1. Jika kita mencari kata kunci ‘zikir’ dalam al-Qur’an adalah terlalu banyak ayat-ayat berkenaan zikir. Ini menunjukkan peri pentingnya berzikir kepada Allah.
2. Allah telah menciptakan kita begitu supaya mewujudkan pertalian kita dengan-Nya (حَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ) [Āl-e-‘Imrān:112]. Dengan kita mengingati-Nya atau berzikir maka ia bukan sahaja kita menyedari siapa Diri kita dan Pencipta kita tetapi juga kita terhindar dari pengaruh kesyaitanan samada dalam Diri kita atau dari luar.
3. Malaikat itu sendiri (وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ)(Dan kami bertasbih dengan memuji dan mensucikan bagi Mu)[al-Baqarah:30]. Sebab itu mereka (malaikat) mulia dan kuat dalam menjalankan tugas.
4. Begitulah dengan Diri kita ini. Kita harus memahami kejadian Diri kita ini bukan setakat jasad tetapi kita juga dijadikan bersama kita ini ‘qarin jin’. Ingat apa Allah sebut dalam al-Qur’an bila kita malas untuk berzikir (وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ)(Dan sesiapa yang tidak mengindahkan berzikir Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan itu sebagai Qarin. [az-Zukhruf:36]
5. Seksanya hidup tanpa mengingati Allah terutamanya berzikir dengan lidah dan mulut kita.
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
“Dan sesiapa yang tidak mengingati-Ku maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [Ta Ha:124]
6. Bukan setakat di akhirat kita terseksa tetapi di dunia ini kita telah melalui ‘kehidupan yang sempit.’
7. Zikir terbaik adalah zikir dari al-Qur’an. Al-Qur’an itu sendiri dinamakan az-Zikr (الْذِكْرُ)()[al-Hijr:6&9].
8. Dengan kita mengulangi dan mengulangi zikir dari al-Qur’an ia melunakkan qarin jin kita dari pengaruh syaitan samada dari dalam atau luar. Serangan syaitan yang paling bahaya adalah pada SUARANYA (بِصَوْتِكَ)(Dengan suara kamu)[al-Isrā’:64]. Bak pepatah Melayu ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Kita tahu bahawa jika ada orang acu kita dengan senjata tajam atau berpeluru ia satu kes jenayah yang boleh ditangkap oleh pihak berkuasa. Begitu juga serangan suara seperti fitnah atau gangguan (harassment). Pelaku boleh disaman sivil. Dengan berzikir ia membantu kita untuk bergaul dengan orang lain (حَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ)[Āl-e-‘Imrān:112].
9. Ia bergantung kepada ayat al-Quran mana yang kita amalkan. Masing-masing ada khasiatnya.
10. Bila kita berzikir dengan ayat-ayat al-Quran kita dan qarin jin kita ‘serasi’ dengan ayat yang kita amalkan. Mematahkan serangan suara kesyaitanan samada dalam Diri kita sendiri atau dari luar. Zikir kita itu terbukti berkesan bila ia telah (حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ)(Hingga ia mendatangimu dengan yakin). Kita boleh berdoa kepada Allah untuk memperlihatkan keberkesanannya apa yang kita amalkan. Kadang-kadang Diri kita dijadikan uji-kaji. Contohnya ayat-ayat keras ia bagai hendak tercabut jantung. Kata-kata kita bak hulubalang sedang bertikam. Mematahkan serangan suara orang.