyik orang call sahaja selepas itu.

Tengku Kudin juga pakar kes litigasi tanah. Pensyarahnya penah berpesan. “Orang semakin ramai. Tanah sama sahaja tapi kepadatan orang itu membuat harganya melambung. Bayangkan dahulu tanah di Bangi dalam RM10 per square foot sekarang dah melambung menjadi RM80.”

Tengku Kudin tak meminta bantuan keluarganya untuk membina KUDIN & CO. Duit dia bina syarikat guamannya hasil dia bekerja 3 tahun di Terengganu. Dia pandai menyimpan. Walau pun dia kerabat dia suka bergaul dengan orang-orang susah. Dia diajar oleh ayahnya agar berdikari. Kenalan-kenalannya sendiri adalah golongan bawahan. Pernah dia ditawarkan menjadi panel peguam sebuah anak syarikat yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Terengganu tapi dia menolak. Dia suka cabaran. “Biar aku buktikan bahawa walau aku kerabat, aku boleh membina hidup sendiri.” ujar dia kepada abangnya seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.

Satu sudut kehidupan Tengku Kudin adalah dia pantang lihat wanita berkulit licin. Dia akan menghampiri. Dia kesepian selepas isterinya kematian akibat kidney failure. Cintanya hanya untuk Halimah. Halimah adalah orang kebanyakkan. Dia jumpa di Terengganu ketika mengendalikan kes sivil milik ayahnya. Tapi pelik juga dengan wanita-wanita genit yang dia kenali bila ajak kahwin mereka tak mahu. Ada yang hanya nak duit. Ada kaki makan. Asyik nak makan di hotel-hotel mewah. Tengku Kudin masih belajar memahami wanita-wanita seperti ini. Dia cuba memahami.

Selain wanita, Tengku Kudin juga peminat kereta. Selepas 5 tahun membina syarikatnya dia berjaya beli kereta Ferrari 458 Italia 4.5 tahun 2011. Walaupun kereta itu seconhand , enjinnya masih baik. Kereta itu juga menjadi tarikan kepada wanita-wanita genit. Macam besi berani, fikir Tengku Kudin.

KUDIN & CO beroperasi di Wangsa Maju. Mempunyai 3 orang kerani. Ia adalah pemilikan tunggal. Tengku Kudin sukar mempercayai orang. Ada kawan-kawannya yang mempunyai rakan-kongsi akhirnya bergaduh dan berpecah. Tengku Kudin malas memikirkan itu semua.

Bilik pejabat milik Tengku Kudin agak besar. 3 orang keraninya diletakkan di luar. seorang sebagai receptionist dan 2 orang lagi kerani litigasi sepenuhnya. Kadang-kadang receptionist ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja litigasi jika kerja banyak.

Dia berpesan kepada receptionist jika ada orang mahu jumpa cucuk dulu di terminal kad kredit atau debit bagi bayaran konsultansi. Fi konsultansi Tengku Kudin RM500 bagi satu lawatan. Dia kadang-kadang tak ambil kisah sangat pasal fi konsultansi terutama bagi orang susah. Bagai taiko-taiko dia pastikan fi konsultansi dibayar terlebih dahulu sebelum jumpa.

Bagi Tengku Kudin turun-naik Mahkamah adalah satu kepuasan baginya. Ramai kawan-kawan peguamnya yang dah jemu untuk turun-naik Mahkamah bila dah cecah umur 30 tahun lebih. Memikirkan masalah orang adalah satu latihan otak kepadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s