TEORI FORMULA H₂O DALAM MERAWAT PENYAKIT RAMBUT BERUBAN

Sebagaimana saya ujarkan dalam tulisan terdahulu ‘Jadi bermain dengan cecair bernama H₂O ini memberi makna dalam erti sebuah ‘kehidupan’. Kehidupan lawannya mati. Jika kita tidak ingin mati maka kita perlu hidup. Jika kita hendak hidup maka kita perlu menguasai H₂O.” KLIK:https://www.facebook.com/1503985333/posts/10220268819739684/?d=n

Saya menyebutnya ia ‘teori’. Ia masih belum dibuktikan oleh saya. Jadi untuk merawat masalah rambut beruban ini masih berbentuk teori bagi saya. Tidak seperti merawat dan menyembuhkan penyakit bipolar disorder dan schizophrenia, ia sudah satu penemuan dan capaian oleh saya yang telah dibuktikan.

Saya sendiri di bahagian janggut, misai dan sideburns. Saya sebenarnya waktu muda dahulu saya menghormati peguam yang beruban kerana dilihat seniority dan kematangan mereka. Lantas saya berdoa kepada Allah agar ditumbuhkan sedikit uban pada rambut saya. Bila mencapai umur lewat 40-an maka janggut, misai dan sideburns ada sedikit beruban. Mungkin Allah makbulkan doa saya atau faktor penuaan. Mungkin juga kedua-dua faktor dan ada faktor lagi seperti disebut oleh tulisan ini: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6995950/

Jadi ketika menulis tulisan ini saya ‘berteori’ bahawa H₂O (air) boleh merawat penyakit rambut beruban.

Teori saya adalah berasas al-Quran. Segala-gala penyakit dapat diubat jika kita jumpa di mana letak klu-klunya dan lantas kita mengkajinya. Macam penyakit bipolar disorder dan schizophrenia, saya menkaji tulisan-tulisan psikiatris dan perbincangan al-Quran tentangnya. Walhasil saya memahami penyakit ini dan dapat merawat dan menyembuhkannya.

Allah berfirman (مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ)(Tiada kami abaikan di dalam al-Kitab sesuatu pun)[al-An’am:38]. Al-Kitab di situ bermaksud al-Quran. Ini bermakna ada formula untuk merawat penyakit rambut beruban. Saya menyebutnya ia satu penyakit kerana sel-sel rambut kita kekurangan zat dan lebih teruk lagi ia telah mati sebab itu ia bertukar warna kepada putih (beruban).

Perkataan (فرط) dalam ayat di atas bermaksud cuai, abai, tinggalkan dll jika dirujuk kamus Arab.

Saya yang dahulunya kagum dan berdoa kepada Allah untuk dilihat matang dengan beruban kini berfikir alangkah indah jika saya dilihat muda bertenaga dalam keadaan matang berfikir dan bertindak sahaja. Dengan kata lain matang itu bukan pada uban tetapi pada fikiran yakni otak.

Al-Quran memberi petunjuk tentang beruban ini dalam ayat Maryam:4

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

Penyakit uban ini datang satu pakej yakni lemah tulang temulang. Mengapa?

Tulang dan rambut bukanlah berdaging tetapi kedua-duanya tetap mempunyai sel yang terkandung di dalamnya mitochondria. Jadi mitochondria ini yang telah gagal berfungsi dengan betul kepada sel tulang dan rambut.

Mitochondrion itu berhajat kepada protien dan gula untuk membekalkan tenaga kepada sel. Jika sel mati dan disebabkan oleh mitochonria gagal berfungsi maka rambut seseorang akan beruban. Begitu juga tulang temulangnya menjadi lemah.

Perhatikan perkatan-perkataan di atas dalam mencari maklumat tersembunyi dalam memahami punca masalah rambut beruban dan merawatnya selepas memahaminya.

Al-Quran menggunakan perkataan (اشْتَعَلَ).

Di dalam Kamus al-Ma’ani, ia memberi maksud:

اشْتَعَلَ: اشْتَعَلَتِ النارُ: التهبَت واتَّقَدَت.|اشْتَعَلَتِ فلاِنٌ غضبًا: هاج.|اشْتَعَلَتِ الرأْسُ ونحوُه : اِنتشر فه الشَّيْبُ.، وفي التنزيل العزيز:مريم آية 4 وَاشْتَعَلَ الرَّأسُ شَيْبًا ) ) .

Perkataan اشْتَعَلَ itu dikaitkan dengan ‘terbakar’, ‘menyala’. Rambutnya terbakar. Mengapa sedangkan ia setakat berubah warna sahaja? Adakah faktor ‘kepanasan’ itu yang yang mengubah warnanya? Jika betul maka ‘air atau H₂O dapat mengatasi masalah ‘terbakar’ dan memadamkan ‘api yang menyala’.

Satu lagi kita mengkaji penggunaan perkataan (شَيْبًا).

