1. Seperti yang saya telah bahaskan di dalam ‘Penilaian Aset-Aset Dari Sudut Metodologi Ekstrinsik Dan Intrinsik‘ saya telah mengatakan bahawa ‘Mengapakah sesuatu benda-benda atau aset-aset itu harus dinilai dari sudut ekstrinsik dan intrinsik? Benda-benda atau aset-aset itu seperti manusia juga yang mana mempunyai nilai ekstrinsik dan intrinsik. Bagaimana itu? Secara lahiriyyah/ zahir atau ekstrinsik, manusia mempunyai jasad yang dapat dinilai oleh mata-kasar. Oleh itu penilaian ekstrinsik, manusia adalah pada warna kulitnya, kecantikannya dan ketampanannya, fizikal tubuhnya dan lain-lain. Manakala, nilai intrinsik, manusia adalah pada qarin jinnya, rohnya, hatinya, budi-pekertinya, kecerdikannya dan yang lebih penting pada keimanan dan ketaqwaannya [al-Hujuraat: 13]. Begitulah, benda-benda atau aset-aset, ia dilihat dari segi lahiriyyahnya atau zahir dan batin. Ekstrinsik dan intrinsik.’
2. Cara penilaian aset-aset itu adalah melihat secara ekstrinsik dan intrinsik. Luaran dan dalaman. Saya juga menulis seperti berikut ‘Di antara aset-aset atau benda-benda yang bernilai adalah wujud khadam-khadam jin yang menjaga aset-aset atau benda-benda tersebut. Khadam-khadam jin tersebut hendaklah secara alami bukan perjanjian syirik antara pemilik dan jin yang disebut dalam ayat ke-enam Surah al-Jin. Perlu dingat bahawa bukan semua aset-aset atau benda-benda mempunyai khadam.‘
3. Ramai yang masih gagal menilai aset-aset yang mereka miliki sehingga melepaskan aset-aset bernilai mereka dengan begitu sahaja. Mungkin kerana ketandusan ilmu atau mereka tertekan dengan hidup sehingga hendak makan dan minum pun sukar. Tak mengapa, biar saya suluh kamu dengan cahaya mentari yang redup di siang hari dan cahaya rembulan damai di malam hari hingga saudara-saudari memahami kaedah menilai aset-aset benilai yang saudara-saudari miliki.
4. Sesuatu aset-aset berkhadam yang kita miliki itu bukan harus dinilai berapa harga pasarannya sahaja namun apakah di sebalik aset-aset berkhadam yang saudara-saudari miliki itu. Oleh kerana khadam adalah dari spesis jin maka khadam juga memerlukan pekerjaan, keluarga, bersosial, bahkan mereka juga memiliki aset-aset mereka sendiri. Mereka juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu. Mereka secara hakikat dan ghaibnya boleh membantu tuan mereka ketika tuan mereka mengalami kesusahan. Bahkan oleh kerana khadam itu dimiliki oleh tuannya maka aset-aset khadam itu adalah dimiliki oleh tuannya. Namun saudara-saudari harus memahami bahawa ada batasnya tentang pemilikan tuan terhadap aset-aset khadamnya. Jangan terjebak dengan ‘Wang Kering’ dan ‘Wang Basah’. Ia bermula dengan cara kita makan. Jika kita hendak kepada ‘sesuatu yang basah’ maka boleh sahaja kerana khadam itu adalah ‘apa yang kita miliki dengan tangan kanan kita'[an-Nisa’: 3; 24; 25; 36] [an-Nahl: 71] [al-Mukminun: 6] [an-Nur: 31; 33; 58] ar-Rum: 28] [al-Ahzab: 50; 55] [al-Maarij: 30]. Hukum jika anak khadam perempuan mengandung dan melahirkan anak maka adalah wajib mengambilnya sebagai isteri. Hukum cerai juga terpakai. Begitu juga hukum-hukum yang lain dalam masalah kekeluargaan.
5. Kita mudahkan perbincangan kita. Contohnya kita memiliki satu butir batu permata yang kita beli sepuluh (10) tahun lepas dengan harga RM1,290. Batu permata itu mempunyai khadam. Seperti yang saya telah sebutkan bahawa ‘khadam juga memerlukan pekerjaan, keluarga, bersosial, bahkan mereka juga memiliki aset-aset mereka sendiri. Mereka juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu.’ Maka begitulah juga cara menilai batu permata itu. Ia bukan lagi berharga RM1,290. Ia adalah kerana khadam itu mungkin telah mempunyai syarikat atau perniagaan dia sendiri. Keluarga dan rakan-rakannya mungkin telah ramai. Saiznya di Alam Ghaib mungkin sudah membesar dari mula-mula kita miliki. Katakan syarikatnya yang dia miliki itu sudah bernilai RM10,000,000. Maka cara menilai batu permata itu bukan lagi RM1,290. Nilainya mungkin sudah RM40,000,000. Sebagai satu contoh. Bagi menguatkan ini, jika syarikat yang dimiliki oleh khadam itu boleh menjana pendapatan keuntungan bersih setahun dalam RM1,000,000. Maka jika saudara-saudari hendak menjualnya maka RM1,000,000 dikali dengan 20 tahun maka nilai syarikat itu sahaja sudah RM20,000,000. Ini belum diambil kira aset-aset lain yang dimiliki oleh khadam serta-serta nilai ekstrinsik dan intrinsik lain.
6. Kita lah tuannya, maka kita lah yang harus menghargai aset-aset berkhadam dan khadam yang kita miliki. Jangan menjadi orang yang jahil dalam menilai sesuatu. Memang wujud teknik-teknik bagi merampas barang-barang bersakti. Samada dengan mengepung, menyakiti, memporak-peranda keluarga khadam atau tuannya atau bincang secara baik. Kita sebagai tuan harus juga memiliki ilmu yang tinggi. Jika tidak bagaimana kita hendak mengawal sesuatu dan menilai apa yang kita miliki.
7. Khadam boleh sahaja dilepaskan kepada orang lain. Tetapi harganya haruslah menepati dengan nilainya. Mungkin juga dia tertarik dengan kita atas apa sebab dia tidak mahu dilepaskan. Dia boleh lari dari batu permata kita apabila ia berpindah tangan. Para ahli sebut ‘khadam lari’.
8. Mungkin orang yang hendak miliki itu lebih tinggi ilmunya berbanding kita yang tak memahami erti nilai batu permata kita maka khadam akan boleh sahaja berpindah kepada tangan pemilik baharu.
9. Kita sudah boleh hidup senang dengan memiliki khadam. Cuma jangan gelojoh dalam membina empayar. Kita harus lalui rahsia-rahsia Alam Ghaib serta ilmu-ilmu dalam pelbagai disiplin terutama penilaian aset-aset berkhadam. Kita juga harus bijak menilai barang-barang bersakti kita. Usah sesal kemudian hari bila melepaskan sesuatu yang berharga dengan harga tidak sepatutnya.