PENARIKAN PELABURAN ASING MENGGUNAKAN KHADAM WANG ASING

(Allah lah yang Maha Kaya, kamu adalah fakir miskin)(وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ)[Muhammad:38]

1. Allah telah mengetuk jiwa kita tentang kekayaan-Nya. Kita sebenarnya adalah fakir miskin. Hakikat sahaja kita memiliki sesuatu tetapi sebenarnya yang memilikinya adalah Dia. Kalau Dia menghendaki untuk menarik apa yang kita miliki adalah boleh sahaja bila-bila masa.

2. Begitu juga dalam masalah wang. Dia yang bersifat memberi dan dia bersifat menarik.

3. Namun kita diajar untuk berusaha dalam mencari dan memastikan kelangsungan hidup kerana kita semua berhajat kepada makan dan minum. Bagaimanakah cara kita berusaha?

4. Salah satu cara berusaha adalah menggunakan khadam wang asing bagi menarik pelaburan wang asing. Wang berkhadam adalah sifatnya hidup, mencari makan dan minum serta berkerja. Jika wang asing maka ia bersifat menarik pelaburan asing.

5. Sebagaimana yang saya selalu ceritakan bahawa khadam itu berpasang: suami dan isteri serta mempunyai keluarganya.

6. Saya bersifat menjiwai gambar-gambar yang wujud di wang asing. Jika raja maka rajalah saya bertasyakkul. Begitu juga kod-kod lain seperti nombor-nombornya. Jika bermula dengan huruf 6 maka saya akan bertasyakkul pelabur asing pada hari ke-6 haribulan. Begitu juga bangunannya. Rumah saya mungkin bertasyakkul seperti bangunan itu pada hari-hari tertentu. Pada wang USD berkhadam mempunyai helang-helang putihnya.

7. Ia juga bermain Dimensi Ghaib dalam menarik pelaburan asing. Namun syarikat saya perlu mencipta dokumen-dokumen wang terlebih dahulu seperti bank guarantee, SBLC DLL. Selepas itu saya perlu bertasyakkul dan menjiwai wang asing saya.

8. Khadam-khadam lebih lebih bersifat membantu seperti khadam senjata menjaga keselamatan urusan menarik pelaburan asing itu. Permata-permata pula menyejukkannya. Begitulah juga khadam-khadam lain ia bersifat sebagaimana sifatnya.

9. Menarik pelaburan asing bukanlah mudah. Ia memerlukan ilmu yang tinggi dan perlu khidmat kepada khadam-khadam lain. Ifrit juga memainkan peranan. Tengok lah ifrit yang menjaga matawang asing kita atau ifrit luar. Jika ifrit luar dikhuatiri bergaduh.

10. Bantuan malaikat juga amatlah penting. Mereka merupakan tentera Allah. Setiap khadam itu ada penjaga malaikatnya. Contohnya wang Arab Saudi mesti ada penjaganya dari malaikat yang menjaga Arab Saudi. Begitu juga wang-wang asing yang lain.

11. Harus kita ingat, kita hanya setakat berusaha. Allah lah yang menentukan segala-galanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s