Mengikut Kamus al-Ma’ani:

الشَّيْبُ: الشَّيْبُ : بياضُ الشعر.| وربما سمى الشَّعرُ نفسُهُ شَيْباً.

Maknanya (شَيْبًا) rambut berubah menjadi berwarna putih (beruban). Jadi masalah (اشْتَعَلَ) itu berkait dengan (شَيْبًا). Faktor beruban itu adalah kerana rambut ‘terbakar’ dan ‘menyala’. Terbakar dan menyala itu dikaitkan dengan api. Api itu sendiri bersifat panas.

Maka kita boleh berfikir H₂O boleh menyelesaikan masalah rambut beruban.

Dalam hal saya merawat penyakit bipolar disorder dan schizophrenia itu saya mengguna kaedah H₂O juga dengan memberi terapi Al-Isra’:82.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Saya membaca 7 kali (وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ) dan pada setiap bacaannya saya hembuskan pada air serta meminumnya.

Jadi formula itu (kesembuhan pada penyakit bipolar disorder dan schizophrenia) itu pada H₂O + 7 kali bacaan al-Isra’:82 + tiupan 7 kali + minum.

Saya telah bincangkan hakikat H₂O dalam tulisan sebelum ini. Kita bincangkan formula kedua yakni bacaan al-Isra’:82, ‘tiupan’ dan minum.

Bacaan al-Isra’: 82

Jika kita kaji ‘rahsia tulisan’ pada mashaf al-Quran sebenar tulisan itu sendiri ada frekuensinya jika kita melihat menggunakan otak yang bersifat ‘Gamma waves’. (Gelombang otak tertinggi). Contohnya pada tulisan ن. Kita dapat melihat ‘titik’ dan tulisan berbentuk seperti cawan itu berhubung dengan titik secara frekuensi. Ia bergetar dalam kata lain. Walaupun huruf ن satu tulisan tapi ia masih atom yang mempunyai frekuensinya tersendiri. Kita harus mencari formula yang tepat dalam al-Quran untuk menyembuhkan sesuatu. Jadi al-Isra’:82 itulah formulanya. Frekuensi pada atom-atomnya itu menyembuhkan. Sebenarnya bila kita baca ayat ini ada malaikatnya yang dipanggil ‘khadam malaikat’. Sesuai dengan mereka makhluk malaikat maka ada sifat-sifatnya di samping faktor sains yang telah saya sebutkan.

Sebagaimana saya telah jelaskan sakit dan mati ini ada kaitan dengan para malaikat. Begitu juga kesembuhan ia ada kaitan dengan malaikat.

Begitu juga bila kita menyebut dan membaca secara lisan. Suara itu terbit dari halkum yang mempunyai organ tertentu yang disebut ‘larynx, or voice box’: https://medlineplus.gov/ency/imagepages/19708.htm

Getaran larynx itu sendiri bila kita baca al-Isra’:82 mengubah frekuensi atom-atom H₂O kepada getaran atau frekuensi yang sesuai untuk menyembuhkan penyakit tertentu.

Tiupan 7 Kali

Tiupan itu sendiri berasal dari mulut. Ia adalah udara. Lantas ia ada C₆H₁₂O₆ (glukos) + 6O₂ (oksigen) + 6H₂O (air). Jadi dengan bacaan yang memberi frekuensi tertentu dan faktor kimia ini, ia mengubah H₂O kepada satu sifat baru yang mana ia menyembuhkan jika diminum.

7 kali itu adalah dos. Bahkan jika kita terlampau ketagih dengan selalu membaca al-Quran ia mendatangkan kesakitan tertentu kerana kita terlebih dos sebagaimana yang disebut dalam al-Isra’:106

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Begitu juga al-Qiyamah: 16

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

Saya telah berujar dalam tulisan saya ‘Maka pancaidera kita tujuh sebenarnya.’ KLIK: https://rohanrazi.org/2015/06/05/antara-kasyaf-dan-halusinasi/

Allah ingin mengajar kita bahkan al-Quran bersifat dos yang sesuai dalam amalan. Begitu juga dalam rawatan.

Saya diberitahu oleh seorang doktor bahawa dalam wad mental ada hafiz al-Quran yang sedang dirawat. Mengapa? Dia terlebih dos dalam bacaan.

Ayat al-Isra’:106 itu mengajar dalam bacaan al-Quran diperlukan dos yang sesuai. Begitu juga jika kaji hadis-hadis محمد bahawa diajar bilangan tertentu dalam zikir seperti 33, 100 dll. Walau di sana ada ayat al-Quran menyebut berzikir sebanyak-banyaknya. Ini bagi orang tidak cukup dos.

Saya akan perpanjangkan lagi tentang tiupan (نفخ) dalam perbincangan lain. Bahkan tiupanlah salah satu ramuan formula Isa dalam memberi nyawa kepada burung yang dicipta dari tanah liat. InsyaAllah dalam posting lain saya akan bahaskan lagi tentang tiupan.

Jadi dengan perbincangan ringkas ini saya berteori bahawa penyakit uban adalah boleh dirawat dan disembuhkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s